Anda di halaman 1dari 13

Teori Model Rekreasi dan Pendidikan Luar

MYR 26.00
ISBN: 978-983-3759-81-1
Penulis: Md Amin Md Taff
Tahun: 2012
Bidang: Sains Sukan
Sinopsis
Aktiviti rekreasi dan pendidikan luar semakin mendapat sambutan hangat di seluruh
dunia pada masa kini. Selain menjadi medium pembinaan jati diri, bidang rekreasi dan
pendidikan luar juga dilaksanakan sebagai wadah untuk membina semangat sepasukan,
menerapkan nilai-nilai murni, membentuk daya kepimpinan, menanamkan amalan mesra
alam dan kemahiran pengurusan risiko. Pembinaan semua nilai murni ini perlulah
disokong oleh pengetahuan kukuh jurulatih tentang pelbagai teori dan model yang
terdapat dalam bidang rekreasi dan pendidikan luar. Malangnya, sehingga hari ini,
rujukan berkaitan teori dan model dalam pendidikan luar adalah amat terhad. Akibatnya
berlakukah ketidakseimbangan terhadap perlaksanaan aktiviti rekreasi dan pendidikan
luar yang dilihat terlalu berfokuskan kemahiran sehingga mengenepikan nilai-nilai murni
yang sepatutnya diterapkan dalam aktiviti tersebut. Buku ini boleh dijadikan panduan dan
pegangan oleh jurulatih, guru, pengurus program dan semua yang terlibat dalam aktiviti
rekreasi dan pendidikan luar untuk menerapkan nilai-nilai murni yang sepatutnya wujud
semasa aktiviti dijalankan.
TOPIK 4 PROGRAM DAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN LUAR (AMALI) 51
Topik
4
Program dan
Pelaksanaan
Pendidikan Luar
(Amali)
!
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyediakan buku program yang mengandungi maklumat yang
lengkap, tersusun serta menarik;
2. Menguruskan alatan dan kelengkapan bagi program pendidikan luar;
3. Melaksanakan segala langkah-langkah yang perlu diambil untuk
pengangkutan barang dan peserta;
4. Mengendalikan mesyuarat post-mortem; dan
5. Melaksanakan proses penilaian sehingga menjadi maklumat yang
berguna.
! PENGENALAN
Sebagai seorang pelajar sudah pasti anda pernah mendengar dan menyertai
aktiviti-aktiviti pendidikan luar yang dianjurkan oleh pertubuhan di sekolah atau
badan luar. Aktiviti pendidikan luar dirancang dengan teliti dari awal hingga
ke akhir aktiviti. Tahukah anda! masa yang paling kritikal dan penting dalam
program pendidikan luar ialah sewaktu perlaksanaan program pendidikan luar.
Untuk menjayakan program pendidikan luar berbagai pihak perlu menggembleng
tenaga bagi menjayakan program tersebut. Dengan melaksanakan program
pendidikan luar kita dapat mengaplikasikan teori, perancangan serta pengurusan
secara praktikal dengan berkesan. Namun program dalam melaksanakan program
pendidikan luar bukan satu perkara yang mudah berbagai kerja perlu dilakukan
dan dibereskan oleh urus setia. Untuk melaksanakan dengan teratur beberapa
perkara harus kita lakukan dengan teliti contohnya menyediakan buku program,
merangka jadual aktiviti, menguruskan alatan dan pengangkutan.
52 ! TOPIK 4 PROGRAM DAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN LUAR (AMALI)
Pendidikan luar bukan saja tertumpu kepada aktiviti "zikal berdasarkan rekreasi
sebaliknya terdapat tiga elemen yang menjadi objektif dalam pelaksanaan kegiatan
luar iaitu afektif, kognatif dan psikomotor. Pelbagai aktiviti perlu kita laksanakan
untuk mencapai objektif program. Program pendidikan luar perlu untuk kita nilai
untuk melihat keberkesanan program terdapat dua aspek penilaian yang selalu
kita nilaikan iaitu pencapaian individu atau program itu sendiri. Salah satu proses
penilaian ialah dengan mengadakan mesyuarat post mortem dan laporan kedua
langkah ini bertujuan melihat prestasi program dari kaca mata jawatan kuasa.
Keupayaan untuk mencapai objektif secara optimum dalam aktiviti pendidikan
luar bergantung pada kepakaran tenaga jurulatih dan fasilitator serta alatan yang
perlu digunakan dengan sebaik yang mungkin.
4.1 PENYEDIAAN BUKU PROGRAM
Bagi menjadi panduan kepada semua kem komandan, jurulatih, jawatan kuasa
dan peserta yang terlibat dalam aktiviti pendidikan luar buku program perlu
disediakan dengan lengkap. Buku program merupakan dokumentasi yang
tercatat mengenai kegiatan atau aktiviti yang dilakukan. Kita perlu menyimpan
satu salinan buku program untuk menjadi rujukan. Buku program yang baik akan
sentiasa memberi panduan dan dapat menerangkan hala tuju program kepada
kita. Kualiti buku program yang kita bina bukan hanya terletak kepada cetakan
atau kulit luar tetapi apa yang lebih penting kandungannya. Kandungan buku
program terdiri daripada:
Rajah 4.1 : Kandungan buku program
TOPIK 4 PROGRAM DAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN LUAR (AMALI) 53
Selepas anda memahami tentang buku program, marilah kita lihat tentang
langkah-langkah yang perlu di ambil untuk merangka jadual aktiviti.
AKTIVITI 4.1
Apakah dia jadual aktiviti?
4.1.1 Merangka Jadual Aktiviti
Atur cara atau susunan aktiviti yang telah ditetapkan dan di laksanakan dalam
program pendidikan luar di kenali sebagai jadual aktiviti. Kita perlu merancang
jadual aktiviti berdasarkan kepada kehendak pengurusan, keupayaan jurulatih
dan peserta. Dalam menyusun aktiviti-aktiviti pendidikan luar, kita mesti ingat
perkara penting ialah variasi dan ada kesinambungan antara tajuk. Jadual aktiviti
yang kita rancang perlulah berpandukan kepada objektif program pendidikan
luar. Selain daripada menumpukan aktiviti berdasarkan objektif psikomotor
dan kognatif aspek afektif juga perlu kita ambil kira. Oleh itu pendidikan luar
yang dirancang dengan teliti akan dapat menghasilkan impak yang positif dan
menyeronokkan serta dapat di lakukan dengan lancar dan teratur. Seterusnya,
marilah kita lihat perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan dalam merangka
jadual aktiviti.
(i) Terdapatnya kemudahan asas di kawasan aktiviti.
(ii) Mengambil kira kawasan perkhemahan semasa merangka aktiviti
pendidikan luar
(iii) Pastikan aktiviti pendidikan luar mempunyai masa rehat, rekreasi dan
ibadah yang mencukupi
(iv) Menyusun aktiviti bersesuaian dengan masa dan persediaan peserta
program contohnya aktiviti "zikal seperti berkayak atau kembara perlu
di mulakan pada waktu pagi. Aktiviti permainan atau latihan dalam
kumpulan boleh di lakukan pada waktu petang atau diselang seli dengan
aktiviti "zikal yang agak memenatkan
(v) Aktiviti yang dirancang perlulah bervariasi dan saling berkaitan antara satu
sama lain
(vi) Memeriksa keupayaan peralatan sebelum merangka jadual aktiviti.
(vii) Keupayaan dan kepakaran fasilitator dan jurulatih juga perlu di lihat dalam
merangka aktiviti pendidikan luar.
(viii) Mengutamakan dalam mengatur dan merangka aktiviti pendidikan luar.
54 ! TOPIK 4 PROGRAM DAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN LUAR (AMALI)
4.1.2 Peraturan Program Pendidikan Luar
Apabila melaksanakan aktiviti Pendidikan Luar sebagai pihak penganjur perlu
memikirkan peraturan dan langkah-langkah pencegahan yang perlu di ambil.
Apakah dia garis panduan peraturan? Garis panduan peraturan pendidikan luar
ialah undang-undang, ketetapan, yang perlu dipatuhi oleh peserta. Dalam aktiviti
pendidikan luar yang berisiko tinggi, peraturan merupakan aspek yang amat perlu
dipatuhi oleh peserta. Peraturan perlu dirangka berasaskan faktor keselamatan,
kebersihan dan disiplin. Peraturan boleh disediakan dalam bentuk bertulis dan
diterangkan secara lisan dalam taklimat aktiviti.
Berikut adalah tujuh perkara dalam peraturan perkhemahan.
LATIHAN 4.1
Bayangkan keadaan ini sebagai guru anda perlu mengelola
perkhemahan yang melibatkan 40 orang pelajar ke Gunung Arong.
Pada pendapat anda apakah langkah yang perlu diambil dalam
merancang aktiviti ini. Bincangkan perancangan anda di dalam forum
di myLMS.
Jadual 4.1: Peraturan Perkhemahan
Perkara Garis Panduan
(a) Disiplin

(i) Patuhi semua arahan yang di keluarkan oleh jawatankuasa pengelola
dan penasihat
(ii) Sentiasa menepati masa
(iii) Sentiasa berpakaian kemas dan berkasut di kawasan perkhemahan
(iv) Bertingkah laku sebagai seorang pelajar yang sentiasa menjaga
nama baik universiti
(b) Larangan

(i) Dilarang sama sekali mengambil dadah, sebarang aktiviti yang
melibatkan keadaan khayal adalah di larang keras
(ii) Dilarang sama sekali menghisap rokok
(iii) Dilarang bermain sebarang permainan berbentuk perjudian
(iv) Senjata api atau senjata tajam tidak boleh di bawa masuk ke
kawasan perkhemahan
(v) Dilarang membawa barang kemas yang berharga
(vi) Sebarang bentuk alat hiburan seperti radio, gitar tidak boleh di bawa
TOPIK 4 PROGRAM DAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN LUAR (AMALI) 55
Perkara Garis Panduan
(c) Keselamatan
Dan Kesihatan

(i) Dilarang turun ke laut tanpa kebenaran penasihat
(ii) Dilarang merayau di kawasan hutan tanpa penasihat atau
jawatankuasa pengelola
(iii) Gunakan masa rehat yang di peruntukan untuk berehat
(iv) Jika hendak ke mana-mana pastikan berkawan dan maklumkan
kepada penasihat atau jawatankuasa pengelola
(v) Laporkan masalah kesihatan kepada penasihat atau jawatankuasa
pengelola
(vi) Utamakan keselamatan diri
(vii) Alatan merbahaya perlu di simpan di tempat yang selamat
(viii) Dilarang menyalakan api atau lilin di dalam khemah
(ix) Pastikan api tidak dinyalakan berhampiran khemah
(x) Mereka yang mempunyai giliran berjaga malam di wajib melaporkan
diri tepat pada masa yang ditetapkan
(xi) Kenal pasti nada wisel yang dibunyikan.
(xii) Belerang harus di taburkan di sekeliling khemah untuk mencegah
binatang berbisa merayap di kawasan khemah
(d) Kebersihan
kawasan
khemah

(i) Bina khemah di tapak khemah di tetapkan oleh urus setia
(ii) Tunggu arahan yang di berikan oleh pegawai yang terlibat dalam
urusan membina dan menurunkan khemah
(iii) Di larang membuang sampah di merata-rata tempat, buang sampah
di tempat yang dikhaskan
(iv) Sentiasa menjaga kebersihan kawasan perkhemahan
(v) Sediakan lubang basah dan kering untuk setiap khemah
(vi) Jangan simpan makan dalam khemah
(vii) Jangan jemur pakaian pada tali khemah
(viii) Bersihkan kawasan khemah
(e) Khemah

(i) Pastikan alat-alat keperluan khemah lengkap sebelum mendirikannya
(ii) Sebarang kekurangan pada alatan hendaklah di beritahu ketua
kumpulan dengan segera
(iii) Tidak di benarkan menyimpan makan di dalam khemah
(iv) Elakkan Kasut dan sarung kaki di simpan di dalam khemah
(v) Susun kasut dengan kemas

56 TOPIK 4 PROGRAM DAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN LUAR (AMALI)
Perkara Garis Panduan
(e) Khemah

(i) Pastikan alat-alat keperluan khemah lengkap sebelum mendirikannya
(ii) Sebarang kekurangan pada alatan hendaklah di beritahu ketua
kumpulan dengan segera
(iii) Tidak di benarkan menyimpan makan di dalam khemah
(iv) Elakkan Kasut dan sarung kaki di simpan di dalam khemah
(v) Susun kasut dengan kemas

(f) Dapur Atau
Tempat Masak

(i) Tempat masak perlu jauh dari khemah
(ii) Padam api bila tidak di gunakan
(iii) Elakkan daripada memasak menggunakan api yang besar
(iv) Pinggan mangkuk hendaklah di basuh dan di susun di tempat khas
(v) Jika berlaku kebakaran bertindak dengan segera
(g) Am

(i) Elakkan membuang air di merata tempat, gunakan tempat yang telah
di sediakan
(ii) Jika berlaku kemalangan atau kecederaan laporkan kepada pihak
berkuasa dengan segera
(iii) Sentiasa mematuhi arahan yang di keluarkan oleh pihak urus setia
dari semasa ke semasa
(iv) Setiap kumpulan perlu mempunyai buku log bagi mencatat segala
aktiviti berkumpulan

