Anda di halaman 1dari 5

Jahitan Asas

Mata Jahitan Asas

Jahitan Sementara

Jahitan Kekal

Jahitan Hiasan
Jahitan Sementara:
a. Jelujur Kasar/Sama

Ciri-ciri :

Mata jelujur sama panjang di sebelah luar dan di sebelah dalam (1.25 cm)

Mudah ditanggalkan.
Kegunaan:

Menanda garisan pola di pakaian seperti tempat letak kocek, tempat lipatan dan
menetap pelapik.

Guna benang berlainan warna supaya senang dibuka setelah dimesin atau disembat.
b. Jelujur Halus

Ciri-ciri:

Mata jahitan yang sama panjang iaitu 3mm - 5mm.

Lebih kukuh dari jelujur kasar.


Kegunaan:

Melekat lapisan fabrik sementara.

Menanda garisan tengah badan hadapan dan belakang, kedudukan lubang butang,
mengedutkan fabrik, mensekatakan kepala lengan, mengemas tepi fabrik yang melengkung
dan sebagai hiasan.
c. Jelujur Panjang dan Pendek

Ciri-ciri:

Mata jahitan yang panjang 1.25cm dan pendek 0.5cm.

Jarak antara panjang dan pendek ialah 0.5cm.

Lebih kukuh dan susah ditanggalkan.


Kegunaan:

Menanda garis tengah hadapan dan belakang.

Menanda kedudukan sesuatu bahagian pakaian.

Lebih sesuai untuk fabrik yang tebal, lembut dan licin(mudah tergelincir).

Jahitan Tangan (Kekal):


a. Jahitan Penyambung i. Jelujur Halus
Ciri-ciri: seperti Jahitan Sementara
Kegunaan: Menggantikan jahit mesin dan sebagai hiasan.
ii. Jahitan Kia

Ciri-ciri:

Sebelah luar jahitan seperti jahitan mesin dan sebelah dalam seperti jahitan batang.

Boleh menggantikan jahitan mesin.


Kegunaan:

Memulakan dan mengakhiri jahitan tangan tetap.

Untuk melekatkan dua atau lebih lapisan fabrik dengan tetap dan kukuh.
iii. Jahitan Lilit Ubi (Whip stitches)

Kegunaan:

Mengelakkan tepi kain dari berbulu.

Untuk menyambung dua keping fabrik atau lebih (contoh: Tampal Cantum @ Rendarenda

Untuk mengemas tepi-tepi kocek tampal, kelim belah kangkung, kelim-kelim pinggang
dan lengan.

b. Jahitan Pengemas i. Jahitan Sembat (Hemming)

Ciri-ciri:

Kecil, halus, rapat, sekata dan kukuh


Kegunaan:

Untuk mengekalkan kelepet pakaian atau atikel.

Untuk menetapkan lipatan tepi tampal, pita dan lipatan kelim pada tangan.

Untuk menetapkan pelapik di kolar dan belah pakaian.

Untuk mengemaskan kun, tepi ikatan pinggang, pelapik pada kolar dan belahan
pakaian.

Boleh dilihat di sebelah luar pakaian.


ii. Jahitan Insang Pari (Blanket Stitches)

Ciri-ciri:

Kukuh dan boleh dilihat pada kedua-dua belah fabrik.


Kegunaan:

Mengemas tepi fabrik terutama fabrik tebal seperti flannel.

Mengelakkan tepi kain dari berbulu.

Sebagai jahitan hiasaan.

Anda mungkin juga menyukai