Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

KERTAS KERJA
PROMOSI PENDIDIKAN KESELAMATAN DALAM KOMUNITI
PKE3023E PENDIDIKAN KESELAMATAN
AJK PROTOKOL
(PISMP GSTT S4 PJ SK/SJKT Ambilan Jun 2013)

TEMA
LESTARI PENDIDIKAN KESELAMATAN
DALAM KONTEKS SELENGGARA KESELAMATAN & KESIHATAN KOMUNITI

TARIKH : 22 APRIL 2015 (RABU)


MASA
: 8.00 PAGI HINGGA 4.30 PETANG
TEMPAT : IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

PROGRAM INI DILAKSANAKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN KERJA KURSUS


PROJEK PKE3023E PENDIDIKAN KESELAMATAN
ANJURAN
JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

1. Pengenalan
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM) merupakan salah sebuah
institut pendidikan guru yang melatih siswa guru major Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan. Sehubungan dengan ini, pelajar PISMP GSTT S4 PJ SK/SJKT Ambilan Jun 2013
akan melaksanakan kerja kursus projek Promosi Pendidikan Keselamatan Dalam Komuniti
bagi memenuhi keperluan kurikulum aspek pengukuran dan penilaian kursus PKE3023E
Pendidikan Keselamatan.

2. Rasional
Rasional ajk protokol Promosi Pendidikan Keselamatan Dalam Komuniti adalah menepati
kriteria pengukuran dan penilaian kursus PKE3023E Pendidikan Keselamatan. Ini
melibatkan aktiviti mengumpul maklumat, mengorganisasikan maklumat dan pemindahan
pengetahuan tentang aspek perancangan dan pengurusan bagi pelaksanaan Promosi
Pendidikan Keselamatan Dalam Komuniti dengan pengisian program yang memberi fokus
kepada aspek-aspek yang berikut, iaitu :2.1 Pengurusan dan pelaksanaan promosi dengan sempurna bukan sahaja akan
dapat mencapai matlamat dan objektifnya tetapi juga dapat mengelakkan
pembaziran masa, kos dan tenaga.
2.2 Ianya turut memberi gambaran positif bukan sahaja terhadap organisasi dan
penganjur, malahan terhadap individu yang terlibat.
2.3 Kursus ini dapat memberi pendedahan kepada para peserta tentang
perancangan dan pelaksanaan promosi.
2.4 Ia dapat juga memberi pendedahan dan bimbingan bagaimana caranya
menguruskan Promosi ini dengan cekap, sempurna kemas dan lancar.
2.5 Majlis yang berjalan dengan kemas dapat menaikkan imej dan martabat Jabatan
Pendidikan Jasmani, organisai di mata masyarakat, negara dan dunia.

3. Matlamat
Promosi Pendidikan Keselamatan Dalam Komuniti adalah bagi memenuhi keperluan ajk
protokol dari aspek menyelia susun atur kerusi bagi jemputan atau tetamu kehormat di
dalam dewan dan juga menyediakan prosedur menyambut tetamu khas dan
jemputan.Selain itu menyediakan acara sambutan kedatangan tetamu kehormat,
jemputan khas dan segala persiapan untuk keperluan sambutan. Menyambut para
jemputan, hadirin dan peserta serta mengarahkan mereka ke tempat duduk yang
sepatutnya untuk menjayakan Promosi Pendidikan Keselamatan dalam Komuniti .
4. Objektif
4.1 Memberi pengetahuan asas mengenai kemahiran, tugas, peranan dan fungsi
mengurus promosi.
4.2 Memberi kefahaman tentang amalan terkini dalam pengurusan promosi
4.3 Memberi pengetahuan dan kemahiran perancangan stretegik dalam pengurusan
promosi.
4.4 Mengaplikasikan komunikasi yang berkesan dalam perjalanan acara dan majlis.
4.5 Mempelajari teknik-teknik bagi menjana penampilan diri yang terbaik sebagai
wakil organisasi.

5. Belanjawan
Tiada perbelanjawan untuk ajk protokol.
6 .Jawatankuasa Pengelola
Pengerusi Ajk Protokol: Thilagess A/P Devarajoo
Penolong:

: Vegeneswari A/P Kesavan.

7.Penutup
Promosi Pendidikan Keselamatan Dalam Komuniti yang dikendalikan oleh pelajar
PISMP GSTT S4 PJ SK & SJKT Ambilan Jun 2013 adalah suatu langkah pro-aktif demi
memenuhi keperluan kurikulum bagi aspek pengukuran dan penilaian kursus PKE3023E
Pendidikan Keselamatan. Peluang untuk pelajar menjalani latihan pembelajaran secara
amali (hands on) yang melibatkan aktiviti perancangan dan pengurusan bagi pelaksanaan
Promosi Pendidikan Keselamatan Dalam Komunit wajar dimanfaatkan sepenuhnya oleh
pelajar demi melengkapkan diri dengan ilmu serta maklumat yang terkini dalam bidang
Pendidikan Keselamatan serta menjayakan promosi pendidikan keselamatan dalam
komuniti dengan berjayanya tanpa sebarang masalah.

Disediakan oleh,
_______________________________
(THILAGESS A/P DEVARAJOO)
Setiausaha
Promosi Pendidikan Keselamatan Dalam Komuniti
PISMP GSTT S4 PJ SK & SJKT Ambilan Jun 2013
IPG Kampus Raja Melewar
Disemak oleh,
_________________________________________
(TN. SYED ZULKARNAIN BIN SYED MAHAMUD)
Penyelaras Kursus PKE3023E
Jabatan Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
IPG Kampus Raja Melewar
Disahkan oleh,
___________________________________

(PN. SURAYA BIBI BINTI A. K. BAPOTTI)


Ketua Jabatan
Jabatan Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
IPG Kampus Raja Melewar

Anda mungkin juga menyukai