Anda di halaman 1dari 6

DOA MAJLIS RASMI

‫الر َح ِيم‬
‫الر ْح َم ِن ه‬ ‫َّللاِ ه‬‫بِ ْس ِم ه‬
َ ‫اء َو ْال ُم ْر‬
، َ‫س ِلين‬ ِ ‫علَى أ َ ْش َر‬
ِ ‫ف ْاْل َ ْن ِب َي‬ َ ‫سالَ ُم‬ ‫ َوال ه‬، َ‫ب ْال َعالَ ِمين‬
‫صالَة ُ َوال ه‬ ‫ْال َح ْمدُ ِ هّلِلِ َر ه‬
َ‫ص ْحبِ ِه أَ ْج َم ِعين‬
َ ‫علَى أَ ِل ِه َو‬َ ‫َو‬
Segala puji bagi Allah SWT., Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad SAW. dan ke atas keluarga serta para sahabat baginda sekalian.

Ya Allah Ya Karim Ya Wadud


Kami merakamkan kesyukuran kepadaMu kerana dengan keizinanMu kami dapat menjayakan
Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, Sekolah Kebangsaan Merotai Kecil Tahun 2010.

Ya Allah Ya Ghaniyyu Ya Hamiid


Kami memohon kepadaMu, agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan sifat rahman dan
rahimMu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredaan dan
hidayahMu.

Disaat ini juga kami rafakkan tangan kehambaan, mengharapkan ihsanMu agar Engkau teruskan
dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun
aspek pembinaan modal insan.

Ya Allah Ya Arhamarahimiin
Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai
pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang
akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka
dalam bidang akademik mahupun keterampilan peribadi yang luhur.

Malah kami memohon daripadaMu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini
akan menjadi katalis dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama
mengerah keringat dan mengembeling tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi
mengharumkan nama sekolah ini.

ِ ‫اب النه‬
‫ار‬ َ َ‫سنَة َو ِقنَا َعذ‬ َ ‫سنَة َو ِفي ْاْل َ ِخ َر ِة َح‬ َ ‫َربهنَا أ َ ِتنَا ِفي الدُّ ْنيَا َح‬
َ‫ص ْح ِب ِه أ َ ْج َم ِعين‬
َ ‫ َو َعلَى أ َ ِل ِه َو‬،ٍ‫س ِي ِدنَا ُم َح همد‬ َ ‫َّللاُ َعلَى‬‫صلهى ه‬ َ ‫َو‬
َ‫ب ْالعَالَ ِمين‬ِ ‫َو ْال َح ْمدُ ِ هّلِلَ َر‬
DOA MAJLIS HARI ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG
SKMK 2010

‫الر َح ِيم‬
‫الر ْح َم ِن ه‬ ‫َّللاِ ه‬‫ِب ْس ِم ه‬
‫علَى أَ ِل ِه‬ َ ‫اء َو ْال ُم ْر‬
َ ‫ َو‬، َ‫س ِلين‬ ِ ‫علَى أ َ ْش َر‬
ِ َ‫ف ْاْل َ ْن ِبي‬ َ ‫سالَ ُم‬ ‫ َوال ه‬، َ‫ب ْال َعالَ ِمين‬
‫صالَة ُ َوال ه‬ ‫ْال َح ْمدُ ِ هّلِلِ َر ه‬
َ‫ص ْحبِ ِه أَ ْج َم ِعين‬
َ ‫َو‬
Segala puji bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh alam, selawat dan salam keatas junjungan yang
mulia Nabi Muhammad SAW. keluarga dan sahabat baginda sekalian.

Ya Allah Ya Tuhan kami, di hari yang barakah ini kami zahirkan rasa syukur yang tidak terhingga
atas segala anugerahMu kepada kami. Lantaran itu Ya Allah, jadikanlah kami sebagai hambaMu
yang beriman, bertakwa, berilmu berakhlak mulia sejahtera di dunia dan di akhirat.