LATIHAN 4.2
Kualiti buku program bukan hanya terletak kepada cetakan atau kulit
luar tetapi apa yang lebih penting kandungannya. Nyatakan kesemua
kandungan yang terdapat dalam buku program.
4.2 PENGURUSAN ALATAN DAN
KELENGKAPAN
LATIHAN 4.3
Sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap alatan pendidikan
luar apakah langkah yang perlu diambil bagi memastikan peralatan
berada dalam keadaan baik?
TOPIK 4 PROGRAM DAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN LUAR (AMALI) ! 57
Alatan merupakan barang atau objek yang amat penting dan membantu dalam
program pendidikan luar. Tanpa alatan kita mungkin tidak dapat melaksanakan
aktiviti contohnya tanpa pendayung pasti kita tidak dapat melaksanakan aktiviti
kayak. Justeru itu alat perlu di urus dengan baik supaya tidak mengganggu aktiviti.
Dengan kata lain pengurusan alatan dan kelengkapan amat perlu bagi menjamin
ketahanan alatan dan kelengkapan. Sebagai contoh alatan yang terdedah kepada
air masin seperti kayak perlu di selenggara dengan baik supaya ia tidak mudah
rosak.
4.2.1 Senarai Alatan
Sebagai pihak penganjur kita perlu menyediakan senarai alatan bagi memudahkan
peserta dan urus setia di tapak aktiviti luar kelak. Senarai peralatan terbahagi
kepada 4 bahagian utama yang diringkaskan di dalam Jadual 4.2.
Jadual 4.2: Senarai Peralatan
Tajuk Alatan
Peralatan kumpulan Khemah
Cangkul
Parang
Pengetuk
Kotak pertolongan cemas
Tali karmentel
Helment
Tali ( rami, manila dan ra!a)
Bola sepak pantai
Khemah Agung (20X40)
Fly sheet
Lampu gasolin
Lampu berakin
Mancis
Generator
Dinghy
Enjin ( 15 kuasa kuda)
Bot Laju
58 TOPIK 4 PROGRAM DAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN LUAR (AMALI)
Peralatan Peribadi. Topi
Baju Lengan Panjang
Seluar Panjang
Kemeja T
Pakaian Trek
Stokin
Baju hujan
But atau kasut
Cermin mata
Pakaian dalam
Alat mengemas diri
Tuala
Baldi
Life jaket
Snorkling set
Pancing
Pakaian
Alatan sembahyang
Ubat-ubat peribadi
Peralatan memasak Alat memasak
Kain pencuci
Berus dan serbuk pencuci
Plastik membasuh
Pencedok air
Baldi dua saiz (simpan air dan membasuh)
Kole
Penapis
Periuk nasi
Cerek
Kuali
Pisau
TOPIK 4 PROGRAM DAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN LUAR (AMALI) ! 59
4.2.2 Memastikan Keselamatan Alatan yang
Digunakan
Bagi memastikan alatan yang digunakan dalam keadaan baik, kita perlulah patuhi
langkah-langkah berikut:
(a) Ketika menerima barang pastikan barang yang di terima boleh digunakan
dan tidak rosak.
(b) Bersih dan cuci alatan setelah digunakan. Alatan yang terdedah kepada air
masin contohnya kayak dan bot perlu di cuci dengan menggunakan air tawar
serta dikeringkan setelah digunakan.
(c) Pastikan alatan di simpan dalam keadaan yang betul contohnya kayak perlu
di simpan dalam keadaan terlungkup bagi mengeluarkan air dari kawasan
pit.
(d) Pastikan alatan yang hendak di lipat dan dikemaskan berada dalam keadaan
kering. Contohnya khemah yang basah dan disimpan di dalam stor akan
menghasilkan bau yang kurang menyenangkan dan mudah koyak.
(e) Bersihkan dan simpan alatan mengikut cara yang betul contohnya life jaket
perlu di gantung di ampaian setelah di gunakan pada suhu bilik.
(f) Pastikan peserta program menggunakan alatan dengan cara dan masa yang
betul
Bahan Mentah Beras
G ula
Kopi
Teh
Mi segera
Biskut
Sardin
Ikan masin
Acar sayur
Cili boh
Bawang
Kacang tanah
Asam boi
60 TOPIK 4 PROGRAM DAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN LUAR (AMALI)
4.2.3 Pengurusan Keluar Masuk Alatan
Kita perlu menguruskan keluar masuk alatan dalam keadaan yang tersusun dan
kemas bagi memastikan tiada alatan yang keluar dari stor tanpa kebenaran. Berikut
adalah beberapa panduan langkah yang harus kita laksanakan untuk mengurus
alatan keluar masuk dengan kemas:
(i) Rekod setiap pergerakan barangan dengan kemas dan teratur
(ii) Simpan rekod keluar masuk alatan di tempat yang mudah dicapai
(iii) Lantik peserta yang bertanggung jawab mengambil alatan dari setiap
kumpulan contohnya dalam setiap kumpulan lantik pengurus alatan.
Pengurus alatan akan bertanggungjawab untuk meminjam dan menghantar
alatan.
(iv) Peserta kursus perlu memastikan terlebih dahulu aspek kebolehgunaan
alatan dengan mencuba alatan terlebih dahulu
(v) Jawatan kuasa teknikal perlu memastikan barangan yang di terima atau
