Anda di halaman 1dari 6

KELIM

Sejenis proses jahitan yang mencantum dua atau lebih kepingan fabrik.
Kelim juga digunakan untuk memberi bentuk dan stail pada pakaian.
Terdapat beberapa jenis kelim antaranya kelim belah kangkung, kelim betawi, kelim papan

mesin dan kelim lipat tindih.


Pemilihan kelim bergantung pada jenis fabrik, kedudukan kelim, dan jenis pakaian yang
dibuat.

Pemilihan jenis kelim

KELIM BELAH KANGKUNG

Kelim belah kangkung ialah sejenis kelim yang popular dan mudah dijahit.
Kelim ini rata dan tidak kelihatan di sebelah luar artikel atau pakaian.
Kelim ini juga sesuai untuk menjahit kebanyakan artikel dan pakaian.
Lebar kelim yang telah siap dijahit ialah antara 12 mm hingga 16 mm.

Cara menjahit kelim belah kangkung


Langkah 1

Temukan kedua-dua sebelah luar fabrik.


Jahit dengan jahitan jelujur dan jahit dengan jahitan mesin di garisan pemadan.
Langkah 2

Tekan dan seterika supaya kelim terbuka.


Tepi basi kelim belah kangkung boleh dikemaskan dengan jahitan mesin atau jahitan tangan.
Sebelum dikemaskan dengan jahitan tangan, tepi basi kelim perlu dikukuhkan dengan jahitan mesin.
Cara mengemas kelim belah kangkung

Jahit ingsang pari

Jahit lilit kemas

Menggunakan gunting pucuk rebung /bergerigi


KELIM BETAWI

Kelim betawi ialah sejenis kelim yang kukuh dan halus.

Jahit mesin

Menggunakan kun

Kelim ini sesuai digunakan untuk menjahit fabrik nipis dan fabrik yang mudah berjerumbai.
Kelim ini mempunyai dua baris jahitan.

Ciri-ciri kelim betawi


a) Lebar kelim yang siap ialah 5 mm hingga 7 mm pada keseluruhannya.
b) Kelim tidak beralur di jahitan pertama.
c) Basi kelim tidak kelihatan dari sebelah luar.
d) Kelim tidak bergulung.
e) Kedua-dua baris jahitan tidak kelihatan di sebelah luar pakaian.
Cara menjahit kelim betawi
Langkah 1

Temukan kedua-dua sebelah dalam fabrik dan jahit dengan jahitan jelujur di garisan pemadan.
Jahit dengan jahitan mesin kira-kira 6mm di luar garisan pemadan.
Langkah 2

Tekan dan seterika supaya kelim terbuka.


Trim basi kelim hingga tinggal 4 mmdari garis jahitan pertama.
Langkah 3

Lipat kelim supaya sebelah luar bertemu. Jahit dengan jahitan jelujur dan jahit dengan jahitan mesin
kira-kira 6 mmdari tepi kelim di garisan pemadan. Tekan dan seterika ke arah belakang pakaian.
KELIM LIPAT TINDIH

Kelim lipat tindih atau kelim tampal ialah kelim yang sangat berguna bagi pakaian dalam dan

sebahagian pakaian luar.


Ia digunakan untuk stail dan perhiasan pakaian terutama bila merupakan potongan istimewa

untuk memperlihatkan mata jahitan pada kelim di sebelah luar.


Ia dijahit di sebelah luar pakaian dengan sebahagian kelim itu menindih yang lain.
Kelim ini kukuh kerana ia dijahit tiga lapisan fabrik.
Digunakan untuk melekat/mencantum bahagian pakaian dan skirt, sambungan di pinggang untuk

potongan sendat di pinggang, memasang bahu mendatang, ropol serta pita.


Bahagian yang rata hendaklah diletakkan di atas bahagian yang mengelembung kedut lepas,

lipatan halus dan sebagainya.


Jika kedua-dua kepingan yang hendak disambung, letakkan bahagian atas pakaian itu diatas

bahagian bawah pakaian.


Kelim ini tidak digunakan pada fabrik-fabrik tebal.

Cara menjahit kelim lipat tindih


Langkah 1

Lipatkan bahagian sebelah atas kelim di garisan pemadan di sebelah dalam dan dijelujur.
Langkah 2

Tandakan garisan tengah, garisan pemadan dan kedut jika perlu di bahagian bawah kelim.
Langkah 3

Letakkan tepi bahagian atas yang berlipat di atas garisan pemadan bahagian bawah kelim dengan
garisan tengah bertemu. Jelujur dan tetapkan dengan jahitan mesin di tepi lipatan sebelah atas.
Cabut jahitan jelujurnya.
KELIM PAPAN MESIN

Kelim papan mesin ialah kelim berjahit dua kali yang boleh dibuat di sebelah luar pakaian atau di
sebelah dalam pakaian.

Kelim ini rata, kukuh dan sesuai untuk fabrik nipis dan tebal.
Lebar kelim yang siap biasanya berukuran 4mm hingga 6 mm.
Ia digunakan untuk membuat pakaian dalam, kemeja, blaus kemeja, pijama, seluar, pakaian kerja,
jean dan pada fabrik bercorak.

Kebaikannya:
1. Kukuh kerana terdapat dua baris jahitan.
2. Kemas kerana semua tepi fabrik tidak kelihatan.
3. Rata.
4. Mudah dicuci/didobi.
Keburukannya:
1. Tebal dan berat bila digunakan pada fabrik tebal.
2. Dua baris jahitan mesin kelihatan di sebelah luar pakaian jika kelim ini dibuat dari sebelah
luar.
Cara menjahit kelim papan mesin
Langkah 1

Temukan kedua-dua sebelah dalam fabrik. Jahit dengan jahitan jelujur dan jahit dengan jahitan mesin
di garisan pemadan. Tekan dan seterika supaya kelim terbuka.
Langkah 2
Trim basi kelim bahagian belakang supaya kurang dari ukuran yang siap.

Langkah 3

Buat lipatan selebar kira-kira 5 mm pada tepi basi kelim bahagian hadapan.
Lipatkan ke arah belakang pakaian.
Langkah 4

Jahit dengan jahitan jelujur dan jahit dengan jahitan mesin di atas tepi yang berlipat.
Tekan dan seterika kelim supaya rata.

Anda mungkin juga menyukai