Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI KBSR (Tahun 5 Bestari Warna Hijau) Mata Pelajaran:Pendidikan Jasmani Tunjang:2.

Kemahiran Tajuk:2.1 - Kemahiran Asas Permainan - Permainan Bola Tampar Sub Tajuk:2.1.1 - Kemahiran Merejam - Merejam bola melepasi jaring secara individu dan berpasangan Tarikh:26 Julai 2012 Masa:7.45 - 8.15 pagi (30 minit) Tahun:Tahun 5 Bestari Warna Hijau Bil. Murid:L : 6 orang P : 10 orang Hasil Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat: a) Psikomotor 1. Murid dapat merejam bola tampar melepasi jaring sebanyak 5 kali secara individu. 2. Murid dapat merejam bola tampar melepasi jaring sebanyak 10 kali secara berpasan gan. b) Kognitif 1. Murid dapat menyatakan perlakuan semasa merejam bola tampar melepasi jaring se cara individu dan berpasangan.. 2. Murid dapat membezakan antara rejaman dan menyangga. c) Afektif 1. Murid menunjukkan rasa minat dalam permainan kecil Rejam Tuju Sasaran. 2. Murid menunjukkan rasa seronok apabila dapat merejam bola melepasi jaring. Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran: BIL. Bahan Sumber P & P Jumlah 1. Skitel besar 2 2. Skitel kecil 5 3. Bola tampar 10 4. Jaring bola tampar 1 5. Kerusi plastik 2 6. Botol plastik 10 Penerapan Nilai: Bertanggungjawab terhadap kumpulan masing-masing. Kemahiran Berfikir: Muridmurid dapat membuat banding beza antara kemahiran merejam dan menyangga. Strategi Utama: Strategi Kontekstual Pengalaman Sedia Ada: Murid-murid pernah bermain permainan bola tampar. Bahagian/Ma sa Nama Aktiviti Ciri Strategi Fokus Pembelajaran dan Organisasi Kelas

Permulaan ( 5 minit)

1. Kehadiran 2. Kesihatan 3. Pakaian Memanaskan badan dan regangan Aktiviti Gerak Tepi Sikit

Hubungkait (Relating)

Perkembang an ( 10 minit)

1) Kemahiran merejam secara individu.

- Murid-murid dibahagikan kepada dua barisan. - Jarak di antara setiap murid ialah 5 langkah. - Murid yang pertama perlu membaling bola kepada murid yang kedua manakala murid kedua perrlu membaling bola kepada murid yang ketiga dan begitulah seterusnya sehingga murid yang terakhir dalam barisan. - Apabila bola sampai kepada murid yang terakhir, murid tersebut perlulah berlari ke tempat murid pertama manakala murid pertama itu perlu bergerak ke tempat murid yang kedua dan begitulah seterusnya. - Jika mana-mana barisan murid yang terlebih dahulu menghabiskan aktiviti ini, mereka dikira pemenang. Mengalami - Murid-murid dibahagikan kepada empat (Experiencing kumpulan. ) - Kumpulan 1 perlu berbaris memanjang dan bertentangan dengan kumpulan 2 manakala kumpulan 3 bertentangan dengan kumpulan 4. - Murid kumpulan 1 akan berada berhampiran dengan jaringgetah sambil memegang bola tampar dengan menggunakan sebelah tangan lalu melonjakkan kaki untuk melakukan kemahiran merejam kepada murid kumpulan 2. - Murid kumpulan 2 yang menerima bola dari murid kumpulan 1 akan melakukan perlakuan yang sama kepada murid kumpulan 1.

2) Kemahiran merejam secara berpasangan.

- Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan. - Seorang daripada setiap kumpulan perlu menjadi pengumpan. - Pengumpan ini perlulah berdiri di atas kerusi berhampiran dengan jaring untuk melambung bola tampar kepada perejam. - Murid-murid yang selebihnya itu bertindak sebagai perejam. - Apabila mendengar wisel daripada guru, pengumpan perlu melambung bola tampar kepada perejam manakala perejam perlu melonjakkan kaki untuk melakukan kemahiran merejam melepasi jaring.

Kemuncak (10 minit)

Permainan kecil Rejam Tuju Sasaran

Aplikasi (Applying)

- Murid-murid dibahagikan kepada kumpulan dua kumpulan. - Setiap murid daripada dua kumpulan tersebut perlu menggunakan kemahiran merejam menepati sasaran yang disediakan. - Murid-murid perlulah berada di belakang kon dan merejam bola dalam jarak 5 meter ke arah sususan botol yang disediakan. - Setiap murid hanya diberi satu peluang sahaja melakukan rejaman ke arah sasaran. - Kumpulan yang paling banyak menjatuhkan botol, dikira pemenang.

Penutup ( 5 minit)

Menyejukkan badan dan rumusan Aktiviti Mirror Move

Kooperatif (Cooperative) Memindahka n (Transfering)

1) Guru bersoal jawab dengan murid a) Sebutkan kemahiran yang dipelajari. b) Apakah kepentingan-kepentingan kemahiran tersebut? 2) Murid-murid dibahagikan secara berpasangan. - Setiap orang murid perlu meniru gaya dan pergerakan pasangan masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai