Anda di halaman 1dari 4

Laporan Masakan Tradisi Warisan Bangsa Etnik Melayu Sabah

IKAN BILIS MASAK CILI PADI

1. Nama makanan
Nama makanan yang akan kami masak adalah Ikan Bilis Masak Cili Padi sesuai
dengan undian yang kami dapat Ikan Bilis adalah salah satu masakan kegemaran
Melayu Sabah.
2. Bahan bahan yang diperlukan
1 mangkuk ikan bilis - cuci bersih - toskan - goreng garing
1 biji bawang merah besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
10 biji cili api - dihiris
3 sudu kicap manis
1s sedikit asam jawa "adabi"
1/2 cawan air
Garam secukupnya

3. Cara-Cara membuat

1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih shingga wangi.


2. Masukkan cili api dan gaul bagi rata.
3. Masuk pula kicap cair, asam jawa, air dan garam secukupnya, biar mendidih.
4. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng, gaul sebati dan biarkan kering sedikit.

Pada

2 September 2015 kami ditugaskan untuk menyediakan masakan set menu

Melayu dan Melayu Sabah. Antara hidangan yang disediakan oleh unit saya adalah
Tomyam,

Ikan BIlis masak Cili Padi , sambal telur burung puyu, Lontong Dan

tempoyak.Saya dan kawan saya memasak Ikan bilis masak cili padi. Hidangan ini dinikmati
bersama dengan nasi putih. Melihat kepada menu yang disediakan ia memberi sedikit
cabaran kepada kumpulan kami kerana kami hanya berdua untuk menyediakan menu ini.
Borang perancangan kerja telah disiapkan dengan teliti dan menyusun proses kerja dengan
teratur.
Sebaik sahaja mendapat tugasan tersebut saya dan kawan saya berasa takut kerana
kami tidak pernah memasak masakan sabah melayu sebelum ini. Kami mencari menu
masakan dalam buku Menu Masakan Melayu Sabah . Kami juga memilih masakan ikan bilis
masak cili padi kerana masakan tersebut senang untuk dibuat. Sebelum sehari kami juga
pergi ke kedai untuk membeli bahan yang diperlukan untuk keesokan harinya. Pada malam
tersebut kami juga menyediahkan tempat masakan yang diagihkan untuk kami. Kami juga
diagihkan tugas daipada ketua unit saya. Bersama unit

saya kami menghias tempat

memasak kami dengan daun kelapa , ketupat hias, pasu bunga dan sebagainya.
Sebahagian daripada kawan kelas saya,

membuat Papan selamat Datang. Saya dan

Kawan ditugaskan untuk membuat Menu Masakan dan harga masakan. Pada pukul 12.30
malam kami pun balik ke bilik untuk mengambil rehat.

Pada

hari

tersebut

kami

bangun

pukul

6.00

pagi. Kami mandi dan bersiap

sediah untuk ke tempat

masakan itu. Kami membawa

bahan masakan kami

ke tempat memasak. Pada hari

tersebut

kami

juga

memakai baju melayu sabah .Kami berasa bangga kerana dapat memakai baju melayu
Sabah. Pensyarah dan rakan rakan seunit saya memiji kami kerana kami memakai baju
melayu sabah dan menghormati budaya lain. Selepas sampai ke tempat masak itu kami
juga menyedihkan bahan masakan kumpulan masing-masing.Pada pukul 8.30 pagi kami
berkumpul di hadapan gymnasium. Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan merasmikan
pertandingan Masakan Warisan Budaya . Kami juga tidak bersabar-sabar menunggu giliran
untuk memasak.Selepas perasmian kami telah menuju ke tempat masak untuk memulakan
masakan. Setelah kumpulan pertama memasak tibalah giliran kami untuk memasak.Kami
juga menyediahkan bahan masakan di atas meja .

Kami juga memula memasak dengan berasa gembira .Kami juga memasak dengan
menggunakan buku cara membuat masakan tersebut.Selepas sahaja menghabiskan

memasak kami juga menghidangkan ikan bilis itu di atas daun pisang untuk menghias. Kami
juga menghias ikan bilis masak cili padi itu dengan bawang dan tomoto.

Secara keseluruhannya, kami sangat gembira kerana dapat menyediakan hidangan set
menu Thailand. Kami juga berpuas hati dengan hidangan yang telah disediakan. Namun,
sekiranya diberi kesempatan lagi pastinya kami akan memperbaiki kesilapan yang telah
dilakukan dan menambah baik cara masak kami.

Anda mungkin juga menyukai