Anda di halaman 1dari 12

1.

1 PENGENALAN

Tabiat membaca dalam kehidupan seseorang bagi melahirkan masyarakat yang berilmu dan
bermaklumat, bukan merupakan satu tugas yang mudah. Setiap orang secara fitrahnya akan
terdorong untuk membaca sesuatu penyataan yang dilihat tidak kira dalam bentuk media
elektronik ataupun media cetak. Dengan membaca, seseorang itu dapat meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran bagi menambahkan pengetahuan am tentang dunia dan
kehidupan dan seterusnya menjadi warga yang berilmu dan berketerampilan seperti yang
diharapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Budaya membaca sememangnya
memainkan peranan yang penting dalam memajukan sesuatu masyarakat atau negara kerana
melalui membaca, pemikiran atau minda masyarakat akan berubah dan seterusnya
mempengaruhi pembangunan sesebuah negara dan bangsa. Bangsa yang bertamadun
merupakan bangsa yang mengamalkan budaya membaca. Budaya suka membaca merupakan
keadaan wujudnya sebuah masyarakat yang mencapai suatu tahap amalan dan minat membaca
sejati yang mendalam. Budaya suka membaca ini juga mewujudkan golongan masyarakat yang
bersepadu mental dan fizikal, maju dan matang dalam semua aspek seperti kehendak Wawasan
2020.

Menurut (The Star,2010) Perdana Menteri Malaysia pernah menegaskan bahawa , amalan dan
tabiat membaca amat penting sebagai asas untuk memperoleh ilmu pengetahuan demi
menjayakan pembelajaran sepanjang hayat. Pembacaan membantu dalam penghasilan dan
menganalisis penulisan serta meningkatkan kemahiran komunikasi individu. Selain itu, Lord
Bacon, seorang ahli falsafah Inggeris pernah berkata ”reading maketh a full man” yang
membawa maksud membaca menjadikan sesorang itu berisi. Justeru, insan yang membaca itu
ialah manusia yang berilmu dan berupaya berfikir secara kritis, rasional dan mengamalkan gaya
pemikiran terbuka. (Alimuddin Mohd Dom, 2009) menyatakan bahawa insan yang rajin dan
suka membaca ialah seorang yang berbudaya tinggi dan mampu memimpin mereka yang lain
ke arah kehidupan yang lebih baik bukan sahaja bagi diri dan keluarganya malahan masyarakat
di mana ia dilahirkan.

Sebagai bakal guru pada masa akan datang adalah penting untuk para pelajar memainkan
peranan utama sebagai model untuk pada pelajar sekolah dalam memupuk minat membaca.
Menurut Schofield (1977), beliau pernah menyatakan bahawa sikap guru adalah lebih penting
dari kaedah mengajar membaca itu sendiri. Ini menunjukkan guru seharusnya bersikap positif
terhadap aktiviti membaca. Walaubagaimanapun, Chung (1993) di Maktab Perguruan Kota
Bharu, mendapati guru pelatih semester 2 dan 4 menunjukkan sikap negatif terhadap membaca
buku. Hasil yang sama juga telah ditunjukkan oleh Chung, Naimah dan rakan-rakan (1994)
dalam kajian dikalangan guru pelatih maktab perguruan di pantai timur Semenanjung Malaysia.
Hasil kajian menunjukkan guru-guru pelatih mempunyai tahap sikap membaca yang rendah
dengan tabiat membaca yang tidak memuaskan.

2.1 OBJEKTIF KAJIAN

Masalah kekurangan minat membaca bukan sahaja dapat dikesan dikalangan orang dewasa
semata-mata, tetapi juga dikalangan pelajar-pelajar sekolah mahupun di peringkat universiti.
Budaya membaca juga amat rendah dikalangan masyarakat hari ini. Ramai pelajar universiti
tidak gemar membaca walaupun mereka menyedari kurang minat membaca akan menjejaskan
prestasi mereka. Kegiatan membaca dikalangan pelajar DPLI hanya berlaku apabila ada
keperluan terutamanya untuk mengambil peperiksaan, membuat tugasan, atau melaksanakan
sesuatu tugas yang memerlukan aktiviti membaca. Memandangkan betapa pentingnya tabiat
membaca dikalangan pelajar DPLI, penyelidik telah menjalankan kajian untuk melihat minat
membaca di kalangan pelajar DPLI. Secara amnya objektif kajian ini adalh untuk:

1. Melihat minat dan sikap serta tabiat membaca di kalangan pelajar DPLI UMS.
2. Membuat Tinjauan ke atas penggunaan perpustakaan ums sebagai pusat
pembacaan universiti.
3. Mengenalpasti permasalahan yang menghalang pelajar DPLI UMS daripada
membaca.

Hasil kajian akan menjelaskan mengenai sikap dan tabiat serta permasalahan yang dialami oleh
pelajar DPLI UMS

3.1 SOROTAN KAJIAN LEPAS


Antara kajian lepas yang mengkaji mengenai tabiat membaca dikalangan pelajar-pelajar
sekolah menengah dalam adalah kajian yang telah dijalankan oleh Lim The Eng. Pada awal
tahun 1974, kajian mengenai tabiat membaca di kalangan pelajar Tingkatan Enam daripada
aliran bahasa Inggeris. Kajiannya mendapati para pelajar memang membaca secara tetap
selepas waktu persekolahan tetapi hanya terbatas kepada buku teks sekolah. Dari segi
kegemaran, bahan membaca kategori bukan buku teks dan bahan buku fiksyen didapati lebih
disukai berbanding dengan bahan fiksyen. Berdasarkan kajian Lim juga, tujuan utama membaca
adalah untuk memperoleh ilmu pengetahuan atau untuk tujuan pembelajaran. Majoriti pelajar
lebih suka membaca bahan dalam bahasa Inggeris berbanding bahan bahasa Melayu. Sebanyak
56.07% pelajar membaca antara satu hingga tiga jam sehari dan sumber utama bahan
membaca diperolehi dari perpustakaan sekolah (40.00%). Tujuan utama membaca adalah
untuk spesifik (35.34%).

Selain itu, Abd. Wahab Bin Mat (1995) pula melakukan penyelidikan mengenai minat membaca
dikalangan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Seberang Perai.
Seramai 270 orang pelajar telah dipilih secara rawak dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan
Enam. Kajian ini tertumpu di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad, bagi tujuan
menghuraikan dan memberikan gambaran yang jelas tentang faktor-faktor yang mempengaruhi
minat membaca buku, majalah dan akhbar. Faktor pendapatan penjaga, jantina, umur, lokasi
tempat tinggal pelajar dan kemudahan sumber bahan bacaan mempengaruhi minat membaca
dikalangan mereka. Hasil dapatan kajian daripada analisis ujian t dan ANOVA menunjukkan
terdapat perbezaan yang signifikan antara pendapatan penjaga dengan minat membaca.
Perbezaan yang signifikan juga wujud antara umur dengan minat membaca majalah dan minat
membaca akhbar. Selain itu, terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan minat
membaca majalah. Juga terdapat perbezaan yang signifikan antara kemudahan mendapatkan
akhbar dengan minat membaca akhbar. Keputusan kajian menunjukkan, 87.0% daripada
pelajar membaca akhbar dan berita yang paling diminati ialah berita utama. Peratus membaca
buku ialah 98.9% dan buku cerita adalah yang paling diminati. Peratus membaca majalah ialah
93.0% dengan majalah Dewan Siswa sebagai majalah yang paling digemari. Sebanyak 76.3%
daripada pelajar meletakkan ibu bapa sebagai orang yang menggalakkan mereka untuk
membaca.
Seterusnya, Zalena Abdul Razak (1999) telah menjalankan kajian berkenaan dengan tabiat
membaca di kalangan remaja luar bandar yang melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 2 dan
Tingkatan 4 di kawasan Linggi dan Rantau, Negeri Sembilan. Kajiannya tertumpu kepada jenis
bahan bacaan dan isi kandungan yang digemari oleh pelajar, kekerapan membaca, tujuan
membaca, sumber-sumber bahan bacaan diperoleh dan keutamaan dalam pemilihan bahasa
bahan bacaan. Antara bahan bacaan yang paling kerap dibaca ialah suratkhabar (65.7%)
manakala bahan yang paling disukai ialah buku cerita terutamanya cerita seram yang
menakutkan (24%). Tujuan utama para pelajar membaca adalah untuk memenuhi masa lapang
dan bahasa bahan bacaan yang dipilih ialah bahasa ibunda masing-masing. Kajian ini juga
mendapati para guru paling mempengaruhi tabiat membaca pelajar-pelajar (73.3%). Lebih
kurang 90.3% pelajar mengatakan aktiviti membaca banyak faedahnya terutamanya dapat
menambah ilmu pengetahuan. Secara ringkasnya, kajian-kajian lalu menunjukkan tabiat
membaca dikalangan rakyat Malaysia khususnya pelajar-pelajar sekolah menengah masih
belum mencapai tahap yang memberangsangkan.

4.1 SOALAN KAJIAN


Berlandaskan tujuan kajian di atas, kajian ini akan cuba menjawab beberapa persoalan seperti
berikut:
1. Berapakah jumlah masa yang diperuntukkan untuk membaca?
2. Apakah jenis bahan bacaan yang paling di gemari?
3. Sumber dimana bahan bacaan diperolehi?
4. Apakah tujuan utama pelajar membaca?
5. Apakah bahasa bagi bahan bacaan?

5.1 METODOLOGI KAJIAN


Kajian ini berfokus kepada bidang kuantitatif yang mempraktikkan kajian tinjauan. Kajian
tinjauan adalah satu metode bagi tujuan untuk mengumpul maklumat dengan format
pertanyaan melalui satu set instrumen berupa soal selidik kepada satu sampel individu yang
dipilih dari satu populasi yang dikaji. Objektif dan persoalan kajian lazimnya mengenai tingkah
laku individu yang hendak diperhatikan seperti persepsi, tahap pengetahuan, kefahaman,
kepercayaan, kegemaran, dan lain-lain (Ahmad Munawar & Mohd Nor Shahizan 2012). Oleh
itu, Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu menggunakan borang soal selidik untuk
mendapatkan jawapan bagi soalan-soalan kajian di atas. Instrumen kajian mengambil kira dan
meneliti tabiat membaca dalam kalangan pelajar DPLI UMS.

5.1.1 Sampel Kajian

Menurut Babbie (1986), kaedah persampelan bertujuan dilakukan setelah pengkaji mengetahui
bahawa populasi berkenaan dapat memenuhi matlamat kajian. Persampelan cara ini
membolehkan pengkaji memilih informan tertentu bagi memudahkan perkembangan terhadap
sesuatu teori yang dibentuk (Glaser & Straus, 1967). Persampelan merupakan di antara
elemen yang penting bagi tujuan pengumpulan data. Persampelan merupakan sekumpulan
subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih sebagai responden kajian (Chua Yan Piaw
2006). Berkesinambungan dengan kajian berbentuk tinjauan yang terkandung di dalam kaedah
kuantitatif perlu melibatkan satu kumpulan yang besar dan ramai yang disebut populasi (Ahmad
Munawar & Mohd Nor Shahizan 2012). Sampel yang dipilih mestilah memiliki ciri-ciri atau sifat-
sifat populasi

Jumlah responden adalah sebanyak 89. Kesemua sampel adalah pelajar kursus Diploma
Pendidikan Lepasan Ijazah. Bagi mendapatkan saiz sampel yang menepati jadual penentuan
saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970), penyelidik memilih seramai 70 orang sebagai sampel
yang untuk menjawab soal selidik. Pemilihan persampelan adalah secara rawak dimana sampel
terdiri daripada latar belakang yang pelbagai seperti kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain.

5.1.2 Instrumen Kajian

Instrumen kajian digunakan adalah menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini
diedarkan kepada responden yang dipilih secara rawak dari program DPLI, UMS. Menurut
Oppenheim kaedah memperolehi data melalui soal selidik mampu mengukur konsep yang
berkaitan dengan sikap, persepsi dan pandangan selain daripada keterangan latar belakang
(Mohammad Najib, 1999). Kaedah ini dipilih kerana ia merupakan kaedah yang berkesan dalam
proses pengumpulan data kajian. Selain itu, Jones (1996) menyatakan bahawa penggunaan
soal selidik sebagai instrumen kajian adalah lebih sesuai kerana ianya lebih mudah mendapat
kerjasama daripada responden serta kaedah soal selidik amat sesuai digunakan di dalam kajian
berbentuk tinjauan.

Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu;

BIL BAHAGIAN PERKARA

1. A Maklumat peribadi dan Latar belakang responden

Sikap pelajar dalam budaya membaca kemudahan yang disediakan di


perpustakaan UMS, jenis bacaan yang di baca, kekerapan amalan
2. B
membaca, tujuan membaca, sumber bahan bacaan dan bahasa bagi
bahan bacaan.

5.1.3 Analisis Data

Menurut Bhasah (2007), menyatakan bahawa analisis data merupakan kaedah yang
dilaksanakan oleh seseorang terhadap data atau maklumat yang diperoleh akan di rekod dan
kemudiannya akan membentuk satu rumusan terhadap kajian yang dijalankan. Pengkaji
membuat kajian ini adalah untuk mengenalpasti akan tahap minat membaca di kalangan pelajar
DPLI. Pengkaji perlu memastikan borang soal selidik dijawab dengan lengkap dan perlu
disemak dab bagi para Pelajar DPLI atau sampel hanya perlu menandakan soalan yang telah
disediakan bagi setiap bahagian. Borang Soal selidik yang telah lengkap di isi akan dianalisis
oleh pengkaji dengan menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Analisis
dibuat menggunakan kaedah statistic descriptive iaitu dalam bentuk kekerapan dan peratusan.
Dapatan analisis akan memberikan hasil keseluruhan seperti nilai-nilai alpha untuk semua item
berdasarkan borang soal selidik yang telah diedarkan.

kajian ini merangkumi lima persoalan mengenai tabiat membaca dikalangan pelajar DPLI UMS
pada tahun 2019

1. Masa yang diambil untuk membaca bahan bacaan.


Jadual 1 menunjukkan bahawa jumlah masa yang diambil oleh para pelajar dalam tempoh
masa satu hari.
Jadual 1 : Jumlah masa yang digunakan oleh pelajar untuk membaca

Jumlah Masa Membaca Kekerapan


3 jam ke atas
1 hingga 2 jam
Tidak melebihi 1 jam
Tidak membaca
Jumlah

2. Bahan Bacaan yang digemari

Jadual 2 menunjukkan jenis bahan bacaan yang digemari oleh para pelajar.

Jadual 1 : Jenis Bahan Bacaan yang paling digemari

Jenis Bahan Bacaan Kekerapan


Internet/ Laman web
Buku Teks/Buku rujukan
Komik,Novel dan Surat
khabar
Jumlah

3. Sumber bahan bacaan

Jadual 3 menunjukkan data empirical yang mana berkaitan dengan sumber bahan bacaan
pelajar.

Jadual 3 : Sumber bahan bacaan

Sumber Bahan Bacaan Kekerapan


Membeli bahan Bacaan
Internet
Perpustakaan
Lain-lain
Jumlah

4. Tujuan membaca

Jadual 4 menunjukkan tujuan para pelajar DLPI membaca

Jadual 4 : Tujuan membaca

Tujuan Membaca Kekerapan


Membuat tugasan
Mengisi Masa Lapang
Menghiburkan hati
Sebab-sebab lain
Jumlah

5. Bahasa Bahan bacaan.

Jadual 5 menunjukkan bahasa bahan bacaan yang menjadi pilihan pelajar DPLI.

Jadual 5 : Bahasa bahan bacaan

Bahasa Kekerapan
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa India
Jumlah

Analisis data yang diperolehi akan menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan pengiraan
data. Peratusan dan min bagi setiap item akan menentukan akan persepsi positif atau negatif
terhadap budaya membaca diperpustakaan. Data dianalisis berdasarkan persoalan kajian yang
telah dinyatakan. Analisis data menggunakan SPSS akan dikumpul untuk dijelaskan dalam
bentuk jadual dan carta bar. Data yang diringkaskan secara jadual dan carta bar akan
memudahkan pengkaji membaca data dan begitu juga memudakan pembaca lain memahami
akan perolehan atau hasil kajian.

6.1 KAJIAN RINTIS

Kajian rintis dijalankan terhadap instrumen yang telah dibina dengan tujuan untuk menguji
akan tempoh yang diperlukan untuk menjawab soal selidik, menyemak item dan arahan dengan
jelas dan menggugurkan item yang menghasilkan data yang tidak diperlukan. Setiap Soalan
yang dikemukakan perlulah menjawab objektif kajian agar kesahan dan kebolehpercayaan
instrumen dapat dipastikan. Menurut Gronlund & Linn (1990), kebolehpercayaan menunjukkan
ketekalan dan darjah keyakinan kita kepada keputusan yang diperolehi.

Menurut Mohd Najib (1999), ujian Alpha Cronbach akan memberikan satu koefisien atau
kebolehpercayaan yang mennunjukkan setiap item kajian berhubung kait antara satu sama lain.
Pengiraan ujian ini melibatkan purata pekali korelasi antara item, dan purata jawapan pada
setiap soalan. Julat pekali kebolehpercayaan (alpha Cronbach) didapati 0.84 – 0.92 dan julat
korelasi antara item 0.14 – 0.35. Jika, nilai pekali ini lebih tinggi dari nilai 0.6 dan pengkaji tidak
perlu memperbaiki instrumen soal selidik (Abdul Halim, 2010).

7.1 JANGKAAN HASIL KAJIAN.

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti akan budaya membaca di perpustakaan
dikalangan pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Universiti Malaysia Sabah pada
tahun 2019. Kajian ini dijangkakan bahawa minat membaca dikalangan pelajar masih ditahap
yang rendah terutamanya di zaman ini yang mementingkan perkembangan tekonologi dimana
bahan bacaan boleh diakses dengan mudah dan lebih menarik berbanding dengan bahan
bacaan di perpustakaan. Hal ini disokong melalui dapatan kajian Halimah (1994), dimana
mereka mendapati bahawa seseorang individu itu tidak akan menunjukkan minat dalam
membaca sekiranya mereka merasakan membaca merupakan aktiviti yang membosankan.
Selain itu, Chung, Sallehuddin dan rakan-rakan (1993), menyatakan bahawa kajian mereka
guru-guru pelatih maktab Perguruan kota Bharu mempunyai sikap membaca yang rendah dan
menurut Menteri Pendidikan Malaysia pada tahun 1999 iaitu Najib menjelaskan bahawa kajian
pada tahun 1996 menunjukkan literasi di Mlaysia adalah sebanyak 93% sedangkan amalan
membaca hanya 87% sahaja (New Sabah Times: Ogos 1999).

Dalam kajian yang dilaksanakan pleh Shaharom Tm Sulaiman & Saiful Farik Mat Yatin, (2011)
mendapati bahawa rakyat Mlaysia masih mempunyai tahap yang sederhana dalam kesedaran
membaca bahan-bahan ilmiah. Hal ini terbukti terutamanya pelajar-pelajar di peringkat
universti itu sendiri kurang mengamalkan budaya membaca dan ianya disokong oleh kajian
Farhana Kamaruddin, menyatakan ‘ke mana hilangnya semangat membaca di kalangan
mahasiswa UKM’ dan faktor kemudahan teknologi yang terdapat pada masa kini. Mereka lebih
gemar meluangkan masa melayari media sosial berbanding meluangkan masa di perpustakaan
membaca bahan ilmiah. Dalam kajian Yusof Boon dan Mohd Sahlan Salamat (2014) mendapati
pelajar program khas pensiswazahan guru UTM menunjukkan tahap kesedaran pelajar-pelajar
terhadap budaya membaca berada di tahap yang sederhana.

Berdasarkan kajian Na’imah Yusoff, Amran Ahmed & Rosy Talin (2008), hasil kajian mereja
mendapati tiada perbezaan yang ketara dapat disimpulkan antara guru pelatih Maktab
perguruan dengan pelajar KDPK di UMS iaitu aktiviti membaca guru pelatih menunjukkan tabiat
dan sikap membaca yang negatif. Oleh itu, sekiranya dinilai berdasarkan kajian lepas budaya
membaca dikalangan pelajar universiti masih lagi dibawah paras memuaskan dan perlu
diperbaiki dan dipertingkatkan lagi agar ianya menjadi lebih memberangsangkan.

Kesimpulan jangkaan hasil kajian yang diperolehi daripada kajian lepas mendapati bahawa
budaya membaca dikalangan pelajar DPLI, UMS adalah berada di tahap sederhana dimana
perkara ini mendapat sokongan daripada kajian lepas. Hal ini menunjukan bahawa kesedaran
pelajar universiti di Malaysia terutamanya masih di tahap yang kurang memuaskan. Antara
faktor menjadi penyebab kepada perkara ini mungkin disebabkan oleh kurangnya minat untuk
membaca dan juga kurang akan pendedahan tentang kepentingan membaca bahan ilmiah.
Manakala, terdapat juga faktor luaran yang menyumbang kepada kurangnya pelajar berkunjung
ke perpustakaan seperti kekangan wang, pengankutan dan masa.

KESIMPULAN

Kajian yang dilaksanakan melibatkan kaedah tinjauan terhadap tabiat membaca di


perpustakaan dalam kalangan pelajar program DPLI UMS 2019 mendapati bahawa ianya perlu
diperbaiki dari masa ke semasa. Tabiat membaca dikalangan pelajar haruslah di semai dalam
diri masing-masing. Hal ini adalah untuk membentuk masyarakat yang cintakan ilmu
pengetahuan dan gemar membaca bahan bacaan tidak kira bahan bacaan ilmiah atau
maklumat am seperti yang terdapat dalam surat khabar atau majalah. Selain itu, tahap
kesedaran pelajar untuk membaca masih lagi rendah mungkin disebabkan oleh faktor luaran
dan dalaman yang menjadi penghalang dalam membentuk tabiat dan budaya yang positif
dalam membaca. Oleh itu, pihak berwajib melaksanakan program atau kempen kesedaran
mengenai kepentingan membaca agar budaya membaca menjadi satu kebiasaan di kalangan
pelajar-pelajar universiti. Amalan membaca adalah amat penting dalam merealisasikan
masyarakat yang cintakan ilmu agar dapat membentuk masyrakat yang berpengetahuan luas,
kritis dan kreatif.

RUJUKAN

Abdul Halim, Lilia Halim, T. Subahan Mohd Meerah & Kamisah Osman. (2010). Pembangunan
Instrumen Penyelesaian Masalah Sains. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(1): 35-39.

Abd. Wahab bin Mat. (1995). Hubungan minat membaca di kalangan pelajar-pelajar SMKA di
Seberang Perai dengan latar belakang keluarga dan persekitaran. Ijazah Sarjana Sains
(Pengurusan), Universiti Utara Malaysia.

Atan Long et al. 1984. A survey on reading habits and interests of Malaysian people. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Alimuddin bin Hj. Mohd. Dom, Tan Sri Dato’ Hj., (2009) Ucapan Perasmian Majlis Anugerah
NILAM Kebangsaan 2009, 14 Julai 2009, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Ahmad Munawar dan Mohd Nor Shahizan. (2012). Memahami Kuantitatif dan Kualitatif
Dalam Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi:UKM.

Babbie, E.R. (1986). Survey Research Method. Belmont, California: Wodsworth Publishing Co.

Bhasah. 2007. Pengujian, pengukuran dan Penilaian Pendidikan. Kuala Lumpur: Pustaka Salam
Sdn. Bhd.

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah Penyelidikan. Serdang. McGraw-Hill.


Chung., H.T. Naimah Yusoff, Shamsiah Mustaffa, Adnan Yusof dan Ab. Rahman Abu Bakar.
(1994). Sikap dan Tabiat Membaca Di Kalangan Guru-Guru Pelatih Di Tiga Buah Maktab
Perguruan Di Pantai Timur. Kota Bharu:MPKB.

Chung.,H.T. Sallehuddin Ismail dan Ismail Hassan. (1993). Sikap guru pelatih Maktab
Perguruan Kota Bharu terhadap aktiviti membaca: Satu kajian penerokaan. Jurnal
pendidikan

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities.
Educational and psychological measurement, 30 (3), 607-610.

Lim, Teh Eng. 1974. A study of the reading habits and interests of sixth-form students in
English medium schools, and their use of the school library facilities. Dissertation (M.Ed.),
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Najib Tun Razak. (1999). New Sabah Times. Dirujuk pada 28 Oktober 2019.

Na'imah Yusoff, Amran Ahmed & Rosy Talin. (2008). Sikap Dan Tabiat Membaca Di Kalangan
Pelajar Kursus Diploma Pengurusan Khas Universiti Malaysia Sabah. Kota Kinabalu: UMS.

Shaharon TM Sulaiman & Saiful Farik Mat Yatim (2011), dalam kajian Senario Budaya Membaca
Di Malaysia: Isu Dan Cabaran. Jurnal Bahasa Melayu, 2: 67-75.

Zalena Haji Abdul Razak. 1999. Tabiat membaca di kalangan remaja luar bandar : satu kajian
terhadap pelajar tingkatan 2 dan tingkatan 4 di kawasan Linggi dan Rantau, Negeri
Sembilan. Dissertation (M.Mgmt.), Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya.

Anda mungkin juga menyukai