Anda di halaman 1dari 19

PERATURAN PERATURAN

BAGI PERTANDINGAN SUKAN TRADISI SEMPENA PERAYAAN PESTA KAAMATAN PERINGKAT NEGERI 2013

1. 1.1

MIPULOS (Lawan Tangan) Peraturan Pertandingan

Pertandingan ini terbuka kepada semua peserta lelaki dan wanita berumur 18 tahun ke atas. 1.2 Cara Pertandingan Semua peserta mestilah berdiri berhadapan sesama sendiri menggenggam dengan tapak tangan kanan masing-masing dipangkali ibu jari disediakan. membengkokkan siku tangan kanan dan meletakkannya di

dalam cup yang

Tangan kiri dari siku hingga pergelanggan tangan mestilah berada di atas meja setiap masa semasa pertandingan.

Tangan kiri mestilah menggenggam knob yang disediakan di atas meja.

Dada peserta haruslah tidak menyentuh meja pada masa pertandingan dijalankan.

Kedua-dua belah kaki peserta mestilah tidak menyentuh meja dan mestilah berada di atas lantai semasa pertandingan dijalankan.

Sesiapa yang didapati melanggar peraturan pertandingan ini akan dibatalkan.

Peserta yang dalam keadaan mabuk tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

1.3 I)

Pakaian Para peserta mestilah memakai baju T (T-Shirt) berlengan pendek dan berseluar pendek. Para peserta tidak boleh memakai perhiasan seperti cincin, gelang, jam tangan dan sebagainya semasa pertandingan.

1.4 1.5

Semua peserta hendaklah berkeadaan sihat dari segi fizikal. Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas kecederaan atau kematian yang mungkin dihadapi oleh para peserta semasa dan selepas mengambil bahagian di dalam pertandingan ini.

1.6

Wanita yang mengandung tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini

2. 2.1

MOMOLISITIK (Melastik) Pertandingan ini adalah terbuka kepada peserta lelaki dan wanita berumur 18 tahun ke atas. 2.2 Oleh kerana masa yang diperuntukkan untuk pertandingan ini hanya lima (5) jam sahaja maka bilangan peserta hanya dihadkan kepada 100 orang sahaja. Untuk lelaki 50 orang peserta dan 50 orang wanita sahaja. 2.3 Jarak di antara sasaran dan tempat permulaan ialah empat puluh (40) kaki untuk peserta lelaki dan tiga puluh (30) kaki untuk peserta wanita. 2.4 Tangki lastik dan peluru lastik untuk pertandingan ini akan disediakan oleh pengajur. 2.5 Setiap peserta akan diberikan lima (5) kali melastik. Peserta haruslah menjatuhkan sasaran ke tanah untuk mendapatkan markah. 2.6 Bagi tujuan pertandingan ini hanya tiga (3) peserta yang mendapat markah tertinggi akan dipilih sebagai pemenang. 2.7 Di dalam kedudukan seri, pertadningan secara sudden death akan digunakan untuk menentukan pemenang. 2.8 2.9 Keputusan pengadil adalah muktamad. Sesiapa yang melanggar peraturan pertandingan ini akan dibatalkan penyertaannya 2.10 Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas kecederaan atau kematian yang mungkin dihadapi oleh para peserta semasa dan selepas mengambil bahagian di dalam pertandingan ini. 2.11 Peserta yang dalam keadaan mabuk tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan. 2.12 Wanita yang mengandung tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

3. 3.1

MONOPUK (Menyumpit) Pertandingan ini adalah terbuka kepada peserta lelaki dan wanita berumur 18 tahun ke atas. 3.2 Semua peserta mestilah menyumpit ke arah sasaran untuk mendapatkan markah. 3.3 Semua peserta akan diberikan tiga (3) anak sumpitan bagi tujuan pertandingan untuk mendapatkan markah. 3.4 Pemenang bagi pertandingan ini akan ditentukan dengan mata yan diperolehi dari tiga (3) anak sumpitan tadi. 3.5 Anak sumpitan mestilah melekat pada sasaran untuk mengutip markah. Jika anak sumpitan itu terjatuh, sebarang markah tidak akan diberi. 3.6 Jarak sasaran dari tempat menyumpit ialah lima puluh (50) kaki bagi lelaki dan tiga puluh (30) kaki bagi wanita. 3.7 3.8 Keputusan pengadil adalah muktamad. Sesiapa yang didapati melanggar peraturan ini akan dibatalkan penyertaannya. 3.9 Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas kecederaan atau kematian yang mungkin dihadapi oleh para peserta semasa dan selepas mengambil bahagian di dalam pertandingan ini. 3.10 Peserta yang dalam keadaan mabuk tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini. 3.11 Tiga (3) peserta yang mendapat markah tertinggi akan ditentukan sebagai pemenang. 3.12 Di dalam kedudukan seri, pertandingan secara sudden death akan digunakan untuk menentukan pemenang. 3.13 Sekiranya terdapat lebih daripada tiga (3) peserta yang mendapat

markah tertinggi, pertandingan akan dijalankan semula melalui kiraan mata tertinggi bagi menentukan pemenang. 3.14 Wanita yang mengandung tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

4.

RAMPANAU (Berjalan Menggunakan Galah Berkaki) 4.1 Pertandingan ini adalah terbuka kepada peserta lelaki dan wanita berumur 18 tahun ke atas. 4.2 Jarak larian ialah empat puluh (40) meter dari permulaan hingga akhir. 4.3 Semua peserta mestilah berada di atas kaki kayu semasa berlari dari permulaan hingga akhir. 4.4 Peserta yang jatuh dari kayu semasa berlari mestilah berhenti dan menaiki kaki kayu semula sebelum meneruskan larian. Peserta yang jatuh sebanyak tiga (3) kali dalam satu larian dan dikira kalah. 4.5 Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas kecederaan atau kematian yang mungkin dihadapi oleh para peserta semasa dan selepas mengambil bahagian dalam acara ini. 4.6 Peserta yang dalam keadaan mabuk tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pertandingan ini. 4.7 Wanita yang mengandung tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

5.

TEROMPAK GERGASI
5.1 Pertandingan ini adalah terbuka kepada peserta lelaki dan wanita warga Negara Malaysia berumur 18 tahun ke atas. 5.2 Penyertaan bagi setiap kumpulan adalah tidak kurang daripada empat (4) orang dan tidak lebih daripada lima (5) orang dan terdiri daripada peserta lelaki (tidak melebihi 2 orang) dan wanita (tidak kurang 3 orang). 5.3 Semua peserta hendaklah melapor ditempat permulaan sebaik sahaja nama kumpulan dipanggil. Sekiranya kumpulan yang dipanggil tidak melaporkan diri selepas panggilan ke tiga maka penyertaan kumpulan tersebut akan dibatalkan tanpa sebarang rayuan. 5.4 Jarak perjalanan ialah lebih/kurang empat puluh (40) meter daripada garisan permulaan hingga garisan penamat. 5.5 Semua peserta mestilah berada di atas terompak semasa berjalan dari garisan permulaan hingga garisan penamat. 5.6 Peserta yang jatuh dari terompak semasa berjalan mestilah berhenti dan menaiki semula terompak sebelum meneruskan perjalanan. Peserta yang jatuh sebanyak tiga (3) kali dalam satu perjalanan akan dikira kalah. 5.7 Sekiranya penyertaan ramai maka pertandingan akan diadakan mengikut pusingan dan pemenang bagi setiap pusingan akan bertanding dipusingan seterusnya hingga pemenang ditentukan. 5.8 Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas kecederaan atau kematian yang mungkin dihadapi oleh para peserta semasa dan selepas mengambil bahagian di dalam acara ini. 5.9 Wanita yang mengandung tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

6.
6.1

TUMUTU
PERATURAN PERTANDINGAN DAN KONSEP:Acara ini terbuka kepada orang ramai. Setiap kumpulan mestilah terdiri daripada dua (2) orang ahli (Lelaki dan wanita). Acara ini melibatkan empat (4) disiplin iaitu mongoggik, mengatap, monutu dan moniri. Setiap kumpulan diberi peralatan (1 tosung, toolu dan 2 raya/bakul). Wanita yang mengandung tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Pemarkahan:Kumpulan yang dapat menghasilkan beras paling banyak/berat dalam masa 15 minit dianggap sebagai pemenang. Pemberi markah dibahagikan kepada dua (2) bahagian iaitu Kuantiti 60% dan Kualiti 40%.

7.
7.1

MAMAGANDAL
PERATURAN DAN KONSEP: Acara ini Terbuka kepada Lelaki Suku Kaum Kadazandusun dari semua Peringkat Zon.

Acara ini adalah Acara Individu atau Perseorangan. Proses adalah mengangkat 4 Guni Setiap 35KG Berat Karung Berisi Padi/Beratan melalui 20 kaki Panjang Teres Buatan Sebelum menaikan di atas Belakang Kerbau Buatan, lalu menarik sejauh 15m sebelum memunggah.

Setiap Pertandingan akan diadakan oleh dua (2) peserta serentak dengan menggunakan 2 Set trak seperti di atas.

8.
8.1

MOBPIRI MANGAPUI
PERATURAN PERTANDINGAN DAN KONSEP: Peserta hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia. Terbuka kepada peserta lelaki dan wanita. Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas kecederaan atau kematian yang mungkin dihadapi oleh para peserta semasa dan selepas mengambil bahagian dalam acara ini. Peserta yang dalam keadaan mabuk tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Peserta akan diberi peralatan seperti kayu dan kapas/abuk kayu. Pemenang akan ditentukan mengikut masa yang terpantas menyalakan api. Jika terdapat dua (2) kumpulan yang seri, penganjur berhak menentukan cara pemilihan bagi pemenang. Keputusan pengadil adalah muktamad dan tiada sebarang rayuan akan dilayan.

Peserta yang lewat lima (5) minit akan dibatalkan. Wanita yang mengandung tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Pemarkahan:Peserta yang paling cepat menyalakan api adalah pemenang.

9.
9.1

MIGAZAT DUKUG
Objektif:9.1.1 Sukan ini merupakan acara yang paling popular dan mendapat

sambutan setiap kali pesta ini berlangsung. 9.1.2 Pertandingan ini terbuka kepada semua daerah di seluruh Negeri Sabah dan setiap daerah hanya dibenarkan menghantar tidak lebih dari dua (2) pasukan sahaja bagi setiap kategori.

9.2

Sistem Perlawanan:9.2.1 Pertandingan ini diadakan secara Liga satu Pusingan dalam Kumpulan atau Sistem Kalah Mati (Knock-Out System). Sistem Pertandingan yang sesuai akan digunapakai mengikut jumlah penyertaan yang diterima. 9.2.2 Dua Pasukan yang menduduki tempat teratas dalam kumpulan akan bertemu secara Cross Over pada peringkat Separuh Akhir. Pasukan yang menang akan bertemu pada Peringkat Akhir dan Pasukan yang kalah akan bertemu dalam Perlawanan merebut tempat Ketiga dan Keempat.

9.2.3

Pasukan yang ingin menyertai pertandingan perlu mengisi borang penyertaan dengan lengkap termasuk nama penuh dan nombor myKad. Borang yang lengkap perlu dihantar kepada pihak Lembaga Sukan Negeri Sabah seminggu sebelum pertandingan atau memohon untuk menyertai semasa penyertaan dibuka di kawasan pertandingan.

9.2.4

Setiap Pasukan mestilah mengandungi seramai lapan (8) Orang Penarik yang mana lima (5) orang adalah penarik dan tiga (3) orang adalah penarik simpanan. Seorang Saksi dan Pengarah Pasukan adalah diperlukan semasa Saksi tidak dibenarkan untuk membuat yang boleh membuat arahan perlawanan semasa berlangsung.

arahan dan hanya Pengarah perlawanan tiada kesilapan meniup wisel

berlangsung. Saksi berperanan mempastikan oleh Pengadil meletakkan kayu atau kesilapan sebelum ada kemenangan 9.2.5 diberi.

Berat Badan terkumpul/keseluruhan bagi sesuatu pasukan tidak akan di timbang. Jumlah penarik yang berdaftar termasuk penarik simpanan perlu melaporkan diri kepada pengadil setiap kali dipanggil untuk memasuki gelanggang. Sebarang penukaran penarik mesti mendapat kebenaran pengadil atau pengerusi penganjur sebelum dibenarkan memasuki gelanggang. Segala urusan kesahihan penarik akan dipantau oleh pegawai pertandingan dan pasukan yang menurunkan lebih dari lapan orang penarik akan didapati bersalah dan dibatalkan penyertaan. Pihak Penganjur akan mengambil gambar setiap pasukan dan akan memeriksa sebelum perlawanan dimulakan.

9.2.6

Sistem Tarikan Bebas ( Borneo Free Style) adalah

digunapakai sesuatu set

dalam perlawanan ini. Masa yang diperuntukkan untuk penganjur boleh menukar sistem tarikan yang

perlawanan adalah tiga (3) hingga lima (5) minit sahaja. Pihak muktamad jika dinasihatkan dan dicadangkan oleh Jawatankuasa Pengadilan sebelum

pertandingan bermula. Dua (2) sistem tarikan yang biasa digunakan ialah Sistem Tarikan 'Free Style' dan Sistem Antarabangsa (Berdiri).

9.3

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERLAWANAN 9.3.1 Setiap Pasukan yang berada dalam gelanggang, perlu mengandungi lapan (8) orang penarik termasuk dua (2) simpanan dan seorang saksi dan seorang Pengarah. 9.3.2 Setiap Pasukan perlu bersedia digelanggang perlawanan 15 minit sebelum perlawanan. Pengurus Pasukan perlu melaporkan kepada Pengadil jika pasukan tidak hadir, kiraan sebanyak lima (5) akan dibuat untuk memuktamadkan kemenangan kepada pasukan lawan bagi pasukan yang tidak hadir. 9.3.3 Pasukan adalah dibenarkan menggunakan kasut bertumit keras untuk menghindari kecederaan dan penggunaan tali pinggang senaman adalah dibenarkan. Jenis kasut yang bergigi tidak dibenarkan. Penarik boleh berkaki ayam namun risiko kecederaan adalah tanggungan sendiri. Sarung tangan tidak dibenarkan namun penggunaan plaster adalah disyor. Penggunaan bahan pelapis khas oleh 'Anchor' (sauh) tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, penggunaan baju berlapis adalah dibenarkan. 9.3.4 Setiap peserta adalah dibenarkan memakai pakaian sukan yang bersesuaian atau pemakaian Jersi adalah dimestikan, terutama perlawanan yang melibatkan orang Kenamaan atau VIP (YAB Ketua Menteri atau TYT) yang hadir menyaksikan perlawanan pada waktu itu. 9.3.5 Peserta tidak dibenarkan memakai atau membawa alat pemberat dalam saku atau dalam baju dengan tujuan meningkatkan berat badan. Semua alat perhiasan diri seperti cincin, gelang, rantai perlu dibuka sebelum perlawanan untuk menghindari kecederaan atau tercicir semasa bertanding.

9.3.6

Peserta yang menjadi Sauh (Anchor) tidak dibenarkan melilitkan tali sekeliling tubuh badannya atau melilitkan tali melebihi satu lilitan. Pengurus Pasukan harus mempastikan Anchor mematuhi syarat-syarat ini untuk mengelakkan kecederaan.

9.3.7

Bagi

menentukan pemilihan tempat sebelum tarikan, Pengadil

perlawanan akan memanggil kedua-dua Pengurus Pasukan untuk membuat undian dengan lambungan duit syiling. 9.3.8 Tali akan diletakkan diatas tanah dan peserta akan terus berdiri sama ada disebelah kiri atau kanan tali. Pengadil akan mengeluarkan arahan untuk memegang tali , mengangkat tali, mengencangkan tali, sedia dan wisel pasukan dimulakan. 9.3.9 Pengadil akan meniup wisel memulakan tarikan/ pertandingan dan meniupkan wisel panjang menandakan tarikan tamat dan tiupan berulang-ulang 9.3.10 Wanita yang menandakan ada pembatalan atau tarikan semula. mengandung tidak dibenarkan untuk mengambil akan dibunyikan. Pengadil akan mengarahkan kedua-dua dan Pengarah serta Pengadil bersedia sebelum tarikan

bahagian dalam pertandingan ini.

9.4

PEMBATALAN PASUKAN 9.4.1 a) Pasukan yang melanggar peraturan ini akan dikira kalah. Tidak dibenarkan duduk atas tali atau baring di atas tali. Penarik Hadapan tidak dibenarkan memegang penanda merah iaitu Tanda Kemenangan. Kesalahan pertama akan diberi amaran dan kesalahan kali kedua adalah pembatalan kepada penarik. b) Pasukan yang melepaskan tali dengan sengaja dengan tujuan mencederakan pihak lawan akan diberi satu kali amaran sahaja dan jika mengulangi perbuatan tersebut akan disingkirkan terus dari

pertandingan. c) Menurunkan peserta yang tidak di daftar, berkelakuan ganas, serta mengancam pegawai dan pengadil. Semua keputusan pengadil adalah muktamad. Jika pasukan ingin membuat bantahan, sila gunakan saluran yang betul dengan berjumpa dengan pegawai penganjur atau Ketua Pengadil dan memberi penerangan dengan bukti kukuh untuk dipertimbangkan. d) Penggantian penarik semasa sesuatu set perlawanan berlangsung tidak dibenarkan dan penggantian hanya boleh dibuat selepas sesuatu set dan penarik yang diganti lebih awal tidak dibenarkan untuk menarik di perlawanan seterusnya. untuk lagi dalam set tersebut kecuali

Pengurus pasukan perlu memaklumkan kepada pengadil

membuat penggantian. Penggantian posisi semasa menarik oleh penarik boleh dibuat secara spontan antara lima (5) orang yang sedang menarik sahaja.

9.5

TANGGUNGJAWAB PENGURUS, PENGARAH DAN PEGAWAI PASUKAN MENGENAI PERKARA YANG BERLAKU DILUAR DUGAAN

9.5.1

Pengurus pasukan harus memastikan hanya seorang pengarah dan saksi dibenarkan di kawasan pertandingan dan mana-mana pegawai pasukan yang memberi arahan dan yang memasuki kawasan pertandingan untuk memberi arahan akan diberi amaran meninggalkan tempat. Pasukan tidak dibenarkan untuk menurunkan penarik yang mabuk dan pasukan yang menimbulkan masalah seperti pergaduhan atau menyerang dan mengugut pegawai perlawanan akan disingkirkan terus dari pertandingan.

9.5.2

Pemain/ peserta yang menghidap penyakit beriksiko tinggi seperti lemah jantung, darah tinggi, penyakit lelah dan seumpamanya adalah

ditegah mengikuti pertandingan ini. Semua kecederaan dan kemalangan yang berlaku atas risiko sendiri. Kecederaan dan bencana yang menimpa pasukan adalah tanggungjawab pengurus pasukan. Walaubagaimanapun, jawatankuasa penganjur akan menyediakan pasukan paramedik di kawasan pertandingan. 9.5.3 Penganjur dan Petugas yang menganjurkan pertandingan ini tidak bertanggungjawab dan terikat kepada sebarang tuntutan ganti rugi jika berlaku kecederaan, kemalangan, kematian atau kehilangan harta benda yang menimpa peserta-peserta sebelum, semasa atau selepas pertandingan. 9.5.4 Keputusan Pengadil adalah muktamad dan sebarang rayuan sama ada secara lisan atau bertulis tidak akan dilayan baik semasa atau selepas perlawanan. Jawatankuasa ini tidak akan menyediakan Jemaah Hakim untuk tujuan rayuan. 9.5.5 Mana-mana peraturan yang tidak terdapat dalam syarat ini, maka Jawatankuasa Penganjur adalah berhak mengubahsuai peraturan mengikut keadaan semasa untuk kebaikan semua pihak dan melicinkan perjalanan pertandingan jika perlu.

9.6

KETERANGAN AM 9.6.1 I) ii) iii) iv) v) Pemberian Mata jika Perlawanan Liga digunapakai:3 mata Menang straight set pusingan pertama dan kedua. 2 mata Menang dua (2) pusingan berbalas satu (rubber set) 1 mata Menang satu (1) pusingan berbalas dua (rubber set) 0 mata Kalah kedua-dua pusingan (straight set) Jika terdapat persamaan mata maka tarikan Sudden Death akan dilakukan.

9.6.2

Jika Perlawanan Sistem Kalah Mati digunakan, maka pasukan yang menang 2 x dari 3 set akan memasuki peringkat seterusnya.

9.6.3

Pihak Penganjur tidak akan menyediakan tempat penginapan, penggangkutan dan makan sepanjang pasukan-pasukan bertanding.

9.6.4

Pengarah Pertandingan/ Ketua pengadil : Encik Rainold J. Mokujin Kompleks Sukan Penampang, Lembaga Sukan Negeri Sabah, Peti Surat 173, 89507, Kota Kinabalu, Sabah. Tel/ HP : 088-718060/ 0138972801 ; Faks : 088-718646

9.6.5

Pengerusi Sukan Migazad Dukug (Tarik Tali) : Encik Randdy Mojili Kompleks Sukan Penampang, Lembaga Sukan Negeri Sabah, Peti Surat 173, 89507, Kota Kinabalu, Sabah. Tel/ HP : 088-718060/ 0138972801 ; Faks : 088-718646

10.

LARI DALAM GUNI (Menangkus Suang Guni)

10.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT SUKAN LARI DALAM GUNI BERGANTI - GANTI CAMPURAN

10.1

Pertandingan ini adalah terbuka kepada peserta lelaki dan wanita wargenegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

10.2

Penyertaan bagi setiap kumpulan adalah tidak kurang daripada empat (4) orang terdiri daripada dua (2) orang peserta lelaki dan wanita. dua (2) orang peserta

10.3 10.4

Semua peserta hendaklah sihat dari segi fizikal dan mental. Peserta yang dalam keadaan mabuk tidak dibenarkan untuk bahagian dalam pertandingan ini. mengambil

10.5 10.6

Semua peserta hendaklah melapor diri ditempat pertandingan. Wanita yang mengandung tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

11.

MANANDUS

11.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT SUKAN MANANDUS

11.1 11.2

Pertandingan ini terbuka kepada lelaki dan wanita Pemain pertama akan membaling gelang kira kira 3 meter di hadapam pemain kedua

11.3

Pemain kedua akan cuba menghalang gelang tersebut daripada melepasinya dengan membaling lembing ke arah gelang tersebut.

11.4 11.5

Jika gelang tersebut gagal dihalang, pemain pertama diberi 1 markah. Kedua dua pemain diberi peluang membaling gelang tanpa dapat dihalang, pemain tersebut dikira menang dan layak ke pusingan seterusnya.

11.6

Hanya pemenang pertama, kedua dan ketiga diberikan hadiah.

12.
12.1

Monungkava Kalabau ( Menjerat Kerbau Dengan Tali )


PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT SUKAN MONUNGKAVA

12.1.1 Setiap peserta diberi sebanyak 3 kali lontaran. 12.1.2 Setiap lontaran yang tepat akan diberi 5 markah. 12.1.3 Lontaran mestilah memasuki kedua-dua tanduk target. 12.1.4 Jarak peserta dengan target adalah 12 kaki. 12.1.5 Tali akan disediakan oleh pihak penganjur. 12.1.4 Sekiranya ada persamaan markah maka 2 lontaran akan diberikan kepada setiap peserta yang mendapat markah yang sama. 12.1.4 Keputusan pengadil adalah muktamad.

Anda mungkin juga menyukai