yang di pulangkan kepada pelajar dalam keadaan baik
(vi) Jawatan kuasa teknikal perlu memastikan komponen barang yang di
pulangkan dalam keadaan lengkap.
AKTIVITI 4.2
Alatan yang digunakan perlulah di selenggara bagi menjamin
ketahanan.Nyatakan prosedur yang perlu dilakukan bagi menjamin
ketahanan alatan pendidikan luar.
4.3 PENGURUSAN PENGANGKUTAN
Jawatan kuasa pengangkutan bertanggungjawab menguruskan kesemua proses
pengangkutan. Sebagai jawatan kuasa pengangkutan, kita perlu memikirkan dan
memilih kesesuaian pengangkutan agar program yang dirancang berjalan lancar.
Contohnya, dalam memilih jenis bas yang sesuai jawatan kuasa perlu memastikan
kesemua peserta mempunyai tempat duduk. Selain itu, sebagai jawatankuasa
pengangkutan, kita juga perlu memilih lori yang mempunyai keluasan dan
keupayaan mengangkut barang yang bersesuaian dengan barang yang hendak
di angkut dari segi berat, panjang dan lebar barang. Penyusunan barang perlu
di lakukan dengan cara teratur bagi mengelakkan alatan rosak dan penggunaan
ruang yang maksimum.
TOPIK 4 PROGRAM DAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN LUAR (AMALI) ! 61
4.3.1 Jenis Pengangkutan
Secara keseluruhan terdapat tiga jenis pengangkutan dalam aktiviti pendidikan
luar iaitu:
(a) Mengangkut peserta
Kenderaan yang digunakan mengangkut peserta ke lokasi pendidikan luar
(Bas)
(b) Mengangkut barang
Kenderaan yang digunakan untuk mengangkut barangan ke lokasi
pendidikan luar (lori)
(c) Berada di lapangan
Kenderaan yang sentiasa di lokasi yang digunakan untuk keadaan
kecemasan (van)
62 TOPIK 4 PROGRAM DAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN LUAR (AMALI)
Kenderaan ini juga digunakan sebagai pengangkutan utama di lapangan
sama ada untuk mengangkut barang-barang keperluan, aktiviti dan lain-
lain.
4.3.2 Jadual Pengangkutan
Sebagai jawatan kuasa pengangkutan kita perlu memastikan jadual pengangkutan
bersesuaian dengan masa ketibaan peserta dan perjalanan aktiviti pendidikan
luar. Untuk memastikan sesuatu perjalanan yang selesa kita perlu memastikan
peserta kursus tiba di lokasi dua jam lebih awal dari aktiviti pendidikan luar.
Kita perlu menghubungi agen pengangkutan dan ingatkannya sehari sebelum
berangkat ke lapangan. Pastikan pengangkutan bagi alatan perlu seiring dengan
ketibaan peserta kursus. Peserta kursus perlu berkumpul dan melapur diri lebih
awal setengah jam dari jangkaan ketibaan bas.
4.3.3 Menaikkan dan Memunggah Peralatan dari Lori
Panduan yang perlu diambil dalam ketika menaik dan memunggah barang
terdapat dalam Jadual 4.3.
Jadual 4.3: Langkah yang Perlu Diambil dalam Menaik dan Memunggah Barang
Langkah Keterangan
1 Gunakan senarai semak yang telah dirancang sebelum menaikkan barang
ke atas lori bagi mengelak alatan yang penting tertinggal
2 Tulis pada kotak alatan atau barangan yang perlu diangkat dengan cermat
bagi mengelakkan kerosakan barang
3 Susun barang dalam lori mengikut kesesuaian barang yang mudah pecah
atau rosak hendaklah diletakan di atas
4 Gunakan bilangan peserta yang mencukupi ketika mengangkat dan
memunggah barang.
5 Kaedah tunjuk cara perlu di tunjukkan kepada peserta terutama ketika
mengangkut barangan yang berisiko tinggi
6 Ahli jawatan kuasa pengangkutan perlu memerhati dan mengarahkan
peserta mengangkat dan meletakan barang dengan sempurna dan baik
7 Gunakan senarai semak yang digunakan ketika menaikkan barang ketika
menurunkan barang bagi mengelak alatan tertinggal di dalam lori.
8 Ketika menurunkan alatan susun alatan di tempat yang sesuai dan di
peruntukan.
TOPIK 4 PROGRAM DAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN LUAR (AMALI) ! 63
LATIHAN 4.4
Nyatakan 3 ciri lori barangan yang perlu dipilih oleh jawatan kuasa
pengangkutan?
4.4 MESYUARAT POST-MORTEM
Secara keseluruhan kita terpaksa melalui dua peringkat mesyuarat post mortem
iaitu peringkat jawatan kuasa kecil dan di peringkat ahli jawatan kuasa program.
Mesyuarat post mortem peringkat jawatan kuasa kecil perlu kita lakukan sebelum
mesyuarat post mortem ahli jawatankuasa program. Mesyuarat ini perlu dilakukan
dengan segera selepas sesuatu program di laksanakan bagi mengelak kehilangan
atau kecairan maklumat.
Antara perkara utama yang dibincangkan dalam mesyuarat post mortem
iaitu peringkat jawatan kuasa kecil ialah perjalanan program serta tugas dan
tanggungjawab jawatan kuasa dalam melaksanakan program. Dalam mesyuarat
ini biasanya kita lebih memfokuskan kepada pelaksanaan aktiviti, masalah yang
di hadapi, cara penyelesaian masalah, pendapat peserta sama ada bertulis atau
secara lisan dan beberapa isu lain yang berkaitan dengan aktiviti yang di jalankan.
Di akhir mesyuarat setiap jawatan kuasa kecil di minta menyediakan laporan
jawatan kuasa secara bertulis yang mengandungi keputusan dan cadangan
mesyuarat post mortem.
Keputusan mesyuarat post mortem iaitu peringkat jawatan kuasa kecil perlu
disediakan secara laporan bertulis dan perlu di bentangkan dalam mesyuarat ahli
jawatan kuasa program. Mesyuarat jawatan kuasa program akan membincangkan
keputusan mesyuarat post mortem peringkat jawatan kuasa kecil dan laporan
jawatan kuasa kecil. Laporan ini di bincangkan dengan teliti bagi menyelesaikan
masalah yang berbangkit dan memberi cadangan bagi memurnikan aktiviti
program yang akan datang. Setiausaha perlu mencatatkan pandangan, kritikan,
cadangan dan sebagainya dari jawatankuasa yang hadir serta menyediakan
laporan keseluruhan. Tujuan mengadakan mesyuarat post mortem adalah sebagai
re"eksi kepada kita bagi mengatasi masalah yang di hadapi, meneruskan kekuatan
yang ada serta memurnikan aktiviti demi kepentingan bersama.
4.4.1 Laporan Aktiviti
Kem komandan perlu menyediakan laporan aktiviti yang menggabungkan hasil
laporan bertulis jawatan kuasa kecil dan pemerhatian kem komandan. Laporan
aktiviti dibina bagi melihat kekuatan dan kelemahan aktiviti yang di laksanakan.
Laporan aktiviti turut mengandungi laporan tentang aktiviti yang dapat di
jalankan dengan baik, gagal dan tidak dapat dilaksanakan. Dengan kata lain
64 TOPIK 4 PROGRAM DAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN LUAR (AMALI)
Laporan aktiviti akan mendedahkan kekuatan dan kelemahan aktiviti yang di
laksanakan.
Laporan aktiviti juga menyediakan cadangan-cadangan bagi menambahbaikkan
aktiviti yang di laksanakan pada masa hadapan. Laporan aktiviti di gunakan untuk
menilai dan memberi cadangkan pelaksanaan aktiviti lain untuk ditambahkan ke
dalam program atau di gantikan dengan aktiviti yang tidak berkesan.
4.4.2 Laporan Kewangan
Laporan kewangan akan dibina dan disediakan oleh bendahari program yang
bertanggungjawab secara keseluruhan tentang kewangan program. Laporan
kewangan adalah laporan yang merekodkan segala sumber pendapatan dan
perbelanjaan sebelum, sewaktu dan selepas program pendidikan luar. Laporan
kewangan biasanya di sediakan dalam bentuk penyata kira-kira. Penyata kira-kira
merupakan penyata pendapatan dan penyata perbelanjaan dalam satu tempoh.
Sebelum mengemukakan laporan kewangan pegawai yang terlibat dalam
perbelanjaan perlulah menyelesaikan atau mengutip tanggungan kewangan
supaya penyata kira-kira akan dapat di tutup dengan sempurna. Antara perkara
yang terdapat dalam laporan kewangan ialah:
Rajah 4.2: Perkara yang terdapat dalam laporan kewangan
4.4.3 Laporan Keselamatan
Laporan keselamatan di buat oleh jawatan kuasa kecil disiplin dan keselamatan.
Laporan ini kita bina berdasarkan hasil daripada mesyuarat post mortem
peringkat jawatan kuasa kecil dan laporan jawatan kuasa kecil lain. Laporan
keselamatan adalah laporan yang di sediakan bagi mengkaji dan menilai faktor
keselamatan secara keseluruhan. Laporan keselamatan terhadap satu kes yang
terperinci juga amat perlu dibuat sekiranya terdapat kemalangan yang berlaku
ketika aktiviti sedang di jalankan. Laporan ini akan membolehkan kita mengenal
pasti punca berlaku kemalangan serta faktor pencegahan yang patut di ambil.
Untuk menambah baikkan aktiviti dalam program pendidikan luar, laporan
TOPIK 4 PROGRAM DAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN LUAR (AMALI) ! 65
keselamatan juga perlu mengenal pasti dan memberi cadangan aktiviti-aktiviti
yang memerlukan kawalan keselamatan dan pencegahan kecederaan dengan
lebih rapi lagi.
4.4.4 Menyediakan Laporan Keseluruhan
Setiausaha akan membuat laporan keseluruhan aktiviti yang telah dilaksanakan
berdasarkan mesyuarat pos mortem dan laporan bertulis. Antara perkara yang
perlu dimasukkan ke dalam laporan keseluruhan ialah:
(a) Pendahuluan
(b) Tarikh dan Masa
(c) Tempat
(d) Senarai Jawatankuasa perancang
(e) Senarai Pegawai
(f) Bilangan dan nama peserta
(g) VIP yang hadir
(h) VVIP yang merasmikan program
(i) Senarai Jawatankuasa Pelaksana
(j) Laporan aktiviti
(k) Laporan kewangan
(l) Laporan keselamatan
(m) Laporan jawatankuasa kecil
(n) Penilaian keseluruhan
(o) Masalah yang timbul
(p) Cadangan Penambahbaikkan
(q) Penutup
LATIHAN 4.5
Terdapat dua peringkat mesyuarat post mortem, nyatakan peringkat
mesyuarat post mortem tersebut.
66 TOPIK 4 PROGRAM DAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN LUAR (AMALI)
4.5 PENILAIAN
Penilaian ialah satu prinsip untuk mengukur pencapaian secara sistematik (Robiah
Sidin 1992). Menurut Cozby, P.C (2001), bagi menjamin satu program berjalan
dengan lancar dan mencapai objektif, penilaian memainkan peranan yang penting.
Kita perlu membuat penilaian terhadap sesuatu program kerana keberkesanan
sesuatu program akan diketahui setelah penilaian. Terdapat dua bentuk penilaian
yang selalu di lakukan iaitu:
(i) Penilaian berdasarkan pencapaian individu dalam satu program
(ii) Penilaian berdasarkan persepsi pelajar dalam satu program
4.5.1 Penilaian Individu
Penilaian individu dilihat dari pencapaian keupayaan pelajar dalam menguasai
elemen yang menjadi objektif pendidikan luar. Pelajar akan di nilai oleh jurulatih
dan fasilitator dalam setiap aktiviti pendidikan luar. berdasarkan tiga elemen iaitu:
(a) Elemen Psikomotor
Elemen psikomotor merupakan satu komponen yang dinilai oleh jurulatih
dalam aktiviti !zikal. Elemen ini berkaitan dengan kepantasan, kelenturan,
daya tahan, koordinasi saraf otot dan imbangan. Kesemua ini merupakan
komponen yang amat penting diterapkan dalam penguasaan kemahiran
psikomotor dan kecergasan murid.
(b) Elemen Kognitif
Bagi elemen ini pula ianya bertumpu kepada tahap kefahaman dan
pengetahuan peserta kursus dalam kesemua bab dalam aktiviti pendidikan
luar. Ujian elemen kognatif mungkin boleh diserapkan dengan jelas ketika
menjalani aktiviti pendidikan alam sekitar atau latihan dalam kumpulan.
Fasilitator perlu menilai dari aspek kefahaman dan pengetahuan peserta
kursus ketika mereka sedang melaksanakan sesuatu bidang kemahiran.
Murid juga perlu diterap dan dilatih untuk mentafsir, mengguna dan
melaksanakan kemahiran berdasarkan teknik-teknik yang telah diajar.
Peserta mula mempraktikkan dan mengaplikasikan sesuatu kemahiran
kefahaman dan tahap pengetahuan yang sedia ada pada keupayaan ini
boleh dijadikan alat untuk mengukur komponen kognitif.
(c) Elemen Afektif
Mengukur pencapaian pelajar dari segi sikap dan nilai memerlukan
pungutan data dari pelbagai cara. Cara ini merangkumi pemerhatian
tingkah laku pelajar sewaktu mereka terlibat dalam aktiviti tertentu,
mendengar komen mereka dan meminta mereka untuk mengisi soal selidik.
TOPIK 4 PROGRAM DAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN LUAR (AMALI) ! 67
Alat penilaian yang di gunakan untuk penilaian elemen afektif ialah:
(i) Senarai semak, pemerhatian, tingkah laku pelajar-pelajar
(ii) Rekod-rekod anekdot
(iii) Temu duga
(iv) Soal selidik aneka pilihan
(v) Skala pemerhatian
4.5.2 Penilaian Program
Untuk mengumpul maklumat bagi membantu menilai prestasi pelaksanaan
program pendidikan luar kita perlu melaksanakan proses penilaian program.
Kesemua ini akan program yang akan datang dijalankan secara lebih berkesan
di masa hadapan. Proses penilaian program pendidikan luar melibatkan peserta
kursus dengan menggunakan instrumen soal selidik atau temu bual.
4.5.3 Analisis Keberkesanan Program
Data yang didapati dari soal selidik atau pemarkahan adalah merupakan data
mentah, data ini perlu kita proses dan analisis untuk menjadi maklumat. Dengan
kata lain maklum balas dalam berbagai bentuk seperti markah dan lain-lain perlu
dikumpulkan, disusun, di analisis, diinterpretasikan dan dianalisis bagi melihat
kesigni!kan sesuatu perkara. Pentafsiran ini membolehkan pengkaji membuat
tafsiran yang berkesan dan tidak berat sebelah. Analisis boleh dilakukan dengan
menggunakan sistem analisis data contohnya SPSS,atlas dan berbagai lagi.
LATIHAN 4.6
Terdapat dua bentuk penilaian yang selalu di lakukan nyatakan bentuk
penilaian tersebut?
RUMUSAN


