Anda di halaman 1dari 50

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

1.1 TEORI
INTERAKSI 1

PENGENALAN KEPADA EMPAT BIDANG


KEGIATAN

Sipnosis
Tajuk ini memberi pendedahan tentang pengajaran dan pembelajaran 4
bidang kegiatan PSV KBSR iaitu: menggambar, membuat corak dan rekaan,
membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional. Penekanan
diberi terhadap alat dan bahan, tema, teknik dan proses penghasilan serta
aktiviti-aktiviti dalam 4 bidang kegiatan. Pelajar juga didedahkan dengan
penerokaan tajuk serta isi kandungan setiap isi kandungan.

Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

1. Membanding beza pelbagai jenis aktiviti dalam empat bidang kegiatan iaitu
Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan
serta Mengenal Kraf Tradisional.
2. Menjana idea dengan menggunakan pelbagai alat, bahan, dan teknik serta
mengaplikasikannya dalam penghasilan mengikut empat bidang kegiatan.
3. Melaksanakan aktiviti penerokaan dan eksperimen untuk meningkatkan
pengamatan dan pertimbangan estetik untuk pengajaran dan pembelajaran
setiap bidang kegiatan.
4. Mengaplikasi asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) melalui perisianperisian dalam proses penghasilan karya.
5.

Merancang aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran setiap bidang kegiatan

6.

Menjalankan sesi apresiasi secara mudah.

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Kerangka tajuk-tajuk modul ini


Konsep dan pengertian
empat bidang kegiatan

Mengenal alat dan bahan

Tema atau kandungan


Pengenalan kepada 4 bidang
kegiatan PSV
Proses penghasilan karya

1.1

Teknik-teknik dalam
penghasilan karya

Aktiviti-aktiviti dalam empat


bidang kegiatan

Kandungan Isi
Konsep dan pengertian empat bidang kegiatan
Apakah yang anda tahu tentang bidang menggambar?

Tumpuan diberi terhadap perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran


empat bidang kegiatan PSV KBSR iaitu: Menggambar, Membuat Corak dan
Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional.

Contoh Imej Empat Bidang Dalam PSV KBSR

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Asas Menggambar
Menggambar adalah salah satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat
dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Sub tajuk ini disediakan
untuk membina pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui penggunaan
pelbagai alat, olahan bahan dan jenis aktiviti menggambar. Melalui asas-asas
menggambar, anda seharusnya dapat menghasilkan pelbagai jenis aktiviti
menggambar. Sub tajuk ini juga disediakan untuk anda memperolehi pengetahuan
dan kemahiran mengenai media, proses dan teknik menggambar.

Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang
dihasilkan di atas permukaan rata. Ia mengandungi komposisi artistik yang
dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. Sesuatu gambaran mental
yang jelas dan pemberitahuan. Imej mental seseorang. Ilustrasi yang digunakan
untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Gambar sebagai satu
artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek.

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Teknik-teknik yang boleh digunakan dalam menggambar adalah seperti Rajah di


bawah.
CAPAN

LUKISAN

KOLAJ

CETAKAN

GURISAN

CATAN
TEKNIK MENGGAMBAR

RESIS

MONTAJ
MOZEK

GOSOKAN

STENSILAN

PERCIKAN

Teknik Catan
Apabila seseorang mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah cara
menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat
poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi. Berbagai jenis berus atau alat
improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu
permukaan.
Teknik Kolaj
Teknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari
gubahan bahan-bahan seperti pelbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan
bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau
papan secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya bahan yang berlainan sifat atau
jalinan dapat memberi pelbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian
gambar.
Teknik Cetakan
Teknik cetakan ialah cara menghasilkan karya dengan mencetak. Pada asasnya
cetakan menggunakan sifat timbul dan tenggelam pada sesuatu blok atau skrin.
Terdapat berbagai-bagai jenis cara cetakan. Pelbagai media dan bahan cetakan
boleh digunakan. Untuk jenis cetakan blok, imej pada blok cetakan disediakan dan
warna atau dakwat cetakan dicetak ke atas permukaan kertas. Contoh bahan
4

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

cetakan lain adalah seperti cetakan lino, strawboard dan polyfoam. Polyfoam
adalah bahan yang mudah diukir. Cara gambar diukir dan sifat bahan yang diukir itu
akan memberi kesan yang berlainan.
Teknik Resis
Teknik resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain.
Warna air tidak akan bercampur dengan warna lilin ataupun cow gum. Dengan
teknik ini, anda boleh menggunakan lilin cair ataupun pepejal. Lilin boleh digunakan
untuk melukis atau memadamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti
kertas. Warna air boleh disapukan di atasnya. Krayon juga boleh digunakan di
peringkat sekolah rendah.. Proses membuat batik adalah satu contoh teknik resis.
Teknik Gosokan
Anda boleh menggunakan krayon dan gosokkannya di atas kertas yang diletak di
atas sesuatu permukaan yang kasar, misalnya ke atas objek dengan jalinan yang
berlainan. Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan. Anda
boleh memilih pelbagai jalinan yang berlainan dan susunkannya untuk mendapat
gambar yang menarik.
Teknik Stensilan
Untuk teknik stensil, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan
sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut.
Apabila bahan warna disapu atas stensil yang diletakan atas kertas, bahan warna
akan melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas.
Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang
dihasilkan.
Teknik Percikan
Bahan warna boleh dipercik dari sesuatu alat. Misalnya warna air boleh dipercik dari
berus. Hasilnya ialah jalinan bertitik-titik. Sesuatu objek atau kertas yang berubah
bentuk boleh digunakan untuk menghalang percikan itu ke permukaan kertas. Objek
atau kertas berubah bentuk itu boleh diubah kedudukannya supaya kesan tindihan
berlaku apabila warna kedua dipercikkan.

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Teknik Gurisan
Untuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan, anda boleh menggunakan
sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari
sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara
berlapis- lapis supaya bahan krayon yang tebal melekat di atas kertas. Alat yang
keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris
pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Pelbagai jenis alat yang keras
dan tajam itu akan memberi pelbagai kesan yang berlainan pada garisan yang
dihasilkan.
Teknik Mozek
Teknik mozek ialah cara menghasilkan karya dengan menyusun dan menambah
bahan-bahan seperti kertas warna, plastik, kepingan jubin dan lain-lain ke atas
sesuatu permukaan seperti kertas, plastik dan papan secara tersusun, bersebelahan
dan tidak bertindih. Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih memberi
kesan khas pada mozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan bahan yang ditampal
itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan.

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Asas Membuat Corak dan Rekaan

Salah satu sebab M.C. Escher, artis grafik Belanda menjadi terkenal adalah kerana
kebolehannya menghasilkan corak yang menarik sekali. Cuba anda perhati dengan
teliti kain baju anda. Adakah anda boleh mengecam struktur susunan ulangan pada
cetakan ataupun pada jalinan kain itu? Itulah yang dimaksudkan corak. Anda boleh
menghasilkan corak melalui pelbagai teknik dan cara seperti yang anda akan
perhatikan nanti. Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu yang disusun
berulangan. Motif-motif pelbagai bentuk dan rupa ini boleh diperhatikan di alam
sekeliling kita seperti:
alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan;
bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, paku dan gunting;
geometri seperti bulat, segitiga dan segiempat;
abjad rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka; dan
rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.
Corak terbahagi kepada 2 jenis iaitu corak terancang dan corak tidak terancang.
Corak terancang
Corak yang dibuat secara terancang mengikut susunan atau grid, seperti susunan
batu-bata, turun separa, orgee, cerminan, sisik ikan, selang seli atau perulangan
rupa yang tekal.

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Terdapat pelbagai jenis susunan corak, antaranya adalah seperti dalam rajah di
bawah.
Tarikan

Lipatanlup
Jenis susunan corak
Corak tidak terancang
Corak yang dihasilkan secara spontan dengan menggunakan teknik-teknik berikut.

TIUPAN

TITISAN

TARIKAN

PUALAMAN
CORAK TIDAK TERANCANG

LIPATAN

IKAT & CELUP

RENJISAN

Teknik menghasilkan corak tidak terancang

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Asas Membentuk dan Membuat Binaan

Pada zaman kanak-kanak anda dahulu, anda pasti pernah melihat atau bermain
dengan kapal ataupun kapal terbang yang dihasilkan dengan lipatan kertas. Ini
merupakan satu jenis kegiatan membentuk yang anda mungkin pelajari sebelum
memasuki alam persekolahan.
Dalam bidang ini, anda akan mengetahui tentang bidang kegiatan membentuk dan
membuat binaan yang murid anda akan pelajari. Topik ini akan menjelaskan tentang
aktiviti-aktiviti membentuk yang ditujukan kepada pelajar sekolah rendah seperti
menghasilkan arca timbul, asemblaj, mobail, stabail, model, diorama, boneka,
topeng dan origami. Di sini anda akan lihat bagaimana teknik, alat dan bahan, tema
ditentukan dan juga tentang persembahan hasil kerja.
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek
seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek
tersebut pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan
membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga
mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik
penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan
alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni.

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Bidang kegiatan dan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi 9
aktiviti seperti berikut:
(a) Arca timbul

(f) Model

(b) Arca asemblaj

(g) Diorama

(c) Arca mobail

(h) Boneka

(d) Arca stabail

(i) Topeng

(e) Origami

Mengenal Kraf Tradisional

Kraf

Tradisional

boleh

didefinisikan

sebagai

perusahaan

atau

kerja-kerja

berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja-kerja tangan serta memerlukan


daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum
masing-masing.
Kraf tradisional terdiri daripada 8 jenis, iaitu:
(a) Alat Domestik

(e) Seni Tekat

(b) Alat Permainan

(f) Tembikar

(c) Alat Pertahanan Diri

(g) Seni Anyaman

(d) Batik

(h) Seni Ukiran Kayu

10

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Alat domestik merupakan peralatan yang dicipta dan digunakan untuk memberi
kemudahan dan digunakan sebagai peralatan harian kepada masyarakat tradisional
pada ketika itu.
Alat Permainan seperti Wau adalah salah satu permainan tradisi yang dimainkan
untuk mengisi lapang. Kebiasaannya wau dimainkan selepas menuai padi. Sehingga
kini wau masih di mainkan di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Pahang,
Selangor dan Johor. Terdapat pelbagai nama wau di negara kita termasuklah Wau
Barat dan Wau Bayan.
Keris
Perubahan masa menyebabkan bentuk senjata berubah mengikut keperluan.
Masyarakat melayu tradisional terutama di zaman kerajaan Melayu Melaka hingga
kini masih menggunakan senjata seperti Keris, Pedang, Tombak, Tumbuk Lada,
Lawi Ayam, Rencong Aceh, Sewar, Badik, Beladau, Jembiah Lading, Lembing dan
Sumpit. Keris adalah senjata penting dalam masyarakat dan budaya melayu. Jenisjenis keris yang boleh didapati adalah seperti Keris Jawa, Keris Semenanjung, Keris
Sumatra, Keris Petani atau Pekaka, Keris Bali, Keris Sundang, Keris Majapahit,
Keris Bugis dan Keris Picit. Keris pada masa kini masih digunakan untuk upacaraupacara tertentu seperti majlis persandingan, perubatan dan keris menjadi lambang
kebesaran institusi diraja.
Batik
Batik terkenal di seluruh gugusan kepulauan Melayu dan dianggap bidang kraf
tangan tradisional yang unggul. Batik tradisi dan moden mempunyai corak yang
sesuai dengan cita rasa dan perkembangan kesenian Malaysia. Batik tulis, batik
lukis dan batik canting merupakan kaedah membuat batik yang kini diminati ramai.
Pada peringkat awal kaedah ini hanya digunakan untuk menghasilkan batik untuk
hiasan dinding. Pada tahun 1970-an teknik ini telah diterapkan dalam kaedah
membuat skaf, kain selendang dan baju kurung. Kini penggunaannya telah
diperluaskan dalam bentuk dimensi baru. Batik semakin digemari oleh peminat
fesyen kerana corak batik dapat dipadankan mengikut peredaran zaman.

11

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Seni Tekat
Ia juga dikenali dengan nama suji timbul iaitu sulaman timbul atau tekat bersuji,
tetapi suji sering dikaitkan dengan sulaman benang sutera. Sama ada ditekat,
disulam atau disuji, ragam hiasnya semua dibentuk dalam keadaan timbul dari
permukaan dasar kain kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempulur. Asal-usul
dan perkembangan seni tekat secara langsung dikaitkan kegunaan pakaian dan
kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Seni tekat diperkenalkan pada kurun ke15, iaitu di zaman kesultanan Melayu Melaka. Pada masa tersebut seni tekat dipakai
oleh keturunan Baba Melaka. Mereka banyak menggunakan seni tekat ini pada
pakaian. Negeri seperti Perak, Johor, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan
merupakan negeri yang banyak mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas.
Tembikar
Seni tembikar telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu berdasarkan
penemuan barang tembikar lama seperti di Gua Cha, Kelantan dan di Sungai Perak.
Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tembikar yang dihasilkan di Malaysia. Hampir
semua tembikar yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri kegunaan harian. Beberapa
buah negeri di Malaysia menghasilkan tembikar. Barangan tembikar yang dihasilkan
adalah berbeza dari segi bentuk, corak, dan teknik pembuatan kerana dipengaruhi
oleh budaya dan latar belakang si pembuat. Bentuk tembikar tersebut hanya
mempunyai persamaan dari segi susunan motif, ketebalan dan teknik pembakaran
bersuhu rendah, dengan permukaan berwarna coklat, hitam dan kelabu gelap.
Tembikar tradisi Melayu menjadi lambang kesenian negara dan kini menjadi koleksi
yang membanggakan.
Anyaman
Anyaman merupakan satu proses menjalin helaian daun pandan, mengkuang, bilah
buluh, rotan, lidi, bertam, paku-pakis ribu-ribu atau bahan-bahan lain dengan
menggunakan cara dan peraturan tertentu melalui teknik selang-seli helaian antara
satu sama lain.

12

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Kelarai
Kelarai ialah corak atau motif berbentuk dam pada anyaman yang melalui proses
tranformasi idea daripada alam semulajadi. Anyaman yang tidak berkelarai disebut
anyaman biasa atau ghadas. Anyaman yang lengkap harus dihiasi dengan kelarai.
Dua jenis warna yang kontra digunakan bagi menunjukkan kesan. Pembikinan
kelarai adalah dirancang dengan menggunakan mata atau langkah yang betul dan
tepat.

Kelarai ini di antaranya ialah:


(a) Kelarai berakar

(f) Kelarai anak ikan

(b) Kelarai beras patah

(g) Kelarai kepala lalat

(c) Kelarai bunga cengkeh

(h) Kelarai mata punai

(d) Kelarai tampuk manggis (i) Kelarai sisik kelah


(e) Kelarai bunga mempelas (j) Kelarai tapak harimau
Ukiran Kayu
Seni ukiran kayu merupakan sejenis kraf tangan Melayu tradisional yang digunakan
untuk menghiasi rumah kediaman yang menjadi kebanggaan masyarakat pada
zaman dahulu. Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai hasil kreativiti orang
Melayu dalam bentuk tampak dan mendapat tempat yang istimewa di kalangan
masyarakat di negara ini. Seni ukiran Melayu yang unik ini diperlihatkan melalui
ukiran pada istana, masjid, rumah, makam, kepala sampan, perabot, senjata dan
peralatan

untuk

kegunaan

harian.

Bangunan-bangunan

lama

yang

masih

mengekalkan seni ukiran sehingga hari ini telah menjadi bahan rujukan generasi
masa kini.

Latihan

13

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

1.

Senaraikan 2 bidang kegiatan yang sesuai dijadikan projek berkumpulan di


sekolah dan nyatakan kelebihan yang boleh diperolehi dari bidang kegiatan
tersebut kepada murid anda.

1.2 Mengenal alat dan bahan

Apakah yang anda faham tentang alat dan bahan?

Pengenalan dan Penerokaan Alat, Media dan Teknik


Sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual
di kelas, adalah sangat penting bagi seseorang guru mengetahui dan mengenal
pasti perubahan dan perkembangan diri murid-muridnya. Setiap murid mempunyai
keupayaan dan sikap yang berbeza terhadap sesuatu aktiviti yang akan
dilaksanakan. Penggunaan alat, media dan teknik dalam pembelajaran seni
menggambar juga amat penting untuk menghasilkan hasil kerja yang baik dan
bermutu. Pada kebiasaannya alatan yang hendak digunakan adalah terlalu banyak
jika hendak disenaraikan.
Adalah menjadi minat murid apabila menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan
pelbagai jenis kertas yang mempunyai pelbagai tekstur, pelbagai jenis warna dan
pelbagai saiz. Lain-lain kertas yang boleh digunakan dalam aktiviti seni adalah
seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas
pembungkus hadiah, sugar paper, toilet paper, kertas kadbod dan banyak lagi. Alat
tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau media basah
semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar. Selain
daripada

itu gunting pelbagai saiz, gam, bahan-bahan buangan yang boleh

digunakan dalam aktiviti menggambar juga perlu. Alatan dan media yang berbagaibagai yang digunakan ke atas sesuatu bahan tujuannya supaya dapat menghasilkan
satu hasil kerja seni yang pelbagai untuk menghasilkan jalinan, bentuk dan ton.
Dalam penerokaan terhadap aktiviti menggambar, pelbagai media boleh digunakan
dan disatukan dalam satu hasil kerja. Berikut ialah sebahagian contoh alatan dan
media yang boleh digunakan sebagai aktiviti menggambar:
14

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pelbagai jenis pensil

Warna pastel, warna air, warna poster, warna pensil

Kapur berwarna

Oil pastel

Artline atau marker

Pelbagai jenis pen

Gouche, akrilik, cat minyak

Stensil

Kolaj

Capan, cetakan

Lilin

Pelbagai jenis cebisan kertas suratkhabar atau majalah

Bahan-bahan semulajadi seperti berbagai jenis tumbuh-tumbuhan

Sayur-sayuran, dan buah-buahan

Penyedut minuman

Gunting, pisau lipat, gam

Pelbagai jenis berus lukisan, palet/pembancuh warna

Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menggambar. Contohnya
ialah seperti pensel, pensel warna, cat air, cat poster, pen, lilin, pastel, krayon, kertas
warna, gam, gunting, bahan-bahan kutipan dan berus. Media untuk menggambar
terdiri daripada dua jenis iaitu media kering dan media basah. Contoh media kering
adalah seperti pensel, pen, pensel warna, krayon, arang lilin dan comte. Media
basah terdiri daripada cat air, cat poster, cat minyak dan cat akrilik.
Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan pelbagai alat dan
bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri. Ini
membantu perkembangan kanak-kanak dari aspek psikomotor dan emosi dan
penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi kanak-kanak.
Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada pelajar
15

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi


kesedaran

bahawa

idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek

apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini
boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian
dan cerita.
Mengaplikasikan
membuat

binaan

alat,

bahan

berkaitan

dan

teknik

dengan

dalam

proses

yang

bidang
mesti

membentuk
dilakukan

dan
dalam

menjadikan objek itu bersifat tiga dimensi. Menjelmakan objek konkrit tiga
dimensi ini akan mengambil kira bagaimana untuk menstrukturkan reka bentuk
disamping

memerhati

dan

meneliti

sfera-sfera

objek yang akan dibuat.

Seterusnya menentukan rangka dan rupa bentuk melalui pertimbangan permukaanpermukaan yang terlibat, ketinggian, kelebaran, berat dan garis luar objek.
Pada kebiasaannya, sesuatu bentuk konkrit akan di asaskan berdasarkan
bentuk-bentuk ilusi dan seterusnya dipindahkan imej ini kepada objek realiti.

Latihan

1.

Senaraikan alat dan bahan yang sesuai untuk merancang penghasilan


sebuah arca asemblaj.

2.

Senaraikan media kering yang sesuai untuk menghasilkan catan dengan


menggunakan kertas lukisan.

16

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

1.3 Tema dan kandungan

Apakah yang anda faham tentang tema dan kandungan?

Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan
Tema
Walau apapun yang anda hasilkan dalam pengkaryaan, perkara-perkara berikut
akan menjadi tema atau hal subjek yang penting.

Alam semulajadi dan objek persekitaran

17

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Anda boleh menjadikan objek-objek alam semulajadi ciptaan Tuhan sebagai sumber
utama menghasil karya. Objek yang berupa flora dan fauna menjadi sumber idea
dan ilham untuk menghasilkan produk seni. Daripada objek persekitaran pula, anda
boleh lihat objek buatan manusia terutamanya objek domestik seperti cawan, piring,
pinggan senduk, pisau, meja dan sebagainya. Kesemuanya menjadi tema atau hal
subjek dimana peringkat seterusnya akan melihat dinamik bentuk form, kualiti objek,
ciri-ciri organik, keunikan, integrasi alam dan kehidupan di samping mengambil kira
garisan, ruang, warna, jalinan, rupa dan bentuk.

Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis

Pengalaman hidup banyak memberi kesan dan pengaruh terhadap minda yang
akhirnya menzahirkan ilham atau idea mencipta. Perasaan takut, misteri, sedih dan
sebagainya menjadi sumber inspirasi karya si pelajar atau pelukis. Menurut Sigmund
Freud dan Paul Jean Satre, teori-teori imaginasi berupaya mencipta sesuatu objek
atau karya melangkaui batas fizikal dan cabaran status-quo pelukis. Imaginasi ini
akan memandu arah si pelajar atau si pelukis ke arah yang lebih kreatif dan
melampaui batas-batas kebiasaan dalam berkarya. Menurut Freud lagi, perasaan
dalaman inilah yang menjadi motivasi atau penggerak minda dalam berkarya.

18

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Aliran dan tema sejagat

Tema menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia. Ia menunjukkan


kekerapan manusia mengambil hal subjek yang sering diperkatakan. Dari idea yang
pelbagai, keunikan ciptaan berlaku dan akhirnya mewujudkan kepelbagaian rupa
bentuk dan jenis produk. Dalam konteks yang lebih besar, jelmaan perasaan dalam
berkarya menggunakan alam sekitar menjadi suatu keunikan ciptaan dan
mewujudkan satu kekaguman. Wujudnya 'Non-objective Art', 'Minimal Art' misalnya
adalah suatu aspek pengkaryaan yang berani, mencabar dan sanggup menerima
rintangan.
Keperluan dan pengalaman kehidupan harian

19

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Ciptaan cawan, sudu, senduk, periuk dan alat-alat domestik yang lain merupakan
asas ciptaan dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Pada bidang yang
lebih besar, manusia mencipta dan membuat kipas, basikal, kereta, keretapi malah
jambatan dan objek-objek gunaan lain yang mewatakkan keperluan asas sebuah
masyarakat dan negara. Idea datang daripada soal desakan untuk mengguna di
samping mengatasi sebarang kesulitan mengharungi kehidupan. Lalu diciptanya
bentuk-bentuk konkrit yang dapat memanfaatkan manusia si pencipta itu sendiri.
Semakin aktif dan proaktif seseorang manusia itu mencipta objek tiga dimensi,
semakin tinggi kualiti ciptaan dan lebih tinggi nilai estetikanya. Di sekolah rendah
kandungan subjek atau hal benda itu boleh disesuaikan dengan pengalaman sedia
ada kanak-kanak dan pengalaman belajar kanak-kanak dalam pengajaran dan
pembelajaran untuk merangsangkan dan meningkatkan pembelajaran.

Peristiwa sebenar atau realisme dan romantisme

20

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Rakaman-rakaman peristiwa yang berlaku samada yang berkaitan dengan dunia


dan seisinya atau yang melibatkan fenomena alam. Umpamanya peperangan yang
berlaku, kesan kemiskinan atau sebagainya.

Latihan

1. Mengumpul contoh-contoh karya 4 bidang kegiatan mengikut Tahap 1 dan


tahap 2 serta senaraikan tajuk/tema/jenis aktivti, teknik serta alat dan bahan
yang digunakan dalam setiap bidang.

21

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

1.4

Teknik teknik dalam penghasilan karya


Nyatakan teknik-teknik penghasilan karya yang pernah anda
praktikkan.

Apabila seseorang mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah cara
menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat
poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi. Pelbagai jenis berus atau alat
improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu
permukaan. Selalunya, sapuan cat akan menonjolkan karya dan memberi berbagai
kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar.
Teknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari
gubahan bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan
bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau
papan secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya bahan yang berlainan sifat atau
jalinan dapat memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian
gambar. Pelbagai media dan bahan pula boleh digunakan untuk menghasilkan karya
seni cetakan boleh digunakan. Untuk jenis cetakan blok, imej pada blok cetakan
disediakan dan warna atau dakwat cetakan dicetak ke atas permukaan kertas.
Contoh bahan cetakan lain adalah seperti cetakan lino, strawboard, papan lapis dan
polyfoam. Gambar boleh diukir di permukaan lino, papan, papan lapis dan
sebagainya. Kemudian, bahan warna disapukan di atas permukaan dan dicetak atas
kertas. Cara gambar diukir dan sifat bahan yang diukir itu akan memberi kesan yang
berlainan.
Secara amnya, teknik capan juga boleh digolongkan di bawah kategori cetakan.
Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan
yang disapukan warna (cat air atau cat poster) dan dicat ke atas sesuatu
permukaan. Anda boleh menghasilkan pelbagai rupa bentuk dengan menggunakan
berbagai jenis bahan. Contohnya adalah seperti capan bahan buangan, capan
bahan alam semulajadi (sayuran, cengkerang). Jalinan pelbagai bahan itu akan
memberi pelbagai kesan jalinan pada hasil capan.
22

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Teknik resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain.
Contohnya jika anda menggunakan warna air bersama warna lilin atau warna air
bersama cow gum. Warna air tidak akan bercampur dengan warna lilin ataupun cow
gum. Dengan teknik ini, anda boleh menggunakan lilin cair ataupun pepejal. Lilin
boleh digunakan untuk melukis atau memadamkan sesuatu kawasan permukaan
melukis seperti kertas. Warna air boleh disapukan di atasnya. Di kawasan yang tidak
berlilin, warna air akan diserap.

Lilin menolak warna air itu. Maka terdapat dua

kawasan dengan dua jenis kesan. Kadang-kadang titik-titik warna air sahaja yang
tertinggal di atas permukaan lilin dan memberi sesuatu jalinan. Krayon juga boleh
digunakan di peringkat sekolah rendah. Kesan yang lembut atau kasar akan terhasil
di sempadan penemuan lilin atau krayon dan warna air terpulang kepada jenis lilin
atau krayon yang digunakan. Proses membuat batik adalah satu contoh teknik resis.
Untuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan, anda boleh menggunakan
sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari
sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara
berlapis- lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Alat yang
keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris
pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Pelbagai jenis alat yang keras
dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang
dihasilkan.

Latihan

1.

Cuba anda senaraikan alat dan bahan untuk menghasilkan corak yang
tersenarai di dalam rajah yang diberi:

23

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Corak tidak terancang

Alat dan Bahan

Pualaman
Tiupan
Ikatan dan
celupan
Renjisan dan
percikan

1.5

Proses Penghasilan Karya

Nyatakan satu proses penghasilan karya bagi bidang menggambar?

Proses penghasilan karya yang dilakukan oleh seseorang pengkarya adalah sesuatu
yang amat kompleks untuk dihuraikan dengan perkataan. Ia merupakan suatu
proses yang memerlukan masa tanpa had. Beberapa pertimbangan yang wajar
dilakukan dalam proses penghasilan karya ialah seperti berikut;
Pemerhatian secara aktif
Pemerhatian yang aktif amat perlu apabila seseorang itu ingin memulakan sesuatu
hasil kerja seni. Melalui pemerhatian seseorang individu itu dapat mengamati ciri-ciri
yang terdapat pada sesuatu objek yang ingin ditiru atau objek yang dijadikan rujukan
dalam karyanya. pemerhatian yang mendalam dan teliti akan memberi dimensi baru
terhadap sesuatu benda jika individu itu melihat sesuatu objek dari sisi yang lebih
kreatif serta dapat menjelmakan semula aspek estetika yang ingin dirakamkan
secara visual. Melihat intipati sesuatu objek secara mendalam juga dapat memberi
maklumat serta makna baru kepada seseorang, jika objek itu dapat dijelmakan
semula sebagai hasil kreatif yang memperlihatkan nilai estetikanya dari segi bentuk
dan makna yang ingin disampaikan. Pemerhatian secara aktif melibatkan
pengetahuan sedia ada, objek yang konkrit, minat, kecenderungan dan latar
belakang murid.

24

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan


Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan juga menjadi aspek yang
sangat penting dalam proses penghasilan karya. Ini adalah kerana melalui interaksi
secara langsung dengan deria seseorang itu dapat mendekatkan diri beliau dengan
sesuatu objek atau hal benda itu dengan lebih intim melalui deria rasa, lihat, sentuh,
bau, dan dengar. Melalui interaksi yang kritis seseorang individu akan cuba untuk
memahami dan mengenali sesuatu benda dengan lebih mendalam dan teliti.
Manakala interaksi secara kreatif pula melibatkan sudut pandangan atau sisi kepada
sifat sesuatu benda itu menjadi lebih mencabar dan menyerlahkan sisi atau sudut
pandangan yang berbeza dan menarik. Sudut pandangan yang dilihat secara kreatif
juga akan turut memberikan makna yang berbeza serta penekanan yang lebih
bermakna kepada seseorang. Interaksi yang kritis melibatkan aspek penerokaan
dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum aktiviti
penghasilan.
Apresiasi seni visual secara mudah
Apresiasi secara mudah dalam proses penghasilan karya merujuk kepada penilaian
seseorang dalam membuat tanggapan atau meletakkan justifikasi sendiri dalam
aspek yang ingin diamati dan dinilai secara individu atau berkumpulan. Apresiasi
yang menekankan unsur-unsur asas dalam seni menjadi pertimbangan yang penting
sebagai asas apresiasi yang ingin dibuat terhadap sesuatu karya seni atau objek.
Penilaian tentang aspek yang ingin dipertimbangankan itu menjadi asas kepada
proses penghasilan agar perancangan yang dirangka melalui pengembangan idea
dapat direalisasikan dengan baik dan sempurna. Semasa menyediakan aktiviti
apresiasi secara mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut;
-

Terminologi berkaitan unsur-unsur seni

Terminologi berkaitan kandungan dan hal benda

Penghargaan terhadap hasil kerja pengkarya

Refleksi diri terhadap karya

Penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai berkaitan dengan kandungan.

Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan


Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan adalah bagaimana kita
membuat penyataan tentang kecintaan dan sayangi alam ciptaan Tuhan di sekeliling
25

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

kita. Penghargaan kita kepada semua aspek kehidupan turut mencakupi tentang
nilai-nilai murni yang ingin disarankan melalui penyataan estetik yang dibuat melalui
karya yang dihasilkan. Pernyataan estetik ini seringkali memberi pengalaman indah
kepada pemerhati, justeru menerapkan perasaan estetik terhadap sesuatu objek.
Melalui pengalaman estetik ini akan membuatkan seseorang individu itu menghargai
apa yang ingin disampaikan oleh sesuatu karya seni.

Penghargaan terhadap

keindahan tentunya akan menyerlahkan sisi baik seseorang individu dalam


mengharungi aspek kehidupan yang lain, kerana jiwa seni itu seringkali dikaitkan
dengan kehalusan, sensitiviti dan kesedaran untuk membetulkan apa yang salah.
Penghargaan yang tinggi harus diberi kepada usaha pengkarya yang sangat murni
dalam menghargai keindahan dan nilai-nilai yang murni dalam kehidupan kerana
keindahan yang lebih bermakna adalah terhadap kekuasaan yang maha Esa yang
membuatkan manusia sentiasa rasa takjub kepada keindahan alam yang tiada
bandingan.

Latihan

1.

Buat apresiasi mudah dengan membincangkan unsur-unsur seni yang


diaplikasikan dalam sebuah hasil karya seni yang dipilih.

1.6

Aktiviti-aktiviti Dalam Empat Bidang Kegiatan

Huraikan satu aktiviti dalam bidang membuat corak dan rekaan

Aktiviti bidang mengambar


Pengetahuan asas bagi aktiviti menggambar mempunyai dua unsur yang menjadi
tunjang utama di dalam proses memahami konsep penghasilan seni visual. Dua
unsur utama itu ialah elemen unsur seni dan elemen seni reka atau prinsip seni.

26

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Lukisan merupakan salah satu aktiviti dalam bidang menggambar iaitu satu
perbuatan meletakkan pewarna yang terlarut dalam sejenis bahan pelarut dan
dicampurkan dengan agen pengikat kepada permukaan seperti kertas, kanvas dan
sebagainya. Aktiviti membuat lukisan merupakan pengetahuan awal yang dibuat
untuk meluahkan perasaan yang berbentuk imej dengan menggunakan media kering
atau warna paling minimum. Ia merupakan karya seni atau kerja seni yang
dihasilkan di atas sesuatu permukaan rata yang mengabungkan garisan dan ton
warna. Lukisan yang dilukis adalah menggambarkan aktiviti dan perasaan pelukis.
Perspektif adalah satu elemen penting bagi menampilkan perbezaan dari segi saiz,
warna dan jalinan bagi sesuatu objek apabila ia berada jauh dari pandangan.
Perspektif ialah skala atau ukuran objek dari pelbagai sudut pandangan yang
mempunyai beberapa aspek penting seperti; garisan horizontal, titik lenyap,
tetingkap fokus dan nisbah keemasan.
Aktiviti melukis memberi ruang bagi kanak-kanak mengeluarkan dan melahirkan
perasaan, cara berkomunikasi dengan dan tanpa bahasa yang boleh membantu
mereka dalam pembelajaran.
Catan ialah aktiviti menggambar dengan menggunakan bahan berwarna atau cat
yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata dalam bentuk dua dimensi
dengan menggunakan media basah. Aktiviti ini membolehkan seseorang menyedari
serta merakam kesan cahaya pada bentuk, rupa, ruang, komposisi serta susunan
yang terdapat pada alam sekitar.
Terdapat beberapa elemen yang perlu diberi perhatian dalam aktiviti catan.
Antaranya ialah:
-

irama

komposisi

warna

sapuan berus

subjek

27

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Resis pula ialah aktitviti menggambar dengan menggunakan kaedah penolakan


bahan seperti minyak dan air. Penolakan bahan berminyak dan air menghasilkan
ciri-ciri unik yang menarik di atas kertas. Contohnya kertas yang dilakarkan dengan
pastel minyak dan di sapukan dengan cat air akan menghasilkan teknik
menggambar seperti batik iaitu bahagian yang dilakarkan dengan pastel minyak
akan menolak warna yang berasaskan air tersebut. Kaedah resis juga boleh
dipelbagaikan mengikut kreativiti seseorang seperti menggunakan lilin atau krayon.
Percikan

pula

adalah

teknik

menggambar

dengan

memercikkan

warna

menggunakan berus gigi atau berus-berus lain yang sesuai. Aktiviti percikan ini akan
menghasilkan corak yang menarik secara spontan.
Cetakan dalam bidang menggambar ialah proses terapan blok atau plat ke atas
permukaan kertas, kain atau bahan-bahan lain. Cetakan merupakan hasilan imej
yang terdapat pada permukaan blok yang dipindahkan melalui terapan imej yang
diukir itu. Blok atau plat yang mempunyai rekabentuk yang menarik seperti objek
berbentuk geometri dan organik atau huruf akan menjadikan aktiviti cetakan sangat
menarik dan mudah untuk dilaksanakan.
Cetakan terbahagi kepada beberapa jenis seperti;
-

Cetakan timbulan

Cetakan stensil/sarigrafi

Cetakan monoprint

Cetakan benam

Cetakan planografi/litografi

Terdapat pelbagai jenis bahan yang boleh digunakan untuk menghasilkan cetakan
seperti kayu, strawbod, lino, stensil, profilem, ubi kentang, daun dan sebagainya.
Stensilan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan kertas keras atau
tebal, kepingan plastik yang mempunyai corak dan bentuk. Aktiviti ini membolehkan
seseorang merakam kesan rupa, bentuk, ruang, komposisi, serta susunan secara
terancang atau tidak. Corak yang menarik juga bolh dihasilkan melalui aktiviti
stensilan ini.

28

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Gurisan ialah aktiviti menggambar dengan menggunakan kanji yang dicampur


dengan warna air atau poster. Kanji akan bertindak seperti bahan pelekat yang
berkilat menjadikan warna lebih menyerlah. Campuran disapu pada permukaan
kertas dengan menggunakan tangan bagi meratakan warna tersebut, kemudian ia
akan diguris-guris dengan menggunakan objek tajam seperti garfu, sikat dan
sebagainya untuk mendapatkan corak secara tidak terancang. Aktiviti ini mudah
dijalankan, tetapi perlu dibuat secara berhati-hati agar tidak comot.
Capan merupakan aktiviti menggambar paling mudah bagi kanak-kanak dalam
kegiatan seni. pelbagai alat capan boleh digunakan seperti jari, tapak tangan, tapak
kaki dan sebagainya untuk menghasilkan corak yang kreatif. Aktiviti ini sangat
menyeronokkan dan dapat memberi pengalaman yang baru kepada murid sekolah
di mana mereka dapat merasai warna yang digunakan secara langsung.
Konsep bidang menggambar dalam aktiviti kolaj, montaj dan mozek merupakan
aktiviti menampal media lain seperti kertas warna, foto dan bahan-bahan lain di atas
kertas lukisan untuk menghasilkan satu gambaran yang kreatif manakala aktiviti
gosokan pula adalah menyalin semula atau pemindahan corak, jalinan, tekstur, rupa
serta reka bentuk permukaan asal kepada kertas lukisan untuk mendapatkan kesankesan yang menarik.
Kolaj ialah aktiviti menggambar dengan menyusun pelbagai jenis bahan seperti
bijiran, kertas warna, daun dan sebagainya di atas prmukaan yang rata seperti
kertas, kanvas atau kadbod dengan menggunakan bahan perekat yang sesuai.
Bahan yang dijadikan kolaj itu boleh dijadikan pelbagai jenis imej atau corak yang
menarik.
Montaj ialah satu proses atau aktiviti menghasilkan karya menggunakan kertas
warna, gambar, huruf, dan lain-lain yang ditampal pada sesuatu permukaan yang
rata dalam bentuk dua dimensi dengan menggunakan gam bagi mewujudkan
gambaran secara grafik. Aktiviti ini merupakan asas kepada reka bentuk grafik.
Teknik ini membolehkan seseorang membentuk serta merakamkan gambaran dalam
pelbagai bentuk, rupa, ruang, komposisi serta susunan yang terdapat pada alam
sekitar atau objek.
29

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Mozek ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan kertas berwarna yang
dipotong kecil seperti jubin di mana ia ditampal ke atas sesuatu permukaan rata
dalam bentuk dua dimensi dengan menggunakan gam bagi mewujudkan gambaran
secara grafik.
Gosokan ialah proses menghasilkan karya seni dengan menggunakan teknik
gosokan media kering di atas kertas lukisan yang diterap di atas permukaan yang
mempunyai jalinan timbul yang kasar dan ketara. Permukaan atau jalinan bahanbahan seperti kulit pokok, duit syiling, cermin tingkap yang kasar akan terbentuk
pada kertas lukisan apabila warna yang digosok berlapikkan kertas tersebut
dilakukan. Bahan tekstur yang diperolehi dari jalinan permukaan yang disalin secara
gosokan itu boleh dijadikan bahan seni yang menarik apabila menghasilkan karya
menggambar secara kolaj.
Aktiviti membuat corak dan rekaan pula melibatkan banyak aktiviti yang menarik.
Membuat corak dan rekaan secara tidak terancang melibatkan aktiviti seperti
pualaman.
Pualaman atau putaran warna secara spontan, iaitu dengan menekap kertas lukisan
pada permukaan warna yang terapung di permukaan minyak. Campuran warna
yang dititis pada permukaan minyak akan terapung dan diputarkan secara rawak
dengan menggunakan lidi untuk menghasilkan corak tidak terancang.
Tiupan ialah hasil karya seni yang ringkas iaitu dengan meniup warna air yang dititis
di atas permukaan kertas. Warna air yang ditiup itu akan terpecah dan tersebar
secara rawak di atas permukaan kertas dan menghasilkan reka corak tidak
terancang yang menarik jika pilihan warna yang sesuai dibuat. Teknik tiupan ini
boleh dilakukan dengan menggunakan mulut dan straw sahaja.
Titisan ialah aktiviti ringkas untuk menghasilkan corak tidak terancang. Warna air
akan dititiskan pada permukaan kertas yang basah untuk menghasilkan gubahan
corak tidak terancang yang menarik dan unik.

30

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Ikatan dan celupan adalah kaedah membuat corak tidak terancang yang
menggunakan kain kapas yang nipis atau kertas tisu yang diikat dengan cara
tertentu untuk mendapatkan corak yang diingini. Kertas atau kain yang diikat itu
akan direndam didalam pewarna seperti warna batik yang akan meninggalkan kesan
warna yang menarik setelah ikatan tersebut dibuka.
Renjisan dan percikan juga dapat mewujudkan corak tidak terancang yang menarik
melalui kaedah merenjis atau memercikkan warna secara spontan di atas
permukaan kertas yang kering. Daun-daun dengan rupa yang menarik boleh
diletakkan di atas permukaan kertas bagi membentuk imej daun yang berlatar
belakangkan warna-warna renjisan yang menarik.
Aktiviti membentuk dan membuat binaan ialah salah satu bidang seni visual yang
boleh dilakukan seperti membuat arca tiga dimensi dengan menggunakan bahan
seperti plaster of paris, plastersin, lilin, kayu, dawai, tanah liat, doh, span, sabun dan
sebagainya.
Arca asemblaj adalah gabungan bahan-bahan terbuang yang diolah menjadi karya
seni yang menarik. Pembentukan dan pembinaan arca asemblaj terbentuk daripada
hasil cantuman bahan-bahan tiga dimensi yang semulajadi atau buatan manusia
yang disatukan menjadi objek seni yang tersendiri. Pelbagai bahan terbuang boleh
diolah semula menjadi karya-karya hebat jika dirancang secara kreatif dan inovatif.
Mobail ialah arca yang boleh bergerak secara kinetik. Mobail direka untuk
menghasilkan pergerakan yang berirama dan berubah-ubah. Mobail mementingkan
keseimbangan, bentuk, warna, reka bentuk dan ruang.
Kraf tradisional alat domestik merupakan barangan berfungsi tetapi boleh dijadikan
barang perhiasan yang menarik seperti barangan tembikar, tekat, ukiran, keris, wau
dan sebagainya. Terdapat juga alat perhiasan diri seperti rancai, cincin, pending,
keronsang yang boleh direka semula menggunakan bahan-bahan seperti kadbod,
manik dan sebagai aktiviti karya seni yang menarik. Antara aktiviti kraf yang sering
dijalankan disekolah adalah anyaman dengan menggunakan kertas warna atau
riben. Barangan tembikar juga boleh dihasilkan dengan menggunakan papier mache
31

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

atau tanah liat. Manakala wau atau kuda kepang boleh dihasilkan dengan
menggunakan kertas kadbod yang dipotong dan dilukis corak yang sesuai di
atasnya bagi menyerupai kraf sebenar.

Latihan

1.

Senaraikan lima aktiviti seni dalam bidang membentuk dan membuat binaan
yang paling sesuai mengikut murid tahap 1.

2.

Nyatakan lima teknik penghasilan berasaskan bahan terbuang yang sesuai


dijalankan di dalam bilik darjah.

32

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

INTERAKSI 1

1.1

1.2 AMALI
MENEROKA ALAT DAN BAHAN

Sinopsis
Tajuk ini berkaitan penerokaan dan membuat eksperimentasi terhadap
pelbagai jenis alat dan bahan serta penerokaan dan membuat eksperimentasi
ke atas perisian-perisian komputer yang dapat memberi nilai tambah dalam
penghasilan karya seni.

1.2

Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

1.

Membanding beza pelbagai jenis aktiviti dalam empat bidang kegiatan


iaitu Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan
Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional

2. Menjana idea dengan menggunakan pelbagai alat, bahan, dan teknik


serta mengaplikasikannya dalam penghasilan mengikut empat bidang
kegiatan
3.

Melaksanakan aktiviti penerokaan dan eksperimen untuk


meningkatkan pengamatan dan pertimbangan estetik untuk pengajaran
dan pembelajaran setiap bidang kegiatan

4.

Mengaplikasi asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) melalui


perisian-perisian dalam proses penghasilan karya

5.

Merancang aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran setiap bidang


kegiatan

6.

1.3

Menjalankan sesi apresiasi secara mudah

Kerangka
33

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Amali Meneroka Alat dan Bahan

1.4

Meneroka / Membuat
eksperimentasi pelbagai
jenis alat dan bahan.

Meneroka / membuat
eksperimentasi perisianperisian.

Meneroka / Membuat eksperimentasi pelbagai jenis alat dan bahan.

Nyatakan bentuk penerokaan terhadap alat dan bahan yang pernah


anda lakukan dalam menghasilkan karya seni.

Pelbagai alat dan bahan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni
Visual KBSR boleh dilaksanakan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan
bersistematik dapat menentukan keberkesanan pembelajaran ke tahap yang optima.
Dalam merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
seseorang guru perlu cekap memilih alat dan bahan yang bersesuaian dengan
suasana pembelajaran. Oleh itu, beliau haruslah mempunyai pengetahuan tentang
pelbagai kegunaan alat dan bahan bagi merancang pengajaran dan pembelajaran
yang menarik dan kondusif bagi mencapai objektif yang hendak disasarkan.
Menggambar adalah salah satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat
dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Tajuk ini disediakan untuk
membina pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui penggunaan pelbagai
alat, olahan bahan dan jenis aktiviti menggambar. Melalui asas-asas menggambar,
anda seharusnya dapat menghasilkan pelbagai jenis aktiviti menggambar. Anda
boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menggambar. Contohnya ialah
seperti pensel, pensel warna, cat air, cat poster, pen, lilin, pastel, krayon, kertas
warna, gam, gunting, bahan-bahan kutipan dan berus. Media untuk menggambar
34

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

terdiri daripada dua jenis media kering dan media basah. Contoh media kering
adalah seperti pensel, pen, pensel warna, krayon, arang lilin dan comte. Media
basah terdiri daripada cat air, cat poster, cat minyak dan cat akrilik atau kekuda dan
alat masking. Permukaan untuk catan adalah seperti kertas, kad, papan, tikar,
kanvas dan lain-lain lagi. Alat-alatan dan perkakas lain adalah seperti palet, kain
pengelap, bekas berus, easel atau kekuda dan alat masking. Apabila seseorang
mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah cara menghasilkan karya dengan
menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat gloss dan
lain-lain lagi. Berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain boleh digunakan untuk
menyapukan bahan cat di atas sesuatu permukaan. Selalunya, sapuan cat akan
menonjolkan karya dan memberi berbagai kesan kepada kandungan dan
penyampaian gambar. Teknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan
menggunakan tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas,
bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan
seperti kertas atau plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya
bahan yang berlainan sifat atau jalinan dapat memberi berbagai kesan kepada
kandungan dan penyampaian gambar.
Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan untuk membuat cetakan. Untuk
jenis cetakan blok, imej pada blok cetakan disediakan dan warna atau dakwat
cetakan dicetak ke atas permukaan kertas. Contoh bahan cetakan lain adalah
seperti cetakan lino, strawboard , papan lapis dan polyfoam. Gambar boleh diukir di
permukaan lino, papan, papan lapis atau sebagainya. Kemudian, bahan warna
disapukan di atas permukaan dan dicetak atas kertas. Cara gambar diukir dan sifat
bahan yang diukir itu akan memberi kesan yang berlainan. Secara amnya, teknik
capan juga boleh digolongkan dibawah kategori cetakan. Teknik capan ialah cara
untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat
air atau cat poster) dan dicat ke atas sesuatu permukaan. Anda boleh menghasilkan
pelbagai rupa bentuk dengan menggunakan pelbagai jenis bahan. Contohnya
adalah seperti capan bahan buangan, capan bahan organik dan sebagainya.
Teknik resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain.
Contohnya jika anda menggunakan warna air bersama warna lilin atau warna air
bersama cow gum. Warna air tidak akan bercampur dengan warna lilin ataupun cow
35

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

gum. Dengan teknik ini, anda boleh menggunakan lilin cair ataupun pepejal. Lilin
boleh digunakan untuk melukis atau memadamkan sesuatu kawasan permukaan
melukis seperti kertas. Warna air boleh disapukan di atasnya. Di kawasan yang tidak
berlilin, warna air akan diserap. Lilin menolak warna air itu. Maka terdapat dua
kawasan dengan dua jenis kesan. Kadang-kadang titik-titik warna air sahaja yang
tertinggal di atas permukaan lilin dan memberi sesuatu jalinan. Krayon juga boleh
digunakan di peringkat sekolah rendah. Kesan yang lembut atau kasar akan terhasil
di sempadan penemuan lilin atau krayon dan warna air terpulang kepada jenis lilin
atau krayon yang digunakan. Proses membuat batik adalah satu contoh teknik resis.
Untuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan, anda boleh menggunakan
sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari
sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara
berlapis- lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Alat yang
keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris
pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Pelbagai jenis alat yang keras
dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang
dihasilkan. Alat dan bahan untuk penghasilan teknik mozek ialah bahan-bahan
seperti kertas warna, plastik, kepingan jubin dan lain-lain ke atas sesuatu
permukaan seperti kertas, plastik dan papan secara tersusun, bersebelahan dan
tidak bertindih. Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih memberi kesan
khas pada mozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan bahan yang ditampal itu
memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan.

Pada abad ke-17 dan ke-18, pensel dan arang merupakan media yang amat
dominan dan digemari oleh pelukis-pelukis agung. Manakala dewasa ini pen, berus
dan dakwat adalah alat atau bahan yang popular dalam kalangan pelukis. Anda
boleh

mengikuti

panduan

berikut

untuk

mempertingkatkan

kemahiran

mengaplikasikan alat, bahan dan teknik dalam penghasilan karya.


1. Anda perlu memahami dan mengetahui alat, bahan dan teknik kerana ia adalah
asas yang paling penting dalam kerja menggambar. Maklumat ini memudahkan
proses mengekspresi diri dalam penghasilan karya.
36

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

2. Anda perlu membuat tinjauan, pemerhatian atau melihat kerja melukis oleh tokohtokoh kerana ia amat membantu dalam kerja menggambar.
3. Pastikan anda telah mengeksplorasikan alat dan bahan mengikut teknik yang
berkaitan dengan jenis gambar yang bakal dibuat sebelum menggambar.
Anda boleh menghasilkan corak melalui pelbagai teknik dan cara seperti yang anda
akan pernah lihat. Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu yang disusun
berulangan. Motif-motif pelbagai bentuk dan rupa ini boleh diperhatikan di alam
sekeliling kita seperti:
1. Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan;
2. Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, paku dan gunting;
3. Geometri seperti bulat, segitiga dan segiempat;
4. Abjad rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka; dan
5. Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.

37

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Teknik menghasilkan corak pula terbahagi kepada dua jenis iaitu:


Corak tidak terancang

Corak terancang

Pualaman

Lukisan

Renjisan

Catan

Lipatan warna dengan

Cetakan

kertas
Tiupan

Capan

Titisan

Lipatan dan guntingan

Ikatan dan celupan

Resis

Renjisan dan percikan

Kolaj

Cara membentuk dan membuat binaan

38

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

http://www.roadsidescholar.com/wp-content/uploads

http://www.roadsidescholar.com/wp-content/uploads

Mengaplikasikan

alat,

bahan

dan

teknik
39

dalam

bidang

membentuk

dan

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

membuat

binaan berkaitan

dengan

proses

yang

mesti

dilakukan

dalam

menjadikan objek itu bersifat tiga dimensi. Menjelmakan objek konkrit tiga
dimensi ini akan mengambil kira bagaimana untuk menstrukturkan reka bentuk
disamping

memerhati

dan

meneliti

sfera-sfera

objek yang akan dibuat.

Seterusnya menentukan rangka dan rupa bentuk melalui pertimbangan permukaanpermukaan yang terlibat, ketinggian, kelebaran, berat dan garis luar objek.
Pada kebiasaannya, sesuatu bentuk konkrit akan di asaskan berdasarkan
bentuk-bentuk ilusi dan seterusnya dipindahkan imej ini kepada objek realiti.
Tahukah anda bagaimana cara-cara membentuk dan membuat sesuatu karya?
Anda boleh:
1. mengenalpasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan;
2. mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan
objek;
3. mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan;
4. menggunakan alat dan bahan pengolahan reka bentuk;
5. menghasilkan

jenis-jenis

bentuk

bergerak

dan

bentuk

yang

mempunyai ilusi pergerakan;


6. menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan;
7. membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar;
8. memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan;
9. berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi
proses membuat, olahan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan;
10. menentukan

cara

dan

memperagakan

bentuk

rekaan

yang

paling

sesuai dan menyatakan kesannya;


11. menceritakan

pengalaman

baru

menghasilkan bentuk reka

Penentuan Alat dan Bahan


40

yang

diperoleh

daripada

proses

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Selain daripada alatan dan bahan yang telah dinyatakan, terdapat beberapa
pertimbangan lain yang perlu dan penting untuk aktiviti membentuk dan membuat
binaan, antaranya:
1. bahan terbuang yang diguna pakai semula;
2. benda-benda daripada alam sekitar seperti buluh, tanah liat, buah kelapa,
pinang, kulit siput dan sebagainya;
3. benda-benda buatan manusia seperti manik, kayu larik, kotak-kotak, tisu,
gam dan sebagainya; dan
4. bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki kerus yang
patah, papan yang telah terendam dan banyak lagi benda-benda lain.
Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada pelajar anda
membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi
kesedaran bahawa idea dan kreativiti ada fungsi dan makna. Bagaimanakah cara
ini dapat dilakukan? Anda boleh:
(a) Rujukan kepada Objek Sebenar
1. memerhati, mengenali dan memahami bentuk dan ruang objek;
2. memerhati dan menyentuh bentuk benda alam dan benda buatan manusia;
3. memerhati dan menyatakan perbezaan dan persamaan sifat bahan melalui deria
pendengaran;
4. memerhati pelbagai jenis bentuk barangan buatan manusia untuk kegunaan
harian, permainan dan peragaan; dan memahami bahawa sesuatu objek itu
memenuhi ruang sebenar.
(b) Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik
Kemahiran-kemahiran seperti di atas akan merujuk kepada beberapa kriteria
penghasilan. Secara yang paling asas ia berkaitan dengan:
1. Kesesuaian tajuk, tema dan teknik yang dikaitkan dengan pemilihan alat dan
bahan.
2. Membuat thumbnail print sebagai tindakan mengawal dan mengawas
urusan membuat. Segala lakaran ini mengambil kira dari segi kesesuaian
objek.
3. Sesuatu perkembangan progress kerja dikawal selia mengikut keperluan
41

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

bahan dan alat yang menjadikan urutan kerja berjalan lancar dan terancang.
4. Pilih teknik membuat. Bagi teknik topeng misalnya, kaedah tampalan
mungkin dianggap paling dominan dan sesuai. Lakukan pemeringkatan
penghasilan topeng ini dengan teliti dan teratur.
5. Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib. Bagi penggunaan pahat dalam
konteks menghasil arca luakan berasaskan kayu perlu diawas dari cara
memegang, pilihan saiz pahat, arah pergerakan mata pahat disamping
kekuatan dan kadaran pukulan berbantukan tukul kayu.
6. Bagi kerja-kerja menghalus ke atas objek arca, kertas pasir seringkali
diaplikasikan untuk mendapatkan tekstur yang licin dan menarik.
7. Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada, labuci,
manik-manik seringkali menjadi pilihan untuk dijadikan kemasan akhir
produk. Pilih keserasian bahan penyudah atau bahan kemasan untuk
penampilan yang anggun.
8. Untuk tujuan peragaan yang mantap, tentukan tapak yang kukuh dan
selamat.
Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri
kekuatan reka bentuk di samping kesesuaian terhadap mesej dan tajuk binaan.
Alatan-alatan yang berupa mesin berkuasa letrik seperti pengisar kertas untuk
membuat papier mache, mesin untuk menggaul papier mache, mesin perata dan
mesin penyembur cat mungkin diperlukan untuk menghasilkan dapatan yang baik
dan bermakna. Seterusnya, pilihan lokasi yang relevan dengan objek seni perlu
dipertimbangkan. Mobail perlu digantung, stabail statik dan perlukan tapak yang
mantap, diorama dikotakkan pada cermin atau perspek yang lutsinar dan origami
perlukan penampilan ruang hias yang bertutup seperti almari cermin. Akhirnya,
apabila penampilannya berlaku dalam situasi yang relevan, karya akan kelihatan
cantik dan menarik.

Proses Penghasilan Tembikar


42

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Mari kita teliti proses untuk menghasilkan tembikar.


1. Tanah liat dijemur dan dikeringkan sebelum ditumbuk menjadi debu. Ayak
debu tanah liat untuk mengasingkan batu-batu kecil dan sampah sarap yang
terdapat di dalam tanah.
2. Campur debu tanah dengan air dan kacau. Simpan di dalam pasu selama tiga
hari.
3. Tanah liat akan mendap. Uli menjadi liut dan lembut.
4. Tembikar boleh dibentuk mengikut kehendak sendiri. Pinggan digunakan
untuk proses penyambungan tanah liat yang digelungkan.
5. Bentuk tembikar dari bawah ke atas, tahap demi tahap.
6. Semasa membentuk permukaan, tanah liat ditekan dengan kayu di sebelah
dalamnya ditahan dengan tangan. Ini bertujuan untuk menguatkan tembikar.
7. Pisau buluh pula digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar. Tekan dan
gerakkan bahagian mata pisau dari bawah ke atas.
8. Tapak atau kaki tembikar dibuat secara berasingan. Cantuman bahagian
badan dan kepala tembikar siap dibuat semasa tanah liat masih dalam
keadaan separuh siap leather hard.
9. Ragam hias dibuat dengan menggunakan penepek berukir.
10. Tembikar yang siap dibuat akan dijemur sebelum dibakar.
11. Tembikar dikeras secara tanur dedah iaitu dilakukan secara salai.
12. Tembikar yang telah siap disalai dimasukkan ke dalam timbunan sekam.
13. Damar disapu di bahagian bawah tembikar bagi mengelakkan tiris.
Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, pelbagai jenis alat dan bahan
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Jenis pertama adalah alat dan
yang digunakan untuk penghasilan. Jenis kedua adalah alat dan bahan bantu
untuk tujuan diatas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua
jenis itu pula boleh dibahagi kepada beberapa sub kategori seperti berikut:
a. Alat dan bahan untuk penghasilan
Contoh: alat dan bahan untuk menghasilkan gambar catan:
Alat: berus atau alat ganti untuk mengecat.
Bahan: warna air atau warna poster, kertas kartrij.
Peralatan lain: palet, bekas air, kain lap, kertas surat khabar.

43

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

b. Alat dan bahan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran:


i.

Alat dan bahan bantu yang ada dalam kehidupan seharian murid dan
pengalaman sedia ada murid. Contohnya: Bola,baju,kasut,kotak ubat
gigi,penyapu,sikat,bunga,daun,rumput,batu,bata,beg,jam,cawan,botol,gulagula,kacang,tiket,kotak.

ii.

Alat dan bahan bantu yang direka khas untuk menjelaskan konsep dan
secara langsungnya tidak ada dalam kehidupan seharian murid. Contohnya:
Jadual,penyusunan grafik,carta,kad huruf dan angka,kad perkataan dan kad
ayat,

gambar

rajah,senarai,kad

separuh

bulatan,kad

sisipan,papan

gulung,papan flannel,papan tulis,petikan rencana.

Latihan
1. Sila anda senaraikan alat dan bahan yang untuk sesuai untuk aktiviti
kepada bidang-bidang di bawah:
Bidang
1. Menggambar
2. Membuat corak
dan rekaan
3. Membentuk
dan membuat binaan
4. Kraf Tradisional

Aktiviti
Catan Minyak
Capan
Patung Puppet
Anyaman

44

Alat dan bahan

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

1.5

Meneroka/Membuat Eksperimentasi Perisian-Perisian

Perisian grafik yang manakah yang sering digunakan masakini?

Pada masa lalu seorang pelukis menggunakan berus, cat dan kanvas untuk
mencurahkan idea-idea kreatif mereka. Begitu juga para perekabentuk grafik
menggunakan alat-alat konvensional seperti pen teknikal, jangka sudut, pembaris,
warna dan sebagainya bagi menghasilkan rekaan yang kemas dan tepat. Kini
dengan perkembangan teknologi komputer, seorang pelukis atau perekabentuk
boleh menggunakan pelbagai perisian bagi menggantikan bahan dan peralatan
manual tersebut untuk melahirkan idea mereka dengan lebih bebas dan kreatif. Di
samping itu rekaan yang dihasilkan juga lebih mudah, pantas, tepat dan berkualiti.
Kajian rekaletak, kajian warna dan proses mengubahsuaian imej juga menjadi jauh
lebih mudah berbanding menggunakan cara manual. Kos untuk menyediakan
bahan juga adalah jauh lebih murah, kerana semuanya dalam bentuk digital dan
sangat mudah untuk membuat salinan serta mengubah saiznya.
Secara umumnya grafik atau lukisan digital adalah merujuk kepada sebarang
rekaan dan karya seni yang dihasilkan menggunakan perkakasan dan perisian
komputer. Ia disampaikan kepada penonton menggunakan skrin computer atau
melalui cetakan berkomputer. Ianya boleh dipersembahkan dalam pelbagai bentuk,
daripada yang ringkas seperti garisan, rupa, corak, gambar realistik sehingga
berbentuk fantasi, tiga dimensi dan animasi.
Perisian Grafik dan Lukisan Digital
Grafik dan lukisan digital boleh dihasilkan dengan menggunakan perisian-perisian
tertentu yang dijual dipasaran atau dilanggan melalui internet. Ada juga sebahagian
perisian tersebut kita boleh perolehi sacara percuma dengan memuat turun
daripada internet. Sebagai seorang guru mungkin kita tidak perlu membeli perisian
yang canggih untuk mengajar lukisan digital kerana kosnya sangat mahal.
Pembelian perisian grafik yang tulin mungkin berbaloi bagi syarikat-syarikat yang
menyediakan perkhidmatan rekabentuk kerana akan mendapat pulangan yang
45

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

lumayan. Seorang guru biasanya menghasilkan karya digital bukan untuk tujuan
perniagaan tetapi untuk menyediakan bahan-bahan pengajaran. Sekarang ini sudah
ada banyak perisian-perisian yang dibangunkan dan diberikan secara percuma
(open source) untuk tujuan rekabentuk atau melukis. Di sekolah kita boleh
menggunakan prisian grafik seperti Microsoft Paint atau Paint Brush yang telah
tersedia di dalam Microsoft Windows. Perisian grafik dan lukisan digital boleh
dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut kegunaannya. Berikut adalah
antara perisian-prisian yang popular dan selalu digunakan di dalam bidang
rekabentuk grafik dan lukisan digital;
a. Perisian penyuntingan foto dan membentuk imej
Perisian penyuntingan foto sering digunakan di dalam menghasilkan rekaan seperti
poster, banner rekabentuk kulit buku, grafik untuk laman web, aplikasi multimedia,
latar belakang bahan persembahan dan sebagainya. Di samping itu perisian seperti
ini berguna untuk menyunting imej-imej yang diambil menggunakan kamera digital,
pengimbas, atau diperolehi melalui internet. Imej-imej tersebut boleh diubahsuai dari
segi warna, saiz dan kesan khas. Melalui perisian penyuntingan foto juga
perekabentuk boleh mengabungkan pelbagai imej, teks dan kesan khas agar
hasilnya kelihatan lebih artistik.
Imej peta (bitmap) biasanya dihasilkan dengan menggunakan perisian penyuntingan
imej. Imej seperti ini mudah dihasilkan, menarik, lebih realistik dan tidak
memerlukan kemahiran yang tinggi. Imej bitmap boleh diterima oleh kebanyakan
perisian pembangunan aplikasi multimedia. Walau bagaimanapun imej jenis bitmap
yang dihasilkan, sekiranya diperbesarkan akan kelihatan begerigi. Menukar saiz
atau imej gambar akan menyebabkan kejatuhan kualitinya. Agak sukar untuk
menghasilkan imej-imej yang abstrak seperti untuk menerangkan konsep-konsep
dalam sains atau sesuatu rekaan yang baru dengan menggunakan perisian
penyuntingan imej.
Berikut adalah antara perisian yang sangat popular yang digunakan untuk
mengedit foto:
o Adobe Photoshop
o Corel Painter
o Print Shop Pro
46

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

o Photo Impact

47

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pada masa ini Adobe Photoshop adalah antara perisian penyunting imej yang sangat
bertenaga dan banyak digunakan oleh perekabentuk seluruh dunia. Photoshop
adalah nama standard dalam rekabentuk grafik yang digunakan untuk menghasilkan
imej-imej yang menarik dalam pembinaan laman web, percetakan, pengiklanan dan
banyak lagi. Diakui di seluruh dunia sebagai standard industry. Pelajari tips dan trik,
bagaimana menggunakan kemudahan-kemudahan yang diberikan oleh Adobe
Photoshop dengan lebih berkesan melalui laman-laman web
berikut;
http://www.photoshopsupport.com/tutorials.html
http://www.photoshopstar.com/
http://www.adobephotoshoptutorials.com/

Antaramuka perisian grafik Adobe Photoshop

Selain dari itu, terdapat juga perisian penyuntingan imej berasaskan sumber terbuka
open source yang boleh didapat secara percuma. Antara yang terkenal ialah The
Gimp yang boleh dimuat turun melalui alamat; http://www.gimp.org GIMP adalah
singkatan dari GNU Image Manipulation Program (Program Manipulasi Gambar
GNU). Ini adalah perisian yang fungsinya hampir menyerupai Adobe Photoshop dan
diedarkan secara percuma untuk tugas-tugas seperti mengedit gambar. GIMP juga
memiliki banyak kemampuan. Sebagai contoh ia dapat digunakan untuk aktiviti
catan yang mudah, menggabungkan pelbagai imej dan teks, menambahkan kesankesan artistik, mengubah format gambar dan banyak lagi. GIMP ditulis dan
dikembangkan di bawah X11 pada platform UNIX. Tapi pada dasarnya kod yang
sama juga berjalan pada MS Windows dan Mac OSX. Pelajari pengetahuan asas,
48

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

tips dan trik, bagaimana menggunakan kemudahan- kemudahan yang diberikan


oleh perisian GIMP dengan lebih berkesan melalui laman-laman web berikut;
http://www.gimp.org/tutorials/
http://gimp-tutorials.net/
http://www.gimp-tutorials.com/

Laman web GIMP - http://www.gimp.org

Antaramuka Perisian GIMP

b. Perisian untuk melukis ilustrasi dan imej


Perisian grafik dari kategori ilustrasi atau lukisan imej vector (vector) amat popular
dalam menghasilkan Clip Art (untuk tujuan komersil). Ia juga banyak digunakan
dalam bidang teknikal, kejuruteraan atau rekabentuk. Di bidang pendidikan imej
vektor banyak digunakan dalam menghasilkan ilustrasi bagi tujuan menerangkan
konsep-konsep yang abstrak secara visual. Disamping itu imej vector juga sering
digunakan dalam dunia seni rekabentuk 49
grafik dan multimedia.

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

50

Anda mungkin juga menyukai