Anda di halaman 1dari 1

8 Pendekatan Pengurusan Bilik Darjah

1.Pendekatan Intimidation
Mengawal tingkah laku melalui kaedah yang menimbulkan perasaan takut dalam diri pelajar
seperti ancaman, sindiran, kata-kata yang mempersendakan dan memperkecilkan diri pelajar serta
paksaan.

2.Pendekatan Autoritarian
Guru menetapkan peraturan-peraturan dan penguatkuasaan dilakukan tanpa sifat tolak
ansur.Tingkah laku pelajar dikawal dengan memberi arahan dan penyeliaan dijalankan secara
berterusan.

3.Pendekatan Cookbook Management


Guru menyenaraikan perkara-perkara yang boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh
dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pelajar. Senarai ini disediakan
berasaskan aspek-aspek yang diperoleh daripada pelbagai sumber.

4.Pendekatan Sosioemosi
Suasana bilik darjah yang positif diwujudkan melalui pembentukan hubungan antara perorangan
(interpersonal) yang baik. Guru bersikap empati dalam memahami tingkahlaku pelajar serta
mewujudkan komunikasi yang berkesan.

5.Pendekatan Permisif (Kebebasan)


Kebebasan sepenuhnya diberikan kepada pelajar dengan tujuan untuk memperkembangkan
potensi masing-masing. Guru memainkan peranan sebagai konsultan dan menggalakkan pelajar
untuk bertanggungjawab atas pembelajaran masing-masing.

6.Pendekatan Pengubahan Tingkahlaku


Kata pujian dan ganjaran untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini serta mengurangkan
tingkah laku yang tidak diingini. Dendaan juga digunakan sebagai pengukuhan negatif terhadap
tingkah laku yang tidak diingini. Guru memainkan peranan untuk memodelkan tingkah laku yang
diingini.

7.Pendekatan Pengajaran
Proses pengajaran yang berasaskan keperluan dan minat pelajar dapat memotivasikan mereka
untuk memberi tumpuan kepada pelajaran lantas mengurangkan masalah salah laku. Guru
bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif melalui pemilihan isi
kandungan serta penggunaan strategi pengajaran yang sesuai.

8.Pendekatan Proses Kumpulan


Kumpulan pelajar di dalam bilik darjah dianggap sebagai satu sistem sosial. Guru memainkan
peranan untuk mewujudkan dan mengekalkan satu sistem sosial yang efektif dan produktif.
Pelajar-pelajar kurang melakukan salah laku kerana guru sentiasa peka dengan suasana dan
aktiviti di dalam bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai