Anda di halaman 1dari 1

Huraian Stail Pakaian

Stail blouse yang dihasilkan ini dipengaruhi oleh reka bentuk pakaian seperti warna,
corak, tekstur, garis dan cantuman, dan garis lengan blouse tersebut. Oleh itu, terdapat
beberapa stail dalam blouse saya. Antaranya adalah :

Warna pemilihan blouse saya adalah warna yang lembut iaitu warna kuning cair.
Warna lembut sesuai untuk orang yang suka bersederahana dalam pemakainan
mereka. Warna lembut akan menampakkan si pemakai manis dan sejuk di pandang.

Blouse ini mempunyai corak dan iaitu berbunga kecil-kecil. Motif pilihan corak yang
berbunga kecil-kecil ini adalah akan menampakkan tubuh saya yang sedikit berisi
kelihatan lebih langsing dan kurus.corak sebegini dilihat amat feminin dan menyerlah
bagi si pemakai. Tambahan lagi, motif corak berbunga kecil juga turut memperlhatkan
stail inggeris.

Tekstur fabrik blouse ini adalah daripada kain kapas. Fabrik jenis kapas mempunyai
tekstur yang tahan lasak dan selesa dipakai. Fabrik yang saya pilih ini juga adalah
tidsak terlalu tebal atau nipis. Selain dapat memberi keselesaan kepada pemakai,
saya juga mendapati fabrik jenis kapas amat sesuai untuk dipadankan dengan rekaan
stail pakaian saya.

Saya memilih garisan menegak untuk stail blouse supaya dapat memberi kesan ilusi
kepada bentuk badan agar nampak langsing dan tinggi

Garis leher boleh memberikan kesan ilusi pada bahagian tubuh badan terutama pada
bahagian leher dan muka. Garis leher berbentuk “U” iaitu seperti leher baju kurung
sangat sesuai digunakan dalam reka bentuk fesyen blouse saya.

Anda mungkin juga menyukai