Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN

Sukan ragam atau lebih di kenali potted sports dalam bahasa Inggeris, bukanlah satu perkara yang baru dalam Pendidikan Jasmani di sekolah, ia mula diperkenalkan dalam sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani sejak awal tahun 60-an, namun malangnya ia belum mendapat tempat yang sewajarnya sebagai satu kegiatan Pendidikan Jasmani, kurangnya kesedaran di kalangan guru tentang faedah dan nilai sukan ragam dalam rancangan keseluruhan Pendidikan Jasmani. Mungkin juga ada pihak yang tersalah anggap bahawa sukan ragam ini susah cara pengelolahannya, menjadi satu faktor ia diabaikan. Dalam rancangan tahunan guru Pendidikan Jasmani seharusnya memperuntukkan sekurang-kurangnya satu penggal persekolahan untuk acara Sukan Ragam. Langkah ini wajar kerana murid akan dapat menikmati keseronokan , kepuasan dan pengalaman dari pertandingan Sukan Ragam. (Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan sekolah Rendah m/s 257.)

DEFINISI
Ragam bermaksud cara atau kegiatan yang berbagai bentuk. Pertandingannya adalah mengikut sistem berpasukan. Perserta-perserta akan menjalani acara-acara sukan ini secara bergilir-gilir dan memungut mata untuk pasukannya. Pencapaian mata atau markah adalah berasaskan prestasi setiap perserta dalam acara tertentu. Keputusan pertandingan sukan ragam ditentukan dengan mengira jumlah mata yang di perolehi setiap pasukan itu. Satu kelebihan sukan ini ialah cara pemberian mtanya, skor bagi setiap acara itu biasanya mengambil kira taraf kebolehan murid-murid dalam sesuatu acara itu. Cara ini penting bagi memastikan setiap murid berpeluang merasai kejayaan dan memberi sumbangan kepada pasukannya. Dari segi psikologi, pengalaman yang serupa ini akan membina sifat yakin diri dalam sanubari murid-murid.(Penidikan jasmani dan pendidikan kesihatan m/s257.)

FAEDAH SUKAN RAGAM Semua murid dapat mengambil bahagian. Ini kerana acara-acara sukan ragam melibatkan penggunaan kemahiran asas melompat atau mengawal perkakas.) Sistem pertandingan sukan ragam memberi peluang kepada semua murid untuk mengambil bahagian secara aktif dan menyedari akan peranan masing-masing dalam pasukannya Kegiatan yang berbagi corak ini akan mendatangkkan keseronokan kepada muridmurid. Melalui istem pemberian mata memberi peluang kepada setiap murid merasai kemenangan. Sifat-sifat kemasyarakatan dan semangat berpasukan dan kepimpinan dapat dipupuk di samping membiasakan murid mematuhi peraturan. Waktu pendidikan jasmani boleh digunakan bagi mengelakkan murid berasa bosan. Sukan ragam tidak memerlukan peralatan yang khas, peralatan pendidikan jasmani yang biasa digunakan adalah memadai. Kawasan yang digunakan untuk menjalani aktiviti ini tidak semestinya luas. Memberi peluang kepada guru untuk menilai tahap pencapaian setiap individu. Keputusan sukan ragam boleh, di gunakan untuk menilai sejauh mana keberkesanannya.
( Pendidikan Jasmani & Pen Kesihatan m/s 258)

pendidikan jasmani (seperti: berlari,

PRINSIP-PRINSIP PENGELOLAAN SUKAN RAGAM

o o

Pertandingan adalah secara berpasukan selaras dengan objektif-objektif sukan ragam. Pembahagian murid dalam pasukan hendaklah seimbang dari segi jantina, (bagi kelas campuran) dan kebolehan perserta. Ini bagi mengelakkan pertandingan yang berat sebelah, seterusnya menyebabkan murid-murid hilang keyakinan.

Setiap perserta mempunyai bilangan ahli yang sama dan mempunyai seorang ketua pasukan. Ketua pasukan juga bertindak sebagai pencatatnya,penyusun peralatan dan pengawal pusingan.

Bilangan pasukan dan acara hendaklah sama supaya pertandingan berjalan dengan licinnya.

Guru harus mempunyai pengetahuan asas tentang kemampuan murid. Taraf bagai setip acara itu hendaklah berpatutan dan membenarkan semua murid merasai kejayaan mengikut kejayaan masing-masing.

o o o o o

Sistem pemberian markah atau skor hendaklah mudah difahami. Peraturan - peraturan bagi setiap acara itu hendaklah minimum. Pilih acara yang berlainan agar dapat menguji keupayaan yang berbeza-beza. Selang selikan acara yang berat dengan acara yang ringan. Rancangkan kegiatan yang dapat menggunakan kesemua kemudahaan sedia ada untuk mengurangkan perbelanjaan.
( Pendidikan Jasmani & Pen Kesihatan m/s 258-259)

Anda mungkin juga menyukai