Anda di halaman 1dari 118

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pada era globalisasi ini, pendidikan telah berjalan seiring dengan kemajuan teknologi

dan mengalami perubahan yang amat pesat sekali. Secara tidak langsung, memberi

cabaran dan impak kepada sistem pendidikan di Malaysia untuk melahirkan modal

insan dan tenaga kerja yang berdedikasi dan berkomitmen tinggi. Penggunaan

teknologi yang meluas dalam pendidikan secara global memberi tekanan kepada guru

dan pelajar untuk melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran

yang berkaitan dengan skop teknologi yang memberi kesan mendalam kepada

kehidupan masa kini di Malaysia (Siti Aminah & Fazlinda, 2018). Hal ini secara tidak

langsung, dapat meningkatkan pengalaman pelajar, seperti penggunaan media mudah

alih dalam bentuk perisian multimedia dalam pendidikan khususnya dalam mata

pelajaran Geografi.
2

Sehubungan itu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025

berhasrat untuk menjadikan negara adalah menjadi hub pendidikan berkualiti dan

pelajar akan berpeluang untuk menyertai dalam program dan pengalaman berkualiti

berdasarkan pembelajaran berasaskan teknologi supaya lebih menarik dan mencabar

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015). Hal ini demikian, KPM juga harus

memperkenalkan aplikasi perisian khusus untuk menyokong aktiviti pembelajaran di

bilik darjah di mana perisian tersebut tidak hanya bertujuan untuk pelajar sekolah

menengah untuk memberi kemudahan kepada pelajar memahami setiap pelajaran.

Oleh itu, pembelajaran menggunakan perisian multimedia ini akan dapat menyatukan

teks atau menyampaikan maklumat dengan bahan media lain seperti audio, gambar,

grafik, animasi, klip video dan sebagainya (Noralia, 2015).

Mata Pelajaran Geografi mula dikenali pada abad ke-18 sebagai satu disiplin

Geografi dan diajar untuk pertama kalinya di universiti dan menjadi pendidikan dasar

(Guzman, Olaguer, & Novera, 2017) dan elemen penting dalam pendidikan abad ke-

21 (Marty, 2017). Pendidikan Geografi adalah subjek yang melibatkan penghafalan

atau fakta hanya untuk diingat dan diserap, kerana Geografi bukan subjek pasif, tetapi

pendidikan Geografi yang berkualiti mempunyai tulang belakang yang kuat seperti

pelajar yang mengambil bahagian dalam setiap aktiviti Geografi seperti membaca

peta, paparan data, melibatkan persoalan Geografi supaya pelajar dapat menguasai

sesuatu kemahiran yang tidak diajar dalam bidang lain. Oleh itu, pencapaian

akademik sangat dipengaruhi oleh gaya pengajaran dan pembelajaran yang

disampaikan oleh guru (Andi, Yarmaidi, & Irma, 2015) serta penambahbaikan alat

dan bahan pengajaran juga perlu dibuat untuk membantu menangani cabaran dalam

pengajaran dan pembelajaran Geografi (Guzman et al., 2017).


3

1.2 Latar Belakang Kajian

Pada tahun 1996, KPM telah menggubal konsep Sekolah Bestari bertujuan

menyediakan pendidikan yang lebih berkualiti untuk meningkatkan pencapaian

Falsafah Pendidikan Negara ke tahap maximum menggunakan teknologi dalam

bidang pedagogi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Projek Sekolah Bestari

diwujudkan sebagai satu daripada Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia untuk

melengkapkan generasi muda dengan kemahiran teknologi maklumat dengan

sokongan sistem inovatif sehingga mereka dapat bersaing dalam dunia tanpa

sempadan, dan berfungsi untuk mewujudkan ekonomi berasaskan pengetahuan

(Fadzliation, 2015). Pendidikan dalam negara kini juga telah memperkenalkan

pelbagai bahan bantu mengajar (BBM) sebagai media yang digunakan ketika

pengajaran dan pembelajaran berlaku seperti transperensi, projektor tayang lutsinar,

poster, gambar, video dan juga penggunaan komputer.

Selain itu, penggunaan teknologi berasaskan multimedia bukan sahaja dapat

meningkatkan kreativiti dalam kalangan pelajar tetapi juga menjadikan PdPc lebih

menarik dan berintegrasi dengan relevannya topik yang akan diajar untuk

meningkatkan pemahaman pelajar mengenai isi kandungan mata pelajaran yang diajar

(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2016). Melalui pengajaran dan pembelajaran

multimedia akan membolehkan pelajar memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses

pengajaran dan pembelajaran (PdPc) serta alat bantu mengajar yang disediakan oleh
4

guru. Rangkaian infrastruktur digital juga akan mempengaruhi pemahaman pelajar

tentang masyarakat, pengetahuan, pengajaran, pembelajaran (Jones & Last, 2014).

Hal ini kerana, teknologi lain dalam sejarah manusia telah mempengaruhi praktik

Geografi dengan cara yang mendalam seperti komputer. Perkembangan teknologi ini

secara drastik mengubah Geografi kepada dua bahagian sebagai disiplin akademik

dan Geografi Dunia (Kaya, 2018). Bahagian penting dalam pembelajaran Geografi di

sekolah bukan untuk membingungkan pelajar dengan terlalu banyak maklumat, tetapi

untuk mengajar mereka bagaimana menggunakan maklumat tersebut untuk

menerapkannya dalam kehidupan (Kocalar & Demikaya, 2017).

Di samping itu, BBM multimedia juga akan memfokuskan sistem pendidikan

abad ke-21 model iaitu berpusatkan yang dapat membekalkan pelajar dengan semua

pengetahuan dan kemahiran yang perlu untuk membolehkan mereka bersaing dalam

scenario pekerjaan masa kini. Multimedia dalam kurikulum juga dalah usaha

menyelaraskan matlamat pembelajaran pelajar agar dapat bersaing di peringkat global

dan swasta (Mohd Elmagzoub, 2015). Oleh itu, untuk terus bersaing mereka perlu

mengaplikasikan strategi penyelesaian masalah dengan menggunakan BBM

multimedia yang melibatkan penggabungan pelbagai media, perisian dan strategi yang

berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi untuk masa depan (Kumaran,

2015).

Multimedia difahami sebagai satu set alat pengajaran dan pembelajaran yang

berkembang, dalam bentuk yang paling canggih. Oleh itu, penggunaan BBM

semestinya sudah mulai diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Geografi.


5

Oleh itu, pengintegrasian multimedia sebagai BBM dalam pendidikan Geografi akan

memudahkan pelajar memahami dan memahami persekitaran tempatan dan global

dan membolehkan mereka menghubungkan maklumat dengan corak spatial atau

reruang, di samping membolehkan pelajar menganalisis dan memahami hubungan dan

lokasi dalam konteks ruang dan tempat (Chatel & Falk, 2017).

1.3 Pernyataan Masalah

Penurunan taraf mata pelajaran Geografi dalam sistem pendidikan Malaysia bukan

sahaja disebabkan mata pelajaran elektif tetapi turut dipengaruhi oleh persepsi dan

sikap yang rendah terhadap mata pelajaran Geografi (Fatima, 2016). Secara tidak

langsung bilangan pelajar yang mengambil subjek Geografi semakin berkurang.

Selain itu, Geografi adalah subjek yang sering didengar rungutan oleh pelajar sekolah

yang membicarakan pendidikan Geografi sebagai subjek yang komprehensif (Cifci,

2016). Menurut Hamirdin (2012), subjek Geografi sangat sukar difahami oleh pelajar

dan memberi kesan terhadap minat mereka dalam mempelajari mata pelajaran

Geografi, juga menjadikan hal ini sebagai salah satu alasan atau sebab kenapa prestasi

mereka dalam Geografi tidak memberangsangkan. Tambahan pula, mata pelajaran

Geografi sering menjadi mata pelajaran pilihan terakhir pelajar berbanding mata

pelajaran yang lain. Hal ini demikian, mata pelajaran Geografi ini mengandungi

unsur-unsur sains yang dinamik khususnya dalam Geografi fizikal (Fraile, Sanchez, &

Leatherman, 2019). Hal ini, menyebabkan pelajar mudah berasa bosan sekiranya
6

teknik dan strategi yang digunakan oleh guru tidak mampu menarik perhatian pelajar

(Noralia, 2015).

Hal ini disokong oleh Munazza (2016), menyatakan bahawa mata pelajaran

Geografi di Pakistan dianggap tidak menarik dan pelajar beranggapan bahawa mata

pelajaran Geografi hanya berkaitan dengan “sungai”, dan “gunung”. Perspesi ini juga

sama dengan negara India dan mata pelajaran Geografi di kedua-dua negara ini tidak

mendapat sambutan yang baik dari mereka kerana mata pelajaran Geografi juga

dianggap tidak penting berbanding mata pelajaran lain seperti kimia, dan biologi serta

yang lebih teruk lagi apabila mata pelajaran Geografi hanya dianggap sebagai

pengetahuan umum sahaja dan mereka yang mengambil mata pelajaran Geografi

dianggap tidak mempunyai masa depan yang cerah.

Keadaan ini bertentangan dengan senario di negara Malaysia. Mata pelajaran

Geografi di negara Malaysia adalah wajib diambil oleh para pelajar menengah rendah

tetapi tidak wajib bagi pelajar menengah atas. Hal ini kerana, Geografi ditukarkan

daripada mata pelajaran teras kepada mata pelajaran elektif. Di samping itu, terdapat

sesetengah sekolah yang tidak menawarkan mata pelajaran Geografi kepada pelajar

tingkatan empat dengan alasan tiada pelajar yang berminat untuk mengambilnya.

Keadaan ini menyebabkan bilangan pelajar yang mempelajari Geografi semakin

berkurang. Pada masa yang sama terdapat juga pelajar yang mempunyai sikap yang

beranggapan bahawa mata pelajaran ini adalah tidak penting (Abdul Hamid et al.,

2006).

Dalam mengajar subjek Geografi, maklumat harus disampaikan kepada pelajar

dengan berkesan dan jelas, serta mengajar pelajar bagaimana dan di mana maklumat
7

Geografi ini dapat diperoleh dengan menggunakan teknologi yang sedia ada (Kocalar

& Demikaya, 2017). Selanjutnya, sekiranya Geografi ini diajar, dipraktikkan dan

disebarkan dengan cara yang menarik dan diolah supaya mudah dikuasai (Hamirdin,

2012). Selain itu, silibus Geografi pada tahun 2013 mendorong pelajar melayari

internet seperti Google Earth dan penderiaan jarak jauh untuk tujuan mengira dan

mempersembahkan data transformasi desa dan bandar dalam bentuk jadual, rajah dan

peta (Mastura, 2014). Di samping mengembangkan kemahiran dan mengembangkan

pemahaman dan pengetahuan mengenai skop Geografi (Maude, 2010). Namun,

kenyataan yang terdapat di sekolah adalah bahawa multimedia sebagai alat bantu

mengajar (BBM) dilihat kurang digunakan oleh guru dan pelajar dalam pengajaran

dan pembelajaran Geografi (Novaliendry, 2013).

Di samping itu, terdapat sebilangan guru yang tidak terbuka mengenai

keseimbangan arus pemodenan semasa, di mana guru-guru ini tidak mahu

menggunakan BBM multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Tambahan pula, guru yang lebih tua tidak mahu mengubah cara komputer

diintegrasikan di sekolah berbanding dengan guru baharu. Hasil pengajaran yang baik

tidak dapat dicapai melalui kaedah pengajaran tradisional, kerana mata pelajaran ini

mempunyai waktu pengajaran yang terhad dengan kandungan yang lebih banyak

(Shouye, 2017). Akibatnya, pelajar menjadi terlalu pasif, seolah-olah mereka tidak

terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas (Rian & Osman,

2013). Masalah-masalah ini telah menghalangi usaha kerajaan untuk

mengintegrasikan teknologi maklumat dan komunikasi ke dalam proses pengajaran

dan pembelajaran di sekolah untuk mengikuti perubahan teknologi semasa (Faizah,

2017).
8

Dalam konteks ini, BBM multimedia digunakan oleh guru di bilik darjah, dan

juga oleh pelajar masa kini berperanan memberi kesan dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran Geografi di tingkatan tiga serta mempengaruhi terhadap motivasi, sikap

dan pencapaian akademik mata mata pelajaran Geografi di samping memberi

penekanan terhadap nilai nilai kognitif dan afektif sahaja tanpa melibatkan

psikomotor pelajar.

1.4 Matlamat dan Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan bagi mengkaji implikasi penggunaan BBM berasaskan elemen

multimedia dalam proses PdPc mata pelajaran Geografi tingkatan tiga di Sekolah

Menengah Kebangsaan Jengka Dua. Bagi mencapai matlamat tersebut, beberapa

objektif telah dibentuk. Antara objektif kajian yang diharapkan dapat dicapai adalah:

i. Mengenalpasti aspek amalan penerapan penggunaan BBM berasaskan

elemen multimedia dalam PdPc mata pelajaran Geografi terhadap pelajar

tingkatan tiga

ii. Mengenalpasti tahap motivasi, sikap dan pencapaian pelajar terhadap mata

pelajaran Geografi tingkatan tiga setelah diterapkan penggunaan BBM

berasaskan elemen multimedia


9

iii. Mencadangkan langkah penambahbaikan amalan PdPc berasaskan elemen

multimedia dalam mata pelajaran Geografi tingkatan tiga

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat:

i. Apakah amalan penerapan penggunaan elemen BBM berasaskan elemen

multimedia dalam PdPc mata pelajaran Geografi tingkatan tiga terhadap

pelajar?

ii. Apakah tahap motivasi, sikap dan pencapaian pelajar terhadap mata

pelajaran Geografi tingkatan tiga setelah diterapkan penggunaan BBM

berasaskan elemen multimedia?

iii. Apakah cadangan penambahbaikan amalan PdPc berasaskan elemen

multimedia dalam mata pelajaran Geografi tingkatan tiga?

1.6 Kerangka Konseptual


10

Kerangka konseptual adalah gambaran kasar kajian yang dijalankan. Kerangka

konseptual seperti Rajah 1.1 menjadi asas kajian dalam kajian ini. Kerangka

konseptual ini dikembangkan untuk mengenal pasti amalan penggunaan BBM

berasaskan multimedia dalam subjek Geografi tingkatan tiga dalam PdPc subjek

Geografi.

Kajian ini dilakukan untuk melihat aplikasi BBM berasaskan elemen

multimedia untuk membantu proses PdPc dari perspektif pelajar. Tujuan utama

memilih penggunaan BBM berasaskan multimedia dalam kajian ini adalah untuk

melihat sejauh mana pelajar menguasai subjek Geografi melalui BBM elemen

multimedia seperti audio, gambar grafik (tidak bergerak), animasi, klip video dan

sebagainya. Melalui pendedahan bahan bantu mengajar (BBM) berasaskan

multimedia juga akan memberikan kesan yang berbeza ke atas pelajar yang berbeza

dari segi gaya kognitif. Melalui kajian ini turut melibatkan penambahbaikan amalan

PdPc menggunakan BBM dalam mata pelajaran Geografi tingkatan tiga bagi

meningkatkan keberkesanan proses PdPc subjek Geografi untuk meningkatkan

motivasi, sikap dan pencapaian pelajar terhadap subjek Geografi.


11

Rajah 1.1: Kerangka Konseptual

1.7 Kepentingan Kajian


12

Tidak dapat dinafikan, setiap kajian yang dijalankan mempunyai kepentingannya

tersendiri. Secara umumnya, kajian ini memfokuskan usaha untuk mengenal pasti

aplikasi BBM berasaskan elemen multimedia dalam PdPc mata pelajaran Geografi

tingkatan tiga. Kajian ini wajar dijalankan kerana masih terdapat sebilangan pelajar

yang masih belum membiasakan diri dalam amalan PdPc Geografi berasaskan BBM

multimedia yang dijalankan di dalam kelas seiring dengan hasrat kerajaan iaitu Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 juga menyatakan bahawa

aspirasi negara adalah menjadi hub pendidikan berkualiti dan pelajar akan

berpeluang untuk menyertai dalam program dan pengalaman berkualiti berdasarkan

pembelajaran berasaskan teknologi. Maka, pelajar perlu bersedia dan

mempersiapkan diri dengan perkembangan teknologi dunia masa kini untuk

diaplikasikan sebagai satu bentuk strategi dalam pembelajaran seperti E-Learning,

kuiz dalam talian dan sebagainya. Oleh itu, hasil penilaian penerimaan pelajar

terhadap kajian ini akan memberikan maklumat yang menunjukkan persepsi atau

tindak balas pelajar terhadap penggunaan BBM multimedia yang mereka inginkan

dalam proses PdPc yang dijalankan oleh guru.

Selain itu, melalui kajian ini akan membantu guru-guru Geografi

meningkatkan keberkesanan proses PdPc dalam mata pelajaran Geografi.

Seterusnya, guru-guru juga dapat memahami strategi pembelajaran berasaskan BBM

elemen multimedia yang sesuai adalah amat penting dalam menarik perhatian pelajar

terutamanya dalam topik yang melibatkan proses Geografi Fizikal seperti proses

gunung-berapi, proses gempa bumi, proses tsunami dan Geografi Manusia seperti

tema penduduk dan petempatan dan tema alam sekitar manusia yang lain. Secara
13

tidak langsung, dapat membina kemahiran pelajar dalam subjek Geografi secara

menyeluruh. Pada masa yang sama, guru-guru dapat memahami dan mengenal pasti

kecenderungan pelajar terhadap penggunaan elemen BBM multimedia dan dapat

mengetahui tentang bahan-bahan pengajaran seperti teks, video, grafik, animasi,

gambar 2 Dimensi dan 3 Dimensi yang sesuai bagi memastikan proses PdPc dapat

dijalankan dengan lebih berkesan. Hal ini akan membantu guru dalam merancang

kaedah dalam rancangan pengajaran harian (RPH) Geografi daripada kaedah

konvensional kepada penggunaan pelbagai elemen BBM multimedia dan berusaha

mempelbagaikan kaedah pengajaran yang menarik dan menyeronorokkan.

Secara keseluruhannya, diharapkan melalui kajian ini dapat membantu pihak

sekolah mengenal pasti tahap motivasi, sikap dan pencapaian tingkatan tiga setelah

mengaplikasikan BBM berasaskan multimedia di sekolah. Hasil dapatan kajian ini

dapat membantu pentadbir sekolah dan guru di sekolah terpilih untuk

mempelbagaikan teknik pengajaran terutama dalam mata pelajaran Geografi

sehingga dapat menarik minat pelajar di samping membantu meningkatkan

pencapaian akademik pelajar. Guru-guru Geografi juga dapat memahami

keprihatinan dan kecenderungan pelajar sepanjang proses pembelajaran dan

pengajaran sejak penggunaan BBM berasaskan elemen multimedia di sekolah.

Sementara itu, guru juga dapat memantau perkembangan persepsi pelajar dalam

subjek Geografi tingkatan tiga. Hasil daripada kajian ini dapat membantu beberapa

pihak untuk mengambil peranan mempertingkatkan pencapaian pelajar dalam mata

pelajaran Geografi. Hasil kajian ini juga dapat digunakan oleh beberapa pihak iaitu

guru, ibu bapa dan pelajar itu sendiri. Pada masa yang sama, guru dapat mengetahui
14

elemen multimedia yang dapat mempengaruhi motivasi, sikap dan pencapaian

pelajar terhadap mata pelajaran Geografi. Kajian ini juga secara tidak langsung akan

membantu memberikan maklumat kepada pihak yang terlibat di bawah Kementerian

Pendidikan (KPM) mengenai mempraktikkan aplikasi BBM berasaskan multimedia

dalam mata pelajaran Geografi untuk pelajar dan tahap motivasi, sikap dan

pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Geografi tingkatan tiga setelah

mengaplikasikan BBM berasaskan multimedia.

1.8 Batasan Kajian

Terdapat beberapa limitasi atau batasan dalam kajian ini. Antara batasannya adalah

kajian ini hanya tertumpu di Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Dua. Responden

yang dipilih untuk kajian ini adalah sebilangan pelajar tingkatan tiga yang telah

mengambil mata pelajaran Geografi tingkatan satu dan dua serta mereka mempunyai

pengalaman dan pendedahan dalam proses PdPc subjek Geografi. Hal ini demikian,

kebanyakan sekolah kurang menitikberatkan penggunaan BBM multimedia dalam

proses PdPc yang lebih tertumpu kepada kaedah chalk and talk dan berpusatkan guru.

Namun, dengan wujudnya kemudahan-kemudahan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (ICT) serta multimedia di sekolah, guru harus memanfaatkannya dalam

menarik minat pelajar kepada kaedah pengajran PdPc yang menarik dan berkesan

Penentuan sekolah pula hanyalah terhadap satu buah sekolah sahaja iaitu

Sekolah Menengah Jengka Dua. Hal ini kerana bilangan pelajar tingkatan tiga di
15

sekolah tersebut lebih ramai berbanding dengan lokasi sekolah-sekolah yang lain di

sekitar Bandar Tun Razak Jengka. Tambahan pula, di sekolah tersebut sahaja

mempunyai pelajar yang pelbagai bangsa seperti bangsa Melayu, bangsa Cina, bangsa

India dan lain-lain berbanding di sekolah sekitar yang lain serta penyelidik juga

merupakan bekas pelajar di sekolah tersebut. Namun pengkaji tidak menolak

wujudnya perbezaan pelajar dari segi fizikal dan rohaniah tetapi semua pelajar

menjalani sesi persekolahan yang sama, mengikuti sukatan yang sama serta diajar

oleh guru berkelayakan. Pemilihan pensampelan dijalankan secara rawak mudah di

mana dapat dibuat generalisasi kepada populasi sampel responden melalui borang soal

selidik yang dibentuk bagi menjawab objektif kajian dan diibatasi dengan item-item

yang disediakan. Tambahan pula, terdapat pula isu Covid19 atau corona virus

menyukarkan pengkaji menjalankan kajian di Sekolah. Secara tidak langsung,

pengkaji akan terbatas untuk ke lokasi kajian untuk meninjau proses PdPc sepanjang

menjalankan kajian ini.

1.9 Definisi dan Konsep

Dalam bahagian ini pengkaji akan menjelaskan beberapa istilah dan konsep yang

digunakan dalam kajian ini. Definisi konsep ini juga melibatkan takrifan daripada

hasil penyelidikan yang berbeza yang terdiri daripada implikasi, penggunaan, bahan

bantu mengajar, motivasi, sikap, pencapaian, pelajar, pembelajaran dan pemudahcara,

Geografi dan sekolah.


16

1.9.1 Implikasi

Implikasi merupakan sesuatu maksud, tujuan, atau niat, tetapi tidak dinyatakan atau

tidak dibayangkan secara eksplisit atau terus-terang. Implikasi juga bermaksud kiasan

dan bayangan. Selain itu, implikasi juga ialah kesan yang timbul atau dapat ditentukan

oleh sesuatu (Dewan Bahasa dan Pustaka 2010). Oleh itu, implikasi kajian ini adalah

mengenai kesan yang diketahui atau kemungkinan yang dijangkakan daripada

penerapan kaedah penggunaan BBM berasakan multimedia dalam PdPc mata

pelajaran Geografi dalam kalangan pelajar tingkatan tiga khususnya. Impikasi

penggunaan multimedia yang akan meningkatkan kebolehan berfikir untuk

memanipulasi maklumat sebaik mungkin. Dalam kajian ini, implikasi melibatkan

penggunaan BBM multimedia dalam PdPc mata pelajaran Geografi yang akan

mempengaruhi motivasi, sikap dan pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran

Geografi yang menggunakan elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, video,

animasi dan gambar.

1.9.2 Penggunaan
17

Penggunaan adalah tindakan menggunakan barang atau perkhidmatan untuk

memenuhi keperluan semasa dan mendapat manfaat atau keuntungan. Dengan kata

lain, penggunaan adalah tindakan menggunakan (kaedah atau model pengajaran),

sumber (bahan dan alat media) dan persekitaran untuk proses pembelajaran yang

melibatkan hubungan antara pelajar dengan bahan pembelajaran. Pelaksanaan inovasi

juga bergantung pada proses peningkatan kesedaran, eksperimen dan penerimaan

dalam kalangan pengguna. Setiap orang adalah orang yang menggunakan produk atau

perkhidmatan untuk menjalani kehidupan yang lebih baik (Nurshuhada & Siti Zaiton,

2012). Inovasi penggunaaan teknologi multimedia dalam sistem pendidikan adalah

perlu bagi menjamin lahirnya pelajar yang cekap dan berketerampilan dalam bidang

teknologi maklumat serta berupaya berfikiran kritis dan kreatif. Oleh itu, untuk

mencapai matlamat pendidikan di Malaysia, anjakan paradigma diperlukan dalam

cara pemikiran dan penggunaan teknologi. Usaha perlu dibuat dan penglibatan secara

menyeluruh oleh para pendidik perlu dilakukan sehingga mampu melahirkan generasi

yang menepati kehendak kurikulum dan memenuhi keperluan industri.

Penggunaan dalam kajian ini merujuk kepada penggunaan BBM multimedia

dalam pengajaran dan pembelajaran Geografi untuk tingkatan tiga. Oleh itu, dalam

kajian ini penggunaan yang dimaksudkan adalah penggunaan elemen BBM

multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran Geografi tingkatan tiga yang dapat

mempengaruhi motivasi dan sikap pelajar yang mengambil subjek Geografi. Secara

tidak langsung, melalui penggunaan BBM multimedia akan menjadikan subjek

Geografi menjadi satu mata pelajaran yang menarik dan menyeronokkan lantas akan
18

menarik minat pelajar untuk mempelajari ilmu Geografi sama ada alam sekitar fizikal

mahu pun alam sekitar manusia. Tambahan pula, penggunaan bahan bantu mengajar

dalam proses pengajaran amat penting. Ini kerana ia dapat membantu guru

menyampaikan pengajaran dengan mudah, cepat serta menarik serta dapat memberi

peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengetahuan melalui penggunaan pelbagai

deria seperti deria penglihatan, deria sentuh, dan deria pendengaran.

1.9.3 Bahan Bantu Mengajar

Bahan bantu mengajar (BBM) merupakan suatu alat atau bahan yang digunakan oleh

guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan alat atau

bahan yang inovatif seperti multimedia untuk meningkatkan rasa ingin tahu pelajar

mengenai sesuatu perkara yang diajar oleh guru dan lebih fokus pada pembelajaran

(Faizah, 2017). Multimedia sebagai bahan bantu mengajar membuka peluang kepada

pendidik untuk mengintegrasikan bahan, menyokong teknologi di dalam kelas untuk

mendorong penyelidikan, memudahkan komunikasi, membina produk pengajaran dan

secara keseluruhan meningkatkan pencapaian pelajar. Banyak institusi pendidikan

telah mengembangkan kurikulum mereka sendiri di World Wide Web dengan bantuan

kemudahan multimedia (Osamah & Ziad Waleed, 2015). Secara amnya, bahan bantu

mengajar terbahagi kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu

bahan bantuan mengajar bukan elektronik, bahan bantuan mengajar elektronik, bahan-

bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar dalam meningkatkan prestasi pelajar.
19

Di samping itu, BBM multimedia juga merujuk kepada penggunaan pelbagai

media untuk menyampaikan maklumat serta proses komunikasi interaktif berasaskan

komputer yang merangkumi gabungan elemen seperti teks, gambar, audio, video,

suara dan animasi kepada pancaindera pelajar seperti penglihatan, pendengar, hidu,

rasa dan sentuhan. Hasil penggunaan pelbagai media akan menghasilkan

penyampaian maklumat menggunakan teknologi multimedia yang lebih bermakna,

dinamik dan mampu menarik perhatian banyak pengguna (Siti Zulaidah, et al., 2017).

Dalam kajian ini, BBM multimedia bertujuan untuk menjadi elemen bahan bantu

mengajar multimedia yang digunakan oleh pelajar untuk menyokong aktiviti

pembelajaran untuk memupuk motivasi, sikap dan pencapaian dalam subjek Geografi.

1.9.4 Motivasi

Motivasi merupakan keadaan dalaman yang menggerakkan dan mengarahkan

pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang mendorong dan mengawal tingkah laku ke

arah mencapai matlamat (Ma'rof & Haslinda, 2002). Motivasi dapat difahami sebagai

pergerakan tindakan dan tingkah laku seseorang yang berorientasi pada tujuan

tertentu. Motivasi berkaitan dengan minat di mana minat adalah proses motivasi yang

kuat yang memberi tenaga kepada pembelajaran, panduan akademik dan kerjaya, serta

paling penting untuk kejayaan akademik. Minat adalah kedua-dua psikologi perhatian
20

dan mempengaruhi ke arah objek atau topik tertentu, dan kecenderungan yang

berkekalan untuk mengembalikan semula masa (Yaacob, 2007).

Dalam kajian ini, motivasi merupakan rangsangan yang wujud untuk terlibat

dalam proses PdPc subjek Geografi lukisan apabila BBM multimedia. Tambahan

pula, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, motivasi dianggap sebagai satu

unsur yang penting yang membolehkan pelajar melibatkan diri secara aktif, disamping

menjadikan proses pembelajaran itu berlangsung dalam keadaan bermakna, berfaedah

dan menggembirakan. Selain itu, motivasi pelajar amat penting dalam meningkatkan

prestasi dalam mata pelajaran Geografi. Dengan wujudnya motivasi yang tinggi

dalam subjek Geografi akan meningkatkan prestasi dalam pencapaian peperiksaan

khususnya dalam kajian ini yang melibatkan pelajar tingkatan tiga akan menduduki

Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

1.9.5 Sikap

Sikap merupakan perbuatan atau tingkah laku seseorang induvidu. Hal ini kerana,

sikap memainkan peranan penting dalam mencapai kejayaan dalam sesuatu perkara

atau usaha (Yahaya et al., 2007). Menurut Aiken (2000) pula, sikap merupakan

kecenderungan untuk bertindak secara positif atau negatif terhadap objek tertentu,

situasi, institusi, konsep atau seseorang. Manakala menurut Abd Rashid (2001), sikap

memberi kesan yang khusus kepada tingkah laku, daya usaha, minat dan kesedaran.
21

Azizi, Jamaluddin dan Yusof (2010) menyatakan bahawa sikap yang ada pada dalam

diri seseorang menggambarkan personalitinya seterusnya boleh mempengaruhi

tingkah laku individu tersebut. Dalam kajian ini, sikap merujuk kepada sikap pelajar

yang positif atau negatif terhadap mata pelajaran Geografi. Sikap dalam kajian ini

adalah sikap atau penerimaan pelajar tingkatan tiga terhadap penggunaan BBM

multimedia dalam PdPc Geografi. Hal ini demikian, sikap pelajar mempengaruhi

prestasi pelajar dalam subjek Geografi dan keberkesanan pembelajaran subjek

Geografi di dalam kelas. Sekiranya penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran

yang lebih kerap dilakukan oleh guru dapat memupuk sikap yang positif dan

seterusnya membantu pelajar mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan.

1.9.6 Pencapaian

Menurut Kamus Dewan dan Pustaka (2010), pencapaian bermaksud apa yang telah

dicapai, dihasilkan atau diperolehi. Pencapaian juga merupakan sesuatu yang telah

dicapai dan berjaya dicapai melalui usaha dan ketekunan pelajar dan guru. Misalnya,

dalam pencapaian akademik. Sekiranya pelajar mencapai tahap gred yang baik,

mereka bermaksud bahawa mereka mencapai kecemerlangan akademik dan

sebaliknya. Pencapaian akademik pelajar adalah faktor yang berkaitan dengan tahap

kecemerlangan induvidu atau sejauh mana induvidu dapat menguasai pengetahuan

yang dipelajari berdasarkan nilai mata yang tertinggi yang dapat dikumpulkan oleh

induvidu, yang merupakan sesuatu yang dapat dilihat dan diukur (Hafizah, 2015).

Tahap pencapaian tersebut telah ditetapkan berdasarkan umur, proses pembelajaran


22

yang telah dilalui serta kemampuan seseorang pelajar berkenaan dalam aspek

pendidikan. Dalam kajian ini, pencapaian merujuk kepada pencapaian pelajar dalam

subjek Geografi tingkatan tiga setelah menggunakan BBM Multimedia.

1.9.7 Pelajar

Menurut Kamus Dewan (2007) pelajar bermaksud seseorang individu yang belajar

serta mengaji atau dalam kedaan belajar manakala menurut Kamaruddin, Abdullah,

Abdul Kadir dan Mohd Rashid (2014) pelajar terdiri daripada kanak-kanak sehingga

remaja. Dalam kajian ini pelajar merujuk kepada pelajar tingkatan tiga yang

mengambil mata pelajaran Geografi di SMK Jengka Dua. Pelajar tersebut mempunyai

pengalaman dan pendedahan menggunakan BBM multimedia dalam PdPc subjek

Geografi di sekolah mereka dan merupakan calon yang akan menduduki PT3 sebelum

menganjak ke menengah atas iaitu tingkatan empat dan tingkatan lima.

1.9.8 Pembelajaran dan Pemudah Cara


23

Proses pengajaran dan pembelajaran (PdPc) merupakan elemen penting dalam

memastikan pelajar dapat mengikuti dan memahami isi mata pelajaran yang akan

hendak disampaikan. Selain itu, proses PdPc ini melibatkan hubungan antara guru dan

pelajar yang menititikberatkan faktor keadaan, emosi, dan peranan pelajar dalam

proses pembelajaran (Normazidah, 2012). Guru juga berperanan mengajar dan

melatih mereka mendapatkan ilmu pengetahuan dan bertindak sebagai pemudahcara

membantu murid dengan strategi yang terancang mencapai standard pembelajaran.

Dalam kajian ini, PdPc bermaksud guru menjalankan proses pembelajaran dan

pengajaran subjek Geografi tingkatan tiga dengan menggunakan elemen BBM

multimedia untuk mempengaruhi motivasi dan minat, seterusnya pencapaian pelajar

dalam subjek Geografi. Proses PdPc subjek Geografi yang berkesan dapat

mempengaruhi sikap pelajar terhadap subjek Geografi, seterusnya akan meningkatan

prestasi pelajar dalam mata pelajaran Geografi. Hal ini kerana, pembelajaran Geografi

yang menyeronokkan ini dapat membantu para pelajar mencapai objektif

pembelajaran seperti yang telah dirancang.

1.9.9 Geografi

Geografi merupakan ilmu dunia tempat tinggal dan kehidupan manusia yang berada

di dalamnya (Abdul Hamid et al., 2006). Melalui pendidikan Geografi di sekolah,

secara tidak langsung akan membolehkan pelajar memerhatikan dan mengkaji

hubungan antara alam dan kehidupan manusia. Kajian ini lebih memfokuskan kepada

subjek Geografi di sekolah menengah, hanya tertumpu kepada pelajar tingkatan tiga.
24

Subejk Geografi merupakan subjek yang terlibat dalam pentaksiran akhir tingkatan

tiga dan wajib diambil bagi pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua dan

tiga. Manakala subjek Geografi merupakan subjek selektif pada menengah atas iaitu

tingkatan empat dan tingkatan lima.

1.9.10 Sekolah

Menurut Noor Azlina dan Surendran (2000), sekolah diertikan sebagai institusi

pendidikan yang lebih berbentuk formal kerana dapat mengubah pemikiran, tingkah

laku dan sikap pelajar dan seterusnya dapat melahirkan generasi yang seimbang dari

segi rohani dan mental. Kebiasaanya, seorang pelajar itu akan melalui beberapa jenis

sekolah dan institusi pendidikan bermula dari tadika, sekolah rendah, sekolah

menengah dan akhirnya ke universiti. Dalam kajian ini dilakukan di Sekolah

Menengah Kebangsaan Jengka Dua yang melibatkan pelajar tingkatan tiga yang telah

mengambil subjek Geografi.

1.10 Kesimpulan
25

Kesimpulannya, teknologi berasaskan elemen multimedia berperanan penting kepada

sesebuah negara dalam mencapai kemajuan pendidikan terbaik untuk meningkatkan

kualiti hidup. Oleh itu, desakan khas KPM dalam memperuntukkan dana untuk

meningkatkan infrastruktur dan keperluan teknologi baru untuk mempelbagaikan

penggunaan multimedia sebagai perantara dalam aktiviti PdPc adalah penting untuk

melahirkan pelajar dengan pencapaian tertinggi. Di samping itu, kaedah PdPc pada

zaman globalisasi masa kini harus berubah seiring dengan perkembangan teknologi,

menggantikan kaedah pembelajaran chalk and talk yang tidak lagi sesuai dan kurang

berkesan dalam membantu mempengaruhi motivasi, sikap dan pencapaian pelajar.

Hal ini demikian, penggunaan teknologi berasaskan multimedia dapat membantu guru

menjalankan proses PdPc dan dapat melahirkan pelajar yang lebih proaktif

terutamanya dalam bidang Geografi.


26

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Pada era globalisasi ini, sistem pendidikan sedang mengalami perubahan yang amat

pesat seiring dengan perkembangan teknologi. Pendidikan merupakan aset penting

bagi kemajuan sebuah bangsa dan faktor penentu dalam menjamin kualiti hidup yang

lebih lebik baik. Pendidikan juga merupakan asas pembangunan dan perkembangan

individu yang seterusnya akan membawa inovatif serta kemajuan kepada bangsa dan

negara menuju ke arah merealisasikan wawasan negara. Oleh itu, adalah penting

untuk melihat hasil kajian yang berbeza mengenai penggunaan bahan bantu mengajar

multimedia terhadap pelajar terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran mata

pelajaran Geografi di sekolah.


27

2.2 Pelaksanaan Multimedia Dalam Pendidikan

Pada zaman kini, penggunaan multimedia sangat signifikan dalam bidang perniagaan,

pentadbiran dan juga pendidikan (Abdul Talib, et al., 2019). Multimedia dalam

Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc) merupakan satu reka bentuk mesej atau

komunikasi yang mengaplikasikan penggunaan teknologi canggih. Bahan pengajaran

dan pembelajaran yang diajarkan melalui media mempunyai elemen- elemen

multimedia seperti teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video (Putra, 2018).

Persembahan multimedia turut mempengaruhi pencapaian akademik pelajar (Said et

al., 2015). Hal ini disebabkan anjakan penggunaan BBM yang dibina berasaskan

perisian multimedia seperti mobil, koswer serta pembelajaran permainan (Khairuddin

& Mailok, 2020).

Pembangunan perisian berasaskan multimedia telah memberi peluang kepada

pelajar untuk bebas mengawal pembelajaran dengan lebih baik melalui peluang

pembelajaran secara kerjasama, interaktif atau persendirian. Pelajar boleh menentukan

masa, isi kandungan, iklim, cadangan aktiviti dan maklumat yang disukai

berpandukan silibus bagi sesuatu mata pelajaran. Pentaksiran akan berlaku

berdasarkan elemen sifat, kekuatan, kelemahan prestasi, bakat serta corak

pembelajaran pelajar. Persembahan animasi dan narasi dalam multimedia sangat

menghiburkan serta tidak membosankan kerana dapat menggerakkan saluran verbal

dan visual di dalam memori secara berkesan (Basri & Lakulu, 2018; Wilson et al.,

2015) di samping dapat membentuk pembelajaran aktif seiring dengan kedinamikan


28

interaktiviti yang berlaku antara pengguna dengan elemen multimedia tersebut

(Zaibon, 2015).

Persediaan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) berasaskan pembelajaran

multimedia dalam talian dengan bantuan aplikasi multimediayang fleksibel untuk para

pelajar dan guru, mampu memenuhi strategi PdPc yang bervariasi dan boleh

menggantikan buku atau sumber PdPc secara bersemuka selain menggalakkan

penerapan kemahiran mengakses maklumat dan bahan di mana sahaja yang dirasakan

selesa (Rahman et al., 2014). Implikasi daripada itu, berlaku kerjasama antara pelajar

dengan guru. Hasilnya juga boleh mewujudkan pengajaran berpusatkan pelajar,

membina persekitaran yang mesra, menggalakkan pelajar untuk memberi maklum

balas yang kritikal, memberi rujukan penempatan pelajar yang lain, meningkatkan

kemahiran menulis, berdialog, motivasi dan keyakinan para pelajar dalam

pembelajaran masing-masing (Munusamy & Mohamad Yatim, 2017). Dari sudut

motivasi, para pelajar akan terus bersemangat untuk melakukan aktiviti perbincangan

dalam talian kerana jadual pembelajarannya yang fleksibel dan aspek literasi ilmu

yang boleh dimanfaatkan (Aina, 2013). Secara tidak langsung, dapat meningkatkan

kefahaman pelajar dalam sesuatu topik Geografi dan menambahkan pengetahuan

mengenai kemahiran Geografi. Tambahan pula, dapat meningkatkan prestasi

pencapaian dalam peperiksaan khususnya dalam subjek Geografi.

2.3 Elemen-Elemen BBM Multimedia


29

Multimedia merupakan kata gabungan yang merujuk banyak dan kepelbagaian alat

atau perantara komunikasi. Terdapat pelbagai elemen dalam multimedia. Antaranya

adalah teks, grafik, audio, video, animasi dan gambar (Mohd Elmagzoub, 2015).

Seseorang guru seharusnya dapat mengintegrasikan elemen-elemen dalam multimedia

dengan topik pembelajaran. Persembahan multimedia, dengan integrasi pelbagai

adalah perkembangan terbaru dalam teknologi komputer. Berikut adalah ciri elemen

bahan bantu mengajar multimedia:

2.3.1 Teks

Teks adalah asas utama penyebaran maklumat. Penggunaan pelbagai jenis font

menjadikan persembahan maklumat menjadi lebih menarik dan menekankan

kandungan yang ingin disampaikan. Teks juga didefinisikan sebagai perkataan yang

dipaparkan di skrin komputer pengguna (Muhd Razuan, 2017). Teks yang ditulis

dengan baik mewujudkan keindahan dan daya tarikan komunikasi dalam komunikasi

multimedia. Selain memberikan maklumat penting, teks juga dapat memberi kesan

yang besar terhadap kualiti interaksi multimedia dan bertindak sebagai pengikat

antara elemen multimedia yang lain. Oleh itu, untuk menghasilkan teks yang menarik

dan mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan, teks mesti mematuhi syarat

penggunaan yang ringkas tetapi padat, jenis, warna dan saiz yang tepat, mudah dibaca

dan boleh digunakapakai di mana-mana komputer.


30

Elemen teks amat penting kerana teks memberikan penjelasan mengenai

sesuatu atau konsep abstrak yang tidak dapat digambarkan atau disampaikan dalam

bentuk grafik. Teks juga dapat menggambarkan perasaan atau pengalaman yang tidak

dapat digambarkan oleh media lain seperti sentuhan, bau dan rasa. Penggunaan ayat

mudah dan ringkas akan memudahkan pelajar membaca dan memahami isi

kandungan topik PdPc (Norehan, 2015). Namun, dalam aplikasi multimedia,

penggunaan teks yang berlebihan tidak digalakkan kerana teks tidak dapat

menampilkan maklumat dengan baik. Ini tidak bermaksud bahawa teks itu tidak

diperlukan sama sekali, tetapi teks itu hanya boleh digunakan pada bahagian-bahagian

penting.

2.3.2 Grafik

Penggunaan grafik tertentu dalam bahan instruksi arahan yang boleh bertindak

sebagai agen penarik perhatian atau elemen penegasan dalam bahan arahan atau

instruksi (Clark & Lyson, 2011). Grafik juga elemen terpenting yang memaksa

penyampaian maklumat secara visual. Ia membantu menyebarkan maklumat dengan

lebih berkesan dan menarik. Grafik juga merujuk kepada bahan dalam bentuk

ilustrasi, gambar kaku, lakaran, imej atau bahan visual yang tidak bergerak, graf dan

sebagainya. Tambahan pula, apabila grafik digunakan sesuai dengan ketetapan

penggunaannya, membuat pelajar tetap fokus pada maklumat yang disampaikan

dalam persembahan multimedia yang menarik. Malah grafik boleh memberikan

kemungkinan paling kreatif untuk sesi pembelajaran kerana kapasiti pengenalan


31

memori terhadap gambar hampir tidak terbatas. Elemen grafik dapat membantu

pelajar yang mempunyai pencapaian dan sikap yang rendah dalam pembelajaran

Geografi, untuk menerima maklumat lisan atau verbal yang tertinggal, dan membantu

pelajar memperoleh lebih banyak maklumat melalui visual (Cifci, 2016). Grafik

berkomputer merujuk kepada gambar yang dibuat menggunakan komputer. Imej

berkomputer merujuk kepada gambar mudah seperti garis dan bulatan atau gambar

kompleks. Grafik melibatkan lukisan abstrak dan boleh dilakukan dengan

menggunakan perisian tertentu di komputer untuk memudahkan kerja kita.

2.3.3 Audio

Audio merupakan salah satu kaedah terbaik untuk menarik perhatian di dalam kelas.

Audio berfungsi untuk penghantaran audio yang disimpan di komputer atau cakera

padat. Alat pengajaran multimedia seperti audio sangat penting bagi pelajar untuk

menyampaikan pengetahuan mereka dengan cara yang berbeza dan membolehkan

interaksi dengan pelajar lain (Deakin, 2014). Bunyi, muzik atau suara juga dikenali

sebagai audio yang dikombinasi dengan penyampaian persembahan, membolehkan

guru menyampaikan banyak maklumat pada masa yang sama. Audio yang dapat

menarik perhatian pengguna, secara tidak langsung ia boleh mempengaruhi emosi,

pemikiran dan tindakan seseorang. Audio mampu meningkatkan minat dan membantu

mereka mengingat dengan lebih baik. Audio yang digunakan secara kreatif juga akan

merangsang imaginasi tetapi jika digunakan dengan tidak sesuai akan menghalang

atau mengganggu keseluruhan proses pembelajaran. Di samping itu, ia juga akan


32

mewujudkan lebih banyak fokus dan mewujudkan suasana yang lebih menarik, secara

tidak langsung dapat meningkatkan motivasi dalam kalangan pelajar. Penggunaan

audio dalam pembelajaran Geografi seperti bunyi alam sekitar akan meningkatkan

fokus pelajar dalam kelas, secara tidak langsung dapat memupuk semangat dalam

mempelajari subjek Geografi.

2.3.4 Video

Video merupakan teknologi yang merangkumi elemen menangkap, merakam,

memproses, menyimpan, menghantar, dan bahkan menghasilkan semula urutan

gambar untuk mewakili setiap bahagian pergerakan. Video juga adalah elemen yang

paling dinamik dan realistik serta menjadikan persembahan lebih menarik dan

menarik. Urutan gambar atau rakaman langsung yang lebih realistik berbanding

dengan animasi juga dianggap video (Sukhendu, 2018). Video juga sangat penting

dalam pembelajaran menganalisis bahasa tubuh manusia melalui paparan interaktif di

antara manusia. Ia juga membantu pelajar untuk mengembangkan lagi imaginasi

Geografi pelajar yang membolehkan pelajar berhubung dengan tempat-tempat lain,

meneroka dunia nyata, sambil membantu pelajar memahami dunianya (Maude, 2010).

Audio adalah salah satu media yang paling kerap digunakan dalam interaksi antara

komputer dan pengguna. Elemen muzik, suara latar dan kesan bunyi adalah beberapa

contoh penggunaan audio yang dapat digunakan dalam aplikasi multimedia. Seperti

elemen multimedia yang lain, audio dapat menyampaikan maklumat dengan lebih

berkesan, mewujudkan suasana yang lebih meriah dan memberi tumpuan kepada apa
33

yang hendak disampaikan. Penggunaan video dapat menarik perhatian pelajar dengan

unsur-unsur Geografi seperti isu-isu semasa berkaitan dengan Geografi. Hal ini secara

tidak langsung, dapat membuka minda pelajar supaya mencintai alam sekitar dan

memelihara dan memulihara alam sekitar fizikal mahu pun alam sekitar manusia dan

memupuk kesedaran pelajar supaya lebih memberi tumpuan kepada subjek Geografi.

2.3.5 Animasi

Animasi merupakan proses membuat imej statik kelihatan seperti bergerak. Ia

merujuk kepada proses membuat objek yang hidup atau memberi imej bergerak

kepada sesuatu yang pada dasarnya statik. BBM multimedia seperti animasi digital

dalam pendidikan Geografi akan digunakan untuk menarik minat pelajar dan

menjadikan persekitaran bilik darjah lebih kondusif (Hamirdin, 2012). Animasi digital

juga dapat dibahagikan kepada dua bidang yang luas, 2D (2 Dimensi) yang bertujuan

untuk membuat pergerakan pada objek asas dan memasukkannya ke dalam pelbagai

situasi atau kedudukan. Sementara 3D (3 Dimensi) bertujuan untuk membuat

pergerakan ke objek digital tiga dimensi gambar. Penggunaan animasi sangat

berkesan sebagai alat teknologi maklumat dalam pendidikan dan sangat disarankan

untuk digunakan dalam meningkatkan pembelajaran induvidu (Baglama, Yucesoy &

Yikmis, 2018).
34

Guru harus menggunakan alat visual seperti animasi semasa proses pengajaran

dan pembelajaran (Soika, Reiska & Mikser, 2010). Oleh itu, animasi menekankan

kemampuan pelajar untuk terus fokus sepanjang sesi pembelajaran. Memahami bahan

visual lebih mudah daripada membaca maklumat berdasarkan lembaran arahan

semata-mata. Peranan animasi juga untuk meningkatkan kandungan isi topik serta

menarik perhatian pelajar terhadap paparan skrin, serta merangsang dan menyerikan

perisian (Norehan, 2015). Strategi pembelajaran melalui animasi bertujuan untuk

membantu pelajar untuk lebih berjaya memanfaatkan maklumat yang dikodkan dalam

animasi, serta meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran Geografi (Necdet,

2018).

2.3.6 Gambar

Gambar merupakan bahan yang sangat diperlukan untuk menggambarkan fakta

Geografi. Gambar-gambar yang digunakan dalam Geografi mestilah tepat dan kemas,

menarik dan semula jadi dan terdapat reka bentuk dengan ruang lingkup untuk

mengemukakan soalan kepada pelajar berdasarkan pemerhatian mereka. Gambar juga

penting untuk menunjukkan realiti kepada pelajar serta mempraktikkan kemahiran

pemerhatian, analisis dan tafsiran yang dikembangkan dalam kalangan pelajar

(Harichandan, Acid & Sujana, 2019). Sebagai ahli Geografi, mereka harus

bertanggungjawab membawa inovasi dalam pengajaran Geografi melalui penggunaan

bahan visual yang berkesan. Gaya pembelajaran visual adalah kecenderungan

induvidu sendiri untuk menerima pembelajaran melalui kaedah mentafsir carta,


35

angka, graf, gambar, rajah, dan peta dalam bentuk statik atau dinamik seperti animasi

dan video (Muhd Razuan, 2017). Penggunaan elemen gambar dapat menerangkan

secara jelas sesuatu topik Geografi dengan berkesan. Hal ini kerana, pelajar dapat

mengetahui menilai dan memahami sesuatu topik Geografi dengan lebih berkesan.

Secara tidak langsung, dapat memupuk sikap positif pelajar dalam mempelajari

subjek Geografi.

2.4 Implikasi Penggunaan BBM Multimedia

Pada era globalisasi ini, untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang relevan dengan

kehidupan seharian kini, adalah mustahak untuk membekalkan pelajar dengan

pelbagai kemahiran, terutamanya kemahiran Geografi. Hal ini kerana, subjek

Geografi merupakan subjek yang selalu terlibat dalam hubungan antara tempat,

manusia dan alam sekitar. Maka, keperluan untuk kajian lebih lanjut dalam Geografi

lebih penting kerana subjeknya semakin menurun sejak kebelakangan ini. Terdapat

pelbagai implikasi penggunaan BBM multimedia dalam PdPc subjek Geografi yang

meliputi aspek motivasi, sikap dan pencapaian pelajar.

2.4.1 Implikasi Penggunaan BBM Multimedia Terhadap Motivasi Pelajar


36

Penggunaan BBM multimedia dalam pembelajaran Geografi telah meningkatkan

kualiti pendidikan, ketekunan, pengetahuan dan kehadiran pelajar di sekolah.

Hasilnya, beberapa bahan pendidikan seperti papan putih, buku dan peta yang

digunakan dalam proses pendidikan telah digantikan oleh teknologi maklumat dan

komunikasi seperti papan interaktif, tablet, komputer riba, projektor dan pelbagai

perisian internet yang menjadikan pembelajaran Geografi menyeronokkan dan luar

biasa (Kaya & Yazici, 2018). Hasil kajian oleh Zamri dan Nur Aisyah (2011),

mengenai persepsi guru terhadap penggunaan aplikasi multimedia dalam pengajaran

menunjukkan bahawa perisian aplikasi multimedia sangat membantu dalam

menjadikan proses pengajaran Bahasa Melayu dalam bilik darjah lebih fleksibel dan

berkesan, secara tidak langsung dapat meningkatkan motivasi pelajar dalam belajar.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan BBM multimedia akan lebih

menyeronokkan kerana pelajar dapat mempelajari mata pelajaran Geografi pada bila-

bila masa dan di mana sahaja. Contohnya, melalui penggunaan modul web, gambar,

maklumat teks, bunyi warna yang berbeza sebagai latar belakang yang digunakan

untuk menarik minat pelajar (Mohd Nor, 2017). Di samping itu, multimedia seperti

laman web dan aplikasi berasaskan permainan telah mengubah cara pelajar belajar

mengenai peta kognitif berskala global untuk menjadikan pembelajaran lebih

menyeronokkan (Pingel, 2018). Elemen dalam multimedia seperti muzik, animasi,

simulasi dapat membantu menyampaikan isi kandungan kepada pelajar dengan cara

yang mudah difahami dan lebih menarik daripada buku atau media lain dan dapat
37

menampung pelbagai strategi pembelajaran dalam menarik minat pelajar dalam

mempelajari subjek Geografi dengan lebih bersemangat.

Masalah persekitaran seperti pemanasan global, penebangan hutan, penipisan

lapisan ozon dan hujan asid dapat digambarkan menggunakan multimedia melalui

animasi, YouTube, gambar, filem dan media visual bergerak dapat melatih pelajar

dalam persekitaran bilik darjah maya dan situasi dunia nyata (Jena, Bhattacharjee &

Langthasa, 2015), memahami dan menghayati sifat, ciri dan perkaitan Geografi dalam

kehidupan dan pekerjaan masa hadapan (Guzman et al., 2017). Hal ini demikian, akan

menjadikan subjek Geografi sebagai subjek yang mudah dipelajari, selain menjadi

bahan rangsangan bagi pelajar untuk mengingat semula kandungan pembelajaran

yang lalu dan meningkatkan penguasaan pelajar terhadap topik yang diajar (Soika et

al., 2010).

Selain itu dengan adanya BBM multimedia, pelajar akan berpeluang

mengakses perisian multimedia mereka sendiri, sama ada induvidu atau kumpulan,

untuk menolong mereka belajar mengawal pembelajaran mereka sendiri dengan cara

yang sesuai dengan keperluan dan keinginan mereka (Graybill, 2016). Tambahan

pula, elemen multimedia terutamanya animasi, telah menjadikan proses pendidikan

menghiburkan dan menjanjikan pelbagai kemudahan yang tidak pernah difikirkan

oleh orang sebelum ini dan yang tidak membosankan. Sebilangan besar pelajar

bermotivasi dan senang belajar dengan animasi. Penerapan nilai hiburan dalam

pendidikan akan memberi kesan positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran

(Ismail, 2010). Guru Geografi juga dapat merangsang pelajar untuk terlibat dalam
38

aktiviti seperti perbincangan kumpulan dan penyelesaian masalah dengan

menggunakan elemen multimedia yang menarik. Secara tidak langsung, pelajar akan

lebih bermotivasi untuk belajar subjek Geografi dengan lebih besemangat dan

melibatkan diri secara aktif, disamping menjadikan proses pembelajaran itu

berlangsung dalam keadaan bermakna, berfaedah dan menggembirakan.

Sememangnya motivasi berkaitan dengan minat seorang pelajar dalam

mempelajari sesuatu perkara. Menurut Syaza, Sharini, dan Asmawati (2014), minat

boleh menjadi pendorong kepada pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh kerana

minat boleh menjadi daya penggerak dan mempunyai pengaruh yang besar kepada

pencapaian akademik. Menurut Noraini (2008), pembelajaran yang berkesan akan

wujud jika ada minat dalam kalangan pelajar tersebut. Seterusnya, menurut

Harackiewicz, Smith dan Priniski (2016) minat termasuk daripada keadaan psikologi

perhatian serta mempengaruhi tingkah laku seseorang dalam melakukan sesuatu

perkara. Minat merujuk kepada proses motivasi yang memberi impak yang kuat

terhadap emosi seseorang. Ini bermaksud minat memberi satu perasaan yang positif

dan bersemangat untuk melakukan perkara yang diminati. Jika seseorang individu

tersebut mempunyai minat yang mendalam dalam sesuatu mata pelajaran, misalnya

mata pelajaran Geografi, secara tidak langsung dapat menguasai mata pelajaran

tersebut dan tentunya akan mempengaruhi pencapaian dalam akademik. Minat juga

bukan sahaja penting dalam aspek pembelajaran malah mempengaruhi seseorang

dalam membina kerjaya. Apabila minat mulai timbul dalam diri pelajar secara

automatiknya mereka akan sedar bahawa untuk menguasai disiplin Geografi Fizikal

adalah penting sebagai seorang pelajar Geografi untuk memahaminya. Hal ini kerana,

tahap motivasi yang tinggi dapat meningkatkan keberkesanan proses PdPc subjek
39

Geografi dan meningkatkan kefahaman pelajar dalam sesuatu topik pembelajaran

Geografi.

2.4.2 implikasi Penggunaan BBM Multimedia Terhadap Sikap Pelajar

Penggunaan BBM multimedia dapat menarik perhatian pelajar untuk meminati

sesuatu subjek dan berasa tertarik sepanjang proses PdPc. Penggunaan teknologi

multimedia bukanlah bererti bertujuan menggantikan peranan guru tetapi akan

membantu guru dalam mempelbagaikan gaya pengajaran dan membantu dalam

menyampaikan maklumat dengan tepat kepada pelajar. Dalam pada masa yang sama,

ini akan mewujudkan satu situasi pembelajaran yang berkesan akan membuat pelajar

menggunakan deria mereka serentak (Ismail, 2010). Cordova et al, (2015)

menjelaskan bahawa pelajar secara implisit mudah dapat memahami isi pembelajaran

melalui multimedia sebagai bahan bantu mengajar dan seterusnya dapat

meningkatkan motivasi pelajar.

Di samping itu, BBM multimedia mempengaruhi sikap pelajar dengan cara

yang positif dan menjadikan pengajaran lebih menyeronokkan dan senang difahami.

Multimedia membolehkan pengguna mengemudi (navigate), bertindak balas

(interact), dan berkomunikasi (communicate) (Ilhan & Oruc, 2016). Kesesuaian

multimedia sebagai BBM kepada kurikulum akan mempengaruhi minat dan

peningkatan hasil pembelajaran Geografi dari segi kognitif dan afektif pelajar
40

(Gillian, 2018). Apabila video digital ditayangkan, secara tidak langsung ia akan terus

menyentuh emosi dan sikap pelajar kerana ia akan mempengaruhi emosi seperti

kesedihan, kebahagiaan, keseronokan dan sebagainya (Kurt, 2011). Animasi yang

menarik, dengan kepelbagaian mesej yang disampaikan, mendorong pengajaran yang

kondusif kerana unsur-unsur ini dianggap dapat meningkatkan motivasi belajar

(Mohd Nor, 2017). Penggunaan BBM multimedia yang menarik akan menyebabkan

pelajar berpuas hati dengan proses pengajaran dan pembelajaran, secara tidak

langsung dapat membina persekitaran yang kondusif dan perasaan positif dalam

kalangan pelajar. Bahan yang paling menarik bagi pelajar adalah platform digital dan

tutorial interaktif seperti video, audio, dan animasi yang menggabungkan beberapa

elemen BBM multimedia, secara tidak langsung dapat meningkatkan emosi positif

terhadap BBM, membangunkan pengalaman belajar, dan seterusnya mempengaruhi

sikap pelajar secara positif (Eunjoon, Plass, Hayward & Homer, 2012).

2.3.3 Implikasi Penggunaan BBM Multimedia Terhadap Pencapaian Pelajar

Kecemerlangan akademik merupakan salah satu kriteria yang dapat

menunjukkan kecemerlangan pelajar dan pengukur bagi menentukan kejayaan

seseorang pelajar di dalam bidang akademik (Baharin et al., 2006).

Pencapaian bermaksud hasil keputusan akademik dari aspek pengetahuan,

pemahaman, dan kemahiran yang diperoleh pelajar dengan menggunakan BBM

multimedia dalam pembelajaran untuk mata pelajaran mereka. Kajian yang dilakukan

oleh Cubrilo et al. (2014), bertujuan memberi jawapan kepada persoalan penggunaan
41

multimedia yang meningkatkan keberkesanan pengajaran berbanding pengajaran

tradisional. Setelah mempertimbangkan kesan keseluruhan penggunaan bahan bantu

mengajar multimedia dalam pengajaran terhadap pencapaian pelajar di salah sebuah

sekolah menengah, kesimpulan umum memberikan hasil positif yang menunjukkan

peningkatan dan kualiti pengetahuan pelajar yang ketara.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Ilhan dan Oruc (2016) mengenai

penggunaan multimedia dalam pendidikan, telah ditunjukkan bahawa alat bantu

mengajar multimedia telah meningkatkan pencapaian pelajar. Multimedia

menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelajar mengakses maklumat baru dan

terkini. Seterusnya, hasil kajian Necdet (2018), menunjukkan bahawa penggunaan alat

bantu mengajar multimedia sangat berkesan berbanding kaedah pengajaran tradisional

mengenai pencapaian akademik pelajar di Bakirkoy Final College. Penggunaan bahan

bantu mengajar multimedia harus digunakan dengan bijak dalam proses pembelajaran

dan dapat dijadikan media dalam sesebuah perbincangan.

Seterusnya, BBM multimedia menyediakan akses kepada sumber-sumber

yang lebih luas dan berupaya untuk membebaskan pelajar dan guru dari tugas biasa

sehingga mereka dapat menumpukan perhatian kepada aktiviti yang menggalakkan

kolaborasi yang lebih baik, kajian mendalam, kemahiran berfikir kritis dan

memudahkan pembinaan pengetahuan dalam proses pembelajaran yang berpusatkan

pelajar (Fathia, Ajlan & Mohamad, 2016). Contohnya, peta topo mengandungi banyak

maklumat dan berukuran besar. Namun, sekarang peta topo statik dapat digantikan

dengan penggunaan teknologi interaktif yang tidak hanya menjadikan persekitaran


42

pembelajaran lebih menarik tetapi juga memudahkan pelajar memahami topik

tersebut, kerana transformasi kurikulum dalam pemetaan web membolehkan

penyampaian dalam talian (Sack, 2018). Sebagai contoh, alat peta animasi dan

interaktif memberikan pelajar akses kepada pelbagai jenis data dan alat pemetaan

yang merangkumi kedua-dua ciri manusia dan fizikal, sambil meningkatkan

kemampuan, minat dan penguasaan kemahiran peta dalam pengajaran dan

pembelajaran Geografi (Cennamo, Ross & Ertmer, 2014; Habibah, Arumugam, &

Teoh, 2004). Oleh itu, penggunaan BBM multimedia dalam pengajaran dan

pembelajaran Geografi sangat penting kerana sesuatu yang abstrak di mata pelajar

dapat dinyatakan dengan lebih senang. Penggunaan elemen BBM multimedia yang

dihasilkan juga membolehkan pelajar mengembangkan kemahiran berkaitan perisian,

kemahiran uji kaji, kemahiran mengendalikan peralatan dan kemahiran teknologi lain

dengan lebih berkesan melalui demonstrasi dan pengalaman mereka sendiri. Ia juga

dapat memupuk strategi pengajaran, di mana peranan guru bukan sahaja sebagai

penyedia maklumat tetapi sebagai suatu panduan, penyokong dan fasilitator, untuk

melatih pelajar secara beransur-ansur untuk mengembangkan kemahiran kognitif dan

psikomotor dalam pendidikan Geografi (Solcova, 2016).

Secara keseluruhannya, penggunaan BBM multimedia dalam pembelajaran

Geografi akan meningkatkan tahap motivasi pelajar, membentuk sikap positif, secara

tidak langsung dapat meningkatkan kefahaman pelajar terhadap subjek Geografi.

Tambahan pula, dapat melatih pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif dalam

mempelajari subjek Geografi dengan lebih mendalam.

2.5 Kesimpulan
43

Secara keseluruhannya, kajian yang dilakukan terhadap penggunaan bahan bantu

mengajar multimedia telah menunjukkan kesan positif terutama bagi kepentingan

pelajar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan multimedia juga

dilihat dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Pelajar juga

lebih berminat untuk mengajar dalam bentuk aktiviti dengan bantuan multimedia.

Sejajar dengan anjakan paradigma, sekolah hari ini mulai mengutamakan pendekatan

inovatif dan kreatif untuk pengajaran dan pembelajaran, jadi kajian ini meneliti sejauh

mana multimedia diterapkan oleh pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan

pembelajaran untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang produktif.


44

BAB 3

METODOLOGI DAN KAWASAN KAJIAN

3.1 Pengenalan

Metodologi merupakan falsafah sesebuah penyelidikan yang mengandungi andaian

dan sistem nilai yang menjadi alasan asas sesebuah kajian yang digunakan untuk

mentafsir data dan mencapai rumusan (Ahmad Mahdzan, 2007). Maka, metodologi

yang sistematik yang amat penting dalam menjalankan penyelidikan dan data yang

diperoleh kemudiannya dianalisis dan perbincangan dihuraikan dalam bentuk

penulisan laporan. Data kajian dikumpulkan melalui kaedah soal selidik dan dianalisis

secara deskriptif. Bahagian ini juga menghuraikan tentang kawasan kajian, reka

bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, intrumen kajian, kajian rintis, prosedur

pengumpulan data dan kaedah menganalisis data yang digunakan dalam kajian.

3.2 Kawasan Kajian


45

Kawasan kajian yang dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Dua atau

nama ringkasnya SMK Jengka Dua. Sekolah ini terletak berhampiran dengan Sekolah

Kebangsaan Jengka Dua dan Klinik Kesihatan Jengka Dua. Manakala, jarak antara

Bandar Pusat Jengka ke SMK Jengka Dua lebih kurang 14 kilometer.

SMK Jengka Dua terletak di Daerah Maran. Daerah Maran mempunyai

keluasan kawasan sebanyak 1917 km2 (199,559 ha) kilometer persegi, didiami lebih

kurang 112,606 orang penduduk yang terdiri daripada Bumiputera, Cina, India, orang

asli dan lain-lain. Lebih (95 peratus) penduduk Daerah Maran adalah Bumiputera

beragama Islam. Daerah ini terdiri daripada empat mukim, iaitu Luit, Chenor, Bukit

Segumpal, Kertau. Jenis Guna Tanah di daerah Maran adalah Pembangunan (44.5

peratus) dan Rizab Hutan (55.3 peratus). Parlimen bagi daerah ini meliputi kawasan

Maran, Kuala Krau dan Jerantut. DUN daerah Maran meliput lima iaitu Luit, Chenor,

Jengka, Kuala Sentul, Pulau Tawar (Laporan JPS Maran, 2019). Secara umumnya,

Gugusan Felda terdapat 25 buah Jengka iaitu Jengka 1 hingga Jengka 25. Gugusan

Jengka juga dikenali sebagai Segitiga Jengka kerana kedudukannya terdiri daripada

tiga daerah iaitu Temerloh, Jerantut dan Maran. Bandar Tun Razak Jengka merupakan

pusat bandar yang terletak 55 kilometer dari Bandar Maran dan 127km dari Bandar

Kuantan,Pahang. Bandar ini juga bersempadan dengan Daerah Jerantut dan Daerah

Temerloh. Keseluruhan bandar ini merupakan kawasan operasi Majlis Daerah Maran.
46

Rajah 3.1: Kawasan Kajian SMK Jengka Dua


Sumber: Google Maps (2020)
47

3.3 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian merupakan elemen yang sangat penting dalam sesuatu

penyelidikan. Ringkasannya data yang baik, diperoleh daripada kajian yang dirancang

dengan rapi berdasarkan reka bentuk yang bersesuaian, iaitu pendekatan yang

digunakan dalam proses mendapatkan data penyelidikan (Rashidi, Begum, Mokhtar,

& Pereir, 2014). Reka bentuk kajian merupakan pelan tindakan yang memperlihatkan

secara terperinci bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan (Sabitha, 2006). Reka

bentuk kajian dijadikan panduan dalam melakukan penyelidikan dalam proses

memungut dan membuat analisis serta pertafsiran hasil daripada penyelidikan yang

dijalankan.

Kajian ini menggunakan analisis deskriptif kerana bentuk permasalahan kajian

adalah berstruktur dan berkait dengan kaedah penyelidikan kuantitatif sebagai sumber

data kajian. Jenis penyelidikan ini adalah untuk menentukan pendapat, sikap atau

tingkah laku oleh sekumpulan golongan mengenai perkara tertentu. Seterusnya,

sekumpulan golongan tersebut memberi maklum balas mengikut pilihan yang telah

ditetapkan dan memberikan data statistik yang boleh disimpulkan.

Bagi menjalankan kajian ini, pendekatan yang digunakan ialah pendekatan

kuantitatif yang berbentuk tinjauan dan mendapatkan maklumat terus daripada

responden. Penyelidikan deskriptif juga merupakan penyelidikan yang digunakan

untuk menerangkan sesuatu fenomena, faktor, ciri-ciri populasi atau keadaan yang
48

berlaku (Mohd Majid, 2005). Reka bentuk deskriptif ini dipilih untuk memberi

gambaran bagi peboleh ubah yang ingin dikaji menggunakan petunjuk statistik seperti

kekerapan, peratus dan min untuk melihat tabuaran dan kecenderungan data. Kajian

ini menggunakan kaedah tinjauan yang menggunakan borang soal selidik dan

diedarkan kepada responden yang ditetapkan. Responden kajian terdiri daripada

pelajar tingkatan tiga di SMK Jengka Dua. Borang kaji selidik dibahagikan kepada

empat bahagian. Kesemua bahagian dalam borang soal selidik ini menggunakan skala

Likert. Pendekatan kuantitatif dalam kajian menggunakan soal selidik ini

memudahkan responden dan menarik minat responden untuk memberi maklum balas

terhadap kajian ini.

3.4 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi adalah kumpulan orang yang mana penyelidik berminat untuk melakukan

kajian terhadapnya (Adams & Lawrence, 2015), juga merupakan satu proses dalam

pemilihan sampel daripada unit daripada set data untuk mengukur ciri, kepercayaan

dan sikap seseorang (Rahi, 2017). Bilangan sampel bagi kajian ini mewakili populasi.

Dalam kajian ini, penentuan saiz sampel merujuk kepada teori Krejcie dan Morgan

(1970), yang mana saiz sampel berpadanan dengan saiz populasi.

Sampel kajian terdiri daripada pelajar tingkatan tiga di daerah Maran iaitu di

Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Dua. Sampel kajian merangkumi semua


49

pelajar tingkatan tiga yang telah mengambil mata pelajaran Geografi semasa berada di

tingkatan dua dan tingkatan satu. Jumlah sampel dipilih secara rawak iaitu dari kelas

pertama hingga kelas yang terakhir. Terdapat enam buah kelas di sekolah tersebut

iaitu 3 Kekwa, 3 Terkis, 3 Orkid, 3 Mawar, 3 Dahlia dan 3 Cempaka. Pensampelan

rawak dikatakan sebagai salah satu strategi pensampelan yang terbaik dan mudah

digunakan dalam suatu kajian (Mc Carroll, 2017). Pensampelan rawak mudah adalah

proses pengambilan atau penggunaan sampel di mana setiap induvidu dalam populasi

tersebut mempunyai kebarangkalian atau peluang yang sama untuk dipilih sebagai

sampel. Pensampelan rawak mudah sesuai dilakukan sekiranya populasi yang dikaji

mempunyai ciri-ciri yang seragam (Babbie, 2016). Dalam kajian ini, pensampelan

rawak mudah digunakan dalam pemilihan sampel. Pensampelan rawak mudah adalah

proses pengambilan atau penggunaan sampel apabila setiap individu dalam populasi

tersebut mempunyai kebarangkalian atau peluang yang sama untuk dipilih sebagai

sampel.

Pelajar tingkatan tiga dipilih sebagai sampel kajian kerana mereka sudah pun

mendapat pendedahan tentang penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan elemen

multimedia dalam PdPc mata pelajaran Geografi. Ini menunjukkan pelajar tingkatan

tiga mempunyai pengetahuan, pengalaman dan pendedahan tentang penggunaan BBM

multimedia dalam subjek Geografi. Othman (2015) menyatakan pensampelan

bertujuan (purposive sampling) adalah pemilihan responden dalam kalangan populasi

yang diperlukan dalam menjawab persoalan kajian dan memberikan data berasaskan

pengalaman yang dilalui. Pelajar tingkatan tiga juga telah mendapat suasana

persekitaran kelas menggunakan BBM multimedia seperti teks, grafik, audio, video,

animasi dalam bilik darjah.


50

3.5 Instrumen Kajian

Instrumen kajian merupakan alat ukur yang digunakan dalam menentukan data serta

maklumat yang dikehendaki dapat diperolehi atau sebaliknya. Maklumat berkaitan

instrumen kajian adalah merupakan perkara yang amat mustahak dalam merancang

sesuatu kajian bagi tujuan mengumpul data yang akan diperolehi (Cresswell, 2008).

Kajian yang dilakukan ini berdasarkan kaedah kuantitatif bagi mendapatkan

maklumat dan data kajian. Instrumen kajian merupakan alat bagi pengumpulan dan

pengukuran data-data dan maklumat iaitu termasuklah set soal selidik, pemerhatian

dan juga melalui pembacaan. Instrumen atau alat kajian yang digunakan perlu dikenal

pasti bersesuaian dan mencapai matlamat kajian. Sehubungan itu, kajian yang

dijalankan ini hanya akan menggunakan pendekatan kuantitatif sahaja, di mana

kaedah pengumpulan data yang akan digunakan berdasarkan reka bentuk soalan yang

dinamakan sebagai set soal selidik.

Soal selidik dipilih untuk menjalankan kajian ini kerana keberkesanan yang

sesuai bagi mendapatkan maklumat daripada populasi yang besar. Memandangkan

fokus persoalan kajian adalah tertumpu kepada pelajar sekolah, maka penggunaan

soal selidik adalah bersesuaian dan disyorkan. Kajian ini menggunakan kaedah soal

selidik kerana ianya lebih sesuai dan praktikal, berkesan dan menjimatkan

perbelanjaan. Soal selidik ini juga boleh mengelakkan daripada bias berlaku jika

menggunakan kaedah temu bual serta memberi peluang kepada responden untuk

berfikir. Soalan-soalan di dalam borang soal selidik yang dirangka adalah berdasarkan

persoalan-persoalan yang timbul di dalam kajian. Borang soal selidik dirangka dengan
51

ringkas dan mudah bagi memudahkan pelajar untuk memahami dan menjawab soal

selidik tersebut dengan lancar. Pelajar perlu menjawab dengan jujur berdasarkan

pengetahuan dan pemahaman terhadap soalan tanpa merujuk kepada mana-mana

pihak.

Kandungan soal selidik ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu

dikelaskan melalui bahagian A, bahagian B, bahagian C, dan bahagian D. Bahagian A

mengandungi Demografi Pelajar atau Responden, manakala Bahagian B pula

menyentuh mengenai Penggunaan Elemen BBM Multimedia dalam PdPc Geografi.

Bahagian C pula mengandungi soalan mengenai Implikasi BBM Multimedia

Terhadap Motivasi, Sikap dan Pencapaian Pelajar Dalam PdPc Mata Pelajaran

Geografi dan Bahagian D mengandungi Cadangan Dalam Penambahbaikan Amalan

Pdpc Melalui Penggunaan BBM Multimedia Dalam Mata Pelajaran Geografi (jadual

3.1)

Jadual 3.1

Pembahagian Soal Selidik

Bahagian Soalan Item


Bahagian A Demografi Responden 5
Bahagain B Elemen BBM multimedia 16
Bahagian C Implikasi BBM
multimedia Terhadap
Motivasi, Sikap an 30
Pencapaian Pelajar
52

Bahagain D Cadangan 4
Sumber: Kajian Lapangan, 2020

Skala Likert atau Likert Scale adalah skala penelitian yang digunakan untuk

mengukur sikap dan pendapat. Dengan skala likert ini, responden diminta untuk

melengkapi kuesioner yang mengharuskan mereka untuk menunjukkan tingkat

persetujuannya terhadap serangkaian pertanyaan. Pertanyaan atau pernyataan yang

digunakan dalam penelitian ini biasanya disebut dengan variabel penelitian dan

ditetapkan secara spesifik oleh peneliti. Dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan

darjah kekerapan pada 5 mata berbentuk likert pada bahagian B, C dan D.

Jadual 3.2

Pemberat Skala Likert Bahagian B

Pemberat Skor
Tidak Pernah 1
Jarang 2
Sentiasa 3
Kerap 4
Sangat Kerap 5
Sumber: Kajian Lapangan, 2020

Seterusnya, jawapan kepada soal selidik bahagian C dan D pula menggunakan

skala likert yang mengandungi 5 peringkat pilihan jawapan seperti yang ditunjukkan

di dalam jadual 3.3.

Jadual 3.3

Pemberat Skala Likert Bahagian C dan Bahagian D


53

Pemberat Skor
Sangat Tidak Setuju 1
Tidak Setuju 2
Kurang Setuju 3
Setuju 4
Sangat Setuju 5
Sumber: Kajian Lapangan, 2020

3.6 Kajian Rintis

Sebelum kajian sebenar dijalankan, kajian rintis telah dilaksanakan. Menurut Ahmad

Mahzan (2007), kajian rintis merupakan suatu kajian yang dilakukan terlebih dahulu

untuk memastikan kaedah yang digunakan untuk memperoleh data adalah

bersesuaian. Instrumen yang dibina untuk kajian ini adalah berbentuk kajian rintis

bagi menguji objektif, kesahan dan kebolehpercayaan alat. Soal selidik dianalisis

secara statistik menggunakan program SPSS untuk mengetahui nilai Cronbach's

Alpha, yang merupakan ujian yang digunakan untuk menilai skala konsistensi

dalaman, membandingkan hubungan antara tindak balas terhadap skala item, nilai 7.0

atau lebih tinggi ditafsirkan sebagai konsistensi dalaman yang dapat diterima (Adam

& Lawrence, 2015).


54

Kajian rintis juga merupakan cubaan kajian yang dilaksanakan dalam kuantiti

kecil untuk mengenal pasti kelemahan instrumen kajian dan tatacara kajian (Chua,

2012). Melalui kajian rintis, kelemahan instrumen dapat dikenal pasti dan

penambahbaikan instrumen dapat dilakukan. Selain itu, penggunaan bahasa dan cara

penyampaian melalui soal selidik dapat dibaiki agar memudahkan responden untuk

membaca dan menjawab. (Jadual Analisis Cronbach’s Alpha, Rujuk Lampiran).

Kajian rintis telah dilakukan di SMK Jengka Pusat di Bandar Pusat Jengka,

Pahang. Seramai 40 orang responden dalam kalangan pelajar tingkatan tiga di SMK

Jengka Pusat telah dijadikan sebagai sampel kajian bagi menentukan

kebolehpercayaan soalan soal selidik yang telah dibina. Kemudian, borang soal

selidik yang dikumpul telah diproses melalui Statistical Package for Social Science

(SPSS) Version 23 dengan menggunakan kaedah pekali Cronbach's Alpha bagi

mendapat kesahan dan kebolehpercayaan.

Melalui kajian rintis ini kesahan dan kebolehpercayaan dapat ditentukan.

Kajian rintis telah dilakukan di SMK Jengka Pusat dan sekiranya soalan tersebut

menunjukkan tahap kebolehpercayaan yang rendah, maka soalan tersebut perlu

diubah manakala soalan yang baik adalah soalan yang menunjukkan

kebolehpercayaan yang tinggi. Hasil dapatan daripada kajian sebenar soal selidik

telah diproses menggunakan SPSS versi 23 seterusnya dianalisis bagi mengetahui

tahap kebolehpercayaan soalan yang dibina perlu diterima atau dibuang mengikut

tahapnya.
55

3.6.1 Kebolehpercayaan dan Kesahan

Kebolehpercayaan dan kesahan alat pengukuran perlu dilakukan dalam penyelidikan

kuantitatif sebelum borang soal selidik diedarkan kepada responden. Hal ini demikian

kerana kebolehpercayaan dan kesahan alat pengukur merupakan aspek penting agar

hasil kajian boleh dipercayai. Soal selidik merupakan instrumen yang digunakan

dalam kajian ini. Bagi memastikan kebolehpercayaan terhadap instrumen tersebut,

ujian realibilti atau Cronbach's Alpha telah dilakukan.

Jadual 3.4

Tahap Kebolehpercayaan Soalan

Nilai Kebolehpercayaan Kekuatan


Lebih 0.9 Sangat Baik
Lebih 0.8 Baik
Lebih 0.7 Boleh diterima
Lebih 0.6 Perlu dibaiki
Lebih 0.6 Lemah
Kurang 0.5 Tidak Boleh diterima
Sumber : Chua (2014)

Oleh itu, ujian kebolehpercayaan dan kesahan borang soal selidik telah

dilakukan terhadap 55 item yang teridiri daripada 4 bahagian iaitu Bahagian A adalah:

Demografi Pelajar. Bahagian B item mengenai Penerapan Penggunaan Bahan Bantu

Mengajar Multimedia Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Geografi.

Bahagian C pula meliputi aspek Motivasi, Sikap Dan Pencapaian Pelajar Terhadap
56

Subjek Geografi. Bahagian D pula berkaitan Cadangan Dalam Meningkatkan

Keberkesanan Penggunaan BBM Multimedia Dalam Subjek Geografi Tingkatan 3.

Hasil ujian kajian rintis pada jadual 3.5 menunjukkan pekali Cronbach's Alpha pada

jadual di bawah:

Jadual 3.5

Analisis Kepercayaan Borang Kaji Selidik

Pemboleh Bilangan Bilangan Nilai


Ubah Item Responden Cronbach’
Alpha
Penerapan Penggunaan BBM 16 40 0.798
Multimedia
Motivasi, Sikap dan
Pencapaian Pelajar
Terhadap Subjek Geografi
Setelah Mengaplikasikan
Bbm Multimedia
Motivasi 10 40 0.722
Sikap 10 40 0.795
Pencapaian 10 40 0.782
Sumber : Kajian Lapangan (2020)

3.7 Prosedur Pengumpulan Data

Kaedah pengumpulan data yang betul amat penting bagi memastikan data yang

diperolehi dapat memberi keputusan kajian yang benar dan relevan. Dalam kajian ini,

dua kaedah pengumpulan data yang digunakan iaitu pengumpulan data primer dan

pengumpulan data sekunder.


57

Pengumpulan data primer melalui dalam talian seperti analisis tinjauan

melalui borang soal selidik secara dalam bentuk Google Forms. Manakala

pengumpulan data sekunder secara dalam talian seperti bahan bercetak dan tidak

bercetak seperti artikel, jurnal, dan lain-lain. Penyelidikan dalam talian merupakan

salah satu perkembangan terbaru dalam kaedah pengawasan selama satu dekad yang

lalu, dan pelbagai jenis penyelidikan yang ada sekarang mungkin tidak dapat

dilakukan tanpa bantuan media digital (Hooker & Zuniga, 2017). Tinjauan dalam

talian berasaskan web banyak digunakan oleh penyelidik hari ini, dengan hanya

menggunakan pautan yang tersedia untuk menjangkau sebilangan besar responden

(Jansen, Corley, & Jansen, 2007) dengan cepat, mudah, murah, dan berkesan dan

berkesan untuk semua penyelidikan dalam semua jenis tinjauan (Raja, 2018). Ini

kerana, budaya akses internet adalah perkara harian dan merupakan medium paling

selesa untuk berinteraksi.

3.7.1 Data Primer

Menurut Noraini (2013), data primer merupakan sumber utama atau dokumen yang

mempamerkan ideal asal. Data primer juga ialah data yang dijalankan sendiri seperti

membuat tinjauan atau pemerhatian khusus untuk tujuan mengatasi masalah yang

dihadapi (Sekaran, 2003). Manakala Mohd Majid (2005), menyatakan maklumat

primer diperolehi apabila maklumat tersebut dikumpul secara langsung daripada


58

induvidu yang terpilih untuk dikaji. Data primer ialah data dikumpulkan secara

langsung dan dianalisis seterusnya mencari penyelesaian kepada masalah kajian.

Kajian ini perlu meletakkan banyak usaha untuk mendapatkan maklumat kerana ia

melibatkan masa dan kos. Data primer juga merupakan data yang paling utama dalam

kajian ini bagi mencapai objektif kajian penyeidikan.

Dalam kajian ini, data primer yang digunakan adalah dalam bentuk soal

selidik. Borang kaji selidik yang dibuat akan diedarkan sendiri oleh penyelidik kepada

responden yang dipilih sebagai sampel kajian dan membuat tinjauan kawasan kajian.

Tambahan pula, penerangan selengkapnya telah diberikan kepada responden untuk

menjawab item-item soalan soal selidik supaya mereka benar-benar memahami isi

kandungan soal selidik. Penyelidik telah melibatkan diri dalam Group WhatsApp

setiap kelas responden iaitu 3 Kekwa, 3 Mawar, 3 Cempaka, 3 Terkis dan 3 Dahlia

bersama guru kelas untuk membuat penerangan mengenai tajuk kajian dan borang

soal selidik. Soal selidik telah dibina akan diedarkan kepada 97 orang responden yang

dipilih secara rawak mudah terdiri daripada pelajar tingkatan tiga. Penyelidik

membuat tinjauan atau soal selidik dalam bentuk Google Form secara dalam talian

selama selama sebulan untuk mendapat data responden yang lengkap. Soal selidik

mempunyai empat bahagian iaitu A, B, C, dan D. Setelah responden menjawab

soalan, data soal selidik akan dikumpulkan.


59

3.7.2 Data Sekunder

Data sekunder adalah data yang dikumpul dan direkodkan oleh orang lain dan

menjadi rujukan dalam kajian ini. Data sekunder boleh diperolehi daripada sumber-

sumber bercetak, sama ada yang pernah diterbitkan atau tidak diterbitkan (Ahmad

Madzan, 2007). Data sekunder boleh diklasifikasikan sebagai dalaman mahu pun

luaran (Sekaran, 2003).

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap motivasi, sikap dan

pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran Geografi tingkatan tiga setelah diterapkan

penggunaan BBM berasaskan multimedia. Penggunaan data komputer juga digunakan

dari sumber internet untuk mencari bahan rujukan yang berkaitan dengan implikasi

BBM multimedia terhadap motivasi, sikap dan pencapaian pelajar. Dalam kajian ini,

data sekunder yang digunakan adalah buku rujukan di perpustakaan, jurnal, artikel

dan sumber internet untuk pendahuluan, kajian literatur dan metodologi kajian.

Rujukan data sekunder ini adalah usaha untuk memahami lebih mendalam mengenai

permasalahan kajian.
60

3.8 Kaedah Menganalisis Data

Analisis data merupakan salah satu proses penelitian yang dilakukan setelah semua

data yang diperlukan dapat menyelesaikan permasalahan dengan teliti secara lengkap.

Analisis kajian yang digunakan dalam kajian ini bagi menjawab kepada objektif

kajian adalah dengan menggunakan kaedah analisis kuantitatif. Data kuantitatif boleh

merumuskan sesuatu masalah yang dikaji dengan ringkas dan tepat. Penggunaan

(Statistical Packages for Social Sciences) (SPSS versi 23) membantu dalam

menganalisis data-data yang dikumpul daripada set soal selidik yang diedarkan. Hasil

kajian ini, dianalisis menggunakan statistik berikut:

3.8.1 Analisis Deskriptif

Analisis deskriptif merupakan markah dan peratus yang digunakan untuk

menunjukkan latar belakang responden bagi soal selidik yang dianalisis. Data dari

soal selidik dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS versi 23. Statistik

deskriptif adalah nombor yang digunakan untuk meringkaskan ciri sampel.

Pengekodan berangka membantu merapatkan jurang antara analisis kualitatif dan

statistik deskriptif, yang merupakan jenis analisis berangka, atau kuantitatif (Adams &

Lawrence, 2015).
61

Statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis objektif kajian iaitu

mengenalpasti aspek amalan penggunaan BBM berasaskan elemen multimedia dalam

PdPc mata pelajaran Geografi terhadap pelajar tingkatan tiga, mengenalpasti tahap

motivasi, sikap dan pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran Geografi tingkatan

tiga setelah diterapkan penggunaan BBM berasaskan multimedia dan mencadangkan

penambahbaikan amalan PdPc berasaskan multimedia dalam mata pelajaran Geografi

tingkatan tiga. Hasil analisis data tersebut dalam bentuk nilai kekerapan, peratus, dan

min.

3.8.2 Analisis Min

Data yang dikumpul dapat dianalisis dengan menggunakan analisis purata min.

Melalui analisis min, pengkaji dapat mengukur sikap dan minat pelajar dalam

mempengaruhi mata pelajaran Geografi. Menurut Landell (1997), min merupakan

nilai purata yang digunakan dalam kajian bagi mewakili satu set nilai yang

diperhatikan. Nilai min dalam kajian adalah tahap motivasi, sikap dan pencapaian

pelajar tingkatan tiga setelah diterapkan BBM multimedia.

Jadual 3.6

Tahap Penilaian Berdasarkan Min


62

Tahap penilaian Min


Tinggi 3.67-5.00
Sederhana 2.34-3.66
Rendah 1.00-2.34
Sumber: Landell, 1997

3.9 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, bab ini menjelaskan tentang pemilihan lokasi kajian dan

metodologi yang digunakan untuk menjalankan kajian yang merangkumi reka bentuk

kajian, pemilihan responden, intrumen kajian, kajian rintis dan kaedah analisis data.

Metodologi kajian merupakan satu bentuk panduan yang dapat memberi hala tuju

kearah proses kajian yang lebih sistematik dan teratur supaya mendapat hasil kajian

yang menarik dan baik. Semua maklumat yang diberikan bertujuan untuk memastikan

bahawa kerja penyelidikan dapat dijalankan dengan teliti. Amalan pelaksanaan dan

penilaian kerja berstruktur juga penting dan teratur untuk memastikan kesahan kajian.

Kaedah yang tepat dan tepat sangat penting untuk menghasilkan kajian yang

berkualiti.
63

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan dengan lebih terperinci hasil analisis data yang diperolehi

daripada hasil kajian yang dijalankan berdasarkan intrumen kajian iaitu melalui soal

selidik yang telah diedarkan kepada responden. Profil sampel atau responden serta

dapatan yang terlibat dalam kajian ini akan dijelaskan. Semua data dan maklumat ini

diperoleh hasil daripada kaji selidik yang telah dijalankan di sebuah sekolah iaitu

sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Dua. Kajian ini hanya menggunakan kaedah

kuantitatif seperti yang telah diterangkan dalam Bab 3. Analisis data telah dijalankan

dengan menggunakan perisian Statistical Package for The Social Sciences (SPSS)
64

versi 23. Hal ini bagi memudahkan statistik dan data lengkap dapat dipaparkan secara

menyeluruh dan mudah untuk dibincangkan. Hasil dapatan kajian juga akan

dibahaskan secara menyeluruh mengikut objektif yang telah ditetapkan.

4.2 Perihalan Sampel

Bahagian ini akan menerangkan profil reponden. Bagi SMK Jengka Dua seramai 130

orang responden yang mengambil mata pelajaran Geografi diperlukan untuk mengisi

borang soal selidik. Pemilihan bilangan responden adalah berdasarkan jadual

penentuan saiz sampel, Krejcie dan Morgan (1970). Jumlah keseluruhan bagi

responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 97 orang pelajar sahaja

mewakili keseluruhan pelajar tingkatan tiga di SMK Jengka Dua yang pernah

mengambil mata pelajaran Geografi semasa di tingkatan dua dan tingkatan satu.

4.3 Dapatan Kajian

4.3.1 Demografi Responden

Responden terdiri daripada kalangan pelajar tingkatan tiga yang berada di SMK

Jengka Dua. Terdapat pelbagai aspek latar belakang yang dikaji, antaranya adalah

jantina, bangsa, agama, gred mata pelajaran Geografi akhir semasa di tingkatan dua di
65

mana mereka telah mendapatkan pendedahan berkaitan penggunaan Bahan Bantu

Mengajar elemen multimedia. Data demografi responden telah dianalisis dengan

menggunakan statistik deskripif iaitu kekerapan dan peratusan. Kajian mengenai

tahap motivasi, sikap dan pencapaian subjek Geografi dalam pelajar tingkatan tiga

setelah diterapkan BBM multimedia dalam PdPc subjek Geografi ini melibatkan

kedua-dua jantina iaitu pelajar lelaki dan perempuan. Majoriti responden pelajar

tingkatan tiga di sekolah tersebut adalah terdiri jantina perempuan. Hal ini dapat

dibuktikan apabila Jadual 4.1 menunjukkan bahawa sebanyak (52.6 peratus) iaitu 51

responden terdiri daripada perempuan. Manakala (47.4 peratus) iaitu 46 responden

terdiri daripada jantina lelaki.

Jadual 4.1 juga menunjukkan bangsa pelajar yang terlibat dengan kajian ini.

Analisis data menunjukkan bahawa terdapat tiga kategori bangsa yang menjadi

responden iaitu Melayu, Cina, India. Bangsa yang mencatatkan nilai yang tertinggi

adalah pelajar bangsa Melayu iaitu seramai 83 orang responden bersamaan (85.6

peratus). Nilai kedua tertinggi diikuti oleh bangsa Cina iaitu seramai 6 orang

bersamaan (6.2 peratus) dan seterusnya adalah bangsa India iaitu 8 orang bersamaan

(8.2 peratus). Hasil kajian yang dilakukan mendapati majoriti pelajar di SMK Jengka

Dua adalah berbangsa Melayu dikuti dengan bangsa India dan bangsa Cina.

Jadual 4.1

Demografi Pelajar

Item Kekerapan Peratusan (%)

Jantina Lelaki 46 47.4


66

Perempuan 51 52.6
Bangsa Melayu 83 85.6
Cina 6 6.2
India 8 8.2
Agama Islam 82 84.5
Kristian 6 6.2
Hindu 9 9.3
Kelas 3 Kekwa 20 20.6
3 Cempaka 16 16.5
3 Terkis 15 15.5
3 Dahlia 13 13.4
3 Orkid 19 19.6
3 Mawar 14 14.4
Jumlah 97 100
Sumber: Kajian Lapangan, 2020

Melalui soal selidik yang dijalankan juga melihat kepada jenis agama yang

dianuti oleh responden. Berdasarkan jadual 4.1, majoriti pelajar di SMK Jengka Dua

adalah agama Islam iaitu seramai 82 orang (84.5 peratus) dan kedua terbanyak adalah

pelajar beragama Hindu iaitu seramai 9 orang (9.3 peratus) dan dikuti dengan agama

Kristian iaitu 6 orang bersamaan dengan (6.2 peratus).

Di samping itu, jadual 4.1 juga menunjukkan nama-nama kelas tingkatan tiga

yang terdiri daripada 6 kelas iaitu 3 Kekwa, 3 Cempaka, 3 Terkis, 3 Dahlia, 3 Orkid

dan 3 Mawar. Berdasarkan hasil analisis tersebut pelajar tingkatan 3 Kekwa

mencatatkan jumlah pelajar yang paling ramai atau tertinggi iaitu sebanyak 20 orang

responden mewakili (20.6 peratus). Nilai kedua tertinggi adalah kelas 3 Orkid iaitu

seramai 19 orang responden bersamaan (19.6 peratus) dan dikuti dengan kelas 3

Cempaka, sebanyak 16 orang responden mewakili (16.5 peratus). Seterusnya, 3 Terkis

bersamaan 15 orang pelajar meakili (15.5 peratus) dan 3 Mawar terdapat 14 orang
67

responden bersamaan (14.4 peratus). Manakala jumlah pelajar dalam kelas yang

paling sedikit ialah 3 Dahlia iaitu sebanyak 13 orang mewakili (13.4 peratus).

4.3.2 Tahap Gred Mata Pelajaran Dalam Peperiksaan Akhir Tahun Geografi
Tingkatan Dua

Berdasarkan jadual 4.2 turut menunjukkan tahap gred subjek Geografi dalam

peperiksaan akhir semasa Tingkatan Dua. Terdapat 4 gred iaitu A, B, C dan D.

Berdasarkan analisis tersebut, majoriti pelajar yang mendapat gred B iaitu sebanyak

38 orang bersamaan (39.2 peratus). Manakala bilangan pelajar yang paling sedikit

mendapat gred B iaitu hanya terdapat 9 orang bersamaan dengan (9.2 peratus).

Berdasarkan dapatan kajian tersebut, majoriti pelajar mendapat gred B. Hal ini

menunjukkan keberkesanan penggunaan BBM multimedia dalam PdPc subjek

Geografi dalam pencapaian pelajar dalam subjek Geografi.

Jadual 4.2

Rajah 1: Tahap Gred Subjek Geografi Dalam Peperiksaan Akhir Semasa Tingkatan 2

Gred/Markah SMK Jengka Dua


Bil. %
A 18 18.6
B 38 39.2
C 32 33.0
D 9 9.2
Jumlah 97 100
Sumber: Kajian Lapangan, 2020
68

4.3.3 Aspek Amalan Penggunaan BBM Elemen Multimedia Dalam Pengajaran


…….dan Pembelajaran Mata Pelajaran Geografi

Dalam bahagian ini menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai aspek-aspek amalan

penggunaan BBM elemen multimedia khususnya di dalam PdPc mata pelajaran

Geografi. Berdasarkan jadual 4.3, menunjukkan pemboleh ubah elemen teks.

Terdapat tiga item yang terkandung dalam pemboleh ubah elemen teks ini. Dapatan

kajian menunjukkan nilai min yang tertinggi adalah merujuk kepada pernyataan

“Guru anda menggunakan teks untuk memberi penjelasan terhadap sesuatu konsep

Geografi dalam pdpc subjek Geografi” sebanyak 4.51. Majoriti responden iaitu

seramai 60 orang (61.9 peratus) menyatakan sangat kerap, manakala seramai 27 orang

(27.8 peratus) menyatakan kerap dan hanya seramai 10 orang (10.3 peratus)

menyatakan sentiasa bagi pernyataan tersebut. Ini menunjukkan bahawa majoriti

pelajar bersetuju bahawa guru sangat kerap menggunakan teks untuk memberi

penjelasan terhadap sesuatu konsep Geografi dalam PdPc subjek Geografi.

Jadual 4.3

Elemen Teks

Pembolehubah Kekerapan Skala / %


TP JJ S K SK Min Tahap
Guru anda 10 27 60 4.51 (Tinggi)
menggunakan (10.3%) (27.8%) (61.9%) Sangat
teks untuk Kerap
memberi
penjelasan
terhadap sesuatu
69

konsep Geografi
dalam pdpc
subjek Geografi
Guru anda 1 2 7 27 60 4.47 (Tinggi)
menggunakan (1.0%) (2.1%) (7.2%) (27.8%) (61.9%) Sangat
teks untuk Kerap
menggambarkan
pengalaman yang
tidak dapat
digambarkan oleh
media lain seperti
sentuhan, bau dan
rasa
Dalam
pembelajaran
subjek Geografi
Guru anda 5 8 31 53 4.36 (Tinggi)
menggunakan (5.2%) (8.2%) (32.0%) (54.6%) Sangat
teks yang ringkas Kerap
untuk
memudahkan
anda membaca
dan fahami subjek
Geografi
Sumber: Kajian Lapangan, 2020
Nota, TP = Tidak Pernah, JJ = Jarang-Jarang, S=Sentiasa, K=Kerap, SK = Sangat
Kerap.

Manakala, nilai min terendah yang dicatatkan adalah pernyataan yang

berkaitan “Guru anda menggunakan teks yang ringkas untuk memudahkan anda

membaca dan fahami subjek Geografi” dengan catatan adalah sebanyak 4.36. Namun,

majoriti pelajar memilih sangat kerap iaitu seramai 53 orang responden bersamaan

dengan 54.6 peratus dikuti 31 orang responden (32 peratus) menyatakan kerap, 8

orang responden (8.2 peratus) menyatakan sentiasa dan 5 orang responden (5.2

peratus) menyatakan jarang-jarang. Hal ini menunjukkan bahawa guru sangat kerap

menggunakan elemen teks yang ringkas untuk memudahkan pelajar membaca. Secara

tidak langsung, pelajar akan lebih memahami sesuatu topik pembelajaran subjek

Geografi dengan penggunaan teks yang ringkas dan mudah difahami.


70

Jadual 4.4

Elemen Grafik

Pembolehubah Kekerapan Skala / %


TP JJ S K SK Min Tahap

Guru anda 1 23 48 18 7 3.07 (Sederhana)


menggunakan (1.0%) (23.7%) (49.5%) (18.6%) (7.2%) Sentiasa
reka bentuk
grafik yang
menarik untuk
menarik
perhatian anda
di dalam kelas
Guru anda 8 10 45 22 12 3.20 (Sederhana)
menggunakan (8.2%) (10.3%) (46.4%) (22.7%) (12.4%) Sentiasa
elemen
multimedia
grafik yang
menarik untuk
membantu anda
mendapat
maklumat
secara visual
atau
penglihatan.
Guru anda 1 18 33 45 4.25 (Tinggi)
menggunakan (1.0%) (18.6%) (34.0%) (46.4%) Sangat
elemen Kerap
multimedia
grafik untuk
memberi
penegasan
dalam sesuatu
bahan intruksi
atau arahan
dalam PdPc
subjek
Geografi.
Sumber: Kajian Lapangan, 2020
Nota, TP = Tidak Pernah, JJ = Jarang-Jarang, S=Sentiasa, K=Kerap, SK = Sangat
Kerap.
71

Jadual 4.4 menunjukkan min bagi elemen grafik dalam pdpc mata pelajaran

Geografi tingkatan dua, min tertinggi dicatatkan adalah sebanyak 4.25 iaitu berkaitan

pernyataan “Guru anda menggunakan elemen multimedia grafik untuk memberi

penegasan dalam sesuatu bahan intruksi atau arahan dalam PdPc subjek Geografi”.

Dapatan menunjukkan majoriti responden menyatakan sangat kerap iaitu seramai 45

orang responden bersamaan dengan (46.4 peratus). Manakala, terdapat 33 orang

responden (34.0 peratus) menyatakan kerap, diikuti dengan 18 orang responden (18.6

peratus) sentiasa dan 1 orang sahaja (1.0 peratus) menyatakan jarang-jarang bagi

pernyataan tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa guru sangat kerap menggunakan

grafik untuk menegaskan pelajar supaya mengikuti arahan guru dalam PdPc subjek

Geografi.

Manakala nilai min terendah yang dicatatkan adalah sebanyak 3.07 iaitu

pernyataan tentang “Guru anda menggunakan reka bentuk grafik yang menarik untuk

menarik perhatian anda di dalam kelas”. Terdapat 48 orang pelajar (49.5 peratus)

menyatakan sentiasa, 23 orang pelajar (23.7 peratus) menyatakan jarang-jarang, 18

orang pelajar (18.6 peratus) menyatakan sentiasa, 7 orang (7.2 peratus) menyatakan

kerap dan 1 orang sahaja (1.0 peratus) menyatakan tidak pernah bagi pernyataan

tersebut. Hal ini menunjukkan guru sentiasa menggunakan grafik supaya menarik

tumpuan, minat dan fokus pelajar dalam sesuatu topik pembelajaran Geografi.

Jadual 4.5

Elemen Audio
72

Pembolehubah Kekerapan Skala / %


TP JJ S K SK Min Tahap
Guru anda 3 30 45 15 4 2.86 (Sederhana)
menggunakan (3.1%) (30.9%) (46.4%) (15.5%) (4.1%) Sentiasa
bunyi dan lagu
untuk
mengemukakan
pengetahuan
dan
mewujudkan
interaksi anda di
dalam kelas
Sumber: Kajian Lapangan, 2020

Nota, TP = Tidak Pernah, JJ = Jarang-Jarang, S=Sentiasa, K=Kerap, SK = Sangat


Kerap.

Jadual 4.5 menunjukkan min bagi penggunaan elemen audio dalam dalam

pdpc mata pelajaran Geografi. Nilai min dicatatkan adalah 2.86 bagi pernyataan

“Guru anda menggunakan bunyi dan lagu untuk mengemukakan pengetahuan dan

mewujudkan interaksi anda di dalam kelas. Terdapat 45 orang pelajar (46.4 peratus)

menyatakan sentiasa, 30 orang pelajar (30.9 peratus) menyatakan jarang-jarang, 15

orang pelajar (15.5 peratus) menyatkan kerap, 4 orang pelajar (4.1 peratus)

menyatakan sangat kerap dan 3 orang pelajar sahaja (3.1 peratus) menyatakan tidak

pernah bagi peryataan tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru jarang

menggunakan muzik atau audio untuk membentuk tingkahlaku yang positif dalam

kalangan pelajar dapat dipupuk untuk berinteraksi dalam sesuatu pembelajaran

Geografi.

Jadual 4.6 pula menunjukkan nilai min bagi elemen video yang digunakan

dalam pdpc mata pelajaran Geografi. Min tertinggi dicatatkan adalah sebanyak 3.79
73

iaitu berkaitan dengan pernyataan “Guru anda menayangkan video untuk

meningkatkan kerjasama yang berkesan di dalam kelas”. Dapatan kajia menunjukkan

bahawa majoriti responden menyatakan kerap iaitu sebanyak 39 orang bersamaan

(40.2 peratus). Manakala, terdapat 26 responden (26.8 peratus) menyatakan sangat

kerap, diikuti dengan 19 orang (19.6 peratus) menyatakan sentiasa, 12 orang (12.4

peratus) menyatakan jarang-jarang dan 1 orang sahaja (1.0 peratus) menyatakan tidak

pernah bagi pernyataan tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa guru kerap

menggunakan video dalam pembelajaran Geografi supaya dapat meningkatkan

kerjasama antara guru dan pelajar dalam proses PdPc subjek Geografi.

Jadual 4.6

Elemen video

Pembolehubah Kekerapan Skala / %


TP JJ S K SK Min Tahap
Guru anda 1 34 45 13 4 2.84 (Sederhana)
menayangkan (1.0%) (35.1%) (46.4%) (13.4%) (4.1%) Jarang-
video sebelum Jarang
memulakan
topik
pembelajaran
subjek Geografi
untuk
meningkatkan
imaginasi anda
terhadap proses
PdPc.
Guru anda 1 6 31 42 17 3.70 (Tinggi)
menggunakan (1.0%) (6.2%) (32.0%) (43.3%) (17.5%) Sentiasa
video berkaitan
isu semasa
untuk
membantu anda
memahami
contoh isu
semasa terkini
dalam PdPc
74

subjek
Geografi.
Guru anda 1 12 19 39 26 3.79 Tinggi
menayangkan (1.0%) (12.4%) (19.6%) (40.2%) (26.8%) Kerap
video untuk
meningkatkan
kerjasama yang
berkesan di
dalam kelas.
Sumber: Kajian Lapangan, 2020
Nota, TP = Tidak Pernah, JJ = Jarang-Jarang, S=Sentiasa, K=Kerap, SK = Sangat
Kerap.

Di samping itu, bagi pernyataan “Guru anda menayangkan video sebelum

memulakan topik pembelajaran subjek Geografi untuk meningkatkan imaginasi anda

terhadap proses PdPc” menunjukkan nilai min yang terendah iaitu 2.84. Majoriti

pelajar menyatakan sentiasa mengenai pernyataan tersebut. terdapat 45 orang pelajar

(46.4 peratus) menyatakan sentiasa, 34 orang pelajar (35.1 peratus) menyatakan

jarang-jarang, 13 orang pelajar (13.4 peratus) menyatakan kerap, 4 orang pelajar (4.1

peratus) menyatakan sangat kerap dan 1 orang pelajar sahaja (1.0 peratus)

menyatakan tidak pernah bagi pernyataan tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa guru

sentiasa menggunakan video berkaitan isu semasa untuk membantu pelajar

memahami contoh isu semasa terkini dalam PdPc subjek Geografi.

Jadual 4.7

Elemen Animasi
Pembolehubah Kekerapan Skala / %
TP JJ S K SK Min Tahap
Guru anda 2 18 56 14 7 3.06 (Sederhana)
menggunakan (2.1%) (18.6%) (57.7%) (14.4%) (7.2%) Sentiasa
animasi dalam
PdPc subjek
Geografi untuk
75

membina
suasana
pembelajaran
yang ceria.
Guru anda 7 16 33 41 4.13 (Tinggi)
menggunakan (7.2%) (16.5%) (34.0%) (42.3%) Sangat
animasi (2D) Kerap
atau 2 Dimensi
seperti animasi
gambar dalam
buku teks
dalam proses
PdPc subjek
Geografi.
Guru anda 7 8 43 28 11 3.28 (Sederhana)
menggunakan (7.2%) (8.2) (44.3%) (28.9%) (11.3%) Sentiasa
animasi (3D)
atau 3 Dimensi
seperti glob
bumi di dalam
kelas.
Sumber: Kajian Lapangan, 2020
Nota, TP = Tidak Pernah, JJ = Jarang-Jarang, S=Sentiasa, K=Kerap, SK = Sangat
Kerap.

Jadual 4.7 menunjukkan min bagi penggunaan elemen animasi dalam PdPc

mata pelajaran Geografi. Berdasarkan jadual, nilai min tertinggi yang dicatatkan

adalah sebanyak 4.13 iaitu berkaitan dengan pernyataan “Guru anda menggunakan

animasi (2D) atau 2 Dimensi seperti animasi gambar dalam buku teks dalam proses

PdPc subjek Geografi”. Analisis kajian menunjukkan, majoriti responden menyatakan

sangat kerap iaitu sebanyak 41 orang responden (42.3 peratus). Manakala, seramai 33

orang responden (34.0 peratus) menyatakan kerap, 16 orang responden (16.5 peratus)

menyatakan sentiasa dan 7 orang responden (7.2 peratus) menyatakan jarang-jarang

bagi pernyataan tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa guru sangat kerap

menggunakan animasi (2D) atau 2 Dimensi seperti animasi gambar dalam buku teks

dalam proses PdPc subjek Geografi.


76

Manakala, nilai min terendah yang dicatat adalah sebanyak 3.06 iaitu bagi

pernyataan “Guru anda menggunakan animasi dalam PdPc subjek Geografi untuk

membina suasana pembelajaran yang ceria”. Namun, terdapat majoriti pelajar

menyatakan sentiasa iaitu sebanyak 56 orang (57.7 peratus). Seterusnya, 18 orang

pelajar (18.6 peratus) menyatakan jarang-jarang, 14 orang pelajar (14.4 peratus)

menyatakan kerap, 7 orang pelajar (7.2 peratus) menyatakan sangat kerap dan 2 orang

pelajar (2.1 peratus) menyatakan tidak pernah bagi pernyataan tersebut. Hal ini

menunjukkan bahawa guru sentiasa menggunakan animasi dalam PdPc subjek

Geografi untuk membina suasana pembelajaran yang ceria.

Jadual 4.8 menunjukkan min bagi penggunaan elemen gambar dalam pdpdc

mata pelajaran Geografi. Min tertinggi dicatatkan adalah sebanyak 4.32 iaitu

berkaitan pernyataan “Guru anda memaparkan gambar untuk menerangkan sesuatu

yang abstrak atau tidak dapat dilihat dalam PdPc subjek Geografi”. Dapatan kajian

menunjukkan 54 orang responden (55.7 peratus) menyatakan sangat kerap. Manakala,

terdapat 22 orang responden (22.7 peratus) menyatakan kerap, diikuti dengan 20

orang responden (20.6 peratus) menyatakan sentiasa dan 1 orang responden sahaja

(1.0 peratus) menyatakan jarang-jarang. Hal ini menunjukkan bahawa guru sangat

kerap memaparkan gambar untuk menerangkan sesuatu topik dalam PdPc subjek

Geografi.

Jadual 4.8

Elemen Gambar

Pembolehubah Kekerapan Skala %


77

TP JJ S K SK Min Tahap
Guru anda 1 20 22 54 4.32 (Tinggi)
memaparkan (1.0%) (20.6%) (22.7%) (55.7%) Sangat
gambar untuk Kerap
menerangkan
sesuatu yang
abstrak atau
tidak dapat
dilihat dalam
pdpc subjek
Geografi.
Guru anda 4 16 44 33 4.09 (Tinggi)
menggunakan (4.1%) (16.5%) (45.4%) (34.0%) Kerap
graf dalam
subjek Geografi.
Guru anda 1 21 33 42 4.19 (Tinggi)
menggunakan (1.0%) (21.6%) (34.1%) (43.3%) Sangat
peta dalam Kerap
subjek Geografi
untuk merujuk
kepada sesuatu
lokasi Geografi.
Sumber: Kajian Lapangan, 2020
Nota, TP = Tidak Pernah, JJ = Jarang-Jarang, S=Sentiasa, K=Kerap, SK = Sangat
Kerap.

Manakala nilai min yang terendah yang dicatatkan sebanyak 4.09 iaitu

berkaitan pernyataan “Guru anda menggunakan graf dalam PdPc subjek Geografi”.

Namun, majoriti menyatakan kerap iaitu sebanyak 44 orang responden (45.4%).

Seterusya, terdapat 33 orang responden (34.0 peratus) menyatakan kerap, 16 orang

responden (16.5 peratus) menyatakan sentiasa dan 4 orang responden (4.1 peratus)

menayatakan jarang-jarang bagi peryataan tersebut. Hal ini menujukkan bahawa guru

kerap menggunakan graf dalam PdPc subjek Geografi.


78

4.3.4 Tahap Motivasi Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Geografi Setelah


Diterapkan Penggunaan BBM Elemen Multimedia

Dalam kajian ini menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai tahap motivasi pelajar

setelah dengan penggunaan BBM elemen multimedia dalam pdpc mata pelajaran

geografi. Berdasarkan jadual 4.9, nilai min tertinggi adalah merujuk kepada

pernyataan “Saya lebih memahami dalam mempelajari subjek Geografi dengan

menggunakan BBM multimedia kerana dapat contoh-contoh yang jelas berkaitan

sesuatu topik Geografi” iaitu sebanyak 4.28. Majoriti responden iaitu sebanyak 46

orang responden (47.4 peratus) menyatakan sangat bersetuju, diikuti dengan 42 orang

responden (43.3 peratus) menyatakan setuju dan 9 orang responden (9.3 peratus)

menyatakan kurang setuju bagi pernyataan tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa

majoriti pelajar lebih memahami dalam mempelajari subjek Geografi dengan

menggunakan BBM multimedia kerana dapat contoh-contoh yang jelas.

Jadual 4.9

Tahap Motivasi Pelajar Setelah Diterapkan Dengan Penggunaan Bahan Bantu


Mengajar Berasaskan Elemen Multimedia

Pembolehubah Kekerapan Skala


STS KS TS S ST Min Tahap
Saya lebih 9 46 42 4.24 (Tinggi)
berminat (9.3%) (47.4%) (43.3% Setuju
mempelajari )
subjek Geografi
dengan
menggunakan
BBM elemen
multimedia yang
menarik
Saya lebih selesa 1 10 48 38 4.15 (Tinggi)
untuk bertanya (1.0%) (10.3%) (49.5%) (39.2%) Tidak
kepada guru Setuju
79

semasa belajar
dengan
menggunakan
BBM
multimedia
kerana dapat
gambaran jelas
berkaitan topik
pembelajaran
dengan
menggunakan
elemen
multimedia
seperti gambar,
video dan lain-
lain
Saya lebih 3 11 45 38 4.07 (Tinggi)
bersemangat (3.1%) (11.3%) (46.4%) (39.2% Setuju
mempelajari )
subjek Geografi
apabila guru
menggunakan
BBM
multimedia
kerana suasana
pembelajaran
menjadi lebih
ceria
Saya lebih 3 10 48 36 4.07 (Tinggi)
bersemangat (3.1%) (10.3%) (49.5%) (37.1) Setuju
untuk melibatkan
diri dalam
aktiviti yang
menggunakan
BBM
multimedia
Saya lebih yakin 7 51 39 4.25 (Tinggi)
untuk berusaha (7.2%) (52.6%) (40.2% Setuju
untuk memahami )
subjek Geografi
dengan
menggunakan
BBM
multimedia
kerana elemen
multimedia dapat
memberi
gambaran yang
jelas sesuatu
topik Geografi
80

Saya lebih suka 2 7 9 38 41 4.12 (Tinggi)


mempelajari (2.0%) (7.2%) (9.3) (39.2%) (42.3% Sangat
subjek Geografi ) Setuju
dengan melihat
secara visual
(penglihatan)
kerana saya
dapat kaitkan
topik
pembelajaran
dengan isu
semasa
Saya lebih 1 8 47 41 4.22 (Tinggi)
bersemangat ke (1.0%) (8.2%) (48.5%) (42.3% Setuju
sekolah untuk )
mempelajari
subjek Geografi
dengan BBM
multimedia
kerana proses
PdPc akan
menjadi lebih
berkesan dan
seronok
Saya lebih 9 42 46 4.28 (Tinggi)
memahami (9.3%) (43.3%) (47.4% Sangat
dalam ) Setuju
mempelajari
subjek Geografi
dengan
menggunakan
BBM
multimedia
kerana dapat
contoh-contoh
yang jelas
berkaitan sesuatu
topik Geografi
Saya berasa 3 6 1 48 39 4.17 (Tinggi)
sangat selesa (3.1%) (6.2%) (1.0%) (49.5%) (40.2% Setuju
dalam )
mempelajari
subjek Geografi
menggunakan
elemen
multimedia
kerana
penggunaan
elemen
multimedia yang
81

berkesan dan
menarik dapat
membantu saya
memahami
sesuatu topik
Saya mempunyai 18 19 25 35 3.79 (Tinggi)
keyakinan diri (18.6%) (19.5) (25.8%) (36.1% Sangat
yang tinggi ) Setuju
dalam
mempelajari
subjek Geografi
dengan
menggunakan
BBM
multimedia
Keseluruhan 4.14
Min
Sumber: Kajian Lapangan, 2020
Nota, STS = Sangat Tidak Setuju, TS = Tidak Setuju, KS = Kurang Setuju, S =
Setuju, ST = Sangat Setuju.

Di samping itu, nilai min terendah yang dicatatkan adalah berkaitan dengan

pernyataan “Saya mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam mempelajari subjek

Geografi dengan menggunakan BBM multimedia” iaitu dengan catatan min sebanyak

3.79. Namun, jadual 4.9 menunjukkan seramai 35 (36.1 peratus) orang responden

menyatakan sangat setuju. Manakala, terdapat 25 orang responden (25.8 peratus)

menyatakan setuju. Diikuti dengan 19 orang responden (19.5 peratus) menyatakan

kurang setuju dan 18 orang responden (18.6 peratus) menyatakan tidak setuju dengan

pernyataan tersebut. Melalui data nilai min dapat dinyatakan bahawa pelajar sangat

bersetuju melalui penggunaan BBM multimedia dapat membantu mereka mempunyai

keyakinan diri yang tinggi dalam mempelajari subjek Geografi.


82

4.3.5 Tahap Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Geografi Setelah


Diterapkan Penggunaan BBM Elemen Multimedia

Dalam bahagian ini menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai tahap sikap pelajar

terhadap subjek Mata Pelajaran Geografi setelah diterapkan penggunaan BBM

multimedia dalam PdPc subjek Geografi. Berdasarkan jadual 4.10, nilai min yang

tertinggi adalah merujuk kepada pernyataan “Saya berasa lebih gembira belajar subjek

Geografi menggunakan BBM multimedia kerana penggunaan elemen multimedia

yang menarik dapat menjadikan suasana pembelajaran lebih menyeronokkan” iaitu

sebanyak 4.25. Dapatan kajian menunjukkan 47 orang responden (48.5 peratus)

menyatakan sangat setuju. Manakala, terdapat 36 orang responden (37.1 peratus)

menyatakan setuju. Diikuti dengan 7 orang responden (7.2 peratus) menyatakan

kurang setuju, 6 orang responden (6.2 peratus) menyatakan tidak setuju dan 1 orang

sahaja (1.0 peratus) menyatakan sangat tidak setuju. Hal ini menunjukkan bahawa

majoriti pelajar berasa lebih gembira belajar subjek Geografi dengan berbantukan

BBM multimedia kerana suasana pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan.

Jadual 4.10

Tahap Sikap Pelajar Setelah Diterapkan Dengan Penggunaan Bahan Bantu


Mengajar Berasaskan Elemen Multimedia

Pembolehubah Kekerapan Skala / %


STS KS TS S ST Min Tahap
Saya berasa lebih 1 13 5 48 30 3.95 (Tinggi)
aktif dalam PdPc (1.0%) (13.4%) (5.2%) (49.5%) (30.9% Setuju
subjek Geografi )
yang
menggunakan
BBM multimedia
kerana suasana
pembelajaran
lebih kondusif
83

Saya berasa lebih 2 11 1 49 34 4.05 (Tinggi)


percaya diri (2.1%) (11.3%) (1.0%) (50.5%) (35.1% Setuju
dalam )
mempelajari
subjek Geografi
dengan
berbantukan
elemen
multimedia
kerana ianya telah
meningkatkan
motivasi saya
Saya berasa dapat 14 3 41 39 4.08 (Tinggi)
mempelajari (14.4%) (3.1%) (42.3%) (40.2% Setuju
subjek Geografi )
dengan lebih
faham dengan
menggunakan
BBM multimedia
kerana dapat
gambaran yang
jelas dengan
menggunakan
elemen
multimedia
Saya berasa lebih 8 2 48 39 4.21 (Tinggi)
puas mempelajari (8.2%) (2.1%) (49.5%) (40.2% Setuju
subjek Geografi )
dengan
menggunakan
elemen
multimedia
kerana
penggunaan
elemen
multimedia
membantu saya
memahami
sesuatu topik
Geografi dengan
lebih menyeluruh
Saya berasa lebih 1 6 7 36 47 4.25 (Tinggi)
gembira belajar (1.0%) (6.2%) (7.2%) (37.1%) (48.5% Sangat
subjek Geografi ) Setuju
menggunakan
BBM multimedia
kerana
penggunaan
elemen
multimedia yang
84

menarik dapat
menjadikan
suasana
pembelajaran
lebih
menyeronokkan
Saya berasa lebih 2 9 10 33 43 4.09 (Tinggi)
bersemangat (2.1%) (9.3%) (10.3%) (34.0%) (43.3% Sangat
untuk )’ Setuju
mempelajari
subjek Geografi
menggunakan
BBM multimedia
kerana
penggunaan
elemen
multimedia
membantu saya
meningkatkan
daya tumpuan
saya dalam kelas
Saya berasa lebih 1 14 2 36 44 4.11 (Tinggi)
yakin PdPc (1.0%) (14.4%) (2.1%) (37.1%) (45.4% Sangat
subjek Geografi ) Setuju
dengan
menggunakan
BBM multimedia
dapat
meningkatkan
motivasi dalam
mempelajari
sesuatu topik
Geografi
Saya berasa lebih 5 8 47 37 4.19 (Tinggi)
teruja (5.2%) (8.2%) (48.5%) (38.1% Setuju
mempelajari )
subjek Geografi
dengan
menggunakan
BBM multimedia
dapat
meningkatkan
pemahaman saya
Saya berasa lebih 14 3 45 35 4.04 (Tinggi)
percaya dapat (14.4%) (3.1%) (46.4%) (36.1% Setuju
meningkatkan )
gred keputusan
subjek Geografi
dengan
menggunakan
85

BBM multimedia
Saya lebih tidak 13 1 48 35 4.08 (Tinggi)
berasa ragu-ragu (13.4%) (1.0%) (49.5%) (36.1% Setuju
dan tidak bosan )
dalam PdPc
subjek Geografi
dengan
berbantukan
BBM multimedia
kerana suasana
pembelajaran
menjadi lebih
berkesan
Keseluruhan 4.10
Min
Sumber: Kajian Lapangan, 2020
Nota, STS = Sangat Tidak Setuju, TS = Tidak Setuju, KS = Kurang Setuju, S =
Setuju, ST = Sangat Setuju.

Manakala, nilai min terendah yang dicatatkan adalah berkaitan pernyataan

“Saya berasa lebih aktif dalam PdPc subjek Geografi yang menggunakan BBM

multimedia kerana suasana pembelajaran lebih kondusif” dengan catatan min

sebanyak 3.95. Namun, jadual 4.10 menunjukkan seramai 48 orang responden (30.9

peratus) menyatakan setuju. Manakala, terdapat 48 orang responden (49.5 peratus)

menyatakan sangat setuju. Diikuti dengan 13 orang responden (13.4 peratus)

menyatakan tidak setuju, 5 orang responden (5.2 peratus) menyatakan kurang setuju

dan 1 orang responden sahaja (1.0 peratus) menyatakan sangat tidak setuju. Hal ini

menunjukkan bahawa pelajar bersetuju mereka berasa lebih aktif dalam PdPc subjek

Geografi yang menggunakan BBM multimedia kerana suasana pembelajaran lebih

kondusif.
86

4.3.6 Tahap Pencapaian Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Geografi Setelah


Diterapkan Penggunaan BBM Elemen Multimedia

Bahagian ini berkaitan dengan dapatan mengenai tahap pencapaian pelajar

terutamanya dalam peperiksaan Mata Pelajaran Geografi Tingkatan Dua setelah

diterapkan penggunaan bbm elemen multimedia. Berdasarkan jadual 4.11, nilai min

yang tertinggi bagi tahap pencapaian peperiksaan adalah pernyataan “Saya dapat

meningkatkan pencapaian subjek Geografi setelah belajar menggunakan BBM

multimedia yang berkesan” iaitu sebanyak 3.93. Dapatan kajian menunjukkan,

seramai 56 orang responden (57.7 peratus). Manakala, terdapat 24 orang responden

(24.7 peratus) menyatakan setuju. Diikuti dengan 15 orang responden (15.5 peratus)

menyatakan tidak setuju dan 2 orang responden sahaja (2.1 peratus) menyatakan

kurang setuju bagi pernyataan tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa majoriti pelajar

bersetuju mereka dapat meningkatkan pencapaian subjek Geografi setelah belajar

menggunakan BBM multimedia yang berkesan.

Jadual 4.11

Tahap Pencapaian Pelajar Setelah Diterapkan Dengan Penggunaan Bahan Bantu


Mengajar Berasaskan Elemen Multimedia

Pembolehubah Kekerapan Skala / %


STS KS TS S ST Min Tahap
Saya dapat 15 17 35 30 3.82 (Tinggi)
memahami
(15.5%) (17.5%) (36.1%) (30.9%) Setuju
sesuatu konsep
Geografi dengan
lebih mudah
dengan
menggunakan
elemen
multimedia yang
berkesan sehingga
87

membantu saya
meningkatkan
pencapaian dalam
subjek Geografi
Saya dapat 1 31 2 46 17 3.48 (Tinggi)
mengingati isi-isi
(1.0%) (32.0%) (2.1%) (47.4%) (17.5%) Setuju
penting sesuatu
topik Geografi
dengan
menggunakan
elemen
multimedia yang
menarik sehingga
mendorong saya
memperbaiki
pencapaian dalam
peperiksaan
Saya dapat 34 1 36 26 3.55 (Tinggi)
memahami isi
(35.1%) (1.0%) (37.1%) (26.8%) Setuju
kandungan
pelajaran subjek
Geografi secara
menyeluruh
dengan
menggunakan
BBM multimedia
sehingga
membantu saya
meningkatkan
gred dalam subjek
Geografi
Saya dapat 1 14 16 38 28 3.80 (Tinggi)
kaitkan topik
(1.0%) (14.4%) (16.5%) (39.3%) (28.9%) Setuju
dalam subjek
Geografi dengan
kehidupan
seharian dengan
bantuan BBM
multimedia
sehingga
membantu saya
meningkatkan
prestasi dalam
subjek Geografi
88

Saya dapat 29 2 39 27 3.65 (Tinggi)


menyelesaikan
(29.9%) (2.1%) (40.2%) (27.8%) Setuju
tugasan Geografi
dengan berkesan
dengan adanya
bantuan elemen
multimedia yang
efektif
Saya dapat 1 30 3 47 16 3.48 (Tinggi)
meningkatkan
(1.0%) (30.9%) (3.1%) (48.5%) (16.5%) Setuju
kemahiran
Geografi dalam
PdPc subjek
Geografi
menggunakan
BBM mutltimedia
sehingga
membantu saya
menjawab soalan
berkaitan
kemahiran
Geografi dalam
peperiksaan
Saya dapat 1 21 2 45 28 3.80 (Tinggi)
menyimpan
(1.0%) (21.6%) (2.1%) (46.4%) (28.9%) Setuju
maklumat
Geografi dalam
ingatan dengan
lebih mudah
dengan
menggunakan
elemen
multimedia
seperti warna,
font teks dan
ilustrasi yang
menarik
89

Saya dapat 15 2 56 24 3.93 (Tinggi)


meningkatkan
(15.5%) (2.1%) (57.7%) (24.7%) Setuju
pencapaian subjek
Geografi setelah
belajar
menggunakan
BBM multimedia
yang berkesan
Saya dapat 1 26 2 39 29 3.71 (Tinggi)
mempraktikkan
(1.0%) (26.8%) (2.1%) (40.2%) (29.9%) Setuju
BBM multimedia
semasa PdPc
Geografi dalam
peperiksaan
subjek Geografi
sehingga
mendorong saya
mencapai
keputusan yang
lebih baik
Saya dapat 22 4 49 22 3.73 (Tinggi)
mengingati
(22.7%) (4.1%) (50.5%) (22.7%) Setuju
maklumat atau
point penting
semasa menjawab
soalan Geografi
selepas
mempelajari
subjek Geografi
berbantukan
elemen
multimedia
Keseluruhan Min 3.69
Sumber: Kajian Lapangan, 2020
Nota, STS = Sangat Tidak Setuju, TS = Tidak Setuju, KS = Kurang Setuju, S =
Setuju, ST = Sangat Setuju.

Manakala, nilai min yang terendah yang dicatatkan pada pernyataan berkaitan

“Saya dapat meningkatkan kemahiran Geografi dalam PdPc subjek Geografi

menggunakan BBM mutltimedia sehingga membantu saya menjawab soalan berkaitan


90

kemahiran Geografi dalam peperiksaan” dan “Saya dapat mengingati isi-isi penting

sesuatu topik Geografi dengan menggunakan elemen multimedia yang menarik

sehingga mendorong saya memperbaiki pencapaian dalam peperiksaan” iaitu

sebanyak 3.48. Hal ini menunjukkan bahawa majoriti pelajar bersetuju dengan

berbantukan BBM multimedia, mereka dapat meningkatkan kemahiran Geografi dan

dapat mengingati isi-isi penting sesuatu topik Geografi. Secara tidak langsung,

membantu mereka memperbaiki pencapaian dalam peperiksaan.

4.4...Cadangan Dalam Meningkatkan Keberkesanan Penggunaan BBM


Multimedia sDalam Subjek Geografi Tingkatan Tiga

Dalam bahagian ini menghuraikan dengan lebih lanjut dengan penambahbaikan

cadangan dalam meningkatkan keberkesanan penggunaan BBM multimedia dalam

subjek Geografi tingkatan tiga. Berdasarkan Jadual 4.12, nilai min yang tertinggi

adalah merujuk kepada pernyataan “Pihak sekolah haruslah meningkatkan dan

memperbaiki kemudahan ICT seperti LCD di bilik darjah iaitu sebanyak 4.67.

Majoriti responden iaitu sebanyak 65 orang (67.0 peratus) menyatakan sangat setuju.

Manakala, terdapat 32 orang responden (33.0 peratus) menyatakan setuju dengan

pernyataan tersebut. Hal ini kerana kemudahan ICT seperti LCD di bilik darjah dapat

meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.

Jadual 4.12

Cadangan Penambahbaikan Dalam Meningkatkan Keberkesanan Penggunaan BBM


Multimedia Dalam Subjek Geografi Tingkatan Tiga

Pembolehubah Kekerapan Skala / %


91

STS KS TS S ST Min Tahap


Pihak sekolah 32 65 4.67 (Tinggi)
haruslah (33.0% (67.0%) Sangat
meningkatkan ) Setuju
dan memperbaiki
kemudahan ICT
seperti LCD di
bilik darjah
Pihak sekolah 3 32 62 4.54 (Tinggi)
haruslah (3.1%) (33.0% (63.9%) Sangat
menambahbaik ) Setuju
bilik Geografi
dengan pelbagai
elemen
multimedia yang
menarik
Pihak sekolah 42 10 30 15 3.18 (Tinggi)
haruslah (43.3% (10.3%) (30.9% (15.5%) Setuju
menggalakkan ) )
para pelajar
dalam program
kursus motivasi
berkaitan subjek
Geografi dan
memberi
pendedahan
penggunaan
elemen
multimedia
kepada pelajar
Pihak sekolah 16 34 20 17 10 2.70 (Sederhana)
haruslah (16.5%) (35.1% (20.6%) (17.5% (10.3%) Tidak
membina ) ) Setuju
medium elemen-
elemen
multimedia
dalam memberi
tugasan kepada
pelajar untuk
membiasakan diri
pelajar dengan
persekitaran
pembelajaran
dengan
berbantukan
BBM elemen
multimedia
yang terkini
Keseluruhan 3.77
Min
92

Sumber: Kajian Lapangan, 2020


Nota, STS = Sangat Tidak Setuju, TS = Tidak Setuju, KS = Kurang Setuju, S =
Setuju, ST = Sangat Setuju.

Manakala, nilai min yang terendah yang dicatatkan adalah berkaitan dengan

pernyataan “Pihak sekolah haruslah membina medium elemen-elemen multimedia

dalam memberi tugasan kepada pelajar untuk membiasakan diri pelajar dengan

persekitaran pembelajaran dengan berbantukan BBM elemen multimedia yang

terkini” dengan catatan min sebanyak 2.70. Berdasarkan jadual 4.12, dapatan kajian

menunjukkan 34 orang (3.51 peratus) memilih tidak bersetuju. Manakala, terdapat 20

orang responden (20.6 peratus) menyatakan kurang setuju. Diikuti dengan 17 orang

responden (17.5 peratus) menyatakan setuju, 16 orang responden (16.5 peratus)

menyatakan sangat tidak setuju dan 10 orang responden sahaja (10.3 peratus)

menyataan sangat setuju dengan pernytaan tersebut terkini.

Pelbagai pihak haruslah bekerjasama dalam meningkatkan dan menambahbaik

penggunaan BBM multimedia dalam pendidikan khususnya bagi subjek Geografi.

Penggunaan BBM multimedia yang pelbagai sangat penting untuk meningkatkan

kualiti pendidikan. Hal ini kerana, kehadiran BBM multimedia memberi impak positif

dalam pendidikan kerana dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran lebih

berkesan.
93

4.5 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, dalam bab ini telah menjelaskan hasil analisis dan dapatan

kajian secara terperinci berdasarkan instrument kajian iaitu soal selidik yang telah

diedarkan kepada 97 orang responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan tiga di

SMK Jengka Dua. Perbincangan dan analisis data ini memberikan penjelasan yang

mendalam mengenai aspek amalan aplikasi penggunaan BBM multimedia dalam

PdPc mata pelajaran Geografi. Selain daripada itu juga, analisa data juga tertumpu

pada tahap motivasi, sikap dan pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran Geografi

setelah diterapkan penggunaan BBM multimedia. Dapatan kajian juga menunjukkan

bahawa tahap motivasi, sikap dan pencapaian subjek Geografi berada pada tahap yang

tinggi. Majoriti pelajar tingkatan tiga di SMK Jengka 2 menunjukkan respons atau

tindak balas yang positif terhadap penggunaan BBM elemen multimedia dalam PdPc

subjek Geografi. Kajian ini menunjukkan terhadap motivasi yang tinggi dan sikap

yang positif terhadap BBM multimedia dalam pembelajaran Geografi akan

meningkatkan pencapaian subjek Geografi.


94

BAB 5

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini merumuskan mengenai dapatan kajian dan hasil perbincangan berkaitan

implikasi penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) berasaskan elemen multimedia

terhadap motivasi, sikap dan pencapaian dalam kalangan pelajar tingkatan tiga di

SMK Jengka Dua. Selain itu, dalam bab ini turut merumuskan mengenai perkaitan

antara hasil kajian dengan sorotan kajian yang terdahulu. Seterusnya, turut

dikemukakan dalam bab ini cadangan bagi memantapkan lagi kajian ini pada masa

akan hadapan. Seterusnya yang terakhir adalah penutup yang merumuskan

keseluruhan kajian ini dari awal hingga akhir kajian


95

5.2 Rumusan Kajian

Rumusan kajian berkaitan dengan perbincangan tentang dapatan kajian adalah

berdasarkan persoalan kajian. Dapatan kajian yang dibincangkan ini aka menjawab

soalan kajian iaitu aspek amalan penggunaan BBM berasaskan elemen multimedia,

tahap motivasi, sikap dan pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran Geografi

tingkatan tiga setelah dterapkan BBM multimedia. Akhir sekali, cadangan dalam

penambahbaikan amalan PdPc berasaskan BBM multimedia dalam Mata Pelajaran

Geografi tingkatan tiga.

Rumusan hasil penyelidikan adalah berdasarkan kepada objektif yang telah

dibina dalam kajian ini. Objektif yang pertama adalah mengenalpasti aspek amalan

penggunaan BBM berasaskan elemen multimedia dalam PdPc mata pelajaran

Geografi terhadap pelajar tingkatan tiga. Bagi memenuhi objektif pertama, analisis

kekerapan secara deskriptif telah digunakan dengan melihat kekerapan, peratus, dan

min bagi setiap pemboleh ubah. Hasil dapatan pada objektif pertama menunjukkan

min amalan penggunaan BBM berasaskan elemen multimedia dalam PdPc subjek

Geografi dalam kalangan pelajar tingkatan tiga di SMK Jengka Dua adalah tinggi

seperti elemen teks dan gambar.

Seterusnya, objektif kajian kedua iaitu mengenalpasti tahap motivasi, sikap

dan pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran Geografi tingkatan tiga setelah

diterapkan penggunaan BBM berasaskan elemen multimedia. Pada analisis untuk


96

objektif kedua juga menggunakan analisis kekerapan secara deskriptif telah

digunakan dengan melihat kekerapan, peratus, dan min bagi setiap pemboleh ubah.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa min tahap motivasi pelajar setelah diterapkan

penggunaan BBM berasaskan elemen multimedia dalam PdPc subjek Geografi adalah

tinggi iaitu berjumlah 4.14. Tahap nilai min tahap sikap pelajar setelah diterapkan

penggunaan BBM berasaskan elemen multimedia dalam PdPc subjek Geografi adalah

juga tinggi dengan catatan sebanyak 4.10. Begitu juga, min pencapaian sikap pelajar

setelah diterapkan penggunaan BBM berasaskan elemen multimedia dalam PdPc

subjek Geografi juga adalah tinggi iaitu sebanyak 3.69.

Akhir sekali, bagi objektif ketiga adalah untuk cadangan penambahbaikan

amalan PdPc berasaskan multimedia dalam mata pelajaran Geografi tingkatan tiga.

Analisis kekerapan secara deskriptif juga telah digunakan dengan melihat kekerapan,

peratus, dan min bagi setiap pemboleh ubah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa

menunjukkan min bagi cadangan penambahbaikan amalan PdPc berasaskan

multimedia dalam mata pelajaran Geografi tingkatan tiga juga adalah tinggi dengan

catatan min sebanyak 3.77.

5.2.1 Sampel Kajian

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti implikasi penggunaan bahan bantu

mengajar (BBM) berasaskan elemen multimedia terhadap motivasi, sikap dan


97

pencapaian subjek Geografi dalam kalangan pelajar tingkatan tiga di sekolah SMK

Jengka Dua. Seramai 97 orang pelajar tingkatan tiga yang menjadi sampel kajian ini

iaitu kajian ini majoritinya pelajar adalah berbangsa Melayu dan selebihnya adalah

berbangsa India dan Cina.

Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dalam bentuk skala likert.

Soal selidik ini mengandungi empat bahagian iaitu Bahagian A: Demografi

Responden, Bahagian B: Penerapan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Multimedia

dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc) Subjek Geografi, Bahagian C: Tahap

Motivasi, Sikap dan Pencapaian Subjek Geografi Pelajar Tingkatan Tiga Setelah

Mengaplikasikan BBM Elemen Multimedia. Manakala Bahagian D berkaitan

Cadangan Dalam Meningkatkan Keberkesanan Penggunaan BBM Multimedia Dalam

Subjek Geografi Tingkatan 3. Analisis statistik kekerapan, peratusan dan skor min

digunakan bagi menganalisis data yang diperolehi telah dibuat menggunakan perisian,

Statistical Package for The Social Sciences (SPSS) versi 23. Terdapat lima skala likert

digunakan dalam kajian ini iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, kurang setuju, setuju

dan sangat setuju untuk mengenalpasti motivasi, sikap dan pencapaian pelajar dalam

subjek Geografi.

5.2.2 Aspek Penerapan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan


Elemen Multimedia Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Subjek
Geografi

Umumnya, terdapat enam elemen multimedia yang dikaji dalam kajian ini.

Berdasarkan dapatan kajian bagi elemen teks menunjukkan nilai purata min sebanyak
98

4.45. Nilai min tertinggi adalah sebanyak 4.51 iaitu bagi pembolehubah “Guru anda

menggunakan teks untuk memberi penjelasan terhadap sesuatu konsep Geografi

dalam PdPc subjek Geografi”. Majoriti pelajar menyatakan sangat kerap

menggunakan teks untuk memberi penjelasan terhadap sesuatu konsep Geografi

dalam PdPc subjek Geografi. Selain itu, guru sering menggunakan elemen teks untuk

membentuk penerangan yang jelas dan menyeluruh semasa proses PdPc subjek

Geografi. Tambahan pula, penggunaan ayat mudah dan ringkas akan memudahkan

pelajar membaca dan memahami isi kandungan topik PdPc (Norehan, 2015). Secara

tidak langsung, pelajar dapat memahami sesuatu topik Geografi dengan lebih jelas.

Hasil kajian bagi elemen grafik pula menunjukkan nilai purata min adalah

sebanyak 3.5. Pembolehubah “Guru anda menggunakan elemen multimedia grafik

untuk memberi penegasan dalam sesuatu bahan intruksi atau arahan dalam PdPc

subjek Geografi” merupakan pembolehubah yang mencatatkan nilai min yang paling

tinggi iaitu sebanyak 4.25. Majoriti pelajar menyatakan guru mereka sangat kerap

menggunakan elemen multimedia grafik untuk memberi penegasan dalam sesuatu

bahan intruksi atau arahan dalam PdPc subjek Geografi. Di samping itu, penggunaan

grafik yang jelas serta menarik dapat meningkatkan perhatian fokus pelajar dalam

mengikuti arahan guru semasa proses PdPc dijalankan. Tambahan pula, elemen grafik

dapat membantu pelajar yang mempunyai pencapaian dan sikap yang rendah dalam

pembelajaran Geografi, untuk menerima maklumat lisan atau verbal yang tertinggal,

dan membantu pelajar memperoleh lebih banyak maklumat melalui visual (Cifci,

2016).
99

Manakala hasil kajian bagi elemen audio pula menunjukkan nilai min adalah

sebanyak 2.86 iaitu bagi pembolehubah “Guru anda menggunakan bunyi dan lagu

untuk mengemukakan pengetahuan dan mewujudkan interaksi anda di dalam kelas”.

Majoriti pelajar menyatakan guru mereka sentiasa menggunakan bunyi dan lagu untuk

mengemukakan pengetahuan dan mewujudkan interaksi anda di dalam kelas.

Penggunaan audio yang menarik dapat mewujudkan suasan pembelajaran yang aktif

antara guru dan pelajar, di samping dapat membina pengetahuan pelajar semasa

proses PdPc berlangsung. Hal ini demikian, alat pengajaran multimedia seperti audio

sangat penting bagi pelajar untuk menyampaikan pengetahuan mereka dengan cara

yang berbeza dan membolehkan interaksi dengan pelajar lain (Deakin, 2014).

Selain itu, elemen video mencatatkan min purata sebanyak 3.44. Melalui hasil

dapatan kajian, pembolehubah “Guru anda menayangkan video untuk meningkatkan

kerjasama yang berkesan di dalam kelas.” merupakan pembolehubah yang

mencatatkan nilai min yang paling tinggi iaitu 3.79. Melalui dapatan kajian, pelajar

menyatakan guru mereka kerap menayangkan video untuk meningkatkan kerjasama

yang berkesan di dalam kelas. Penggunaan video turut digunakan untuk dikaitkan

berkaitan isu semasa untuk membantu meningkatkan imaginasi anda terhadap proses

PdPc subjek Geografi.

Di samping itu, bagi elemen animasi menunjukkan nilai purata min adalah

sebanyak 3.49. Pembolehubah yang mencatat nilai paling tinggi adalah “Guru anda

menggunakan animasi (2D) atau 2 Dimensi seperti animasi gambar dalam buku teks

dalam proses PdPc subjek Geografi.” iaitu sebanyak 4.13. Majoriti pelajar
100

menyatakan guru mereka sangat kerap menggunakanan animasi gambar dalam buku

teks dalam proses PdPc subjek Geografi. Penggunaan animasi dalam PdPc subjek

Geografi untuk membina suasana pembelajaran yang ceria. Tambahan pula,

Penggunaan animasi sangat berkesan sebagai alat teknologi maklumat dalam

pendidikan dan sangat disarankan untuk digunakan dalam meningkatkan

pembelajaran induvidu (Baglama, Yucesoy & Yikmis, 2018). Animasi juga

berperanan untuk meningkatkan kandungan isi topik serta menarik perhatian pelajar

terhadap paparan skrin, serta merangsang dan menyerikan perisian (Norehan, 2015).

Strategi pembelajaran melalui animasi bertujuan untuk membantu pelajar untuk lebih

berjaya memanfaatkan maklumat yang dikodkan dalam animasi, serta meningkatkan

pencapaian dalam mata pelajaran Geografi (Necdet, 2018).

Elemen terakhir ialah elemen gambar di mana nilai purata min adalah

sebanyak 4.2. Majoriti pelajar menyatakan sangat kerap bagi pembolehubah “Guru

anda memaparkan gambar untuk menerangkan sesuatu yang abstrak atau tidak dapat

dilihat dalam PdPc subjek Geografi” dengan mencatat min sebanyak 4.32.

Berdasarkan dapatan, majoriti pelajar menyatakan guru mereka sangat kerap

memaparkan gambar untuk menerangkan sesuatu yang abstrak atau tidak dapat dilihat

dalam PdPc subjek Geografi. Selain itu, guru mereka turut menggunakan gambar peta

dan graf dalam pembelajaran subjek Geografi. Hal ini kerana, gambar juga penting

untuk menunjukkan realiti kepada pelajar serta mempraktikkan kemahiran

pemerhatian, analisis dan tafsiran yang dikembangkan dalam kalangan pelajar

(Harichandan, Acid & Sujana, 2019). Selain itu, gaya pembelajaran visual adalah

kecenderungan induvidu sendiri untuk menerima pembelajaran melalui kaedah


101

mentafsir carta, angka, graf, gambar, rajah, dan peta dalam bentuk statik atau dinamik

seperti animasi dan video (Muhd Razuan, 2017).

Konklusinya, kesemua elemen multimedia kerap digunakan. Namun, terdapat

beberapa perkara yang harus diambil berat terutamanya dalam menghasilkan PdPc

yang seiring dengan matlamat pada masa kini. Perkembangan sistem pendidikan dan

ledakan globalisasi pada masa kini membawa pendidikan di Malaysia kepada

perubahan yang akan memberi kesan kepada dunia pendidikan. Oleh itu, pebagai

pihak haruslah bekerjasama dalam meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran dengan menambahbaik bahan bantu mengajar berasaskan multimedia

bagi menjayakan pendidikan abad ke-21.

5.2.3. Tahap Motivasi Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Geografi Setelah


Diterapkan Dengan Elemen Multimedia

Analisis secara keseluruhan menunjukkan bahawa tahap motivasi pelajar setelah

diterapkan dengan elemen multimedia adalah berapa pada tahap yang tinggi dengan

catatan min keseluruhan sebanyak 4.14. Keadaan ini menunjukkan bahawa hasil

daripada penggunaan elemen multimedia dalam PdPc subjek Geografi memberi kesan

yang positif terhadap motivasi pelajar. Hal ini kerana, tahap motivasi yang tinggi,

secara tidak langsung mendorong pelajar untuk lebih bersemangat apabila melakukan

kaedah pembelajaran menggunakan elemen multimedia. Majoriti pelajar menyatakan

sangat bersetuju dengan pernyataan “Saya lebih memahami dalam mempelajari

subjek Geografi dengan menggunakan BBM multimedia kerana dapat contoh-contoh


102

yang jelas berkaitan sesuatu topik Geografi” iaitu catatan min sebanyak 4.28. Oleh hal

demikian, dapatlah dirumuskan bahawa melalui penerapan penggunaa elemen

multimedia dalam PdPc subjek Geografi mampu mewujudkan motivasi dalam diri

pelajar dan mempengaruhi keberkesanan sesuatu proses pembelajaran Geografi.

Dapatan ini disokong dengan kajian yang dijalankan oleh Zamri dan Nur

Aisyah (2011), mengenai persepsi guru terhadap penggunaan aplikasi multimedia

dalam pengajaran menunjukkan bahawa perisian aplikasi multimedia sangat

membantu dalam menjadikan proses pengajaran Bahasa Melayu dalam bilik darjah

lebih fleksibel dan berkesan, secara tidak langsung dapat meningkatkan motivasi

pelajar dalam belajar. Hal ini menunjukkan penggunaan bahan bantu mengajar

berasaskan multimedia yang menarik dapat membina suasana kelas yang lebih

menyeronokkan sehingga dapat memupuk sikap yang positif dalam mempelajari

sesuatu perkara. Tambahan pula, penggunaan multimedia dalam pembelajaran

Geografi telah meningkatkan kualiti pendidikan, ketekunan, pengetahuan dan

kehadiran pelajar di sekolah, secara tidak langsung, menjadikan pembelajaran

Geografi menyeronokkan dan luar biasa (Kaya & Yazici, 2018). Hal ini kerana,

penggunaan BBM pelbagai elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, video,

animasi dan gambar dapat menarik perhatian pelajar dan menjadikan suasana

pembelajaran yang menyeronokkan. Secara tidak langsung akan membantu proses

PdPc berjalan dengan lancar. Maka jelaslah, penggunaan BBM multimedia dapat

meningkatkan motivasi pelajar terhadap subjek Geografi.


103

5.2.3.. Tahap Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Geografi Tingkatan Tiga
Setelah Diterapkan Penggunaan BBM Elemen Multimedia dalam PdPc
Subjek Geografi

Berdasarkan dapatan kajian, didapati bahawa keseluruhan min keseluruhan bagi tahap

sikap pelajar terutamanya terhadap diri pelajar setelah diterapkan penggunaan elemen

multimedia dalam PdPc subjek geografi secara keseluruhannya adalah tinggi iaitu

sebanyak 4.10. Hal ini menunjukkan bahawa majoriti pelajar sangat bersetuju mereka

berasa lebih gembira belajar subjek Geografi menggunakan BBM multimedia kerana

penggunaan elemen multimedia yang menarik dapat menjadikan suasana

pembelajaran lebih ceria dengan mencatat min tertinggi iaitu sebanyak 4.25.

Dapatan ini disokong melalui kajian Cordova et al, (2015), pelajar secara

implisit mudah dapat memahami isi pembelajaran melalui multimedia sebagai bahan

bantu mengajar dan seterusnya dapat meningkatkan motivasi pelajar, secara tidak

langsung dapat membentuk sikap yang positif terhadap seseuatu pembelajaran. Hal ini

menunjukkan, penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan elemen multimedia

dapat memupuk sikap positif dalam diri pelajar dalam membelajari subjek Geografi.

Hal ini kerana, bahan yang paling menarik bagi pelajar adalah platform digital dan

tutorial interaktif seperti video, audio, dan animasi yang menggabungkan beberapa

elemen BBM multimedia, secara tidak langsung dapat meningkatkan emosi positif

(motivasi, kepuasan, persepsi terhadap BBM), membangunkan pengalaman belajar,

dan seterusnya mempengaruhi sikap pelajar secara positif (Eunjoon, Plass, Hayward
104

& Homer, 2012). BBM multimedia juga mempengaruhi sikap pelajar dengan cara

yang positif dan menjadikan pengajaran lebih menyeronokkan dan senang difahami.

Multimedia membolehkan pengguna mengemudi (navigate), bertindak balas

(interact), dan berkomunikasi (communicate) (Ilhan & Oruc, 2016). Maka jelaslah,

penggunaan elemen multimedia dalam proses PdPc subjek Geografi dapat memupuk

positif pelajar dalam subjek Geografi.

5.2.4.. Tahap Pencapaian Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Geografi Tingkatan


Tiga Setelah Diterapkan Penggunaan BBM Elemen Multimedia dalam
PdPc Subjek Geografi

Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti responden

mempunyai keputusan yang positif terhadap tahap pencapaian pelajar terhadap Mata

Pelajaran Geografi. Ini dibuktikan dengan hasil analisis soal selidik yang

menunjukkan peratus skala setuju bagi kesemua item yang berkaitan dengan

pencapaian terhadap peperiksaan adalah berada pada tahap yang tinggi dengan catatan

min keseluruhan senamyak 3.69. Maka jelaslah, dapatan kajian ini menunjukkan

pencapaian pelajar terhadap peperiksaan adalah lebih baik setelah diterapkan elemen

multimedia dalam proses PdPc subjek Geografi. Berdasarkan hasil analisis kajian

terhadap tahap pencapaian pelajar terhadap peperiksaan adalah berada pada tahap

yang tinggi.

Dapatan ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Cubrilo et al. (2014),

bertujuan memberi jawapan kepada persoalan penggunaan multimedia yang


105

meningkatkan keberkesanan pengajaran berbanding pengajaran tradisional. Setelah

mempertimbangkan kesan keseluruhan penggunaan bahan bantu mengajar multimedia

dalam pengajaran terhadap pencapaian pelajar di salah sebuah sekolah menengah,

kesimpulan umum memberikan hasil positif yang menunjukkan peningkatan dan

kualiti pengetahuan pelajar yang ketara. Dalam kajian yang dijalankan oleh Ilhan dan

Oruc (2016) mengenai penggunaan multimedia dalam pendidikan, telah ditunjukkan

bahawa bahan bantu mengajar multimedia telah meningkatkan pencapaian pelajar.

Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Cubrilo et al. (2014), bertujuan memberi

jawapan kepada persoalan penggunaan multimedia yang meningkatkan keberkesanan

pengajaran berbanding pengajaran tradisional. Setelah mempertimbangkan kesan

keseluruhan penggunaan bahan bantu mengajar multimedia dalam pengajaran

terhadap pencapaian pelajar di salah sebuah sekolah menengah, kesimpulan umum

memberikan hasil positif yang menunjukkan peningkatan dan kualiti pengetahuan

pelajar yang ketara.

Di samping itu, dalam kajian yang dijalankan oleh Ilhan dan Oruc (2016)

mengenai penggunaan multimedia dalam pendidikan, telah ditunjukkan bahawa alat

bantu mengajar multimedia telah meningkatkan pencapaian pelajar. Multimedia

menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelajar mengakses maklumat baru dan

terkini. Seterusnya, hasil kajian Necdet (2018), menunjukkan bahawa penggunaan alat

bantu mengajar multimedia sangat berkesan berbanding kaedah pengajaran tradisional

mengenai pencapaian akademik pelajar di Bakirkoy Final College. Penggunaan bahan

bantu mengajar multimedia harus digunakan dengan bijak dalam proses pembelajaran
106

dan dapat dijadikan media dalam sesebuah perbincangan. Ia juga dapat memupuk

strategi pengajaran, di mana peranan guru bukan sahaja sebagai penyedia maklumat

tetapi sebagai suatu panduan, penyokong dan fasilitator, untuk melatih pelajar secara

beransur-ansur untuk mengembangkan kemahiran kognitif dan psikomotor dalam

pendidikan Geografi (Solcova, 2016). Hal ini kerana, BBM multimedia menyediakan

akses kepada sumber-sumber yang lebih luas dan berupaya untuk membebaskan

pelajar dan guru dari tugas biasa sehingga mereka dapat menumpukan perhatian

kepada aktiviti yang menggalakkan kolaborasi yang lebih baik, kajian mendalam,

kemahiran berfikir kritis dan memudahkan pembinaan pengetahuan dalam proses

pembelajaran yang berpusatkan pelajar (Fathia, Ajlan & Mohamad, 2016).

Tuntasnya, sikap dan minat pelajar terhadap mata pelajaran Geografi dengan

berbantukan BBM elemen multimedia dalam PdPc Geografi mempengaruhi

pencapaian mata pelajaran Geografi. Berdasarkan analisis tahap min motivasi dan

sikap dan pelajar tingkatan tiga terhadap pencapaian mata pelajaran Geografi di SMK

Jengka Dua menunjukkan tahap yang tinggi. Hal ini bermakna bahawa motivasi yang

tinggi dan sikap yang positif akan meningkatkan pencapaian dalam subjek Geografi.

5.2.4…Cadangan Dalam Meningkatkan Keberkesanan Penggunaan BBM


Multimedia Dalam Subjek Geografi Tingkatan Tiga

Terdapat pelbagai cadangan dalam meningkatkan keberkesanan penggunaan BBM

Multimedia dalam Subjek Geografi tingkatan tiga. Berdasarkan analisis kajian tahap

min yang tertinggi adalah sebanyak 4.67 dengan pemboleh ubah “Pihak sekolah
107

haruslah meningkatkan dan memperbaiki kemudahan ICT seperti LCD di bilik

darjah”. Majoriti pelajar menyatakan sangat setuju dengan pernyataan tersebut. Hal

ini kerana kemudahan LCD akan membantu proses PdPc subjek Geografi berjalan

denga lancar dan berkesan.

Seterusnya, langkah “Pihak sekolah haruslah menambahbaik bilik Geografi

dengan pelbagai elemen multimedia yang menarik” mencatatkan min yang tertinggi

iaitu sebanyak 4.54. Majoriti pelajar menyatakan sangat bersetuju dengan pernyataan

tersebut. Hal ini kerana, bilik Geografi yang mempunyai elemen multimedia yang

menarik akan membantu pelajar didedahkan dengan BBM multimedia berkaitan

kemahiran Geografi seperti glob bumi, peta, gambar proses Geografi Fizikal dan

Geografi Manusia dan sebagainya.

Di samping itu, langkah cadangan berkaitan “Pihak sekolah haruslah

menggalakkan para pelajar dalam program kursus motivasi berkaitan subjek Geografi

dan memberi pendedahan penggunaan elemen multimedia kepada pelajar” juga

mencatatka min yang kedua tertinggi iaitu sebanyak 3.18. Hal ini demikian,

pendedahan tersebut akan membantu meningkatkan lagi tahap penguasaan pelajar

terhadap subjek Geografi. Pada masa yang sama, membantu pelajar meningkatkan

gred dalam mata pelajaran Geografi. Hal ini demikian, pihak sekolah haruslah

mempertingkatkan lagi usaha dalam membina bahan bantu mengajar yang pelbagai

supaya dapat meningkatkan motivasi, sikap dan pencapaian pelajar dalam peperiksaan

yang penting seperti PT3 (Pentaksiran Tingkatan Tiga).


108

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

Penyelidikan ini telah menjelaskan hasil dapatan kajian berkaitan dengan implikasi

penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan elemen multimedia terhadap motivasi,

sikap dan pencapaian pelajar dalam PdPc subjek Geografi. Didapati pelaksanaan

penyelidikan ini masih terdapat kekurangan yang perlu diperbaiki bagi kajian masa

hadapan. Terdapat beberapa cadangan yang dikemukakan agar dapat ditambahbaik

serta memantapkan lagi lagi hasil penyelidikan. Lantaran itu penelitian dan analisis

yang lebih teliti diperlukan dalam membentuk penyelidikan yang bekualiti agar dapat

mewujudkan idea dan hasil yang baru. Merujuk kepada kajian dan perbincangan yang

telah dilakukan, berikut adalah beberpa cadangan penambahbaikan yang boleh diberi

perhatian untuk kajian di masa akan datang:

i. Kajian yang memerlukan bilangan sampel yang besar supaya dapat

digeneralisasikan bagi seluruh daerah bukan tertumpu kepada sebuah sekolah

sahaja. Selain itu, sampel kajian haruslah melibatkan pelajar yang terdiri

daripada pelbagai latar belakang seperti pekerjaan ibu bapa, darjah

ketersampaian ke sekolah dan lokasi yang berbeza sama ada bandar dan luar

bandar. Hal ini kerana, bilangan sampel yang besar dan pelbagai ciri latar

belakang dapat membuat perbandingan yang lebih tepat.

ii. Kajian lanjutan berkenaan haruslah mengkaji tahap motivasi, sikap dan

pencapaian juga perlu dijalankan dalam jangka masa yang agak panjang bagi
109

melihat sama ada terdapat perubahan pada tahap motivasi, sikap dan

pencapaian seseorang apabila dikaitkan dengan jangka masa.

iii. Kajian lanjutan yang melibatkan pengukuran perbezaan tahap motivasi, sikap

dan pencapaian subjek Geografi setelah diterapkan penggunaan BBM

multimedia kalangan pelajar tingkatan tiga mengikut jantina.

iv. Menganalisis hubungan antara sikap dan minat pelajar terhadap pencapaian

mata pelajaran Geografi.

Secara keseluruhannya, cadangan-cadangan yang dikemukakan di atas

merupakan rentetan penambahbaikan kepada kajian yang telah dijalankan ini. Maka,

diharapkan cadangan-cadangan ini akan dapat memberi manfaat dan panduan kepada

pengkaji yang akan datang untuk menghasilkan kajian yang lebih baik berkaitan

dengan tahap motivasi, sikap dan pencapaian subjek Geografi dengan berbantukan

BBM elemen multimedia.

5.5 Kesimpulan
110

Secara keseluruhannya, bab terakhir ini telah membincangkan hasil dapatan kajian

yang telah dianalisis dalam bab 4 dan juga membincangkan cadangan-cadangan

pengkaji akan datang. Melalui hasil kajian didapati telah berjaya menjawab objektif

kajian. Dapatan menunjukkan bahawa tahap motivasi, sikap dan pencapaian pelajar

setelah diterapkan dengan penggunaan elemen multimedia dalam PdPc Geografi

menunjukkan tahap purata min yang tinggi. Hal ini demikian, tahap motivasi dan

sikap yang tinggi dan positif terhadap subjek Geografi dengan penggunaan bahan

bantu mengajar berasaskan multimedia dalam pembelajaran subjek Geografi akan

meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek Geografi. Sehubungan dengan itu,

pelbagai pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing dalam

meningkatkan pengajaran dan pembelajaran subjek Geografi dengan lebih menarik

dan pelbagai supaya dapat membantu pelajar mempelajari subjek Geografi dengan

lebih berkesan.
111

RUJUKAN

Abd Rashid, A. R. (2001). Nilai-nilai Murni dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:


Cergas (M) Sdn. Bhd.
Abdul Hamid, A., Mohmadisa, H., Mohd Faris, D., & Muhamad Suhaily Yusri, C.N.
(2006). Isu-isu pendidikan Geografi di Malaysia. Tanjong Malim: Penerbit
UPSI.
Abdul Talib, N.S., Awang, M.M., Abdul Ghani, K., & Yusuff, N.A.
(2019).Penggunaan multimedia dalam mata pelajaran sejarah. INSANIAH:
Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 2(2), 1-13.
Adzhar
Adams, K. A., & Lawrence, E. K. (2015). Research methods, statistics, and
applications. London: SAGE.

Ahmad Mahdzan, A. (2007). Kaedah penyelidikan sosioekonomi. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa Pustaka.
Aina, M. (2013). Efektifitas Pemanfaatan Multimedia Interaktif Pembelajaran Ipa-
Biologi Dalam Meningkatkan Motivasi Belajar Siswa Pria Dan Wanita Smp
19 Kota Jambi. Dalam prosiding Semirata FMIPA Universitas Lampung,
125-130.
Aiken, L. R. (2000). Psychological testing and assessment. Ed. Ke-10. Boston: Allyn
& Bacon.
Andi, S., & Yamaidi, Y., & Irma, L. N. (2015). Perbandingan hasil belajar siswa yang
menggunakan multimedia pembelajaran interaktif dan media prentasi. Journal
of Progressive Education, 3(1), 1-12.
Azizi Yahaya, Sharin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan.
(2007). Penyelidikan menguasai dalam pendidikan: Teori analisis dan
interpretasi data. Pahang: PTS Profesional Publishing.
Babbie, E. (2016). The practice of social research (Fourteenth). USA: Cengage
Learning.
Baglama, B., Yucesoy, Y., & Yikmis, A. (2018). Using animation as means of
enhancing learning of induviduals with special needs. Journal of Association
for Information Communication Technology, Education and Science, 7(3),
670-677.
Baharin Mesir, etl (2006) Gaya hidup pelajar cemerlang dalam persekitaran kampus.
In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August
2006, Kuala Lumpur, Malaysia.
112

Basri, A.A & Lakulu, M.M. (2018). Kesan Penggunaan Teknik Inkuiri Penemuan
Berbanding Tutorial dalam Pembinaan Koswer terhadap Pencapaian Pelajar.
Journal of ICT in Education (JICTIE), 5, 40-47

Clark, R. C., & Lyson, C. (2011). Graphics for learning: Proven guidelines for
planning, designing, and evaluating visuals in training materials. San
Francisco: CA: Pfeiffer.
Cennamo, S. K., Ross, D. J., & Ertmer, A. P. (2014). Technology integration for
meaningful classroom use: a standards-based approach (2 nd ed). United
Kingdom: WADSWORTH CENGAGE Learning.
Chattel, A., & Falk, G. C. (2017). Smarttgeo-mobile learning in geography education.
European Journal of Geography, 8(2), 153-165.
Chua, Y.P. (2012). Asas statistik penyelidikan (Buku 2). Kuala Lumpur:
Mcgraw Hill Education.
Cifci, T. (2016). Effects of infographic on student’s achievement and attitude towards
Geography lessons. Journal of Eeducation and Learning, 5(1), 154-166.
Cordova, M. L. G., Zarmeno, M. G. G., & Mejia, I. A. G. (2015). Perspective on
influencing aspects for student’s acceptance of multimedia materials in
training programs. Open Praxis, 7(1), 57-69.
Creswell, J. W. (2008). Educational research: Planning, conducting, and
evaluating quantitative and qualitative research. Englewood Cliffs,
NJ: Pearson.
Cubrilo, D. R., Crevenkolic, Z. L., Obadovic, D., & Segedinac, M. (2014). The
application of multimedia and its effects on teaching physics in secondary
school. Zbornik Instituta Za Pedagoska Istrazivanja, 46((22), 339-363.
Deakin, W. (2014). Using audio and video for educational purposes (pp. 1-45).
Australia: Deakin University.
Dewan Bahasa Dan Pustaka. (2010). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Eunjoon, R., Plass, J., Hayward, E., & Homer, B. (2012). Emotional design in
multimedia learning. Educational Psychology, 104(2), 485-498.
Faizah, J. (2017). Bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P) Di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah
Pontian. Dsertasi Master. Johor: Universiti Tuin Hussein Onn.
Fathia, L., Ajlan, S. A., & Mohamad, A. (2016). Proposed framework between
internal, external and pedagogy dimensions in adoption of interactive
multimedia e-learning. Turkish Online Journal of Distance Education, 17(4),
158-174.
113

Fadzliation, Z. (2015). Pembestarian sekolah. Diperolehi daripada


https://pdfslide.net/download/link/pembestarian-sekolah-
btpmoegovmybtpmoegovmymediabestpembestarian-sekolahpdf
Fraile, J. P., Sanchez, R. E., & Leatherman, S. B. (2019). Improving the learning
processes of physical Geography through the use of landscape photograph in
class. Journal of Geography In Higher Education, 43(1), 24-39.
Gillian, K. (2018). School geography: What interest students, what interest teacher?
International Research in geographical and Environmental Education, 27(4),
311-325
Guzman, M., Olaguer, D. L., & Novera, G. (2017). Difficulties faced in teaching
Geography lessons at public secondary schools division of Zambales,
Philipines. IOSR Journal of Humanities And Social Science, 22(9), 64-70.
Graybill, J. K. (2016). Teaching energy Geographies via videography. Journal of
Geography in Higher Education, 40(1), 55-66.
Hafizah Binti Abdul Razak. (2015). Hubungan Antara Big Five Terhadap
Pencapaian Akademik Pelajar, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Hamirdin, I. (2012). Memacu kemahiran berfikir dan penguasaan material dalam mata
pelajaran Geografi di sekolah-sekolah di Malaysia. Perspektif Journal, 4(1),
59-81.
Harackiewicz, J. M., Smith, J. L., & Priniski, S. J. (2016). Interest matters: The
importance of promoting interest in education. Policy Insights Behav Brain
Sci., 3(2), 220-227.
Harichandan, S., Asam, S., & Sujana S. (2019). Methods of teaching geography.
Jurnal of Geography, 1(2), 70-76.
Hooker, C. M., & Zuniga, H. G. (2017). Survey methods online. In C. S. Davis & R.
F. Potter (Eds.), The International Encyclopedia of Communication Research
Methods (pp. 1-6). Austria: John Wiley & Sons, Inc.
Ilhan, G., & Oruc, S. (2016). Effect of the use of multimedia on student’s
performance: A case study of social studies class. Academic Journal, 11(8),
877-882.
Ismail, N.A.F. (2010). Pengenalan dan Definasi Multimedia. Fakulti Sains Komputer
dan Teknologi Maklumat, Universiti Teknologi Malaysia.
Jansen, K. J., Corley, K. G., & Jansen, J. B. (2007). E-survey methodology. In
Handbook of Research on Electronic Surveys and Measurements (pp. 1-8).
IGI Global.
Jena, A. K., Bhattacharjee, S., & Langthasa, P. (2015). Effect of multimedia on
knowledge, understanding, skills, practice and confidence in environmental
114

sustainability: A non-equivalent pre-test-post-test, quasi experimental design.


Journal of Education Technology, 12(3), 37-47.
Jones, C., & Last, D. M. (2014). Networked learning. In C. Haythornthwaite, R.
Andrews, J. Fransman, & M. E. Meyers (Eds.), The SAGE handbook of e-
learning research (Second edi, pp. 43-60). Washington DC: SAGE.
Khairuddin, N.S. & Mailok, R. (2020). Pembelajaran Berasaskan Permainan Dalam
Mata Pelajaran Sejarah Menggunakan Teknik Mnemonik. Journal of ICT in
Education (JICTIE), 7(1), 9-15
Kamaruddin Husin, Abdullah Yusof, Abdul Kadir Ariffin & Mohd Rashid. (2014).
Pedagogi asas pendidikan. Tanjong Malim: Emeritus Publications
Kamus Dewan. (2007). Konsep pelajar. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Dewan (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Kaya, M. T., & Yazici, H. (2018). Self-efficacy of the teachers to teach Geography
more effectively: A phenomenological research. Review of International
Geographical Education Online, 8(2), 371-393.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2015-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian pendidikan Malaysia. (2016). Buku Penerangan: Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Khairuddin, N.S. & Mailok, R. (2020). Pembelajaran Berasaskan Permainan Dalam
Mata Pelajaran Sejarah Menggunakan Teknik Mnemonik. Journal of ICT in
Education (JICTIE), 7(1), 9-15
Kocalar, A., & Demikaya, H. (2017). Geography teacher’s views on effective
Geography teaching. Review of International Geographical Education Online,
7(3) 332-346
Kumaran, S. (2015). Hubungan sikap afektif, kognitif, dan tingkahlaku terhadap
penguasaan dan penggunaan TMK dalam kalangan orang asli. Disertasi
Master. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Kurt, A. A. (2011). Personalization principle in multimedia learning: conversational
versus formal style in writen word. Turkish Online Journal of Educational
Technology, 10(3), 185-192.
Laporan Profil JPS Daerah Maran (2012). Proses dan Prosedur Kerja Bagi Sektor
Awam.Daripada:http://apps.water.gov.my/jpskomuniti/dokumen/LPD_Maran
%20250612.pdf
Landell, K. (1997). Management by menu: London & Sons Inc.

Ma’rof Redzuan & Haslinda Abdullah. (2002). Psikologi, Malaysia: McGraw-Hill


(Malaysia) Sdn. Bhd.
115

Mastura, O. (2014). Kesan penggunaan Google Earth dalam pembelajaran peta mata
pelajaran Geografi. Disertasi Master. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Maude, A. (2010). What does Geography contribute to the education of young
Australians? Geographical Education, 23(1), 14-21.
Mc Carroll, D. (2017). Simple statistical test for Geography. Boca Rato: CRC Press.
Mohd Elmagzoub, A. B. (2015). For effective use of multimedia in education, teacher
must develop their own educational multimedia applications. The Turkish
Online Journal of Educational Technology, 14(4), 62-68.
Mohd Majid, K. (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Mohd Nor, H. H. J. (2017). Kesan koswer multimedia interaktif berasaskan teori
pembelajaran Gagne dalam pembelajaran pengaturcaraan C++. Disertasi
Ph.D. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Muhd Razuan, A. B. (2017). Kesan strategi persembahan multimedia dalam
screencast terhadap kemahiran praktikal pelajar berbeza gaya pembelajaran
dan gaya kognitif. Disertasi Ph. D. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Munazza Fatima. (2016), Perceptions of geography as a discipline among students of
different academic levels in Pakistan. RIGEO, 6(1), 67-85.
Munusamy, T. & Mohamad Yatim, M.H. (2017). Keberkesanan Penggunaan Kaedah
Frog VLE Terhadap Pencapaian Matematik Sekolah Rendah. Journal of ICT
in Education (JICTIE), 4, 66-73.
Necdet, I. (2018). The impact of using multimedia technologies on students academic
achievement in Bakirkoy Final College, International Journal of Humanities
Social Science and Education (IJHSSE), 5(1), 40-47
Noraini Omar (2008). Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam
mata pelajaran pendidikan Islam tingkatan lima. Jurnal Pendidikan IPTAR.
Diperoleh daripada https://www.scribd.com/doc/93559818/Article-3-54-74-
21pages-Noraini-Omar-JPIM
Noraini, I. (2013). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill.
Noralia, R. (2015). Keberkesanan pengajaran menggunakan kaedah pembelajaran
koperatif jigsaw terhadap pencapaian pelajar bagi subjek Geografi. Disertasi
Ijazah Sarjana Muda. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Norehan, A. (2015). Pembangunan dan penilaian keberkesanan perisian multimedia
terhadap pencapaian murid bermasalah pendengaran dalam mata pelajaran
pembantu penyedia makanan. Disertasi Ijazah Sarjana Muda. Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
116

Noor Azlina Saad dan Surrendran sankaran. (2000). Pembuatan Keputusuan


Kolaboratif: Sikap Guru dan Galakan Pengetua: Universiti Utara Malaysia
Noraini Omar (2008). Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam
mata pelajaran pendidikan Islam tingkatan lima. Jurnal Pendidikan IPTAR.
Diperoleh daripada https://www.scribd.com/doc/93559818/Article-3-54-74-
21pages-Noraini-Omar-JPIM
Normazidah Mahmmod. (2012). Penggunaan Kaedah Pengajaran Bahasa Arab
Dalam Kalangan Guru Peringkat Sekolah Rendah: Satu Penilaian. Tesis
Doktor Falsafah Universiti Malaya.
Novaliendry, D. (2013). Aplikasi game Geografi berbasis multimedia interaktif (studi
kasus siswa kelas ix SMPN Rao). Jurnal Teknologi dan Pendidikan, 6(2), 106-
118
Nurshuhada, A. R., & Siti Zaiton, M. D. (2012). Perbezaan analisis kepenggunaan
menurut ekonomi konvensional dan ekonomi islam. In Prosiding Persidangan
Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VII (pp. 1461-1470). Kuala Lumpur:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Osamah, A. A., & Ziad Waleed, M. A. (2015). Standards of multimedia graphic
designin education. Journal of Education and Practice, 17(6), 102-110.
Othman, L. (2015). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metode.
Tanjong Malim: Penerbit Upsi.
Pingel, T. J. (2018). Using web maps to analyse the construction of global scale
cognitive maps. Journal of Geography, 117(4), 153-164.
Putra, C.A. (2018). Pemanfaatan Teknologi Multimedia untuk Media Instruksional.
Journal of ICT in Education (JICTIE), 5, 1-8
Rahi, S. (2017). Research design and methods: a systematic review of research
paradigms, sampling issues and instruments development. International
Journal of Economics & Management Sciences, 6(2), 2-5.
Rashidi, M, N., Begun, R, A., Mokhtar, M., & Pereir, J. J. (2014). Pelaksanaan
analisis kandungan sebagai metodologi kajian bagi mengenalpasti kriteria
pembinaan lestari. Journal of Advanced Research Design, 1(1), 18-27.
Rahman, S., M. Yasin, R., Salamuddin, N., & Surat, S. (2014). The Use of
Metacognitive Strategies to Develop Research Skills among Postgraduate
Students. Asian Social Science, 10(19), 271-274
Raja, T. (2018). Online tools for data collection. In Education 5.0: Perspective and
Preview (pp. 129-139). Tamil Nadu: St, Xavier’s College of Education.
Rian, V., & Osman, K. (2013). Keberkesanan penggunaan pelbagai media pengajaran
dalam meningkatkan kemahiran proses sains dalam kalangan pelajar, 3(7), 1-
11.
117

Sabitha, M. (2006). Penyelidikan Sains Sosial, Pendekatan Pragmatik. Batu


Caves: Edusystem.
Sack, C. M. L. O. (2018). Curriculum development and pedagofy for teaching web
mapping. Ph.D. Dissertation. Madison: The University of Wisconsin,
Said. C.S., Umar., I.N., Muniandy., B. & Desa, S. (2015). Aplikasi Teknologi
Multimedia dalam Pembelajaran Sains Biologi: Kesan Terhadap Pelajar
Berbeza Tahap Keupayaan Spatial. Journal of ICT in Education (JICTIE), 2,
15-25
Sekaran, U. (2003). Research Methods for Business: A Skill-Building Approach. (4th
ed.). New York: John Wiley & Sons.
Shouye, D. (2017). Application of multimedia technology in the course teaching of
Geography of China. In 7th International Conference on Education,
Management, Computer and Society (EMCS 2017) (Vol. 61, pp. 347-351).
Tonghua, Jilin: Atlantis Press.
Siti Aminah, S., & Fazlinda. A. H. (2018). Penggunaan alat bantu mengajar
berasaskan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran di Sekolah
Menengah Zon Besut. Univerti Tun Hussein Onn Malaysia.
Siti Zulaidah, Salsidu Mohamed, N. A. A., & Mai, S. A. (2017). Tren pembelajaran
menggunakan multimedia interaktif dalam bidang pendidikan Teknikal: satu
sorotan literature. Sains Humanika, 1(5), 125-141.
Soika, K., Reiska, P., & Mikser, R. (2010). The importance of animation as a visual
method in advertising. International Journal of Informative & Futuristic
Research, 3(10), 1-9.
Solcova, L. (2016). Interative textbook: A new tool in off-line and on-line education.
The Turkish Online Journal of Educational Technology, 15(3), 11-120.
Sukhendu, M. (2018). Role of Multimedia in Education. Edelweiss Applied Science
and Technology, 2(1), 187-200.

Syaza Mohd Sabri, Sharini Che Ishak & Asmawati Suhid. (2014). Kajian minat dan
motivasi murid terhadap pengajaran Pendidikan Islam. Kertas kerja
dibentangkan di Seminar Pasca Siswazah Dalam Pendidikan.
Diperoleh daripada: https://www.slideshare.net/syazamohdsabri/greduc2014-
69-syaza-mohd-sabri

Wilson, D., Calongne, C., & Henderson, B. (2015). Gamification Challenges and a
Case Study in Online Learning. Internet Learning, 4(2).
Yahaya, A., Ramli, J. & Boon, Y. (2007). Sumbangan Sikap Terhadap Pencapaian
Pelajar Dalam Mata Pelajaran Bahasa Inggeris: Sejauh Manakah Hubungan
Ini Relevan?. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.
118

Yaacob, N. R. N. (2007). Penguasaan jawi dan hubungannya dengan minat


dan pencapaian pelajar dalam pendidikan Islam. Malaysian Journal of
Educators and Education, 22, 161-172.
Zaibon, S. B. (2015). User testing on game usability, mobility, playability, and
learning content of mobile game-based learning. Jurnal Teknologi, 77(29),
131-139.
Zamri, M., & Nur Aisyah, M. N. (2011). Persepsi guru tentang penggunaan aplikasi
multimedia dalam pengajaran komponen sastera bahasa melayu. Journal of
Langguage Studies, 11(3), 163-177.

Anda mungkin juga menyukai