Anda di halaman 1dari 86

PISMP PSV 2 SEM3/ 2013 CHAN LYN SZE UMA RAMADAS YU LEI TAO

Kegiatan seni dalam sukatan pelajaran PSV sekolah rendah berdasarkan 4 bidang:

Menggambar

Membentuk dan membuat binaan

Hasil pembelajaran: Tahu pengetahuan dan kemahiran seni serta memupuk nilai estetika.
Mengenal kraf tradisional

Membuat corak dan rekaan

Konsep dan Pengertian Menggambar


Satu daripada 4 bidang kegiatan bidang sukatan pelajaran PSV. Dengan pelbagai media dan teknik, perkembangan persepsi, kemahiran dan kemampuan murid dalam aspek melukis dan kegiatan membuat gambar ditegaskan.

Maksud Menggambar
Secara umum: membuat/ menghasilkan gambar. Kamus Dewan Edisi Ke-4 (2008): melukis/ membuat gambar.
Sebagai artifak menunjukkan satu kecenderungan terhadap satu imej/ objek.
Gambaran mental jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang.
Mengandungi komposisi artistik dihasil melalui aplikasi warna atas permukaan rata.

Representasi visual objek dihasilkan pada atas permukaan rata dan dibuat dalam 2D.

Penekanan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Penerokaan kesan seni. Mengenal alat dan bahan seni. Mengenal kemahiran asas dan teknik rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran. Perkembangan persepsi visual murid. Kesedaran terhadap asas seni reka. Melihat kemampuan murid dalam membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik.

Alat dan Bahan


Bahan/ Media Bahan permukaan Alat-alat

Pensel Pensel warna Pen Cat air Cat poster Cat minyak Cat akrilik

Kertas Kad Papan Tikar Kanvas

Palet Kain pengelap Bekas berus Easel (kekuda) Alat masking

Dalam aktiviti menggambar:


Murid menggunakan pelbagai alat dan bahan mengikut cara ekspresi tersendiri.
Kesan:
Mengalami pengalaman langsung dengan subjek dan hal benda digambarkan. Membina idea baru daripada benda konkrit. Hubungkait dengan satu idea dan idea lain. Membantu dalam perkembangan psikomotor dan emosi kanak-kanak.

Tema dan Kandungan

Tema ialah idea


utama atau persoalan terpenting yang diungkap oleh pelukis dalam penghasilan karya seni.

Cita-cita yang dicetus oleh pengkarya dan ia menjadi konsep subjek melalui imejimej atau simbol.

Sesuai dengan perkembangan fizikal, mental, sosial, emosi, intelek dan estetik. Kandungan boleh diubah berdasarkan imaginasi, fantasi kreativiti dan ekspresi diri kanak-kanak.

Fenomena

Sejarah

Kebudayaan

Tema
Isu semasa
Agama dan kepercayaan

Utiliti

Teknologi

Teknik Penghasilan
Cara dan kemampuan menggunakan kemahiran melalui media yang dipilih.

Cara mengolah sesuatu bidang dengan menggunakan media.

Maksud Teknik

Kaedah, cara dan gaya melukis dan membuat

Proses dalam sesuatu projek.

kemampuan untuk menerapkan prosedur atau kaedah sehingga dapat mempengaruhi hasil yang diiginkan

Teknik Menggambar

Lukisan

Catan

Kolaj

Montaj

Cetakan

Resis

Teknik Menggambar

Gosokan

Stensilan

Percikan

Gurisan

Capan

Mozek

1. Teknik Lukisan
Menggambarkan objek dengan garisan. Guna media kering: pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Contoh teknik: membuat garisan, garisan pangkah, lorekan, gosokan, pointilisme dan campuran.

Teknik-teknik Lukisan

Garisan

Titik

Gosokan

Scumbling

Campuran

Contoh Lukisan

2. Teknik Catan
Proses menyapu warna/ cat ke atas sesuatu permukaan rata Subject matter bersifat nyata atau abstrak melalui sapuan warna dengan menggunakan berus. Bahan pewarna: cat poster, cat air, cat minyak, cat tempera, cat gouache dan cat akrilik

Teknik-teknik Catan Cat Air


Basah atas basah Basah atas kering
Kering atas kering

Teknik-teknik Catan Cat Minyak

Impasto

Kilatan / Glazing

Scumbling

Hard Edge

Titik / Pointilisme

Alla Prima

Campuran

Contoh Langkah Mencatan

Contoh Catan

3. Teknik kolaj
Potong, koyak, gunting, gam dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan. Cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D, disusun dan ditindih untuk menjadi satu komposisi.

Jenis-jenis Kolaj
Kolaj permukaan rata Cebisan-cebisan kertas, foto, gambar-gambar warna yang dipotong daripada majalah dan sebagainya. Kolaj permukaan timbul Menggunakan katak kadbod yang kecil, tiub kertas, kotak telur, kad gelugur, kotak buah-buahan, perca kain, cebisan benang bulu, reben, pasta kering, beras dan kekacang, Permukaan yang timbul pada kertas dengan menggores, melisu dan menggulung.Anda boleh balut sejalur kertas yang panjang dengan ketat pada sebatang pensel.

Susun koleksi-koleksi bahan-bahan tersebut di atas dasar itu dan alihalihkan benda-benda itu sehingga puas hati dengan susunannya.

Contoh Langkah Membuat Kolaj

Contoh Kolaj

4. Teknik Montaj
Teknik menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej. Imej daripada gambar foto, majalah, cetakan disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej. Menggunakan teknik superimpose bagi menghasilkan satu tajuk atau tema.

Jenis-jenis Montaj
Manual Definisi ringkas: Menampal dan melekat potongan imej bahan cetakan pada permukaaan kertas, kad, kanvas, mounting board, papan dan plastik. Komputer Definisi ringkas: Memilih dan crop imej-imej kehendak daripada JPEG, PNG, GIF, TIFF, BMP, targa, eps dan pcx/pict , susun serta cantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi. Airbrush Definisi ringkas: Gunakan series gambar imej yang dipilih dan scan imej yang sesuai untuk teknik montaj. Airbrush diguna bersama dengan masks dan clipping paths, gabung imej untuk menghasilkan satu tema. Alat dan bahan: Airbrush, pewarna, kain, dinding, permukaan badan kereta, pesawat dan lain-lain. Campuran Definisi ringkas: Penggunaan lebih daripada satu teknik montaj seperti montaj manual dengan montaj komputer.

Alat dan bahan: Gunting, gam, cebisan kertas imej, kertas putih, kad, kanvas, papan, mounting board dan plastik.

Alat dan perisian: Set komputer, Paint, Photoshop, Illustrator dan Coreldraw..

Alat dan bahan: Gunting, gam, cebisan kertas imej, kertas putih, kad, kanvas, papan, mounting board, plastik dan set komputer.

Contoh montaj manual


Contoh montaj komputer

Airbrush
Alat semburan: airbrush

Contoh teknik clipping path yang dilakukan dengan Photoshop

Contoh demonstrasi menggunakan airbrush

Contoh karya airbrush pada badan kereta

Contoh montaj airbrush

Contoh montaj campuran

5. Teknik Cetakan
Proses menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan. sejenis teknik cap mengecap Imej atau gambar yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat yang dilakukan pada permukaan rata.
Penerapan blok, plat atau skrin.

Ianya menggunakan acuan cetakan untk menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan.

Jenis-jenis Cetakan
Cetakan Timbulan
Proses mengukir ke dalam dan meninggalkan bahagian yang timbul untuk diletakkan dakwat dan dicetak. Antara jenis cetakan timbulan ialah cetakan lino, cetakan blok kayu dan cetakan kolograf/kolaj.

Cetakan Lino

Cetakan Kayu

Cetakan Kolograf

Proses Penghasilan Cetakan Timbulan

Jenis-jenis Cetakan
Cetakan benam
Menggunakan jarum tajam atau asid untuk menghakis imej yang hendak dicetak untuk mendapatkan kesan benaman pada permukaan. Warna atau dakwat cetakan memerlukan bahagian benaman untuk dakwat melekat dan seterusnya dicetak atas permukaan.

