Anda di halaman 1dari 8

Membuat Corak & Rekaan

Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara
untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak
dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana mana hasil daripada bidang
kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya.

Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:

A. Corak tidak terancang secara:

Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia
boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup , mengayak menggolek dan
sebagainya.Contoh Corak teknik pualaman, corak tiupan, coak stensilan dan corak
teknik cerminan.
1. Pualaman -
o penghasilan corak teknik cetakan mono di mana warna dimendapkan
daripada cairan yang bergelatin dan melekit seperti cat minyak.
o
2. Tiupan -
o menggunakan straw dan warna untuk menghasilkan corak melalui teknik
tiupan.
o

3. Titisan -
o menggunakan lilin untuk dititiskan keatas permukaan rata atau kertas
untuk menghasilkan corak, kemudian dilapis dengan sapuan warna untuk
menampakkan kesan titisan.

4. Ikatan dan celupan -
o menggunakan teknik ikat dan celup sama ada dengan simpulan
ikatan,lipatan atau jahitan. ia juga dikenali sebagai batik pelangi.
o
5. Renjisan dan percikan -
o sebagai suatu teknik dalam menghasilkan corak terancang atau tidak
terancang dengan cara renjis dan percik.


B. Corak terancang secara :

Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam
susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan
termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Contohnya corak teknik
resis, corak teknik anyaman dan corak menggunakan garisan grid.
1. Lukisan -
o membuat corak menggunakan teknik asas dalam melukis sama ada
dengan melorek ton, melakar garisan, titikan dan gosokan.







2. Catan -
o menggunakan media catan untuk menghasilkan corak terancang. contoh
susunan batu bata.


3. Cetakan -
o membuat corak dengan mencetak sama ada cetakan stensil, cetakan
litografi, cetakan timbulan dan sebagainya.

4. Capan -
o menggunakan kaedah capan iaitu teknik mengecap menggunakan bahan
semulajadi untuk menghasilkan corak.
o
5. Lipatan dan guntingan -
o menggunakan teknik lipatan dan guntingan untuk menghasilkan corak
terancang.
o
6. Resis -
o Teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan
bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air
dan cat minyak, cat air dan lilin dan sebagainya yang boleh dikatakan
sebagai proses penolakan warna. Teknik ini dapat dilihat dengan jelas
dalam proses penghasilan batik lukis atau batik canting.
o
7. kolaj -
o menggunakan teknik kolak untuk menghasilkan corak.
o
8. Kaligrafi -
o menggunakan teknik kaligrafi atau peggunaan muka taip sebagai corak.
o

Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam
alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan
olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang
kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak
tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu
proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti
pergerakan, peragaan dan lakonan.

Anda mungkin juga menyukai