Anda di halaman 1dari 8

Pengetahuan Perkhemahan Perkhemahan adalah merupakan aktiviti rekreasi yang digunakan untuk memenuhi masa lapang bagi merehatkan

fikiran. Di samping berkhemah, pelbagai aktiviti yang terancang boleh dilakukan semasa perkhemahan. Program-program perkhemahan yang terancang dapat memberi kesan yang positif kepada mereka yang terlibat seperti berkeyakinan, berdikari, dan bertanggungjawab. Perkhemahan kini bukan lagi merupakan satu aktiviti yang hanya dilakukan oleh golongan kanak-kanak sekolah sahaja malah ianya juga dilakukan oleh pelbagai lapisan masyarakat sebagai suatu riadah dan rekreasi dan juga sukan. Peraturan Rasmi Perkhemahan: (1) Sentiasa mengamalkan Undang-Undang Pandu Puteri. (2) Menjaga kebersihan kawasan perkhemahan. (3) Jimatkan elektrik dan air. (4) Barang berharga sentiasa pada diri atau diserahkan kepada Urusetia untuk disimpan. (5) Pakai pakaian seragam semasa mendaftarkan diri, menaikkan panji-panji dan semasa balik. (6) Menepati masa. (7) Melibatkan diri dalam semua aktiviti dengan penuh semangat. (8) Pelawat / ibu bapa tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran Komanden Kem. (9) Sentiasa menjaga keselamatan diri. Sekurang-sekurangnya berpasangan setiap masa. (10) Sekiranya sakit atau cedera, laporkan serta-merta kepada Juru Pertolongan Cemas. (11) Telefon bimbit digunakan semasa melaporkan diri dan pada hari yang terakhir.

(12) Tidak dibenarkan merayau ke tempat yang dilarang. (13)Berkelakuan baik, bersopan santun dan menjaga nama baik Pandu Puteri setiap masa. (14) Senyap selepas 12:00 tgh malam. Pemilihan Khemah Perkara-perkara berikut perlulah diambil kira apabila kita bercadang untuk memilih atau membeli khemah: Perlindungan Khemah yang hendak kita miliki itu mestilah dapat memberikan perlindungan kepada semua jenis cuaca seperti hujan, panas atau sejuk angin dan sebagainya. Di samping itu ianya juga hendaklah dapat memberi pelindungan daripada serangga-serangga. Keselesaan Khemah tersebut perlulah selesa kerana tempat yang paling utama dalam aktiviti pengembaraan ialah tempat tidur yang selesa dan mempunyai ruang untuk menyimpan barang-barang. Kalis air Tidak semua khemah yang dijual itu kalis air kerana terdapat juga khemah yang tidak kalis air apabila terkena hujan lebat. Oleh itu kita perlu memastikan bahawa khemah yang dikatakan kalis air itu adalah benar-benar kalis air, supaya tidak menjadi masalah apabila hujan. Tahan lasak Memandangkan perlunya khemah itu ringan, pembuat khemah mengambil kesempatan membuatnya dengan bahan yang ringan tetapi tidak tahan lasak. Ini perkara penting yang perlu kita ambil ingatan. Khemah perlu ringan di samping itu ianya perlu tahan lasak, tidak mudah koyak apabila ianya digunakan di pelbagai persekitaran dan mempunyai ketahanan hayat untuk satu jangka masa yang panjang dan munasabah. Ukuran Perkara ini juga merupakan perkara penting kerana apakah gunanya kita

mempunyai khemah muatan lapan orang jika kegunaannya untuk satu atau dua orang, sedangkan lokasi yang hendak dituju itu amat menyukarkan kita Membawanya. Pemilihan Kawasan Perkhemahan/ Tapak Perkhemahan Pemilihan kawasan tapak perkhemahan adalah merupakan satu perkara yang membuat penilaian boleh mendatangkan bencana dan kecelakaan kepada peserta. Pemilihan kawasan ini sebenarnya tidak boleh ditetapkan jika tdak mengambil kira beberapa faktor penting seperti di bawah: Tanah atau tapak yang rata Tapak khemah yang rata adalah bertujuan untuk memudahkan pemasangan khemah dan selesa sebagai tempat tidur atau berehat. Sebaik-baiknya walaupun tempat yang rata, cuba elakkan daripada terdapat akar-akar pokok atau batu yang menjadi tapak khemah tersebut.Tapak yang rata juga akan mengelakkan daripada berlakunya air bertakung jika hujan atau bukan sebagai laluan air ketika hujan turun. Corak tapak perkhemahan Pilihlah tapak yang sesuai dari segi lapang,tiada pohon-pohon besar yang mudah rekah atau berdahan kering, permukaan tidak berselut atau lembab, dan permukaan yang curam juga haruslah dielakkan. Selain itu juga sila elakkan daripada membina khemah di kawasan sebelah dalam selekoh sungai. Tempat yang sebegini akan berlaku banjir atau dihanyutkan air yang deras sekiranya berlaku hujan yang lebat dan sebagainya. Berhampiran punca air Di antara perkara penting semasa memilih tapak perkhemahan ialah punca air yang bersih. Tapak perkhemahan yang di pilih mestilah berdekatan dengan punca air yang bersih. Air yang besih boleh digunakan untuk memasak, membersihkan diri dan sebagainya. Tapak khemah mestilah berhampiran dengan air sama ada sungai, anak air, telaga, kolam atau sebagainya. Walau bagaimanapun punca air tersebut mestilah dipastikan kebersihannya supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini seperti cirit-birit atau sebarang

penyakit lain yang boleh berjangkit malalui air yang tidak bersih. Punca air juga haruslah diketahui dari mana datangnya dan melalui kawasan yang bagaimana. Tapak yang lebih tinggi dari punca air Pemilihan tapak yang lebih tinggi dan rata ini adalah penting untuk mengelakkan daripada dihanyutkan air. Contohnya membina khemah di tepi pantai, di tepi sungai dan air pasang dan sebagainya. Mudah untuk mendapat bantuan Tapak perkhemahan yang dipilih juga berdasarkan kepada keadaan tempat yang mudah untuk mendapatkan bantuan jika berlaku sebarang kecemasan. Tapak perkhemahan itu haruslah berdekatan kampung dan laluan orang ramai. Selain itu juga setiap kali sebelum melakukan aktiviti perkhemahan haruslah melaporkan terlebih dahulu kepada pihak berwajib seperti Polis, Jabatan Hutan, pihak yang bertanggungjawab yang lain. Mudah untuk mendapat bahan bakar Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, bahan bakar juga merupakan faktor yang penting. Bahan bakar penting bagi menggunakan untuk memasak, membuat unggun api bagi beraktiviti, menjauhi gangguan binatang, menghalau gigitan serangga seperti nyamuk dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut ialah seperti kayu atau ranting-ranting kering, daun-daun kering, rumput-rumput kering dan sebagainya. Keselamatan kawasan perkhemahan Keselamatan kawasan perkhemahan sangat perlu di ambil kira. Kawasan tersebut perlu dipastikan bahawa bukan kawasan laluan binatang liar seperti gajah, babi dan sebagainya. Jangkamasa Perkhemahan Tapak perkhemahan yang dipilih mestilah seasuai dengan jangkamasa perkhemahan. Sekiranya berkhemah untuk satu jangkamasa yang lama maka perlulah memastikan bekalan air yang mencukupi, bagi kegunaan memasak, minuman, mandi dan juga untuk kegunaan lain. Peraturan Keselamatan Perkhemahan Bagi menjaga keselamatan di kawasan perkhemahan , pastikan peraturan-

peraturan berikut dipatuhi dan dipertimbangkan: Tentukan khemah sentiasa ditutup apabila meninggalkannya. Kedudukan tempat yang berbahaya seperti di lereng bukit yang curam, Tanah licin, tunggul kayu, dahan reput, pokok berduri, tempat-tempat tersebut perlu ditanda untuk memberitahu kepada semua orang. Mana-mana rintangan atau halangan yang perlu dihapuskan hendaklah dihapuskan segera. Tidak dibenarkan memasang ubat nyamuk di dalam atau terlalu hampir dengan khemah. Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian. Tidak dibenarka memasak di dalam khemah (khemah moden). Digalakkan makan dan minumdi luar khemah untuk mengelakkan semut atau atau binatang merayap daripada memasuki khemah. Pastikan di luar atau di dalam khemah sentiasa berkeadaan bersih dan kemas. Pastikan khemah yang dipasang itu kukuh dan selamat untuk digunakan. Hendaklah mengadakan system kawalan waktu malam. Hendaklah menaburkan bahan kimia seperti belerang kuning atau kapur di sekeliling khemah bagi mengelakkan gangguan binatang merayap, menjalar dan mana-mana yang boleh mengganggu peserta. Jangan membuat bising di kawasan perkhemahan seperti melaung,bertempik, ketawa yang keterlaluan dan gembira yang amat sangat. Patuhi semua arahan keselamatan, kawalan, penerangan perkhemahan dari masa ke semasa dan segala pantang larang. Mengutamakan faktor kesihatan dari aspek makanan, minuman, pakaian dan tapak perkhemahan. Berhati-hai melakukan segala aktiviti dan senantiasa merhormati serta menghargai kawasan sekitar. Mengamalkan semangat kerjasama, tolak ansur dan kekitaan dalam menghadapi sebarang gangguan keselamatan. Merokok,berjudi, minuman keras adalah dilarang. Mengutamakan aspek keselamatan semasa melakukan segala aktiviti. Memaklumkan kepada pensyarah, ketua perkhemahan, penunjuk cara atau

kepada pengerusi jawatankuasa perkhemahan sekiranya terdapat sebarang kesulitan seperti masalah kesihatan dan keselamatan. Tiupkan wisel atau membunyikan sesuatu dengan kuat tanpa henti sehingga rakan datang membantu jika berlaku sebarang kecemasan. Peserta dilarang berenang di masa yang ditentukan jika berkhemah di kawasan berhampiran sungai, laut atau tasik. Dilarang memiliki senjata, senjati api, dadah dan apa-apa alatan yang dilarang dan menyalahi undang-undang. Tidak dibenarkan merosakkan atau memusnahkan tanaman dan tumbuhan yang terdapat di sekitar kawasan perkhemahan. Segala alatan janganlah dibiarkan bersepah. Ia mestilah diletakkan setempat supaya mudah untuk dimuatkan semula ke dalam beg. Pilihlah suatu tempat atau arah tertentu yang akan dituju sekiranya berlaku sebarang kecemasan dan terpaksa meniggalkan khemah. Peraturan Umum Perkhemahan Mematuhi peraturan-peraturan perkhemahan yang telah ditetapkan serta arahan-arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Mengikut dan menjalankan setiap aktiviti dengan penuh dedikasi dan bersemangat tinggi. Menepati masa dan penuh disiplin dalam menjalankan setiap aktiviti. Mengutamakan setiap prinsip-prinsip keselamatan dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Mengamalkan sikap kerjasama dan semangat kekeluargaan dalam setiap aktiviti. Mematuhi semua nasihat, teguran dan trunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah atau penunjuk cara. Undangan. Menyediakan sebuah buku log bagi mencatat segala aktiviti yang dijalankan. Tidak meninggalkan kawasan perkhemahan tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran dari pensyarah penasihat. Penjagaan Khemah

Pasang khemah mengikut prinsip dan teknik yang betul. Bersihkan dan keringkan khemah sebelum ia disimpan. Tidak mencuci khemah menggunakan sabun atau bahan pencuci. Yang mengandungi bahan kimia. Khemah hendaklah disimpan ditempat yang sesuai dan selamat daripada ancaman haiwanperosak dan ditempat yang kering. Pastikan semula alatan yang digunakan untuk mendirikan khemah dan lengkap sebelum disimpan. Peraturan Asas Ikhtiar Hidup Faktor paling penting dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup adalah kemahuan seseorang untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tanpa kemahuan dan sikap yang positif serta ketahanan mental yang tinggi, adalah mustahil untuk mereka mengatasi keadaan tersebut. Dalam usaha untuk mengatasi keadaan ini, peraturan-peratusan asas berikut perlu dipatuhi:1. Jimatkan tenaga. Kekurangan makanan atau makanan yang kurang berkhasiat,kekurangan air minuman serta keadaan medan dan cuaca akan melemahkan tenaga kita pada kadar yang cepat. Dalam keadaan demikian kita hendaklah berhati-hari dalam setiap kegiatan kita supaya kita tidak menggunakan tenaga yang keterlaluan. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dalam usaha menjimatkan tenaga. a. Pergerakkan dari satu tempat ke tempat yang lain hendaklah dirancang terlebih dahulu supaya kawasan-kawasan yang paling senang dilalui digunakan. Semasa berjalan, perlu berhenti untuk berehat setiap jam perjalanan. b. Elakkan bergerak pada waktu malam, jika keadaan mengizinkan. Jika perlu bergerakpada waktu malam pilih jalan-jalan yang selamat dan senang untuk dilalui. c. Elakkan dari melakukan kerja-kerja yang tidak penting dan bekerja pada waktu malam. 2. Dapatkan Rehat Yang Cukup. Tenaga manusia akan pulih melalui rehat dan tidur yangcukup. Tempat perlindungan yang terlindung dari cuaca panas atau

sejuk, hujan sertabinatang buas dan serangga perlu di adakan. 3. Jangan Bersusahan. Elakkan dari memikirkan perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan usaha untuk mengatasi satu keadaan ikhtiar hidup. Perkaraperkara ini mungkinkan melemahkan semangat atau mengganggu konsentrasi kita dalam menghadapi keadaan tersebut. 4. Alat-alat Ikhtiar Hidup. Sebagai persiapan untuk menghadapi sebarang ikhtiar hidup khususunya semasa pengembaraan seseorang itu perlu mengambil persiapan seperti dibawah:a. Perubatan:i. Panadol unuk sakit kepala, deman dan lain-lain. ii. Lomotil untuk cirit birit iii. Cadusil untuk radang perut. iv. Antibiotikv. Ubat gatal vi. Plaster, pembalut dan ubat luka. b. Makanan. Jenis makanan yang berkhasiat adalah seperti berikut:i. Bungkusan horlick (gandum) atau milo. ii. Bungkusan glukus

Anda mungkin juga menyukai