Anda di halaman 1dari 4

KEJOHANAN OLAHRAGA TERBUKA JOHOR /

MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR


2023
PERATURAN – PERATURAN PERTANDINGAN

Kejohanan ini dijalankan mengikut peraturan - peraturan KOM dan juga peraturan –
peraturan pertandingan ini yang telah ditetapkan.

1) Penyertaan
Kejohanan Olahraga Terbuka Johor ini adalah terbuka kepada gabungan -gabungan
Persatuan Olahraga Johor, Kesatuan Olahraga Malaysia, MSS Negeri, Kelab Sukan dan
Sekolah – Sekolah.
Objektif Kejohanan 2023
Kejohanan ini bertujuan memberi pendedahan dan menilai prestasi atlet yang bakal
menyertai kejohanan peringkat kebangsaan,antarabangsa dan SUKMA serta mencungkil bakat-bakat
baharu.

2) Tarikh, Masa dan Tempat


Hari Pertama : 04 Ogos 2023 (Jumaat)
: 7.00 pg – 6.00 ptg

Hari Kedua : 05 Ogos 2023 (Sabtu)


: 7.00 pg – 6.00 ptg
3) Acara- acara
Bwh 17 Thn Bwh 17 Thn
BIL ACARA
LELAKI WANITA (L) (W)
1 100 Meter √ √ - -
2 200 Meter √ √ - -
3 400 Meter √ √ - -
4 800 Meter √ √ - -
5 1500 Meter √ √ - -
6 5000 Meter √ √ - -

7 10000 Meter Jalan Kaki √ √ - -


100 Meter Lari
8 Berpagar - √ - √ (0.762m)
110 Meter Lari
9 Berpagar √ - √ (0.914m) -
400 Meter Lari
10 Berpagar √ √ - -
3000m Lari
11 Berhalangan √ √ - -
12 Lompat Jauh √ √ - -
13 Lompat Kijang √ √ - -
14 Lompat Tinggi √ √ - -
15 Lompat Bergalah √ √ - -
√ √
16 Lempar Cakera √ √ 1.5kg 1.0kg

17 Lontar Peluru √ √ 5.00kg √ 3.00kg
18 Merejam Lembing √ √ √ 700gm √ 500gm
19 4x100 Meter √ √ - -
20 4x400 Meter √ √ - -
4) Bayaran Masuk:-
SATU ACARA
Ahli Gabungan / pasukan
Acara Individu sekolah di johor RM5.00
Acara Berpasukan (Lari Ahli Gabungan / pasukan
berganti-ganti) sekolah di johor RM10.00
Acara Individu BUKAN GABUNGAN RM15.00
Acara Berpasukan (Lari
berganti-ganti) BUKAN GABUNGAN RM20.00
Bayaran perlu dijelaskan semasa mesyuarat pengurus pasukan / semasa PENERIMAAN BIB

Tarikh : 3.8.2023 (Khamis)


Masa : 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Stadium Mt Austin

5) Kategori/Umur Kelayakan
5.1 Terbuka – Tiada had umur
5.2 Kategori bawah 17 tahun – lahir pada tahun 2006 dan selepasnya
5.3 Atlet yang berdaftar dalam kategori umur 17 tahun boleh menyertai acara
kategori terbuka. (untuk acara yang tidak dipertandingkan dalam kategori bawah 17 tahun)

6) Sistem Pertandingan
6.1 Bagi ketinggian pagar dalam acara berpagar Lelaki/Wanita akan menggunakan had
ketinggian seperti yang digunakan dalam mana-mana pertandingan senior.
6.2 Bagi ketinggian pagar dalam acara berpagar Lelaki/Wanita umur 17 tahun akan
menggunakan had ketinggian kategori Bawah 18 tahun MSSM
6.3 Bagi berat alatan untuk acara L. Peluru, L Cakera dan R. Lembing Lelaki/Wanita akan
menggunakan berat alatan yang digunakan dalam mana-mana pertandingan senior.
6.4 Bagi berat alatan untuk acara L. Peluru, L Cakera dan R. Lembing Lelaki/Wanita umur
17 tahun akan menggunakan berat alatan kategori 18 Tahun MSSM
6.5 Ketinggian dalam acara Lompat Tinggi Lelaki/Wanita serta jarak papan lonjak dalam
acara Lompat Kijang Lelaki/Wanita adalah seperti berikut :-
6.5.1 Lompat Tinggi Lelaki
Untuk latihan, ketinggian palang adalah 1.60 meter. Untuk pertandingan
ketinggian palang akan bermula 1.65 meter yang kemudiannya dinaikkan
seperti yang ditetapkan.
6.5.2 Lompat Tinggi Wanita
Untuk latihan, ketinggian palang adalah 1.30 meter. Untuk pertandingan
ketinggian palang akan bermula pada 1.35 meter yang kemudiannya akan
dinaikkan seperti yang ditetapkan.
6.5.3 Lompat Kijang Lelaki/Wanita
Jarak papan lonjak dari pangkal kawasan mendarat ialah 13/11 meter
bagi lelaki dan 11/9 meter bagi wanita.
7) Saringan/Separuh Akhir
7.1 Empat (4) Saringan dan ke atas dijalankan sebagai LARIAN.
Lapan (8) peserta yang mencatatkan masa terpantas ke peringkat Akhir.
7.2 Tiga (3) Separuh Akhir
Hanya dua (2) peserta terbaik daripada setiap separuh akhir dan dua (2) lagi peserta lain yang
mencatatkan masa terpantas daripada ketiga-tiga Separuh Akhir layak ke peringkat Akhir
7.3 Dua (2) Separuh Akhir
Hanya tiga (3) peserta terbaik daripada setiap Separuh Akhir dan dua (2) lagi peserta lain yang
mencatatkan masa terpantas daripada kedua-dua Separuh Akhir layak ke peringkat Akhir.
7.4 Acara lari berganti-ganti 4x100m dan 4x400m akan dijalankan terus ke peringkat AKHIR
dan PEMENANG ditentukan berdasarkan catatan masa terbaik.

8) Masa Melaporkan Diri


8.1 Acara Balapan
Semua peserta hendaklah melaporkan diri di Bilik Panggilan 30 minit sebelum
acara (mengikut jadual)
8.2 Acara Padang
Semua peserta hendaklah melaporkan diri di Bilik Panggilan 45 minit sebelum
acara (mengikut jadual)
8.3 Sebarang perubahan atau pindaan akan dimaklumkan kelak.

9) Borang Penyertaan
Semua borang penyertaan hendaklah diisi dengan lengkap. Nama penuh peserta hendaklah diisi
menggunakan HURUF BESAR. Borang - borang yang TIDAK LENGKAP dan LEWAT tidak akan
dilayan.

10) Semua borang penyertaan hendaklah dihantar melaui e-mel kepada:-

En. V. Mathivanan AMN.,PPN.


Setiausaha Kht.
Persatuan Olahraga Johor
E-MEL: mathivanan449@gmail.com
No. H/P : 013-7233449

11) Tarikh Tutup


27 July 2023 (5:00 PM)
12) Penyertaan
Tiada had bagi penyertaan.
Acara - acara yang kurang daripada Tiga (3) peserta akan dibatalkan.
13) Pengesahan penyertaan
Semua pengesahan penyertaan perlu dibuat semasa mesyuarat pengurus pasukan. Penambahan peserta
atau pendaftaran peserta baru semasa mesyuarat tidak dibenarkan. Penggantian peserta (dalam
kalangan atlet berdaftar) dibenarkan bergantung kepada keputusan mesyuarat dan terhad kepada acara
yang didaftarkan.

14) Nombor Peserta/Bib


Pihak pengelola akan menyediakan nombor bagi semua peserta.
Peserta- peserta tidak akan dibenarkan bertanding tanpa nombor yang disematkan di bahagian dada dan
belakang. Bagi acara lompatan,satu nombor boleh digunakan.

15) Mesyuarat Pengurus Pasukan


Mesyuarat pengurus pasukan akan diadakan pada 03 OGOS 2023 (Khamis), Jam 4.30 petang
di Bilik Mesyuarat, Stadium Mt Austin JB
Nombor peserta/Bib akan diedarkan semasa mesyuarat pengurus pasukan.
16) Keselamatan
Semua peserta yang menyertai pertandingan ini adalah diatas tanggungjawab dan risiko
sendiri, persatuan TIDAK akan bertanggungjawab atas kehilangan harta benda Sebelum,
Semasa, atau Selepas kejohanan olahraga ini.

17) Kecederaan
Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tersedia dalam
peraturan ini atau peraturan - peraturan KOM dan keputusan adalah Muktamad.

18) Pingat
Pingat pemenang disediakan dari tempat pertama hingga ketiga sahaja.

19) Catatan Masa


Sistem masa elektronik (ET) akan digunakan dalam kejohanan ini

20) Maklumat Tambahan

Email :- mathivanan449@gmail.com
Setiausaha Kehormat POJ – 013-7233449 ( V.Mathivanan)

Kearah Kecemerlangan Sukan

Anda mungkin juga menyukai