Anda di halaman 1dari 23

IMPLIKASI PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN

MULTIMEDIA TERHADAP MOTIVASI, SIKAP, minat DAN PENCAPAIAN


PELAJAR DALAM PDPC SUBJEK GEOGRAFI TINGKATAN 4: KAJIAN KES DI
SMK PRESINT 11, PUTRAJAYA

1.0 Pengenalan

Sistem pendidikan di seluruh dunia telah mengalami perubahan yang pesat dan sebahagian
besar disebabkan besar disebabkan oleh kemajuan dalam teknologi yang memberi ruang dan
mencipta peluang besar terhadap perubahan dalam pendidikan (Kerski, Demirci & Andrew,
2013). Penggunaan teknologi dalam pendidikan yang semakin meluas di peringkat global
menekan guru dan pelajar untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang
berkaitan dengan ruang lingkup teknologi yang memberi kesan yang besar terhadap
kehidupan masa kini di Malaysia (Siti Aminah & Fazlinda, 2018). Kaedah penggunaan
teknologi juga dapat mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep
melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh di samping dapat membetulkan sebarang
kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas
sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian. Pelbagai deria pelajar dijanakan
secara menyeluruh seperti penggunaan visual yang diikuti oleh audio melibatkan deria lihat
dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini meningkatkan daya ingatan
pelajar. Selain itu juga, teknologi pendidikan dapat memberi kelainan dan kepelbagaian
kepada kaedah mengajar selain membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang
maksimum dengan penggunaan masa yang minimum. Penggunaan kaedah ini juga dapat
memperkayakan pengalaman pelajar seperti penggunaan media bergerak dalam bentuk
perisian multimedia yang boleh memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak
pernah pelajar lihat atau alami akan dapat disaksikan sendiri dan ini menjadikan mereka
seperti mengalami pengalaman sebenar.

Kerski, J. J., & Demirci, A., & Andrew, J. M. (2013). The Global Landscape Of Gis In
Secondary Education. Journal of Geography, 112(6), 232-247.

Siti Aminah, S., & Fazlinda. A. H. (2018). Penggunaan alat bantu mengajar berasaskan
multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Zon Besut. Univerti
Tun Hussein Onn Malaysia.
Multimedia bermaksud segala bahan P&P yang mengabungkan unsur-unsur teks, grafik,
animasi, imej, suara dan video seperti CD-ROM, permainan komputer dan program komputer
bagi membolehkan pengalaman sebenar terhadap tajuk yang diajar atau dipelajari. Tujuan
utama penggunaan multimedia adalah sebagai alat komunikasi yang boleh merangsang
pelbagai deria. Sistem multimedia juga merupakan penggunaan alat teknologi maklumat yang
menggabungkan pendengaran dan penglihatan seterusnya diproses oleh pemikiran untuk
membentuk satu maklumat. Erti kata lain, sistem multimedia menggunakan telinga dan mata
di samping memproses maklumat yang diterima. Oleh itu, penggabungan aplikasi budaya
berfikir dan budaya teknologi khususnya dalam perkembangan bidang multimedia mampu
mewujudkan senario belajar secara lebih menarik dan berkesan. Jamalludin & Zaidatun
(2003), menegaskan bahawa pelbagai kaedah baru diperkenalkan bagi menjadikan pengajaran
guru lebih berkesan dan pembelajaran murid lebih bermakna. Definisi 3 multimedia yang
diberikan oleh Webopedia ialah penggunaan komputer untuk mempersembahkan teks, grafik,
video, animasi dan bunyi dalam cara yang diintegrasikan.

Jamalludin.H & Zaidatun.T (2003). Multimedia Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS
Publications.

Trend pendidikan semasa dan akan datang juga akan berfokuskan kepada aplikasi teknologi
internet dalam carian dan akses maklumat yang pelbagai. Scenario ini akan menjadi petunjuk
untuk menggerakkan Malaysia menuju sebuah negara maju yang membangun mengikut
acuannya sendiri melalui kepakaran teknologi, tenaga kerja yang mampu berfikir secara
kritis, inovatif dan kreatif menjelang tahun 2020 (Siti Fatimah & Halim, 2010).Hal ini selaras
dengan pelan pembangunan pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025, Iaitu Kementerian
Pendidikan Malaysia menfokuskan kepada beberapa keberhasilan, berbanding input, di
samping menggunakan teknologi dan inovasi bagi memenuhi keperluan serta meningkatkan
pengalaman pembelajaran pelajar. Dinyatakan juga daam PPPM 2015-2025 bahawa hasrat
negara adalah untuk menjadi hub pendidikan berkualiti dan pelajar akan berpeluang
mengikuti program yang lebih berkualiti dan berteraskan model pembelajaran berasaskan
pengalaman (experiential leraning) dan pembelajaran berasaskan teknologi (technology-
enabled learning) supaya lebih menarik dan mencabar (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2015).
Siti Fatimah, a., & halim, t. (2010). Persepsi guru terhadap penggunaan bahan bantu
mengajar berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaranj-QAF. Journal of Islamic and
Arabic education, 2(2), 53-64.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


(PPPM) 2015-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lantaran itu, perkembangan pesat alat teknologi maklumat telah mewujudkan Bahan Bantu
Mengajar (Bbm) multimedia yang membuka ruang lebih luas kepada para guru dalam
mengaplikasikan segala teori, kemahiran dan kepakaran sedia ada sekaligus menjanjikan
potensi besar dalam merubah cara seseorang pelajar, cara memperoleh maklumat, cara
menyesuaikan setiap maklumat dan menyediakan peluang kepada para pendidik untuk
mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran, disamping memberi peluang kepada pelajar
untuk mengawal dan menguasai sesi pembelajaran serta membantu meningkatkan
penggunaan teknologi inovasi dan konvensional kea rah sistem pendidikan yang bertaraf
dunia dan pembangunan modal insan pelajar (Mahyudin & Hasnisham, 2011).

Mahyudin, A., & Hasnisham, K. (2011). Penggunaa perisian multimedia dalam pengajaran
guru-guru teknikal. Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia.

Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga seharusnya memperkenalkan


aplikasi perisian khusus untuk menyokong aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah yang
mana perisian ini bukan sahaja ditujukan kepada pelajar sekolah menengah dalam mata
pelajaran matematik dan sains tetapi juga dalam mata pelajaran geografi untuk memberi
kemudahan kepada pelajar memahami setiap isi pelajaran. Hal ini demikian, pembelajaran
menggunakan perisian multimedia ini akan dapat mengintegrasikan teks atau
mempersembahkan maklumat dengan bahan-bahan media yang lain seperti audio, imej,
grafik, animasi, klip video dan sebagainya (Noralia, 2015) bagi memenuhi keperluan,
keinginan dan menimbulkan motivasi dan minat pelajar (Mertler, 2014). Geografi mula
mendapat pengiktirafan pada abad ke-18 sebagai satu disiplin dan diajar untuk pertama kali
di peringkat universiti dan menjadi pendidikan asas (Guzman, Olaguer, & Novera, 2017)
serta elemen penting dalam pendidikan abad ke-21 (Marty, 2017).

Noralia, R. (2015). Keberkesanan pengajaran menggunakan kaedah pembelajaran koperatif


jogsaw terhadap pencapaian pelajar bagi subjek Geografi. Disertasi Ijazah Sarjana Muda.
Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Metler, A. C. (2014). Action research: improving schools and empowering educators. United
State: SAGE.

Marty, M. (2017). Wherein the world is Ronald Mcdonald? Involving families in Geographic
fun. Journal Geography Teacher, 14(4), 164-172.

Guzman, M., Olaguer, D. L., & Novera, G. (2017). Difficulties faced in teaching Geography
lessons at public secondary schools division of Zambales, Philipines. IOSR Journal of
Humanities And Social Science, 22(9), 64-70.

Dalam pendidikan geografi, tidak mungkin untuk mengasingkan induvidu dari peristiwa
semasa, hal ini kerana pendidikan geografi sangat penting dalam membina Hubungan anatar
hidupan dengan bukan hidupan, budaya manusia dan penggunaan sumber alam semula jadi,
serta membantu pelajar memahani pola ruangan atau Hubungan antara tumbuh-tumbuhan dan
memahami pola ruangan atau Hubungan antara tumbuh-tumbuhan dan memahami zon iklim
dunia (Digirmenci & llter, 2017). Pendidikan geografi yang berkesan di sesebuah negara
bermula dari peringkat rendah, menengah dan seterusnya di peringkat yang lebih tinggi akan
menyumbang kepada lahirnya tenaga kerja yang mempunyai kemampuan untuk memenuhi
keperluan tenaga kerja pada masa depan, dengan adanya bantuan daripada guru-guru komited
dalam mendidik pelajar dan memberikan tumpuan sepenuhnya dalam aspek personal, sosial
dan moral untuk menjadi ahli masyarakat yang aktif dan produktif (Saedah & Mohammed,
2012).

Digirmenci, Y., & Iiter, I. (2017). An investigation into Geography teacher’s use of current
events in Geography classes. Universal Journal of Education Research, 5(10), 1806-1817.

Saedah, S., & Mohammed, S. I. (2012). Standard kompetensi guru Malaysia. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.

Tambahan pula, pendidikan Geografi buukanlah satu mata pelajaran yang melibatkan hafalan
atau fakta yang perlu diingat sahaja untuk diserap, kerana geografi bukanlah mata pelajaran
yang pasif, sebaliknya pendidikan geografi yang berkualiti mempunyai tulang belakang yang
kuat seperti pelajar yang mengambil bahagian dalam setiap aktiviti geografi seperti membaca
peta, paparan data, melibatkan persoalan tentang geografi sehingga pelajar yang dapat
menguasai sesuatu kemahiran yang tidak diajarkan dalam bidang yang lain. Lantaran itu,
pencapaian akademik sangat dipengaruhi oleh gaya pengajaran dan pembelajaran yang
disampaikan oleh guru (Andi, Yarmaidi, & Irma, 2015) serta penambahbaikan alat dan bahan
pengajaran juga perlu dibuat untuk membantu menangani masa lah dan cabaran dalam
pengajaran dan pembelajaran Geogrfi (Guzman et al., 2017).

Andi, S., & Yamaidi, Y., & Irma, L. N. (2015). Perbandingan hasil belajar siswa yang
menggunkan multimedia pembelajaran interaktif dan media prentasi. Journal of Progressive
Education, 3(1), 1-12.

Guzman, M., Olaguer, D. L., & Novera, G. (2017). Difficulties faced in teaching Geography
lessons at public secondary schools division of Zambales, Philipines. IOSR Journal of
Humanities And Social Science, 22(9), 64-70.

1.2 Latar Belakang Kajian

Perkembangan aktiviti pengajaran yang mengutamakan penggunaan komputer sebagai media


terpenting di Malaysia adalah bermula dengan penubuhan sekolah-sekolah bestari, sekolah
ini ditubuhkan oleh kementerian pendidikan Malaysia pada tahun 1996 dengan
mengisytiharkan bahawa sekolah bestari secara keseluruhnnya dalam pengajaran dan
pembelajaran (PdPc) yang menggunakan elemen dan sumber information and communication
(ICT) (Rohana, Mohd Tahir, & Mariani, 2005). Koridor raya multimedia (MSC) pada tahun
1997 adalah usaha kerajaan kea rah kecanggihan teknologi maklumat melalui Projek Sekolah
Bestari. Pembestarian Sekolah ialah usaha berterusan Kementerian pendidikan Malaysia
(KPM) untuk melengkapkan generasi muda dengan kemahiran abad ke-21 daalam pengajaran
dan pembelajaran yang berteraskan pengetahuan kandungan, kepakaran dan literasi ICT
dengan sokongan sistem inovatif agar mereka dapat bersaing dalam dunia tanpa sempadan,
dan berfungsi untuk menjana ekonomi berasaskan pengetahuan (Fadzliation, 2015).

Fadzliation, Z. (2015). Pembestarian sekolah. Retrieved from


http://btp.moe.gov.my/media/BEST/PEMBESTARIAN SEKOLAH .pdf

Pengaplikasian ICT bukan sahaja mendorong elajar menjadi kreatif malah menjadikan PdPc
lebih menarik dan diintegrasikan mengikut kesesuaian topik yang hendak diajar bagi
meningkatkan lagi kefahaman pelajar terhadap kandungan mata pelajaran yang diajarkan
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016). Pendidikan dalam negara kini juga telah
memperkenalkan pelbagai bahan bantu mengajar (BBM) sebagai media yang digunakan
ketika pengajaran dan pembelajaran berlaku seperti transperensi, projector tayang lutsinar
(OHP), poster, gambar, video dan juga penggunaan computer amnya. Menjelang abad ke-21
ini, penggunaan komputer dalam pendidikan dilihat semakin meluas dan banyak membantu
guru-guru dan pelaja dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran (PdPc) dalam bilik
darjah di sekolah.

Kementerian pendidikan Malaysia. (2016). Buku Penerangan: Kurikulum Standard Sekolah


Menengah (KSSM). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Nilai tambah bagi seorang guru dalam pendidikan adalah sekiranya mempunyai kemahiran
multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menerusi pengajaran dan
pembelajaran yang berasaskan kepada multimedia sama ada media cetak dan media tayang
akan membolehkan pelajar dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran (PdPc) dan juga bahan bantu mengajar yang disediakan oleh
guru. Rangkaian infrastruktur digital juga akan mempengaruhi pemahaman pelajar tentang
masyarakat, pengetahuan, pengajaran, pembelajaran (Jones & Last, 2014).

Jones, C., & Laat, D. M. (2014). Networked learning. In C. Haythornthwaite, R. Andrews, J.


Fransman, & M. E. Meyers (Eds.), The SAGE handbook of e-learning research (Second edi,
pp. 43-60). Washington DC: SAGE.

Hal ini kerana, teknologi lain dalam sejarah manusia telah memberi kesan kepada amalan
Geografi dengan cara yang mendalam seperti komputer. Perkembangan teknologi ini secara
drastik mengubah kedua Geografi sebagai disiplin akademik dan Geografi dunia (Kaya,
2018). Perkara penting dalam pembelajaran Geografi di sekolah adalah bukan untuk
mengelirukan pelajar melalui maklumat yang terlalu banyak, tetapi untuk mengajar mereka
cara menggunakan maklumat tersebut untuk diaplikasikan dalam kehidupan (Kocalar &
Demikaya, 2017).

Kaya, M. T., & Yazici, H. (2018). Self-efficacy of the social studies teachers in using the
effectively: A phenomenological research. Review Of International Geographical Education
Online, 8(2), 371-393.

Kocalar, A., & Demikaya, H. (2017). Geography teacher’s views on effective Geography
teaching. Review of International Geographical Education Online, 7(3) 332-346

Kehadiran BBM multimedia juga akan memperkuatkan lagi model pembelajaran yang
berpusatkan pelajar dan amalan pendidikan tradisional tidak lagi dapat membekalkan murid
dengan semua pengetahuan dan kemahiran yang perlu untuk membolehkan mereka bersaing
dalam scenario pekerjaan masa kini. Multimedia dalam kurikulum juga dalah usaha
menyelaraskan matlamat pembelajarann pelajar agar dapat bersaing di peringkat global dan
swasta (Mohd Elmagzoub, 2015). Oleh itu, untuk terus bersaing mereka perlu
mengaplikasikan strategi penyelesaian masalah dengan menggunakan BBM multimedia yang
melibatkan penggabungan pelbagai media, perisian dan strategi yang berkaitan dengan
teknologi maklumat dan komunikasi untuk masa depan (Kumaran, 2015). Multimedia
difahami sebagai satu set alat pengajaran dan pembelajaran yang berkembang, dalam bentuk
yang paling canggih.

Mohd Elmagzoub, A. B. (2015). For effective use of multimedia in education, teacher must
develop their own educational multimedia applications. The Turkish Online Journal of
Educatioan Technology, 14(4), 62-68

Kumaran, S. (2015). Hubungan sikap afektif, kognitif, dan tingkahlaku terhadap penguasaan
dan penggunaan TMK dalam kalangan orang asli. Disertasi Master. Tanjong Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Multimedia juga ditakrifkan sebagai gabungan penggunaan pelbagai media yang


menggunakan computer dan perhubungan antara perhubungan antara manusia dan mesin
dengan gabungan unsur-unsur teks, audio, video, imej dan animasi melalui kepantasan
pemprosesan computer. Multimedia kini ditakrifkan sebagai alat bantu mengajar yang sesuai
dalam membantu para pendidik untuk mendalami dan mendasari cabaran dunia pendidikan
era baru (Mohd Zaliman & Manjit Singh Sidhu, 2001).

Mohd Zaliman Mohd Yusoff & Manjit Sidhu. (2001). Teknologi Multimedia: Kaedah
Pembelajaran Pelajar Lemah dalam Pelajaran. Pembentangan Kertas Kerja Konvesyen
Kepelbagaian dalam Teknologi Instruksional: Isu Dan Cabaran Persatuan Teknologi
Pendidikan Malaysiia. 2002. ms. 79-86.

Menurut Syed Ismail & Ahmad Subki (2013), guru yang inovatif dan kreatif akan sentiasa
bersedia mengubah gaya pengajaran dan memantapkan diri dalam usaha mengaplikasikan
pelbagai kemhiran di dalam bilik darjah.

Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2013). Guru dan Cabaran Semasa:
Edisi Kedua. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Oleh sebab itu, penggunaan BBM seharusnya sudah mula diterapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran Geografi. Hal ini demikian, pengintegrasian multimedia sebagai BBM dalam
pendidikan Geografi akan memudahkan pelajar untuk memahami dan mengetahui
persekitaran tempatan dan global serta mampu menghubungkan maklumat dengan corak
spatial, sekaligus membolehkan pelajar menganalisis dan memahami Hubungan dan lokasi
dalam konteks ruang dan tempat (Chatel & Falk, 2017). Hal ini bersesuaian dengan visi dan
matlamat National Educational Technology Plan (NETP) 2010, untuk membina momentum
agar inovasi dan penggunaan teknologi pendidikan akan semakin berkembang (Russell,
Lippincott, & Getman, 2013). National Assessment of Educational Progress (NAEP) (2010),
menjelaskan bahawa pendidikan Geografi banyak mengaplikasikan komputer terutamanya
dalam bidang sistem maklumat Geografi (GIS). Multimedia juga dilihat sangat ideal dan
sesuai untuk digunakan sebagai bahan bantu mengajar (BBM) kerana subjek Geografi ini
berpusatkan pada peta sebagai representasi visual reality dan penggunaan konsep yang
berasaskan visual seperti penyebaran ruang atau landskap.

Chattel, A., & Falk, G. C. (2017). Smarttgeo-mobile learning in geography education.


European Journal of Geography, 8(2), 153-165.

Russell, M., Lippincott, J., & Getman, J. (2013). Connected teaching and personalized
learning: implications of the National Education Technology Plan (NETP) for adult
education. American Instistutes for Research. Washington, DC.

1.3 Pernyataan Masalah

Mata pelajaran Geografi dianggap membosankan, sejak diletakkan sebagai mata pelajaran
elektif, menjadi Geografi sebagai mata pelajaran yang terpinggir (Abdul Jalil, 2006). Sering
terdengar rungutan daripada pelajar sekolah yang menyuarakan tentang pendidikan Geografi
yang dianggap sebagai mata pelajaran yang komprehensif (Cifci, 2016), sangat sukar untuk
difahami oleh pelajar dan memberi kesan terhadap minat mereka dalam mempelajari mata
pelajaran Geografi, juga menjadikan hal ini sebagai salah satu alasan atau sebab kenapa
prestasi mereka dalam Geografi tidak memberangsangkan (Hamirdin, 2012). Mata pelajaran
Geografi sering menjadi mata pelajaran pilihan terakhir pelajar Tingkatan 6 berbanding mata
pelajaran yang lain. Hal ini demikian, mata pelajaran Geografi ini mengandungi unsur-unsur
sains yang dinamik khususnya dalam Geografi fizikal (Fraile, Sanchez, & Leatherman, 2019)
menyebabkan pelajar mudah berasa bosan sekiranya teknik dan strategi yang digunakan oleh
guru tidak mampu menarik perhatian pelajar (Noralia, 2015).

Abdul Jalil, L. (2006). Kajian kebarangkalian kausal terhadap kecenderungan pelajar memilih
Geografi sebagai mata pelajaran elektif Tingkatan 4 dalam KBSM: satu tinjauan awal.
Menanggapi keberkesanan dan Perubahan (pp. 1-20). Tanjong Malim: Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

Ciifci, T. (2016). Effects of infographic on students achievement and attitude towards


Geography lessons. Journal of Eeducation and Learning, 5(1), 154-166.

Hamirdin, i. (2012). Memacu kemahiran berfikir dan penguasaan material dalam mata
pelajaran Geografi di sekolah-sekolah di Malaysia. Perspektif Journal, 4(1), 59-81.

Fraile, J. P., Sanchez, R. E., & Leatherman, S. B. (2019). Improving the learning processes of
physical Geography through the use of landscape photograph in calss. Journal of Geography
In Higher Education, 43(1), 24-39.

Noralia, R. (2015). Keberkesanan pengajaran menggunakan kaedah pembelajaran koperatif


Jigsaw terhadap proses pencapaian pelajar bagi subjek Geografi. Disertasi ijazah sarjana
muda. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Dalam pengajaran mata pelajaran Geografi, maklumat harus disampaikan kepada pelajar
dengan berkesan dan jelas, disamping mengajarkan pelajar bagaimana dan di mana maklumat
Geografi ini boleh diperoleh dengan menggunakan teknologi yang sedia ada (Kocalar &
Demikaya, 2017). Tambahan pula, sekiranya ilmu Geografi ini diajar, dipersembah dan
disebarluas dengan cara yang menarik dan diolah supaya mudah dikuasai (Hamirdin, 2012).
Hal ini demikian,, guru merupakan role model untuk meningkatkan minat dqn daya tahan
pengetahuan pelajar terhadap mata pelajaran Geografi (Gokce, 2009).

Kocalar, A., & Demikaya, H. (2017). Geography teacher’s views on effective Geography
teaching. Review of International Geographical Education Online, 7(3) 332-346

Gokce, N. (2009). The problems of Geography education and some suggestions. Educational
Sciences: Theory & Practice, 9(2), 757-768.

Selain itu, dalam sukatan pelajaran Geografi bagi Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM)
yang bermula pada tahun 2013, telah menggalakkan pelajar untuk melayari internet seperti
Google Earth dan penderiaan jauh bagi tujuan mengira dan mempersembahkan data
transformasi desa dan bandar dalam bentuk jadual, gambar rajah dan juga peta (Mastura,
2014). Hal ini demikian adalah sebagai pendedahan kepada konsep asas sistem maklumat
geografi (GIS) (Kerski et al., 2013). Selain melatih kemahiran dan mengembangkan cara
pemahaman dan pengetahuan berkaitan ruang lingkup Geografi (Maude, 2010). Namun
begitu, reality yang berlaku di sekolah adalah multimedia sebagai bahan bantu mengajar
(BBM) ini dilihat kurang digunakan oleh guru-guru dan pelajar dalam pengajaran dan
pembelajaran Geografi (Novaliendry, 2013).

Mastura, O. (2014). Kesan penggunaan Google Earth dalam pembelajaran peta mata
pelajaran Geografi. Disertasi Master. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kerski, J. J., & Demirci, A., & Andrew, J. M. (2013). The Global Landscape Of Gis In
Secondary Education. Journal of Geography, 112(6), 232-247.

Maude, A. (2010). What does Geography contribute to the education of young Australians?
Geographical Education, 23(1), 14-21.

Novaliendry, D. (2013). Aplikasi game Geografi berbasis multimedia interaktif (studi kasus
siswa kelas ix SMPN Rao). Jurnal Teknologi dan Pendidikan, 6(2), 106-118

Tambahan pula, terdapat segelintir guru yang bersikap tidak keterbukaan dalam
mengimbangi arus pemodenan, yang mana guru-guru ini tidak mahu menggunakan BBM
multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Nandi, 2006). Selain itu, guru-guru
yang berusia juga tidak mahu berubah kea rah pengintegrasian komputer di sekolah
berbanding dengan guru-guru yang baru. Hasil pengajaran yang baik tidak dapat dicapai
melalui kaedah pengajaran tradisional, kerana mata pelajaran ini mempunyai masa
pengajaran yang terhad dengan isi kandungan pelajaran yang lebih banyak (Shouye, 2017).
Akibatnya, pelajar menjadi terlalu pasif, seolah-olah mereka tidak hadir dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah tersebut (Rian & Osman, 2013). Masalah-
masalah ini yang telah menghalang usaha kerajaan untuk mengintegrasikan teknologi
maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah bagi
mengikuti era lonjakan teknologi masa kini (Faizah, 2017).

Nandi. (2006). Penggunaan multimedia interaktif dalam pembelajaran Geografi di


persekolahan. GEA Jurusan Pendidikan Geografi, 6(1), 1-9.

Shouye, D. (2017). Application of multimedia technology in the course teaching of


Geography of China. In 7th International Conference On Education, Management, Computer
and Society (EMCS 2017) (Vol. 61, pp. 347-351). Tonghua, Jilin: Atlantis Press.

Rian, V., & Osman, K. (2013). Keberkesanan penggunaan pelbagai media pengajaran dalam
meningkatkan kemahiran proses sains dalam kalangan pelajar, 3(7), 1-11.
Dalam konteks ini, sejauhmanakah penggunaan bahan bantu mengajar multimedia
diaplikasikan oleh guru dalam bilik darjah, dan juga khususnya oleh pelajar pada masa kini
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Geografi di Tingkatan 6. Adakah BBM
multimedia yang digunakan mampu memberi kesan positif khusunya dalam pencapaian
akademik bagi mata pelajaran Geografi Tingkatan 6? Masalah yang ketara juga dapat dilihat
apabila guru tidak dapat mengajarkan topik tersebut dengan sempurna dan implikasi
pembelajaran dalam bilik darjah yang hanya memberatkan penekanan terhadap nilai nilai
kognitif dan afektif sahaja tanpa melibatkan psikomotor pelajar.

1.4 Matlamat Dan Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan bagi mengkaji aplikasi penggunaa ABM berasaskan multimedia dalam
proses PdPc mata pelajaran Geografi tingkatan tiga di sekolah menengah
kebangsaan…………. Bagi mencapai matlamat tersebut, beberapa objektif telah dibentuk. Di
antara objektif kajian yang diharapkan dapat dicapai adalah:

i. Mengenalpasti aspek amalan dan kekerapan penggunaan BBM berasaskan


multimedia dalam PdPc mata pelajaran Geograf Tingkatan Tiga terhadap pelajar
ii. Mengenalpasti tahap motivasi, sikap dan pencapaian pelajar terhadap mata
pelajaran Geografi Tingkatan Tiga setelah diterapkan penggunaan BBM
berasaskan multimedia
iii. Mencadangkan penambahbaikan amalan PdPc berasaskan multimedia dalam mata
pelajaran Geografi Tingkatan Tiga

1.5 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat:

i. Apakah amalan penggunaan BBM berasaskan multimedia dalam PdPc mata


pelajaran Geograf Tingkatan Tiga terhadap pelajar?
ii. Apakah tahap motivasi, sikap dan pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran
Geografi Tingkatan Tiga setelah diterapkan penggunaan BBM berasaskan
multimedia?
iii. Apakah cadangan penambahbaikan amalan PdPc berasaskan multimedia dalam
mata pelajaran Geografi Tingkatan Tiga?

1.6 KERANGKA KONSEPTUAL

Kerangka konseptual merupakan gambaran secara kasar mengenai kajian yang dijalankan.
Kerangka konseptul seperti Rajah 1.1 adalah merupakan asas kajian dalam melaksanakan
kajian ini. Kerangka konsep ini dibina bagi mengenalpasti amalan penggunaan BBM
berasaskan multimedia dalam PdPc mata pelajaran Geografi Tingkatan 3 terhadap pelajar.

Kajian ini dilakukan bagi melihat aplikasi BBM berasaskan multimedia dalam membantu
proses PdPc dari perspektif pelajar. Tujuan utama pemilihan penggunaan BBM berasaskan
multimedia dalam kajian ialah untuk melihat sejauh mana penguasaan pelajar terhadap mata
pelajaran Geografi melalui ABM multimedia seperti audio, imej grafik (gambar tak
bergerak), animasi, klip video dan sebagainya.
PENGGUNAAN BBM MULTIMEDIA
DALAM PDPC

ASPEK AMALAN PENGGUNAAN BBM MULTIMEDIA DALAM


PDPC MATA PELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN 3

TEKS, GRAFIK, AUDIO, VIDEO, ANIMASI, GAMBAR

IMPLIKASI PENGGUNAAN BBM MULTIMEDIA DALAM


PDPC MATA PELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN TIGA
TERHADAP PELAJAR

MOTIVASI SIKAP PENCAPAIAN

PENAMBAHBAIKAN AMALAN PDPC MELALUI


PENGGUNAAN ABM DALAM MATA PELAJARAN
GEOGRAFI TINGKATAN 3

Rajah 1.1: Kerangka Konseptual


1.7 KEPENTINGAN KAJIAN

Setiap kajian yang dilakukan mempunyai kepentingannya. Secara umum, kajian ini lebih
tertumpu kepada usaha untuk mengenalpasti aplikasi BBM berasaskan multimedia
dalamproses PdPc mata pelajaran Geografi Tingkatan Tiga. Kajian ini wajar dijalankan oleh
kerana memandangkan masih terdapatt segelintir pelajar yang masih kurang jelas terhadap
proses amalan BBM berasaskan multimedia dijalankan di dalam kelas.

Kajian ini diharap dapat membantu pihak sekolah dalam mengenalpasti tahap motivasi, sikap
dan pencapaian Tingkatan Tiga setelah diterapkan BBM berasaskan multimedia di sekolah.
Dapatan kajian ini dapat membantu pihak pentadbir sekolahh dan para guru di sekolah yang
terpilih agar mempelbagaikan teknik pengajaran terutamanya dalam mata pelajaran geografi
supaya dapat menarik minat pelajar sekaligus membantu meningkatkan pencapaian akademik
pelajar. Guru-guru mata pelajaran Geografi juga dapat memahami permasalahan pelajar
sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran semenjak penggunaan BBM berasaskan
multimedia di sekolah. Dalam pada itu, guru juga dapat memantau perkembangan persepsi
pelajar dalam mata pelajaran Geografi Tingkatan Tiga.

Kajian ini juga secara tidak langsung akan dapat membantu membekalkan maklumat kepada
pihak pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), dan seterusnya
kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), berkenaan aspek amalan aplikasi BBM
berasaskan multimedia dalam PdPc mata pelajaran Geografi Tingkatan Tiga terhadap pelajar
dan tahap motivasi, sikap dan pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran Geografi Tingkatan
Tiga setelah diterapkan BBM berasaskan multimedia.
1.8 BATASAN KAJIAN

Terdapat beberapa batasan atau limitasi dalam kajian ini. Di antara batasan-batasan tersebut
ialah kajian ini hanya tertumpu di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 11, Putrajaya.
Responden yang dipilih untuk kajian ini adalah terdiri daripada beberapa orang pelajar
Tingkatan Tiga yang pernah mengambil mata pelajaran Geografi Tingkatan Satu dan Dua di
sekolah terpilih.

Penentuan sekolah pula hanyalah terhadap satu buah sekolah sahaja iaitu Sekolah Menengah
Kebangsaan Presint 11, Putrajaya. Namun pengkaji tidak menolak wujudnya perbezaan
pelajar dari segi Fizikal dan rohaniah tetapi semua pelajar menjalani sesi persekolahan yang
sama, mengikuti sukatan yang sama serta diajar oleh guru berkelayakan. Pemilihan
persampelan dijalankan secara rawak mudah melalui borang soal selidik yang dibentuk bagi
menjawab objektif kajian dan diibatasi dengan item-item yang disediakan.

1.9 DEFINISI DAN KONSEP

Dalam bahagian ini pengkaji akan menjelaskan beberapa istilah dan konsep yang digunakan
dalam kajian ini. Ini bertujuan untuk mengelakkan perbezaan persepsi responden sehingga
boleh menyebabkan kekeliruan dalam menentukan tanggapan.

impak

Mengikut Kamus Dewan (2005), impak ialah kesan yang ketara. Dalam kajian ini, ia merujuk
kepada kesan yang positif penggunaan perisian multimedia dalam pengajaran dan
pembelajaran Kemahiran Hidup Teknikal terhadap pencapaian dan motivasi pelajar tingkatan
2 dalam topik isometrik.

Impak

Impak dapat didefinisikan sebagai kesan ataupun tekanan. Collins Cobuild


Advanced Learners English Dictionary mendefinisikan impak sebagai sesuatu proses
yang berlaku keatas sesuatu situasi atau seseorang yang dapat mempengaruhinya.
Kamus Dewan Edisi Keempat pula mentakrifkan impak merupakan kesan yang
ketara ataupun dampak. Kesan yang kuat itu akan mempengaruhi sesuatu
perkara, orang, tindakan dan sebagainya

1.9.1 Implikasi

Implikasi ialah sesuatu maksud, tujuan yang disindirkan atau dibayangkan, tetapi tidak
dinyatakan secara terus terang. Ia juga bermaksud kiasan dan juga bayangan. Selain itu,
implikasi juga ialah kesan yang terbit atau dapat ditakrif daripada sesuatu (dewan Bahasa dan
pustaka, 2010).

Oleh itu implikasi dalam kajian ini adalah tentang kesan yang telah diketahui atau
kemungkinan yang dijangkakan daripada penerapan kaedah penggunaan BBM berasakan
multimedia dalam PdPc mata pelajaran Tingkatan Tiga khususnya.

Dewan Bahasa Dan Pustaka. (2010). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur: Dewan
Bahsa Dan Pustaka.

1.9.2 Penggunaan

Penggunaan adalah perlakuan menggunakan barangan atau perkhidmatan bagi memenuhi


keperluan semasa dan hasilnya akan melahirkan nilai faedah kepada seseorang. Penggunaan
komputer dan perisian tertentu untuk membantu pengajaran guru dan pembelajaran murid
dalam bilik darjah dengan mudah dan cepat juga adalah satu bentuk penggunaan barangan
atau perkhidmatan (noor a’shikin, nur Amani, & shariffah, 2011). Dengan erti kata lain,
penggunaan adalah tindakan menggunakan (kaedah atau model pengajaran), sumber (bahan
dan perkakasan media) dana lam sekeliling untuk pembelajaran. Wujud Hubungan antara
pelajar dengan bahan pembelajaran dan sistem. Penggunaan sesuatu inovasi juga bergantung
kepada proses peningkatan kesedaran, percubaab dan penerimaan dalam kalangan pengguna.
Setiap insan adalah pengguna yang menggunakan sesuatu barangan atau perkhidmatan untuk
mendapatkan kesejahteraan hidup (Nurshuhada & Siti Zaiton, 2012).

Noor A’shikin, H., Nur Amani, P., & Shariffah N., A. (2011). Konsep Penggunaan Mengikut
Syariah Dan Aplikasinya Dalam Perundangan di Malaysia. Kanun, (1), 1-20. Retrieved from
http://jurnalkanun.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2014/08/Kanun-hlim-1-20.pdf
Nurshuhada, A. R., & Siti Zaiton, M. D. (2012). Perbezaan analisis kepenggunaan menurut
ekonomi konvensional dan ekonomi islam. In Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi
Malaysia Ke VII (pp. 1461-1470). Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerimaan inovasi ini hendaklah dirancang secara strategik untuk mendapatkan pengakuan
terhadap sesuatu perubahan. Penggunaan media ini juga dapat diramalkan secara eklusif
mengenai statistic umum walaupun tanpa kandungan pengguna tertentu (Rosenfeld, Sarni,
Kraus, Sina & Avidov, 2018). Oleh itu, penggunaan dalam kajian ini merujuk kepada
penggunaan BBM multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran Geografi bagi Tingkatan
Tiga. Oleh itu, dalam kajian ini penggunaan yang dimaksudkan adalah penggunaan elemen
BBM multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran Geografi Tingkatan Tiga.

Rosenfeld, A., Sarni, D., Kraus, S., Sina, S., & Avidov, O. (2018). WhatsApp usage patterns
and prediction of demographic characteristics without acces to message content.
Demographic Research, 39(22), 647-670.

1.9.3 Bahan Bantu Mengajar Multimedia

Bahan bantu mengajar (BBM) merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru atau
pelajar untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Oleh itu,
secara umumnya BBM bermaksud peralatan atau bahan yang digunakan oleh guru dan
pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan peralatan atau bahan
berinovasi seperti multimedia bagi meningkatkan perasaan ingin tahu pelajar terhadap
sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru dan akan lebih fokus untuk belajar (Faizah,
2017). Manakala grafik selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan warna.

Faizah, j. (2017). Bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)
Di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian. Dsertasi Master. Johor: Universiti
Tuin Hussein Onn.

Dalam konteks pendidikan, bahan bantu mengajar multimedia adalah seperti alat komputer,
buku, projector slaid, unjuran video, projector overhead, kamera dokumen, sistem audio
(pemain CD, radio). Sistem bunyi dan video gabungan (televisyen, kamera video digital dan
DVD) yang bertujuan untuk membuat, menyimpan dan menyampaikan kandungan pelajaran
(De Sousa, Richter & Nel, 2017). Multimedia sebagai bahan bantu mengajar membuka
peluang luas untuk pendidik mengintegrasikan bahan, sokongan teknologi ini dalam bilik
darjah bagi menggalakkan penyelidikan, membantu komunikasi, membina produk pengajaran
dan secara keseluruhan mampu meningkatkan pencapaian pelajar. Banyak institusi
pendidikan telah membangunkan kurikulum mereka sendiri di atas World Wide Web dengan
bantuan kemudahan multimedia (Osamah & Ziad Waleed, 2015).

De Souse, I., Richer, B., & Nel, C. (2017). The effect of multimedia use on the teaching and
learning of Social Sciences at tertiary level: a case study. Yesterday & Today Journal, (17),1-
22.

Osamah, A. A., & Ziad Waleed, M. A. (2015). Standards of multimedia graphic designin
education. Journal of Education and Practice, 17(6), 102-110.

Selain itu, bahan bantu mengajar multimedia juga merujuk kepada penggunaan daripada
beberapa media bagi membentangkan maklumat dan juga suatu proses komunikasi interaktif
yang berasaskan computer yang merangkumi gabungan penggunaan elemen seperti teks,
gambar, audio, video, bunyi dan animasi yang mensasarkan sama ada mata atau telinga yang
mana deria penglihatan merupakan peranti utama dalam pemerolehan data yang paling kuat
untuk otak seorang manusia. Hasil dari penggunaan pelbagai media ini akan menyebabkan
sesuatu persembahan maklumat menggunakan teknologi multimedia lebih bermakna,
dinamik dan mampu menarik perhatian ramai pengguna (Siti Zulaidah, Salsidu Mohamed &
Mai, Sukhendu, 2017).

Siti Zulaidah, Salsidu Mohamed, N. A. A., & Mai, S. A. (2017). Tren pembelajaran
menggunakan multimedia interaktif dalam bidang pendidikan Teknikal: satu sorotan
literature. Sains Humanika, 1(5), 125-141.

Dalam kajian ini, BBM multimedia yang dimaksudkan adalah elemen-elemen bahan bantu
mengajar multimedia yang digunakan sendiri oleh pelajar untuk menyokong aktiviti
pembelajaran Geografi mereka sama ada di rumah atau di luar rumah, dan di dalam bilik
darjah sepanjang PdPc Geografi di sekolah.

1.9.3 Motivasi

Motivasi didefinsikan sebagai keadaan dalaman yang menggerakkan dan memberi arah
kepada pemikiran, perasaan dan tingkah laku. Ia merupakan keadaan yang menggerak dan
mengawal tingkah laku kea rah pencapaian sesuatu matlamat (Ma’rof & Haslinda, 2002).
Motivasi boleh difahami sebagai suatu usaha gerakan tindakan dan tingkah laku seseorang
yang berorientasi kepada sesuatu matlamat yang disasarkan. Teori-teori dalam motivasi
menjelaskan bahawa setiap tingkah laku manusia mempunyai sebab dan bukan berlaku
secara kebetulan (Ma’rof, 2001). Proses motivasi bermula dengan lahirnya keinginan atau
wujudnya keperluan dalam diri seseorang manusia. Keinginan dan keperluan yang wujud
dalam diri seseorang mendorong untuk bertindak bagi memenuhi keperluan tersebut.

Ma’rof Redzuan & Haslinda Abdullah. (2002). Psikologi, Malaysia: McGraw-Hill (Malaysia)
Sdn. Bhd.

Ma’rof Redzuan. (2001). Psikologi Sosial, Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Motivasi Motivasi bermaksud kesungguhan dan ke arah untuk mencapai usaha-usaha, di


mana kesungguhan merujuk kepada kuantiti usaha-usaha yang dibuat, manakala usahausaha
pula ke arah untuk mencapai merujuk kepada apa yang akan anda kehendaki (McCullagh,
2005).Dalam kajian ini, motivasi merupakan rangsangan yang wujud untuk terlibat dalam
proses PdP lukisan isometrik apabila perisian multimedia melukis lukisan isometrik
digunakan.

McCullagh, P. (2005) di dalam Wilson, G. (2006). The effects of external rewards on


intrinsic motivation. Diperoleh pada 28 Oktober 2011, sumber dari
http://www.abcbodybuilding.com/rewards.pdf

1.10.7. Minat

Minat merujuk kepada keinginan, kecenderungan dan kesukaan kepada sesuautu (Kamus
Dewan Edisi Keempat. Contoh minat ialah kecenderungan atau mendengar cerita orang tua
dengan penuh minat. Mohd Shah (2006) meyatakan minat ialah kecenderungan terhadap
sesuatu. Contohnya kecenderungan pelajar terhadap mata pelajaran dan kesan daripada minat
akan mendorong pelajar untuk berusaha menggunakan pengetahuan dengan betul dan
sempurna. Mohamad Raffe (2017) menyatakan minat merujuk kepada keinginan dan
kesungguhan yang kuat daripada murid untuk belajar dan menguasai ilmu. Di dalam kajian
ini, minat merujuk kepada kecenderungan dan kesungguhan yang ditunjukkan terhadap video
latihan pertuturan. Kecenderungan dan kesungguhan murid-murid bermasalah pendengaran
melihat dan melakukan aktiviti di dalam Video Latihan Pertuturan dinilai.

Mohd Shah Ujang. (2006). Minat, motivasi dan sikap pelajar-pelajar tingkatan empat
sekolah menengah kebangsaan agama di negeri sembilan terhadap ilmu nahu. Universiti
Kebangsaan Malaysia. Bangi.
Mohamad Raffe Ghalil Abbas. (2017). Persepsi murid terhadap minat, amalan dan
persekitaran pembelajaran serta amalan pengajaran guru tarannum al-quran. Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.

1.9.4 Sikap

Sikap boleh disimpulkan dari cara seseorang induvidu itu bertingkah laku. Sikap memainkan
Peranan yang penting untuk mencapai kejayaan di dalam sesuatu perkara atau usaha (Yahaya
et al., 2007). Sikap dalam kajian ini ialah sikap pelajar dalam PdPc mata pelajaran Geografi
Tingkatan Tiga.

Yahaya, A., Ramli, J. & Boon, Y. (2007). Sumbangan Sikap Terhadap Pencapaian Pelajar
Dalam Mata Pelajaran Bahasa Inggeris: Sejauh Manakah Hubungan Ini Relevan?. Johor
Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.

1.9.5 Pencapaian

Perkataan pencapaian menurut Kamus Dewan (2010) bermaksud apa yang telah dicapai,
dihasilkan atau diperoleh. Pencapaian juga merupakan sesuatu yang dicapai dan telah berjaya
dilaksanakan hasil daripada usaha dan ketekunan oleh pelajar dan guru. Dalam kajian ini,
perkataan pencapaian merujuk kepada prestasi yang dihasilkan oleh pelajar dalam subjek
Kemahiran Hidup Teknikal Tingkatan 2

Kamus Dewan (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Umumnya, pencapaian bererti apa yang telah dicapai atau prestasi. Akademik pula berkaitan
pencapaian dan bersifat atau mengandungi ilmu pengetahuan. Dalam erti kata lain,
pencapaian akademik lebih berfokus kepada gred yang diperolehi oleh seseorang pelajar
dalam peperiksaan yang diduduki. Sekiranya seseorang pelajar itu mencapai gred yang baik
bermakna mereka mereka mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan sebaliknya.
Pencapaian akademik pelajar adalah perkara yang berkaitan dengan tahap kecemerlangan
seseorang induvidu atau sejauh mana seseorang induvidu dapat menguasai ilmu yang
dipelajari berdasarkan kepada mata nilai yang tertinggi yang dapat dikumpul oleh induvidu
tersebut, yang sesuatu yang dapat dilihat dan diukur nilainya (Hafizah, 2015). Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia (2011), menyatakan bahawa pencapaian akademik merupakan
elemen yang penting dana mat dititikberatkan oleh masyarakat dalam konteks kehidupan hari
ini yang berorientasikan pendidikan. Dalam kajian ini pencapaian bermaksud tahap tertentu
yang dicapai oleh pelajar iaitu pencapaian terhadap peperiksaan.

Hafizah Binti Abdul Razak. (2015). Hubungan Antara Big Five Terhadap Pencapaian
Akademik Pelajar, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2011). CAP-Transformasi Politeknik. Pelan


Strategik Pengajian Tinggi Negara, 25 September 2013.

1.9.6 pembelajaran dan pemudah cara

Pengajaran merupakan aspek yang penting dalam pendidikan. Umumnya, proses pengajaran
dan pembelajaran meruapakan elemen penting dalam memastikan para pelajar dapat
mengikuti dan memahami isi kandungan subjek yang hendak disampaikan. Selain itu juga,
dapat menitikberatkan faktor situasi, emosi, dan peranan pelajar dalam satu-satu proses
pembelajaran yang dijalankan. Ini kerana proses PdPc berlaku dengan wujudnya interaksi
antara kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar (Normazidah, 2012).

Normazidah mahmmod. (2012). Penggunaan Kaedah Pengajaran Bahasa Arab Dalam


Kalangan Guru Peringkat Sekolah Rendah: Satu Penilaian. Tesis Doktor Falsafah Universiti
Malaya.

1.9.7 Geografi

Menurut Abdul Hamid (2006), Geografi merupakan ilmu mengenai dunia tempat tinggal dan
kehidupan manusia di dalamnya. Geografi juga merupakan disiplin ilmu yang bersifat
bersepadu di mana boleh membawa bersama dengan dimensi manusia dan fizikal yang wujud
dalam ruang ini bagi tujuan mengkaji tentang manusia, tempat dana lam sekitar (Mohd Faris,
2006).
Abdul Hamid Abdullah. (2006). Pendidikan Geografi Di Malaysia: Isu Dan Cabaran Semasa.
Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Chan et al. (1993) pula menyatakan bahawa Geografi adalah kajian berkenaan tentang
permukaan bumi yang mana merupakan ruang dan tempat untuk manusia hidup. Manakala
Bergman dan Renwick (1999) pula mendefinisikan Geografi adalah sebagai kajian interaksi
semua fenomena fizikal dan manusia yang mana ianya adalah kajian mengenai tempat tinggal
manusia dan kehidupan manusia di dunia. Kajian ini lebih menumpukan kepada mata
pelajaran Geografi di sekolah menengah iaitu hanya berfokus kepada pelajar Tingkatan Tiga

Bergman, E. F. & Renwick, H. H. (1999). Introduction to Geography: People Place And


Environment. New Jersey: Prentice Hall.

Chan, N.W, Wan Ruslan Ismail, Abibullah Samsudin Dan Aziz Abdul Majid. (1993).
Pengantar Geografi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kesimpulannya, pendidikan Geografi adalah salah satu mata pelajaran yang penting dan perlu
dititikberatkan pada masa kini. Marran (2003), menyifatkan kehidupan ini tidak lengkap
tanpa menghayati Geografi kerana ia berkaitan dengan alam sekitar di mana ianya dikatakan
dekat dengan diri manusia itu sendiri. Melalui pendidikan Geografi di sekolah, ini secara
tidak langsung mampu mendidik pelajar untuk memerhati dan mengkaji Hubungan di antara
alam semula jadi dengan kehidupan manusia. Dengan pengaplikasian pembelajaran secara
praktikal dan penggunaan pelbagai kaedah dalam pembelajaran, Geografi mampu mendidik
pelajar untuk memainkan peranan penting dalam menjadi warga yang bertanggungjawab dan
pemimpin yang lebih berkesan apabila dewasa kelak.

Marran, J. F. (2003). Commentary Geography: An Essential School Subject-Give Reason


Why. Journal of Geography, 102, 42-43.

1.9.8 Sekolah

Umumnya, sekolah merupakan institusi sosial bagi menyediakan murid-murid dengan ilmu
pengetahuan. Menurut Norazlinda dan Surendran (2000), sekolah merupakan satu institusi
pendidikan yang lebih berbentuk formal kerana ia boleh mengubah pemikiran, tingkah laku
dan sikap murid-murid dan seterusnya dapat melahirkan generasi yang seimbang dari segi
rohani dan mental. Dapat disimpulkan bahawa sekolah adalah merupakan sebagai satu
institusi formal yang melaksanakan proses pendidikan dari tahap pra sekolah sehingga
pendidikan menengah atas.

Norazlinda Saad & Surendran Sankaran. (2000). Pembuatan Keputusan Kolaboratif. Sikap
Guru dan Galakan Pengetua. Sintok: Universiti Utara Malaysia.

pelajar

Menurut Kamus Dewan (1997), pelajar ialah orang yang belajar (murid sekolah,penuntut di maktab
dan sebagainya). Pelajar di dalam kajian ini merujuk kepada pelajar-pelajar tingkatan 2 sebuah
sekolah menengah di daerah Raub, Pahang.

1.10 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, pendidikan adalah sangat penting dalam sesebuah negara yang
mengejar kemajuan dalam jangka masa singkat, begitu juga dengan masyarakat yang
mengejar peluang pendidikan yang terbaik dalam rangka merancang untuk mendapatkan
pekerjaan yang mempunyai pendapatan tinggi di masa akan datang bagi memperbaiki
kehidupan yang lebih baik. Oleh itu, desakan KPM khusunya dalam merancang dan
menyalurkan dana bagi meningkatkan lagi infrastruktur dan keperluan khususnya terhadap
pemilikan teknologi-teknologi baru untuk mempelbagaikan penggunaan multimedia sebagai
perantaraan dalam aktiviti PdPc adlah penting bagi melahirkan pelajar yang mempunyai
pencapaian terbaik. Tambahan pula, kaedah PdPc pada zaman era globalisasi kini haruslah
berubah mengikuti perkembangan teknologi di mana menggantikan kaedah pembelajaran
secara chalk and talk dilihat tidak lagi sesuai dan kurang berhasil dalam membantu menarik
minat pelajar. Maka jelaslah, penggunaan teknologi berunsurkan multimedia dapat membantu
guru menjalankan proses PdPc dengan lebih kreatif dan efektif, secara tidak langsung dapat
melahirkan pelajar yang lebih proaktif dan berkualiti dalam akademik khususnya dalam mata
pelajaran Geografi.

Anda mungkin juga menyukai