Anda di halaman 1dari 27

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin
dan hidayah-Nya saya diberi kemampuan untuk menyiapkan kerja kursus bagi Program
Pensiswazahan Guru Semester 4 bagi subjek Pendidikan Jasmani : Anatomi dan
Fisiologi (PJM 3106) ini. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad
S.A.W serta para sahabat dan tabiin.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada


pensyarah iaitu Encik Muhammad Nazri Bin Omar, di atas bimbingan dan tunjuk ajar
yang telah dicurahkan bagi memantapkan lagi tugasan ini serta membimbing saya
sehingga tugasan selesai. Saya berdoa semoga Allah akan membalas segala bantuan
yang telah beliau berikan. Segala jasa baik yang dicurahkan tidak akan dilupakan
sepanjang hayat. Saya berharap dapat mempelajari banyak ilmu pengetahuan daripada
kerja kursus ini.

Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada isteri dan anak-anak yang banyak
membantu dan amat memahami serta telah memberikan sokongan, bantuan dan tolak
ansur kepada saya sepanjang menjalankan dan menyiapkan kerja kursus ini. Semoga
jasa baik kalian semua akan dilimpahi dengan pahala dan rahmat Allah S.W.T

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan di kelas PPG MT4.09 ini dan juga rakan-rakan di SK. Taman Maluri serta
mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam menyelesaikan
tugasan ini. Diharapkan segala usaha dan bantuan yang diberikan dalam menjayakan
tugasan ini akan mendapat ganjaran yang setimpal dan keberkatan dari Allah Taala.

Akhir kata, semoga Allah memberkati segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh
sepanjang menjalankan kerja kursus ini. Semoga tugasan ini dapat memberikan ilmu dan
dapat dijadikan panduan kepada sesiapa sahaja.
Terima kasih.

PJM3106 : Anatomi dan Fisiologi (Sistem Peredaran Darah)

ISI KANDUNGAN

Penghargaan

Kandungan

ii

1.0 Pengenalan Anatomi dan Fisiologi

2.0 Peredaran Darah

3.0 Struktur Anatomi Peredaran Darah


3.1 Jantung

3.2 Saluran Darah (Pembuluh Darah)

3.3 Darah
Sel Darah

Plasma Darah

4.0 Aliran Darah Di Dalam Badan

11

5.0 Gangguan Pada Sistem Peredaran Darah Manusia

20

6.0 Sukan dan Peredaran Darah

22

Refleksi

23

Rujukan

24

Lampiran

PJM3106 : Anatomi dan Fisiologi (Sistem Peredaran Darah)

ii

1.0

PENGENALAN ANATOMI & FISIOLOGI


Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia.

Anatomi juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Bidang ini adalah satu kajian
sains yang membanggakan kerana telah bermula sejak 2300 tahun yang lalu. Disiplin ini
adalah suatu bidang biologi yang berprestij pada awal abad ke -19 dan masih merupakan
bidang sains yang dinamik dan berkembang.
Anatomi ialah bidang sains yang luas skopnya dan merangkumi beberapa
subdisplin seperti anatomi kasar (gross) dan mikroskopik. Anatomi kasar mengkaji
tentang struktur tubuh yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti struktur tulang, paruparu dan otot. Anatomi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud memotong
atau membelah anggota badan untuk melihat strukturnya.

Anatomi kasar terbahagi kepada :


i.

Anatomi kawasan (regional)

Semua struktur dalam bahagian atau kawasan tubuh yang dikaji secara
berkumpulan. Sebagai contoh, anatomi bahagian abdomen atau kepala.

ii.

Anatomi bersistem (systemic)

Semua organ yang mempunyai fungsi yang berkaitan antara satu sama lain
akan dikaji secara bersama. Sebagai contoh, apabila kita mengkaji sistem
otot, kita akan mengkaji semua komponen sistem otot. Pendekatan anatomi
bersistem ini sesuai bagi melihat hubung kait antara struktur dengan
fungsinya.

iii.

Anatomi permukaan (surface)

Kajian ini melibatkan struktur-struktur tubuh yang dapat dilihat dan dirasai
pada permukaan tubuh.

Anatomi mikroskopik atau histologi ialah kajian tisu dengan bantuan mikroskopik
penting kerana banyak proses fisiologi dan penyakit berlaku pada aras sel.
Anatomi berkait rapat dengan fisiologi iaitu berdisiplin yang mengkaji fungsi tubuh.
Sebagai contoh, tulang-tulang kaki yang tebal dan panjang seperti femur, tibia dan fibula
dapat menyokong berat badan kita. Namun, sekiranya tulang itu lembut dan nipis,
keupayaan tulang untuk menyokong berat badan berkurangan.
PJM3106 : Anatomi dan Fisiologi (Sistem Peredaran Darah)

Fungsi-fungsi Anatomi dan Fisiologi antaranya ialah :


Menolong kita merancang program seperti mengetahui senaman yang selamat dan
spesifik untuk otot dan sendi tertentu.
Menyedari had-had tubuh badan dalam melakukan aktiviti fizikal.
Memahami fungsi dan kegunaan dalam penjagaan kesihatan diri dan aplikasi aktiviti
sukan-aktiviti sukan.
Sebagai asas untuk memberi teknik-teknik lakuan suku serta pengaplikasian sukan.

Contoh :
Fungsi sendi :

Membantu kita untuk memahami senaman yang sesuai dilakukan bagi


mengelakkan masalah kesihatan.

2.0

PEREDARAN DARAH

Sistem peredaran darah adalah salah satu sistem yang penting di dalam tubuh
badan. Sistem ini mengedarkan darah bermula dari jantung ke seluruh badan dan masuk
ke jantung semula. Sistem peredaran darah manusia juga dikenali sebagai sistem
peredaran tertutup kerana darah mengalir di dalam salur darah yang tertutup.
Fungsi asas peredaran darah ialah menyampaikan zat-zat makanan dan oksigen kepada
sel-sel di dalam badan dan mengeluarkan karbon dioksida dan bahan yang tidak
dikehendaki dari sel. Sistem darah manusia mempunyai dua jenis peredaran yang terdiri
daripada:
a) Peredaran Pulmonari
Peredaran ini membawa darah tidak beroksigen dari jantung melalui arteri
pulmonari ke paru-paru dan balik ke jantung melalui vena pulmonari.

b) Peredaran Sistemik
Peredaran ini membawa darah beroksigen dari jantung melalui aorta ke semua
bahagian badan dan balik ke jantung.

PJM3106 : Anatomi dan Fisiologi (Sistem Peredaran Darah)

3.0

STRUKTUR ANATOMI PEREDARAN DARAH


Struktur anatomi sistem ini terdiri daripada:
3.1. Jantung
3.2. Saluran darah
3.3. Darah

3.1

Jantung

Jantung manusia letaknya dalam rongga dada dan di atas diafragma.


Jantung terdiri daripada : prikardium (pembungkus jantung), miokardium (otot
jantung) dan endokardium (pembatas ruang jantung). Terdapat arteri umbilikus
yang menghubungkan aliran darah pada fetus yang menyerap oksigen dan sari
makanan, sedangkan foramen ovale merupakan lubang jantung pada fetus.

Jantung manusia terbagi menjadi 4 ruang iaitu 2 serambi (atrium) dan 2 bilik
(ventrikel). Ventrikel (bilik) memiliki dinding yang lebih tebal dibandingkan atrium
(serambi), bahagian sebelah kiri juga lebih tebal dari yang sebelah kanan. Hal ini
berkaitan dengan fungsinya iaitu bahagian sebelah kiri untuk mengepam darah
bersih ke seluruh tubuh. Antara serambi kiri dan bilik kiri terdapat injap bikuspid
dan antara serambi kanan dan bilik kanan terdapat injap trikuspid. Valvula
semilunaris bentuknya seperti bulan sabit, terdapat pada klep jantung agar darah
tetap searah.

PJM3106 : Anatomi dan Fisiologi (Sistem Peredaran Darah)

Diastole merupakan darah yang disedut masuk ke jantung, sedangkan


sistole merupakan darah yang dipamkan keluar dari jantung. Jadi pada orang yang
tertera pada tensimeter dikatakan misalnya 120/100 mmHg merupakan tekanan
sistole 120 per minit dan tekanan diastole 100 per minit. Koronari merupakan
penyumbatan pada nadi tajuk/arteri koronari pada jantung.

3.2

Saluran Darah (Pembuluh Darah)

a.

Pembuluh nadi (arteri)


Fungsi arteri adalah untuk mengalirkan darah keluar dari jantung.
Terdiri dari :
Arteri pulmonalis, berfungsi mengalirkan darah dari bilik kanan ke
paru-paru, banyak mengandung CO2.
PJM3106 : Anatomi dan Fisiologi (Sistem Peredaran Darah)

Aorta (nadi besar), berfungsi mengalirkan darah dari bilik kiri


menuju seluruh tubuh, banyak mengandung oksigen.

b.

Pembuluh balik (vena)


Fungsi vena untuk mengalirkan darah menuju jantung.
Terdiri dari :
Vena pulmonalis, berfungsi mengalirkan darah dari paru-paru
menuju serambi kiri jantung.
Venakava superior, berfungsi mengalirkan darah dari tubuh
bahagian atas.
Venakava inferior, berfungsi membawa darah dari tubuh bahagian
bawah.

c.

Pembuluh kapilari
Pembuluh kapilari merupakan pembuluh darah yang sangat halus dan
langsung berhubungan dengan sel-sel jaringan tubuh. Pembuluh
kapilari menghubungkan hujung pembuluh nadi terkecil (arteriola) dan
hujung pembuluh vena terkecil (venula).

Perbezaan antara arteri dan vena dapat diamati pada jadual berikut :
Pembuluh darah vena

Pembuluh darah arteri

Disebut sebagai pembuluh balik.

Disebut sebagai pembuluh nadi.

Berisi darah kotor kecuali pada vena

Berisi darah bersih kecuali pada arteri

pulmonalis.

pulmonalis.

Di sepanjang pembuluh banyak

Di sepanjang pembuluh hanya

terdapat katup.

terdapat satu katup.

Dinding tipis.

Memiliki dinding yang tebal dan

Pembuluh ini terletak dekat permukaan


tubuh.
Apabila diraba tidak terasa.

elastik.
Pembuluh ini terletak di bagian dalam
dari tubuh.
Apabila diraba akan berdenyut.

PJM3106 : Anatomi dan Fisiologi (Sistem Peredaran Darah)

3.3

Darah
Darah adalah tisu penghubung dalam bentuk cecair. Isi padu darah dalam
badan orang dewasa ialah 6 - 8 liter. Kandungan darah adalah 45% pepejal
yang terdiri dari sel darah dan 55% cecair yang dikenali sebagai plasma.

A. SEL DARAH
Sel darah merah eritrosit
Sel darah putih leukosit
Sel pembeku trombosit

1. Sel darah merah ( Eritrosit )


Berbetuk piring, nipis di tengah dan lebih tebal di pinggirnya.
Sel darah merah mempunyai nukleus pada awal peringkat
perkembangan, tetapi bila mencapai tahap matang, nukleus
tersingkir. Dalam sistem peredaran darah, sel darah merah
kelihatan tersusun dan teratur.

Di dalam sel darah merah terdapat rangkaian yang dikenali


sebagai stroma yang mengandungi hemoglobin. Hemoglobin
mengandungi bahan protein (globin) dan zat besi (hematin). Fungsi
hemoglobin ialah memerangkap oksigen untuk dibawa dalam
sistem peredaran darah.

Pembentukan sel darah merah bermula dari sumsum merah


tulang yang terdapat di hujung tulang panjang dan tulang leper.
Dalam proses pembentukan dan kematangan, sel darah merah
memerlukan zat besi,protein, vitamin C, vitamin B12 dan hormon
tiroksin.

Hayat sel darah merah ialah 90 - 120 hari dan sel yang tua
akan dimusnahkan dalam limpa. Zat besi dari sel yang telah
dimusnahkan ini akan disimpan di hati dan limpa dan sedia untuk
diguna

semula

membentuk

sel

darah

merah

yang

baru.

Pemusnahan sel darah merah juga menyingkirkan bahan warna


yang digunakan untuk penghasilan hempedu di hati.
PJM3106 : Anatomi dan Fisiologi (Sistem Peredaran Darah)

Fungsi sel darah merah ialah dalam pengangkutan oksigen


hasil penggabungan dengan hemoglobin. Hanya bergabung dengan
karbon dioksida dalam kadar yang sedikit sahaja, kerana karbon
dioksida lebih membentuk larutan dalam plasma. Sel darah merah
yang kaya dengan oksigen berwarna merah terang sementara sel
darah merah yang kurang kandungan oksigen berwarna merah
gelap.

2. Sel darah putih (Leukosit)


Sel darah putih terbahagi kepada 2 jenis iaitu utama :
i.

Sel darah putih jenis nukleus aneka bentuk

ii.

Sel darah putih jenis limfatik atau limfosit

Sel darah putih jenis nukleus aneka bentuk


Ia membentuk 75% dari sel darah putih. Sel darah putih
mempunyai nukleus yang tidak tentu. Dalam sitoplasmanya
terdapat bintik-bintik. Pembentukan sel darah putih juga bermula
dari sum-sum merah tulang yang terdapat di hujung tulang panjang
dan tulang leper. Sel darah putih nukleus aneka bentuk ini boleh
dibahagi kepada 3 jenis seperti berikut :
i.

Eosinofil 2-3%

ii.

Basofil 0.5 1%

iii.

Neutrofil 70%

PJM3106 : Anatomi dan Fisiologi (Sistem Peredaran Darah)

Sifat-sifat sel darah putih aneka bentuk


i.

Bergerak dengan menggunakan pseudopodia, jadi ianya boleh


keluar dari edaran darah ke dalam tisu

ii.

Fagosit menelan mikroorganisma yang menyerang tubuh dan


memerangkap dan memusnahkan tisu mati

Sel darah putih jenis limfatik atau limfosit


Terdapat lebih kurang 25% daripada jumlah sel darah putih
dalam badan manusia. Ia dihasilkan oleh tisu limfatik di seluruh
tubuh, contohnya kelenjar limfatik, limpa, tonsil dan tompok Peyers.
Nukleus besar, bulat dan terletak di tengah-tengah. Sitoplasma
tidak berbintik. Terdapat sel limfosit saiz besar dan saiz kecil, tidak
berupaya untuk bergerak tetapi aktif dalam fagositosis.

Limfosit

Monosit

3. Sel trombosit
Saiznya daripada saiz sel darah merah, berjumlah 250,000
- 350,000 sel dalam satu mililiter padu darah. Mempunyai nukleus
dan bentuknya tidak tentu. Ia juga dihasilkan di sum-sum merah
tulang. Apabila tisu tercedera, sel ini akan pecah dan menghasilkan
trombokinase atau tromboplastin untuk menggalakkan pembekuan
darah yang menghentikan perdarahan pada luka.

