Anda di halaman 1dari 13

1

1.0 PENGENALAN
Berfikir bertujuan mencari makna, John Dewey mendefinisikan berfikir sebagai
operasi yang menggunakan fakta-fakta yang sedia ada untuk mencadangkan fakta-
fakta yang lain supaya fakta yang baru dapat dipercayai berdasarkan fakta yang
sedia ada. Beyer mendefinisikan kemahiran berfikir sebagai manipulasi input deria
dan persepsi yang diingat kembali secara mental untuk membentuk pemikiran, sebab
dan keputusan.
Poh Swee Hiang (2005), mengatakan bahawa berfikir melibatkan tiga
komponen iaitu operasi mental, pengetahuan dan sikap. Operasi berfikir boleh
dibahagikan kepada dua jenis yang umum iaitu kognitif dan metakognitif. Operasi
kognitif digunakan untuk mecari makna. Operasi ini melibatkan kemahiran yang
tersendiri dan ringkas, seperti kemahiran pemprosesan iaitu menganalisis dan
mensintesis, penaakulan, pemikiran kreatif dan kritis serta strategi atau proses yang
kompleks seperti membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Sementara itu
operasi metakognitif pula meliputi operasi yang mengarahkan dan mengawal
kemahiran dan proses kognitif.
Untuk memahami sesuatu yang rumit dan mendorong seseorang untuk berfikir
secara kreatif dan kritis, seseorang memerlukan alat-alat berfikir yang tertentu.
Terdapat pelbagi jenis alat berfikir yang diperkenalkan oleh ramai tokoh pemikir di
seluruh dunia. Anatar dua alat berfikir yang paling penting ialah pengurusan grafik
dan alat CoRT yang telah diperkenalkan oleh Edward De Bono. Pengerusan grafik
meliputi semua bentuk persembahan visual yang daopat menerangkan atau
menghuraikan sesuatu yang rumit. Anatara pengurusan grafik yang popular
digunakan ialah rajah jatingan, carta aliran, peta minda, dan peta lingkaran.
Pengurusan grafik ini ula dipopularkan oleh Swartz & Parks (1994) dalam program
Penyebatian Pemikiran Kreatif dan Kritis.
CoRT pula telah diperkenalkan oleh Edward de Bono yang dilahirkan di Malta.
Program ini dibahagikan kepada enam bahagian iaitu keluasan persepsi, organisasi
kemahiran berfikir, interaksi, pemikiran kreatif, maklumat dan perasaan serta
tindakan. Semua jenis alat berfikir ini dapat membantu kita untuk menggunakan
kemahiran atau kebolehan berfikir yang dimiliki untuk menyelasikan konlik dan
masalah dan berfikir dengan lebih kreatif dan kritis.
2

2.0 Soalan 1
Seseorang ibu bapa boleh memilih sifat-sifat seorang guru untuk mendidik
anak mereka. Apakah lima sifat yang paling penting yang perlu
dipertimbangkan? Aplikasikan First Important Priority (FIP) untuk soalan ini.
Jawapan:
First Important Priority (FIP) bermaksud membuat keputusan berdasarkan prinsip
Keutamaan Mengikut Kepentingan. Cara ini merupakan alat berfikir yang
menggunakan prinsip mengambil kira perkara-perkara penting atau faktor-faktor
penting sahaja dalam menentukan keutamaan. Apabila menggunakan alat berfikir
jenis ini, perkara-perkara yang bukan keutamaan atau yang kurang penting akan
dipinggirkan atau diketepikan. Fokus utama akan tertumpu kepada perkara yang
paling penting kemudian menurun ke perkara yang seterusnya mengikut keutamaan.
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato Dr. Abdul Shukor Abdullah
menggariskan beberapa sifat penting yang mesti ada dalam diri seorang guru. Beliau
berpendapat guru perlu mempunyai kualiti yang tersendiri disebabkan mereka
mempunyai status sosial yamg tinggi dalam masyarakat. Guru bukan sahaja
dihormati malah dicontohi dan tingkah lakunya sentiasa diperhatikan. Anatara sifat
seorang guru yang telah digariskan oleh beliau ialah prihatin, watak terpuji,
berpengetahuan yakni mempunyai kekuatan teori, melengkapkan diri dengan
perkembangan semasa dan profesional. Sikap ini akan melahirkan watak guru yang
cemerlang yang dapat membimbing para pelajar menjadi insan yang berguna
kepada nusa dan bangsa.
Bagi mengaplikasikan teori di atas dalam situasi yang telah diberikan, ibu
bapa perlu menyenaraikan sifat-sifat seorang guru yang baik mengikut keutamaan.
Sebagai mana yang kita sedia maklum, guru memainkan peranan yang amat penting
dalam kehidupan seseorang pelajar. Pembentukan sahsiah yang baik dan akhlak
yang mulia bermula di sekolah walau pada hakikatnya didikan awal adalah dari
rumah. Namun, kita sendiri mengetahui bahawa ibu bapa zaman ini terlalu sibuk
dengan kerjaya masing-masing bagi menyediakan keperluan hidup di zaman kos
sara diri yang begitu tinggi ini. Oleh itu tugas mendidik diserahkan sepenuhnya
3

kepada guru. Justeru, ibu bapa berhak menentukan kualiti guru yang diinginkan bagi
membentuk anak mereka.
Sifat utama yang paling penting yang harus ada dalam diri seseorang guru
ialah sifat amanah. Seorang guru harus amanah menjalankan tugas yang telah
diberikan dengan penuh ikhlas dan dedikasi. Seorang guru yang amanah akan
melihat para murid yang diajarnya adalah satu bebanan tanggungjawab yang besar.
Sifat amanah yang ada pada diri seseorang guru akan membuatkan mereka
bersungguh-sungguh membentuk peribadi anak didik mereka. Mereka akan
merasakan bahawa merekalah yang bertanggungjawab melahirkan masyarakat yang
mempunyai akhlak yang tinggi yang bukan sahaja cemerlang akademiknya tetapi
turut cemerlang pembangunan jiwanya. Sekiranya amanah yang diberikan gagal
dijalankan dengan baik, mereka akan meanggapnya sebagai satu kesalahan yang
harus mereka tanggung disebabkan kecuaian mereka. Sekiranya sifat ini ada pada
diri seorang guru, tidak mustahil kita mampu melahirkan generasi berakhlak mulia
pada masa akan datang.
Sifat kedua yang harus ada pada diri seorang guru ialah penyabar. Kerap kita
dapati di dada akhbar pada hari ini, guru bertindak di luar batasan etika perguruan
kerana gagal mengawal emosi dengan baik. Guru yang baik seharusnya bersabar
dengan karenah para pelajar kerana tugas guru adalah mendidik bukan menghukum.
Sifat sabar akan membuatkan seseorang guru tabah dan ikhlas menerima apa jua
cabaran yang mendatang. Setiap murid akan dilayan dengan penuh kasih sayang.
Guru yang penyabar juga tidak cepat melenting apabila seseorang pelajar
melakukan kesalahan. Tetapi akan menegur dengan baik dan terus istiqamah
mendidik murid tersebut. Ee Ah Meng (2003) guru yang beriltizam dan penyabar
akan menjadi role model kepada para pelajarnya. Secara tidak langsung, guru
berkenaan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-
amalannya di dalam bilik darjah
Sifat yang ketiga yang harus ada dalam diri seorang guru ialah sifat
penyayang. Guru yang penyayang sentiasa mendapat tempat dihati pelajar. Guru
yang penyayang bukan sahaj mudah didekati tetapi juga disenangi dan dikasihi oleh
setiap anak didiknya. Guru yang mempunyai sifat yang penyayang akan melihat
anak didiknya umpama anaknya sendiri. Justeru, dia akan berusaha sedaya
4

