Anda di halaman 1dari 20

LENGAN

PENSYARAH: PUAN JUARIAH BINTI ALI


DISEDIAKAN OLEH: NUR AMALIN BINTI ABD RAHIM
• Tambahan pakaian dari lubang lengan
• Sepotong fabrik yang dicantumkan ke lubang atau tambahan
daripada badan
• Lengan biasa yang dicantumkan dengan baik mempunyai ira yang
lurus yang terletak di garis atas lengan
• Hujung lengan boleh disiapkan dengan kelepet, lapik dan kun
FUNGSI LENGAN
• Melindungi daripada cuaca panas dan sejuk
• Melindungi kecacatan di tangan
• Menambah keanggunan si pemakai
• Mengekalkan ciri tradisi sesuatu pakaian
CIRI CIRI LENGAN PADANAN RATA
• Garis tengah lengan bertemu dengan garis bahu
• Kelim lengan bertemu dengan kelim rusuk baju
• Basi kelim lubang lengan dikemaskan
• Cantuman lengan tidak berkedut
• Lengan yang baik akan tergantung dengan elok
• Kelim lubang lengan rata
KESESUAIAN BENTUK BADAN

• Tinggi dan gempal


• Rendah dan gempal
PROSES MENYEDIA DAN MENJAHIT
Proses menjahit lengan padanan rata
• Sediakan lengan dan bahagian dalam pakaian
• Jahit mesin dua garisan mata jahitan kasar dengan jarak 2mm ke
atas garisan pemadan

Jahitan kasar
• Temukan garisan pemadan lengan di S. L fabrik dan semat.
• Jahit dengan jahitan mesin di garisan pemadan lengan
• Tekan kelim lengan supaya terbuka rata
• Kemaskan hujung lengan dengan kelepet
PROSES MENCANTUMKAN LENGAN KE LUBANG
LENGAN
• Tarik benang jahitan kasar di kedua-dua barisan jahitan untuk
meratakan ukuran lengan dengan lubang lengan
• Balikkan lengan di S.L
• Masukkan lengan ke lubang lengan supaya S.L fabrik bertemu.
• Temukan GTL dengan garis bahu dan kelim lengan dengan
kelim rusuk.
• Tentukan bahagian hadapan lengan bertemu dengan bahagian
hadapan pakaian dan bahagian belakang lengan bertemu
dengan bahagian belakang pakaian
• Sematkan di garisan pemadan. Jahit jelujur jika perlu.
• Jahit mesin di garisan pemadan lubang lengan.
• mata jahitan mesin yang akhir menindih mata jahitan yang awal
di antara 3cm hingga 4cm untuk mengukuhkan kelim.
• Tekan dan seterika kelim dari sebelah dalam supaya rata.
LENGAN GELEMBUNG
• Terdapat gelembung pada bahagian hujung lengan dan juga
pada keruk lengan.
• Lengan gelembung sering kali dijumpai pada pakaian kanak-
kanak dan juga pada pakaian wanita dewasa.
KESESUAIAN BENTUK BADAN

• Rendah dan kurus


• Tinggi dan langsing
Sediakan pola lengan seperti gambarajah di
sebelah. Labuh lengan mengikut rekaan.

Lukis 5 hingga 7 garisan pemisah seperti


gambarajah bermula dari keruk lengan
hingga hujung lengan, kelebaran lengan
hendaklah dibahagi sekurang-kurangnya 5
bahagian bagi menghasilkan lengan
gelembung yang cantik.
Gunting garisan yang dilukis sehingga pola
terpisah, pastikan anda menanda bahagian
tersebut dengan nombor supaya tidak
tersalah susunan.

Kemudian, pisahkan bahagian lengan yang


dipotong tadi dan masukkan basi sebanyak
inci. Tekap semula yang telah dikembangkan
dan kemudian masukkan basi jahitan bagi
menghasilkan pola akhir.