dilakukan.


68 TOPIK 4 PROGRAM DAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN LUAR (AMALI)
UJIAN 1
UJIAN 2
1. Apakah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam merangka jadual
aktivitil?
2. Nyatakan prosedur untuk menguruskan alatan keluar masuk dari stor.
3. Huraikan prosedur menaikkan dan memunggah peralatan dari
pengangkutan.
4. Nyatakan perkara yang perlu terdapat dalam laporan keseluruhan.
1. Nyatakan satu set contoh peraturan perkhemahan.
2. Nyatakan tiga jenis pengangkutan yang digunakan dalam pendidikan luar.
3. Nyatakan perkara-perkara yang terdapat dalam laporan kewangan.
4. Pelajar akan dinilai oleh jurulatih dan fasilitator dalam setiap aktiviti
pendidikan luar berdasarkan tiga elemen. Huraikan elemen tersebut.
Ab. Alim Abdul Rahim. (1999). Panduan perkhemahan, sipulan dan pioneering: Shah
Alam: Penerbitan Fajar Bakti.
Ab. Alim Abdul Rahim. (2004). Pengurusan gerak kerja kokurikulum. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
RUJUKAN




berjalan lancar.


atau kecairan maklumat.

Buku Program
Elemen Alam sekitar
Elemen Kognitif
Elemen Psikitaran
Jadual Aktiviti
Elemen Post-morten
TOPIK 4 PROGRAM DAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN LUAR (AMALI) ! 69
C. A. Lewis. (1975). The administration of outdoor education programs. Dubuque, IA:
Kendall-Hunt.
D. R. Hammerman, W. M. Hammerman, & E. L. Hammerman. (1985). Teaching in
the outdoors, Danville, IL: Interstate.
Jamil Hashim. (2001). Tatacara mengendalikan majlis, Kuala Lumpur: Golden Book
Centre Sdn Bhd.
Omardin Ashaari. (1998). Pengurusan Sukan. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar
Bakti.
Modul Bina Insan Guru. (2000). Bahagian Pendidikan Guru Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Modul Pendidikan Luar. (1993). Bahagian Pendidikan Guru Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Mohd. Yusof Abdullah. (1992). Teknik kegiatan luar. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Phyllis Ford. (1981). Principles and practices of outdoor/environmental education.
New York: Wiley.__

Anda mungkin juga menyukai