Anda di halaman 1dari 36

Membuat Corak & Rekaan

Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti: i. Corak tidak terancang secara: Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup , mengayak menggolek dan sebagainya.Contoh Corak teknik pualaman, corak tiupan, coak stensilan dan corak teknik cerminan.
Pualaman o penghasilan

corak teknik cetakan mono di mana warna dimendapkan daripada cairan yang bergelatin dan melekit seperti cat minyak.

o Tiupan o menggunakan

straw dan warna untuk menghasilkan corak melalui teknik

tiupan.

Titisan o menggunakan

lilin untuk dititiskan keatas permukaan rata atau kertas untuk menghasilkan corak, kemudian dilapis dengan sapuan warna untuk menampakkan kesan titisan.
o

Ikatan dan celupan o menggunakan

teknik ikat dan celup sama ada dengan simpulan ikatan,lipatan atau jahitan. ia juga dikenali sebagai batik pelangi.

Renjisan dan percikan o sebagai suatu teknik o

dalam menghasilkan corak terancang atau tidak terancang dengan cara renjis dan percik.

ii. Corak terancang secara: Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Contohnya corak teknik resis, corak teknik anyaman dan corak menggunakan garisan grid.
Lukisan o membuat

corak menggunakan teknik asas dalam melukis sama ada dengan melorek ton, melakar garisan, titikan dan gosokan.
o

Catan o menggunakan

media catan untuk menghasilkan corak terancang. contoh susunan batu bata.

Cetakan o membuat

corak dengan mencetak sama ada cetakan stensil, cetakan litografi, cetakan timbulan dan sebagainya.
o

Capan o menggunakan

kaedah capan iaitu teknik mengecap menggunakan bahan semulajadi untuk menghasilkan corak.

o Lipatan dan guntingan o menggunakan teknik

lipatan dan guntingan untuk menghasilkan corak

terancang.

o Resis o Teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan

bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air dan lilin dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Teknik ini dapat dilihat dengan jelas dalam proses penghasilan batik lukis atau batik canting.

kolaj

o menggunakan

teknik kolak untuk menghasilkan corak.

o Kaligrafi o menggunakan

teknik kaligrafi atau peggunaan muka taip sebagai corak.

Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan. 1. Lukisan 2. Kolaj 3. Mozek 4. Gurisan 5. Anyaman 6. Capan 7. Cetakan 8. Tiupan 9. Jahitan 10. Papier Mache

11. Model 12. Origami 13. Catan 14. Tekapan

Arca Paper Mache....


Dicatat oleh mylin on Sunday, January 30, 2011

Apa itu arca???? - bentuk dalam susunan tiga dimensi (3D) utk dikaji dan dinikmati nilai estetiknya... - sealiran dgn seni bina, hiasan dalaman dan reka bentuk pentas....tetapi ada keistimewaannya yg tersendiri

Apa pulak paper mache atau papier mache? - Paper mache berasal dari bahasa Perancis lama yang bermaksud kertas yang dikunyah atau dihancurkan sehingga lumat. Biasanya surat khabar laaaaa.

Ok jom kita hasilkan arca menggunakan paper mache....

Apakah bahan-bahan yang perlu disediakan??? 1. Kertas - contohnya surat khabar yang dikoyak atau dicarik-carik. pastu rendam dan blend. 2. Gam kertas. 3. Warna - water colour, akrilik atau cat pun boleh 4. berus warna

5. blender 6. mangkuk 7. plastik pelapik

Awas!!! jgn gunakan mangkuk plastik n blender utk sediakan makanan...nanti keracunan makanan...

Surat khabar yg telah diblender. (satu drp teknik.... gunakan teknik koyakan pun boleh jugak)

Gaul dengan gam....

Bentuk asas arca boleh dibuat menggunakan gumpalan surat khabar, jaringan dawai atau gabus putih / styrofoam, kemudian tampalkan papermache sedikit demi sedikit....menjadi bentuk yang dikehendaki.

Lapisan terakhir menggunakan tisu

supaya permukaan arca nampak lebih licin. Sebelum itu, tambahkan paruh dan sayap....

Apabila kering, lakarkan bentuk pemisah warna...

Mari mewarna...

Bahagian kepala dan badan berwarna hitam.

perut dan muka berwarna putih... paruh pula berwarna jingga.

ermmmmm...nila bebudak yg menghasilkan arca penguin daripada paper mache......

Teknik tiupan
Hari ini, saya dan rakan saya membuat satu lagi teknik dalam kegiatan menggambar dan juga mencorak iaitu teknik tiupan.Sebagai mana yang kita tahu, teknik tiupan ni menggunakan mulut atau selain mulut yang boleh mengeluarkan angin.Teknik tiupan ni senang saja, memang ade dalam sukatan pelajaran sekolah rendah.Teknik ini amat menarik kerana selain membuat corak (tidak terancang) kita juga boleh menjadikan teknik ini sebagai menggambar.Contohnya seperti membuat ranting-ranting kayu atau pokok yang rendang.Antara bahan-bahan yang digunakan ialah straw,kertas lukisan, dan warna poster buncho.Mari kita saksikan!

KOLAJ
Persediaan untuk minggu hadapan untuk matapelajaran Pendidikan Seni Visual. Bidang A: Mengambar. Kolaj adalah salah satu teknik yang digunakan untuk menggambar. Di antara contoh2 kolaj...

Kolaj yang paling mudah. Sesuai untuk murid2 tahun satu. Guru boleh meminta murid untuk melukis gambar yang mudah ataupun guru boleh menyediakan kertas yang siap dilukis gambar. Murid hanya perlu mengoyak kertas warna dan menampal.

Kolaj Daun. Kolaj ini mengguna daun-daun kering. Daun-daun dipotong dan ditampal ke atas kertas lukisan yang telah dilukis gambar.

Kolaj Suratkhabar/ majalah. Kolaj ini menggunakan surat khabar atau majalah dalam pembuatannya. Suratkhabar/ majalah dipotong atau diguntil (di buat seperti bola).

Kolaj Kain. Menggunakan perca-perca kain dalam pembuatannya. Kain dipotong dan ditampal mengikut kreativiti masing2.

Kolaj Kertas Warna. Menggunakan kertas warna. Kolaj dapat diberi sentuhan yang lebih menarik jika murid-murid dapat menghasilkan gambar2 yang menarik.

Kolaj Tisu. Kolaj ini dihasilkan daripda tisu yang telah diampur warna. Tisu dicarik halus2 dan ditampal keatas gambar yang dibentuk. Tisu perlu ditampal bertindih untuk menghasilkan gambar yang menarik.

Masih lagi kolaj tisu. Contoh ini sesuai dihasilkan oleh murid2 tahap satu.

Kolaj jenis susah. Dihasilkan daripada majalah lalu membentuk imej yang tersendiri tanpa melukis gambar.

tips Kolaj akan lebih menarik sekiranya murid2 menghasilkan dengan mengunting/ mengoyak bahan2 kepada saiz yang lebih kecil. Teknik kolaj memerlukan kesabaran dalam mendapatkan hasil yang lebih baik

Capan

1.1 Capan adalah satu teknik menghasil karya dari imej yang sedia ada SENI MOZEK 1. Kertas warna yang kita dah potong tadi kita tampal pada gambar secara bersebelahan

2. Jangan lupa untuk letak gam dan susun dengan kemas

Boneka Ulat Bulu


alat dan bahan yang diperlukan stoking surat khabar getah kertas warna riben gam UHU ikut step ini ok renyuk kertas surat khabar habis-habisan dan biar jadi bentuk bulat

Masukkan surat khabar yang direnyuk tadi dalam stoking pastu ikat dengan getah

Masukkan kertas surat khabat sampai paras stoking tak boleh nak masuk dah dan jangan lupa untuk ikat

Kalau nak cantik boleh ikat dengan riben

Next ambil kertas warna dan lukis mata, sesungut dan mulut pastu tampal kat stoking menggunakan gam UHU

Dah siap jadi la macam ini..taraaa..

tengok ulut bulu ni macam orang buta jer

Cara Buat Bakul Dari Kertas Surat Khabar Lama

Ini dapat masa kenduri kawan anak mm; besar tuu...boleh isi botol2 ubat dan vitamin. Bunga2 tu mm tambah sendiri laa..

Ini semua mm dapat masa pergi kenduri kat Sik, Kedah semalam; cantik sesangat sebab dah dihias2 gitu...

yang ni muat2 untuk telur saja; mm dapat masa pergi kenduri tahun lepas

Beberapa contoh bakul dari kertas surat khabar yang sudah di cat @ shellec

Ini pula yang belum siap dicat dalam pelbagai kreativiti.

Jika ada yang nak belajar buat; boleh google sebab banyak blog (mm tak sempat mencatit nama2 blog pengkarya kerana nak cepat, sekadar berblogwalking sambil lalu je..) yang bukannya tunjukkan gambar atau untuk berjualan saja, malahan ada yang sangat baik hati bersedia bagi tunjuk-ajar secara yang sungguh details. TERIMA KASIH, semuga tuhan merahmati budibaik kalian. Nanti kita cuba2 buat sendiri ya... Di dalam buku teks kemahiran Hidup/ Pendidikan Seni sekolah menengah rasanya ada tunjukajar ni. Boleh juga bertamu ke blog azkin.blogspot.com. & salwiena.blogspot.com. (kalau mm tak tersalah ingat). Ni mm letakkan gambar2 dari pakcik google, mungkin ada antara sahabatblog yang mendapat sedikit sebanyak idea cara membuatnya...

kena gulung kertas surat khabar, banyak2

cara nak menyambung

nak buat tapak bakul

sumber : http://makmunah.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai