Anda di halaman 1dari 3

Pada tahun 1996 Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal Konsep Sekolah Bestari

bertujuan menyediakan pendidikan yang lebih berkualiti untuk meningkatkan pencapaian


Falsafah Pendidikan Negara ke tahap maximum menggunakan teknologi dalam bidang
pedagogi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran (Rohana, Mohd Tahir, & Mariani,
2005). Projek Sekolah Bestari diwujudkan sebagai satu daripada Aplikasi Perdana Koridor
Raya Multimedia untuk melengkapkan generasi muda dengan kemahiran teknologi maklumat
dengan sokongan sistem inovatif sehingga mereka dapat bersaing dalam dunia tanpa
sempadan, dan berfungsi untuk mewujudkan ekonomi berasaskan pengetahuan (Fadzliation,
2015).

Pendidikan dalam negara kini juga telah memperkenalkan pelbagai bahan bantu
mengajar (BBM) sebagai media yang digunakan ketika pengajaran dan pembelajaran berlaku
seperti transperensi, projektor tayang lutsinar, poster, gambar, video dan juga penggunaan
komputer. Selain itu, penggunaan teknologi berasaskan multimedia bukan sahaja dapat
meningkatkan kreativiti dalam kalangan pelajar tetapi juga menjadikan PdPc lebih menarik
dan berintegrasi dengan relevannya topik yang akan diajar untuk meningkatkan pemahaman
pelajar mengenai isi kandungan mata pelajaran yang diajar (Kementerian Pelajaran Malaysia,
2016).

Melalui pengajaran dan pembelajaran multimedia akan membolehkan pelajar


memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran dan pembelajaran (PdPc) serta alat
bantu mengajar yang disediakan oleh guru. Rangkaian infrastruktur digital juga akan
mempengaruhi pemahaman pelajar tentang masyarakat, pengetahuan, pengajaran,
pembelajaran (Jones & Last, 2014). Hal ini kerana, teknologi lain dalam sejarah manusia
telah mempengaruhi praktik Geografi dengan cara yang mendalam seperti komputer.
Perkembangan teknologi ini secara drastik mengubah Geografi kepada dua bahagian sebagai
disiplin akademik dan Geografi Dunia (Kaya, 2018). Bahagian penting dalam pembelajaran
Geografi di sekolah bukan untuk membingungkan pelajar dengan terlalu banyak maklumat,
tetapi untuk mengajar mereka bagaimana menggunakan maklumat tersebut untuk
menerapkannya dalam kehidupan (Kocalar & Demikaya, 2017).
Di samping itu, BBM multimedia juga akan memfokuskan sistem pendididkan abad
ke-21 model iaitu berpusatkan yang dapat membekalkan pelajar dengan semua pengetahuan
dan kemahiran yang perlu untuk membolehkan mereka bersaing dalam scenario pekerjaan
masa kini. Multimedia dalam kurikulum juga dalah usaha menyelaraskan matlamat
pembelajarann pelajar agar dapat bersaing di peringkat global dan swasta (Mohd Elmagzoub,
2015). Oleh itu, untuk terus bersaing mereka perlu mengaplikasikan strategi penyelesaian
masalah dengan menggunakan BBM multimedia yang melibatkan penggabungan pelbagai
media, perisian dan strategi yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi
untuk masa depan (Kumaran, 2015).

Multimedia difahami sebagai satu set alat pengajaran dan pembelajaran yang berkembang,
dalam bentuk yang paling canggih. Oleh itu, penggunaan BBM semestinya sudah mulai
diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Geografi. Oleh itu, pengintegrasian
multimedia sebagai BBM dalam pendidikan Geografi akan memudahkan pelajar memahami
dan memahami persekitaran tempatan dan global dan membolehkan mereka menghubungkan
maklumat dengan corak spatial atau reruang, di samping membolehkan pelajar menganalisis
dan memahami hubungan dan lokasi dalam konteks ruang dan tempat (Chatel & Falk, 2017).

1.3 Pernyataan Masalah

Penurunan taraf mata pelajaran Geografi dalam sistem pendidikan Malaysia bukan sahaja
disebabkan mata pelajaran elektif tetapi turut dipengaruhi oleh persepsi dan sikap yang
rendah terhadap mata pelajaran Geografi (Fatima, 2016). Secara tidak langsung bilangan
pelajar yang mengambil subjek Geografi semakin berkurang. Selain itu, Geografi adalah
subjek yang sering didengar rungutan oleh pelajar sekolah yang membicarakan pendidikan
Geografi sebagai subjek yang komprehensif (Cifci, 2016), sangat sukar difahami oleh pelajar
dan memberi kesan terhadap minat mereka dalam mempelajari mata pelajaran Geografi, juga
menjadikan hal ini sebagai salah satu alasan atau sebab kenapa prestasi mereka dalam
Geografi tidak memberangsangkan (Hamirdin, 2012). Tambahan pula, mata pelajaran
Geografi sering menjadi mata pelajaran pilihan terakhir pelajar berbanding mata pelajaran
yang lain. Hal ini demikian, mata pelajaran Geografi ini mengandungi unsur-unsur sains yang
dinamik khususnya dalam Geografi fizikal (Fraile, Sanchez, & Leatherman, 2019). Hal ini,
menyebabkan pelajar mudah berasa bosan sekiranya teknik dan strategi yang digunakan oleh
guru tidak mampu menarik perhatian pelajar (Noralia, 2015).

Anda mungkin juga menyukai