Anda di halaman 1dari 10

CADANGAN KERTAS KERJA PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT

BERUNIFORM
SK TOK JIRING, KUALA TERENGGANU 2016

1. PENDAHULUAN
Perkhemahan adalah salah satu aktiviti ko-kurikulum bagi setiap unit badan
beruniform di sekolah. Oleh itu, perkhemahan ini dijalankan bagi merealisasikan
aktiviti ko-kurikulum bagi memenuhi silibus ko-kurikum badan beruniform.
Perkhemahan juga telah menjadi aktiviti tahunan dan harus dilaksanakan oleh
badan beruniform sekolah. Perkhemahan adalah satu latihan untuk melatih para
pelajar menerima dan memikul tanggungjawab terhadap kepimpinan, pengurusan
diri, makan, disiplin, ketahanan fizikal dan mental. Justeru, perkhemahan ini
diadakan agar para pelajar dapat mendedahkan diri kepada suasana alam semula
jadi dan proses berdikari. Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di
hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Berkhemah bermakna kita
menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makan,
perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran.
Dengan ini, berkhemah dapat merapatkan hubungan kita dengan alam semulajadi.

2. OBJEKTIF
Meningkatkan ketakwaan kepada Tuhan
Meningkatkan semangat keberanian dan kreativiti.
Meningkatkan semangat kekitaan, perpaduan dan disiplin.
Meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental

3. TARIKH
30 SEPTEMBER DAN 2 OKTOBER 2016
(Khamis, Jumaat dan Sabtu)

4. TEMPAT
Taman Pertanian Negeri (Sekayu)
5. ANJURAN
Unit Kokurikulum

6. PESERTA
100 Murid (Setiap unit 20 orang)

7. PENGLIBATAN
Semua guru SKTJ
Jurulatih Utama
AJK PIBG
PPD (perasmi)

8. JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Hj. Abd. Rahman bin Mohd


Pengerusi : Pn. Hjh Rodziana bt Omar
Pengerusi 2 : Pn. Hjh Rajmi bt Omar
Pengerusi 3 : En. Ahmad bin Ibrahim
: En. Hj. Yusof bin Abd:lah
Setiausaha : En. Mohd Raimi Bin Che Mansor
Penyelaras Unit : Pn. Norzainah bt Mohammad
Penyelaras Kelab : Pn. Azizah bt. Rani
Setiausaha Sukan : En. Mohd Zaki bin Abd. Ghani
Kem Komandan : En. Saiful Bahari bin Sidek
Pen. Komandan : Cik Zalilah bt. Shaharuddin
AJK : En. Zakaria bin Harun (Pengakap)
En. Roslan bin Abdullah (TKRS)
En. Sharizal bin Shaarani (BSMM)
Pn. Nolia bt Awang (PPIM)
Pn. Manisah bt Ahmad (PPTunas)
7. ANGGARAN PERBELANJAAN / SUMBER
- Pengangkutan (2 buah bas)
- Sewa tempat
- Hadiah/ Cenderahati/ Sijil
- Makan/minum murid
- Peralatan
- Belanja runcit

8. AJK PELAKSANA
a.- Setiausaha (Surat- menyurat)
- memohon kebenaran tempat
- memohon kebenaran PPD
- memohon JU
- polis
- makluman dan kebenaran ibu bapa
- jemputan perasmian penutup PPD / PIBG
- penghargaan / terima kasih
- laporan
- mengumpul semua maklumat bagi tujuan dokumentasi

b.-Urusetia (Pengurusan / Penyelaras)


- pengangkutan
- Pendaftaran
- pemantauan
- memastikan semua aktiviti berjalan dengan lancar dan menepati
masa
c.-Peralatan Khemah (TKRS)
- membahagi (sebelum)dan mengumpul (selepas) perkhemahan
d.- Alatan Masak (Pandu Puteri Tunas)
- Dapur dan tong gas

e. Keselamatan (Pengakap)
- Memastikan keselamatan peserta dan pegawai dalam keadaan
terkawal.
- Fisrt Aid
- Belerang

f.- Hadiah (PPIM)


