Anda di halaman 1dari 4

1.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Berikut merupakan pendapat saya tentang maksud analisis SWOT.

Menurut Fatimah (2016) Perkataan SWOT adalah singkatan daripada empat perkataan dalam
Bahasa Inggeris iaitu Strengths  (kekuatan), Weaknesses (kelemahan),
Opportunities (peluang), dan Threats  (ancaman). Apabila digabungkan menjadi satu
perkataan yang ringkas. Analisis SWOT menjadi teknik yang sangat berguna untuk
menghadapi persaingan di peringkat nasional atau global. Dalam pendidikan, analisis ini juga
turut digunakan sebagai aplikasi alat bantu dalam pembuatan keputusan dan merangka
program baru dalam organisasi di sekolah. Proses analisis SWOT terbahagi kepada dua iaitu
internal (kekuatan, kelemahan) dan eksternal (peluang, ancaman) yang bertindak untuk
mengimbangi setiap perkara dalam organisasi.

Analisis SWOT telah digunakan secara meluas dalam setiap organisasi, perusahaan atau
pemerintahan. Salah satu alasan mengapa analisis ini sering digunakan adalah kerana sangat
berkesan untuk menentukan solusi terbaik bagi mengatasi konflik yang mungkin terjadi
dalam organisasi di sekolah.

Rujukan:

Fatimah, F. N. A. D. (2016). Teknik analisis SWOT. Anak Hebat Indonesia.

Rahayu, T. (2020). Manajemen Strategis dan Analisis SWOT Dalam Pendidikan. Idaarotul
Ulum (Jurnal Prodi MPI), 2(1 Juni), 77-89.

2.

Kekuatan dan kelemahan datang dari persekitaran dalaman kerana dua perkara tersebut
bearada di bawah kawalan organisasi manakala peluang dan ancaman pula datang dari
persekitaran luaran yang agak sukar untuk dikawal.oleh organisasi.

Persekitaran Dalaman
Analisis persekitaran dalaman pula merupakan analisis ke atas maklumat-maklumat yang
diperolehi daripada organisasi itu sendiri. Tujuan analisis dalaman adalah untuk
mengenalpasti kekuatan dan kelemahan organisasi tersebut. Analisis ini mengambil kira,
mengukur dan menggambarkan segala pergerakan dan operasi organisasi. Ia merangkumi
pengiraan kos operasi, kos tetap dan pengurusan, perbelanjaan latihan, penyelidikan dan
kedudukan organisasi berbanding dengan pesaing lain. Dengan adanya pengetahuan ini, maka
pengetua sekolah dapat merancang dan membentuk strategi dengan lebih mudah bagi
mencapai matlamat dan objektif organisasi tersebut. David (1999) dan Mohamed (1994)
menyenaraikan lima (5) analisis dalaman yang biasa dilakukan oleh sesebuah firma iaitu
analisis pengurusan, pemasaran, kewangan, pengeluaran/operasi dan analisis sumber
manusia. Jelaslah bahawa, kekuatan dan kelemahan adalah perkara yang boleh dikawal
kerana dua perkara tersebut sememangnya datang dari dalam organisasi itu sendiri tanpa
melibatkan pihak luar.

Persekitaran luaran

Persekitaran luaran penting kerana ia dapat mengenalpasti peluang dan ancaman pada masa
kini dan masa hadapan. Adalah sangat penting untuk mengetahui kedudukan, perkembangan
dan keadaan masa hadapan supaya perancangan dan strategi-strategi yang dibentuk dapat
digunakan dengan penuh yakin. Sebuah jabatan atau organisasi seharusnya mengoptimumkan
peluang-peluang luaran yang menguntungkan dan mengelakkan ancaman yang
berkemungkinan akan merugikan firma. Terdapat banyak faktor luaran tetapi David (1999)
telah mengklasifikasikan semua faktor luaran kepada lima (5) kategori utama iaitu faktor
ekonomi, sosial-budaya, politik, teknologi dan faktor persaingan. Persekitaran luaran adalah
suatu perkara yang agak sukar dikawal dan kadang kala berada di luar kawalan organisasi
kerana jaringannya adalah luas dan pelbagai.

Sekian, terima kasih

Rujukan:

Abd Ghani, K. D. (2010). Faktor dalaman dan luaran yang kritikal terhadap perancangan
strategic firma. Jurnal Intelek, 5(1).

David, F. R. (1999). Strategic Management Concepts. 7th edition. Prentice Hall, Upper
Saddle River, New Jersey.
Assalamualaikum dan salam sejahtera

2.(ii)

Persekitaran dalaman terdiri daripada kekuatan dan kelemahan yang merangkumi semua

faktor, peristiwa, keadaan, dan lain-lain yang ada di dalam organisasi sekolah dan

mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi keputusan dan fungsi strategik organisasi, dan

juga mampu mempengaruhi keputusan organisasi. Sebaliknya, persekitaran luaran adalah

bahagian persekitaran yang terdiri daripada semua faktor yang tidak ada di dalam organisasi

tetapi boleh mempengaruhi operasi, keputusan, kelangsungan hidup, pertumbuhan dan

keuntungan organisasi.

Faktor persekitaran dalaman dapat dikendalikan secara semula jadi, maksudnya organisasi

mempunyai kelebihan terhadap faktor-faktor ini. Sebagai contoh, taraf ekonomi ibu bapa di

sekolah kebanyakkan terdiri daripada keluarga golongan B40. Kelemahan tersebut

menyebabkan pihak sekolah sering menerima dana kewangan daripada pihak luar.

Sebaliknya, faktor persekitaran luaran sebahagian besarnya tidak terkawal secara semula jadi.

Faktor persekitaran dalaman, sama ada memberikan kekuatan atau menyebabkan kelemahan

kepada organisasi sekolah. Sebaliknya, faktor persekitaran luaran memberi peluang atau

menimbulkan ancaman.

Perubahan faktor persekitaran dalaman hanya mempengaruhi organisasi sahaja, kerana faktor

tersebut adalah milik organisasi. Sebaliknya, perubahan faktor persekitaran luaran memberi

kesan kepada industri secara keseluruhan dan oleh itu semua organisasi yang beroperasi di

industri tersebut akan dipengaruhi olehnya.

Persekitaran dalaman terdiri daripada faktor-faktor yang berpotensi mempengaruhi

keputusan, cara kerja dan strategi organisasi. Sebaliknya, persekitaran luaran terdiri daripada
faktor-faktor yang dapat mempengaruhi kelangsungan hidup, pertumbuhan, reputasi dan

pengembanganorganisasi sama ada secara positif atau negatif.

Kesimpulannya, setiap pengetua harus memahami persekitaran sekolah dengan betul, iaitu

persekitaran dalaman dan luaran, di mana ia beroperasi, agar dapat bertahan dan berfungsi

dengan lancar. Ia juga akan membantu pertumbuhan dan pengembangannya dalam jangka

masa panjang.

Rujukan:

Salleh, M., Ibrahim, M. S., & Ariffin, S. R. (2019). Kepimpinan dan pengurusan strategik di

institusi pendidikan MARA. Jurnal Pendidikan Malaysia 34 (1)(2009): 219-233.

Nisak, Z. (2013). Analisis SWOT untuk menentukan strategi kompetitif. Jurnal Ekbis, 9(2),

468-476.

Anda mungkin juga menyukai