Anda di halaman 1dari 8

ELEMEN PDPC

SET INDUKSI –TARIK PERHATIAN INGIN TAHU, PENGALAMAN MURID, JANGKA MASA, OBJEKTIF,
PENGETAHUAN SEDIA ADA

PENGEMBANGAN- 4K 1N

AKTIVITI- GALLERY WALK HOTSEAT ROUNDTABLE 3 STRAY 1 STAY PETAITHINK

PENGUKUHAN PENGAYAAN-PENERHATIAN, LISAN, KUIZ, SOALJAWAB, PENILAIAN KENDIRI

-FORMAL-SUMATIF –UJIAN, LAPORAN PEMBENTANGAN MURID, FOLIO, HASIL KERJA MURUD

KESIMPULAN PENUTUP- MAKLUM BALAS, RUMUS ISI PDP, PENAMBAHBAIKAN, PUJI MOTIVATED MURID

ISU BUANG PARENT

Ejen Moral dan Penerimaan Moral

Untuk memahami perkaitan antara ketiga-tiga dimensi ini dengan lebih abstrak,adalah wajar bagi kita
menjelaskan kedudukan ejen moral dan penerimaan moral.Persoalan kita ialah, “Siapakah yang layak
menjadi ejen moral, dan siapa pula pesakitmoral?” Soalan pertama mengenal pasti orang yang boleh
melakukan tindakan moral,manakala soalan kedua mengenal pasti penerima (recipient) bagi tindakan
moral.Menurut Ashmore (1987), semua manusia dan hanya manusia yang boleh menjadi ejenmoral dan
pesakit (penerima) moral. Apa yang berbeza ialah manusia mempunyaipenaakulan rasional dan bebas
perasaan dan emosi yang boleh mempengaruhi perlakuanmanusia sendiri; manakala penaakulan dan
perasaan moral adalah dua dimensi yang amatkurang dalam haiwan seperti kucing

Secara ringkas, penaakulan, perlakuan, dan perasaan seseorang individu akanmembenarkan individu
sentiasa berada dalam keadaan yang berjaga-jaga supaya sesuatuyang dilakukannya adalah mengikut
kehendak normatif di mana dia berada. Sebagaicontoh, apabila seseorang individu melakukan sesuatu
yang salah atau tidak bermoral, diaakan berasa takut, menyesal, atau rasa bersalah. Jika dia mempunyai
pemikiran ini, diatidak akan melakukan lagi tindakan yang antinorma dan antisosial ini. Oleh itu,
emosimoral dalam dimensi etika ini adalah sangat penting bagi menentukan apa yang mingkindilakukan
atau tidak dilakukan oleh seseorang individu. Sebenarnya ketiga-tiga dimensietika ini adalah sama
penting dari segi moral

KENAPA PILIH PENDIDIKAN MORAL?

 garis panduan penambahbaikan isu moral pelajar akan menjadikan pelajar sebagai individu berintegriti,
memiliki nilai murni dan berakhlak mulia.

"Antara langkah menyelesaikan isu moral adalah mengadakan perbincangan dengan ibu bapa pelajar
dan merujuk pelajar bermasalah kepada guru kaunseling.

Nilai-nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang supaya segala tindakan
mereka tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam masyarakat. Nilai-nilai
murni ini dapat melahirkan insan yang unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional negara. Sejajar
dengan itu, subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam telah diajar di sekolah-sekolah untuk
membentuk generasi muda yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka.
Selain itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk memastikan wujudnya nilai-nilai
murni dalam diri anak-anak mereka.

          Nilai-nilai murni penting dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia.
Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama kita. Amalan
nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. 

NILAI MORAL DAN CARA TERAPKAN NILAI DALAM DIRI

GURU PENDIDIKAN MORAL

PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL

 2.1.1 Penyampai Ilmu Pendidikan Moral 

         Peranan utama guru-guru Pendidikan Moral dalam memastikan perkembangan moral para pelajar
adalah dengan membantu mereka membentuk satu pandangan moral yang menyeluruh dan relevan
bagi kedua-dua institusi, iaitu rumah dan juga sekolah. 

        Dalam kemahiran belajar, terdapat beberapa kemahiran kecil seperti mengesan balik maklumat,
menginterpretasi bahan, membuat catatan, membuat rujukan, menguruskan masa dengan baik dan
menggunakan pusat sumber.  
       Seseorang guru terpaksa memainkan pelbagai peranan di sekolah. Dia adalah pengajar, ahli
metodologi, kerani, penyebar nilai masyarakat, penasihat kelab, pengadil, penilai, pendisiplin dan
kaunselor. Ketika memainkan peranan sebagai pendisiplin, guru hendaklah bersifat tegas manakala
ketika berfungsi sebagai kaunselor, dia hendaklah bersifat mudah dihampiri.  

CIRI–CIRI PERIBADI GURU PENDIDIKAN MORAL 

Insan Bermoral

 1. Budi pekerti, tingkah laku mulia, serta berbudi bahasa.

 2. Tidak angkuh, tidak menunjuk-nunjuk serta tidak sombong dalam pergaulan dengan orang lain. 

3. Suka bergaul mesra, tidak mengasingkan diri serta sedia mengakui kesilapan dan kelemahan              
sendiri.

 4. Orang bermoral juga mempunyai sifat hormat menghormati 

Ciri-Ciri Insan Bermoral

 (i) Menghormati autoriti (seperti ibu bapa dan guru, pemimpin Negara atau agama) yang                          
menunjukkan contoh dan teladan serta amalan yang diterima sebagai bermoral. 

(ii) Melakukan sesuatu secara bebas tanpa sebarang tekanan. 

(iii) Mempunyai pengetahuan dan pemahaman tentang perasaan orang lain di dalam satu-satu situasi. 
(iv) Mempunyai emosi atau motivasi moral untuk melakukan sesuatu yang benar selepas keputusan        
moral diambil.  

(v) Mempunyai iltizam untuk melakukan sesuatu yang patut dilakukan secara konsisten berdasarkan        
prinsip-prinsip dan peraturan moral yang asas

CIRI-CIRI GURU PM CEMERLANG

 Mengamalkan kemahiran professional

Bertindak sebagai pembentukan nilai / Role model

Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda. Menurut Ragbir Kour ( 2007 ) guru
harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang
tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan instrumental. Jadi, guru
seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik dan murni supaya
dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Sebagai ibu bapa kedua kepada murid-
murid, segala nilai dan tingkah laku guru menjadicontoh teladan kepada para pelajar. Nilai-nilai murni
yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar.
Menurut Ee Ah Meng ( 2003 ) guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada para pelajarnya.
Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif
memalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah.

Mengamalkan pengajaran efektif


Kemahiran dalam penggunaan ICT

Berpengetahuan, Berdaya Fikir dan Berakhlak KRITIS KREATIF

Menjadi Guru Berkualiti

Menjadi guru yang berkesan

Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu?. Ia
merangkumi sebagaimana yang berikut :

1.      Bersikap professional

2.      Mempamirkan ciri-ciri kekuatan teori.

3.      Kaya ilmu pengetahuan

4.      Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja

5.      Berakhlak terpuji dan mempunyai moral yang teguh.

6.      Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.

7.      Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.

8.      Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid

9.      Melengkapkan diri dngan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa

10.  Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada
setiap masa.

11.  Mempastikan situasi ‘guru mengajar murid belajar’wujud di dalam kelas.

12.  Berupaya melahirkan ‘persekolahan bewatak’ supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu,


berpersonaliti sihat dan serba boleh.

13.  Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik.

14.  Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri ( bermoral, berakhlak
mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu )

15.  Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.

16.  Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.

17.  Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

TUGAS-TUGAS GURU CEMERLANG

1.      Menghasilkan inovasi, projek, kajian tindakan dan penulisan


2.      Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.

3.      Menjadi pakar rujuk subjek dan pentadbir sekolah

4.      Membantu guru dan jabatan

-          Membantu guru-guru yang bermasalah dalam P&P bagi bidang yang berkaitan

-          Membantu sekolah dan unit lain dalam pendidikan

5.      Penggerak pendidikan negara

-          Berasaskan Falsafah Pendidikan Negara

AKTIVITI PDPR

AKTIVITI PAK21

1. THINK PAIR SHARE

 APA

Murid berfikir sendiri dalam jangka masa tertentu dan berkongsi dengan pasangan.

TUJUAN

 Menyelesai masalah

 Menjana idea

 Kerjasama

 Semangat kerja sepasukan

2. ROUND TABLE

APA

Murid mencatat satu idea secara bergilir berdasarkan tajuk yang diberi.

TUJUAN

 menjana idea

 Memberi pandangan dan cadangan

 Perkongsian maklumat

 Menyemak kerja rakan

 Menggalak pemikiran kreatif

3. GALERY WALK
APA

Murid menampal hasil kerja di dinding untuk dipamer atau diberi ulasan oleh rakan lain.
Ulasan/pandangan ditulis di atas “sticky note”.

TUJUAN

 Perbincangan

 Menggalak pemikiran kritis dan

kreatif

 Menyuara & menghargai pandangan

 Semangat kerja sepasukan

4. HOT SEAT

 APA

Seorang murid duduk di kerusi yang disediakan dan menjadi “pakar” atau “watak” serta menjawab
segala soalan yang dilontarkan oleh murid lain

TUJUAN

 Menjana idea

 Menyenarai kosa kata

 Menyemak kerja rakan

 Pembelajaran koperatif

5. STAY-TRAY

APA

KaedaH pembentangan dalam kumpulan kecil. Seorang ahli kumpulan ditugas memberi penerangan,
manakala, ahli lain bergerak untuk melihat atau menyoal hasil kumpulan

TUJUAN

 Kemahiran komunikasi – pembentangan dan

menggalak pemikiran kritis dan kreatif

 Menyuara & menghargai pandangan

 Menggalakkan kerja berpasukan

PENGURUSAN BILIK DARJAH PAK21

Bilik darjah
Aktiviti dalam bilik darjah melibatkan murid, guru, tugasan, ruang, masa, dan bahan pembelajaran.

 Pengurusan Bilik Darjah

Cara yang digunakan untuk mengurus aktiviti pengajaran, susunan fizikal, dan keadaan psikososial di


dalam bilik darjah, bagi memastikan penggunaan masa yang efisien dan juga mewujudkan suasana
pembelajaran yang mesra, sekali gus mengurangkan masalah tingkah laku (Alberto & Troutman, 1986).

Tujuan dimensi penyampaian ilmu = mencapai objektif pengajaran (jangka pendek) dan pencapaian
akademik (jangka panjang) (Contoh: teknik penyoalan, penilaian, perancangan dan lain-lain).

Tujuan pengurusan bilik darjah = membentuk dan memelihara tingkah laku murid yang menyumbang
kepada dimensi penyampaian ilmu (Contoh: memberi ganjaran, memupuk hubungan)

Pengurusan Pembelajaran Dalam Bilik Darjah 

Pengajaran dan pengurusan adalah penting dan saling berkait. Aspek ini melibatkan perancangan guru
dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dapat mencapai matlamat dan
objektif yang ditetapkan. Peningkatan profesionalisme guru di dalam bilik darjah dilihat dalam aspek
kebolehan mencorak kualiti pengajaran dan kebolehan menyusun organisasi pembelajaran. Bagi
mencapai kecekapan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran, guru perlu bijak menggunakan
teknologi dalam PAK21 serta teliti dalam melakukan perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian
dan refleksi.

Kesimpulannya, penguasaan guru dari aspek pengurusan bilik darjah ini amat penting kerana
ia mempengaruhi diri pelajar,guru dan suasana pembelajaran. Oleh itu, guru perlu menguasai tiga faktor
yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah, iaitu Ilmu, Strategi dan Kemahiran. Tiga faktor tersebut
harus dikuasai oleh guru bagi memastikan suasana bilik darjah berada dalam keadaan terkawal.
Pengurusan bilik darjah juga berkaitan dengan aspek fizikal, mental dan murid dimana ia mempengaruhi
keinginan mereka untuk sama ada belajar di dalam kelas atau tidak.

CARA TERAPKAN NILAI PDPR

Guru boleh memilih pentaksiran alternatif yang dapat disesuaikan berdasarkan kaedah PdPR. Antara
pentaksiran alternatif untuk pembelajaran boleh dilaksanakan secara dalam talian ialah kuiz dalam
talian, e-permainan (gamification) dan aktiviti soal jawab semasa kelas dalam talian.

Kuiz dalam talian menggunakan konsep sama seperti kuiz konvensional semasa pembelajaran
bersemuka. Bezanya pelaksanaan kuiz menggunakan media dalam talian. Bentuk kuiz boleh dijalankan
secara ujian subjektif atau ujian objektif.

Ujian subjektif ialah ujian untuk pelajar dapat menunjukkan jalan kerja dalam soalan berbentuk
penyelesaian masalah.

Nilai Keperibadian Mulia Guru


Dalam membincangkan isu keperibadian mulia guru ini ianya dilihat sebagai perkara yang amat penting
dalam membentuk sahsiah pelajar. Aspek penampilan guru amat dititikberatkan. Penampilan guru yang
kemas dan bersih menggambarkan mereka menitikberatkan kebersihan dan keselesaan.

Selain iu, Guru Pendidikan Moral wajar mempamerkan perwatakan yang baik di dalam bilik darjah. Guru
yang menjadi teladan dan panduan untuk para pelajar membentuk sahsiah diri berdasarkan landasan
yang betul. Peranan dan tanggungjawab guru bukan sahaja memberi maklumat-maklumat dan
memperkayakan minda pelajar dengan pelbagai ilmu pengetahuan tetapi meliputi segenap aspek
didikan. 

Tugas Guru Pendidikan Moral dalam membentuk perwatakan pelajar di dalam bilik darjah melalui
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilihat sebagai langkah bagi membentuk sahsiah pelajar. Melalui
mata pelajaran Pendidikan Moral, terdapat banyak nilai murni yang boleh diserapkan kepada pelajar
iaitu kasih sayang, kerjasama, hormat menghormati, patuh, rajin, bermaruah, bersih, beradab sopan dan
sebagainya. Melalui cara ini Guru Pendidikan Moral dapat mengasah dan menyemai sahsiah pelajar
secara tidak langsung melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Di samping itu,
penerapan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran menunjukkan sikap profesional
guru terhadap budaya kerja yang bermutu tinggi. Tambahan Yahya Don (2005) guru yang berupaya
melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan amanah serta betul seperti peraturan yang
ditetapkan menggambarkan perwatakan guru yang berdedikasi dan wajar diteladani oleh semua pelajar.

Usaha Guru Pendidikan Moral menerapkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar amat dialu-
alukan. Melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1994 yang bertajuk ‘Usaha Menanam Semangat
Patriotisme Di Kalangan Pelajar’ menyatakan setiap pentadbir sekolah iaitu pengetua dan guru besar,
guru-guru serta pelajar hendaklah bersama-sama mengambil tindakan serius berkenaan dengan soal
taat setia dan cinta kepada negara tanpa berbelah bahagi. Adalah menjadi tanggungjawab Guru
Pendidikan Moral menerapkan semangat patriotisme ini agar hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) ingin melahirkan insan seimbang daripada aspek fizikal, rohani, mental, emosi dan intelek dapat
dicapai. 

Anda mungkin juga menyukai