PJM3106 : Anatomi dan Fisiologi (Sistem Peredaran Darah)

B. PLASMA DARAH
Plasma ialah bahagian cecair darah yang membentuk 55%
daripada isi padu darah dalam sistem edaran. Kandungan plasma
darah adalah seperti berikut.
Air

90%

Protein

7% yang dikenali sebagai serum

Garam mineral

1% terutama natrium, kalium, kalsium

Nutrien

asid amino, glukosa,lemak,vitamin

Gas

gas oksigen
Gas

karbon

dioksida

terdapat

sebagai asid

karbonik

dan

dalam

natrium

darah

hidrogen

karbonat. Hanya sedikit sahaja bergabung dengan


hemoglobin
Lain-lain

urea, hormon, enzim, antibodi

Protein dalam plasma darah


Berbagai bahan protein terdapat dalam plasma, yang penting adalah

Serum Albumin

menyelaraskan tekanan osmosis darah

Serum Globulin

penghasilan antibodi dalam proses imunisasi


terhadap penyakit

Serum Fibrinogen

membantu pembekuan darah

Serum Heparin

mencegah pembekuan darah

Serum Protrombin

membantu dalam pembekuan darah

Mekanisme pembekuan darah


Hati menghasilkan protrombin dan vitamin K untuk membantu
hentikan pendarahan. Kalsium dan serum fibrinogen terdapat dalam
darah. Apabila tisu tercedera salur darah turut tercedera. Pada masa
yang sama sel-sel trombosit juga tercedera. Akibat dari sel trombosit
yang tercedera akan menghasilkan Trombokinase. Trombokinase akan
bertindak ke atas protrombin dan menukarkannya kepada thrombin
dengan kehadiran garam mineral kalsium.
PJM3106 : Anatomi dan Fisiologi (Sistem Peredaran Darah)

Kemudian,

thrombin

akan

bertindak

balas

dengan

serum

fibrinogen dan menukarkannya menjadi fibrin. Fibrin mula terbentuk


sebagai rangkaian fiber halus di tempat luka untuk memerangkap sel
darah merah dan sel darah putih. Kemudian fiber halus ini akan
menutup luka, salur darah di tempat tercedera mengecil lalu
pendarahan terhenti.
Fungsi Darah
1. Membawa oksigen dan nutrien ke seluruh tisu badan.
2. Memindahkan bahan kumuh dari tisu badan untuk disingkirkan
keluar
Karbon dioksida

ke paru-paru

Urea

ke ginjal

Air dan mineral

ke permukaan kulit, ginjal dan paru-paru

3. Membawa hormon dan enzim ke organ/struktur tertentu


4. Sel darah putih membentuk antibodi untuk melawan jangkitan
5. Sel pembeku fibrinogen membantu dalam henti pendarahan
6. Darah pada masa ia mengalir membantu dalam mengawal suhu
badan
7. Memberi warna yang normal pada tubuh
8. Pemecahan sel darah merah menghasilkan bahan pewarna cecair
hempedu, najis dan urin.
Kumpulan Darah
Darah mempunyai 4 kumpulan iaitu kumpulan A,B, AB dan O.
Kumpulan darah setiap individu terdiri daripada salah satu daripada 4
kumpulan ini.

Perhatian yang teliti perlu dibuat apabila pemindahan darah akan


dilakukan kepada pesakit/klien. Kesilapan kumpulan darah memberi
kesan yang buruk kepada penerima darah. Pemindahan darah dari
kumpulan yang tidak betul menyebabkan darah membeku dan
pesakit/klien akan mati. Ketidakserasian juga boleh mendatangkan
akibat buruk. Contohnya kesan sampingan yang teruk seperti hemolisis,
rigor, peningkatan suhu badan, kerosakan ginjal dan lain-lain.
PJM3106 : Anatomi dan Fisiologi (Sistem Peredaran Darah)

10

Darah dari kumpulan tertentu hanya boleh diberi kepada penerima


tertentu sahaja.

4.0

Kumpulan darah

Beri kepada

Terima daripada

A dan AB

A dan O

B dan AB

B dan O

AB

AB

A,B,AB,O
(penerima universal)

A,B,AB,O
(penderma universal)

ALIRAN DARAH DI DALAM BADAN

Jika ada yang bertanya, dari manakah darah mula mengalir? Saya akan jawab:
Hanya ALLAH sahaja yang tahu. Kenapa? ini kerana ia umpama bertanyakan yang
mana dulu. Ayam atau telur ayam?

Dalam tubuh badan kita, darah akan sentiasa mengalir tanpa henti selagi kita
masih bernyawa. Laluan darah ini pula akan sentiasa berpusing-pusing pada tempat
yang sama seperti suatu kitaran. Oleh itu, kita tidak dapat menentukan dari mana darah
mula mengalir atau akan berhenti. Walau bagaimanapun, rasanya lebih baik kita mulakan
dari paru-paru iaitu tempat di mana darah mula mengambil oksigen untuk dihantar ke
seluruh badan.

PJM3106 : Anatomi dan Fisiologi (Sistem Peredaran Darah)

11

Dari paru-paru ke atrium kiri

Dalam paru-paru, oksigen akan memasuki kapilari darah. Kapilari darah ini
pula akan bergabung sesama sendiri untuk membentuk salur darah yang lebih
besar yang dikenali sebagai vena pulmonari.

Dari vena pulmonari, darah yang beroksigen ini akan menuju ke atrium kiri
iaitu bilik jantung yang pertama menerima darah beroksigen. Darah yang berada di
atrium kiri akan ditahan oleh injap bikuspid sehinggalah atrium kiri penuh dengan
darah.

Darah beroksigen (oxygenated blood) merentasi injap bikuspid

PJM3106 : Anatomi dan Fisiologi (Sistem Peredaran Darah)

12

Apabila dinding atrium kiri dirangsang untuk mengecut oleh dorongan dari
sistem saraf badan (nervous system), injap bikuspid juga akan terbuka untuk
membolehkan darah turun ke ventrikel kiri. Injap ini (valve) akan bertindak seperti
pintu yang hanya membenarkan darah mengalir sehala iaitu dari atrium kiri ke
ventrikel kiri sahaja.

Darah beroksigen berkumpul di ventrikel kiri

Apabila semua darah telah turun ke ventrikel kiri, dinding ventrikel kiri pula
yang akan mengecut. Keadaan ini akan menyebabkan darah di dalamnya tertolak
ke atas. Laluan dari ventrikel kiri ini ada dua, satu menuju ke aorta dan satu lagi
bersambung dengan atrium kiri yang dibatasi oleh injap bikuspid sebagai pintu
laluannya.

Dengan mengecutnya dinding ventrikel kiri, ini akan menyebabkan darah


boleh mengalir ke aorta atau ke atrium kiri. Aorta adalah laluan penting untuk
menghantar darah beroksigen ke seluruh badan, namun jika darah di hantar ke
atrium kiri, ia akan menuju kembali ke paru-paru. Keadaan ini tidak sepatutnya
berlaku kerana darah itu sudah pun beroksigen dan ia akan melambatkan lagi selsel badan menerima oksigen dari darah.

Oleh itu, semasa dinding ventrikel kiri mengecut, injap bikuspid akan
tertutup bagi mengelakkan darah berpatah balik ke atrium kiri. Dengan itu juga,
dapatlah darah dari ventrikel kiri menuju ke aorta dan ke seluruh badan.

Seperkara lagi yang perlu kita fahami tentang keadaan di ventrikel kiri ialah,
ia mempunyai otot dinding yang paling tebal berbanding otot dinding bilik jantung
yang lain. Otot yang sangat tebal dan kuat ini penting bagi membolehkan darah
dipamkan kuat ke seluruh badan sehingga ke tempat yang paling jauh dari
jantung. Jika tidak, darah mungkin tidak dapat sampai ke hujung-hujung kaki.

PJM3106 : Anatomi dan Fisiologi (Sistem Peredaran Darah)

13

Keadaan semasa melalui Injap Semilunar Aortik

Apabila darah dipamkan keluar dari ventrikel kiri, ia akan menuju ke salur
darah utama dalam badan manusia iaitu Aorta. Walau bagaimanapun, sebelum
itu, ia mesti melalui satu lagi pintu utama iaitu injap semilunar aortik (atau juga
dikenali sebagai injap aortik). Pintu injap ini (valve) akan menghalang darah yang
mengalir ke aorta untuk berpatah balik ke ventrikel kiri.

Gambar foto di atas menunjukkan rupa sebenar injap aortik dari pandangan
atas (iaitu dari salur Aorta). Cuba bayangkan, yang mana lebih mudah? Darah
mengalir dari bawah ke atas salur darah ini atau darah cuba turun semula ke
bawah? Sudah pasti darah lebih sukar turun ke bawah kerana bentuk pintu
injapnya (valve) akan menyebabkan darah terkumpul di situ dan menghalang
ianya daripada terbuka.

Dari Aorta ke seluruh badan

PJM3106 : Anatomi dan Fisiologi (Sistem Peredaran Darah)

14

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, aorta merupakan salur darah


terpenting dalam tubuh manusia. Ia juga merupakan salur darah paling besar dan
paling senang dilihat. Jika kita membantu ibu membasuh jantung ayam, cuba cari
salur Aorta ini. Pada jantung ayam, kita akan jumpa satu lubang di bahagian atas
yang muat-muat untuk memasukkan kepala mancis. Itulah salur aorta.

Ia juga merupakan sejenis arteri (salur darah yang bawa darah keluar
jantung) paling tebal dindingnya. Oleh itu, ia juga merupakan salur darah paling
kuat berbanding salur-salur darah yang lain. Dinding aorta paling tebal kerana ia
dilingkungi oleh tisu-tisu otot yang paling banyak.

Semua ciri-ciri yang dinyatakan ini amat penting kerana aorta merupakan
salur darah pertama yang menerima darah pada tekanan yang sangat tinggi.
Tekanan yang tinggi ini boleh menyebabkan salur darah pecah jika tidak dilindungi
oleh tisu-tisu otot yang kuat dan kenyal.

Keadaan ini juga menunjukkan bahawa darah beroksigen yang melalui


aorta bergerak dengan sangat laju dan bertekanan tinggi. Keadaan ini tidak
memungkinkan darah-darah itu berpatah balik ke jantung semula. Oleh itu, tiada
injap (valve) diperlukan sepanjang salur arteri ini.

Sebelum sampai ke organ-organ badan tertentu, aorta akan bercabangcabang membentuk salur arteri yang lebih kecil. Semakin jauh dari Aorta, semakin
kecil salur arteri ini sehingga ia membentuk arteriol. Arteriol inilah yang akan
bercabang-cabang lagi membentuk kapilari darah yang hanya setebal satu sel
sahaja.

Pertemuan di sel-sel badan

Darah beroksigen yang sampai di kapilari darah, kini bergerak semakin


perlahan. Ini kerana salur kapilari darah terlalu kecil sehingga ada yang sekadar
dapat memuatkan satu sel darah merah sahaja dalam satu salur.

PJM3106 : Anatomi dan Fisiologi (Sistem Peredaran Darah)

15

Perpindahan oksigen dari sel darah merah ke sel-sel badan berlaku


disebabkan oleh perbezaan dari segi kepekatan oksigen antara dua tempat
tersebut. Oleh kerana sel darah merah mengangkut oksigen, maka ia mempunyai
kandungan oksigen paling tinggi berbanding sel badan. Sedangkan sel badan
pula, walaupun sering menerima gas oksigen, ia akan segera menukarkan gas ini
ke bentuk yang lain (iaitu proses respirasi yang menukarkan oksigen dan glukosa
kepada gas karbon dioksida, air dan tenaga).

Oleh itu, gas oksigen akan meresap keluar dari sel darah merah dan masuk
pula ke dalam sel-sel badan. Keadaan ini berlaku di sekitar kapilari darah yang
mengelilingi sel-sel badan. Tekanan darah di sini pula sangat rendah berbanding
di dalam aorta mahupun arteri.

Apabila darah telah kehilangan oksigen, warnanya berubah menjadi agak


pucat dan ia mengalir pula melalui kapilari darah yang menuju salur darah vena
(atau spesifiknya venul). Venul adalah salur darah vena yang lebih kecil. Beberapa
venul akan bergabung membentuk vena.

Bukan semua sel darah merah akan kehilangan oksigen. Cuma, jumlah sel
darah merah yang mempunyai oksigen mungkin terlalu kecil.

Seterusnya, ia akan diangkut ke jantung semula melalui venakava.

PJM3106 : Anatomi dan Fisiologi (Sistem Peredaran Darah)

16

Perjalanan di sepanjang Vena cava


Darah yang telah kehilangan oksigen (deoxygenated blood) akan melalui
venul dan seterusnya ke vena. Beberapa vena ini pula akan bergabung
membentuk salur darah venakava. Venakava adalah salur darah yang penting
kerana ia salur pertama yang membawa darah kurang oksigen (deoxygenated
blood) ke jantung. Berdasarkan namanya, venakava merupakan salah satu contoh
vena. Ia mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dengan arteri.
Sebagai contoh, vena mempunyai saiz lumen yang lebih besar dan
berdinding otot yang agak nipis. Namun, ia tidaklah senipis kapilari darah. Selain
daripada itu, ia juga mempunyai injap (valve) di sepanjang salurnya sehingga
menuju ke jantung. Ia boleh ditemui di kawasan-kawasan nadi seperti di bawah
rahang berhampiran dengan leher dan telinga. Ia juga terdapat di pergelangan
bawah tangan dan belakang lutut.
Dinding vena lebih nipis dan kurang kenyal berbanding arteri kerana darah
yang melaluinya bergerak agak perlahan dan bertekanan rendah. Dengan kata
lain, darah terdeoksigen (deoxygenated blood) yang melaluinya berupaya untuk
berpatah balik ke sel-sel badan. Ini ditambah pula, kebanyakan vena membawa
darah ke atas iaitu melawan arah tarikan graviti bumi. Keadaan ini memungkinkan
darah untuk berpatah balik ke bawah. Bagi mengelakkan perkara ini daripada
berlaku sehingga mengurangkan darah yang pergi ke jantung dan paru-paru, injap
(valve) wujud di sepanjang salur darah ini.

PJM3106 : Anatomi dan Fisiologi (Sistem Peredaran Darah)

17

Akhirnya, darah terdeoksigen (deoxygenated blood) ini akan sampai ke


jantung iaitu atrium kanan. Kerana itulah, atrium kanan dikatakan tempat pertama
dalam jantung yang menerima darah terdeoksigen.

Dari atrium kanan ke ventrikel kanan


Di dalam atrium kanan, darah akan dipenuhkan dulu sama seperti yang
berlaku di dalam atrium kiri sebelum ini. Malah, keadaan darah berkumpul di
atrium kiri dan darah berkumpul di atrium kanan adalah hampir sama. Oleh itu,
apabila bilik atrium kiri mengecut, bilik atrium kanan juga mengecut.

Dalam perjalanannya ke ventrikel kanan, darah terdeoksigen ini akan


melalui injap yang bernama injap trikuspid terlebih dahulu. Sama seperti fungsi
mana-mana injap sebelum ini, ia bertindak untuk menghalang darah dari berpatah
balik ke laluan sebelumnya. Dalam kes ini, trikuspid berfungsi untuk menghalang
darah dari ventrikel kanan daripada masuk semula ke atrium kanan.

Di dalam ventrikel kanan


Apabila darah telah berkumpul di ventrikel kanan, sekali lagi, darah ini akan
dipamkan keluar ke arteri pulmonari melalui injap semilunar pulmonari.
Sebagaimana yang berlaku pada atrium kanan, dinding ventrikel kanan juga
mengecut hampir serentak dengan pengecutan dinding ventrikel kiri. Injap
pulmonari ini juga akan tertutup untuk menghalang darah terdeoksigen mengalir
semula ke bawah (ventrikel kanan).

PJM3106 : Anatomi dan Fisiologi (Sistem Peredaran Darah)

18

Perjalanan darah ke paru-paru (lungs)


Di dalam buku Science Form 3, Chapter 3 kita pasti menjumpai perkataan
renal artery dan renal vein. Perkataan renal bermaksud buah pinggang. Oleh itu,
arteri renal ialah salur darah yang membawa darah dari jantung ke buah pinggang.
Manakala, vena renal bermaksud salur darah yang membawa darah dari buah
pinggang kembali ke jantung.
Keadaan yang sama juga berlaku pada sel-sel, tisu-tisu, organ-organ dan
sistem-sistem lain dalam tubuh manusia. Contohnya, hati dalam istilah sains
disebut hepar. Oleh itu, salur darah yang membawa darah dari jantung ke hati
dikenali sebagai hepar artery.
Oleh yang demikian, secara ringkasnya proses aliran darah di dalam badan
bolehlah disimpulkan sebagai satu proses di mana Venakava membawa darah yang
mengandungi karbon dioksida ke atrium kanan. Apabila atrium kanan menguncup, darah
masuk ke ventrikel kanan melalui injap trikuspid (3 kelopak). Penguncupan ventrikel
menolak darah melalui injap pulmonari ke dalam arteri pulmonari dan seterusnya ke
paru-paru. Pertukaran oksigen dan karbon dioksida berlaku di paru-paru. Seterusnya
darah mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri. Apabila atrium kiri menguncup,
darah akan melalui injap mitral / bikuspid (2 kelopak) masuk ke ventrikel kiri Dari ventrikel
kiri darah mengalir melalui injap aorta ke salur aorta untuk dihantar ke seluruh badan.

PJM3106 : Anatomi dan Fisiologi (Sistem Peredaran Darah)

19

5.0 GANGGUAN PADA SISTEM PEREDARAN DARAH MANUSIA

Berikut beberapa gangguan pada sistem peredaran darah manusia.

1.

Hemofilia, merupakan suatu penyakit yang mengakibatkan darah tidak


membeku secara genetik. Hemofilia ini merupakan penyakit menurun.

2.

Anemia, merupakan penyakit kekurangan darah yang dapat terjadi karena


infeksi kuman misalnya apabila terkena cacing tambang, atau dapat juga
karena berkurangnya kadar Hb dalam darah.

3.

Leukemia (kanser darah) merupakan penyakit di mana pertambahan sel darah


putih secara tidak terkawal (abnormal) sekitar 500.000/mm3 darah. Hal ini akan
sangat merugikan si penderita kerana sifat sel darah putih adalah memakan
kuman penyakit, apabila tidak ada kuman penyakit maka sel darah putih akan
memakan sel darah merah yang ada.

4.

Varises merupakan penyakit pelebaran pembuluh darah, biasanya di


tangan/kaki. Penyakit ini biasanya dialami para wanita setelah melahirkan.
Kemungkinan besar disebabkan oleh beban si ibu selama hamil dan masih aktif
bekerja, apalagi sering menggunakan sepatu berhak tinggi. Tetapi tidak
menutup kemungkinan terjadi pada lelaki yang bekerja berat misalnya pekerja
kontrak bangunan atau kuli pasar yang biasa mengangkat beban berat dan kaki
sebagai tumpuannya.

5.

Haemoroid (ambein), merupakan penyakit yang hampir sama dengan varises,


tetapi terjadi di bahagian dubur. Biasanya dialami oleh orang yang sering duduk
dalam posisi yang sama dan dalam waktu yang lama. Gejala awal mula-mula
apabila Buang Air Besar (BAB) terasa sakit, panas dan keluar darah menitis.
Apabila tidak diubati kadang-kadang pada waktu duduk darah akan keluar
sendiri, dan apabila sudah parah maka spinkter dalam akan keluar kerana telah
banyak pembuluh darah yang pecah. Apabila hal ini terjadi maka harus segera
dibedah.

PJM3106 : Anatomi dan Fisiologi (Sistem Peredaran Darah)

20

6.

Koronari, merupakan penyakit di mana terjadi penyempitan nadi jantung


(jantung koroner).

7.

Hipertensi, merupakan penyakit di mana terjadi tekanan darah tinggi. Tekanan


darah penderita hipertensi ini melebihi 200 mm Hg, sehingga akan
mengakibatkan rasa pening dan apabila terjatuh boleh mengakibatkan
terjadinya pecahnya pembuluh darah atau penyumbatan pembuluh darah
(strok).

8.

Hipotensi merupakan kebalikan dari hipertensi iaitu orang yang memiliki darah
kurang dari 100 mm Hg atau sering disebut dengan penyakit tekanan darah
rendah. Biasanya penderita akan cepat merasa lelah dan kadang-kadang sering
kesemutan di anggota gerak misalnya pada kaki dan tangan.

9.

Pengsan, iaitu hilangnya kesedaran kerana berkurangnya bekalan oksigen


yang dibawa oleh darah.

10. Thalasemia, iaitu penyakit kelainan darah keturunan yang ditandai oleh adanya
sel darah merah yang abnormal.

PJM3106 : Anatomi dan Fisiologi (Sistem Peredaran Darah)

21

6.0 SUKAN DAN PEREDARAN DARAH

6.1 Bola Sepak

Berjalan dan berlari semasa bermain bola sepak akan menguatkan


sistem kardiovaskular secara keseluruhan dan boleh memanjangkan umur
kita. Selain itu, peningkatan peredaran darah juga berlaku. Hal ini akan
membantu jantung dan sistem secara keseluruhan kardiovaskular kita dengan
baik.

Harus diingat bahawa otot kita memerlukan lebih banyak oksigen dan
paru-paru juga perlu menggunakan kapasiti maksimum untuk membekalkan
oksigen yang cukup ke seluruh tubuh. Selain paru-paru, arteri dan hati kita
juga akan mendapatkan latihan yang cukup untuk mengepam darah ke
seluruh tubuh. Bermain bola sepak juga boleh menurunkan risiko serangan
jantung dan tekanan darah tinggi.

6.2 Bola Keranjang

Semasa melakukan latih tubi kemahiran hantaran sisi dalam permainan


bola keranjang, pemain perlu sentiasa bergerak dan melakukan kemahiran
tersebut dalam tempoh masa yang panjang. Otot-otot yang bekerja
terutamanya otot pada tangan dan kaki memerlukan bekalan oksigen yang
banyak sejajar dengan kadar kerja yang perlu dilakukan. Jantung akan
beradaptasi dengan mengedarkan lebih banyak darah beroksigen ke otot-otot
ini.

PJM3106 : Anatomi dan Fisiologi (Sistem Peredaran Darah)

22

Syukur alhamdulillah, dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya menyiapkan


Tugasan Projek bagi subjek Anatomi dan Fisiologi, PJM 3106.
Setelah selesai menyiapkan kerja kursus ini, banyak pengetahuan yang saya
peroleh. Dengan pelaksanaan kerja kursus projek ini saya dapat mengenali dan
memahami dengan lebih jelas mengenai sistem dan fungsi tubuh badan saya yang saya
belum ketahui sebelum ini. Anatomi dan fisiologi mengajar saya untuk lebih mengambil
berat perihal penjagaan kesihatan dan tubuh badan saya. Tanpa melakukan tugasan ini,
sudah tentu saya tidak mengetahui malah mengabaikan perkara ini. Oleh itu, melalui
kerja kursus ini, banyak perkara baru yang saya pelajari.
Dalam usaha menyiapkan tugasan ini, saya telah mengalami beberapa masalah
antaranya ialah kekurangan bahan tugasan. Kebanyakan bahan yang saya peroleh
adalah dalam versi Bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris. Selain itu, masa agak suntuk
kerana saya perlu membahagikan masa untuk menyiapkan tugasan ini dan juga tugasantugasan lain dalam pentadbiran di sekolah, tambahan pula banyak program arahan pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri yang perlu
dilaksanakan sebelum Oktober. Namun begitu, segala masalah dapat diatasi sebaik
mungkin dengan bantuan rakan-rakan. Situasi ini menjadikan silaturahim yang dijalinkan
lebih erat.
Bagi menyiapkan tugas ini, saya juga mendapat bimbingan daripada pensyarah
yang amat saya hargai iaitu Encik Muhammad Nazri Bin Omar. Beliau telah memberi
penerangan yang berkesan bagi menyiapkan kerja kursus ini. Saya rasa amat bertuah
kerana dibimbing oleh beliau.
Kesimpulannya, tugasan ini banyak membantu saya dari segi profesional bagi
menyiapkan diri sebagai seorang guru yang lebih berpengetahuan bagi merealisasikan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Oleh itu, sebagai seorang guru,
sikap peka terhadap situasi amat penting agar pemikiran tidak sempit dan tidak
ketinggalan.
Akhir sekali, saya berharap dapat meningkatkan lagi prestasi pengajaran dan
pembelajaran pada masa hadapan dengan pengetahuan yang saya peroleh daripada
kerja kursus ini.

PJM3106 : Anatomi dan Fisiologi (Sistem Peredaran Darah)

23

BIBLIOGRAFI

Rujukan Ilmiah

1.

Mah Chee Wai (1999), Biologi : Bantuan Studi Lengkap SPM, Sasbadi Sdn. Bhd.,
Petaling Jaya

2.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 4.


Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

3.

Dzulkifli & Jamaliyah (2004). Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 4. Selangor: H.l
Holdings Sdn. Bhd.

4.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2004). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 5.


Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

5.

Mohd Khairi & Borhannudin (2005). Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 5.
Selangor: H.l Holdings Sdn. Bhd.

6.

Evelyn C. Pearce (2009). Anatomi dan Fisiologi untuk Jururawat. Golden Book
Centre Sdn. Bhd. Selangor.

Rujukan Laman Web

1.

http://cikucing.blogspot.com/p/struktur-pembuluh-darah.html

2.

http://pisaudokter.blogspot.com/2011/02/anatomi-dan-fisiologi-jantung.html

3.

http://memeiraners.blogspot.com/2013/06/makalah-anatomi-fisiologi-tentang.html

4.

http://portalkesehatanku.blogspot.com/2012/09/anatomi-fisiologi-jantung.html

5.

http://notapendidikanjasmani.blogspot.com/2011/12/pjm3106-anatomi-danfisiologi-sistem.html

6.

http://www.slideshare.net/asmiraaliens/struktur-jantung-dan-peredaran-darahdalam

7.

http://www.slideshare.net/dhinarasti/darah-9960018?from_search=1

PJM3106 : Anatomi dan Fisiologi (Sistem Peredaran Darah)

24

PJM3106 : Anatomi dan Fisiologi (Sistem Peredaran Darah)

25

Anda mungkin juga menyukai