Anda di halaman 1dari 22

KERTAS KERJA

KEJOHANAN OLAHRAGA
MSSD HULU PERAK KE 30 TAHUN
2019

TARIKH : 5-8 MAC 2019 ( SELASA – JUMAAT )


MASA : 8.00 PAGI – 6.00 PETANG
TEMPAT : SMK DATO’ SERI WAN MOHAMED

PENGERUSI PENGELOLA :

SMK DATO’ SERI WAN MOHAMED


NAMA KEJOHANAN

Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Perak


Kali Ke 30 tahun 2019

1. TARIKH & MASA

05.03.2019 8.00 pg – 12.30 tgh 2.30 ptg – 6.00 ptg


06.03.2019 8.00 pg – 12.00 tgh 3.00 ptg – 6.00 ptg
07.03.2019 8.00 pg – 12.30 tgh 2.30 ptg – 6.00 ptg
08.03.2019 8.00 pg – 12.30 tgh 2.30 ptg – 6.00 ptg

2. TEMPAT
SMK Dato’ Seri Wan Mohamed

3. PERATURAN & UNDANG-UNDANG

Kejohanan ini dijalankan mengikut peraturan dan undang-undang yang


ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknik MSS Daerah Hulu Perak, Peraturan Am MSS
Perak dan MSSM serta Peraturan dan undang-undang Kesatuan Olahraga Amatur
Malaysia (KOAM) dan IAAF.

4. KATEGORI PERTANDINGAN
4.1 Pertandingan individu dan berpasukan
4.2 Acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut:

LELAKI / KELAS PEREMPUAN / KELAS


BIL ACARA 1 2 3 1 2 3
(L18) (L15) (L12) (P18) (P15) (P12)
1. 100 METER X X X X X X
2. 200 METER X X X X X X
3. 400 METER X X - X X -
4. 800 METER X X - X X -
5. 1500 METER X X - X X -
6. 3000 METER
- - - X (T)
(TERBUKA)
7. LOMPAT TINGGI - X X - X X
8. LOMPAT JAUH X X X X X X
9. LOMPAT KIJANG X X - X X -
10. LONTAR PELURU X X X X X X
11. LEMPAR CAKERA X X - X X -
12. REJAM LEMBING X X - X X -
13. 4 X 100 METER X X X X X X
14. 4 X 200 METER - - X - - X
15. 4 X 400 METER X X - X X -
JUMLAH ACARA 13 14 7 13 14 7
4.2.1 No Acara 15:4 X 200 Meter
4.2.1.1 Pelari pertama akan gunakan lorong sendiri dan akan mula di garisan 1
½ stagger (seperti pelari pertama dalam 4 X 400 meter)
4.2.1.2 Pelari kedua akan bersedia akan bersedia di garisan 1 stagger.
4.2.1.3 Pelari ketiga akan bersedia di garisan ½ stagger (seperti pelari kedua 4
X 400 meter). Selepas menerima baton dari pelari kedua, pelari ketiga
mestilah berlari di lorong masing – masing sehingga melepasi 100 meter
pertama dia boleh masuk ke lorong pertama.
4.2.1.4 Pelari akhir akan bersedia di tempat penerimaan baton mengikut
kedudukan pelari yang datang dan menerima baton dengan syarat dia
tidak menghalang atau menolak perserta lain.

4.3 Acara Terbuka:

KELAS / UMUR LELAKI PEREMPUAN


3000 meter 3000 meter
1
Terbuka kepada Terbuka kepada
(Bawah 18 tahun)
kelas 1 dan 2 kelas 1 dan 2

5. PENDAFTARAN PESERTA : (Borang Penyertaan)

5.1 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang


Pendaftaran Rasmi yang disediakan. Maklumat-maklumat mengenai
seseorang peserta hendaklah diisi dengan lengkap serta betul dan
disahkan oleh Pengetua sekolah atau Pengerusi Zon masing- masing.

5.2 Borang boleh di muat turun dari email di bawah dan di email semula
borang tersebut mengikut tarikh yang ditetapkan. Sila tandakan
nombor (1) dalam setiap penyertaan peserta.

5.3 Borang Pendaftaran Rasmi lengkap berserta salinan fotostat Kad


Pengenalan( sekolah menengah) / sijil lahir (sekolah rendah) dalam 2
salinan termasuk borang pendaftaran yang asal yang dicetak.

Hendaklah dihantar / diserahkan kepada:

Pengerusi Jawatankuasa Teknik & Pertandingan


Kejohanan Olahraga MSS Daerah Hulu Perak Kali ke 30
d/a SMK Dato Seri Wan Mohamad
33300 Gerik, Perak
U/p : En Mohd Nazeri B Haron (019-2495286)

Atau email kepada : olahragahuluperak@gmail.com


(psword : olahragahulu123)

Pada atau Sebelum : 25 Feb 2019 (Sekolah Menengah)


26 Feb 2019 (Sekolah Rendah)

5.4 Pendaftaran yang LEWAT & TIDAK LENGKAP TIDAK AKAN


DITERIMA.
5.5 Bilangan maksimum penyertaan seseorang peserta adalah seperti
berikut:

Kumpulan umur Individu Lari berganti-ganti


18 tahun ke bawah 3 (termasuk acara terbuka) 2 acara
15 tahun ke bawah 3 (termasuk acara terbuka) 2 acara
12 tahun ke bawah 2 (termasuk terbuka) 2 acara

5.6 Pembahagian Kelas Peserta:

Kelas Umur Tahun Dilahirkan


1 Dibawah 18 tahun pada 01.01.2019 2001 / 2002 / 2003
2 Dibawah 15 tahun pada 01.01.2019 2004 / 2005 / 2006
3 Dibawah 12 tahun pada 01.01.2019 2007 / 2008 / 2009

Catatan: Pelajar tingkatan 6 tidak dibenarkan bertanding.


Berdasarkan peraturan baru MSSM tahun 2010

5.7 Had umur peserta adalah mengikut perkara 4, Peraturan-peraturan


Am MSSM.
5.7.1 Kiraan umur adalah pada 1 Hb Januari tahun pertandingan.
5.7.2 Seseorang peserta dibenarkan menyertai pertandingan dalam satu
kumpulan umur sahaja, kecuali bagi acara terbuka seperti dalam
peraturan 5.3 ( Acara Terbuka)
5.7.3 Bilangan peserta yang boleh didaftarkan:

Bil Acara Bilangan Maksimum Kelas


1. 100 meter 2 orang peserta 1,2, 3
2. 200 meter 2 orang peserta 1, 2, 3
3. 400 meter 2 orang peserta 1, 2
4. Acara padang/lompatan 2 orang peserta 1,2, 3
5. Lari berganti-ganti 1 pasukan 5 orang 1,2, 3
6. Acara Terbuka 2 orang peserta 1, 2

6. UNDIAN LORONG

6.1 Undian lorong akan di buat oleh Jawatankuasa teknikal dan


pertandingan bermula : 28 Feb 2019 (Khamis)

6.2 Sebarang pembetulan / pindaan kepada kemasukan dalam “Borang


Pendaftaran Rasmi” peserta boleh dibuat sebelum undian lorong
dijalankan. Selepas itu sebarang pembetulan / pindaan TIDAK AKAN
DILAYAN.

7. ACARA LARI BERGANTI-GANTI

7.1 Semua peserta lari berganti-ganti hendaklah didaftarkan dalam


‘Borang Pendaftaran Rasmi’
7.2 Senarai nama pelari ( termasuk peserta simpanan) hendaklah diserahkan
kepada Ketua Penyelia Peserta 1 JAM sebelum acara tersebut dimulakan
dengan menggunakan Borang Masuk Rasmi Lari Berganti-Ganti.
8. MELAPOR DIRI

8.1 Semua peserta mesti melaporkan diri kepada Penyelia Peserta 20 minit
bagi acara balapan dan 30 minit bagi acara padang sebelum acara
berkenaan dijalankan.

8.2 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dengan nombo masing-


masing disematkan dengan pin pada keempat-empat sudut kain nombor
yang dipakaikan dibahagian dada dan belakang (kecuali bagi acara lompat
tinggi dan lompat bergalah dibenarkan dengan satu nombor sahaja di
dada atau di bahagian belakang)

8.3 Peserta-peserta yang melapor diri lewat daripada 10 minit sebelum acara
dimulakan, tidak akan dibenarkan dan di anggap telah menarik diri
daripad acara berkenaan.

9. PEMBATALAN PENYERTAAN:

Semua pembatalan penyertaan ( scratchings ) dalam sesuatu acara hendaklah


dibuat semasa mesyuarat Pengurus Pasukan atau oleh Pengurus Pasukan/Ketua
jurulatih masing-masin kepada Penyelia Peserta sekurang- kurangnya satu ( 1 )
jam sebelum acara berkenaan dijadualkan bermula.

10. GANTIAN & PENARIKAN DIRI

10.1 Gantian kepada peserta yang telah disahkan bertanding tidak akan
dibenarkan bagi acara perseorangan ( individu) selepas undian lorong
dibuat.

10.2 Penggantian bagi acara lari berganti-ganti dibenarkan kepada dua (2)
orang peserta yang namanya telah didaftarkan dalam Borang Penyertaan
Rasmi. Peraturan ini juga melibatkan pusingan saringan hingga ke
pusingan akhir.

10.3 Jika didapati seseorang peserta yang telah didaftarkan tidak mengambil
bahagian dalam sesuatu acara, maka dia dianggap menarik diri tanpa
sebab. Oleh yang demikian, peserta tersebut tidak dibenarkan lagi
menyertai acara-acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya.

10.4 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acaranya


selepas mengambil bahagian dalam pusingan awal tanpa surat
pengesahan doktor / pegawai perubatan kejohanan, adalah dianggap
sebagai menarik diri daripada semua acara seterusnya yang didaftarkan
atas namanya.

10.5 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas
nasihat doktor / pegawai perubatan kejohanan, hanya boleh mengambil
bahagian seterusnya dalam acara-acara yang didaftarkan atas namanya
dengan syarat peserta tersebut mengemukakan surat pengesahan
daripada doktor / pegawai perubatan kejohanan.

10.6 TIADA PENGGANTIAN bagi peserta yang telah menarik diri.


11. SISTEM PERTANDINGAN

11.1 Pertandingan bagi acara balapan 100 meter hingga 800 meter termasuk
acara lari berpagar (jika ada) akan diadakan diperingkat saringan,
separuh akhir dan akhir.

11.2 Pertandingan bagi acara-acara 1500 meter ke atas akan diadakan


diperingkat akhir sahaja.
11.3 Penentuan peserta bagi peringkat separuh akhir dan akhir adalah
seperti berikut :

5 Saringan : 3 peserta ( pertama, kedua dan ketiga ) dari setiap saringan


dan 1 lagi peserta yang mencatatkan masa terbaik dari kelima-
lima saringan, layak ke separuh akhir.

4 S / akhir : 1 peserta ( pertama ) (100 meter sahaja) dari setiap separuh


akhir dan 4 lagi peserta yang mencatatkan masa terbaik dari
keempat-empat separuh akhir layak ke akhir.
(200 , 400 dan 800 meter) 1 peserta ( pertama ) 2 peserta yang
mencatatkan masa terbaik dari keempat-empat separuh akhir
layak ke khir.

3 S / akhir : 2 peserta ( pertama & kedua ) ( 100 meter sahaja) dari


setiap separuh akhir dan 2 lagi peserta yang mencatatkan masa
terbaik dari ketiga-tiga separuh akhir layak ke akhir.
( 200 , 400 dan 800 meter) 1 peserta (pertama) dari setiap
separuh akhir dan 1 peserta yang mencatatkan masa terbaik
dari ketiga-tiga separuh akhir layak ke akhir.

2 S / akhir : 3 peserta ( pertama, kedua & ketiga ) ( 100 meter sahaja)


dari setiap separuh akhir dan 2 lagi peserta yang mencatatkan
masa terbaik dari kedua-dua separuh akhir, layak ke akhir.
( 200 , 400 dan 800 meter) 2 peserta (pertama & kedua) dari
setiap separuh akhir dan 2 lagi peserta yang mencatatkan masa
terbaik dari kedua-dua separuh akhir, layak ke akhir.

Berdasarkan kepada 8 lorong bagi acara 100m dan bagi acara lain ( 200m, 400m,
800m, 4x100m & 4x400m)
12. GELANGGANG & ALATAN:

12.1 Seperti undang-undang KOAM / MAAU


12.2 Spesifikasi peralatan / ukuran yang digunakan adalah seperti berikut:

Lelaki Perempuan
Bil Acara
K1 K2 K3 K1 K2 K3
1 Lompat Tinggi 1.60m 1.50m 1.20m 1.30m 1.20m 1.10m
2 Lompat Jauh 1.51m 1.5m 1.0m 1.51m 1.5m 1.0m
3 Lompat Kijang 8.00m 8.00m - 6.00m 6.00m -
4 Lontar Peluru 5.00kg 4.00kg 2.72kg 3.00kg 3.00kg 2.72kg
5 Lempar Cakera 1.5kg 1.0kg - 1.0kg 1.0kg -
6 Rejam Lembing 700gm 600gm - 500gm 500gm -
12.3 Blok Permulaan ( Starting Block ) – penggunaanya adalah digalakkan
untuk semua peserta.

12.4 Jarak papan lonjak ke kawasan mendarat yang paling hampir bagi acara
lompat kijang adalah 9 meter dan 7 meter

13. NOMBOR & HURUF PESERTA

13.1 Semua peserta termasuk peserta yang bertanding dalam acara lari
berganti-ganti hendaklah menggunakan nombor peserta atau abjad yang
telah ditetapkan.

13.2 Setiap peserta diwajibkan memakai nombor mengikut warna kain


kategori masing-masing seperti ketetapan berikut:

13.2.1 Peserta lelaki & perempuan bawah 18 tahun – Kain warna putih.
13.2.2 Peserta lelaki & perempuan bawah 15 tahun – Kain warna kuning.
13.2.3 Peserta lelaki & perempuan bawah 12 tahun – Kain warna “pink”

13.3 Setiap peserta diwajibkan memakai sepasang nombor berkod pengenalan


sekolah masing-masing ( 1 di dada & 1 di belakang ) serta dipinkan pada
kempat-empat penjuru nombor dengan betul dan kemas.

13.4 Nombor-nombor peserta hendaklah dicap / cetak dengan jelas dan tidak
luntur apabila basah. Ukuran nombor adalah seperti berikut

13.4.1 Tulisan Tinggi = 12 cm


13.4.2 Lebar Tilisan = 1.5 cm

13.5 Nombor-nombor peserta adalah menjadi tanggungjawab sekolah masing-


masing.

13.6 Peserta yang tidak / gagal mematuhi peraturan di atas tidak akan
dibenarkan bertanding.

13.7 Pembahagian nombor dan huruf adalah seperti yang ditetapkan di


Lampiran "A”.
LAMPIRAN A

SENARAI NOMBOR PESERTA & PASUKAN SEKOLAH / ZON

KO LELAKI PEREMPUAN
BIL SEKOLAH
D B 18(P) B 15 (K) B 12 (PINK) B 18(P) B 15(K) B 12(PINK)
1 SMKTS A 101-115 116 – 130 131-145 146-160
2 SMKBF B 201-215 216 – 230 231-245 246-260
3 SMKDSWM C 301-315 316 – 330 331-345 346-360
4 SMKKG D 401-415 416 – 430 431-445 446-460
5 SMKDA E 501-515 516 – 530 531-545 546-560
6 SMKTSAA F 601-615 616 – 630 631-645 646-660
7 SMKSAS G 701-715 716 – 730 731-745 746-760
8 SMKSIS II H 801-815 816 – 830 831-845 846-860
9 SMKGK J 901-915 916 – 930 931-945 946-960
10 SMKPH K 1001-1015 1016-1030 1031-1045 1046-1060
11 SMT GK L 1101-1115 1131-1145
12 SMK B 4 M 1201-1215 1216-1230 1231-1245 1246-1260
13 MRSM GK N 1301-1315 1316-1330 1331-1345 1346-1360
14 MRSM LG P 1401-1415 1416-1430 1331-1345 1446-1460
15 SABK TSGJ Q 1501-1515 1516-1530 1531-1545 1546-1560
16 MRSM PH R 1601-1615 1616-1630 1631-1645 1646-1660
17 SMK SB S 1701-1715 1716-1730 1731-1745 1746-1760
18 ZON LG W - - 001-010 - - 011-120
19 ZON GK.UTR X - - 021-030 - - 031-040
20 ZON GK.STN Y - - 041-050 - - 051-060
21 ZON P.HULU Z - - 061-070 - - 071-080
22 RPS BANUN T - 1816-1830 - 1846-1860
23 RPS KEMAR U - 1916-1930 - 1946-1960

PERHATIAN:

1. Warna Kain nombor peserta adalah seperti berikut:

Bil Kelas Warna Kain


1 Kelas 1 Bawah 18 th – Lelaki & Perempuan Putih
2 Kelas 2 Bawah 15 th – Lelaki & Perempuan Kuning
3 Kelas 3 Bawah 12 th – Lelaki & Perempuan “Pink”

2. Nombor Peserta yang melebihi 10 Orang ( Zon ) 15 orang (SMK).

Zon Sekolah Menengah (SMK)


Peserta ke 11 dan seterusnya hendaklah Peserta ke 16 dan seterusnya
ditambah abjad ‘A’ dibelakang nombor hendaklah ditambah abjad ‘A’
terakhir. dibelakang nombor terakhir.
Contoh: Contoh:
Zon PH – Z 070A / Z 080A SMKTS – A 115A / A 160A
dan seterusnya…. dan seterusnya….
3. Nombor (Abjad) peserta lari berganti-ganti

Peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam acara individu dengan


memakai nombor beserta abjad pasukan masing-masing,boleh terus menggunakan
nombor tersebut untuk menyertai acara lari berganti-ganti yang disertai.

Peserta yang tidak mengambil bahagian dalam acara individu (ambil bahagian
dalam cara lari berganti-ganti sahaja) tidak perlu memakai nombor individu sebaliknya
hanya menggunakan huruf / abjad pasukan masing-masing untuk menyertai
acara lari berganti-ganti.

14. PAKAIAN & PERALATAN PESERTA

14.1 Peserta-peserta hendaklah berpakaian sukan yang sesuai dan kemas


sewaktu mengambil bahagian dan menerima hadiah.

14.2 Pakaian hendaklah tidak jarang walaupun basah dan tidak menjolok
mata.

14.3 Semua peralatan pertandingan akan disediakan oleh Jawatankuasa


Pengelola. Sekiranya alatan persendirian perlu digunaka, peserta
hendaklah menyerahkan peralatan tersebut kepada Pengurus Teknik
terlebih dahulu sehari sebelum pertandingan bermula dan diambil
semula selepas pertandingan.

14.4 Panjang paku kasut ( spike ) dibenarkan tidak melebihi 9 mm bagi padang
rumput dan 6 mm bagi trek stadium ( padang Sintetik ) kecuali untuk
acara lompat tinggi dan merejam lembing ( tidak melebihi 9mm ).

15. PENYINGKIRAN PESERTA:

Peserta- peserta yang didapati tidak menepati mana-mana peraturan


pertandingan ini, tidak akan dibenarkan mengambil bahagian dalam
kejohanan ini.

16. HADIAH & SIJIL:

16.1 Dalam semua acara, hanya sijil akan diberikan kepada pemenang
pertama hingga ketiga.

16.1.1 Pingat yang dipungut dalam acara terbuka, akan dimasukkan


dalam kiraan jumlah keseluruhan bagi menentukan johan
keseluruhan.

16.2 Jika berlaku seri, peserta-peserta akan diberi jenis pingat yang sama di
kedudukan yang ia seri itu.

16.3 Hadiah berbentuk piala akan diberikan kepada olahrahgawan dan


olahragawati terbaik bagi setiap kategori bagi kejohanan ini.
SENARAI SIJIL BAGI SEKOLAH MENENGAH

KELAS
BIL ACARA
JUMLAH
(L18) (L15) (P18) (P15) SIJIL
1 100 METER 1,2,3 1,2,3 1,2,3 1,2,3 12
2 200 METER 1,2,3 1,2,3 1,2,3 1,2,3 12
3 400 METER 1,2,3 1,2,3 1,2,3 1,2,3 12
4 800 METER 1,2,3 1,2,3 1,2,3 1,2,3 12
5 1500 METER 1,2,3 1,2,3 1,2,3 1,2,3 12
6 3000 METER (TERBUKA) 1,2,3,4,5 1,2,3,4,5 1O
7 LOMPAT TINGGI - 1,2,3 - 1,2,3 6
8 LOMPAT JAUH 1,2,3 1,2,3 1,2,3 1,2,3 12
9 LOMPAT KIJANG 1,2,3 1,2,3 1,2,3 1,2,3 12
10 LONTAR PELURU 1,2,3 1,2,3 1,2,3 1,2,3 12
11 LEMPAR CAKERA 1,2,3 1,2,3 1,2,3 1,2,3 12
12 REJAM LEMBING 1,2,3 1,2,3 1,2,3 1,2,3 12
13 4 X 100 METER 1,2,3 1,2,3 1,2,3 1,2,3 60
14 4 X 400 METER 1,2,3 1,2,3 1,2,3 1,2,3 60
JUMLAH SIJIL 256

SENARAI SIJIL BAGI SEKOLAH RENDAH


BIL ACARA L 12 P 12 JUMLAH
1 100 METER 1,2,3 1,2,3 6
2 200 METER 1,2,3 1,2,3 6
3 LOMPAT TINGGI 1,2,3 1,2,3 6
4 LOMPAT JAUH 1,2,3 1,2,3 6
5 LONTAR PELURU 1,2,3 1,2,3 6
6 4 X 100 METER 1,2,3 1,2,3 30
7 4 X 200 METER 1,2,3 1,2,3 30
JUMLAH SIJIL 90

SENARAI PIALA IRINGAN


BIL PIALA
1. OLAHRAGAWAN BAWAH 12 TAHUN
2. OLAHRAGAWATI BAWAH 12 TAHUN
3. OLAHRAGAWAN BAWAH 15 TAHUN
4. OLAHRAGAWATI BAWAH 15 TAHUN
5. OLAHRAGAWAN BAWAH 18 TAHUN
6. OLAHRAGAWATI BAWAH 18 TAHUN
7. JOHAN KESELURUHAN BAWAH 12 TAHUN
8. JOHAN KESELURUHAN BAWAH 15 TAHUN
9. JOHAN KESELURUHAN BAWAH 18 TAHUN
10. JOHAN KESELURUHAN ZON
11. JOHAN KESELURUHAN SEKOLAH MENENGAH
17. JOHAN KESELURUHAN ( Antara pasukan ):

17.1 Johan dan naib johan keseluruhan antara pasukan adalah bagi kategori:

17.1.1 Antara Zon sekolah Rendah


17.1.2 Antara Sekolah Menengah
- Johan Kategori bawah 18 tahun
- Johan Kategori bawah 15 tahun
- Johan keseluruhan
17.2 Penentuan johan keseluruhan adalah berdasarkan jumlah pungutan
pingat Emas terbanyak. Jika seri, kiraan pingat Perak terbanyak akan diambil
kira. Jika masih seri, kiraan pingat Gangsa terbanyak akan diambil kira.

*** Hadiah tertakluk kepada pindaan, sekiranya ada perubahan akan


dimaklumkan.

18. PENENTUAN ATLIT TERBAIK (Olahragawan & Olahragawati )

18.1 Atlit terbaik akan dipilih daripada setiap kelas ( lalaki & perempuan )
berdasarkan prestasi pencapaian terbaik dalam satu acara yang disertai
dan diputuskan oleh Panel Juri Rayuan Kejohanan.

18.2 Prestasi pencapaian terbaik ditentukan berdasarkan kepada keutamaan-


keutamaan berikut:

18.2.1 Mencipta rekod mana-mana acara dalam kelas berkenaan.Keutamaan


akan diberikan kepada rekod yang lebih tinggi. Jika terdapat lebih
daripada seorang, peserta yang mendapat skor tertinggi mengikut
IAAF Scoring Table’ bagi mana-mana acara akan diisytihar sebagai
pemenang.

18.2.2 Sekiranya tiada rekod dicipta dalam kelas berkenaan, jumlah


pungutan pingat emas akan diambil kira.

18.2.3 Sekiranya pungutan Emas sama, pungutan pingat Perak dan pingat
Gangsa dalam acara individu akan diambil kira.

18.2.4 Sekiranya kedudukan pingat masih sama, maka keputusan akan


dibuat berdasarkan skor tertinggi mengikut IAAF bagi pencapaian
acara tertentu setiap peserta.
19. BANTAHAN

Sebarang bantahan hendaklah dibuat mengikut peraturan 147 KOAM, kecuali


perkara-perkara berikut.

19.1 Segala bantahan yang berkaitan dengan kelayakan/status seseorang


peserta yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum
pertandingan bermula, maka peserta tersebut akan mengambil bahagian
di bawah bantahan (under protest) dan perkara tersebut akan di
kemukakan kepada MSSPK kelak.

19.2 Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan


hendaklah dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada

19.2.1 15 minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara


pusingan awal.

19.2.2 30 minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara


peringkat akhir.

19.2.3 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan, mestilah disertai


dengan Wang Pertaruhan (cagaran) sebanyak RM200.00 ( Ringgit
Malaysia Dua Ratus Sahaja).

20. KAWASAN PERTANDINGAN / PESERTA

20.1 Hanya pegawai-pegawai kejohanan yang bertugas dan peserta-peserta yang


bertanding sahaja boleh berada di tempat / arena pertandingan.

20.2 Pegawai-pegawai pasukan tidak dibenarkan masuk ke dalam arena


pertandingan kecuali diminta berbuat demikian oleh Pengurus Kejohanan.

20.3 Peserta-peserta dikehendaki berbaris sewaktu masuk dan keluar dari arena
pertandingan.

21. TANGGUNGJAWAB PENGURUS PASUKAN

21.1 Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan pada:

Tarikh : 28hb.Feb.2019 (Khamis)


Masa : 3.00ptg
Tempat : Bilik Gerakan SMK Pengkalan Hulu

21.2 Dalam mesyuarat pengurus-pengurus pasukan di atas, hanya penarikan


diri peserta (tanpa penggantian) sahaja dibenarkan. Sebarang
pindaan, perubahan atau tambahan acara atau peserta TIDAK AKAN
DILAYAN

21.3 Setiap pengurus pasukan bertanggunjawab untuk menghadiri mesyuarat


/ taklimat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola dari
semasa ke semasa.
21.4 Semua pengurus pasukan adalah bertanggungjawab memastikan peserta
masing-masing mematuhi semua peraturan yang telah
ditetapkan.

21.5 Pengurus-pengurus pasukan hendaklah berkerjasama dengan Penyelia


Peserta untuk melaporkan / penarikan diri peserta masing-masing
mengikut masa yang telah ditetapkan apabila pengumuman
telah dibuat.

21.6 Pengurus dan pegawai-pegawai pasukan masing-masing


bertanggungjawab mengawal displin peserta-peserta di bawah jagaan
mereka.

22. HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

22.1 Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan masa seperti yang
telah ditetapkan, tetapi Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan
Pengerusi Teknik & Pembangunan Sukan (PTPS) Olahraga MSS
Daerah Hulu Perak berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu.
Jika berlaku sebarang pindaa , semua pengurus pasukan akan
dimaklaumkan dengan segera.

22.2 Jawatankuasa pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang


tidak tercatat dalam peraturan dan undang-undang Kejohanan
Olahraga MSS Daerah Hulu Perak, Peraturan-peraturan Am MSSPK
dan MSSM atau Peraturan dan undang-undang Kejohanan
Olahraga Amatur Malaysia
( KOAM/MAAU).

23. KEWANGAN
Anggaran pendapatan berdasarkan kutipan yuran :

i) Sekolah menengah dikenakan yuran RM400.00


ii) Sekolah rendah (Zon) dikenakan RM200.00
iii) Sekolah RPS Banun dikenakan RM200.00

Semua sekolah dikehendaki menyediakan cek berpalang atas nama “SEKOLAH


MENENGAH PENGKALAN HULU”. Cek tersebut akan dimasukkan dalam akaun
sekolah.

BIL SEKOLAH BAYARAN


1 SMK TUN SABAN RM 400.00
2 SMK BERSIA FELDA RM 400.00
3 SMK DATO SERI WAN MOHAMAD RM 400.00
4 SMK DATO AHMAD RM 400.00
5 SMK TAN SRI ABDUL AZIZ RM 400.00
6 SMK SULTAN AZLAN SHAH RM 400.00
7 SMK SULTAN IDRIS SHAH II RM 400.00
8 SMK GERIK RM 400.00
9 SMK PENGKALAN HULU RM 400.00
10 SMK BATU 4 RM 400.00
11 MRSM GERIK RM 400.00
12 MRSM LENGGONG RM 400.00
13 SABK TAN SRI GHAZALI JAWI RM 400.00
14 MRSM PENGKALAN HULU RM 400.00
15 SMK SERI BUDIMAN RM 200.00
16 ZON LENGGONG RM 200.00
17 ZON GERIK UTARA RM 200.00
18 ZON GERIK SELATAN RM 200.00
19 ZON PENGKALAN HULU RM 200.00
20 RPS BANUN RM 200.00
21 RPS KEMAR RM 200.00
JUMLAH BESAR RM 7000.00

Perbelanjaan berdasarkan kutipan yuran :


BIL AJK SEKOLAH JUM ( RM ) CATATAN
1. AJK Teknikal & Kepegawaian SK SRI ADIKA RAJA - -

2. AJK Peralatan,Perabot , Pembantu Sukan, Persiapan SMKDSWM / SMK BATU 4


Padang dan Khemah
3. AJK Makanan, Minuman Pegawai Sukan & VIP SK PAHIT

4. AJK Buku Program, Fotografi & Dokumentasi SK MAHKOTA SARI


5. AJK Minuman Peserta/Urusetia SMK BERSIA FELDA

6. AJK Keselamatan dan Disiplin SK KG LALANG

7. AJK PA Sistem dan Siaraya SK PLANG

8. AJK Rekod, Statistik & Papan Markah / Urusetia SK BATU 4

9. AJK Hadiah, Sijil & Cenderamata SK KERUNAI

10. AJK Pengacara Majlis dan Pelaung SMK SULTAN IDRIS SHAH II

11. AJK Perasmian Pembukaan, Penutup & Raptai SMK GERIK

12. AJK Sambutan , Jemputan & Perhubungan SMKDSWM

13. AJK Rawatan Perubatan & Kecemasan SJK (C) KUALA RUI
SJK (C) BATU 2
14. AJK Kebersihan SJK (T) GERIK
SJK (C) CHUNG HWA
15. Peluru pelepas / saguhati pelepas SMKDSWM

16. Medal / piala (Jika ada) SMKDSWM

17. Makan tengahari pembantu sukan / BSMM SMKDSWM

18. Baner pungutan pingat / baner kejohanan / pen SMKDSWM


cenderahati pegawai
JUMLAH BESAR 7000.00

JAWATANKUASA PENGELOLAAN KEJOHANAN BALAPAN & PADANG


SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH DAERAH HULU PERAK TAHUN
2019

Pengerusi : Pengetua SMK Dato’ Seri Wan Mohamed


Timbalan Pengerusi : Guru Besar SK Kerunai
Setiausaha : Penolong Kanan Kokurikulum SMK Dato’ Seri Wan Mohamed
Bendahari : SMK Dato’ Seri Wan Mohamed
PTPS Olahraga : En Mohd Nazeri B Haron

BIL AJK SEKOLAH


1 AJK Teknikal & Kepegawaian

2 AJK Peralatan,Perabot , Pembantu Sukan, Persiapan


Padang dan Khemah
3 AJK Makanan, Minuman Pegawai Sukan & VIP

4 AJK Buku Program, Fotografi & Dokumentasi

5 AJK Minuman Peserta

6 AJK Keselamatan dan Disiplin

7 AJK PA Sistem dan Siaraya

8 AJK Rekod, Statistik & Papan Markah

9 AJK Hadiah, Sijil & Cenderamata

10 AJK Pengacara Majlis dan Pelaung

11 AJK Perasmian Penutup & Raptai

12 AJK Sambutan , Jemputan & Perhubungan


13 AJK Rawatan Perubatan & Kecemasan
14 AJK Kebersihan

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD HULU PERAK KE 30 TAHUN 2019


PROSEDUR KERJA

1. AJK TEKNIKAL & KEPEGAWAIAN


TEKNIKAL
1.1 Menyediakan borang masuk.
1.2 Menyediakan borang pertandingan.
1.3 Menyerahkan borang dan mengumpul penyertaan serta menerangkan undang-undang
kepada pengurus pasukan
1.4 Memastikan ukuran dan penyediaan gelanggang bertepatan mengikut ukuran kejohanan
MSSM.
1.5 Memastikan ukuran dan spesifikasi alatan yang digunakan sepanjang kejohanan
mengikut peraturan MSSM.
1.6 Memastikan semua peralatan sesuai dan selamat digunakan semasa kejohanan.
1.7 Menerima dan menimbang sebarang rayuan terhadap keputusan yang diterima.
1.8 Membuat keputusan untuk bantahan yang diterima.

KEPEGAWAIAN
1.9 Melantik pegawai-pegawai kejohanan mengikut kebolehan masing-masing.
1.10 Menyiapkan senarai peralatan yang perlu bagi tugas kepegawaian dan diusahakan
bersama dengan jawatankuasa peralatan.
1.11 Mengadakan taklimat kepada pegawai-pegawai.
1.12 Menyiapkan jadual dan senarai tugas pegawai-pegawai.
1.13 Menyediakan pembantu-pembantu (pelajar) bagi menjalankan tugas-tugas khas
persediaan alatan.
1.14 Berhubung dengan jawatankuasa minuman untuk minuman pegawai-pegawai dan
petugas-petugas.

2. AJK PERALATAN, PERABOT, PEMBANTU SUKAN, PERSIAPAN PADANG DAN KHEMAH


PERALATAN, PERABOT
2.1 Menyediakan kerusi, meja, sofa, rostrum atau lain-lain yang diperlukan oleh mana-mana
AJK yang terlibat.
2.2 Menyimpan semula peralatan, perabut ke tempat asalnya.
2.3 Menyediakan dan memastikan semua peralatan kejohanan yang digunakan selamat
serta berkeadaan baik.
2.4 Memastikan semua peralatan kejohanan dapat digunakan mengikut ketetapan jadual
semasa kejohanan.
2.5 Membantu AJK persiapan padang untuk menyiapkan trek dan balapan.

PEMBANTU SUKAN
2.6 Menyediakan 30 pembantu sukan mengikut jadual acara berdasarkan' shift ' iaitu 15
pembantu sukan sesi pagi dan 15 pembantu sukan sesi petang.
2.7 Membuat pembahagian tugas pembantu sukan kepada jawatankuasa yang memerlukan.

PERSIAPAN PADANG
2.8 Menyiapkan trek dan balapan
2.9 Menyediakan hiasan bunting dan bendera di sekitar padang
2.10 Mengemas dan menyimpan bunting dan peralatan selepas digunakan.
2.11 Menyediakan tiang bendera kejohanan, bendera sekolah – sekolah, zon dan bendera
kejohanan.

PERSIAPAN KHEMAH VIP/ PEGAWAI/PESERTA


2.12 Menyediakan pelan kedudukan khemah-khemah.
2.13 Menyediakan khemah peserta, khemah BSMM, khemah penyelia peserta, khemah hakim
penamat, khemah urusetia, dan khemah VIP.
2.14 Menyediakan peralatan perabut seperti kerusi, meja dan lain-lain yang diperlukan.
2.15 Mengurus keceriaan, hiasan dan kelengkapan khemah.
2.16 Menyimpan dan mengemaskinikan semua peralatan yang telah digunakan.
2.17 Memohon pinjaman khemah daripada agensi kerajaan atau swasta.

3. AJK MAKANAN, MINUMAN PEGAWAI SUKAN DAN VIP


3.1 Menentukan menu dan jumlah tetamu dan pegawai semasa jamuan penutup
berdasarkan peruntukan kewangan.
3.2 Menyediakan tempat jamuan VIP dan menyusun kerusi meja yang mencukupi.
3.3 Bertanggungjawab menyediakan makanan dan minuman melalui tempahan atau
sebagainya serta memastikan kebersihannya.
3.4 Mengemas semula tempat jamuan dan menyusun kerusi meja seperti asal.
3.5 Menyediakan minuman yang mencukupi bagi pegawai semasa kejohanan.
3.6 Menentukan jenis minuman yang akan disediakan dan masa edaran.
3.7 Bertanggungjawab mengedarkan minuman kepada pegawai kejohanan.

4. BUKU PROGRAM, FOTOGRAFI DAN DOKUMENTASI


4.1 Menyedia dan menyiapkan buku cenderamata / program.
4.2 Berhubung rapat dengan urusetia.
4.3 Mendapat maklumat-maklumat untuk dimuatkan dalam buku program dari
jawatankuasa tertentu.
4.4 Mendapatkan kata-kata aluan dari orang tertentu.
4.5 Mereka cipta kulit luar buku program.
4.6 Mengedarkan buku program kepada jemputan, pegawai dan urusetia.
4.7 Menyedia baner program sebagai makluman kepada umum tentang program yang
dilaksanakan.
4.8 Mengedar pamphlet atau risalah bertujuan untuk publisiti program.
4.9 Mengambil gambar setiap program yang berlangsung dan menyimpan untuk di
dokumentasikan.

5. AJK MINUMAN PESERTA


5.1 Menyediakan bekas minuman pelajar dan bekas ' ice cube ' serta anggaran perbelanjaan.

6. KESELAMATAN DAN DISIPLIN


6.1 Mengawal keadaan keselamatan semasa pertandingan berlangsung.
6.2 Memastikan disiplin pelajar terkawal, terutamanya pelajar yang tidak mengambil
bahagian dalam acara pada hari tersebut.
6.3 Memastikan para pelajar berada di tempat yang telah ditetapkan.
6.4 Memastikan para pelajar tidak berada di blok bangunan sekolah semasa acara sedang
berlangsung
6.5 Memastikan pelajar-pelajar tidak mengganggu perjalanan temasya.
6.6 Memastikan peserta-peserta mematuhi peraturan-peraturan semasa kejohanan.

7. AJK PA SYSTEM DAN SIARAYA


7.1 Menyediakan peralatan-peralatan siaraya yang secukupnya pada hari kejohanan untuk
pelaung dan juruhebah dan majlis perasmian penutup.
7.2 Menyimpan dan mengemaskini semula semua peralatan yang telah digunakan.
7.3 Menentukan punca elektrik yang berterusan sepanjang kejohanan berlangsung bagi
tujuan kelancaran majlis.
7.4 Memastikan peralatan dalam keadaan baik
7.5 Menyediakan satu set " back up " sebagai satu alternatif jika berlaku kecemasan.
8. AJK REKOD, STATISTIK & PAPAN MARKAH KEJOHANAN
8.1 Menyimpan dan menyemak rekod kejohanan dengan betul.
8.2 Menghantar rekod kejohanan kepada urusetia untuk disimpan dan sebagai asas
pemilihan pasukan sekolah ke kejohanan peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan.
8.3 Menguruskan kutipan mata bagi setiap rumah sukan
8.4 Menguruskan pemilihan olahragawan /olahragawati bagi setiap kelas
8.5 Menerima dan mencatatkan semua keputusan dari referi kejohanan
8.6 Mengemaskini paparan markah dari semasa ke semasa.

9. AJK HADIAH, SIJIL DAN CENDERAMATA


9.1 Mendapat senarai acara akhir dari ketua J/Kuasa Teknik dan Pertandingan untuk
menentukan jumlah hadiah.
9.2 Mengumpul dan menentukan jumlah hadiah.
9.3 Menyusun hadiah-hadiah mengikut aturcara untuk pemberian hadiah.
9.4 Menentukan hadiah bagi setiap acara mencukupi.
9.5 Menyediakan cenderamata perasmi.
9.6 Melabelkan hadiah.
9.7 Memastikan penyampaian hadiah berjalan lancar.
9.8 Berhubung dengan PPD untuk urusan hadiah dan sijil.
9.9 Menyenarai, mengenal pasti dan menjemput penyampaian hadiah.
9.10 Menyediakan wakil penerima hadiah untuk pemenang senadainya pemenang tiada
semasa upacara penyampaian hadiah dijalankan.

10. AJK PENGACARA MAJLIS DAN PELAUNG


10.1 Menjadi pengacara majlis untuk program tersebut.
10.2 Mengumumkan pemenang untuk peserta yang mengambil bahagian.
10.3 Bertanggungjawab sebagai pengacara majlis sepanjang kejohanan berlangsung.
10.4 Menyediakan teks ucapan berpandukan aturcara bagi memastikan majlis berjalan
lancar.
10.5 Bekerjasama dengan J/kuasa Hadiah untuk menyelaras penerima- penerima hadiah hari
kejohanan.
10.6 Mengumumkan acara-acara yang akan berlangsung, penyampaian hadiah dan perkara-
perkara berkaitan.
10.7 Menentukan dan menjemput tetamu, pihak pentadbir dan pegawai kejohanan mengikut
kekanan yang layak menyampaikan hadiah.
10.8 Mengumumkan nama, nombor dan rumah sukan peserta yang mengambil bahagian bagi
setiap acara.
10.9 Mengumumkan penerangan yang mustahak seperti susunan saringan, lorong-lorong,
masa perantaraan dan keputusan bagi setiap acara secepat mungkin.
10.10 Menyediakan muzik serta gema yang sesuai bagi memeriahkan kejohanan.
10.11 Mewujudkan suasana kejohanan yang ceria.
11. AJK PERASMIAN PENUTUP & RAPTAI
11.1 Memastikan semua pengurus pasukan menyediakan peserta untuk acara penutup.
11.2 Menentukan aturan penutup, ucapan, penyampaian hadiah dan cenderamata.
11.3 Menyusun kerusi-kerusi dan menetukan protocol.
11.4 Bekerjasama dengan Jawatankuasa Hadiah.
11.5 Menyediakan juruacara majlis dan penyediaan teks juruacara.

12. AJK JEMPUTAN, SAMBUTAN DAN PERHUBUNGAN


12.1 Menghantar surat jemputan kepada tetamu yang hendak dijemput.
12.2 Memastikan persiapan sambutan berjalan lancar.
12.3 Memastikan semua program yang dirancang mengikut protokol majlis.

13. AJK RAWATAN, PERUBATAN DAN KECEMASAN


13.1 Menyediakan sebuah khemah khas atau kawasan khas untuk merawat kes-kes
kecemasan.
13.2 Menghubungi pihak klinik / hospital bagi meminta bantuan kecemasan pada hari
kejohanan jika berlaku kes-kes yang serius. Sediakan sebuah ambulan untuk tujuan
tersebut.
13.3 Menyediakan serta menempatkan ahli-ahli pertolongan cemas ditempat tertentu semasa
acara sedang berlangsung.
13.4 Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap dengan ubatan yang sesuai.

14. AJK KEBERSIHAN


16.1 Bertanggungjawab terhadap kebersihan kawasan sebelum, semasa dan selepas program.
16.2 Penyediaan tong sampah untuk memastikan kebersihan dan keceriaan sepanjang
program berlangsung.
16.3 Memaklumkan kepada semua kontigen menjaga kebersihan di kawasan khemah masing-
masing.

23. HAL-HAL LAIN


23.1 Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan
pegawai-pegawai. Individi-individu yang tidak berkenaan adalah dilarang
masuk ke tempat-tempat khas tersebut.

23.2 Selain daripada pegawai-pegawai teknik yang bertugas dan peserta yang
mengambil bahagian, tidak sesiapapun dibenarkan masuk ke arena
pertandingan kecuali dengan kebenaran Pengurus Kejohanan.

23.3 Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan,


kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota badan, harta benda dan
sebarang sebarang kecederaan lain yang berlaku.

23.3.1 Semasa perjalanan pergi dan balik ke tempat pertandingan.


23.3.2 Semasa kejohanan dijalankan.
23.3.3 Di dalam dan di luar kawasan Pertandingan
23.3.4 Di tempat-tempat penginapan (jika ada)

23.4 Bagaimanapun pihak jawatankuasa Pengelola Kejohanan akan berusaha


untuk mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan
juga kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang
munasabah.

24. MASALAH / PERTANYAAN

Sila rujuk Pengerusi Pengelola Kejohanan SMK Dato’ Seri Wan Mohamed dan SK
Kerunai atau PTPS Olahraga MSS Daerah Hulu Perak
EN MOHD NAZERI BIN HARON : 019-2495286

Disediakan oleh, Disemak oleh,

___________________________________ ______________________________________
( MOHD NAZERI BIN HARON ) (TN HJ ABD RAHMAN BIN SHARIF )
Setiausaha Sukan, PK Kokurikulum ,
SMK Dato’ Seri Wan Mohamed SMK Dato’ Seri Wan Mohamed

Disahkan oleh :

________________________________________
( TN HJ MEGAT TERMIZI BIN MEGAT ADNAN)
Pengetua,
SMK Dato’ Seri Wan Mohamed

Anda mungkin juga menyukai