Anda di halaman 1dari 8

Tugasan 1: Reka Corak Kasut Kanvas

Assalamualaikum, Tugasan KRSV tahun ini telah pun bermula. Antara tugasan yang digemari oleh guru-guru dan murid ialah tugasan 1 - Penghasilan reka corak pada kasut kanvas. Oleh yang demikian, di sini diberikan sedikit panduan untuk tugasan 1,agar anda boleh mulakan tugasan anda. Yang pasti, dapatkan nasihat dan tunjuk ajar daripada guru PSV anda yang lebih pakar di sekolah dari segi pemilihan bahan dan proses, kerana itulah yang terbaik agar anda tidak tersesat jalan dan menyimpang dari kehendak pengajaran dan pembelajaran guru anda. Gambar-gambar di dalam topik ini hanalah gambar yang digoogle dari laman sesawang sebagai contoh semata-mata.

kasut kanvas bercorak

himpunan koleksi kasut kanvas

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:


1. Koleksi gambar pelbagai jenis kasut kanvas. 2. Koleksi gambar hidupan laut sebagai sumber ilham. Untuk kandungan 1 dan 2, anda hanya perlu mendapatkan gambar-gambar sama ada dari internet, akhbar, majalah atau gambar yang diambil sendiri dan dicetak. Lalu lekatkanlah gambar-gambar tersebut pada mukasurat 1 dan 2 kajian anda. Tidak perlu berlebih-lebihan untuk koleksi gambar ini kerana ia hanyalah sebagai bahan kajian bagi memulakan tugasan anda. Pastikan bahan kajian yang anda akan pilih nanti juga terdapat dalam koleksi gambar-gambar tersebut.

bahan kajian, hidupan laut - jerung (pilihan)

contoh koleksi gambar hidupan laut pilihan - jerung

3. Lakaran reka bentuk kasut kanvas. Lukiskan beberapa reka bentuk kasut kanvas pada muka surat berikutnya. Boleh hanya menggunakan pensel sahaja.

contoh: lakaran reka bentuk kasut. buatlah kasut yang berbeza bentuk 4. Lukisan realistik hidupan marin yang dipilih. Hasilkan lukisan realistik berwarna atau tanpa warna, memadai menggunakan warna pensel. Pemilihan satu habitat marin juga tidak salah atau pemilihan 1 objek, atau beberapa

objek yang ingin dimasukkan di dalam corak kasut anda. Pastikan lukisan anda terperinci dan menampakkan bentuk serta jalinan. Lukislah sebaik mungkin kerana kandungan ini akan menampakkan kekuatan lukisan anda.

contoh: lukisan realistik tanpa warna

lagi contoh: lukisan realistik

5. Lakaran olahan idea untuk menghasilkan reka corak hidupan marin. Daripada pemilihan bahan kajian tadi, mulalah hasilkan lakaran idea agar menampakkan keaslian idea anda dan tidak meniru dari mana-mana sumber. Lakaran idea ini adalah penting, buatlah beberapa helai sehingga anda berpuas hati dengan idea yang dipilih. Lakaran idea tidak perlu diwarnakan, boleh diwarnakan sedikit jika mahu.

contoh lakaran idea

contoh lakaran idea ikan jerung

lagi contoh lakaran idea - jerung

6. Lakaran reka letak reka corak yang dipilih. Idea yang telah anda pilih tadi cubalah gubah pada kasut anda. Buat beberapa cadangan sehingga anda berpuas hati dengan kedudukan yang paling sesuai. Seboleh-bolehnya tunjukkan bahagian-bahagian yang berbeza seperti kiri dan kanan atas dll. kalau sekiranya kasut kiri dan kasut kanan juga motif yang berbeza maka, lukislah untuk sepasang kasut.

Contoh: motif yang berbeza pada kiri dan kanan kasut

motif yang sama

7. Kajian warna pada reka letak. Buat beberapa cadangan warna daripada idea dan reka letak yang telah ditetapkan tadi. 8. Lukisan dari tiga sudut pandangan berbeza. Setelah berpuas hati dengan pemilihan warna tadi, buatlah lukisan dari 3 sudut pandangan. Bermakna anda boleh menghasilkan 3 sudut pandangan sekurang-kurangnya pada 1 muka surat. 9. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. Lukislah kasut anda di rak kasut, tangga, dan lain-lain yang sesuai bagi menampakkan fungsinya yang sebenar 10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan. Lukiskan peralatann dan bahan yang anda gunakan serta label bahan-bahan tersebut serta catatkan fungsinya. Contohnya warna akrilik untuk mewarna pada kasut, pensel untuk membuat lakaran awal, berus untuk melukis, pita pelekat untuk menutup bahagianbahagian tertentu dan sebagainya 11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan. Lukislah langkah-langkah penghasilan kasut dari mula hingga siap. Contohnya, langkah 1: penyediaan alat dan bahan langkah 2: penyediaan motif atau reka corak pada kertas tekap langkah 3: tekap motif dengan kertas tekap pada kasut langkah 4: tutup bahagian tertentu dengan pita pelekat langkah 5: warnakan corak tersebut dengan cat akrilik/cat fabrik dll langkah 6: perincikan bahagian-bahagian yang halus dengan pen marker kalis air dan kemasan

Alat dan Bahan

Untuk menghasilkan catan pada kasut kanvas, bahan yang biasa digunakan ialah cat akrilik. Walaubagaimanapun cat poster / cat air / plaka /water base boleh digunakan jika sekadar untuk menyiapkan tugasan ini. Namun cadangan saya terlebih dahulu eloklah disapu dengan satu lapisan cat emulsi (cat kapur) yang nipis agar cat yang digunakan tidak menyerap ke dalam permukaan fabrik. Cat fabrik (dye fabrik), juga boleh digunakan dalam penghasilan corak pada kasut kanvas ini. Selain daripada itu, marker kalis air juga boleh digunakan bagi mengemaskan lagi reka corak tersebut.

cat akrilik, pewarna fabrik serta pen marker yang digunakan oleh pengusaha kasut bercorak

Proses Mengecat Pada Kasut


1. Bersihkan kasut tersebut walaupun kasut anda masih baru bagi mengeluarkan bahan kanji 2. Asingkan tali kasut jika ada (warnakan mengikut idea anda) 3. Tutup bahagian-bahagian tertentu seperti getah/pvc (berhampiran tapak) dengan pita pelekat (masking tape) agar tidak comot semasa proses meyapu warna 4. Lukis corak yang dikehendaki pada kasut dengan pensel terlebih dahulu atau tekap menggunaka kertas tekap, agar coraknya tidak lari dari rekaan asal. 5. Cat kasut anda mengikut rekaan 6. Kemaskan bahagian-bahagian yang terperinci dengan menggunakan marker kalis air atau berus halus (jika mahu) Tulisan ini hanyalah sekadar cadangan, jika ada cadangan lain atau penambahbaikkan, bolehlah dicatatkan di dalam ruangan komen untuk dikongsi bersama. TQ

Anda mungkin juga menyukai