upayanya untuk membentuk anak yang berada dihadapannya agar menjadi seorang
insan yang kamil. Sifat penyayang merupakan kualiti penting yang harus ada dalam
diri setiap insan bergelar guru. Sifat syangkan bangsanya, tanah airnya, masyarakat
dan agama akan memberikan motivasi kepada seorang guru agar bersungguh-
sungguh dalam mendidik.
Sifat keempat yang harus ada dalam diri seorang guru ialah sifat
berpengetahuan. Dalam menghadapi cabaran teknologi dan dunia tanpa sempadan
pada hari ini, guru-guru harus menguasi pelbagi jenis bidang ilmu. Dunia teknologi
dan komunikasi pada hari ini memudahklan pelajar mendapatkan maklumat hanya
dengan menekan butang tetikus. Namun, terdapat begitu banyak maklumat yang
salah dan tidak tepat. Justeru, guru-guru harus peka tentang hal ini. Mereka
berperanan membimbing pelajar menapis maklumat yang benar-benar tepat agar
para pelajar tidak mendapat informasi yang salah. Malah, guru juga berperanan
membendung pelajar daripada terpengaruh dengan pelbagai ideologi negatif yang
terdapat dalam dunia siber hari ini. Craft (2002) menyarankan bahawa untuk menjadi
pendidik yang profesional, seorang guru perlu peka terhadap inisiatif pendidikan
yang terkini. Guru yang berpengetahuan juga sentiasa mengikuti perkembangan
terhadap kajian-kajian lampau dan terkini bagi mengemaskinikan pengetahuan dan
kemahiran p&p guru. Mak Soon Sang (2007), menegaskan guru hendaklah
melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran menggunakan internet untuk
memperolehi maklumat tentang perkembangan matematik dan pedagogi pengajaran
masa kini di samping membimbing murid-murid menggunakan internet sebagai P&P.
Selain itu guru perlu mengaplikasikan teknologi maklumat (ICT) di dalam bilik darjah
melalui program SLE (Smart Learning Environment) yang bertujuan meningkatkan
pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT.
Sifat terakhir yang mesti dimiliki oleh setiap guru juga ialah sifat kreatif dan
inovatif. Guru-guru harus kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
bagi mengelakkan para pelajar berasa bosan dengan cara pengajaran guru.
Seseorang guru harus kreatif mencipta pelbagai aktiviti yang baru supaya pelajar
tidak melalui situasi pengajaran yang sama yang menyebabkan mereka mudah
hilang tumpuan. Sifat inovatif pula bermaksud guru-guru memperbaharui kaedah
pengajaran. Dlam erti kata lain, mereka menggunakan pendekatan yang pelbagai
bagi memahamkan pelajar. Guru yang menggunakan kaedah pengajaran yang sama
5

sepanjang masa membuatkan pelajar akan hilang rasa minat untuk belajar
seterusnya akan menggagalkan objektif pembelajaran. Yap, Wan, dan Ismail (1985)
dalam Kertas Kerja oleh Profesor Dr. Saedah Siraj mentakrifkan penilaian dalam
pendidikan dan pembelajaran sebagai satu aktiviti untuk mendapatkan maklumat
yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif p&p. Ingham (dalam
Saedah Siraj, 2000) menyarankan supaya pendidik membuat penilaian dan
menghargai perbezaan setiap individu kerana setiap perbezaan itulah yang akan
menentukan cara setiap individu itu belajar dan juga boleh memberi pengalaman
pembelajaran kepada masing-masing.

3.0 Soalan 2
Di sesetengah negara termasuk Malaysia, pengguna jalan raya dikenakan
bayaran tol. Apakah cara-cara lain untuk mengutip bayaran daripada pengguna
jalan raya. Buat Alternative, Possibillities and Choice (APC).
Jawapan :
Teknik APC atau dalam bahasa Melayunya dikenali sebagi teknik membuat Pilihan,
Kemungkinan dan Pilihan, melibatkan aktiviti penerokaan minda yang bersifat kreatif
dan kritis. Teknik ini lebih menekankan kepada keupayaan mengenal pasti alternatif
dan membuat pilihan dengan tepat. Ia juga menekankan supaya memikirkan
kemungkinan-kemungkinan yang mungkin timbul hasil daripada tindakan yang
diambil. Antara prinsip-prinsip teknik ini ialah pengguna memikirkan sebab dan akibat
yang muncul daripada pilhan kemungkinan yang dibuat.
Antara langkah lain yang boleh dijalankan untuk mengutip bayaran daripada
pengguna jalan raya ialah menaikkan saman trafik. Sikap pengguna jalan raya hari
ini yang melanggar peraturan jalan raya sesuka hati umpama menunjukkan mereka
masih mampu membayar saman-saman yang dikenakan ke atas mereka. Justeru,
wajarlah kerajaan Malaysia menaikkan saman kesalahan jalan raya. Kebaikannya,
pengguna jalan raya akan lebih berhemah ketika memandu dan mematuhi setiap
undang-undang jalan raya. Malah, kes kemalangan jalan raya juga akan dapat
dikurangkan secara tidak langsung. Namun ia juga akan memberikan kesan negatif.
Rakyat mungkin akan memprotes tindakan kerajaan kerana menganggapnya
6

sebagai membebankan. Selain itu, ianya juga bukanlah sumber yang tetap. Kerajaan
tidak boleh mengharapkan kepada sumber ni secara berterusan kerana fungsi
saman adalah untuk mendidik bukannya dijadikan sumber pendapatan.
Cara kedua yang boleh dilakukan oleh kerajaan ialah dengan cara menaikkan
cukai import kereta luar negara yang berada di atas jalan raya. Dewasa ini,
disebabkan ekonomi negara yang kian stabil, ramai rakyat yang mampu memiliki
kereta mewah yang diimport dari luar negara. Apabila cukai ini dinaikkan, industri
kereta tempatan secara tidak langsung akan meningkat. Ini kerana harga kereta
tempatan akan lebih murah berbanding kereta import dan lebih mampu dimiliki.
Namun antara keburukannya ialah ianya akan merencatkan pertumbuhan industri
kereta import. Pengusaha kereta import akan memprotes kerana beranggapan
menaikkan cukai kereta import menyebabkan mereka mengalami kerugian. Namun,
terdapat juga kemungkinan kerajaan tidak akan mendapat apa-apa keuntungan
kerana mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Berita Semasa pada tarikh 9 Jun
2010, kebanyakan kereta import masuk dalam bentuk CKD (Complete Knocked
Down) iaitu dalam bentuk belum pasang yang dikenakan cukai yang lebih murah
berbanding CBU (Complete Build Up) iaitu kereta yang diimport secara pasang siap.
Cara yang seterusnya ialah kerajaan mengurangkan subsidi minyak. Dengan
cara ini kerajaan bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan tetapi dapat
menggunakan dana tersebut untuk pembangunan negara. Malah, tidak akan wujud
lagi kes pencurian minyak yang dilakukan oleh rakyat yang tidak bertanggungjawab.
Perkara ini juga turut diakui oleh oleh menteri Perdagangan Dalam Negeri, Datuk
Shahrir Abdul Samad dalam sebuah forum KPDNHEP di Kota Kinabalu. Di samping
itu, rakyat akan lebih gemar menggunakan kemudahan awam sekaligus
mengurangkan pencemaran dan kesesakan jalan raya. Namun ia juga turut
mengundang kesan buruk apabila harga minyak meningkat. Seperti apa yang
diperkatakan oleh Muhd Khairi Yazid dalam blognya
(Kamikazie_Malaya.blogspot.com) bahawa rakyat akan merasai kesannya terutama
golongan yang berpendapatan rendah. Rakyat akan memprotes dan memberontak
kerana kos sara hidup juga akan meningkat mendadak sekiranya harga minyak
meningkat.
7

Cara seterusnya ialah menaikkan harga cukai jalan raya. Anatara kesan positif
apabila menaikkan cukai jalan raya ialah menambah pendapatan negara. Terdapat
berjuta kereta yang menggunakan jalan raya malaysia, apabila cukai jalan raya
dinaikkan, ia mampu menjadi pendapatan tetap kepada negara. Apabila cukai jalan
dinaikkan juga, kerajaan Malaysia akan mampu menyediakan kemudahan jalan raya
yang lebih baik. Hal ini secara tidak langsung akan menyelesakan pengguna selain
mengurangkan kemalangan yang disebabkan oleh faktor masalah jalan raya. Semua
hasil kutipan cukai jalan juga dapat digunakan untuk kegunaan pembangunan
negara. Namun kesan negatifnya rakyat akan terbeban dengan tindakan ini. Apabila
cukai jalan dinaikkan akan berlaku pelbagai jenayah seperti pemalsuan cukai jalan
dan sebagainya. Malah kos bahan makanan dan keperluan asa juga mungkin
meningkatkan kerana pengeluar mengambil kira faktor kos penghantaran dalam
menentukan harga barangan keperluan asas.
Setelah mengambil kira kesemua faktor negatif dan positif ketiga-tiga cara
yang telah ditetapkan, cara yang dianggap terbaik ialah kerajaan harus menaikkan
cukai kereta import. Melalui cara ini, kerajaan mampu menjana pendatan berterusan
tanpa perlu membebankan rakyat. Ini kerana hanya rakyat yang berkemampuan
yang akan mampu memiliki kereta import. Negara juga secara tidak langsung
menerima tempias baiknya apabila industri kereta nasional dapat berkembang
dengan lebih pesat. Walaupun terdapat juga kesan negatif yang akan muncul
sekiranya langkah ini diambil, namun ia dilihat sebagai langkah yang paling praktikal
dan terbaik agar kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan rakyat saling mendapat
keuntungan.







8

4.0 Soalan 3
Pada masa akan datang manusia mungkin bekerja tiga jam sehari sahaja
disebabkan peningkatan dalam penggunaan robot. Buat satu Consequences
and Sequel (C & S) untuk jangka masa panjang mengenai isu ini.
Jawapan:

Kaedah C & S atau dikenali sebagai kaedah mengikut jangka masa diperkenalkan
bagi membolehkan para pelajar melihat implikasi dan akibat sesuatu tindakan. Kesan
yang berlaku mungkin akibat serta-merta atau implikasi jangka masa yang pendek,
sederhana atau jangka masa yang panjang. Oleh yang demikian, dalam sesi
perbincangan yang dijalankan, pelajar harus dapat menganalisis sesuatu tindakan
yang diambil dan melihat akibatnya. Pelajar akan akan dapat merumus sesuatu
situasi, mengambil keputusan yang tepat dan dapat menilai kesemua kesan yang
berkemungkinan berlaku. Pada masa yang sama, pelajar secara tidak langsung akan
dapat menilai dengan baik kekuatan dan kelemahan sesuatu situasi yang dihadapi
oleh mereka.
Robot digunakan untuk membantu tugas manusia seperti tugas-tugas berat,
berbahaya, pekerjaan yang berulang dan kotor. Robot moden ketika ini memiliki
sistem sensor yang mengumpul maklumat dan menghantar ke otaknya. Otak robot
sebenarnya adalah kebijaksanaan rekaan (Artificial Intelligence atau AI). AI
membantu robot berfikir dan membuat keputusan berdasarkan maklumat-maklumat
yang diperolehi. Rodney Brooks, Pengarah Massachusetts Institute of Technology
computer science and artificial intelligence laboratory berkata, to me a robot is
something that has some physical effect on the world, but it does it based on how it
senses the world and how the world changes around it.
Kesan serta merta yang berlaku apabila robot digunakan dalam industri ialah
menambahkan pendapat negara. Sebagaimana yang kita sedia maklum, negara
masih kekurangan pekerja dalam industi pembuatan terutamanya yang memegang
jawatan sebagai operator. Oleh itu, negara terpaksa membawa masuk begitu ramai
pekerja asing ke dalam negara. Kebanjiran mereka secara berlambak ke negara ini
menimbulkan kesan negatif iaitu berlaku pengaliran wang ke luar negara yang
9

merugikan negara. Malah, wujud begitu banyak kes-kes jenayah yang dilakukan oleh
pendatang asing ini. Penggunaan robot dilihat dapat menyelesaikan masalah yang
rumit ini.
Implikasi jangka masa pendek yang berlaku pula ialah menguntungkan
industri perkilangan negara. Robot bukan sahaja lebih cekap malah lebih pantas dan
efisien. Menguruskan robot juga lebih mudah daripada menguruskan manusia.
Secara tidak langsung, pendapatan industri perkilangan akan bertambah dengan
berlipat kali ganda berbanding menggunakan tenaga manusia. Di samping itu, pihak
kilang juga akan memperoleh faedah yang besar kerana mereka tidak perlu
membayar gaji ramai pekerja. Tugas yang dilakukan beberapa orang manusia dapat
dijalankan oleh sebuah robot dengan kos penyelenggaraan yang jauh lebih murah.
Namun, kesan jangka masa sederhananya ialah masalah kerosakan dan
pembaikpulihan. Apabiloa robot digunakan, mesin-mesin ini memerlukan kos
penyelenggaran yang sangat besar. Malah mesin atau robot juga mudah rosak tidak
seperti manusia yang lebih tahan lasak. Untuk menggantikan sebuah robot akan
menelan belanja yang besar. Malah untuk mengekalkan penyelenggaran juga
memerlukan sesebuah industri mengeluarkan kos yang besar bagi memastikan
keadaan robot sentiasa baik. Hal ini akan mendatangkan kerugian kepada pihak
pengeluar kerana kos penyelenggaraan dan baik pulih menelan belanja yang sangat
besar.
Kesan jangka masa panjang pula, akan berlaku lambakan penganggur di
jalanan. Apabila semua industri menggunakan khidmat robot, tenaga mahir manusia
sudah tidak diperlukan lagi. Rakyat akan hilang punca pendapatan apabila semua
kerja dilakukan oleh robot. Malah rakyat akan menjadi malas disebabkan waktu kerja
yang semakin singkat. Ianya akan menimbulkan kesan buruk kepada negara.
Negara terpaksa menanggung pelbagai bebanan dan masalah disebabkan ramai
rakyat tidak dapat menyara kehidupan mereka. Akhirnya negara sendiri yang
mengalami kerugian apabila rakyat memberontak dan memprotes.



10

5.0 REFLEKSI
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan
kesempatan waktu dan kesihatan yang telah Allah S.W.T kurniakan, dapat juga saya
menyiapkan kerja kursus ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada pensyarah
pembimbing saya Pn. Mariah bt. Mat Nor, yang telah membimbing kumpulan saya
dalam usaha menyempurnakan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan
seperjuangan yang telah bertungkus-lumus bersama selama hampir tiga minggu
untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Melalui tugasan yang telah diberikan, saya mula menyedari behawa betapa
pentingnya perkembangan kemahiran kreatif dan kritis di kalangan pelajar demi
membolehkan mereka menyedari keupayaan dan keperluan untuk berfikir secara
aktif.kemahiran KBKK ini dapat menyediakan generasi kini untuk mengahadapi
kehidupan yang mencabar dalam dunia yang berteknologi tinggi dan berpelbagai
budaya. Dalam perkembangan dunia teknologi yang kian mencabar masa kini,
kemahiran KBKK akan dapat membantu pelajar untuk mengelakkan kesilapan
berfikir iaitu membuat keputusan tanpa meneliti, mencari maklumat, mengorganisasi
dan mempertimbangkan dengan sebaik-baiknya.
Sebagai seorang bakal guru, saya juga turut menyedari akan kepentingan
kami untuk merealisasikan Wawasan 2020. Untuk mencapai hasrat YAB mantan
perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ini, negara memerlukan masyarakat
yang dapat berfikir dengan baik dan berinovatif. Justeru, disinilah letaknya peri
penting penggunaan alat-alat berfikir diterapkan kepada para pelajar di sekolah. Hal
ini selari dengan kata-kata beliau sewaktu merasmikan pelancaran Wawasan 2020.
Katanya apa yang paling penting ialah apa yang berada diantara dua telinga: kuasa
otak, bukan apa yang ada diantara dua bahu: kuasa otot, atau apa yang ada di
antara dua kaki: kekayaan sumber. Jika guru-guru dapat menerapkan kemahiran
berfikir ini dalam diri para pelajar, tidak mustahil menjelang tahun 2020, kita akan
dapat melahirkan warganegara yang kreatif, berinovasi dan berfikiran matang. Ini
meruapakan antara perkara yang terkandung dalam sembilan cabaran Wawasan
2020. Semoga dengan apa yang telah saya pelajari ini, saya akan dapat membina
para pelajar yang menggunakn kebolehan berfikir sebaik mungkin.
11

Kerja kursus pendek ini juga sesungguhnya telah mengajar saya sesuatu
tentang cara memperolehi maklumat. Jika dahulu saya amat bergantung kepada
satu sumber rujukan. Kini,saya belajar untuk mencari pelbagai sumber rujukan di
pusat sumber ditambah pula dengan sumber tambahan di internet. Setelah
melaksanakan kerja kursus ini, saya kian menyedari bahawa betapa pentingnya
proses pencarian maklumat bagi mendapatkan informasi yang tepat dan benar.
Saya mula belajar bahawa sebagai pelajar institusi pengajian tinggi, kami tidak
boleh untuk bergantung kepada apa yang kami dapati di dalam kelas semata-mata.
Kami harus mempunyai inisiatif sendiri untuk mencari maklumat tambahan daripada
pelbagai sumber maklumat bagi menambah ilmu pengetahuan kami agar kami tidak
ketinggalan dengan sumber informasi yang terbaru atau yang lebih tepat.
Akhir sekali, saya turut berasa bersyukur kerana dengan tugasan yang
diberikan ini saya belajar cara baru untuk mempersembahkan hasil kerja saya. Jika
sebelum ini, tugasan yang diberikan di sekolah saya siapkan dalam bentuk karangan
dan sebagainya. Kini saya mula belajar untuk mempersembahkan hasil tugasan
saya dalam bentuk kerja kursus. Saya berharap agar mutu kerja saya akan
bertambah baik untuk masa akan datang.
Sementelahan itu, sebagai seorang guru saya amat menyedari betapa
pentingnya nilai kerjasama, bertolak-ansur dan tolong-menolong diaplikasikan dalam
kehidupan. Dengan adanya kerja kursus ini, nilai-nilai murni ini sedikit sebanyak mula
saya tanam dalam diri saya agar kelak dapat pula saya semaikan nilai ini dalam jiwa
anak didik saya. Malah saya turut berharap agar nilai ini terus subur dalam jiwa saya
supaya saya dapat pula mengaplikasikannya dalam kehidupan sehari-hari apabila
saya ditempatkan di sekolah kelak.
SYAHMI AFIF SYAHIR BIN ABDUL RANI
930222-08-6067




12

6.0 RUJUKAN
Poh Swee Hiang (2005). Kemahiran Berfikir Kukurikulum Kursus Persediaan
Program Sarjana Muda Pendidikan. Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Kuala Lumpur.
Mohd Nashuha Jamidin et. all (2001). Kemahiran Berfikir. Fajar Bakti. Kuala Lumpur.
Mok Soon Sang (2010). Kemahiran Berfikir PPISMP. Penerbitan Multimedia. Kuala
Lumpur.

RUJUKAN INTERNET
http://www.ppsk.usm.my/lecturers/naz/htv201/AlatAlatBerfikir/AlatAlatBerfikirSenarai0
3.htm
http://hanasyakira90.blogspot.com/2010/07/alat-alat-berfikir.html
http://guabama.wordpress.com/2009/05/29/alat-kemahiran-berfikir-cort-1/
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/AZUANAP990047D2004TTP.
pdf
http://eprints.uthm.edu.my/609/1/Jailani_(ICE_2010).pdf
http://mahirkbkk.tripod.com/alat.htm








13








LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai