Anda di halaman 1dari 7

PERATURAN AM

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG


PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH GOMBAK 2018

1.0 UNDANG-UNDANG

Kejohanan ini dijalankan mengikut undang-undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia


(KOAM). Peraturan-peraturan Am Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Pendidikan Khas
Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Peraturan-peraturan IPC, IBSA dan peraturan
Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.0 KATEGORI
2.1 Kategori yang akan dipertandingkan adalah mengikut kategori sekolah MENENGAH dan
sekolah RENDAH bagi murid lelaki dan perempuan.
2.2 Empat kategori peserta adalah seperti berikut:
2.1.1 Bermasalah Pendengaran - menggunakan singkatan ‘BD’
2.1.2 Bermasalah Pembelajaran - menggunakan singkatan ‘BP’
2.1.3 Sindrom Down - menggunakan singkatan ‘SD’
2.1.4 Cerebral Palsy - menggunakan singkatan ‘CP’

2.3 Semua peserta hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan dan kad OKU asal
untuk pemeriksaan oleh pihak pengelola pertandingan atau sesiapa yang dilantik oleh
KPM /PPD / JPN sebelum pertandingan dijalankan. Kegagalan menunjukkan dokumen
tersebut menyebabkan peserta tersebut dihalang dari menyertai pertandingan atau
dibatalkan penyertaannya.

3.0 JENIS-JENIS ACARA PERTANDINGAN DAN TIMBANGAN ALAT-ALAT PERTANDINGAN

3.1 SEKOLAH RENDAH

Bermasalah Bermasalah Sindrom Cerebral


pembelajaran pendengaran Down Palsy
Bil Acara
L P L P L P L P
1 100M x x x x X x x x
2 200M x x x x
3 L JAUH x x x x
L x x x x
PELUR 4
4 U 4 KG 4 KG 4 KG KG
4X100
5 M x x x x
Jumlah acara 5 5 5 5 1 1 1 1

1
3.2 SEKOLAH MENENGAH

Bermasalah Bermasalah Sindrom Cerebral


pembelajaran pendengaran Down Palsy
Bil Acara
L P L P L P L P
1 100M x x x x x X x x
2 200M x x x x
3 400M x x x x
4 1500M x x x x
5 L Jauh x x x x
6 L Tinggi x x x x
x x x x
L Peluru 5.45 5.45
7 KG 4 KG KG 4 KG
x x x x
L Cakera 1.5
8 1.5 KG 1 KG KG 1 KG
x x x x
M
Lembing 600 700 600
9 700 G G G G
10 4x100M x x x x
Jumlah Acara 10 10 10 10 1 1 1 1

4.0 HADIAH-HADIAH
4.1 Acara Individu dan berpasukan : Tempat pertama hingga ketiga (Emas, Perak & Gangsa)
4.2 Olahragawan dan olahragawati : Kategori BP dan BD sahaja.

5.0 CARA PERTANDINGAN

5.1 Setiap kontingen adalah dibenarkan menghantar TIDAK LEBIH daripada DUA orang
peserta bagi setiap acara individu dan SATU pasukan bagi acara lari berganti-ganti.
5.2 Bilangan maksimum penyertaan seorang peserta adalah seperti berikut:

KUMPULAN INDIVIDU BERPASUKAN


SEKOLAH RENDAH 3 1
SEKOLAH MENENGAH 3 1

5.3 Bagi acara kurang daripada EMPAT penyertaan acara tersebut akan diteruskan dan
pingat kemenangan akan diambil kira dalam pengiraan OLAHRAGAWAN DAN
OLAHRAGAWATI.
i. Minus – one rule untuk DUA atau TIGA penyertaan (Bermaksud 3 penyertaan
hanya tempat pertama dan kedua sahaja diambil kira pingat dan DUA
penyertaan hanya johan sahaja yang diambil kira).
ii. Syarat mengatasi rekod untuk penyertaan “TUNGGAL”

2
5.4 Bagi acara 4x100M, peserta MESTI lari dalam lorong masing-masing dan pertukaran
baton MESTI berlaku dibuat dalam zon pertukaran baton. Sebelum baton bertukar
tangan dalam zon pertukaran baton, peserta boleh berada dilorong sendiri untuk
menunggu mengikut teknik sendiri. Selepas memberi baton (changer over) peserta-
peserta hendaklah berada dalam lorong masing-masingsehingga pertukaran baton
ditempatnyaselesai supaya tidak menganggu peserta lain yang sedang berlari.

5.5 Paku spike yang dibenarkan ialah tidak melebihi 6mm untuk acara balapan dan 9mm
bagi acara padang.

5.6 Pelepas bagi peserta kategori BD hendaklah menggunakan pistol dan bendera serta
dilaksanakan oleh orang yang sama secara serentak. Pelepas hendaklah berada
dihadapan pada jarak yang boleh dilihat oleh semua peserta yang akan berlari.

5.7 Kedudukan bendera untuk melepaskan peserta BD mengikut ketetapan berikut:

5.10.1 Ke garisan - Bukaan tangan dari kedudukan 90 diturunkan ke 30.


5.10.2 Sedia - Dari kedudukan tangan 30, dinaikkan ke 160.
5.10.3 Mula - Dari kedudukan 160 tangan diturunkan rapat ketepi peha.

5.8 Dalam setiap kategori saringan, tidak dibenarkan sekolah / daerah yang sama berada
dalam saringan berkenaan.

6.0 PENDAFTARAN PESERTA-PESERTA

6.1 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat DUA minggu sebelum kejohanan berlangsung
dengan menggunakan BORANG PENYERTAAN RASMI yang dihantar oleh Jawatankuasa
pengelola / penganjur. Butir-butir tentang seseorang peserta hendaklah dilengkapkan
dan disahkan oleh Pegawai di Unit Pendidikan Khas Daerah / Sekolah masing-masing.
6.2 Peserta-peserta yang hanya mengambil bahagian dalam acara lari berganti-ganti
dikehendaki didaftarkan juga.
6.3 Penarikan diri semasa Kejohanan dijalankan.
6.3.1 Jika didapati seseorang peserta telah disahkan penyertaannya semasa
taklimat pengurus-pengurus pasukan, tidak mengambil bahagian dalam
sesuatu acaranya KECUALI jika dapat mengemukakan surat pengesahan
sakit / cedera dari Pegawai Perubatan Kejohanan, peserta berkenaan tidak
akan dibenarkan menyertai acara-acara seterusnya yang didaftarkan atas
namanya.
6.3.2 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara selepas
mengambil bahagian dalam pusingan awal tanpa surat pengesahan sakit /
cedera dari Pegawai Perubatan Kejohanan, adalah dianggap sebagai menarik
diri daripada semua acara seterusnya yang didaftar atas namanya.
6.3.3 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas
nasihat pegawai perubatan kejohanan, hanya boleh mengambil bahagian
seterusnya dalam semua acara yang didaftarkan atas namanya dengan
mengemukakan surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kejohanan
kepada Pengurus Kejohanan.

3
6.4 Penggantian dalam acara lari Berganti-ganti

Penggantian bagi acara lari berganti-ganti, dihadkan kepada seorang peserta yang
didaftarkan dalam borang penyertaan rasmi

7.0 MELAPORKAN DIRI PESERTA

7.1 Semua peserta hendaklah melaporkan diri sekurang-kurangnya 30 minit, bagi acara
balapan dan 45 minit bagi acara padang, sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan
berlangsung. Selepas itu, mereka akan diiring ke tempat pertandingan oleh Penyelia
peserta / marsyal.
7.2 Peserta-peserta tidak dibenarkan melaporkan diri terus kepada pegawai Teknik dalam
arena pertandingan melainkan telah didaftar terlebih dahulu atas acara tersebut dan
acara berlangsung pada masa yang terlalu hampir.
7.3 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka mesti
disematkan dengan pin setiap 4 penjuru dibaju lari masing-masing dihadapan dan
dibelakang kecuali bagi acara lompat tinggi dimana peserta hanya memakai nombor
dibahagian hadapan.
7.4 Apabila melaporkan diri bagi tiap-tiap acara, setiap peserta mesti menunjukkan “TAG
PENGENALAN RASMI” DAN KAD OKU kepada pegawai pengesahan pesertayang
diwakili atau sesiapa yang dilantik oleh bahagian Pendidikan Khas. Sekiranya arahan ini
tidak dipatuhi, peserta berkenaan TIDAK DIBENARKAN menyertai acara itu.
7.5 Peserta yang lewat melaporkan diri, iaitu 15 minit sebelum acara mereka dimulakan,
TIDAK AKAN DIBENARKAN mengambil bahagian dalam acara tersebut dan diangap
telah menarik diri.

8.0 PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN

8.1 Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar daripada arena
pertandingan diiringi oleh Penyelia Peserta atau guru pengiring yang memakai “TAG
PENGENALAN TERTENTU”, 4 tag tersebut akan disediakan untuk setiap kontingen
sebagai pas. Guru pengiring yang memakai tag pengenalan dibenarkan masuk ke arena
pertandingan bagi acara bermasalah penglhatan atau jika diperlukan oleh pegawai
teknikal untuk membantu. Pegawai Teknikal boleh mengarahkan jurulatih atau guru
pengiring keluar dari arena pertandingan pada bila-bila masa jika perlu.
8.2 Untuk acara balapan, selepas sesuatu acara itu tamat, peserta-peserta hendaklah berada
dilorong masing-masing, berpusing balik dan menghadap hakim-hakim balapan untuk
menunjukkan nombor mereka dan balik ke tempat rehat peserta dengan serta merta
selepas itu.

9.0 MEMANASKAN BADAN


Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan ditempat yang telah ditetapkan.

4
10.0 HURUF DAN NOMBOR PENGENALAN DIRI PESERTA
10.1 Setiap sekolah akan menyediakan nombor pengenalan diri peserta mengikut
sekolah masing-masing.
10.2 Warna kain dan nombor:
10.2.1 SEKOLAH RENDAH - Nombor warna hitam atas kertas putih
depan dan belakang.
10.2.2 SEKOLAH MENENGAH- Nombor warna merah atas kertas putih
depan dan belakang.
10.3 Senarai sekolah dan Nombor:
10.3.1 SEKOLAH RENDAH
Bil Daerah Kod Nombor
1 SK Kuang A
2 SK Taman Seri Gombak B
3 SK (1) Taman Selayang C
4 SK Bandar Tasik Puteri D
5 SJKC Selayang Baru E
6 SK Bandar Baru Rawang F
7 SK Bukit Rahman Putra G
8 SK Merbau Sempak H
9 SK Selayang Jaya J
10 Sabak Bernam K
11 SK Sungai Buloh L
12 SK Sungai Serai M
13 SK Tasik Puteri 2 N
14 Taman Seri Gombak 2 P
15 SK Taman Desa 2 Q
16 SK Taman Ehsan R
17 SK Taman Melawati 2 S
18 SK Taman Permata T
19 SK (1) Kuala Ampang V
20 SK (2) Taman Keramat X

10.3.2 SEKOLAH MENENGAH

Bil Daerah Kod Nombor


1 SMK Taman Melawati AA
2 SMK Taman Ehsan BB
3 SMK Rawang CC
4 SMK Seri Selayang DD
5 SMK Seri Keramat EE
6 SMK Bandar Tasik Puteri FF
7 SMK Bukit Rahman Putra GG
8 SMK Taman Desa 2 HH
9 SMK Sierramas JJ
10 SMK Bukit Gading KK
11 SMK Selayang Bharu AA

5
10.4 Nombor pendaftaran :
KATEGORI BP, SD DAN CP
 Bagi murid lelaki bermula dengan nombor 1 dihadapan dan nombor ganjil
dibelakang. Contoh AA 101
 Bagi murid perempuan bermula dengan nombor 1 di hadapan dan nombor genap
di belakang. Contoh AA 102

KATEGORI BD
 Bagi murid lelaki bermula dengan nombor 2 dihadapan, 0 ditengah dan nombor
ganjil di belakang. Contoh AA 201
 Bagi murid perempuan bermula dengan nombor 2 di hadapan, 0 ditengah dan
nombor genap di belakang. Contoh AA 202

11.0 BANTAHAN
Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut peraturan KOAM kecuali perkara-prkara berikut:
11.1 Jika masalah bantahan berkenaan Kelayakan (status) seseorang peserta tidak dapat
diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan dimulakan maka peserta
tersebut boleh mengambil bahagian dibawah bantahan. Perkara tersebut akan
dikemukakan kepada MKPKK kemudian.
11.2 Bantahan-bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan,
hendaklah dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada :
i. 15 minit setalah keputusan rasmi diumumkan bagi acara peringkat awal.
ii. 30 minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara peringkat akhir.
11.3 Sebarang bantahan bertulis kepada juri rayuan mesti disertakan dengan wang
pertaruhan sebanyak RM300.00

11.4 Bilangan juri (perlu catatan dan dirujuk pada koam.)

12.0 HAK JAWATANKUASA PENGELOLA


12.1 Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan.
12.2 Jawatankuasa pengelola berhak, memutuskan sebarang perkara yang tidak
dinyatakan dalam undang-undang
12.3 Jawatankuasa pengelola tidak akan bertanggungjab atas kemalangan & kematian,
kecacatan anggota, kecederaan atau kehilangan harta benda walaupun persediaan
dan langkah-langkah keselamatan telah diambil oleh Jawatankuasa pengelola,
semasa perjalanan pergi dan balik ketempat penginapan, ke stadium atau venue
pertandingan dan sebaliknya. Ia termasuklah:

i. Semasa kejohanan dijalankan


ii. Di dalam dan di luar kawasan stadium
iii. Di tempat-tempat pertandingan.

6
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG
PENDIDIKAN KHAS DAERAH GOMBAK 2018

NAMA SEKOLAH : ______________________________________________

NAMA KETUA KONTIGEN : ______________________________________________ NO TELEFON : _______________________

KATEGORI ( * BULATKAN ) : BP / BD / SD / CP * MENENGAH * RENDAH JANTINA : * L / * P

ACARA

M Lembing
Kod

L Cakera
L Peluru

4x100M
L Tinggi
Nama Murid No SB / KP

1500M

Jumlah
Bil Nama Sekolah No OKU No Peserta

L Jauh
100M
200M

400M

Acara
Sekolah

1
2
3
4
5
6
7
8

** Tandakan ( X ) pada acara yang akan disertai oleh atlet


** Sila asingkan borang mengikut kategori, kelas dan jantina
** Setiap sekolah perlu memperbanyakkan salinan borang tersebut
** Tarikh akhir penghantaran borang adalah sebelum / pada 2 FEBRUARI 2018 ( Jumaat ) ke alamat email
mssdgombak.ppki@gmail.com

Tandatangan ketua kontigen : Tandatangan pengurus pasukan :

_______________________________ ___________________________________
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai