Anda di halaman 1dari 30

KPR 3012

SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR


SEMESTER 2 SESI 2017/2018

KAJIAN TINDAKAN
PENGGUNAAN KAEDAH PETA KONSEP DALAM PENGAJARAN
DAN PEMUDAH CARA PENDIDIKAN MORAL DALAM
KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 4

DISEDIAKAN OLEH :
NUR FAKHIRA HUSNA BINTI ALIAS
AT 41 PENDIDIKAN MORAL
DR.SITI RAHAIMAH BINTI ALI
BAB 1
PENGENALAN

Bab satu ini akan membincangkan perkara-perkara asas yang berkaitan dengan kajian
tindakan yang akan dijalankan seperti latar belakang kajian, pernyataan masalah,
objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, dan definisi operasional. Bab ini
akan membincangkan secara khusus tentang soalan yang akan dikaji dan pernyataan
masalah mengupas tentang kaedah pengajaran tentang nilai kekeluargaan. Hal ini
membawa kepada pentingnya kajian dijalankan untuk mengetahui tentang kaedah peta
konsep dalam mengukuhkan kefahaman pelajar.

1.1 Latar belakang kajian


Pendidikan merupakan salah satu bidang penting yang menyumbang kepada
pembangunan negara. Pelajar di semua institusi pengajian sama ada di peringkat
rendah, menengah atau atas adalah golongan sasaran yang menjadi tunggak kepada
pembangunan negara. Mereka berperanan serta dipertanggungjawabkan untuk
merealisasikan wawasan negara demi menjana kemajuan teknologi terkini. Ekoran
daripada itu, pelbagai usaha telah dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) untuk memperbaiki dan
meningkatkan sistem pendidikan di Malaysia (Ibrahim, Baharuddin&Jamaluddin,
2005).

Sekolah merupakan institusi sosial yang memainkan peranan penting dalam


melahirkan insan yang cemerlang. Keberkesanan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran merupakan salah satu elemen penting dalam merealisasikan matlamat
sekolah. Namun, keadaan ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai.Masalah
merupakan suatu hal yang sangat penting untuk diselesaikan dan guru perlu
menentukan suatu strategi yang tepat untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Realiti dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral, ia


bukan perkara yang mudah bagi seseorang guru untuk memberi kefahaman kepada
pelajarnya. Kefahaman guru tentang konsep-konsep asas dalam mata pelajaran
Pendidikan Moral adalah tidak sama tentang kemoralan dan Pendidikan Moral.
Mengikut Puka dan Abdul Rahman Aroff (1986), kalau kita tidak mengetahui apa itu
kemoralan, kita tidak boleh mengajarnya; tetapi kalau kita mengajar tanpa pemahaman,
pelajar-pelajar tidak dapat menghayati nilai-nilai murni dalam Pendidikan Moral.
Pemahaman guru penting kerana matlamat guru adalah untuk membentuk pemahaman
pada orang lain. Dalam konteks ini, pengetahuan guru Pendidikan Moral adalah
menjadi asas kepada pemahamannya (Maznah, diakses Mac 8, 2013).

Merujuk kepada panduan menjawab soalan Pendidikan Moral SPM kertas 1,


soalan-soalan berbentuk nilai, definisi nilai, penjelasan nilai dan kandungan akademik
(Noraini, 2009). Guru perlu mempunyai latihan yang mencukupi dan terlatih dalam
Pendidikan Moral. Oleh itu, mereka akan memperoleh pemahaman yang mencukupi
tentang mata pelajaran Pendidikan Moral dan konsep-konsep yang berkaitan dalam
menjawab soalan-soalan Pendidikan Moral. Guru yang kurang berminat terhadap mata
pelajaran ini akan mengakibatkan dilema dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah. Masalah ini berlaku kerana guru tidak tahu pendekatan atau kaedah mengajar
Pendidikan Moral (Maznah, diakses Mac 8, 2013).

Proses pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan suatu proses dua hala
yang berlaku antara guru dan pelajar. Dalam proses pengajaran, guru-guru akan
menggunakan pelbagai kaedah bagi memudahkan berlakunya proses pembelajaran.
Namun begitu, masalah pembelajaran tetap wujud di sekolah-sekolah yang mungkin
disebabkan oleh persekitaran pelajar, latar belakang, kelemahan pengetahuan asas
konsep pembelajaran, tabiat pelajar dan cara pelajar diajar. Bagaimanapun, faktor
utama yang menyebabkan masalah pembelajaran ialah tabiat belajar dan pendekatan
pengajaran guru yang tidak merangsangkan pemikiran pelajar seterusnya menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran tidak selesa dan efektif.

Menurut Nor (2002), pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu formula
yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi
pelajaran melainkan ia banyak bergantung pada diri pelajar itu sendiri. Setiap pelajar
mempunyai perwatakan yang berbeza berpandukan jiwa dan keselesaan pelajar itu
sendiri dalam proses pembelajaran. Selain itu, mereka juga mempunyai daya kreativiti
yang berbeza berdasarkan minat dan kebolehan masing-masing (Paul, 2000).Pada masa
yang sama, sistem pendidikan negara akan terus mengambil pendekatan holistik bagi
pembangunan modal insan dengan memberi tumpuan terhadap pendidikan sepanjang
hayat, pemerolehan pelbagai pengetahuan dan peningkatan kemahiran. Sehubungan
dengan itu, negara Malaysia memerlukan lebih ramai modal insan yang mempunyai
minda kelas pertama bagi memenuhi keperluan dalam sektor perindustrian yang akan
dibangunkan. Oleh itu, adalah amat penting bagi pensyarah untuk mengetahui
pendekatan pembelajaran para pelajar agar lebih kreatif dan profesional.Menurut Tun
Dr. Mahathir Mohamad, Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang terbaik dalam
kalangan negara dunia ketiga maka kejayaan yang perlu dicapai mempunyai kaitan
dengan cabaran keenam wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat yang saintifik
dan progresif, inovatif dan memandang jauh ke hadapan (Som&Dahalan, 1998).

Pada masa kini, terdapat seruan atau tuntutan supaya perubahan dilakukan
terhadap strategi pengajaran sedia ada di mana dari pengajaran berpusatkan guru
kepada pengajaran yang lebih berpusatkan pelajar. Hal ini bermakna, pelajar dituntut
untuk lebih aktif dan mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Demi menyahut seruan ini, para pendidik perlu mencari idea, teknik atau pendekatan
yang lebih baik untuk diaplikasikan dalam strategi pengajaran mereka. Sistem
pendidikan dan kaedah pengajaran yang berkesan adalah penting untuk menghasilkan
pakar-pakar jurutera yang berkaliber dan memberi sumbangan yang bermakna demi
kemajuan negara.

Strategi yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah


menggunakan kaedah peta konsep. Menurut Tony Buzan (2003), dimana beliau
menyatakan manusia akan mudah mengingati sesuatu yang menarik untuk dipandang
dan tulisan atau gambar ringkas yang mengandungi maklumat yang boleh disimpan di
dalam minda manusia. Ini menunjukkan selain pemahaman terhadap apa yang
diulangkaji, proses untuk mengingat juga haruslah penting untuk pelajar memanggil
kembali data yang telah disimpan tadi.

Manusia merupakan insan yang mempunyai enam deria yang dikurniakan oleh
Tuhan. Menurut Pulley, manusia dikatakan makhluk yang ‘visually oriented’ dan
mereka banyak belajar melalui penglihatan. Walaupun mereka mendengar dan
membaca, apa yang didengar dan dibaca biasanya akan divisualkan dalam pemikiran
mereka untuk mendapatkan konsep atau makna yang lebih jelas.Pernyataan Pulley
adalah selaras dengan kata-kata yang pernah dimadahkan oleh Kung Fu Tze, seorang
pujangga dan ahli falsafah cina;

‘…kalau saya dengar, saya lupa; kalau saya lihat saya ingat; dan kalau saya buat saya
tahu…’
MenurutBuzan (1976), kaedah peta konsep biasanya menggunakan kedua-dua
belah. Ia dapat membantu pelajar meningkatkan ingatan memori mereka. Kaedah peta
konsep atau yang digubah dengan menggunakan grafik dan pelbagai warna dapat
digunakan untuk meningkatkan kefahaman pelajar tentang apa yang dipelajari dalam
sesuatu topik. Setiap konsep atau isi penting akan diberikan satu warna yang tertentu
akan memudahkan murid-murid untuk mengingati konsep atau isi dengan melihat
warna yang digunakan. Murid-murid dapat membezakan segala konsep atau isi yang
perlu diketahui dengan senang.

Amalan pengajaran menggunakan peta konsep dalam pembelajaran dan dalam


bilik darjah amat penting dalam merealisasikan matlamat kurikulum. Ini adalah kerana
menurut Wahidin et al. (2004), penggunaan peta konsep dalam pengajaran dapat
menunjukkan peningkatan sikap pelajar terhadap matapelajaran yang diajar. Kesan
penggunaan peta konsep ini telah banyak dilihat keberkesanannya terutamanya dalam
pembelajaran nilai bagi memudahkan pelajar mengingati nilai tersebut.

Dalam hal ini, peta konsep dilihat sebagai bahan bantu belajar yang baru untuk
memperbaiki kaedah pembelajaran yang lama bagi menggalakkan pemikiran yang
kritis. Selain daripada itu, peta konsep juga digunakan untuk mengukuhkan pengalaman
pembelajaran pelajar bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang efektif (Canas et al.,
2003). Pendekatan pembelajaran yang betul dan tepat dilihat sebagai penyumbang ke
arah merealisasikan kecemerlangan pendidikan seiring dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bagi melahirkan insan berkebolehan, berkemahiran tinggi,
bertanggungjawab dan berfikiran positif. Pembelajaran melalui peta konsep akan
menjadi pembelajaran lebih bermakna kerana ia tidak membosankan dan menggunakan
pengetahuan sedia ada dan pengetahuan yang baru diterimanya bagi menunjukkan
perkaitan dan perhubungan di antara sesuatu konsep yang dipelajari. Dengan cara ini,
pemahaman pelajar dapat dikukuhkan dan prestasi pelajar dalam sesuatu matapelajaran
akan meningkat.

1.2 Pernyataan masalah

Menurut Abdul Shatar (2007), kejayaan pembelajaran pelajar amat bergantung pada
pengetahuan dan kefahaman guru. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Pendidikan Moral yang kurang sesuai dan kreatif menyebabkan para pelajar
kurang memahami dan berminat dengan nilai-nilai moral yang di ajar. Ini merupakan
masalah strategi mengajar yang tidak betul. Didapati bahawa tidak semua guru
dilengkapkan dengan pengetahuan tentang strategi pengajaran Pendidikan Moral. Guru-
guru yang mengajar Pendidikan Moral tidak berupaya dalam melaksanakan pendekatan
pengajaran yang betul dalam pengajaran. Kesannya, ramai pelajar bosan dalam mata
pelajaran tersebut (Maznah, diakses Mac 8, 2013).

Paling ketara yang dapat dilihat dalam mata pelajaran Pendidikan Moral ialah
mengenai tahap pemahaman pelajar dalam menguasai konsep dalam pengajaran nilai.
Kegagalan pelajar dalam menguasai sesuatu konsep dalam mata pelajaran akan
memberi impak yang negatif kepada pelajar seperti pelajar kurang berminat untuk
mendalami mata pelajaran ini. Masalah memahami sesuatu konsep dapat ditingkatkan
jika pelajar memahami apa yang telah dipelajari. Oleh itu, penekanan haruslah
diberikan kepada strategi pengajaran dan pembelajaran yang menitikberatkan
penguasaan konsep nilai dalam Pendidikan Moral.

Kaedah pembelajaran menggunakan peta konsep dapat meningkatkan tahap


kefahaman pelajar mengenai topik tersebut. Peta konsep ialah proses menguruskan
konsep dan perkaitannya di antara konsep dengan paras lakuan daripada semua konsep
kepada konsep pelajar yang lebih spesifik (Novak &Gowin, 1984). Dengan
menggunakan peta konsep, pelajar dapat mengingati isi kandungan dalam topik yang
dipelajari. Maksud setiap nilai dalam pendidikan moral adalah sangat dititikberatkan. Di
sekolah, guru-guru moral menghadapi masalah berkaitan pelajar yang kurang
mengingati maksud sebenar sesuatu nilai secara baik dan pada kebiasaannya guru-guru
tidak dapat mengenal pasti sama ada pelajar-pelajar mereka betul-betul atau tidak dalam
menguasai sesuatu isi pembelajaran yang disampaikan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Ini menyukarkan guru untuk membuat penilaian terhadap tahap
penguasaan murid. Pemahaman sesuatu konsep adalah sangat penting untuk pelajar
mengaplikasikan konsep itu semasa menjawab soalan ataupun ujian. Dalam pada itu
juga, masalah yang timbul ialah guru kurang cenderung menggunakan pendekatan
pembelajaran yang lain yang lebih bersesuaian dengan tahap kecerdasan pelajar. Guru
hanya menggunakan kaedah pengajaran yang biasa yang hanya melibatkan ‘chalk dan
talk’ sahaja tanpa mengambil kira kaedah pengajaran yang lain yang mungkin lebih
berkesan dalam meningkatkan pemahaman pelajar terhadap pengajaran guru.
Kebanyakan pelajar hanya menghafal di saat-sat akhir untuk menghadapi
peperiksaan. Pembelajaran secara hafalan ini tidak kekal lama, ia hanya ingatan jangka
pendek malah pelajar sukar untuk mengingat semula apa yang telah dipelajari.
Pembelajaran secara hafalan ini tidak efektif. Ramsden (1988), dalam proses
pembelajaran apa yang perlu dititikberatkan ialah kualiti kefahaman seseorang pelajar,
bukan kuantiti maklumat yang diperoleh.

Novak (1990) menerangkan bahawa pelajar terlibat dalam membina


pengetahuan kognitif di mana pelajar membentuk pengertian tentang konsep dalam
menghubungkan konsep baru dengan sedia ada dan menguruskan aras konsep untuk
membentuk integrasi di antara rangka kerja dengan bahan pengajaran. Hal ini adalah
untuk menggalakkan wujudnya pembelajaran bermakna. Pelajar dapat menguruskan
maklumat menjadi lebih sistematik kerana maklumat disusun dengan teratur apabila
menggunakan peta konsep. Contohnya dalam sub topik yang terdapat dalam sesuatu
pengajaran nilai, pelajar tidak perlu menghafal keseluruhan isi kandungan sebaliknya
dengan menggunakan peta konsep topik utama diletakkan di tengah dan dipecahkan
kepada beberapa topik kecil.

1.3 Objektif kajian

Objektif kajian ini ialah untuk :

1) Meningkatkan kefahaman dan daya ingatan pelajar dalam pembelajaran nilai


dengan penggunaan peta konsep.

1.4 Persoalan kajian

Dalam kajian ini, persoalan kajian yang timbul adalah :

1) Adakah kaedah peta konsep berkesan untuk meningkatkan kefahaman pelajar


dan mengingati konsep serta isi-isi penting tentang nilai yang diajar?

1.5 Kepentingan kajian


Kepentingan kajian ini adalah untuk melihat sejauh manakah penggunaan peta konsep
sebagai satu kaedah pengajaran yang berkesan di sekolah. Kaedah peta konsep boleh
dijadikan sebagai alat bantu mengajar dalam aktiviti kumpulan di mana ia akan
memberi manfaat kepada para pelajar untuk lebih memahami sesuatu topik dengan
mudah. Guru-guru juga boleh menggunakan peta konsep sebagai kaedah pengajaran di
mana guru boleh meringkaskan sesuatu topik sebagai rumusan keseluruhan topik yang
diajar. Ini boleh digunakan sebagai gambaran ringkas secara keseluruhan sesuatu topik
agar pelajar boleh mengukuhkan pemahaman yang sedia ada. Para penulis buku-buku
rujukan juga boleh menggunakan strategi peta konsep sebagai satu kaedah untuk
menerangkan isi-isi pelajaran supaya para pelajar lebih mudah memahami konsep
sesuatu tajuk yang ditulis.

Kajian seperti ini penting kerana dapatan hasil kajian dijangka dapat membantu
guru memperbaiki kaedah dan teknik pengajaran agar sesuai dengan tahap kesediaan
dan minat pelajar. Dalam proses pembelajaran, guru seharusnya menggunakan kaedah
pengajaran yang boleh merangsang pembelajaran pelajar. Kaedah peta konsep akan
dapat mengekalkan tumpuan dan perhatian pelajar kepada pengajaran guru dan
seterusnya akan mengekalkan pencapaian.

Hasil kajian ini juga penting kepada pelajar yang mempunyai pencapaian yang
rendah. Kemungkinan faktor ini disebabkan oleh kaedah pengajaran guru secara
tradisional dan membosankan. Dengan penggunaan kaedah peta konsep yang sesuai
akan membantu murid untuk menguasai kemahiran yang dipelajari dan menghindarkan
rasa bosan semasa pembelajaran. Pelajar akan lebih mudah mengingati kandungan
pelajaran kerana tidak perlu membaca ayat yang panjang serta sukar difahami.

1.6 Definisi operasional

1.6.1 Peta konsep

Menurut Svantesson (1998), peta konsep adalah suatu teknik mencatat nota yang boleh
digunakan dalam situasi seperti membuat perancangan, ringkasan, struktur, sumbang
saran dan dalam proses menyelesaikan masalah. Peta konsep adalah satu pendekatan
grafik yang dibina bagi menjelaskan, mengumpul item atau maklumat yang mempunyai
ciri, sifat dan kualiti yang sepunya yang bertujuan untuk memudahkan penggunaan
fungsi otak. Penggunaan peta konsep menjawab kepada kemahiran berfikir dalam
pemikiran kreatif dan kritis. Peta konsep juga merupakan kemahiran yang amat penting
dalam pengajaran dan pembelajaran pengambilan nota dan membuat nota, menyediakan
esei dan membuat persiapan untuk peperiksaan, dan sebagai instrumen permulaan untuk
mengubah perancangan dan kajian ulang kaji kepada suatu aktiviti yang pantas dan
bijak.

1.6.2 Nilai kekeluargaan

Nilai kekeluargaan adalah suatu sistem, sikap dan kepercayaan yang secara sadar atau
tidak, mempersatukan anggota keluarga dalam satu budaya. Nilai kekeluargaan juga
merupakan suatu pedoman bagi perkembangan norma dan peraturan yang terdapat
dalam lingkungan keluarga.

Manfaat nilai kekeluargaan

1. Menjaga kebersamaan adalah salah satu manfaat dari kekeluargaan dalam lingkungan
masyarakat.

Nilai kekeluargaan adalah berhubungan baik dengan masyarakat dan berhubungan


dengan saudara sendiri. Nilai kekeluargaan merangkumi berbuat baik dengan orang
lain, menyayangi tetangga, sering bersosialisasi dengan tetangga, menjenguk tetangga
yang sedang sakit, dan yang lain. Jika kita menjaga nilai kekeluargaan, nescaya kita
juga menjaga kebersamaan dengan masyarakat. Hal ini demikian kerana semua orang
saling berbagi dan saling menghargai satu sama lain. Dengan nilai kekeluargaan ini
pula masyarakat akan tenteram dan damai. Tidak akan ada permusuhan karena
kebersamaan terjaga dengan baik. Kebersamaan adalah kunci untuk hidup tenteram dan
damai adalah hidup bermasyarakat

2. Terjalin sifat suka menolong.

Dengan adanya nilai kekeluargaan dalam kalangan masyarakat, maka setiap individu
akan timbul sifat suka menolong. Sifat suka menolong ini timbul kerana nilai
kekeluargaan yang mendominasi. Salah satu nilai kekeluargaan adalah menziarahi
tetangga yang sedang mengalami musibah dan juga bergotong-royong. Hal tersebut
akan membuatkan kita sebagai individu akan tergerak hatinya untuk menolong orang.
Hati menjadi lebih peka terhadap musibah yang dialami oleh orang lain sehingga hati
akan tergerak untuk segera memberikan pertolongan. Melatih kepekaan diri sendiri
untuk selalu menolong orang yang membutuhkan. Dengan begitu, kesejahteraan
masyarakat akan meningkat serta tidak ada lagi orang yang tertimpa musibah tanpa
ditolong oleh tetangganya.

3. Saling menyokong

Saling menyokong antara satu sama lain adalah manfaat yang dapat diambil dari nilai
kekeluargaan. Ada beberapa sokongan yang boleh diberikan kepada masyarakat.
Pertama adalah sokongan ketika ada kegiatan dalam lingkungan masyarakat. Hal ini
bermaksud adalah ketika masyarakat mengadakan sebuah kegiatan, kita boleh
menyokong dengan memberi bantuan. Kedua adalah sokongan ketika jiran yang sedang
mengalami musibah. Sokongan yang diberikan boleh berupa bantuan dan hiburan.
Dengan diberikan perhatian, makajiran yang terkena musibah akan merasa bahagia dan
bebannya sedikit berkurang. Dengan saling menyokong, maka ikatan kebersamaan
antarakita menjadi lebih kuat.

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menggunakan satu kaedah yang sesuai serta
boleh membantu pelajar meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran Pendidikan
Moral. Pengkaji menggunakan kaedah peta konsep untuk mengajarkan nilai
berdasarkan sukatan pelajaran. Dalam bab ini juga, pengkaji mengutarakan kajian lepas
berkaitan peta konsep serta beberapa kajian berkaitan yang telah dijalankan mengenai
peta konsep.

2.2 Kajian berkaitan dengan penggunaan peta konsep

Menurut Tee et al. (b)(2009), peta konsep atau peta minda adalah suatu lakaran yang
mempunyai tajuk atau tema di bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang
dikembangkan dari sekelilingnya untuk menggambarkan idea-idea penting serta dengan
cabang-cabang kecil ini sebagai huraiannya. Peta konsep sangat sesuai digunakan untuk
membuat nota pada sesebuah topik untuk suatu mata pelajaran berdasarkan prinsip
penggunaannya. Selari dengan tujuan peta konsep juga membolehkan pelajar mencatat
nota dengan mudah serta mengingat sesuatu dengan mudah di samping menggabungkan
serta menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar. Maka, peta
konsep adalah amat sesuai dan tepat bagi tujuan kajian ini untuk melihat sejauh mana
penggunaan peta konsep dalam kalangan pelajar dapat membuat, menyimpan dan
mengulang kaji nota dengan baik dan berkesan.

Peta konsep boleh diaplikasikan ke atas individu, keluarga, pendidikan dan


situasi perniagaan, mencatat nota, sumbang saran (dalam mana idea-idea dimasukkan
ke dalam peta berjejari dari pusat, di mana pengumpulan dan pengorganisasian
dilakukan pada tahap seterusnya), merumuskan, mengulang kaji dan menjejaskan
pemikiran secara umum. Sebagai contoh, seseorang dapat mencatat nota sambil
mendengar kuliah dengan menggunakan peta konsep sebagai satu teknik memori atau
mengeluarkan idea yang kompleks. Peta konsep juga digalakkan sebagai suatu kaedah
untuk digunakan bersama ketika sesi mencetuskan kreativiti berasaskan pensel warna.

Peta konsep dapat dilukis dengan menggunakan tangan, sama ada sebagai ‘nota
kasar’, sebagai contoh ketika menghadiri kuliah atau mesyuarat. Pada masa yang sama,
penggunaan peta konsep dan peta minda juga amat luas dalam dunia pendidikan dan
perniagaan (Buzan, 2002). Matlamat Buzan adalah untuk membolehkan ‘Manual
operasi Otak Manusia’ dimiliki oleh seramai individu yang mungkin di seluruh dunia.
Kejayaan usaha ini kian dicapai menerusi media, penerbitan, perisian dan pusat-pusat
latihan kursus Buzan.
Peta konsep dan peta minda adalah satu teknik membuat grafik yang sungguh
berkuasa di mana ia mampu membekalkan kunci universal ke atas membuka potensi
pemikiran seseorang. Peta konsep mengikat kepelbagaian kemahiran berhubung
penggunaan konteks yang melibatkan perkataan, imej, nombor, logik, warna, muzik,
kepekaan ke atas ruang dengan berkesan. Selain itu, ia juga memberi kebebasan kepada
individu menjelajahi kemampuan otak yang tiada batasnya. Peta konsep boleh
diaplikasikan dalam semua aspek kehidupan di mana ia mampu meningkatkan
pembelajaran dan pemikiran seseorang individu justeru menggalakkan perkembangan
diri.

Peta konsep atau peta minda ini diperkenalkan oleh Tony Buzan pada tahun
1960an sebagai kaedah yang boleh membantu pelajar mencatat nota dengan ringkas dan
berkesan. Menurut Subadrah (2001), penggunaan teknik ini semakin penting sebagai
satu kemahiran mengorganisasikan maklumat dan menghuraikan konsep atau objektif
secara teratur. ShahabudinHashim, MahaniRazali dan Ramlah Jantan (2007)
menyatakan bahawa teknik pemetaan konsep ini membolehkan kita merangka, mencatat
nota, merekodkan maklumat atau peristiwa, merancang aktiviti atau membuat sesuatu
persembahan. Peta konsep yang dibentuk biasanya pelbagai dan bergantung pada
kreativiti seseorang.

Peta konsep merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semua


maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat.
Menurut PohSwee Hiang (2006), peta konsep atau peta minda dibentuk berdasarkan
bagaimana otak manusia merakam dan memproses maklumat secara linear dan dalam
masa yang sama membuat pengelolaan secara menyeluruh seperti menghubung kait,
membanding, menganalisis dan sebagainya. Peta konsep adalah kebiasaannya dibina di
atas sehelai kertas. Idea penting atau idea utama diletakkan di tengah-tengah pusat
utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan
menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, imej, underlining, anak panah,
warna dan sebagainya. Peta konsep juga boleh menjimatkan masa dalam mempelajari
sesuatu mata pelajaran. Dalam proses pembelajaran, seseorang pelajar itu perlulah
menyusun strategi agar segala isi pelajaran dapat diproses oleh otak dengan lebih
mudah.
Semasa membina peta konsep, maklumat penting yang disusun dan dikelolakan
dengan cara keseluruhan. Susunan sedemikian dapat menghasilkan struktur pola yang
kreatif selaras dengan cara otak seseorang memproses maklumat. Penggunaan peta
konsep atau peta minda lebih mudah untuk dirakamkan dalam ingatan jangka masa
panjang. PohSwee Hiang (2006) berpendapat bahawa, peta konsep membantu mencatat
nota dengan pantas dan mengelakkan pengulangan perkataan. Nota tersebut wujud
sebagai satu gambaran mental yang lengkap, bermakna dan senang diingati.

Penggunaan peta konsep dalam Pendidikan Moral dapat membantu mencapai


beberapa matlamat. Menurut Ab. Fatah Hassan (1994), antaranya mengorganisasikan
maklumat, membantu kepada pengekalan ingatan, membuat perkaitan antara
pengetahuan yang baru dengan pengetahuan sedia ada, membantu kepada pengekalan
konsep baru, memperjelas dan memberi gambaran visual struktur kognitif murid dan
menggalakkan kreativiti. Faktor tersebut juga boleh menarik minat murid terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran guru.

Sasterawan terkenal tanah air, A. Samad Said telah mengadakan pameran


‘Daerah Samad- 100 lakaran oleh A. Samad Said’ di Galeri Petronas, Suria KLCC.
Menurut Johanna A. Sobrey (25 Jun 2007), manuskrip-manuskrip itu hasil tulisan
tangan Pak Samad sendiri berperanan sebagai peta konsep atau peta minda yang
mengungkapkan secara intim, telus dan langsung sejarah pembentukan karya-karya
sasteranya dari mula sampai tamat. Selanjutnya dijelaskan bahawa, di sebalik tompokan
dan garisan-garisan halus mahupun cakaran liar, turut tersisip kata-kata puitis dan mesej
mendalam yang meneropong kehidupan, keadaan serta perkara yang berlaku di
persekitaran dan pelbagai perkara yang bermain di minda Pak Samad. Hal ini
menunjukkan kelebihan penggunaan peta konsep dalam membuat catatan idea sebelum
dikembangkan dalam bentuk penulisan naratif.

2.2.1 Tujuan Peta Konsep

Menurut Tee et al. (2010), tujuan peta konsep adalah untuk membolehkan pelajar :

i. Mencatat nota dengan mudah


ii. Merancang sesuatu seperti penulisan karangan, persembahan, ucapan, projek
dan sebagainya
iii. Mengingat sesuatu dengan mudah.
iv. Menggabungkan dan menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri
semasa belajar.

2.2.2 Kegunaan Dan Kepentingan Peta Konsep

Menurut Tee et al. (2010), terdapat banyak kegunaan peta konsep. Peta konsep
berfungsi sebagaimana otak berfungsi di mana ia tidak berfungsi secara linear. Ingatan
adalah dalam bentuk saling berkait dan tidak linear. Sebarang idea mungkin
mengandungi beribu hubung kait dalam otak. Selain itu, peta konsep membolehkan
hubung jalinan disimpan dan dipertingkatkan dalam pemikiran.

Minda mengingati kata kunci dan imej dan bukannya ayat. Peta konsep hanya
menggunakan kata kunci dan imej, justeru membenarkan maklumat yang hanya
dimasukkan ke dalam sehelai kertas. Oleh sebab peta konsep bercirikan visual dan
memperlihatkan hubung kait antara kata kunci, maka ia adalah lebih mudah diimbas
kembali berbanding nota berciri linear.

Mencatat bermula dari pusat kertas membenarkan seseorang mencatat semua


arah berbanding dari hujung atas kiri. Pengurusan peta konsep menggambarkan
bagaimana otak manusia mengurus idea. Peta konsep adalah mudah dirujuk. Pada masa
yang sama, merujuk secara berulang mengukuhkan lagi ingatan. Cara yang terbaik
dalam membuat rujukan adalah dengan melakukan imaginasi ke atas kandungan peta
konsep yang telah dirangka, kemudian baru merujuk kembali kepada peta konsep jika
terdapat sebarang kekaburan. Individu dapat mengingat pada perkara yang mudah
dilihat. Peta konsep membenarkan individu mencatat kata kunci yang mudah dilihat
secara visual dengan berkesan.

Menurut Tee et al (2010), kepentingan peta konsep dapat dihubungkan dengan


perkara berikut :

a) Menghasilkan Nota

Setiap kali maklumat dicatat, peta konsep mampu menguruskannya dalam bentuk
ringkas yang mudah diasimilasikan dan diingati oleh otak. Peta konsep boleh digunakan
untuk membuat nota bagi sebarang sumber buku, kuliah, syarahan, taklimat, bahan
bacaan, mesyuarat, temu bual dan perbualan telefon.

b) Ingat Kembali

setiap kali maklumat diimbas kembali dari ingatan, peta konsep membenarkan idea
yang lintas pada fikiran dicatat dengan pantas dalam keadaan terurus. Catatan yang
dilakukan tidak perlu dalam bentuk ayat penuh. Peta konsep berfungsi pantas dan
berkesan dalam aktiviti imbas kembali nota kuliah, kandungan bahan bacaan dan
perkara yang telah diulang kaji.

c) Kreativiti

Setiap kali seseorang ingin mencetuskan suatu idea berdasarkan kreativitinya, peta
konsep membebaskan pemikirannya daripada pemikiran linear dan membolehkan idea-
idea baru bercambah dengan baik. Pengguna peta minda harus menganggap setiap item
dalam peta konsep adalah pusat kepada peta konsep yang baru.

d) Penyelesaian Masalah

setiap kali seseorang berhadapan dengan permasalahan sama ada dalam bidang
profesional atau peribadi, peta konsep membantu seseorang individu itu untuk
mengenal pasti isu-isu dan hubung kait antara satu sama lain. Selain itu, ia juga turut
membantu individu mendapatkan gambaran keseluruhan dengan pantas di samping
mengesan perbezaan ke atas aspek dan kepentingannya.

e) Perancangan

Apabila seseorang itu merancang sesuatu, peta konsep membantu individu memperoleh
dan mengurus semua maklumat berkaitan dengan mudah. Peta konsep boleh digunakan
untuk merancang sebarang penulisan sama ada dari surat hingga ke skrip lakonan, mahu
pun buku. Di samping itu, peta konsep juga boleh digunakan untuk merancang suatu
mesyuarat, aktiviti harian, pelancongan, kerangka karangan, penulisan makalah, laporan
dan persembahan.

f) Pembentangan

Peta konsep membantu seseorang menyediakan topik dan urutan semasa ingin membuat
suatu pembentangan. Peta konsep bukan sahaja membantu dalam mengurus idea-idea
dengan nyata, malah memberi satu gambaran menyeluruh secara visual dalam
pemikiran tanpa merujuk kepada helaian kertas. Peta konsep sangat membantu dalam
membuat persembahan seperti laporan, kertas kerja, hasil perbincangan dan sumbang
saran.

g) Penggunaan Otak Kiri dan Kanan Serentak

Peta konsep berupaya menggabungkan dan mengimbangkan penggunaan otak kanan


dan otak kiri semasa belajar.

h) Membuat Sinopsis

Peta minda dapat merumuskan pelbagai bahan bacaan ke dalam bentuk sinopsis atau
ringkasan yang padat dan lengkap. Antara bahan bacaan yang sering kali dirumuskan
adalah seperti buku, novel, cerpen dan puisi.

2.3 Kajian berkaitan dengan nilai kekeluargaan

Keluarga merupakan sebuah institusi yang dinamik. Dalam masyarakat tradisi peranan
keluarga dalam semua aspek menjadi lebih ketara, dan kedudukan keluarga sebagai
sebuah institusi lebih penting. Peranan ibu bapa lebih besar dalam masyarakat tradisi
daripada peranan keluarga dalam masyarakat moden.Masyarakat tradisi Malaysia pada
zaman dahulu merupakan masyarakat yang tertutup, akan tetapi hormat-menghormati
sesama anggota dalam komuniti ini amat penting dan merupakan tali pengikat antara
anggotanya. Dengan lain perkataan, anggota masyarakat pada ketika itu hidup saling
nasihat-menasihati sesama mereka. Jika seorang anggota masyarakat melakukan
kesalahan, maka kewajipan anggota dalam komuniti itu pula menasihati atau
menyelesaikannya. Dengan ini menimbul sifat suka mengambil tahu akan ahli keluarga,
saudara, teman, jiran dan seluruh ahli komuniti. Sifat dan perasaan ingin menolong dan
membantu individu yang lain itu bersemarak dalam jiwa dan sanubari tiap-tiap dalam
masyarakat itu. Amalan begini diamalkan oleh setiap individu dalam sesebuah
masyarakatnya. Sekiranya terdapat individu yang cuba memecah adat tradisi itu,
akibatnya dia akan disingkirkan daripada kelompoknya. Oleh itu, setiap individusaling
ingat-mengingati sesama mereka supaya tidak terlupa dan bertentangan pula dengan
kehendak anggota masyarakat yang ramai.
Nilai kekeluargaan merupakan suatu sistem, sikap dan kepercayaan yang secara
sedar atau tidak, menyatukan anggota keluarga dalam satu budaya. Nilai kekeluargaan
juga merupakan suatu pedoman bagi perkembangan norma dan peraturan yang terdapat
dalam keluarga (Muwarni, 2007).Norma adalah peraturan-peraturan yang mengandungi
petunjuk tingkah laku yang harus atau tidak boleh dilakukan manusia dan bersifat
mengikat. Hal ini bererti bahawa manusia wajib mengikuti norma yang ada. Norma
adalah kaedah atau ketentuan yang mengatur kehidupan dan hubungan antara manusia
dalam erti luas. Norma merupakan petunjuk hidup bagi manusia dan pedoman perilaku
seseorang yang berlaku dalam masyarakat.

2.4 Kajian-kajian berkaitan dengan penggunaan peta konsep

Kajian-kajian berkaitan dengan penggunaan peta konsep telah banyak dijalankan oleh
pengkaji-pengkaji di kalangan pendidik sendiri. Antaranya ialah Asma binti Ishak
(2005) telah menjalankan kajian ke atas 30 orang pelajar tahun 4 Arif di Sekolah
Kebangsaan Jelempok. Kajian beliau mendapati bahawa penggunaan teknik peta
konsep dapat meningkatkan kemahiran mencatat nota. Dapatan kajian beliau
menunjukkan berlakunya peningkatan kumpulan pencapaian tinggi dalam ujian pasca
menjadi 40 % berbanding ujian pra 7 %. Bagi kumpulan pencapaian rendah pula
menunjukkan penurunan sebanyak 3% dalam ujian pasca berbanding 40% dalam ujian
pra. Sehubungan itu, beliau berpandangan bahawa penggunaan peta konsep ini dalam
mencatat nota adalah berjaya.

Seterusnya Rusilah Jais et al. (2004) juga telah menjalankan kajian tentang
penggunaan peta konsep bagi mata pelajaran matematik dalam kalangan pelajar
perakaunan. Kajian tersebut melibatkan seramai 158 responden dalam kalangan pelajar-
pelajar matrikulasi. Hasil dapatan kajian tersebut menunjukkan berlakunya peningkatan
pelajar yang mendapat gred A iaitu sebanyak 26.6% dalam ujian pasca berbanding 7%
dalam ujian pra. Pelajar yang mendapat gred B juga meningkat daripada 7.6% dalam
ujian pra kepada 12% dalam ujian pasca. Bagi gred C pula menunjukkan penurunan
peratus dalam ujian pasca iaitu sebanyak 3.2% berbanding 10.1% dalam ujian pra.
Rusilah Jais et al (2004) merumuskan bahawa penggunaan peta konsep dalam mata
pelajaran matematik adalah berkesan.
Manakala Chan (2004) telah mengkaji tentang keberkesanan penggunaan
kemahiran teknik ini dalam menulis karangan Bahasa Cina kepada 60 orang pelajar
menengah satu dan menengah empat di Hong Kong. Sampel terdiri daripada pelbagai
peringkat kebolehan. Kajian beliau mendapati penggunaan teknik peta konsep berjaya
meningkatkan kualiti penulisan karangan pelajar. Di samping itu, berdasarkan rumusan
temu bual beliau dengan pelajar menunjukkan peta konsep dapat membantu mereka
merancang dalam pelbagai cara, antaranya untuk mencari fokus yang lebih jelas,
mengorganisasikan idea dengan lebih baik, memiliki idea yang lebih berkaitan dan
tepat, dapat melakarkan idea yang banyak dan dapat membuat perenggan dengan baik.

Dalam konteks penulisan karangan Bahasa Melayu pula, Zalekha (2005) telah
mengkaji tentang perkaitan antara prestasi pelajar dengan penggunaan peta konsep dan
temu bual terhadap enam orang sampel daripada para pelajar Sekolah Kebangsaan
Abang Aing, Sri Aman Kuching, Sarawak. Hasil kajian beliau mendapati bahawa para
pelajar berjaya menghasilkan karangan naratif yang tersusun dan kemas. Freddy
Xaviers (2010) dalam kajian beliau terhadap keberkesanan penggunaan peta konsep
telah berjaya meningkatkan kemahiran mengolah isi karangan jenis keperihalan Bahasa
Melayu tahun 5. Beliau juga menyatakan bahawa penggunaan peta konsep bukan sahaja
dapat membantu meningkatkan pengolahan isi penting karangan pelajar, malah dapat
meningkatkan juga kemahiran beliau sendiri dalam mengajarkan karangan jenis
keperihalan.

Manakala EnySulistiyaningsih (2010) pula menjalankan kajian tentang


peningkatan kemampuan pelajar menulis karangan naratif menggunakan kaedah peta
konsep. Sampel terdiri daripada 25 orang pelajar (12 orang lelaki dan 13 orang
perempuan) kelas 5 SD Negeri Karangasem III Surakarta Indonesia. Dapatan kajian
beliau menunjukkan pelajar bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti proses
pembelajaran Bahasa Indonesia dalam menulis karangan naratif, akan tetapi mampu
meningkatkan kegiatan guru. Menurut beliau lagi, peningkatan kegiatan guru dalam
proses pembelajaran menulis karangan naratif menggunakan kaedah peta konsep dapat
dilihat melalui peningkatan perhatian guru terhadap pelajar, mengelola kelas dan waktu
pembelajaran. Di samping itu, melalui kaedah peta konsep juga membantu guru untuk
lebih mudah mengembangkan aplikasi dan lebih cekap membuat penutup pembelajaran
serta lebih terlatih dalam mencipta suasana pembelajaran yang kondusif. Oleh itu,
berdasarkan pendapat dan juga dapatan-dapatan dia atas, penggunaan peta konsep
dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral dihasratkan dapat meningkatkan
pencapaian pelajar.

2.5 Rumusan

Bab ini telah menghuraikan tentang suatu perbincangan falsafah ilmu berdasarkan
literatur berkaitan dan kajian-kajian yang berkaitan dengan makna domain peta konsep
serta kelebihan penggunaannya. Huraiannya yang meliputi sorotan kajian daripada
pendapat dalam kalangan tokoh-tokoh turut disertakan dalam bab ini. Huraian bab ini
juga telah menunjukkan bahawa kaedah penggunaan peta konsep dalam sesuatu
pengajaran dan pembelajaran akan memberikan kesan yang positif terhadap pencapaian
para pelajar. Bab seterusnya pula akan membincangkan mengenai metodologi kajian.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan
Kajian ini adalah mengenai kaedah penggunaan peta konsep dalam pengajaran nilai
berkaitan kekeluargaan dalam kalangan pelajar sekolah menengah berdasarkan sukatan
pelajaran Pendidikan Moral. Bab 3 ini merangkumi huraian tentang reka bentuk kajian.
Penjelasan tentang reka bentuk kajian meliputi mengenal pasti masalah, merancang,
bertindak, memerhati atau menganalisis dan merefleks. Dalam bab ini juga, kumpulan
sasaran dan proses menganalisis data akan ditentukan.

3.2 Reka bentuk kajian tindakan

Kajian ini adalah menggunakan kaedah deskriptif.Reka bentuk dalam sesuatu kajian
merujuk kepada perancangan yang disediakan untuk menjalankannya (Bogdan&Biklen,
1998; Yin, 1994). Perancangan adalah penting untuk memandu pengkaji menjalankan
sesuatu tindakan.

1) Mengenal pasti masalah

Berdasarkan pemerhatian, pelajar didapati kurang berminat terhadap mata pelajaran


Pendidikan Moral semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.Menurut
Abdul Shatar (2007), kejayaan pembelajaran pelajar amat bergantung pada pengetahuan
dan kefahaman guru. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Pendidikan Moral yang kurang sesuai dan kreatif menyebabkan para pelajar kurang
memahami dan berminat dengan nilai-nilai moral yang di ajar. Ini merupakan masalah
strategi mengajar yang tidak betul. Dalam hal ini juga, sesetengah pelajar Tingkatan
Dua Zamrud kurang mengingati konsep dan juga hal-hal yang berkaitan dengan aspek
kekeluargaan.

Setelah saya mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar tingkatan Dua
Zamrud ini, saya memilih untuk menggunakan kaedah penggunaan peta konsep bagi
membantu pelajar mengingat dan memahami huraian yang berkaitan dengan nilai
kekeluargaan. Dalam hal ini, kaedah yang saya gunakan adalah pemerhatian, ujian pra
dan pos serta borang soal selidik. Ujian pra dijalankan sebelum saya menggunakan
kaedah peta konsep dan ujian pos dijalankan setelah kaedah peta konsep diperkenalkan.
Melalui ujian pra dan ujian pos ini, saya dapat melihat perbezaan kefahaman murid
semakin meningkat.

Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan peta konsep bagi meningkatkan
kefahaman dan ingatan pelajar Tingkatan Dua Zamrud terhadap pembelajaran nilai
berkaitan dengan kekeluargaan. Kaedah pengajaran yang digunakan ini dipercayai akan
membantu pelajar memahami sesuatu tajuk secara terperinci.

2) Merancang

Pengajaran secara memberi penerangan semata-mata sudah pasti akan menimbulkan


kebosanan dalam diri pelajar. Pelajar hanya mendengar penerangan daripada guru
sahaja dan ini akan menyebabkan mereka menjadi pasif kerana mereka tidak melakukan
sebarang aktiviti. Melalui pemerhatian saya, kaedah yang digunakan oleh guru-guru
lain lebih berkesan iaitu kaedah penggunaan peta konsep dan ia membantu kefahaman
dan ingatan pelajar terhadap sesuatu pembelajaran.

Oleh hal yang demikian, saya akan memberi penerangan berkaitan dengan peta
konsep kepada pelajar sebagai panduan kepada mereka. Pelajar diarahkan membina
peta konsep mengikut kreativiti mereka. Kemudian, saya akan memberi dorongan
kepada pelajar untukmenggunakan peta konsep bagi membantu ingatan bersama bahan
pelajaran lain seperti nota yang diberikan berdasarkan buku teks.Sebelum pelajar
membina peta konsep mengikut kreativiti mereka, saya akan menunjukkan peta konsep
yang telah saya lukis terlebih dahulu bagi menambah minat pelajar setelah melihat peta
konsep tersebut. Contoh peta konsep berkaitan dengan nilai kekeluargaan:

B
agi
menyoko
ng
kelancara
n kajian tindakan yang akan dilaksanakan, maka saya telah merangka instrumen yang
akan dilaksanakan sepanjang proses kajian tindakan ke atas pelajar saya. Antara
instrumen yang digunakan ialah ujian pos. Dalam ujian pos tersebut pelajar akan
diberikan ujian yang berkaitan nilai kekeluargaan. Ujian pos dijalankan ke atas pelajar
setelah kaedah penggunaan peta konsepdiperkenalkan kepada pelajar. Ujian pos
dijalankan untuk melihat perbezaan keputusan pra yang dijalankan pada sebelum ini.

3) Menyatakan tindakan

Langkah 1: Semua pelajar tingkatan 4 Sains Tulen menduduki ujian pra yang telah
disediakan oleh guru. Ujian pra ini terdiri daripada 30 soalan objektif.

Langkah 2: Setelah keputusan ujian pra dikeluarkan, terdapat sebilangan pelajar


tingkatan 2 Zamrud yang mendapat markah pada peringkat lulus sahaja iaitu gred C.

Langkah 3: Topik berkaitan dengan nilai kekeluargaan diperkenalkan dengan


menggunakan ‘power point’.

Langkah 4: Guru menunjukkan contoh peta konsep yang telah dilukis terlebih awal
kepada para pelajar.

Langkah 5: Cara membuat peta konsep diterangkan.

Langkah 6: Pelajar diberi masa untuk melukis peta konsep berkaitan dengan nilai yang
mereka pelajari.

Langkah 7: Membimbing pelajar melukis peta konsep tersebut.

Langkah 8: Ujian pos akan dijalankan selepas kaedah peta konsep diperkenalkan

Langkah 9: Ujian pos yang akan dijalankan adalah selepas 3 bulan kaedah peta konsep
diperkenalkan.

Langkah 10: Borang soal selidik akan diedarkan kepada pelajar selepas ujian pos
dijalankan.

Langkah 11: Rakan Praktikum membantu memerhati amalan mengajar saya dengan
menggunakan borang maklum balas yang disediakan.

4) Memerhati dan menganalisis


Kaedah pemerhatian telah dijalankan untuk meninjau tingkah laku dan penglibatan
pelajar sebelum, semasa dan selepas kajian. Setiap sesi pemerhatian mempunyai catatan
lapangan masing-masing. Kandungan nota lapangan termasuklah huraian latar, tindakan
yang dilaksanakan, tingkah laku, mimik muka pelajar, tanggapan dan prasangka saya
serta perkara yang berlaku di luar jangkaan sekiranya ada. Saya telah mengambil
gambar untuk memerhati tingkah laku dan reaksi responden-responden semasa proses
pengajaran dan pengajaran dan semasa responden-responden melukis peta minda.
Pemerhatian daripada rakan praktikum telah dijalankan untuk mengumpul data untuk
kajian tindakan ini. Borang maklum balas yang disediakan dan pemerhatian rakan
praktikum telah dijalankan sebanyak tiga kali, iaitu sebelum, semasa dan selepas kajian
dijalankan.

Ujian pra dan ujian pos direkodkan dengan markah dan gred akademik
berdasarkan gred pemarkahan berikut:

A 24-30
B 19-23
C 13-18
D 6-12
E 0-5

Gred pemarkahan berikut merangkumi 30 soalan objektif. Pada peringkat awal iaitu
ujian pra, didapati 50 peratus pelajar lulus dalam ujian ini iaitu mendapat gred C.
Setelah kaedah peta konsep diperkenalkan kepada pelajar, keputusan ujian pos
menunjukkan peningkatan iaitu terdapat 70 peratus pelajar lulus dalam keputusan
tersebut. Berdasarkan perbandingan keputusan pra dan pos, saya mendapati terdapat
peningkatan sebanyak 20 peratus pelajar yang lulus. Hal ini menunjukkan, kaedah peta
konsep sangat memberi kesan kepada kefahaman dan ingatan pelajar tersebut terhadap
nilai kekeluargaan.

Selain itu, borang soal selidik diedarkan kepada pelajar dengan menggunakan
skala likert seperti berikut:

SS - Sangat Setuju

S - Setuju
KS - Kurang Setuju

TS - Tidak Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

Setelah itu, didapati terdapat 80 peratus pelajar yang setuju menggunakan kaedah peta
konsep dalam memahami dan mengingat tajuk berkaitan dengan nilai kekeluargaan.

5) Refleksi dan penilaian

Berdasarkan pemerhatian, ujian pra dan pos, serta borang soal selidik, saya dapat
melihat sejauh mana keberkesanan kaedah peta konsep memberi kesan ke atas
kefahaman dan kemahiran mengingat dalam diri pelajar. Penilaian yang dibuat
berdasarkan maklumat yang dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan peratusan
ujian pra dan ujian pos serta maklumat yang diperoleh daripada borang soal selidik.
Berdasarkan ujian pra dan ujian pos yang dijalankan, didapati keputusan menunjukkan
peningkatan serta terdapat ramai pelajar yang bersetuju dengan penggunaan kaedah peta
konsep tersebut.

Melalui maklumat di atas, saya dapat membuat kesimpulan tentang penggunaan


peta konsep ke atas kemahiran mengingat fakta dalam kalangan pelajar tingkatan 2
Zamrud. Secara keseluruhannya, mereka telah menunjukkan peningkatan yang banyak
dari segi kefahaman, daya ingatan terhadap isi-isi penting dan minat pelajar untuk
belajar nilai kekeluargaan dengan lebih mendalam. Perkara yang amat menggembirakan
saya ialah semua pelajar suka dan berminat untuk menggunakan peta konsep yang
diperkenalkan oleh saya atas sebab peta konsep tersebut berwarna-warni dan menarik
perhatian serta minat mereka.

3.3 Kumpulan sasaran

Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini terdiri daripada 15 pelajar Kelas 4 Sains
Tulen di salah sebuah sekolah di Rawang. Kelas 4 Sains Tulen terpilih sebagai
kumpulan sasaran berjumlah 15 orang pelajar iaitu 7 orang pelajar perempuan dan 8
orang pelajar lelaki. Sampel kajian dipilih adalah secara bertujuan. Pelajar-pelajar
tersebut akandiberi ujian pra dan ujian pasca sebelum dan selepas kajian
dijalankan.Kajian ini hanya melibatkan tajuk ‘kekeluargaan’ yang terkandung dalam
subjek Pendidikan Moral. Tajuk ini meliputi nilai kasih sayang terhadap keluarga,
hormat dan taat kepada anggota keluarga, mengekalkan tradisi kekeluargaan, dan
tanggungjawab terhadap keluarga.

3.4 Instrumen kajian

Pengumpulan data menggunakan pelbagai instrumen sesuai digunakan dalam kajian


deskriptif kerana pengumpulan lebih banyak data daripada pelbagai sumber adalah
lebih baik untuk memahami sesuatu fenomena yang dikaji (Bogdan&Biklen, 2005).
Justeru, saya telah menggunakan pelbagai instrumen seperti ujian pra, ujian pos, borang
soal selidik dan pemerhatian.

3.5 Analisis data

i. Pemerhatian

Kaedah pemerhatian telah dijalankan untuk meninjau tingkah laku dan penglibatan
pelajar sebelum, semasa dan selepas kajian. Saya telah mengambil gambar untuk
memerhati tingkah laku dan reaksi pelajar semasa proses pengajaran dan pengajaran
dan semasa pelajar melukis peta minda. Pemerhatian daripada rakan praktikum telah
dijalankan untuk mengumpul data untuk kajian tindakan ini. Borang maklum balas yang
disediakan dan pemerhatian rakan praktikum telah dijalankan sebanyak tiga kali, iaitu
sebelum, semasa dan selepas kajian dijalankan.

ii. Ujian pra dan pos

Ujian pra dijalankan sebelum saya menggunakan kaedah peta konsep dan ujian pos
dijalankan setelah kaedah peta konsep diperkenalkan. Melalui ujian pra dan ujian pos
ini, saya dapat melihat perbezaan kefahaman murid semakin meningkat. Kedua-dua
ujian ini menggunakan soalan yang sama iaitu soalan objektif yang mengandungi 30
soalan.

iii. Soal selidik


Borang soal selidik diedarkan kepada pelajar dengan menggunakan skala likert seperti
berikut:

SS - Sangat Setuju

S - Setuju

KS - Kurang Setuju

TS - Tidak Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

3.6 Jadual kajian


Bil. Aktiviti Tempoh/ Masa Catatan

1. Mengenal pasti masalah 1 minggu Sesetengah pelajar Tingkatan 4


Sains Tulen kurang mengingati
konsep dan juga hal-hal yang
berkaitan dengan aspek
kekeluargaan
2. Merancang 2 minggu Pelajar diarahkan membina peta
konsep mengikut kreativiti mereka.
Sebelum itu, saya menunjukkan
peta konsep yang telah saya lukis
terlebih dahulu.

3. Bertindak 4 minggu Membimbing pelajar melukis peta


konsep tersebut.
4. Memerhati dan 4 minggu i. Pemerhatian
menganalisis ii. Ujian pra dan pos
iii. Soal selidik

5. Refleksi dan penilaian 1 minggu Secara keseluruhannya, mereka


telah menunjukkan peningkatan
yang banyak dari segi kefahaman,
daya ingatan terhadap isi-isi
penting dan minat mereka untuk
belajar tentang nilai kekeluargaan.
Jumlah 3 bulan

Rumusan Dan Perbincangan


Hasil daripada dapatan kajian mendapati bahawa penggunaan peta konsep

dapat meningkatkan minat dan penglibatan pelajar dalam kelas serta

memberikan peluang kepada pelajar untuk aktif di dalam kelas dan terlibat

dalam pengajaran guru. Kaedah konvensional perlu dikurangkan untuk

mengurangkan pelajar yang pasif dan malu di dalam kelas. Salah satu kaedah

yang baik dalam meningkatkan minat dan penglibatan pelajar ini ialah

penggunaan peta konsep. Kaedah ini mampu merangsang minat pelajar untuk

terlibat di dalam setiap aktiviti yang dirancang oleh guru.

Dalam melaksanakan kaedah ini, guru perlu melakukan tunjuk cara

bukan hanya dalam bentuk penerangan dan huraian Jill Hadfield (1984). Guru

perlulah membuat persediaan sebelum, semasa dan selepas dalam membimbing

pelajar dan berbincang dengan pelajar supaya setiap pengajaran dan

pembelajaran itu mencapai objektif berdasarkan sukatan pelajaran. Ini

merupakan cara yang berkesan untuk mencapai objektif pengajaran dan bukan

hanya setakat untuk berhibur sahaja. Secara realiti peranan guru amat penting.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, terbuktilah bahawa penggunaan

peta konsep amat berkesan dalam meningkatkan minat dan penglibatan pelajar

terhadap proses PdPc Pendidikan Moral. Oleh itu, saya akan menggunakan peta

konsep untuk pengajaran saya pada masa akan datang. Penggunaan kaedah

seperti ini memberikan satu pengalaman baharu kepada murid dalam

mempelajari nilai Pendidikan Moral selain daripada pengajaran berpusatkan

guru yang berteraskan kaedah tradisional. Selain itu, saya ingin memperluaskan

penggunaan peta konsep kepada skop pengajaran yang lebih luas mengikut

pengajaran dan pembelajaran abad ke -21.

RUJUKAN
Buzan, Tony. 1976. Use both sides of your brain. New York. E.P Dutton & Co.

Enigma (2015). Manfaat nilai kekeluargaan. Diperoleh daripada


http://www.bhataramedia.com/forum/sebutkan-dan-jelaskan-3-manfaat-nilai-
kekeluargaan-bagi-masyarakat/

KiewMengXin (2006). Penggunaan peta konsep di kalangan guru pelatih universiti


teknologi malaysia dalam pengajaran dan pembelajaran kimia. Universiti
Teknologi Malaysia.

Lim Kui Lik (2009). Penggunaan peta minda dalam meningkatkan kefahaman dan
ingatan murid tahun 4 dalam subjek sains. Penyelidikan Tindakan PISMP,
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL.

Nor Azura binti MohdZaki. 2008. Menerangkan konsep istilah penting dalam mata
pelajaran Pengajian Perniagaan tingkatan 6 dengan inovasi “My Aura Map”.
Diperoleh daripada http://ilmu.edublogs.org/2008/07/10/myaura-map-
menerangkan-konsep- istilah-penting-dalam-mp-pengajianperniagaan/

Novak, J.D. &Gowin, D.B. (1984). Learning how to learn. New York: Cambridge
University Press. Diperoleh daripada http://journalarticle.ukm.my/207/1/1.pdf

Pn. Michele Ting Mei Ling, Pn. NoorHafizahMohd. Rodi (2011). Penggunaan peta
konsep bagi meningkatkan prestasi mata pelajaran sejarah tingkatan dua.
Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Perak, Ipoh Perak.

ShahabuddinHashim&RohizaniYaakub. 2004. Psikologi pembelajaran & personaliti.


Shah Alam: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Wahidin, KamisahOsman& T. SubahanMohd. Meerah. 2004. Penggunaan peta


konsep dan peta vee dalam meningkatkan sikap pelajar terhadap kimia.
Jurnal Pendidikan 29, 125-144.

Zahara Aziz NurliahJair (2009). Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan


Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua.Jurnal
Pendidikan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai