Anda di halaman 1dari 4

SISTEM PERTANDINGAN Pertandingan merupakan satu acara yang digunakan untuk menentukan pemenang dalam sesuatu aktiviti dalam

bidang kokurikulum. Banyak pertandingan yang boleh dilaksanakan sesebuah unit kokurikulum. Pasukan unit beruniform boleh menganjurkan pertandingan seperti pertandingan kawad kaki, perkhemahan, pertolongan kecemasan dan lain-lain pertandingan yang berkaitan dengan pasukan unit beruniform tersebut. Bidang persatuan dan kelab pula boleh menjalankan pertandinganpertandingan seperti pertandingan kuiz, perbahasan, syarahan, drama, pameran dan macam-macam lagi. Bidang sukan dan permainan pula boleh mengadakan sukaneka, pesta sukan tahunan dan pelbagai aktiviti. Pertandingan-pertandingan yang dianjukan pasukan kokurikulum sama ada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah mempunyai beberapa tujuan. Antara tujuan tersebut adalah untuk memotivasikan pelajar untuk berlatih dan berusaha supaya memenangi sesebuah pertandingan. Dengan memotivasikan diri pelajar, pelajar tersebut akan mempunyai rasa yakin diri yang lebih tinggi. Selain itu, tujuan pertandingan adalah untuk menentukan pencapaian seseorang pelajar, membuat pemilihan untuk pertandingan-pertandingan di peringkat yang lebih tinggi, membentuk sikap positif dalam kalangan pelajar serta untuk mengasah bakat dan kebolehan pelajar dalam bidang kokurikulum. Setiap pelajar mempunyai bakat dan kebolehannya yang tersendiri dan terpendam. Melalui penyertaanya dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan, seseorang pelajar boleh memperkembangkan dan mengasah bakat atau kebolehannya yang sedia ada. Secara kebiasaannya, dlam sesebuah pertandingan semestinya ada kalah dan mati. Seseorang pelajar boleh dibentuk untuk memiliki sikap posiif sekiranya pelajar tersebut boleh menerima kekalahannya dengan hati dan minda yang terbuka serta tidak berasa iri hati dan kecil hati terhadap pemenang pertandingan tersebut. Sebaliknya, pelajar tersebut berusaha dengan lebih gigih dan memupuk diri untuk mempunyai iltizam dan semangat untuk berjuang pada lain masa serta yang paling penting ialah pelajar tersebut tidak berputus asa. Maka, boleh disimpulkan disini bahawa tujuan-tujuan mengadakan pertandingan bersifat pembangunan menyeluruh

yang amat diperlukan untuk menghasilkan para pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Jenis-jenis pertandingan yang dilaksanakan oleh sesebuah persatuan di peringkat sekolah atau daerah bergantung kepada peraturan-peraturan asas persatuan, kesesuaian acara yang dipertandingkan, serta peringkat-peringkat pertandingan. Terdapat beberapa jenis pertandingan yang boleh dilaksanakan dalam aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah dan peringkat sekolah menengah. Antara jenis-jenis pertandingan yang sedia ada dan selalu dilaksanakan adalah seperti pertandingan sekali gus, pertandingan kalah mati, pertandingan kalah mati dengan sagu hati, pertandingan kalah mati dua kali, pertandingan liga, pertandingan separuh liga dan lain-lain. Sistem sekali gus. Menggunakan sistem ini, pertandingan boleh dijalankan secara sekali gus atau sekali sahaja. Pertandingan-pertandingan yang dianjurkan unit beruniform boleh dilaksanakan menggunakan sistem ini. Pertandingan-pertandingan yang sering diadakan badan beruniform adalah seperti perkhemahan, kawad kaki, memasak, pertunjukkan pentas dan lain-lain. Untuk menentukan johan bagi pertandingan yang diadakan, semua kumpulan yang bertanding akan diberi markah berpandukan criteria dan bahagian yang telah ditetapkan. Pemenang ialah kumpulan yang memperoleh markah tertinggi. Pertandingan liga. Sistem pertandingan liga biasanya dilaksanakan dalam pertandingan yang melibatkan bidang sukan dan permainan. Antara permainan yang menggunakan sistem pertandingan liga ialah bola sepak, bola keranjang dan banyak lagi. Sistem pertandingan ini digunakan apabila tempoh masa untuk menentukan kemenangan mengambil masa atau tempoh yang panjang. Ini berikutan system ini memerlukan banyak pertandingan. Bagi mengelak pertembungan perlawanan, satu jadual pertandingan liga perlu dibuat dan disusun dengan sistematik. Pada kebiasaannya, penyusunan pertandingan bagi kumpulan atau peserta angka genap seperti empat pasukan atau enam pasukan adalah tidak sukar kerana pertandingan akan dijalankan secara berpasangan. Lazimnya, penyusunan pertandingan akan dilakukan dengan pasukan pertama mengekalkan kedudukannya dan bertanding

dengan kumpulan yang terdekat dengannya. Misalnya, dalam pusingan pertama, kumpulan A akan bertanding dengan kumpulan B manakala kumpulan C akan bertanding dengan kumpulan D. Dalam pusingan kedua, kumpulan A akan melawan kumpulan D manakala kumpulan B akan melawan kumpulan C. Dalam pusingan ketiga pula, kumpulan A akan berhadapan dengan kumpulan C manakala kumpulan B akan berhadapan dengan kumpulan D. Keadaan ini akan berterusan hingga ke akhir pertandingan. Pertandingan liga juga boleh dijalankan apabila bilangan penyertaan pasukan yang mengambil bahagian berangka ganjil. Dalam senario sebegini, cara penyusunan akan dilakukan dengan mencukupkan kumpulan supaya menjadi genap. Kaedah ini digunakan untuk menyenangkan proses penyusunan jadual pertandingan. Semasa pertandingan berlangsung, satu pasukan akan dianggap menunggu gilirannya sementara pasukan lain bertanding. Sebagai contoh, sekiranya terdapat lima kumpulan yang akan bertanding, pengiraan kumpulan akan dilakukan dengan menjadikannya enam pasukan. Kumpulan yang bakal bertanding dengan kumpulan keenam akan dianggap sebagai menunggu dan tidak ada pertandingan yang berlangsung pada ketika itu. Misalnya, dalam pusingan pertama, kumpulan A akan melawan kumpulan B, kumpulan C akan melawan kumpulan D dan kumpulan E akan melawan kumpulan F. Disini, tiada pertandingan yang berlangsung antara kumpulan E dan kumplan F kerana kumpulan E dianggap kumpulan yang menunggu manakala kumpulan F adalah kumpulan yang diwujudkan untuk memudahkan proses penyusunan jadual pertandingan. Keadaan ini akan berterusan sehingga akhir pertandingan. Pertandingan kalah mati. Seperti sistem pertandingan liga, sistem pertandingan kalah mati juga diadakan bagi pertandingan bidang sukan dan permainan. Sistem pertandingan ini adalah bersesuaian dengan permainan bola sepak, bola jaring, badminton dan sebagainya. Sistem pertandingan ini digunakan apabila masa bagi sesuau pertandingan adalah terhad dimana pemenang perlu ditentukan dalam tempoh yang singkat dan bilangan peserta atau kumpulan yang bertanding adalah banyak. Kadangkala, sistem pertandingan ini telah ditentukan oleh pihak penganjur. Dalam sistem pertandingan ini, terdapat dua kaedah dalam sistem kalah mati yang boleh dilaksanakan. Kedua-dua kaedah tersebut adalah kalah mati tanpa bye dan kalah mati dengan bye. Sekiranya bilangan kumpulan yang bertanding atau peserta nya

berjumpah asas lapan, kaedah kalah mati tanpa bye dilaksanakan manakala jka jumlah kumpulan atau peserta tidak mencukupi asas lapan, maka kaedah kalah mati dengan bye pula digunakan. Bye disini bermaksud peserta atau kumpulan perlu menunggu tanpa memasuki pertandingan pusingan pertama. Kumpulan atau peserta bye ini akan terus memasuki pusingan kedua permainan dan bertanding dengan pemenang pusingan pertama. Terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi semasa menentukan kumpulan atau peserta yang menunggu dalam sesuatu pertandingan sistem kalah mati dengan bye. Peraturan-peraturan tersebut adalah penanti perlu duletakkan dalam pusingan awal dan penempatan kumpulan dan peserta hendaklah ditentukan dengan pengundian dan sismetrikal. Andai kata, sekiranya terdapat dua peserta yang menanti, maka kedudukannya adalah satu yang diletakkan di tempat teratas dan satu ditempatkan di tempat bawah sekali. Untuk menentukan kumpulan atau peserta dalam pertandingan kalah mati tanpa bye dan kalah mati dengan bye, pengundian akan dilakukan. Tidak kira dalam apa keadaan, kumpulan yang kalah akan secara automatiknya terkeluar dari pertandingan.

Anda mungkin juga menyukai