Anda di halaman 1dari 8

Beli Jenis busana Pendek PINGGANG APRON Chef Apron Setengah ukuran Profesional untuk

Server, PELAYAN, PELAYAN, BAR, CAF dari Handal apron ..

Jahitan Asas
Mata Jahitan Asas
 Jahitan Sementara
 Jahitan Kekal
 Jahitan Hiasan

Jahitan Sementara:

a. Jelujur Kasar/Sama

Ciri-ciri :
 Mata jelujur sama panjang di sebelah luar dan di sebelah dalam (1.25 cm)
 Mudah ditanggalkan.
Kegunaan:
 Menanda garisan pola di pakaian seperti tempat letak kocek, tempat lipatan dan
menetap pelapik.
 Guna benang berlainan warna supaya senang dibuka setelah dimesin atau disembat.
b. Jelujur Halus

Ciri-ciri:
 Mata jahitan yang sama panjang iaitu 3mm - 5mm.
 Lebih kukuh dari jelujur kasar.
Kegunaan:
 Melekat lapisan fabrik sementara.
 Menanda garisan tengah badan hadapan dan belakang, kedudukan lubang butang,
mengedutkan fabrik, mensekatakan kepala lengan, mengemas tepi fabrik yang melengkung
dan sebagai hiasan.
c. Jelujur Panjang dan Pendek

Ciri-ciri:
 Mata jahitan yang panjang 1.25cm dan pendek 0.5cm.
 Jarak antara panjang dan pendek ialah 0.5cm.
 Lebih kukuh dan susah ditanggalkan.
Kegunaan:
 Menanda garis tengah hadapan dan belakang.
 Menanda kedudukan sesuatu bahagian pakaian.
 Lebih sesuai untuk fabrik yang tebal, lembut dan licin(mudah tergelincir).
Jahitan Tangan (Kekal):

a. Jahitan Penyambung -

i. Jelujur Halus
Ciri-ciri: seperti Jahitan Sementara

Kegunaan: Menggantikan jahit mesin dan sebagai hiasan.

ii. Jahitan Kia

Ciri-ciri:
 Sebelah luar jahitan seperti jahitan mesin dan sebelah dalam seperti jahitan batang.
 Boleh menggantikan jahitan mesin.
Kegunaan:
 Memulakan dan mengakhiri jahitan tangan tetap.
 Untuk melekatkan dua atau lebih lapisan fabrik dengan tetap dan kukuh.
iii. Jahitan Lilit Ubi (Whip stitches)

Kegunaan:
 Mengelakkan tepi kain dari berbulu.
 Untuk menyambung dua keping fabrik atau lebih (contoh: Tampal Cantum @ Renda-
renda
 Untuk mengemas tepi-tepi kocek tampal, kelim belah kangkung, kelim-kelim
pinggang dan lengan.
b. Jahitan Pengemas -

i. Jahitan Sembat (Hemming)

Ciri-ciri:
 Kecil, halus, rapat, sekata dan kukuh
Kegunaan:
 Untuk mengekalkan kelepet pakaian atau atikel.
 Untuk menetapkan lipatan tepi tampal, pita dan lipatan kelim pada
tangan.
 Untuk menetapkan pelapik di kolar dan belah pakaian.
 Untuk mengemaskan kun, tepi ikatan pinggang, pelapik pada kolar dan
belahan pakaian.
 Boleh dilihat di sebelah luar pakaian.

JENIS-JENIS JAHITAN
Jenis-jenis jahitan
Jahitan tangan boleh dibuat dengan menggunakan jarum dan benang.
1) Jahitan jelujur
Jahitan jelujur kasar ini menyambungkan dua atau lebih kepingan fabrik. Ia merupakan
jahitan sementara sebelum jahitan kekal dibuat. Ia juga digunakan untuk menetapkan kelim
di kedudukan dan senang dicabut.

Jahit dari kiri ke kanan. Mulakan dengan jahitan kia. Masukkan jarum pada A dan keluarkan
pada B dengan jarak 1 cm dari A.

Teruskan jahitan hingga sampai ke hujung fabrik. Matikan dengan jahitan kia.

Jahitan yang telah siap.

2) Jahitan Kia
Jahitan ini digunakan sebagai pengganti jahitan mesin dan untuk memula dan mematikan
jahitan tangan. Ia kukuh, rapat dan kelihatan seperti jahitan mesin di sebelah luar fabrik.
Jahit dari kanan ke kiri. Cucuk jarum pada A dan keluarkan pada B dengan jarak 2 mm.

Cucuk jarum sekali lagi pada A dan keluarkan pada B.

Jahit hingga ke hujung fabrik. Matikan jahitan dengan jahitan kia sebanyak dua kali.

3. Jahitan lilit ubi


Jahitan ini digunakan untuk menyambung dua tepi fabrik berlipat atau melekatkan tempat
dan tampalhias pada artikel atau pakaian.
Jahit dari kanan ke kiri. Mulakan dengan
meninggalkan 1 cm benang di antara dua lipatan. Cucuk jarum secara menegak dan
menghala ke arah penjahit pada fabrik lapisan bawah (A) dan keluarkan pada fabrik lapisan
atas (B).

Akhiri jahitan dengan menjahit ke kanan semula di atas 3 atau 4 mata jahitan lilit ubi.

4. Jahitan sembat.
Jahitan ini digunakan untuk menjahit kelepet. Jahitannya kelihatan kecil, halus dan rapat.
Ini menyebabkan mata jahitan boleh dilihat di sebelah luar fabrik.

Jahit dari kanan ke kiri. Mulakan dengan jahitan kia di bawah lipatan kelepet. Masukkan
jarum pada A dan keluarkan pada B di bahagian lipatan. Jarum hendaklah condong
sebanyak 30 darjah. Terus menjahit sehingga ke hujung fabrik dan matikan jahitan dengan
jahitan kia.

5. Jahitan Sembat susup


Jahitan ini kemas, halus dan hampir tidak kelihatan di sebelah luar fabrik. Ia digunakan
untuk menjahit kelepet dan lapik.
Jahit dari kanan ke kiri. Mulakan dengan jahitan kia di bawah lipatan kelepet. Ambil dua
atau tiga urat benag fabrik lapisan daripada kelepet.

Susup jarum ke dalam lipatan kelepet sepanjang 3mm - 6mm.

Teruskan menjahit dan matikan jahitan dengan jahitan kia.

6. Jahit Insang Pari


Jahitan ini digunakan untuk mengemas tepi fabrik dan sebagai jahitan perhiasan untuk
menjahit motif.
Jahit dai kiri ke kanan. Mulakan dengan beberapa jelujur halus menegak pada A. Cucuk
jarum menegak pada B dan halakan jarum ke arah penjahit. Letakkan benang di bawah
hujung jarum dan tarik benang menghala ke arah penjahit.

Matikan jahitan dengan beberapa jelujur halus menegak disebelah kanan mata jahitan
insang pari yang akhir.

Email ThisBlogThis!Share to Twitte

Anda mungkin juga menyukai