Allahuma Yazalzalali- walikram


Sempena Majlis Hari Anugeraqh Pelajar Cemerlang Peringkat Sekolah yang kami adakan pada
hari ini, kami memohon keampunan atas segala dosa-dosa kami,dosa kedua ibu bapa kami dan
dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah kembali
kepadaMu Ya Allah.

Allahuma Ya-Akra mal akramin


Kami dengan segala rendah diri memohon agar Engkau kurniakan kami dan hamba-hamba-Mu
sekalian dengan taufik dan hidayah, sentiasa di bawah pimpinan dan petunjuk-Mu ya Allah,
mudah-mudahan segala usaha dan amal, yang kami tunaikan akan mendapat sepenuh kejayaan
dalam keredhaan dan restu-Mu di sepanjang zaman. Khususnya terhadap warga sekolah kami
yang menganjurkan majlis ini . Selamatkan lah anak-anak didik kami. Curahkanlah rahmat dan
hidayamu kepada mereka. Jadikanlah mereka dari golongan hamba-hambamu yang beriman dan
bertakwa.

Allahuma Yamaliki-yau middin


Peliharakanlah kami daripada segala bala bencana. Pandulah kami ke jalan yang benar, adil
dan saksama. Kekalkanlah ya Allah , perpaduan, ketenteraman dan kemakmuran kami di SK
Merotai Kecil .

ِ ‫اب النه‬
‫ار‬ َ َ‫سنَة َو ِقنَا َعذ‬ َ ‫سنَة َو ِفي ْاْل َ ِخ َر ِة َح‬ َ ‫َربهنَا أ َ ِتنَا ِفي الدُّ ْنيَا َح‬
َ‫ص ْح ِب ِه أ َ ْج َم ِعين‬
َ ‫ َو َعلَى أ َ ِل ِه َو‬،ٍ‫س ِي ِدنَا ُم َح همد‬ َ ‫َّللاُ َعلَى‬‫صلهى ه‬ َ ‫َو‬
َ‫ب ْالعَالَ ِمين‬ِ ‫َو ْال َح ْمدُ ِ هّلِلَ َر‬
DOA MAJLIS PERKAHWINAN

‫الر َح ِيم‬
‫الر ْح َم ِن ه‬ ‫َّللاِ ه‬‫ِب ْس ِم ه‬
َ ‫اء َو ْال ُم ْر‬
، َ‫س ِلين‬ ِ ‫علَى أ َ ْش َر‬
ِ َ‫ف ْاْل َ ْن ِبي‬ َ ‫سالَ ُم‬ ‫صالَة ُ َوال ه‬ ‫ َوال ه‬، َ‫ب ْال َعالَ ِمين‬
‫ْال َح ْمدُ ِ هّلِلِ َر ه‬
َ‫ص ْحبِ ِه أ َ ْج َم ِعين‬َ ‫علَى أَ ِل ِه َو‬َ ‫َو‬
Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah atas segala nikmat pemberian yang Engkau kurniakan
kepada kami. Ya Allah, pada hari yang berkat ini, kami berhimpun di majlis ini sebagai tanda
kesyukuran kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh
keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka
(…......................................................................................................................................................)
.

Bersempena dengan majlis ini juga kami memohon rahmat-Mu ya Allah, kurniakanlah kepada
kedua mempelai yang diraikan ini kehidupan yang sihat dan selamat sejahtera serta dikurniakan
zuriat yang soleh. Perkukuhkanlah ikatan kasih sayang dan hormat menghormati antara mereka,
berakhlak mulia dan berbudi bahasa, serta beriman dan bertakwa kepada-Mu ya Allah.

Kami memohon rahmat-Mu agar dikurniakan keampunan, keberkatan dan sihat wal-afiat kepada
seisi keluarga, tuan rumah dan sekalian yang hadir bagi meraikan majlis yang diberkati ini.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan ini satu pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami pula
selepas ini, satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.
DOA MAJLIS SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ
SKMK 2011

‫الر َح ِيم‬
‫الر ْح َم ِن ه‬ ‫َّللاِ ه‬ ‫ِب ْس ِم ه‬
‫علَى أَ ِل ِه‬ َ ‫اء َو ْال ُم ْر‬
َ ‫ َو‬، َ‫س ِلين‬ ِ ‫علَى أ َ ْش َر‬
ِ َ‫ف ْاْل َ ْنبِي‬ َ ‫سالَ ُم‬ ‫ َوال ه‬، َ‫ب ْالعَالَ ِمين‬
‫صالَة ُ َوال ه‬ ‫ْال َح ْمدُ ِ هّلِلِ َر ه‬
َ‫ص ْح ِب ِه أَ ْج َم ِعين‬
َ ‫َو‬
Segala puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam, selawat dan salam keatas junjungan yang
mulia Nabi Muhammad SAW. keluarga dan sahabat baginda sekalian.

Ya Allah Ya Tuhan kami, di hari yang barakah ini kami zahirkan rasa syukur yang tidak terhingga
atas segala anugerahMu kepada kami. Lantaran itu Ya Allah, jadikanlah kami sebagai hambaMu
yang beriman, bertakwa, berilmu berakhlak mulia sejahtera di dunia dan di akhirat.

Allahuma Yazalzalali- walikram


Sempena Majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat Sekolah yang kami adakan pada hari ini, kami
memohon keampunan atas segala dosa-dosa kami,dosa kedua ibu bapa kami dan dosa seluruh
kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah kembali kepadaMu Ya
Allah.

Allahuma Ya-Akra mal akramin


Kami dengan segala rendah diri memohon agar Engkau kurniakan kami dan hamba-hamba-Mu
sekalian dengan taufik dan hidayah, sentiasa di bawah pimpinan dan petunjuk-Mu ya Allah,
mudah-mudahan segala usaha dan amal, yang kami tunaikan akan mendapat sepenuh kejayaan
dalam keredhaan dan restu-Mu di sepanjang zaman. Selamatkan lah anak-anak didik kami.
Curahkanlah rahmat dan hidayamu kepada mereka. Jadikanlah mereka dari golongan hamba-
hambamu yang beriman dan bertakwa.

Allahuma Yamaliki-yau middin


Peliharakanlah kami daripada segala bala bencana. Pandulah kami ke jalan yang benar, adil
dan saksama. Kekalkanlah ya Allah , perpaduan, ketenteraman dan kemakmuran kami di SK
Merotai Kecil .

ِ ‫اب النه‬
‫ار‬ َ َ‫سنَة َوقِنَا َعذ‬ َ ‫سنَة َوفِي ْاْل َ ِخ َرةِ َح‬ َ ‫َربهنَا أَتِنَا فِي الدُّ ْنيَا َح‬
َ‫ص ْح ِب ِه أ َ ْج َم ِعين‬
َ ‫ َو َعلَى أ َ ِل ِه َو‬،ٍ‫س ِي ِدنَا ُم َح همد‬ َ ‫َّللاُ َعلَى‬‫صلهى ه‬ َ ‫َو‬
َ‫ب ْالعَالَ ِمين‬
ِ ‫َو ْال َح ْمدُ ِ هّلِلَ َر‬
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Pertamanya, kita memanjat kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana di atas taufik dan inayahNya dapat
kita menyambut ketibaan peristiwa agung iaitu Israk dan Mikraj bersama umat Islam seluruh dunia.
Sambutan ini sememangnya dinantikan oleh seluruh umat islam kerana kepentingannya dalam mentarbiyah
jiwa manusia ke arah kesempurnaan dan membongkarkan keimanan serta keyakinan umat manusia tentang
kekuasaan Allah dan kebenaran kepada kenabian nabi Muhammad SAW.

Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab pada tahun ke- 11 selepas kenabian Rasullah SAW ini adalah
dua misi perjalanan hebat sebagai anugerah kemuliaan dan mukjizat kepada Baginda Rasulullah SAW
sebagai bukti kekuasaan Allah SWT sebagaimana Firman Allah SWT dalam surah al-Israa’ ayat 1 yang
bermaksud :

“Maha Suci Allah yang yang memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil al-Haram
(Makkah) ke Masjidil Al-Aqsa (Palestin) yang kami berkati sekelilingnya sebagai tanda kekuasaan kami.”

Semasa di Masjid al-Aqsa, Allah SWT telah memperlihatkan kepimpinan baginda SAW menjadi titik tolak
penyatuan akidah dan syariat di kalangan para anbiya yang lain, justeru baginda menjadi imam solat kepada
mereka, iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah kepada
keseluruhan manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang telah
menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia.

Sesungguhnya hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu Muslim
yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid al-Aqsa adalah kiblat
pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid al-Haram hingga ke hari ini. Manakala isu Palestin
merupakan isu yang mesti diperjuangkan oleh umat Islam sebagai agenda penting dakwah bagi membela
rakyat Palestin dari kekejaman Rejim Israel.

Pengajaran kedua terpenting menerusi peritiwa Israk dan Mikraj ini ialah pelaksanaan ibadat solat lima
waktu, Kefardhuan ibadah solat ini mesti dititikberatkan sebagai wahana membentuk keunggulan peribadi
muslim dan tunggak kekuatan umat Islam. Keperibadian unggul muslim akan melahirkan semangat
perpaduan yang akan menatijahkan keamanan sesebuah negara. Tanpanya, maka individu muslim akan
lemah, sentiasa sukakan perpecahan dan tidak pentingkan keharmonian, malah bencikan keamanan yang
ada.

Dalam konteks negara, berahmatkan peristiwa Israk dan Mikraj, maka kita juga sedang meniiti satu
perjalanan yang hebat bersama-sama rakyat menuju Wawasan 2020. Kita sedang melaksanakan Program
Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi dari pelbagai bidang. Ini bagi membuktikan
kemajuan dan kesungguhan kerajaan untuk membangunkan negara tercinta ini. Transformasi ini juga
memerlukan keberanian dan perubahan minda secara menyeluruh dan memerlukan pencapaian yang
berganda dan luar biasa.

Begitulah hebatnya hikmah dan peringatan yang boleh disingkap menerusi mukjizat Israk dan Mikraj
Rasulullah SAW ini. Semoga seluruh umat Islam dapat menghayatinya dengan penuh insaf peristiwa agung
ini untuk menjadikan kita sebagai umat terbaik dalam merintis perpaduan melalui kepelbagaian kaum dan
agama. Mengakhiri perutusan ini, saya dan keluarga mengucapkan Salam Israk dan Mikraj kepada semua
umat Islam Malaysia di mana jua berada.

Sekian Wassalam.

Anda mungkin juga menyukai

  • PSV Ilustrasi
    PSV Ilustrasi
    Dokumen12 halaman
    PSV Ilustrasi
    Mohd Ezuwan Affandi
    Belum ada peringkat
  • KEBERANIAN
     KEBERANIAN
    Dokumen4 halaman
    KEBERANIAN
    Mohd Ezuwan Affandi
    Belum ada peringkat
  • Kraf
    Kraf
    Dokumen25 halaman
    Kraf
    Mohd Ezuwan Affandi
    Belum ada peringkat
  • Tajuk Ulangkaji EDU3053a
    Tajuk Ulangkaji EDU3053a
    Dokumen2 halaman
    Tajuk Ulangkaji EDU3053a
    Mohd Ezuwan Affandi
    Belum ada peringkat
  • 08 Tajuk 1
    08 Tajuk 1
    Dokumen13 halaman
    08 Tajuk 1
    Mohd Ezuwan Affandi
    Belum ada peringkat
  • 08 Interaksi 1 PSV
    08 Interaksi 1 PSV
    Dokumen50 halaman
    08 Interaksi 1 PSV
    Mohd Ezuwan Affandi
    Belum ada peringkat