Jenis-jenis Cetakan
Cetakan Stensil/Saring Sutera - Menggunakan pemidang kain sutera saring untuk mencetak imej. - Imej yang terhasil pada permukaan yang dicetak adalah berdasarkan rupa yang ditebuk. - Imej yang dihasilkan adalah lebih tepat dan penghasilan cetakannya mempunyai rupa atau bentuk yang lebih kemas berdasarkan imej asal yang didedahkan atau expose.

Proses Penghasilan CetakanStensil/ Saring Sutera

Jenis-jenis Cetakan
Cetakan Planografi - Menggunakan blok kayu kapur sebagai blok persembahan imej. - Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air. - Kekalisan antara air dengan minyak dapat menghasilkan cetakan seakan-akan lukisan pensel. - Cetakan yang memerlukan kemahiran professional ini dibuat dengan menggunakan mesin cetak.

Proses Penghasilan Cetakan Planografi

Cetakan Planografi

6. Teknik Resis
Aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal. Cara tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap juga boleh dijalankan.

Contoh alatan dan bahan digunakan:

Kertas lukisan Kain (batik)

Lilin Krayon Oil pastel Cat air Cat poster

Lilin (parafin + rosin)

Contoh Resis Pada Kertas Lukisan

Contoh Resis Pada Batik

Batik mencanting

7. Gosokan
Proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan. Hasil cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalin.

Contoh alatan yang digunakan dalam gosokan


Oil pastel, arang, pensel warna, pensel, krayon

Contoh Jalinan Semula Jadi

kulit batang kayu, batu-bata, daun

Contoh Jalinan Buatan Manusia

lantai mozek, syiling, tayar, anyaman, tapak kasut.

Contoh Langkah Menggosok

Contoh Gosokan

8. Teknik Stensilan
Rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil untuk meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.

Contoh Langkah Membuat Stensilan

Contoh Stensilan

9. Teknik Percikan
Satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus. Kesan a speckled granitestyle finish dihasilkan. Memerlukan berus daripada pelbagai saiz ukurannya.

Contoh alatan digunakan dalam percikan

cat, berus cat air, berus gigi

Contoh Percikan

10. Teknik Gurisan


Menggunakan sesuatu objek atau alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Alat: kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar.

Contoh Gurisan

11. Teknik Capan


Digolongkan dibawah kategori cetakan. Cara menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau poster) pada permukaan. Capan boleh dihasilkan dengan berbagai rupa bentuk dengan menggunakan berbagai jenis bahan. Jalinan berbagai bahan itu akan memberi pelbagai kesan jalinan pada hasil capan.

Contoh Capan

13. Teknik Mozek


Susunan bahan seperti kertas, kain, plastik dan bahan kutipan yang ditampal sebelah menyebelah dan tidak bertindih. Sempadan kepingan bahan yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan.

Contoh Mozek

Kaedah Penghasilan Karya


Ekspresi diri
Pilih objek, susunan objek yang sesuai dan menarik. Tentukan pandangan, komposisi, perspektif, ton, bentuk dan pencahayaan yang terlibat. Pilih media sesuai dengan pilihan kertas. Lakar garisan datar titik lenyap. Bahagikan ruang tertentu untuk objek. Lukis lakaran kasar objek. Teknik kesan cahaya, bentuk, ruang, bayang digunakan Perincikan bahagian yang difokuskan.

Kaedah Penghasilan Karya


Kemahiran mengaplikasi alat, bahan, teknik
Faham dan tahu alat, bahan, teknik sebelum mengkarya. Tinjauan, pemerhatian atau melihat kerja lukis oleh tokoh-tokoh. Mengesplorasi alat dan bahan ikut teknik yang berkaitan. Perlu faham
Asas seni reka Perspektif Teknik memilih sudut pandangan Teknik mengukur objek mengikut kadar.

Kaedah Penghasilan Karya


Anda perlu menguasai dan mengaplikasikan kemahiran ilusi menggambar untuk mempraktikkan penguasaan di atas dengan lebih mudah dan berkesan. Anda perlu memilih sudut pandangan serta aspek-aspek pecahanruang yang sesuai dalam kerja menggambar. Anda perlu medapatkan ukuran yang tepat kerana ia menjadi criteria enting dan menarik dalam kerja menggambar.

Aktiviti-aktiviti Menggambar Tahap 1 dan Tahap 2


Aktiviti menggambar

Tahap 1

Tahap 2

Tahun 1

Tahun 2

Tahun 3

Tahun 4

Tahun 5

Tahun 6

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Tahun 1 Lakaran Gurisan

Tahun 2 Stensilan Kolaj

Tahun 3 Stensilan Montaj

Tahun 4 Lukisan Stensilan

Tahun 5 Kolaj Resis

Tahun 6 Kolaj Catan

Gosokan Garisan
Tekapan Kolaj

Gurisan Lukisan
Gosokan Capan Catan

Capan Catan
Kolaj Resis Lukisan

Kolaj Resis
Catan Mozek Gurisan

Catan Mozek
Gurisan Cetakan Capan

Montaj Mozek
Lukisan Cetakan sutera saring Perisian komputer: PS, W, Paintbrush

Resis Cetakan

Gurisan Tekapan

Cetakan Capan

Lukisan Perisian komputer: PS, W

Cetakan

Lawatan Pemerhatian

Aras-aras dalam Aktiviti Menggambar


Aras 1
Penerokaan persekitaran Pengalaman yang sedia ada.

Aras 2
Penggunaan alat, bahan dan teknik yang sesuai

Aras 3
Penghasilan karya. Membuat pernyataan sendiri.

Rancangan Pengajaran Harian

RPH PSV Sekolah Rendah KSSR T ahap 1


M/ PELAJARAN : DUNIA SENI VISUAL TAHUN : 2 Cergas BIDANG : Menggambar Gosokan AKTIVITI :Menghasilkan jalinan melalui teknik gosokan dengan menggunakan pensel warna atau krayon. TEMA : Flora TAJUK : Kertas Pembalut Saya MASA : 60 Minit

KEPERLUAN

: Alatan : Bahan : Rujukan

: Pelbagai jenis daun, batu-batu kecil dan objek alam sekeliling. : Kertas lukisan, pensel warna dan krayon. : Huraian Sukatan Pelajaran KSSR, sumber Guru, contoh-contoh jalinan sentuh dan jalinan tampak.

EMK

: Elemen Kreativiti dan Inovatif Elemen Keusahawanan

STANDARD KANDUNGAN: 1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan: rupa, warna, jalinan, kepelbagaian dan harmoni) yang terdapat pada objek alam semula jadi dan karya seni dalam penghasilan lukisan dengan menggunakan teknik gosokan. 2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi pemantauan media dan teknik dalam penghasilan lukisan. 3. Penzahiran idea melalui penerokaan pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan lukisan. 4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.

STANDARD PEMBELAJARAN: i. PERSEPSI ESTETIK: Murid dapat mengenali, menamakan, dan memahami bahasa seni visual yang ada pada karya seni. Unsur seni Jalinan : Sentuh dan tampak Warna : Primer dan sekunder Garisan : Sifat dan jenis garisan

Prinsip rekaan Harmoni : Bentuk dan warna Kepelbagaian: Jalinan dan warna

ii. APLIKASI SENI: Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni dalam menghasilkan karya seni. Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media. Alatan: Pelbagai jenis daun, batu-batu dan objek alam sekeliling. Bahan: Kertas Lukisan, pensel warna dan krayon. Mengetahui penggunaan media dan proses serta teknik dalam penghasilan karya. Teknik: Gosokan

iii. EKSPRESI KREATIF: Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran media, proses dan teknik serta bahasa seni visual dalam penghasilan karya. Memilih permukaan berjalinan secara kreatif. Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya. Mengaplikasikan media, proses dan teknik gosokan dalam penghasilan karya.

iv. APRESIASI SENI: Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakanrakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni visual. Mempamerkan karya yang dihasilkan. Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.

Induksi Slide contoh gambar daun-daun

Induksi Slide contoh gambar batu-bata

RPH PSV Sekolah Rendah KBSR T ahap 2


MATA PELAJARAN: PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN : 5 Pintar BIDANG : Menggambar Catan AKTIVITI : Menghasilkan sebuah catan dengan menggunakan perisian Paintbrush. TEMA : Alam Sekitar TAJUK : Pemandangan Tepi Pantai MASA : 60 Minit

HASIL PEMBELAJARAN: Pada akhir pelajaran, murid dapat: Mengenali dan mengetahui fungsi-fungsi tools perisian Paintbrush untuk membuat catan. Menggambar berdasarkan tema pengalaman dan imaginasi murid berbantukank omputer; dan Menggunakan komputer sebagai alat bantu dalam kegiatan menggambar. KEPERLUAN: Alat: Set komputerdanperisian Paintbrush Bahan: Kertas A4 Rujukan: Huraian Sukatan Pelajaran, sumber Guru, contoh-contoh video multimedia.

PROSEDUR : 1. Guru menentukan aras pembelajaran dan pengajaran. 2. Guru merancang pengajaran dengan menerapkan strategi KBKK, Teori Kecerdasan Pelbagai, Pembelajaran Konstruktivisme, Pembelajaran Akses Kendiri dan Pembelajaran Kontekstual. 3. Guru memulakan pelajaran dengan menjalankan set induksi. 4. Menunjukkan contoh video yang berkaitan dengan keindahan pantai-pantai di Malaysia. 5. Memperkenalkan tools dan fungsinya yang terdapat di dalam perisian Paintbrush yang boleh digunakan untuk membuat catan. 6. Menunjuk ajar cara menggunakan tools seperti brush tool untuk menggambar. 7. Menghasilkan catan pemandangan tepi pantai. 8. Penutup.

Video

Rujukan
AkhiarPardi, Shamsina Bt. Shamsudin. (2010). Rancangan Pengajaran Harian Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Hassan Ghazali. (2012). Seni Visual.TanjongMalim, Perak: Citra Grafik. Kathleen Chee. (2010). Focus Goal Pendidika nSeni Visual SPM. Selangor DarulEhsan: PenerbitanPelangiSdn. Bhd. Mok Soong Sang, Lee ShokMee. (1986). Kurikulum Baru Sekolah Rendah Tahap 1. Kuala Lumpur: Heinemann (Malaysia) Sdn. Bhd. Mazlan Bin Mohamad. (1996). Siri Pendidikan Penguruan: Pendidikan Seni 1. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Marhanim A. Razak, Mohd. Shahrizal Dolah. (2007). Ace Ahead Teks STPM Seni Visual. Selangor Darul Ehsan: Oxford Faja rSdn. Bhd. Md. Nasir Ibrahim, Prof. Madya Iberahim Hassan. (2003). Pendidikan Seni Untuk Maktab & Universiti. Pahang Daru lMakmur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Kuala Lumpur.

Rujukan
Mohammad Hafiz. (2010) Rancangan pengajaran harian PSV bidang menggambar. Dilayari pada 17 Januari 2013 dari http://drawingpastel.wordpress.com/2008/09/18/ranc angan-pengajaran-harian/ Teoh Soo Ming. (2009). Empat bidang PSV. Dilayari pada 17 Januari 2013 dari http://www.scribd.com/doc/45505981/4-Bidang-Psv Zulfazli Ahmad. (2009). Istilah dalam bidang menggambar. Dilayari pada 17 Januari 2013 dari http://duniasenizulfazli.blogspot.com/2012/05/istilahdalambidang-menggambar-kepada.html Shella Shuib. (2010). Bidang PSV KBSR. Dilayari pada 17 Januari 2013 dari http://sferaseni.blogspot.com/2012/04/bidang-psv-kbsr.html

Sekian terima kasih

Sekian Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai