Anda di halaman 1dari 6

ARTIKEL JAHITAN

PENGENALAN
1. Artikel jahitan bermaksud sesuatu yang dihasilkan daripada kain ataupun fabrik melalui
proses jahitan sama ada jahitan tangan atau mesin.
2. Dihasilkan dari bahan utamanya iaitu fabrik atau kain.
3. Contoh fabrik yang boleh jadikan artikel jahitan ialah:
a. Kain langsir
b. Perca kain
c. Cadar
d. Sarung kusyen
e. Alas meja

ARTIKEL JAHITAN DAN KEGUNAANNYA


1. Setiap artikel jahitan boleh digunakan untuk diri sendiri atau dijual.
2. Dapat menjimatkan kos perbelanjaan.
3. Contoh artikel jahitan
a. Beg pensil
b. Sarung kusyen
c. Kusyen mini
d. Penggantung surat
e. Uncang mini
f. Apron
g. Pemegang periuk
h. Bekas tisu
JENIS-JENIS JAHITAN

Jahitan tangan boleh dibuat dengan menggunakan jarum dan benang.

1) Jahitan jelujur

Jahitan jelujur kasar ini menyambungkan dua atau lebih kepingan fabrik. Ia
merupakan jahitan sementara sebelum jahitan kekal dibuat. Ia juga digunakan untuk
menetapkan kelim di kedudukan dan senang dicabut.

Jahit dari kiri ke kanan. Mulakan dengan jahitan kia. Masukkan jarum pada A dan keluarkan
pada B dengan jarak 1 cm dari A.

Teruskan jahitan hingga sampai ke hujung fabrik. Matikan dengan jahitan kia.

Jahitan yang telah siap.


 2) Jahitan Kia

Jahitan ini digunakan sebagai pengganti jahitan mesin dan untuk memula dan mematikan
jahitan tangan. Ia kukuh, rapat dan kelihatan seperti jahitan mesin di sebelah luar fabrik.

Jahit dari kanan ke kiri. Cucuk jarum pada A dan keluarkan pada B dengan jarak 2 mm.

Cucuk jarum sekali lagi pada A dan keluarkan pada B.

Jahit hingga ke hujung fabrik. Matikan jahitan dengan jahitan kia sebanyak dua kali.
3. Jahitan lilit kemas

Jahitan ini digunakan untuk menyambung dua tepi fabrik berlipat atau melekatkan tempat
dan tampalhias pada artikel atau pakaian.

Jahit dari kanan ke kiri. Mulakan dengan meninggalkan 1 cm benang di antara dua lipatan.
Cucuk jarum  secara menegak dan menghala ke arah penjahit pada fabrik lapisan bawah (A)
dan keluarkan pada fabrik lapisan atas (B).

Akhiri jahitan dengan menjahit ke kanan semula di atas 3 atau 4 mata jahitan lilit ubi.
4. Jahitan sembat.

Jahitan ini digunakan untuk menjahit kelepet. Jahitannya kelihatan kecil, halus dan rapat. Ini
menyebabkan mata jahitan boleh dilihat di sebelah luar fabrik.

Jahit dari kanan ke kiri. Mulakan dengan jahitan kia di bawah lipatan kelepet. Masukkan
jarum pada A dan keluarkan pada B di bahagian lipatan. Jarum hendaklah condong sebanyak
30 darjah. Terus menjahit sehingga ke hujung fabrik dan matikan jahitan dengan jahitan kia.

5. Jahitan Sembat susup

Jahitan ini kemas, halus dan hampir tidak kelihatan di sebelah luar fabrik. Ia digunakan
untuk menjahit kelepet dan lapik.

Jahit dari kanan ke kiri. Mulakan dengan jahitan kia di bawah lipatan kelepet. Ambil dua
atau tiga urat benag fabrik lapisan daripada kelepet.

Susup jarum ke dalam lipatan kelepet sepanjang 3mm - 6mm.

Teruskan menjahit dan matikan jahitan dengan jahitan kia


6. Jahit Insang Pari

Jahitan ini digunakan untuk mengemas tepi fabrik dan sebagai jahitan perhiasan untuk
menjahit motif.

Jahit dai kiri ke kanan. Mulakan dengan beberapa jelujur halus menegak pada A. Cucuk
jarum menegak pada B dan halakan jarum ke arah penjahit. Letakkan benang di bawah
hujung jarum dan tarik benang menghala ke arah penjahit.

Matikan jahitan dengan beberapa jelujur halus menegak disebelah kanan mata jahitan
insang pari yang akhir.

Anda mungkin juga menyukai