Anda di halaman 1dari 45

ASAS PEMBUATAN PAKAIAN (VCD3033)

KELIM
DEFINISI KELIM

Kelim adalah salah satu proses


jahitan yang digunakan untuk
menyambung dua atau lebih
kepingan fabrik.
FUNGSI KELIM

• Mencantum bahagian pakaian


• Mengukuhkan jahitan pakaian
• Memberi bentuk
• Sebagai hiasan pada pakaian
JENIS-JENIS KELIM

• KELIM BELAH KANGKUNG


• KELIM PAPAN MESIN
• KELIM PAPAN TANGAN
• KELIM BETAWI
• KELIM LIPAT TINDIH
FAKTOR PEMILIHAN KELIM PADA
PAKAIAN

JENIS FABRIK
• Penggunaan fabrik yang digunakan untuk
membuat kelim memainkan peranan yang
penting bagi penghasilan kelim yang bermutu.
• Contohnya fabrik nipis dan mudah berjerumbai
adalah sesuai menggunakan kelim betawi.
• Manakala fabrik tebal pula lebih sesuai
menggunakan kelim belah kangkung.
• Kelim lipat tindih dan kelim papan mesin pula
adalah sesuai dijahit pada fabrik yang
sederhana tebal.
JENIS PAKAIAN
• Sebelum kelim dijahit pada pakaian, kita
perlu pastikan kelim yang akan digunakan
sesuai dengan jenis atau stail pakaian.
• Sebagai contoh, seluar jeans yang
digunakan untuk aktiviti-aktiviti lasak
memerlukan kelim yang teguh.
• Oleh itu, kelim yang sesuai dipilih ialah
kelim papan mesin kerana ia mempunyai
dua barisan jahitan.
KEDUDUKAN KELIM PADA
PAKAIAN

• Kedudukan kelim pada pakaian amat penting


bagi memberi keselesaan kepada si pemakai.
• Contohnya kelim lipat tindih sesuai dijahit
pada bahu mendatang dan skirt mendatang.
CIRI-CIRI KELIM YANG ELOK

• Kelim mestilah kemas, kukuh dan rata pada


kedua-dua belah pakaian.
• Lebar kelim hendaklah sama sekata pada
keseluruhannya.
• Kelim mestilah ditekan dengan baik.
• Basi kelim yang berkelepet mesti dihala ke
bahagian belakang pakaian.
• Ketegangan mata jahitan hendaklah sesuai
dengan jenis fabrik.
• Kelim hendaklah dijahit dengan tepat pada
garisan pemadan.
• Kelim pada bahagian melengkung perlu disnip
sebelum ditekan terbuka supaya ia rata.
KELIM BELAH KANGKUNG

• Kelim belah kangkung ialah kelim yang


paling mudah dan amat sesuai untuk
semua jenis fabrik yang sederhana tebal
dan tebal.
• Kelim ini rata dan mata jahitannya tidak
kelihatan di sebelah luar pakaian.
• Kelim belah kangkung terdiri daripada
satu baris mata jahitan yang dijahit pada
dua keping kain yang dicantumkan.
KEDUDUKAN KELIM
BELAH KANGKUNG

• Kelim ini rata


• Jahitan tidak kelihatan di sebelah luar
• Ia tidak tebal
• Kelim boleh dibuka apabila badan
bertambah besar
KELEMAHAN KELIM
BELAH KANGKUNG

• Kedua-dua bahagian kelim mesti dibuka


dan ditekan berasingan.
• Tidak sesuai untuk fabrik yang nipis
• Kurang teguh kerana ia hanya
mempunyai satu baris jahitan.
CIRI-CIRI KELIM BELAH
KANGKUNG YANG BAIK

• Lebarnya sekata iaitu sebaik-baiknya


13mm
• Kedua-dua belah kelim ditekan terbuka
• Ia rata
• Basi kelim dikemaskan dengan elok
• Kelim belah kangkung yang melengkung
hendaklah disnip supaya boleh ditekan
rata
LANGKAH-LANGKAH MENJAHIT KELIM BELAH KANGKUNG

LANGKAH 1:

• Temukan fabrik dengan sebelah luar


berhadapan
LANGKAH-LANGKAH MENJAHIT KELIM BELAH KANGKUNG

LANGKAH 2:

⦁ Semat dan jelujur di atas garisan


pemadan.
⦁ Jahit mesin .
LANGKAH-LANGKAH MENJAHIT KELIM BELAH KANGKUNG

LANGKAH 3:

⦁ Buka kelim dan tekankannya


CARA MENGEMASKAN KELIM
BELAH KANGKUNG

• i. Jahit mesin
• ii. Jahit lilit kemas
CARA MENGEMASKAN KELIM
BELAH KANGKUNG

• iii. Jahit insang pari


• iv. Kun
CARA MENGEMASKAN KELIM
BELAH KANGKUNG

• v. Menggunakan gunting pucuk rebung/bergerigi

• vi. Jahit dengan mesin pengemas tepi


KELIM LIPAT TINDIH

• Kelim lipat tindih adalah kelim yang


sangat berguna bagi pakaian dalam dan
pelbagai jenis pakaian luar.
• Kelim jenis ini memperlihatkan mata
jahitan pada kelim di sebelah luar.
• Kelim tersebut adalah teguh kerana ia
dijahit menggunakan tiga lapisan kain.
• Kelim ini tidak digunakan pada kain-kain
tebal yang berkedut.
• garisan bahu mendatang
• garisan puteri
• garisan pinggang
KEDUDUKAN KELIM • kelim lengan
• pesak skirt atau gaun dan baju melayu
• mengenakan ropol pada pakaian
KEBAIKAN KELIM LIPAT
TINDIH

• ia boleh menjadi hiasan pada pakaian


• ia rata kerana lipatan kelim ditekan ke
satu arah
• ia kemas kerana tepi kain dikemaskan
• is kukuh kerana dijahit di atas tiga
lapisan fabrik
CIRI-CIRI KELIM LIPAT
TINDIH YANG BAIK

⦁ Dijahit rapat pada tepi kelim


⦁ Lebarnya sekata
⦁ Mata jahitan tidak putus
LANGKAH-LANGKAH MENJAHIT KELIM LIPAT TINDIH

LANGKAH 1:

• Lipatkan bahagian sebelah atas kelim


di garisan pemadan ke sebelah dalam.
• Jelujur di atas bahagian lipatan
LANGKAH-LANGKAH MENJAHIT KELIM LIPAT TINDIH

LANGKAH 2:

• Tandakan garisan tengah hadapan, garisan


pemadan dan kedut jika perlu di bahagian
bawah kelim
LANGKAH-LANGKAH MENJAHIT KELIM LIPAT TINDIH

LANGKAH 3:

• Letakkan tepi yoke atas yang berlipat


ke atas garisan pemadan bahagian
bawah pastikan dengan garisan tengah
hadapan (GTH) bertemu.
• Jelujur dan mesin rapat dengan
lipatan.
• Cabutkan jelujur
CARA MENGEMASKAN
KELIM LIPAT TINDIH

• Dengan menjahit insang pari


• Dengan cara balutan sendiri
• Dengan kun / pita jalur serong tepat
• Dengan mesin pengemas tepi
KELIM PAPAN MESIN

⦁ Kelim papan mesin adalah rata, kemas


dan tidak berjerumbai. Oleh itu, kelim
ini digunakan untuk kain yang mudah
berjerumbai dan sederhana tebal.

⦁ Kelim ini kukuh kerana ia dijahit


dengan menggunakan dua baris jahitan.

⦁ Kelim ini juga boleh dijahit


menggunakan benang yang berwarna
kontra untuk menjadi hiasan atau stail
pada pakaian.
KEDUDUKAN KELIM
PAPAN MESIN

⦁ Kemeja
⦁ Blaus
⦁ Seluar
⦁ Pakaian kerja
⦁ Jeans
CIRI-CIRI KELIM PAPAN
MESIN

⦁ Dua baris jahitan kelihatan sama ada di


sebelah luar (S.L) atau sebelah dalam
(S.D)
⦁ Lebar kelim yang siap biasanya
adalah 6mm dan ia mesti sekata
KEBAIKAN KELIM PAPAN
MESIN

◦ Kukuh kerana dijahit dua kali


◦ Kemas kerana semua tepi
fabrik tidak kelihatan
◦ Rata
◦ Mudah didobi
◦ Boleh dijadikan sebagai hiasan sekiranya
menggunakan warna benang yang
berlainan
KELEMAHAN KELIM
PAPAN MESIN

⦁ Tidak sesuai untuk fabrik yang tebal


⦁ Dua baris jahitan kelihatan di sebelah
luar jika kelim dibuat di sebelah luar
⦁ Memerlukan masa dan kos yang lebih
untuk membuatnya
LANGKAH-LANGKAH
MENJAHIT KELIM PAPAN
MESIN

Langkah 1:
• Temukan dua keping fabrik sebelah dalam
berhadapan
• Semat , jelujur dan mesin di atas garisan
pemadan
• Cabutkan jelujur
LANGKAH-LANGKAH MENJAHIT KELIM PAPAN MESIN

Langkah 2:
⦁ Gunting basi jahitan kelim di bahagian belakang pakaian sehingga 5mm.
⦁ Gunting basi jahitan kelim di bahgain hadapan sehingga 13 mm
LANGKAH-LANGKAH
MENJAHIT KELIM PAPAN
MESIN

Langkah 3:
⦁ Lipatkan bahagian hadapan yang lebih panjang
ke atas bahagian belakang di atas garisan
pemadan
⦁ Jelujur untuk menetapkan kedudukan lipatan
LANGKAH-LANGKAH
MENJAHIT KELIM PAPAN
MESIN

Langkah 4:
⦁ Tekan tepi yang berlipat ke atas bahagian
belakang pakaian.
⦁ Jelujur dan mesin rapat dengan lipatan
⦁ Cabutkan jelujur
⦁ (Tepi yang berlipat mengadap ke belakang
pakaian).
KELIM BETAWI

⦁ Kelim Betawi adalah kelim di dalam


kelim.
⦁ Kelim ini sesuai untuk fabrik nipis,
jarang dan mudah berjerumbai.
⦁ Di samping itu juga ia adalah kemas
kerana basinya tersembunyi.
⦁ Kelim ini kukuh kerana ia mempunyai
dua kali jahitan.
⦁ Kelim ini sesuai dijahit pada bahagian
pakaian yang lurus kerana ia agak sukar
dijahit pada bahagian melengkung.
KEDUDUKAN KELIM
BETAWI

⦁ Pakaian kanak-kanak
⦁ Blaus
⦁ Pijama
⦁ Pakaian bayi
KEBAIKAN MENJAHIT
KELIM BETAWI

⦁ Kelim ini kecil dan teguh kerana terdapat


dua kali jahitan.
⦁ Ia kemas dan bahagian tepi
fabrik tidak kelihatan
⦁ Ia mudah didobi.
⦁ Sesuai untuk fabrik nipis dan pakaian
yang mudah berbulu.
KELEMAHAN MENJAHIT
KELIM BETAWI

⦁ Tidak boleh dibuka untuk


membesar pakaian.
⦁ Ia mengambil masa yang
lama untuk kering.
⦁ Lebar kelim yang siap
ialah
6 mm.
LANGKAH-LANGKAH
MENJAHIT KELIM
BETAWI

Langkah 1:
⦁ Temukan dua keping fabrik dengan sebelah
dalam
• berhadapan.
⦁ Semat dan jelujur di garisan pemadan.

⦁ Mesin 5mm di atas garisan pemadan.


LANGKAH-LANGKAH
MENJAHIT KELIM
BETAWI

Langkah 2:
⦁ Tanggalkan jelujur dan gunting lebar basi
hingga 3-4 mm seperti rajah 1.20.
⦁ Balikkan ke sebelah dalam dan tekan buka
basi kelim
LANGKAH-LANGKAH
MENJAHIT KELIM
BETAWI

Langkah 3:
⦁ Balikkan ke sebelah luar dan lipat
mengikut garisan mesin.
⦁ Tolakkan kelim ke atas untuk mengelakkan
kelim dari beralur.
⦁ Jelujur dan mesin 6mm dari jahitan yang
pertama.
LANGKAH-LANGKAH
MENJAHIT KELIM
BETAWI

Langkah 4:
• Cabut jelujur dan tekan kelim ke satu arah
ASAS PEMBUATAN PAKAIAN (VCD3033)

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai