Anda di halaman 1dari 16

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif mampu mendorong

seseorang individu untuk menguji kebenaran sesuatu perkara atau masalah agar tidak membentuk kesimpulan atau keputusan yang salah. Terdapat empat jenis kesilapan yang sering dilakukan oleh seseorang individu semasa berfikir. Ia adalah berfikir secara kabur, terburu-buru, bercelaru atau berkecamuk dan sempit.

Sambungan..
Tiga unsur utama yang membolehkan kita

membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak ialah pemikiran kritis, pemikiran kreatif serta kefahaman dan kejelasan.

Definisi masalah
Masalah adalah apa-apa keadaan di mana tidak semua

perkara berlaku sepatutnya atau terjadi sepertimana yang kita inginkan.

Konsep Membuat Keputusan dan Penyelesaian Masalah

- Istilah penyelesaian masalah selalu digunakan bertukar ganti dengan istilah membuat keputusan - Membuat keputusan ialah sebahagian daripada proses penyelesaian masalah - Untuk menyelesaikan masalah,maka adalah perlu memutuskan apa yang patut dilakukan dan seterusnya melakukannya

MEMBUAT KEPUTUSAN
Proses mental yang melibatkan seseorang itu

bertindak untuk memilih satu pilihan terbaik dari beberapa pilihan yang ada berdasarkan tujuan dan kriteria tertentu. Tentulah kita hendak mengelak daripada membuat keputusan yang merugikan. Justeru, kita tidaklah boleh berfikir secara terburu-buru. Kita perlu menggunakan sumber maklumat yang berasas serta mempertimbangkan pelbagai pilihan untuk mencari pilihan yang terbaik. Maka anda perlulah rasional, sabar, berfikir panjang, dan mendalam supaya keputusan yang anda buat itu tepat, kekal, dan muktamad tanpa sebarang keraguan dan kerugian.

Robin Forgarty & James Bellanca (1990) Teach

Them Thinking mengkategorikan kemahiran berfikir membuat keputusan sebagai pemikiran kritis dan mendefinisikannya sebagai "making a choice based on reasoned judgement". Mereka memberikan kata sinonim "decision making" dengan "judging, choosing, selecting".

Mereka juga memberikan menu untuk

menggunakan kemahiran ini berdasarkan akronim J. U. D. G. E. J untuk Jot down occasion for decision U untuk Use brainstorming for alternatives D untuk Decide on best possibilities G untuk Gauge positive and negative outcomes E untuk Express selection; DECIDE.

LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT KEPUTUSAN


MENGENALPASTI KEPERLUAN ATAU OBJEKTIF MEMBUAT KEPUTUSAN

TELITI PILIHAN-PILIHAN YANG ADA

FIKIRKAN AKIBAT,ALASAN DAN NILAI SETIAP PILIHAN

TENTUKAN PILIHAN YANG TERBAIK BERDASARKAN NILAI DAN KRITERIA

BUAT KEPUTUSAN

MEMBUAT KEPUTUSAN
PILIHAN - PILIHAN

Terus berjalan Berehat sementara

mendapatkan bantuan berkhemah di sini

PILIHAN YANG DIPERTIMBANGKAN

Berkhemah di sini
AKIBAT ALASAN/KESAN NILAI

Dapat berehat Ancaman binatang buas Gangguan makhluk halus Pulihkan tenaga Boleh merancang

tidak meneruskan perjalanan hutan ada binatang buas tempat gelap dan tiada org. dapat merehat dan makan tenteram
KRITERIA

penting penting tak penting penting penting

+ + +

Keselamatan
KEPUTUSAN

Keputusan hanya boleh dibuat setelah mempertimbangkan semua pilihan di atas

MENYELESAIKAN MASALAH
Satu proses menangani suatu situasi bermasalah Wrekelgram(1974) menyatakan menyelesaikan masalah adalah

satu usaha untuk mencapai matlamat atau keadaan khusus yang diingini. Van Dijk dan Kintsch(1983) menyatakan penyelesaian masalah berlaku apabila ia melibatkan langkah-langkah serta operasi mental. Rumusan proses mental untuk mengatasi halangan yang sedang dihadapi berdasarkan tujuan dan kriteria tertentu.

Menyelesaikan sesuatu masalah boleh menjadi

cabaran kepada seseorang. Kejayaan dalam menyelesaikan masalah akan menimbulkan keseronokan. Kita akan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah sekiranya kita terdesak untuk menangani keadaan yang tidak menyenangkan. Penyelesaian terbaik ialah penyelesaian yang telah mengambil kira kesemua kesan akibatnya. Apabila terdapat banyak kesan negatif, maka pilihan itu hendaklah dipertimbangkan semula ataupun ditolak.

LANGKAH MENYELESAIKAN MASALAH


MENYEDARI MASALAH

MEMAHAMI MASALAH

MENEROKA PILIHAN PENYELESAIAN

MENINJAU KESAN AKIBAT PILIHAN MASALAH

MEMILIH PILIHAN TERBAIK SEBAGAI PENYELESAIAN - TINDAKAN

MENYELESAIKAN MASALAH
MASALAH: KEMUNGKINAN PILIHAN PILIHAN PENYELESAIAN

PILIHAN YANG DIPERTIMBANGKAN

KESAN APA AKAN BERLAKU JIKA PILIHAN INI DIAMBIL

SOKONG / TIDAK

NILAI PENTING ATAU TIDAK KESAN ITU. MENGAPA?

PENYELESAIAN BARU UBAHSUAI CARA PENYELESAIAN YANG PERLU UNTUK MENGELAKKAN MASALAH

Perbezaan MK dan PM
Contoh :Apabila anda berada dalam situasi berikut,

adakah anda berfikir untuk membuat keputusan atau menyelesaikan masalah? Situasi 1: Berpindah ke rumah baru. Anggota keluarga sibuk mengatur pelbagai perabot. Didapati sebuah almari pakaian tidak boleh dibawa masuk ke bilik tidur utama kerana saiznya terlalu besar. Situasi 2: Terperangkap di dalam lif. Sebenarnya, kemahiran berfikir membuat keputusan berkait rapat dengan menyelesaikan masalah.

Kebaikan membuat keputusan yang tepat dan penyelesaian masalah yang baik
Dapat mengenal dan memberi keutamaan

kepada masalah dengan lebih baik Mengurangkan tekanan Dapat mencapai satu cara yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah dengan membuahkan hasil yang lebih baik Dapat mengurangkan penggunaan sumber seperti masa, tenaga kerja dan kewangan

Satu

lagi elemen baru yang diperkenalkan dalam Reformasi Pendidikan ialah Kemahiran Berfikir (KB). Berfikir adalah satu kemahiran dan bukan kebolehan semulajadi. Kepintaran atau intelligent tidak bererti mempunyai kemahiran berfikir sekiranya ia tidak mempunyai kemahiran itu
Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, 1993 Wawasan Pend. Agenda Pengisian

Untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju, apa yang lebih penting ialah kita perlu menggunakan sepenuhnya apa yang berada diantara dua telinga kita, yakni minda kita, bukan apa yang berada diantara dua bahu kita, iaitu kekuatan, atau apa yang berada diantara dua tapak kaki kita, iaitu sumber semulajadi
Dipetik daripada ucapan Y.A.B Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, ( Sewaktu melancarkan Wawasan 2020 pada 06/02/96 )

Anda mungkin juga menyukai