- Pemenang
- Cenderahati PPD
-

g. Makan/ minum
-

h. Riadah ( S/ U sukan)

i- Kerohanian ( Ustaz & ustazah) - imam solat setiap waktu/tazkirah


9. CADANGAN ATURCARA

RABU 29 SEPT 10 KHAMIS 30 SEPT 10 JUMAAT 1 OKT 10

2.00 ptg - bertolak 5.30 pg - urus diri/solat 5.30 pg urus diri/ solat
Subuh Subuh
3.00 - sampai /
- taklimat oleh 7.00 - riadah 7.30 - riadah
urusetia
- diri khemah 8.00 - sarapan 8.00 - sarapan
- Check Point
9.00 - AKTIVITI 3 9.00 - AKTIVITI 6
4.30 - solat asar
Imam : 11.30 - Urus diri / makan 10.30 - Perasmian Penutup
tgh hari /solat
5.00 - Rehat / riadah 11.30 - bertolak pulang
- makan 3.30 ptg - AKTIVITI 4
- AKTIVITI 1 - solat asar
Imam :
7.30 mlm- solat maghrib /
isyak 6.00 ptg - riadah/ rehat/
- Imam: makan
- Tazkirah
7.30 - solat maghrib/isyak
9.00 mlm - AKTIVITI 2 - Imam :

9.00 mlm - AKTIVITI 5

10. HAL-HAL LAIN


-jadual waktu bertugas
- solat jumaat
11. JUSTIFIKASI
NAMA
AKTIVITI JUSTIFIKASI JUSTIFIKASI
AKTIVITI
PROSEDUR : FALSAFAH : 1.
1. Ahli kumpulan diminta Mengetahui nama
berdiri di hadapan kerusi seseorang adalah penting
masing-masing dalam satu untuk berkomunikasi
bulatan. dengan berkesan.
2. Fasilitator memulakan 2. Kehadiran insan lain
aktiviti dengan menyebut adalah penting dalam
1 BOLA BALING namanya sambil membaling hidup kita.
bola dengan perlahan kepada
peserta pertama dalam
kumpulan.
3. Aktiviti tersebut diulang
oleh peserta yang lain sehingga
semua ambil bahagian.

2 ICE BREAKING PROSEDUR : FALSAFAH :


1. Peserta berkumpul dalam 1. Sedar akan kewujudan
kumpulan besar. diri.
2. Ketua fasilitator memberi 2. Sedar tentang
arahan pergerakan fizikal kesempurnaan fizikal dan
(tangan dan kaki) secara lisan bersyukur di atas anugerah
dan isyarat. Tuhan.
3. Badan sihat otak cergas.

4. Peka kepada arahan.


3. Peserta diminta melakukan
pergerakan mengikut arahan
fasilitator. 4. Aktiviti ini
dilakukan secara berulang dan
terkawal.

PROSEDUR : FALSAFAH :
1. Peserta diminta berkumpul 1. Kerjasama dengan lebih
dalam kumpulan berdasarkan mendalam boleh
kad gambar buah masing- mewujudkan kemesraan
masing. dan perasaan saling hormat
2. Peserta diminta berkumpul menghormati di antara satu
dalam kumpulan berdasarkan sama lain.
abjad pangkal nama masing-
masing.
3 KUMPULANKU
3. Sekali lagi peserta diminta
berkumpul mengikut bulan
kelahiran masing-masing.
4. Seterusnya peserta diminta
berkumpul semula berdasarkan
kod yang diberikan pada kad
nama masing-masing.
5. Ketua fasilitator
memperkenalkan fasilitator
bagi setiap kumpulan.
4 KAD PINTAR
PROSEDUR : FALSAFAH :
1. Fasilitator mengedarkan 1. Mengenali seseorang
Kad Pintar Waja Diri kepada dengan lebih mendalam
semua ahli.. adalah penting untuk
2. Peserta diminta mengisi berkomunikasi dengan
maklumat yang dikehendaki berkesan,
termasuk nama masing- 2. Kehadiran orang lain
masing. adalah penting dalam
3. Kemudian ahli dikehendaki hidup kita.
mendekati dan berkenalan
dengan rakan yang paling
banyak persamaan dengan
dirinya.
4. 2 - 3 orang ahli secara
sukarela menceritakan tentang
pasangan masing-masing tanpa
merujuk kepada kad tadi.
5 MENAIKI
RAKIT PROSEDUR : OBJEKTIF :
1. Fasilitator membentangkan 1. Melahirkan semangat
kertas surat khabar di atas kekitaan dikalangan
lantai. peserta.
2. Semua peserta dikehendaki 2. Meningkatkan
berdiri di atas surat khabar kesedaran bahawa
tersebut perlunya semangat
. 3. Fasilitator mengoyakkan kerjasama.
keryas surat khabar tersebut 3. Membina sikap saling
sedikit demi sedikit sehingga perlu memerlukan bila
menjadi kecil. Peserta tidak keadaan terdesak.
dibenar meletakkan kaki di
tempat yang tiada surat khabar
(lantai).
4. Peserta akan berpaut antara
satu sama lain agar tidak jatuh.
5. Peserta yang terjatuh dari
'rakit' dikira batal dan terkeluar.
(Asingkan peserta lelaki dan
perempuan)

PROSEDUR : FALSAFAH :
1. Peserta membuat satu 1. Kerjasama dalam
bulatan. kumpulan bagi menjaga
2. Seorang peserta berperanan keselamatan dan
sebagai penjaga harta karun. ketenteraman awam.
Manakala seorang lagi 2. Menjaga rahsia
berperanan sebagai pencuri keluarga/kelompok
3. Peserta yang berperanan masyarakat.
sebagai pencuri dikeluarkan 3. Berusaha
dari bulatan dan kembali menghindarkan diri dan
semula untuk mengesan masyarakat daripada
PENJAGA penjaga harta karun tersebut. ancaman luar yang
6
HARTA KARUN 4. Peserta yang berperanan berbahaya.
sebagai penjaga harta karun
hendaklah membuat beberapa
gerakan (tepuk tangan) dan
diikuti oleh peserta-peserta
yang lain. (Gerakan tersebut
boleh ditukar kepada beberapa
gerakan yang berbeza-beza)
5. Apabila pencuri dapat
mengesan peserta yang
berperanan sebagai penjaga
harta karun maka permainan
ini tamat.
10. PENUTUP
Generasi muda perlu diberi peluang awal oleh semua pihak untuk memahami erti
bekerjasama, berdisiplin dan membina keyakinan diri dengan cara aktiviti perkhemahan
ke arah menjadi rakyat yang bertanggungjawab dan hidup berdikari pada masa akan
datang. Program perkhemahan yang melibatkan Pengakap Kanak-kanak, Persatuan Bulan
Sabit Malaysia, Tunas Kadet Remaja Sekolah, Pandu Puteri Tunas dan Pergerakan Puteri
Islam Malaysia bertujuan memupuk dan maembina sikap jati diri dan semangat
persahabatan dan kerjasama menerusi kokurikulum.

Adalah diharapkan program ini dapat membantu pelajar untuk membina


keyakinan diri, membentuk sahsiah dan motivasi diri pelajar dalam masyarakat berbilang
kaum. Segala program dan aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan nilai positif dan
amalan terbaik untuk murid-murid. Justeru itu diharapkan segala perancangan dan
pelaksanaan nanti akan memberi hasil dan mencapai objektif yang dikehendaki
khususnya kepada murid-murid yang terlibat dalam program ini.

Disediakan oleh,

..
( MOHD RAIMI BIN CHE MANSOR )
Setiausaha Program
SK Tok Jiring

Anda mungkin juga menyukai