Anda di halaman 1dari 10

NAMA : MOHD FAZEEL HELMY BIN MOHD SAUPI NO MATRIK : 2120132 UNTUK PERHATIAN : PROF MADYA DR.

MOHAR BIN KASSIM

Kepegawaian dalam pengurusan sukan merupakan salah satu aspek yang penting dalam mengurus dan mengendalikan sesuatu aktiviti atau program dalam sukan. Dalam sesuatu sukan seharusnya mempunyai seorang pengawai yang berpengalaman dan mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang sukan. Pegawai sukan adalah penting dalam mengendalikan segala keperluan dan

kepentingan dalam sukan agar pengendalian sukan menjadi lebih lancar dan teratur. Pegawai sukan turut penting dalam mengatur segala jadual pertandingan, menjaga keselamatan dan mengendalikan sukan mengikut piawaian yang ditetapkan. Pegawai sukan bertugas dan bertanggungjawab untuk memantau program yang dianjurkan untuk memastikan setiasa mengikut segala perancangan dan aturan yang ditetapkan dan dirancang.

Tugas pegawai dalam sukan bukanlah mudah untuk dikendalikan. Gred-gred turut diberikan bagi yang berkemahiran dan yang telah lama menceburi bidang ini. Antara fungsi kepegawaian dalam sukan ialah untuk pengendalian dan penyeliaan program pembangunan dan penggalakan sukan. Kemahiran pengendalian dan penyeliaan dalam sukan adalah penting di peringkat universiti untuk memastikan program-program sukan di dalam universiti sentiasa berjalan dengan teratur dan terurus. Pegawai dalam sukan turut bertanggungjawab dalam memimpin, membimbing, mengawal pengurusan aktiviti sukan dan kemudahan sukan universiti serta pengurusan acara termasuk dalam aspek

pengurusan personel, pengurusan kewangan

dan pembangunan serta penilaian program sukan

universiti. Untuk memastikan segala perancangan berjalan seperti yang dirancang pegawai sukan seharusnya memantau dan mengawasi staf-staf yang bertugas dan memastikan tiada staf yang mendapat teguran pengurusan dan tindakan disiplin. Seorang pegawai dalam sukan juga harus memantau program pembangunan dan penggalakan dalam sukan di university dengan mengadakan lawatan dan tinjauan ke tempat latihan. Ini dapat memastikan kebajikan setiap atlet sentiasa terjaga dari semasa ke semasa. Pemeriksaan program latihan sebelum dan sesudah mendapat kelulusan pengurusan universiti seharusnya dijalankan untuk memastikan setiap aspek terutamanya keselamatan sentiasa berada pada tahap yang terbaik. Pengetahuan dan dalam aspek sains dan pengirisan sukan serta kemahiran dalam merancang program latihan sukan perlu ada dlam diri setiap pegawai sukan. Untuk memastikan program pembangunan dan penggalakan dalan sukan di universiti mencapai matlamat yang ditetapkan boleh diukur samada semua program yang diluluskan berjalan seperti yang dirancang. Penambahan fasiliti dalam sukan dan penyelenggaraan merupakan bidang tugasan pegawai sukan yang bertugas.

Seorang pegawai sukan yang menguruskan sukan seharusnya membuat perancangan dan pemantauan dalam kemudahan dan peralatan sukan. Pemantauan di semua fasiliti sukan yang disediakan dan membuat cadangan pembaikan untuk fasiliti yang sedia ada seterusnya mengantikan fasiliti yang sedia ada berpandukan bajet kewangan yang diperuntukan. Untuk memastikan fasiliti sukan dan kemudahan sukan berada dalam keadaan yang baik seorang pegawai sukan haruslah mempunyai pengetahuan mengenai peraturan dan undang-undang permainan. Pengurusan kemudahan dan peralatan seharusnya mempunyai pengalaman dan kemahiran. Untuk menguruskan sesuatu perlatan seharusnya mengambil berat mengenai faktor ketahanan dan keselamatan.Kemudahan sukan yang disediakan seharusnya mengikut piawaian sukan antarabangsa yang dititikberatkan oleh pegawai sukan. Kemudahan yang disediakan mengikut piawaian sekaligus mampu melatih altit di universiti untuk membiasakan diri dengan piawaian antarabangsa. Perancangan anggaran perbelanjaan tahunan merupakan salah satu tugas pegawai sukan yang penting untuk memastikan setiap perbelanjaan yang dibelanjakan mestilah berbaloi dan membuahkan hasil bagi semua pihak. Pegetahuan mengenai pengurusan kewangan seharusnya dipelajari dan membuat tatacara kewangan dan perbedaharaan. Segala peruntukan tahunan haruslah dibelanjakan pada tahun semasa untuk memastikan setiap fasiliti dan kemudahan yang disediakan merupakan yang terbaik bagi para atlet di universiti. Pegawai sukan yang bertugas seharusnya menyediakan laporan berkala aktiviti sukan universiti di bawah pengawasan kepada ketua. Sikap jujur, komited dan cekap amatlah diperlukan bagi membuat laporan untuk memastikan setiap laporan yang disediakan adalah sahih dan penggunaan kewangan untuk sesuatu sukan mempunyai rekod yang sahih dan tidak meragukan. Kebiasaannya penyediaan laporan aktiviti adalah selepas 2 minggu program berakhir. Hubungan antara pihak pegawai sukan di dalam dan di luar universiti seharusnya dijaga dan menjalinkan lebih banyak hubungan dengan persatuan sukan dan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Perhubungan komunikasi yang baik dengan pihak luar mampu melatih para atlet di universiti untuk mengadakan perlawanan persahabatan sekurang-kurangnya sekali setiap bulan dan bergabung dengan persatuan sukan untuk memantapkan lagi pengurusan dan pengendalian sukan di universiti.

Staf-staf yang dilantik seharusnya menjalani proses penilaian tahunan yang dibuat oleh pegawai sukan untuk memastikan prestasi staf-staf yang bertugas sentiasa berada dalam keadaan yang cemerlang dan berdedikasi. Untuk menilai staf seharusnya mendalami pengurusan individual untuk mendalami dan memahami setiap staf-staf yang bertugas dalam bidang sukan. Key Performance Indicator (KIP) seharusnya dibuat oleh pegawai sukan dan penilaian yang jujur untuk mengetahui prestasi staf-staf sukan dari semasa ke semasa.

Kepegawaian dalam sukan seharusnya mempunyai asas dalam pentadbiran dan kemahiran komunikasi untuk memudahkan pengurusan sukan di universiti. Asas dalam pentadbiran merupakan kemahiran yang amat penting didalami dan dipelajari oleh setiap pegawai sukan. Pengetahuan asas dalam pentadbiran mampu memudahkan seorang pegawai sukan untuk menguruskan sesuatu acara dan program yang telah mendapat kelulusan. Kemahiran komunikasi merupakan salah satu benda wajib yang perlu dikuasai oleh setiap pegawai sukan. Hal ini demikian kerana, untuk berkomunikasi dengan atlet, staf dan pengurus memerlukan kemahiran komunikasi yang berbeza mengikut taraf IQ dan kehendak individu. Seorang pegawai seharusnya mempunyai wawasan dan berpandangan jauh untuk memastikan pembangunan sukan di universiti dapat pergi lebih jauh dan mendapat pengiktirafan dari pihak luar. Seorang pegawai seharusnya mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kemahiran untuk merancang sesuatu program. Pelbagai dugaan dan cabaran yang terjadi sewaktu perancangan dan perjalanan sesuatu program. Pembelajaran secara lisan turut berlaku kepada pegawai sukan kerana kebiasaannya sesuatu program tidak berjalan seperti yang dirancang. Pengalaman, pengetahuan dan kemahiran ditimba berdasarkan pengurusan sesuatu program dan acara. Seorang pegawai sukan yang berdedikasi seharusnya memastikan semua staf yang bekerja di bawah tanggungjawab beliau seharusnya tidak mendapat sebarang teguran dan tindakan disiplin. Teguran dan tidakan disiplin mampu mencacatkan reputasi seorang pegawai sukan yang berwibawa.

Melalui pemantauan dan tinjauan di tempat latihan seorang pegawai dapat melihat dengan lebih dekat segala kekurangan dan kelemahan yang sedia ada. Segala kekurangan dan kelemahan seharusnya diperbaiki dan menaik taraf mutu sukan di universiti. Untuk menjadi yang terbaik bukanlah datang dari atlet semata-mata, tetapi dorongan dan sikap prihatin oleh pegawai sukan yang bertugas yang menjalankan setiap tugasan yang diberikan dengan telus dan saksama. Pemantauan seharusnya dilakukan dengan lebih kerap agar fasiliti dan kemudahan yang disediakan sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik. Seorang pegawai sukan seharusnya mempunyai pengetahuan untuk merancang sesuatu program dan memastikan setiap program yang dirancang berjalan dengan lancar. Pemantauan dan tijauan seharusnya dilakukan oleh pegawai sukan sebelum dan selepas mendapatkan kelulusan dari pihak universiti untuk memastikan keadaan sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik.

Seorang pegawai sukan haruslah bijak dalam menguruskan peralatan sukan. Hal ini demikian kerana pengurusan kemudahan dan peralatan berkaitan sukan merupakan salah satu bidang tugas seorang pegawai sukan. Untuk mendapatkan maklum balas dari para peserta dan atlet yang menggunakan peralatan seharusnya mengisi borang maklum balas dan borang peminjaman alatan untuk memastikan peralatan sukan sentiasa tersedia dan dapat menjaga keluar masuk peralatan dari stor sukan. Penjagaan peralatan sukan merupakan salah satu tugas yang penting kerana untuk mengurus, mengendali, mengemaskini senarai peralatan mampu memastikan peralatan sukan sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan terurus. Peraturan dan undang-undang permainan seharusnya diketahui oleh seorang pegawai sukan yang akan menguruskan sesuatu acara. Biarpun tidak mempunyai pengalaman dalam sukan tersebut namun seorang pegawai sukan yang bertanggungjawab haruslah mempelajari peraturan sukan dan permainan dari pihak yang sepatutnya. Kegagalan pegawai sukan untuk mengetahui peraturan dan undang-undang akan menyebabkan berlakunya salah faham di antara atlet. Pembelajaran mengenai sesuatu sukan bukanlah benda yang rugi dan tidak mendatangkan manfaat, sebaliknya mampu memahami sesuatu sukan tersebut biarpun sukan tersebut bukanlah dalam bidang kerjaya seorang pegawai sukan.

Perancangan anggaran perbelanjaan seharusnya dilakukan dengan telus dan jujur kerana untuk memastikan pengaliran wang tersebut adalah digunakan untuk sukan di universiti. Setiap bukti pembayaran seharusnya diberikan dan direkodkan dalam perbelanjaan tahunan untuk memudahkan melakukan imbangan duga di akhir tahun. Catatan mengenai susut nilai aset seperti peralatan sukan juga haruslah dicatatkan setiap tahun untuk mengetahui keuntungan dan kerugian yang dialami oleh sesebuah badan pengurusan sukan di universiti. Penambahbaikan dan pengubahsuaian seharusnya dilakukan dengan berhemah agar tiada pembaziran yang dilakukan. Pegawai sukan seharunya merancang pembelian fasiliti sukan dengan membuat catatan untuk membezakan keperluan dan kepentingan. Keperluan fasiliti seharusnya diutamakan dan kepentingan akan dikaji semula untuk memastikan setiap perbelanjaan dilakukan dengan berhemah. Penyediaan laporan adalah amat penting dilakukan oleh seorang pegawai sukan untuk memastikan prestasi sukan sentiasa dipantau dari semasa ke semasa. Penyediaan laporan perlu dilakukan secara berkala dan setiap semester untuk memastikan kebajikan atlet-atlet di universiti sentiasa terjaga. Laporan sesuatu aktiviti mengenai sukan yang dianjurkan oleh pegawai sukan di universiti seharusnya disiapkan sekurang-kurangnya 2 minggu selepas program dilaksanakan. Setiap laporan yang dibuat akan dipantau oleh pihak yang sepatutnya untuk memastikan laporan yang yang dibuat adalah telus dan jujur. Perhubungan antara pegawai sukan di universiti dan pihak luar seharusnya dijaga untuk memudahkan menganjur aktiviti dan program sukan di universiti dan disertai oleh pihak luar. Perlawanan persahabatan turut mudah untuk diadakan dari semasa ke semasa untuk memastikan atlet sentiasa bersedia dan cergas sepanjang masa. Untuk memastikan sukan di dalam universiti menjadi lebih mantap, perlunya gabungan tenaga pengajar dan kepakaran dalam sesuatu sukan untuk melahirkan atlet muda yang berwibawa. Untuk mendapatkan tenaga pelajar dan kepakaran dari ahli sukan yang professional seharusnya pegawai sukan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Kemahiran komunikasi yang baik juga turut penting di dalam universiti untuk memastikan staf-staf sentiasa bekerja dan bertugas mengikut arahan yang ditetapkan.

Kepegawaian dalam sukan adalah penting dalam aspek pengurusan sukan. Untuk mendalami tugasan dan bidang kerja seorang pegawai sukan bukanlah mudah. Pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi untuk merancang, mengendalikan dan memantau perjalanan sesuatu acara atau program. Oleh itu, kejujuran dan ketelusan adalah amat penting dalam kepegawaian sukan untuk memastikan pengurusan sukan di universiti terus mantap dan disanjungi di serata dunia. Kepegawaian dalam sukan seharusnya bertanggungjawab dalam memimpin, membimbing, mengawal pengurusan aktiviti sukan dan kemudahan sukan universiti serta pengurusan acara termasuk dalam aspek pengurusan personel, pengurusan kewangan dan pembangunan serta penilaian program sukan universiti. Kesimpulannya, kepegawaian dalam sukan merupakan salah satu aspek yang penting dalam pengurusan sukan yang perlu dititikberatkan oleh semua pihak yang terlibat dalam bidang sukan. Kepegawaian dalam sukan mampu menjamin masa depan yang baik dalam bidang sukan di negara ini.

1. Sport Facility Operations Management, 2011, Eric C. Schwarz, Stacey A. Hall and Simon Shibli 2. Sport Management Review, 2013, Graham Cuskelly 3. Sport, Recreation and Tourism Event Management, 2008, Cheryl Mallen

Anda mungkin juga menyukai