Anda di halaman 1dari 4

Sistem pertandingan bentuk piramid ialah suatu sistem yang berhubung kait dengan

sistem cabar-mencabar. Hal ini adalah kerana sistem ini aturan pertandingannya yang
tersendiri kerana peraturan dan pengurusannya yang berbeza dengan sistem yang lain.
Perbezaannya boleh dilihat melalui kelebihan dan kelemahan sistem tesebut.

Kelebihan Pertandingan Piramid

Kelebihan yang pertama sistem ini memberikan peluang kepada 2 peserta yang
hampir sama kebolehan untuk bermain dalam peringkat yang sama. Hal ini adalah
untuk memastikan salah satu pihak yang menang boleh naik tahap yang seterusnya dan
bertanding secara adil berdasarkan kekuatan sesuatu peserta. Sekiranya peserta boleh
memenangi perlawanan tersebut maka dia akan naik ketahap yang seterusnya untuk mencabar
peserta yang lebih kuat. Setiap tahap mempunyai kekuatan yang berbeza kerana disebabkan
mata atau kemenangan yang mereka peroleh. Peserta yang menduduki tahap yang tertinggi
adalah mereka yang mempunyai mata dan kemenangan yang banyak dan boleh turun
kedudukan sekiranya pihak lawan dapat mengatasi akan pemarkahannya.

Kelebihan yang seterusnya ialah semua peserta bertanding secara terus tanpa
disingkirkan. Dalam sistem ini, semua peserta boleh mencabar pihak lawan berturut-turut
tanpa perlu melalui pusingan kalah mati. Hal ini adalah kerana dalam sistem ini tidak ada
penyingkiran dan memberikan peluang untuk semua peserta mendapat peluang merampas
tempat pertama asalkan mereka mempunyai keinginan untuk terus bertanding. Kekalahan
dalam perlawanan hanya akan menyebabkan peserta kekal di tahap mereka atau turun ketahap
yang paling rendah. Peserta yang kalah boleh mencabar lagi sehingga mereka menang tanpa
perlu risau mengenai penyingkiran.

Selain itu, sistem piramid ini hanya memerlukan sedikit pengawasan sahaja. Pihak
penganjur atau pihak pertandingan tidak terikat kepada waktu pertandingan yang berterus
seperti perlawanan yang melibatkan sistem kalah mati. Hal ini adalah kerana perlawanan
hanya akan berlaku sekiranya terdapat 2 peserta bersetuju untuk mengadakan pertandingan.
Jarak antara perlawanan yang tidak menentu membolehkan pengawasan yang kurang dan
tambahan pula sistem pemarkahan yang mudah tidak melibatkan pengiraann yang rumit
menyebabkan pertandingan lebih mudah untuk dijalankan.
Bagi menguatkan kelebihan sebelum ini, sistem piramid juga mempunyai waktu
perlawana yang fleksibel kerana perlawanan boleh diadakan dalam satu tempoh masa
yang berbeza. Jarak masa satu perlawanan dengan perlawanan yang seterusnya adalah tidak
tetap. Hal ini adalah kerana perlawanan hanya akan berlaku sekiranya terdapat peserta yang
mencabar dan menjadikan ini sebagai satu pertandingan yang boleh dilaksanakan dalam
tempoh masa yang lama. Peserta boleh mencabar peserta yang lain selepas kedua-duanya
bersetuju untuk bertanding dan menetapkan tarikh perlawanan. Sebagai contoh peserta
nombor 8 boleh mecabar peserta nombo 9 pada hari kelima walaupun pada hari keempat
peserta nombor 8 telah mencabar peserta yang lain dalam peringkat yang sama. Keadaan ini
menunjukkan bahawa jarak perlawanan boleh berdekatan dengan perlawanan akan datang
sekiranya peserta-peserta bersetuju. Peserta juga tidak perlu terburu-buru untuk mencabar
dan boleh membuat persediaan yang rapi sebelum mencabar peserta yang lain.

Dalam sistem pertandingan piramid ini hanya memerlukan sebilangan peserta


sahaja. Jumlah perserta adalah tetap dan tidak akan bertambah atau berkurang. Hal ini
adalah kerana sistem pertandingan jenis ini tidak memerlukan ramai peserta asalkan setiap
peringkat telah di isi oleh peserta. Selain itu, bilangan peserta juga agak terhad kerana setiap
peringkat hanya memerlukan beberapa peserta sahaja dan semakin tinggi peringkatnya
semakin sedikit jumlah peserta.

Kelemahan Sistem Pertandingan Piramid.

Disebalik kelebihan tersebut terdapat juga kelemahan sistem piramid tersebut, antara
kelemahan yang ketara ialah bilangan peserta permainan bergantung kepada inisiatif
peserta untuk mencabar. Setiap perserta perlulah bersedia untuk mencabar peserta yang
lain dan pada kebiasaannya tidak ramai peserta kan menyertai pertandingan yang
menggunakan sistem piramid kerana masa yang diperlukan oleh pertandingan tersebut adalah
panjang. Kebanyakan peserta lebih gemar untuk menyertai pertandingan yang singkat dan
tidak mengambil masa yang lama. Sebagai contoh sistem ini jarang digunakan di peringkat
sekolah kerana memerlukan peserta yang berkomitmen dengan pertandingan tersebut dan
ianya agak tidak sesuatu sekiranya melibatkan pelajar sekolah yang mempunyai banyak
tanggungjawab selain daripada bersukan.
Selain daripada itu, pertandingan yang lama dan peserta yang sama akan menyebabkan
hilangnya minat peserta selepas satu tempoh tertentu. Tempoh pertandingan yang
lama menyebabkan sesetengah peserta cepat hilang rasa seronok dan tambahan pula dengan
peserta yang dicabar adalah peserta yang sama sekiranya masih tidak dapat naik keperingkat
yang seterusnya kerana tidak cukup mata untuk naik keperingkat yang seterusnya. Peserta
yang kuat pula hanya akan bertemu dengan peserta yang kuat sahaja. Hal ini menyebabkan
peserta yang berada di peringkat bawah tidak akan berpeluang untuk menentang peserta yang
berada 2 peringkat di atas kerana mata atau kemenangan yang tidak mencukupi untuk naik ke
peringkat yang lebih tinggi. Seterusnya, peserta tidak akan termotivasi untuk terus mencabar
dan kekal berada di peringkat sendiri dan hanya menunggu masa untuk pertandingan selesai.

Seterusnya selepas beberapa ketika, pemain-pemain yang sama akan bertanding


antara satu sama yang lain kerana dalam sistem ini hanya membenarkan perserta untuk
mencabar perserta yang berdekatan dengan nombor masing-masing atau peringkat mereka
sendiri sebelum naik keperingkat yang lebih tinggi. Di fasa terakhir pertandingan, hanya
peserta yang berinisiatif sahaja yang akan meneruskan pertandingan terutamanya peserta yang
berada di tahap atas sahaja untuk mengekalkan kedudukan nombor 3 dan keatas. Hal ini
adalah kerana peserta lain hilang semangat untuk menentang. Setiap peserta memerlukan
mata yang mencukupi serta ianya akan mengambil masa yang lama untuk naik tahap yang
lebih tinggi. Pertandingan akan lebih menarik sekiranya terdapat pencabar yang baru
berbanding dengan perlawanan yang melibatkan peserta yang kuat sahaja. Ini akan
menyebabkan penonton hilang minat untuk melihat perlawanan kerana yang pesertanya yang
sama.

Kelemahan yang lain ialah sistem ini memerlukan kos yang banyak. Hal ini adalah
kerana tempoh masa pertandingan ini biasanya mengambil masa yang lama kerana proses
cabar mencabar adalah berterusan dari masa ke semasa. Jumlah perlawanan juga tidak dapat
ditentukan kerana peserta akan terus mencabar selagi masih mampu untuk bertanding. Hal ini
akan menyukar untuk mengawal kos pertandingan kerana tidak dapat dijangka kerana peserta
menang beberapa perlawanan untuk naik tahap dan jika peserta tersebut kalah maka mereka
akan terus mencabar sehingga menang. Sekiranya kesemua peserta aktif bersaing maka kos
yang lebih tinggi akan diperlukan untuk melaksanakan sistem tersebut. Keadaan ini akan
menjadi lebih sukar sekiranya penganjur menetapkan tempoh pertandingan yang lebih singkat
kerana kekerapan perlawanan akan bertambah dan akhirnya kos menjadi lebih tinggi.

Kelemahan lain yang boleh dikenalpasti ialah tidak cukup persediaan. Oleh kerana
peserta hanya ada masa 48jam untuk persiapkan diri selepas dicabar maka persediaan untuk
bertandingan biasanya tidak akan mencukupi. Keadaan ini boleh mengundang kepada
kecedaraan atau kepenatan dan sekaligus menjejaskan prestasi peserta. Peserta yang tidak
sanggup mengambil risiko akan menyebabkan mereka hilang semangat untuk terus mencabar
menyebabkan pertandingan menjadi kurang menarik. Hal ini hanya akan memberikan
kelebihan kepada peserta yang sememangnya cukup persediaan dari pelbagai aspek dan
menjadikan ianya pertandingan yang berfokuskan peserta yang kuat sahaja.

Anda mungkin juga menyukai