Anda di halaman 1dari 17

1.

0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Peraturan-
peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia(MSSM) dan Peraturan-Peraturan Pertandingan
Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perlis (MSSPs).

2.0 ACARA-ACARA DAN UKURAN SERTA TIMBANGAN ALAT-ALAT PERTANDINGAN

KOD LELAKI PEREMPUAN


ACARA
ACARA 12T 12T
× ×
01 100m
02 200m × ×
03 80m Lari Berpagar x x
04 Lompat Tinggi 0.90m 0.80m
05 Lompat Jauh 3.50m 3.20m
8.00m 6.00m
06 Lontar Peluru
2.72kg 2.72kg
07 4 × 100m × ×
08 4 × 200m × ×
Jumlah 8 8

2.1 ACARA 80 METER LARI BERPAGAR

PAGAR 1 DARI PAGAR 8 KE


TINGGI PAGAR KE
BIL PAGAR GARISAN GARISAN
PAGAR PAGAR
PERMULAAN PENAMAT

8 0.762 12.00 METER 8.00 METER 12.00 METER

2.2 ACARA 4 X 200 METER

2.2.1 Pelari Pertama akan gunakan lorong sendiri dan akan bermula di garisan 1½
stagger, seperti pelari pertama dalam acara 4 × 400m

2.2.2 Pelari Kedua akan bersedia di garisan satu stagger yang akan disediakan. Selepas
menerima baton daripada pelari pertama, pelari kedua mesti berlari di lorong
sendiri.

2.2.3 Pelari Ketiga akan bersedia di garisan ½ stagger (seperti pelari kedua dalam acara
4× 400m. Selepas menerima baton daripada pelari kedua, pelari ketiga mestilah
berlari di lorong masing-masing sehingga ke selekoh pertama dan kemudiannya,
beliau boleh memotong masuk ke lorong pertama.
2.2.4 Pelari Akhir akan bersedia di tempat penerimaan baton mengikut “start list” (urutan
senarai permulaan ) dan menerima baton dengan syarat tidak menghalang atau menolak
pelari lain.

3.0 SYARAT - SYARAT

3.1.1 Setiap sekolah dibenarkan menghantar tidak lebih DUA orang peserta bagi satu-satu acara
individu.

3.1.2 Setiap sekolah dibenarkan menghantar tidak lebih SATU pasukan sahaja bagi acara lari berganti-
ganti.

3.1.3 Bilangan maksimum penyertaan seorang peserta mestilah tidak melebihi dari DUA acara
individu dan tidak lebih dari DUA acara lari berganti-ganti.

4.0 PENDAFTARAN PESERTA

4.1 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat dalam borang rasmi yang telah disediakan oleh
Jawatankuasa

Pertandingan

4.2 Butir – butir mengenai peserta hendaklah diisi dengan lengkap hendaklah dikembalikan
kepada

jawatankuasa pertandingan di alamat :

4.3 Setiap pasukan dikehendaki mengisi borang sebanyak 3 salinan dan borang – borang yang
diisi dengan lengkap hendaklah dikembalikan kepada Jawatankuasa Pertandingan di alamat :

Guru Besar,Sekolah Penganjur

4.4 Semua CD dan borang pendaftaran (yang dicetak) hendaklah sampai ke tangan Jawatankuasa
Pertandingan selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah hari, 27 Januari 2016.Borang
pendaftaran yang lewat sampai TIDAK akan dilayan.
5.0 PENARIKAN DIRI DAN PENGGANTIAN

5.1 Semua nama peserta yang akan mengambil bahagian dalam sesuatu acara hendaklah disahkan
selewat-lewatnya pada mesyuarat pengurus – pengurus pasukan yang akan ditetapkan oleh
jawatankuasa pertandingan.

5.2 Pengganti untuk seseorang peserta yang akan menarik diri (jika ada) hendaklah dibuat semasa
mesyuarat Pengurus – pengurus sahaja. (SELEPAS ITU PENUKARAN PENGGANTIAN TIDAK AKAN
DITERIMA)

5.3 Agenda mesyuarat Pengurus Pasukan akan membincangkan perkara-perkara seperti berikut :

5.3.1 Pengesahan peserta bagi acara individu

5.3.2 Penggantian / penukaran peserta yang hanya tercatat nama dalam borang pendaftaran

5.3.3 Pengesahan peserta bagi acara lari berganti-ganti

5.3.4 Hal-hal lain

5.4 Hanya peserta simpanan yang berdaftar layak mengambil bahagian dalam pertandingan.( RELAY)

6.0 MELAPOR DIRI

6.1 Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu acara
berkenaan dijadualkan berlangsung. Selepas itu mereka akan dihantar ke tempat pertandingan
oleh Penyelia Peserta.

6.2 Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik dalam arena
pertandingan.
6.3 Pengurus-pengurus pasukan hendaklah sentiasa menyemak buku program yang dibekalkan dan
memastikan setiap peserta mereka melapor diri menepati masa seperti yang ditetapkan
walaupun mereka tidak mendengar panggilan atau pengumuman oleh penyelia peserta.

6.4 Semasa melapor diri peserta, setiap peserta hendaklah berpakaian lengkap dengan nombor
disematkan dengan pin pada setiap sudut. Jika tidak mematuhi arahan ini peserta tidak
dibenarkan mengambil bahagian dan dianggap telah menarik diri.

7.0 PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN

7.1 Peserta-peserta hanya boleh masuk dan keluar arena setelah diberi kebenaran oleh pegawai
bertugas

7.2 Sesiapapun tidak dibenarkan memasuki arena pertandingan kecuali peserta dan pegawai
bertugas sahaja.

7.3 Peserta hendaklah berbaris semasa masuk dan keluar arena

8.0 MEMANASKAN BADAN

8.1 Peserta –peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditentukan.

9.0 BLOK PERMULAAN

9.1 Peserta digalakkan memakai kasut ‘spike’ dan blok pemulaan.

10.0UKURAN PIAWAI PERMULAAN BAGI ACARA PADANG

10.1Bagi pusingan awal lontaran / lompatan akan berdasarkan kepada sukatan piawai seperti berikut:

Kategori Lelaki Perempuan


Acara 12T 12T
Lompat Tinggi 0.90m 0.80m
Lompat Jauh 3.00m 3.00m
Lontar Peluru 5.00m 4.00m

10.2 Kenaikan palang bagi acara lompat tinggi adalah seperti berikut :

Kenaikan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Ketinggian (cm) 5 5 4 4 3 3 2 2 1 1

*kenaikan palang akan diteruskan pada ukuran 1 meter sekiranya pemenang pingat emas masih tidak
dapat ditentukan.

11.0KEPUTUSAN KEJOHANAN DAN PENENTUAN KEDUDUKAN

11.1 Sekolah yang mendapatkan pingat Emas yang terbanyak akan dikira Johan. Yang kedua terbanyak
akan dikira

tempat kedua dan ketiga terbanyak akan dikira tempat ketiga dan seterusnya.

11.2 Sekiranya bilangan pingat Emas sama banyak, penentuan akan dibuat berdasarkan bilangan pingat
Perak yang

terbayak dan begitu juga dengan tempat kedua, ketiga dan seterusnya.

11.3 Jika bilangan pingat Perak sama banyak, penentuan akan dibuat berdasarkan pingat Gangsa yang
terbanyak

dan begitu juga dengan tempat kedua, ketiga dan seterusnya.

11.4 Sekiranya bilangan pingat Gangsa juga sama banyak, penentuan akan dibuat berdasarkan sekolah
yang

mencipta rekod yang terbanyak.

11.5 Jika bilangan rekod yang sama banyak, pihak juri akan bersidang untuk menentukan tempat
pertama, kedua,

ketiga dan seterusnya.


11.6 Penentuan Peserta Terbaik

11.6.1 Hadiah-hadiah peserta terbaik akan diberi kepada Peserta Terbaik LELAKI 12TKB,
PEREMPUAN 12TKB, berdasarkan pencapaiannya mencatat rekod baru MSSPs atau
rekod baru PKP dan sebagainya mana yang lebih baik pencapaiannya.

11.6.2 Sekiranya tiada rekod yang diatasi / dicatat, jumlah pungutan pingat emas dalam acara
individu akan diambil kira.

11.6.3 Sekiranya pungutan pingat emas masih sama, pungutan pingat perak dan pingat
gangsa dalam acara individu akan diambil kira.

11.6.4 Sekiranya kedudukan masih sama juga , maka keputusan akan dibuat berdasarkan
Jadual Mengira Mata IAAF bagi pencapaian terbaik acara tertentu setiap peserta

12.0 KELAYAKAN KE PERINGKAT AKHIR

12.1 Penentuan lorong atau giliran untuk pertandingan saringan akan ditentukan oleh Jawatankuasa
Pertandingan.

12.2 Penentuan lorong atau pertandingan untuk pertandingan akhir adalah seperti berikut:

Acara 8 lorong :

12.2.1 Penentuan untuk lorong 3, 4, 5 dan 6 adalah terdiri daripada 4 peserta tempat pertama
semasa saringan / masa terpantas,susunan lorong pelari akan diundi.
12.2.2 Penentuan untuk lorong 1, 2, 7 dan 8 adalah terdiri daripada 4 peserta masa yang ke
5, 6, 7 dan 8 terpantas, susunan lorong pelari akan diundi

Acara balapan pada peringkat 1 akan dijalankan secara saringan dan peserta akan dipilih untuk ke
peringkat akhir mengikut bilangan saringan yang tercatat di bawah :

12.3Tiga (3) saringan


Dua pemenang setiap separuh akhir dan DUA (2) pencatat masa terpantas bagi ketiga-tiga separuh
akhir layak

ke Peringkat Akhir.

12.4 Dua (2) saringan

Tiga pemenang setiap separuh akhir dan DUA (2) pencatat masa terpantas bagi kedua-dua separuh
akhir layak ke Peringkat Akhir.

12.5 Sekiranya terdapat bilangan peserta yang mencatatkan masa terbaik lebih daripada bilangan
yang dihadkan maka penentuan kelayakan akan bergantung kepada kedudukan peserta.Jika
berlaku kedudukan sama , cabutan undi akan dilakukan oleh Wakil Teknik.

12.6 Semua pengundian lorong untuk acara akhir, semasa kejohanan dijalankan akan dilakukan oleh
Jawatankuasa Pertandingan dengan Wakil Teknik.

12.7 Jawatankuasa Pengelola berhak membuat pindaan mengenai perkara di atas sekiranya perlu
bagi tujuan

kebaikan peserta dan matlamat pertandingan.

13.0HURUF-HURUF DAN NOMBOR PENGENALAN PASUKAN

13.1 Semua peserta (termasuk yang mengambil acara lari berganti-ganti) diwajibkan memakai
nombor yang ditetapkan oleh pengelola.

BIL SEKOLAH HURUF NOMBOR

1 SK KAYANG A 101-150

2 SK PADANG BESAR (S) B 151-200

3 SK TITI TOK BANDAR C 201-250

4 SK KUALA PERLIS D 251-300

5 SJK (C) KHAY BENG E 301-350

6 SJK (C) CHOON SIEW F 351-400


7 SK DATO WAN AHMAD G 401-450

8 SK SEBERANG RAMAI H 451-500

9 SK PENDIDIKAN KHAS J 501-550

10 SK PANGGAU K 551-600

13.2 Setiap peserta diwajibkan memakai DUA(2) nombor yang disematkan dengan pin di setiap
sudut nombor.Satu di bahagian hadapan(dada) dan satu di belakang (tengah bertentangan
dengan yang berada di depan). Bagi peserta yang mengambil bahagian dalam acara Lompat
Tinggi dibenarkan memakai satu nombor sahaja (bahagian dada hadapan).

Bawah 12 tahun (Lelaki dan Perempuan) Nombor warna HITAM atas kain
putih

13.2.1 Spesifikasi Nombor adalah seperti berikut:

20 cm

26 cm

13.2.2Nombor yang digunakan hendaklah dicap pada kain. Nombor yang ditulis atas kertas
TIDAK dibenarkan.
14.0KAWASAN ARENA

14.1Kawasan khemah peserta.


Hanya peserta dan pegawai pasukan sahaja dibenarkan berada di dalam semasa pertandingan.

14.2Kawasan Penyelia Peserta.


Hanya pegawai penyelia peserta, pembantu dan peserta yang melapor diri sahaja yang
dibenarkan berada di kawasan itu.

14.3Kawasan Pegawai Pengelolaan Pertandingan


Hanya pegawai-pegawai Pengelola Pertandingan dan Statistik sahaja dibennarkan memasuki
kawasan ini.

14.4Arena Pertandingan
Hanya pegawai-pegawai, Pembantu Teknik yang bertugas serta peserta yang sedang mengambil
bahagian sahaja dibenarkan berada dalam arena pertandingan.

15.0BANTAHAN

Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut peraturan 146 KOAM, kecuali perkara-perkara berikut:

15.1Segala masalah berkaitan dengan kelayakan (status) seseorang peserta yang tidak dapat
diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka peserta tersebut boleh
mengambil bahagian DIBAWAH BANTAHAN(under protes) dan perkara tersebut dikemukakan
kepada juri rayuan.

15.2Bantahan-bantahan berhubung dengan acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan


dengan serta merta dan tempoh 30 minit bermula selepas Juruacara mengumumkan keputusan
rasmi.

15.3Bantahan boleh dibuat oleh Pengurus Pasukan secara bertulis kepada Hakim/Pengurus
Pertandingan sekiranya keputusan yang diperolehi tidak memuaskan maka BANTAHAN BERTULIS
dibuat kepada JURI RAYUAN dan MESTI disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM50.00
sahaja.

15.4JURI RAYUAN terdiri daripada :


a) Pengerusia Teknik MSSPs
b) 2 orang daripada Guru Besar yang tidak terlibat.
c) Pengerusi Pengelola
d) Setiausaha Pengelola
e) Referi

16.0 PENERIMA HADIAH

Semasa penerima hadiah, peserta DIMESTIKAN memakai pakaian yang sesuai.

Contohnya : kaki ayam dan selipar tidak dibenarkan.

17.0 HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

17.1Setiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan tetapi
Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik Olahraga MSSPS, berhak meminda
susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pemindaan, Pengurus-pengurus pasukan akan
diberitahu.

17.2Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam
Undang-undang Olahraga KOM terkini.Peraturan-peraturan AM MSSM atau Peraturan-peraturan
Pertandingan Kejohanan Olahraga MSS Perlis.

17.3Peserta tidak boleh menarik diri dari salah satu acara dalam acara yang didaftarkan, jika tidak
pingat yang telah dimenangi akan dibatalkan dan beliau tidak layak mengambil bahagian dalam
acara seterusnya.

17.4Jawatankuasa tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan harta
benda sendiri.
18.0 ETIKA MENERIMA HADIAH

18.1Pakaian

18.1.1 Pakaian sesuai dan kemas. Hanya berseluar trek dan berkasut sahaja dibenarkan.
Selain dari itu tidak dibenarkan.

18.1.2 Tidak dibenarkan memakai topi dan bercermin mata hitam

18.2Tatacara – laku ketika menerima hadiah.

18.2.1 Pengurus Pasukan masing-masing bertangungjawab menyerahkan pemenang


kepada penyelia penerima hadiah apabila mereka diminta berkumpul. Pengurus
Pasukan juga bertanggungjawab menyediakan wakil yang sesuai jika
pemenang/penerima hadiah gagal hadir
18.2.2 Pemenang/penerima hadiah hendaklah beriring dengan penyelia penerima hadiah
hingga ke tempat penerimaan hadiah dalam keadaan berbaris.
18.2.3 Pemenang/penerima hadiah naik ke atas podium hadiah hanya apabila nama
pemenang/penerima hadiah diminta oleh juruacara majlis. Juruacara majlis akan
mengumumkan nama pemenang/penerima hadiah pertama, kedua dan ketiga..
18.2.4 Pemenang /penerima hadiah hendaklah menunggu di atas podium sehingga selesai
ketiga-tiga pemenang menerima hadiah masing-masing dan pastikan kalungan
pingat tidak ditanggalkan sehingga pemenang balik semula ke khemah peserta.
18.2.5 Pemenang/penerima hadiah dilarang berkelakuan tidak sopan semasa upacara
penyampaian hadiah.
18.2.6 Pemenang/penerima hadiah balik ke khemah peserta dalam keadaan teratur dan
sopan sambil diiringi oleh penyelia hadiah.

19.0 HAL-HAL LAIN

19.1 Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai. Individu
yang tidak
berkenaan DILARANG MASUK ke tempat – tempat khas tersebut.
19.2 Selain Pegawai-pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian,
TIDAK
SESIAPAPUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN

KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN.

19.3 Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota,


kehilangan
anggota badan / harta benda atau sebarang kecederan lain berlaku :

19.3.1 Semasa perjalanan pergi dan balik dari sekolah ke stadium


19.3.2 Semasa kejohanan dijalankan
19.3.3 Di dalam dan di luar stadium
19.3.4 Di tempat-tempat pertandingan

19.4 Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-
langkah bagi
memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana
munasabah.

- PERATURAN PERTANDINGAN TAMAT -

Anda mungkin juga menyukai