Anda di halaman 1dari 7

Pengurusan Pendidikan

DP Jilid 4, BU. 212004

Cabaran dan Masalah Pengetua dan Guru Besar Baru


Tang Keow Ngang
tang@usm.my

Pengenalan
Sekolah tidak akan menjadi cemerlang sekiranya pengurusan pendidikan tidak
berkemampuan mengurus dengan cekap dan berkesan. Kajian-kajian yang bertemakan
keberkesanan sekolah sentiasa mendapati peranan pengetua sebagai faktor potensi yang
kritikal dalam menentukan kecemerlangan sekolah. Gary (1990) misalnya, mendapati
tiada bukti yang menunjukkan bahawa sekolah yang berkesan diterajui oleh pengurus
yang lemah. Sebaliknya melalui pengurusan yang berkualiti, seseorang pengetua berupaya
menukarkan sekolah yang kurang maju kepada sekolah yang maju dan berkesan
(Mortimore, 1994; Reynolds, 1992; Cremers, 1994). Justeru, pengurus pendidikan harus
mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang melampaui pengetahuan dan kemahiran
asas profesion pengurusan, iaitu kecekapan. Kecekapan dalam bidang pengurusan
biasanya berteraskan kepakaran yang diperolehi daripada latihan dan pengalaman (Ibrahim
Bajunid, 1995). Dengan keterbatasan pengalaman berdasarkan kepakaran dan
keterampilan diri yang begitu mencabar, pengurus-pengurus pendidikan yang baru dilantik
sudah tentu menghadapi masalah dalam semua fungsi pengurusan. Artikel ini akan
membincangkan cabaran serta masalah yang dihadapi oleh pengetua dan guru besar
baru serta cadangan dan nasihat yang boleh diguna pakai untuk menangani masalah
tersebut.

Cabaran-cabaran dan Masalah-masalah yang Dihadapi


oleh Pengetua dan Guru Besar Baru
Menggerak dan membina pengurusan yang berkesan di sesebuah sekolah amatlah sukar.
Greenfield (1995) berpendapat bahawa sekolah adalah berbeza daripada organisasi yang
lain. Ini dapat dilihat dari segi usaha-usaha moralnya kerana pengurusan sekolah secara
uniknya, melibatkan komunikasi bersemuka secara ekstensif, berorientasikan aksi, reaktif,
masalah di luar jangkaan, keputusan dibuat secara segera serta menghadapi tekanan
yang berterusan untuk mempertahankan perjalanan sekolah yang lancar dan aman
(Blumberg, 1989). Semen tara itu, pengurusan sekolah juga didapati sentiasa dipengaruhi
oleh tuntutan moral sekolah sebagai satu institusi tenaga kerja yang tetap dan berautonomi
tinggi serta ekspektasi peranan dan tekanan yang berterusan yang bergantung kepada
jawatan pengetua (Hallinger & Heck, 1996; Cuban, 1994).
Aspek-aspek ini sentiasa wujud dalam dunia pengurusan sekolah, sarna ada dalam bentuk
tersurat atau tersirat. Dalam usaha Malaysia menjadi negara maju menjelang tahun
2020, peranan pendidikan dikatakan amat kritikal. Bagi merealisasikan hasrat tersebut,
Kementerian Pelajaran Malaysia sedang berusaha untuk melahirkan sistem pendidikan
bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.
Pendidikan berkualiti sering dikaitkan dengan pengurusan berkualiti (Mohd Najib, 1996).
Amalan perlantikan dan kenaikan pangkat sebagai pengetua dan guru besar (selepas ini
46

DP Jilid 4, Bil. 212004

Pengurusan

Pendidikan

disebut sebagai pentadbir sekolah) adalah berdasarkan kekananan dalam perjawatan.


Kekananan dalam perkhidmatan tidak semestinya cekap untuk mengurus sekolah
(Hussein, 1991). Pentadbir sekolah yang dilantik itu adalah daripada guru-guru bilik darjah,
sedangkan tugas mengurus sekolah adalah berbeza sarna sekali. Oleh demikian, pentadbir
sekolah akan mengalami kejutan budaya semasa tempoh peralihan tersebut (Daresh &
Male, 2000).
Pentadbir sekolah yang baru terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan masalah hampir
setiap hari dan ada kalanya datang secara mendadak. Tuntutan tanggungjawab tugas
pentadbir sekolah menjadi semakin berat di samping harapan masyarakat atas kejayaan
sesebuah sekolah semakin meningkat (Neela Mehan & Amer Hamzah, 1998).
Masyarakat meletakkan terlalu banyak permintaan yang tidak realistik dan berkonflik
dengan pihak sekolah yang mungkin tidak sesuai dengan kehendak zaman (Chan, 2000).
Tanpa latihan dan sokongan mengakibatkan mereka terpaksa bekerja keras send irian.
Akibatnya, mereka tersepit antara keperluan memenuhi tanggungjawab yang besar
dengan kekurangan pengetahuan dalam bidang pengurusan profesional yang diperlukan.
Abad ke-2l menyaksikan cabaran yang amat besar dalam dunia pendidikan dan
persekolahan. Perkembangan IT yang pesat, pengeksportan ilmu, sasaran 60 peratus
aliran sains dan teknikal, sekolah bestari, sekolah berkesan, matlamat menjadi Malaysia
sebagai 'Centre of Excellence' di samping tuntutan untuk memenuhi matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan Negara dan Wawasan Pendidikan adalah cabaran-cabaran
tersebut (Sufaat, 2001). Isu yang kerap kita dengar dalam dunia kepengetuaan ialah
terlalu banyak kerja, terlalu banyak masa digunakan untuk pejabat, mesyuarat, melayani
kerenah pelajar, guru, pekerja, dan ibu bapa, mematuhi atur cara pada peringkat komuniti,
zon, daerah, negeri, dan kebangsaan di luar sekolah dan sebagainya sehingga ada kalanya
tugas yang dianggap 'core' termasuk kepernimpinan pengajaran terpinggir. Kesibukan
inilah yang menjadi antara masalah besar yang dihadapi oleh pengetua atau guru besar
sekolah (Sufaat, 2001).
Perubahan pesat dalam arus reformasi pendidikan yang melanda alam pendidikan kita
masakini tentunya menjadi cabaran kepada pengetua/guru besar. Perubahan drastik dalam
dasar kurikulum sekolah dari yang berbentuk tradisional kepada yang berbentuk lebih
moden misalnya seperti yang diperlukan dalam KBSMlKBSR. Hal ini sudah tentunya
memerlukan juga perubahan yang radikal dalam aspek pengurusan di sekolah khasnya
dalam pengurusan profesional. Hakikat bahawa pengetua/guru besar bertanggungjawab
untuk menentukan 'tone' sekolah, suasana pengajaran dan pembelajaran, tahap dan kualiti
profesionalisme
guru, semangat kekitaan, dan rasa tanggungjawab
terhadap
perkembangan murid (Kharnis, 1998). Untuk tujuan ini, keperluan asas daripada golongan
ini akan tidak lari daripada menguasai kemahiran-kemahiran pengurusan, teknologi baru,
perubahan sikap daripada yang negatif kepada yang positif dan penambahan ilmu
pengetahuan yang berkaitan dengan bidang pengkhususannya. Terlebih dahulu pengetua/
guru besar perlu meningkatkan 'technical efficiency' dalam kalangan guru-guru yang
terlibat dengan pengurusan sekolah. Kemahiran-kemahiran ini boleh dipelajari dan dilatih
(Khamis, 1998).

47

Pengurusan

Pendidikan

DP. Jilid 4, Bil. 212004

Kajian yang dijalankan oleh Zaiton (2001) adalah untuk mengenal pasti tahap masalab
amalan pengurusan sekolah yang dibadapi oleb pengetua dan guru besar yang baru
dilantik. Dapatan-dapatan kajiannya menunjukkan tahap kefabaman tugas umum pengetua
dan guru besar adalab sederhana dan tinggi dengan min antara 3.60 hingga 4.56 manakala
tabap kemahiranlketerampilan mengurus sekolah adalab sederhana dan tinggi iaitu min
antara 3.00 hingga 4.47. Di samping itu, pengetua dan guru besar berminat untuk
mendapatkan latihan terutama kursus penilaian program pendidikan dan mereka
mempamerkan kualiti peribadi yang positifterutama sekali bersemangat tinggi dan bersikap
terbuka. Masalah yang dihadapi oleh mereka dalam fungsi pengurusan ialah merancang
dan mengelola. Masalah utama dalam pengurusan tanggungjawab dan peranan ialab
mengurus perkembangan staf dan menjalin hubungan sekolah dengan ibu bapa dan
komuniti. Terdapat hubungan negatifyang signifikan antara faktor kelayakan akademik
pengetua dengan masalah pengurusan penyeliaan dan penilaian, dan pengurusan disiplin
dan kebajikan pelajar.

Cadangan-cadangan
Keperluan Latihan
Adalah diakui bahawa rata-rata pentadbir sekolah yang baru dilantik tidak pemah mengikuti
kursus prakepengetuaan sebagai persediaan mereka untuk menjawat jawatan tersebut.
Malah setelah memegang jawatan tersebut didapati tidak ada satu sistem sokongan
profesional (mentoring) yang formal yang dirancang untuk membantu pentadbir sekolah
yang baru dilantik. Kebanyakan pengetua bersetuju bahawa Program Diploma Kelayakan
Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH) merupakan satu program yang bagus
kerana dapat melatib pengetua. Bakal pengetua yang dilatih sebelum dilantik dapat
menyesuaikan diri mereka untuk menjawat jawatan tersebut. Kecekapan dalam bidang
pengurusan perlu berteraskan segala kepakaran perguruan yang diperoleb daripada latihan
dan pengalaman profesional. Institut Aminuddin Baki (lAB) dipertanggungjawabkan
untuk memberikan latihan kepada bakal-bakal pentadbir sekolah (rujuk para 10.103
Rancangan Jangka Panjang Rancangan Malaysia Ketujuh).
Kualiti Peribadi Pentadbir Sekolah
Pentadbir sekolab dipandang oleh para guru, pelajar, ibu bapa, dan masyarakat sebagai
seorang yang mempunyai kualiti diri yang boleh menjadi contoh kepada mereka. Lebih
tinggi kualiti diri yang ada pad a pentadbir sekolab, lebih tinggi pula hormat yang diberi
oleh warga sekolah kepadanya dan lebih mudahlah pentadbir sekolah mengenakan
pengaruhnya atas mereka (Hanafi, 1990). Antara kualiti peribadi yang perlu ada pad a
pentadbir sekolah ialah kebolehan menyelesaikan masalah, penghakiman, keupayaan
mengurus, membuat keputusan, kepemimpinan, kepekaan, minat, motivasi kendiri,
pengawalan tekanan, nilai pendidikan, komunikasi lisan, komunikasi bertulis, kefabaman
antara budaya, kecergasan fizikal, keterampilan as as pengurusan sistem berbantukan
eletronik, menangani individu yang bermasalah, penguasaan pengetahuan am dan
profesionalisme, dan citra diri I sahsiah (Neela Mehan & Amer Harnzah, 1998).

48

DP Jilid 4, Bil. 212004

Pengurusan

Pendidikan

Nasihat untuk Pengetua dan Guru Besar yang Baru


Sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan, bak kata pepatah,
bumi mana yang tak pernah ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora. Pentadbir
sekolah merupakan orang yang penting, yang diberikan kepercayaan untuk mengurus
sekolah dengan sebaik-baiknya.
Pentadbir sekolah sentiasa berurusan dengan
kemanusiaan, iaitu yang mempunyai pelbagai perangai, tabiat, fikiran, perasaan, dan
sebagainya. Oleh itu, kesilapan mungkin berlaku ketika mereka menjalankan tugas namun
semua pentadbir sekolah berharap agar kesilapan itu dapat diminimumkan. Yang berikut
merupakan beberapa nasihat atau pendapat daripada pentadbir sekolah yang
berpengalaman dari beberapa buah sekolah di Amerika Syarikat yang dipetik daripada
pelbagai sumber media (Pendidik bil 08, ms 54-55; 2004). Mungkin ada antara pendapat
mereka yang dapat dimanfaatkan oleh pembaca khususnya pengetua dan guru besar
yang baru.

Jadilah pendengar

yang baik

Bertanyalah tentang apa-apa yang telahpun dilaksanakan dengan baik di sekolah itu
ketika anda mula bertugas. Pentadbir sekolah perlu mengumpul semua input yang penting
daripada staf yang telah lama bertugas di sekolah terse but. Jangan cuba mengubah
terlalu banyak perkara dalam masa yang singkat.
-Principal Shaman (dalam Pendidik bil 08, 2004)
Pentadbir sekolah yang baru bertugas perlu mengenali karektor sekolah tersebut sebelurn
dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Mungkin ada beberapa perubahan yang tidak
sesuai dijalankan di sekolah anda sebelum ini tetapi sesuai pula dijalankan di sekolah yang
baru ini, begitulah juga di sebaliknya. Banyak pihak yang terlibat dan menjalankan tugas
mereka masing-masing untuk memastikan keadaan sekolah berjalan dengan baik. Cuba
dapatkan maklurnat yang penting daripada guru-guru yang telah lama bertugas di sekolah
tersebut termasuklah tukang sapu, pemandu bas, dan tukang kebun, malah anda mungkin
mendapat maklurnat yang berguna daripada pelajar yang bermasalah di sekolah itu.
-Principal Laura Crochet (dalam Pendidik bil 08, 2004)
Jangan terlalu banyak memerap di dalam bilik anda, sebaliknya anda perlu membuat
pemerhatian untuk mendapatkan gambaran yang lebihjelas tentang bilik darjah, pelajar,
persekitaran sekolah, dan sebagainya. Lebih kerap and a berada di luar pejabat anda,
lebih banyaklah maklumat yang akan dapat anda peroleh.
-Principal Helene Dykes (dalam Pendidik bil 08, 2004)

Jangan sia-siakan keistimewaan guru-guru anda


Anda perlu mengenal pasti kelebihan atau keistimewaan guru-guru anda. Mungkin ada
dalam kalangan mereka yang mampu mengumpulkan kutipan derma yang banyak untuk
sekolah kerana mengenali ramai usahawan, atau mungkin ada dalam kalangan mereka
yang mahir dalam sesuatu bidang yang dapat membantu anda menerajui sekolah dengan
lebih berkesan. Gunakan keistimewaan mereka itu dengan sebaik-baiknya demi kebaikan
pelajar dan sekolah. Guru yang dianggap bermasalah juga sebenarnya mempunyai
keistimewaannya yang tersendiri dan sekiranya anda dapat mendekatinya, sikapnya
mungkin berubah. Masalah yang ditimbulkan selama ini mungkin berpunca daripada
49

Pengurusan Pendidikan

DP. Jilid 4, Bil. 212004

perasaan bahawa dirinya tidak penting atau tidak diperlukan di sekolah itu.
-Principal Bonita Henderson (dalam Pendidik bil 08, 2004)
Pentadbir sekolah perlu mengetepikan masalah peribadinya dan berurusan dengan guruguru secara profesional. Anda perlu ingat bahawa anda berurusan dengan manusia yang
mempunyai perasaan. Berikan galakan kepada guru-guru anda kerana tugas sebagai
guru itu memang satu tugas yang berat.
-Principal Bill Myers (dalam Pendidik bil 08, 2004)
Anda tidak sepatutnya membuat sesuatu program secara berseorangan.
Anda
memerlukan kerjasama daripada semua pihak di sekolah itu terutamanya para guru.
Apabila anda memberikan sesuatu tugas kepada mereka anda perlu menaruh
kepercayaan anda dan biarkan mereka melaksanakannya tanpa gangguan anda. Mereka
hanya memerlukan anda untuk memberikan dorongan, semangat, dan pengiktirafan
terhadap tugas mereka itu. Jangan lupa untuk berkongsi kejayaan dengan mereka sambil
memberikan pujian. "Feed the teachers, or else they'll eat the students!"
-Principal Lowe (dalam Pendidik bil 08, 2004)

Dapatkan penasihat
Pentadbir sekolah yang baru memegang jawatan terse but mungkin perlu mendapatkan
pandangan daripada 'orang lama' yang sudah berpengalaman. Anda mungkin memerlukan
nasihat dan pandangan ten tang sesuatu isu yang berkaitan dengan sekolah sebelum
anda membuat keputusan. Namun pandangan orang lain yang berpengalaman itu perlu
juga anda tapis, analisis, dan pertimbangkan dengan sebaik-baiknya untuk memastikan
anda membuat keputusan yang betul dan sesuai dengan sekolah anda.
-Principal Martha Santiago (dalam Pendidik bil 08, 2004)

Jangan lupa akan pelajar


Sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti atau program jangan lupa akan pelajar-pelajar di
sekolah anda. Pastikan apa-apa tindakan yang anda lakukan itu akan memberikan
kebaikan atau faedah kepada mereka. Setiap kali anda membuat keputusan, pastikan
keputusan itu memanfaatkan pelajar.
-Principal Jim Thompson (dalam Pendidik bil 08, 2004)
Anda mungkin berasa ragu-ragu tentang keupayaan anda memegang tugas sebagai
pentadbir sekolah, namun perasaan tersebut akan lenyap dengan sendirinya melalui
pengalaman yang bakal anda tempuhi. Anda perlu berkelakuan seperti biasa, iaitu seperti
diri anda seadanya. Jangan pula anda bersikap sombong dan berlagak seperti 'boss'
kerana ingin menyembunyikan kelemahan anda sendiri. Percayalah sekiranya anda
lemah, maka kelemahan itu akan terserlah juga pada suatu ketika nanti walaupun anda
cuba sedaya upaya anda untuk menyembunyikanya.
-Principal Kristi Kahl (dalam Pendidik bil 08, 2004)

50

DP. Jilid 4, BU. 212004

Pengurusan

Pendidikan

Pelbagai peringatan
Amalkan sikap memimpin melalui teladan dan luangkan mas a untuk membaiki diri anda
sendiri dari semasa ke semasa. Anda juga perlu memberi pengiktirafan kepada mereka
yang berjaya dalam sesuatu tugas. Selain itu, anda juga perlu mewujudkan jaringan
perhubungan dengan rakan-rakan pentadbir sekolah yang lain dan hendaklah sentiasa
bersedia untuk membuat keputusan yang berat. Namun begitu, anda juga perlu
mengekalkan 'sense of humor' anda. Jangan lari daripada tanggungjawab untuk membuat
keputusan dan peruntukkan masa untuk membuat pemantauan dan bergaul dengan staf
dan para pelajar yang sempat anda temui
-Principal Greg Robinson (dalam Pendidik bil 08, 2004)

Kesimpulan
Jawatan pentadbir merupakan satu jawatan yang tinggi dalam organisasi sekolah. Oleh
itu, lantikan ke jawatan tersebut mesti dipilih dan disaring dengan teliti agar tidak salah
pilih, yang akan membawa kesan langsung kepada pembangunan sumber manusia. Latihan
kepengetuaan yang berkesan akan dapat memastikan usaha-usaha strategik yang boleh
meningkatkan keupayaan dan kemampuan sistem pendidikan dapat dilaksanakan dengan
berkesan. Untuk mengurus dengan cemerlang, pentadbir-pentadbir sekolah haruslah
memiliki keterampilan diri sebagai pemangkin kepada kecemerlangan pengurusan. Usahausaha meningkatkan keupayaan dan kemampuan para pentadbir sekolah akan dapat
memastikan kualiti pendidikan mencapai tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang dan
seterusnya memastikan sistem tersebut bertapak kukuh untuk menghadapi cabara-cabaran
dalam abad ke-21 ini (Abdul Shukur Abdullah, 1998).

Rujukan
Abdul Shukur Abdullah. (1998). "Fokus Pengurusan Pendidikan". Mesyuarat Penyelarasan Halhal Profesional Kali ke-58. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.
Anonymous. (2004). "Nasihat Pengetua Baru" Pendidik bil 08, 54-55.
Blumberg, P. (1989). Industrial Democracy: The Sociology of Participation. London: Constable.
Chan Yuen Fook. (2000). "Apakah Aspek Penting Dalam Latihan Kepengetuaan Pada Abad Ke21 ". Seminar Nasional ke-9 Pengurusan dan Kepemimpinan Pendidikan, Institut
Aminuddin Baki, Genting Highlands, 1-3 Ogos.
Cremers, B. (1994). Future Development
Amsterdam: Swets & Zaitlinger.

of School Effectiveness

and School Improvement.

Cuban, L. (1994). Principal as a Leader. Albavy: State University of New York Press.
Daresh, J. & Male, T. (2000). "Crossing the Border into Leadership: Experience of Newly Appointed
British Headteachers and American Principals". Journal of the British Educational
Management and Administration 28: 89-101.
Gary, w.A. (1990). Educators, Researchers and Effective School: Research and Practice. Englewood
Cliffs: Prentice Hall.

51

Pengurusan

Pendidikan

DP Jilid 4,

Greenfield, W.D. Jr. (1995). "Towards a Theory of School Administration:


Leadership". Educational Administration Quarterly 3( 1): 61-85
Hailinger, P. & Heck, R.H. (1996). "Reassessing the Principal's
Effectiveness: A Review of the Empirical Research,
Administration Quarterly 32(1): 5-44.

su.

212004

The Centrality of

Role in School in School


1980-1995". Educational

Hanafi Kamal. (1990). "lmplikasi Beberapa Teori kepada Kepimpinan di Sekolah". Suara Pendidik
13(3),28-32.
Hussein Mahmood. (1991). "Kepimpinan Pengajaran: Kekangan dan lmplikasi". Jurnal Guru (3):
193-208.
Ibrahim Ahmad Bajunid. (1995). "Peningkatan Pelbagai Jenis Literasi, Khususnya Literasi Sainstifik
dan Teknikal Ke Arah Pemantapan Mertabat Kepimpinan". Jurnal Pengurusan Pendidikan
lnstitutAminuddin Baki 14(2): 1-9
Khamis Endin. (1998). "Profesionalisma Guru besar Dan Cabaran-cabarannya
Reformasi Pendidikan Masakini". Wawasan. 35-40.

Dalam Konteks

Mohd Najib Tun Abdul Razak. (1996). Koleksi Ucapan Menteri Pendidikan Malaysia 1995-1999.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mortimore, P. (1994). "Key Characteristics of Effective Schools". Kertas Kerja Effective School
Seminar, InstitutAminuddin Baki, Genting Highlands.
Neela Mehan Manickiam &Amer Harnzah Jantan. (1998). "Perkembangan Pengurusan Di Dalam
Kementerian Pendidikan Malaysia: Paradigma Baru dan Anjakan Kritikal". Seminar
Pengurusan Sumber Manusia Kali Pertama, lnstitutAminuddin Baki, Genting Highlands,
14-17 Disember.
Reynolds, D. (1992). "School Effectiveness and Schoollmprovements".
Dalam Reynolds, D. &
Culiance, P. (pnyt). School Effectiveness Research, Policy and Practices. Pgl-24. London:
Lassel.
Sufaat Tumin. (2001). "Pengurusan Sekolah Oleh Pengetua Yang Sentiasa Sibuk" Jurnal Pendidikan
Persidangan Kebangsaan Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Malaysia. Julai (01):
1-9.
Zaiton Md. Nor. (2001). Masalah Pengurusan Sekolah Yang Dihadapi Pengetua Dan Guru Besar
Yang Baru Dilantik. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi.

52

Anda mungkin juga menyukai