Anda di halaman 1dari 5

Kelas: 5 Topaz

Bilangan Murid: 41 orang


Tarikh: 7 April 2015
Bidang: Membuat Corak dan Rekaan
Aktiviti: Kolaj
Tema: Objek Buatan Manusia
Tajuk: Hiasan Dinding Rumahku
Masa: 60 minit (7.40 pagi - 8.40 pagi)
Media: Alat: Gunting
Bahan: Kertas warna, kertas lukisan dan gam
Bahan bantu mengajar: contoh hasil karya, buku teks; tentang definisi kolaj
teknik-teknik kolaj.
EMK: TMK, kreatif dan inovasi, keusahawanan dan nilai murni
Standard Kandungan

Standard Pembelajaran

2.1 PERSEPSI ESTETIK


Membuat persepsi dan menggunakan
bahasa seni visual yang ada pada corak
terancang dengan menggunakan teknik
kolaj.

Murid dapat mengenal, memahami dan


menyatakan bahasa seni visual yang
ada pada corak terancang dengan
menggunakan teknik kolaj.
2.1.1 Unsur Seni
2.1.1.1 Rupa - geometri atau organik
2.1.1.2 Jalinan - sentuh
2.1.1.3 Warna - primer atau sekunder
atau tertier
2.1.2 Prinsip Rekaan
2.1.2.1 Harmoni - rupa
2.1.2.2 Kesatuan- susunan motif

2.2 APLIKASI SENI


Mengaplikasikan bahasa seni visual dan
media dalam penghasilan corak
terancang dengan menggunakan teknik
kolaj.

Murid dapat mengaplikasikan


pengetahuan bahasa seni visual, media
serta proses dan teknik dalam
penghasilan corak terancang dengan
menggunakan teknik kolaj.
2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenisjenis media seperti:
2.2.1.1 Alat - gunting
2.2.1.2 Bahan - gam, kertas warna,

kertas lukisan dan bahan lain


yang sesuai
2.2.2 Mengetahui penggunaan media
serta proses dan teknik dalam
penghasilan karya
2.2.2.1 Teknik - kolaj
2.3 EKSPRESI KREATIF
Penzahiran idea melalui pelbagai
sumber, kajian, dan teknologi dalam
penghasilan corak terancang dengan
menggunakan teknik kolaj.

2.4 APRESIASI SENI


Apresiasi terhadap karya sendiri dan
rakan berpandukan bahasa seni visual,
sejarah seni dan budaya.

Murid dapat mengaplikasikan


pengetahuan dan kefahaman bahasa
seni visual, media serta proses dan
teknik dalam penghasilan corak
terancang dengan menggunakan teknik
kolaj secara kreatif.
2.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan
secara kreatif
2.3.2 Menggunakan bahasa seni visual
dalam penghasilan karya corak
terancang teknik kolaj
2.3.3 Mengaplikasikan proses dan
teknik yang sesuai dalam
penghasilan karya corak terancang
teknik kolaj
2.3.4 Menggunakan hasil corak untuk
dijadikan hiasan pada rekaan
Murid dapat membuat apresiasi
terhadap karya sendiri dan rakan
dengan menumpukan aspek bahasa
seni visual.
2.4.1Mempamerkan karya yang
dihasilkan
2.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri
dalam proses penghasilan karya

Objektif pengajaran dan pembelajaran


Pada akhir pengajaran, murid akan dapat:
i.
ii.

Memahami dan mengaplikasikan alat dan bahan untuk menghasilkan


corak terancang teknik kolaj.
Memahami dan menghasilkan corak terancang menggunakan teknik kolaj.

Masa
5
minit

Isi Kandungan
Set Induksi (Persepsi Estetik)
1. Guru menarik perhatian murid dengan
menunjukkan contoh hasil siap kolaj
dinding rama-rama yang telah
dibingkaikan.
2. Guru melakukan aktiviti soal-jawab
bersama murid.
3. Guru menampal hiasan kolaj ramarama pada dinding kelas.

Catatan Imlak
EMK: TMK, Kreatif dan
Inovasi, Keusahawanan
dan nilai murni
Contoh soalan:
- Apakah yang dapat
kamu lihat?
- Apakah alat dan
bahan untuk
menghasilkan
karya ini?
- Apakah kegunaan
hasil karya ini?
BBM:
- Hasil siap hiasan
kolaj dinding ramarama.

10
minit

Isi Kandungan (Aplikasi Seni)


1. Guru menerangkan definisi kolaj.

Alat dan Bahan

2. Guru menunjukkan contoh hasil karya


yang telah siap kepada murid.

Alat: gunting
Bahan: kertas warna,
kertas lukisan dan
gam.

3. Guru menggunakan laras bahasa seni


yang ada pada sebuah karya hiasan
kolaj dinding rama-rama.

Langkah-Langkah
Menghasilkan Corak
Terancang Teknik Kolaj

4. Guru menjelaskan bahawa murid akan


belajar membuat corak terancang
menggunakan teknik kolaj untuk
menghasilkan hiasan kolaj dinding
rama-rama.

Langkah 1 :
Sediakan media.

5. Guru menerangkan teknik kolaj


menggunakan contoh gambar yang
terdapat dalam buku teks.
6. Guru menerangkan jenis media lain
yang akan digunakan untuk
menghasilkan hiasan kolaj dinding
rama-rama.

Langkah 2 :
Lakarkan garisan di atas
kertas warna.
Langkah 3 :
Guntingkan kertas warna.
Langkah 4 :
Gamkan kertas warna
secara berselang-seli.

7. Guru menerangkan dan menunjukkan


cara untuk menghasilkan hiasan kolaj
dinding rama-rama.

Langkah 5:
Guntingkan motif yang
dikehendaki.
Langkah 6:
Tampalkan motif
mengikut susunan.
Langkah-Langkah
Menghasilkan Hiasan
Dinding Kolaj RamaRama
Langkah 1:
Lipatkan hasil kolaj.
Langkah 2:
Lakarkan bentuk ramarama di belakang kolaj.
Langkah 3:
Guntingkan kedua-kedua
lakaran.

Langkah 4:
Lekatkan kolaj bentuk
rama-rama tersebut di
atas sehelai kertas
lukisan.
Langkah 5:
Bingkaikan kertas lukisan
tersebut.
BBM: Buku teks, contoh
hasil karya siap.

20
minit

Langkah Langkah (Ekspresi Kreatif)


1. Murid menghasilkan karya hiasan kolaj
dinding rama-rama seperti yang
ditunjukkan oleh guru.
2. Murid mengaplikasikan unsur ruang
dan imbangan dalam penghasilan
hiasan kolaj dinding rama-rama.

Alat: gunting
Bahan: kertas warna,
kertas lukisan dan
gam.

15
minit

Penutup (Apresiasi Seni)


1. Murid menunjukkan hasil karya
masing-masing.
2. Murid membuat apresiasi mengenai
karya masing-masing.
3. Guru memberikan panduan kepada
murid-murid untuk melakukan
penambahbaikkan.
4. Guru bertanyakan beberapa soalan
untuk menguji pemahaman murid.

Contoh soalan yang boleh


ditanyakan kepada murid:
i)
Apakah alat dan
bahan yang
digunakan untuk
menghasilkan
hiasan kolaj dinding
rama-rama?
ii)
Apakah yang
dimaksudkan
dengan corak
terancang teknik
kolaj?

Anda mungkin juga menyukai