Anda di halaman 1dari 19

Panduan Jahit Sendiri Tudung Chiffon 3 Layer

Setiap orang ada cara sendiri untuk menjahit tudung chiffon 3 layer. Saya nak tunjukkan cara yang saya gunakan untuk menjahit tudung chiffon 3 layer ini. PENGENALAN Tudung chiffon layer sekarang menjadi pilihan ramai di mana-mana. Blog ini memberi panduan kepada cik/puan yang berminat untuk menjahit tudung chiffon 3 layer sendiri. Panduan berikut boleh memberi idea untuk menjahit sendiri tudung tiga layer. Sediakan kain chiffon. Kain chiffon boleh dibeli di Kamdar atau Jackel. Setiap satu kain 1 meter setiap satu. STEP 1 Sediakan dasar chiffon tiga layer iaitu A,B dan C seperti gambar di bawah. A = bahagian atas B = bahagia tengah C= bahagian bawah

STEP 2 Sediakan pola seperti A, B,C di bawah. Untuk pola B kurangkan 1 inci daripada pola A. Untuk pola C kurangkan 1 inci dari pola B. Sebaiknya lebihkan sedikit untuk memudahkan trim nanti. Pola boleh dibentuk dengan menggunakan kertas keras, kertas minyak, kertas suratkhabar atau apa-apa bahan yang sesuai.

STEP 3 Lipat kain mengikut era menjadi sama besar untuk mendapat layernya

STEP 4 Letakkan pola dan potong ikut lebihan 1 inci untuk trim.

STEP 5 Setiap layer yang dipotong kita snap sedikit di atasnya sebagai penanda.

Hasil kain yang dipotong seperti di bawah

STEP 6 Ulang untuk warna yang berlainan

STEP 7

Ambil ketiga-tiga layer tadi dan cantumkan ketigatiganya. Kemudian bentang semula untuk ditrim. Jarak antara tiga layer adalah 1 inci.

Pada bahagian yang disnap tadi lekatkan dengan jarum peniti.

STEP 8 Cantumkan kain seperti di bawah

Lihat ukuran seperti di bawah. Jarak dari tanda snap ke hujung 12 inci untuk lekatkan ketiga-tiga layer seperti tanda garis biru.

STEP 9 Jahit untuk lekat kain tadi dari tanda snap hingga ke garis biru. Selesai untuk langkah mencantum ketigatiga layer.

STEP MEMBUAT AWNING STEP 1 FULL AWNING (i) Gunakan kain gam yang keras. (ii) Kain pelapik pertama gunakan satin atau cotton biasa. (iii) Kain chiffon. Potong awning mengikut pola 2 lapis kain untuk dilipat. Kemudian potong pelapik gam seperti pola di bawah.

STEP 2 Seterika awning dengan pelapik gam.

STEP 3 Guna glu untuk melekatkan kain chiffon

STEP 4 Seterika awning bersama pelapik gam seperti di bawah.

STEP 5 Kemudian jahit di bahagian depan inci untuk melekatkan kain chiffon dengan pelapik gam.

STEP 6 Seterika sekali lagi untuk kemasan.

STEP 7 Jahit sekeliling awning.

Hasil jahitan.

STEP 8 Trim ikut betul-betul dengan pola awning di atasnya.

STEP 8 Kemudian tanda di tengah-tengahnya.

STEP MEMBUAT CANTUMAN AWNING DENGAN KAIN STEP 1 Cantumkan: (i) Ambil tiga layer yang telah siap tadi dan lekat dengan awning. (ii) Dengan jarak inci kita jahit dan cantumkan awning dengan 3 layer kain chiffon. (iii) Seterika lagi.

STEP 2 Jahit sekeliling awning

STEP 3 Kemaskan dengan menjahit tepi biasa. Cantumkan ketiga-ketiga layer dengan jarak 11.5 inci dari atas awning ke bawah dagu (jarak dari A ke B). Kemudian jahit dari B ke C jarak lebih kurang 5 inci bercantum untuk ketiga-tiga layer.

STEP 4 Jahit lebihan sehingga hujung (dari C ke D) untuk setiap layer. Setiap layer tidak bercantum.

STEP 5 Dari dagu jahit sekeliling awning. Setelah selesai, trim sekali lagi untuk mendapat layer yang kemas dan cantik.

STEP 6 Jahit tepi halus. Gunakan benang dengan color yang sesuai.

STEP 7 Buatkan tapak untuk meletak brouch. Ukuran dari dagu (A) ke B dengan jarak 2 inci. Dari B ke C dengan jarak 4.5 inci. Semasa jahit besarkan jarak benang untuk dapatkan tapak brouch.

Tudung setelah diletakkan brouch.

STEP 8 Seterika dan cuba pakai untuk menggayakan tudung chiffon 3 layer.

STEP 8 Tudung yang sudah siap. Sedap dipakai cantik dipandang.

SELAMAT MENCUBA. Amaran: Panduan ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri menjahit tudung chiffon 3 layer. Jika terdapat sebarang kerugian semasa mengikut panduan ini adalah menjadi tanggungjawab sendiri.

Anda mungkin juga menyukai