Anda di halaman 1dari 21

1

PENGENALAN

Penggunaan apron di dapur merupakan satu langkah bijak bagi menjaga
kebersihan dan keselamatan di dapur oleh para pemasak.Terdapat pelbagai stail
rekaan apron yang sesuai di pasaran akan memberikan keselesaan kepada si
pemakai.

Tujuan utama penggunaan apron adalah untuk melindungi tubuh bahagian
bawah dari cairan seperti air, kaldu, atau sauce panas yang mungkin
menyiram.Pemilihan fabrik yang berkualiti dan selesa dipakai akan menjadikan
apron kelihatan kemas dan selesa dipandang. Jika dilihat pada masa kini, terdapat
pelbagai rekaan dan stail yang cantik bagi memenuhi kehendak serta citarasa setiap
pengguna.

Dalam penghasilan apron ini, saya telah memilih untuk mereka apron biasa
yang suka dipakai oleh wanita ketika memasak. Fabriknya pula daripada jenis kapas
dan boleh menyerap peluh. Dari segi warna dan corak kain pula, saya memilih
campuran warna dan berpetak segiempat serta bercorak bunga.









2


PENCETUSAN IDEA

Sebaik sahaja mendapat tugasan ini, perkara pertama yang saya lakukan
ialah melihat fesyen-fesyen terkini apron daripada majalah, butik-butik dan juga
internet. Melalui gambaran yang telah dilihat, saya cuba mencampurkan idea dan
melakar sebanyak yang mungkin lakaran apron yang akan saya jahit.
Semasa melakar apron, saya mengambil kira akan kesesuaian dan potongan
yang terbaik untuk badan saya supaya tidak terlalu besar dan tidak terlau kecil. Jadi,
saya memilih untuk melakar apron yang terdiri daripada gabungan bip dan labuh
supaya sepadan dengan tubuh saya.
Dalam rekaan tersebut, saya juga meletakkan kocek pada bahagian labuh
sebelah kiri supaya kelihatan lebih menarik.Saya juga meletakkan hiasan renda
sebagai penyudah tepi labuh dan kocek agar nampak lebih menarik. Dari segi warna
pula, saya memilih warna campuran merah dan merah jambu bagi mewujudkan
unsur moden dan menyerlah.










3


JADUAL KERJA


MINGGU

PERKARA

CATATAN

1 Pemilihan rekacipta stail apron
Membuat apron
Mengambil ukuran badan






Dijalankan secara individu
Pakaian mempunyai ciri-ciri
seperti:
i. Tali bip dan tali
pinggang
ii. Bip
iii. Labuh
iv. Kocek
Menyediakan rekod ukuran
badan

2 - Membuat apron Melakar pola dengan
menggunakan pola
dagangan
Pola dilakar dengan
merujuk ukuran badan yang
telah diambil

3 Membuat apron
- Membentang dan
menyusun atur pola
- Menggunting pola dan kain
Memindah tanda-tanda pola
Mengemas bahagian tepi
fabrik dengan jahitan
kemasan tepi
Membuat rujukan mengenai
proses-proses jahitan

4

4 Menjahit apron
- Jahit tali bip
- Jahit bip
- Cantumkan tali bip dengan
bip

Hasilnya:
- Cantuman tali bip pada
bip
5 Menjahit apron
- Jahit tali pinggang
- Jahit labuh
- Cantumkan tali pinggang
dengan labuh
-
Hasilnya:
- Cantuman tali pinggang
pada labuh
6 Menjahit apron
- Jahit kocek pada labuh
- Cantumkan bahagian bip
dengan bahagian labuh
- Menyeterika kain apron
supaya kelihatan lebih
kemas

Hasilnya:
- Sehelai apron lengkap
telah siap dijahit.









5


LAKARAN





















6


HURAIAN STAIL APRON





















CORAK
Fabrik yang saya pilih untuk rekaan apron ini adalah corak berpetak dan
saya telah menggunakan campuran warna ( merah ), iaitu pada tali bip
dan tali pinggang.Campuran warna ini dapat menyerlahkan lagi personaliti
si pemakai.
WARNA
Warna dasar untuk fabrik yang saya pilih adalah terang, iaitu merah . Ini
akan menimbulkan lagi keceriaan yang ada pada fabrik yang saya pilih.
TEKSTUR FABRIK
Tekstur fabrik ditentukan oleh jenis gentian, pembinaan, dan kemasan
yang diberikan.Saya memilih fabrik yang bertekstur tampak dan sentuh
,iaitu kita dapat melihat dan juga merasa ketebalan atau nipis fabrik
tersebut. Fabrik yang saya pilih adalah dari jenis kapas yang ringan
dipakai dan tampak kemas.
GARISAN DAN CANTUMAN
Saya memilih fabrik yang ada corak berbunga dan berpetak. Saya
memilih fabrik ini kerana susunan corak ini memudahkan saya semasa
menjahit dan nampak lebih menarik.
7


SENARAI UKURAN BADAN

BIL BAHAGIAN BIP ( 2 helai )
& TALI BIP ( 4 helai )
UKURAN (cm)
1 Bip - lebar 28
2 Bip - panjang 28
3 Tali Bip - lebar 6
4 Tali Bip - panjang 100
BIL BAHAGIAN LABUH ( 1 helai )
& TALI PINGGANG ( 2 helai )
UKURAN (cm)
5 Labuh - panjang 58
6 Labuh - lebar 76
7 Tali pinggang - lebar 6
8 Tali pinggang - panjang 76+54+2 =132
BIL KOCEK UKURAN (cm)
9 Kocek - lebar
10 Kocek - panjang









8


MENYEDIAKAN POLA YANG LENGKAP MENGIKUT UKURAN BADAN





















9


FABRIK DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN

PEMILIHAN FABRIK:

Saya telah memilih fabrik dari jenis kapas. Saya memilih fabrik ini kerana
apabila dipakai akan berasa sejuk dan selesa dan ia sesuai dengan gaya hidup
pada masa kini yang aktif. Fabrik kapas juga mudah diurus dan harga bagi fabrik ini
tidaklah begitu mahal.Dari segi corak pula, saya mengambil fabrik yang berpetak.

Tekstur merupakan rupa permukaan sesuatu jalinan atau rasa pada
fabrik.Faktor pemilihan tekstur yang tepat mampu menghasilkan rekaan apron yang
elok, selesa dan senang dipandang. Oleh itu, saya telah memilih tekstur tampak dan
sentuh yang tidak terlalu nipis kerana ia akan tergantung elok semasa dipakai.
Tambahan pula, ia akan menyerlahkan lagi bentuk tubuh si pemakai.

Pemilihan warna pula, saya memilih untuk memilih warna yang terang. Ini
akan menyerlahkan lagi personaliti sebagai seorang pemasak .







10


Pemilihan bahan:


Benang jahit








Fabrik





11


ALATAN JAHITAN

ALATAN

KEGUNAAN
Roda surih

Digunakan bersama kertas karbon
untuk memindahkan garisan pemadan
ke atas fabrik ataupun pola
Kapur

Membuat dan memindahkan garisan
pemadan
Pensel


Digunakan untuk menanda garisan
pemadan pada permukaan fabrik
Membuat dan juga memindahkan
tanda pola
Jarum peniti

Menyemat pola pada fabrik supaya
tidak mudah lari terutama sekali pada
fabrik yang licin
Menyemat kepingan fabrik sebelum
menjahit
Digunakan untuk kerja mengacu
pakaian
12


Gunting fabrik

Untuk menggunting fabrik
Mesin jahit




Menjahit lurus
Menjahit semua kerja mencantum
fabrik
Penetas


Menetas mata jahitan dan
menanggalkan benang jahitan
Bod seterika

Memudahkan kerja-kerja menyeterika
dan menekan fabrik






13


Seterika


Menekan dan menyeterika fabrik
supaya kemas dan rata
Pita ukur


Mengukur dengan tepat ukuran badan
Pembaris sesiku

Membuat garisan bersudut tepat dan
garisan lurus pada pola atau fabrik
Bahagian melengkung digunakan
untuk membentuk garis labuh
Pembaris lurus

Mengukur dan menanda garisan lurus
pada kertas pola
Mengukur fabrik


14


PENGIRAAN KOS
KOS BAHAN UNTUK MEMBUAT APRON
BIL BAHAN HARGA SEUNIT
(RM)
KUANTITI HARGA
(RM)
1 Kain kapas
berpetak
3.80 semeter 1.5 meter 5.80
2 Kain kosong 2.00 semeter 1 meter 2.00
3 Benang 1.80 segelung 1 1.80
4 Kain renda 2.50 meter 2 meter 5.00
JUMLAH 14.60

KOS PERALATAN MENJAHIT APRON
BIL PERALATAN HARGA
SEUNIT (RM)
KUANTITI HARGA
(RM)
1 Pembaris sesiku 2.90 1 2.90
2 Pembaris lurus 2.90 1 2.90
3 Gunting fabriK 9.00 1 9.00
4 Jarum peniti 0.80 1 0.80
5 Kapur jahitan 0.60 1 0.60
6 Pensel jahitan 2.50 1 2.50
7 Penetas benang 1.00 1 1.00
8 Pedeti/set gelendung/ sekoci 5.00 1 5.00
9 Jarum mesin 1.20 1 1.20
JUMLAH 25.90




15


LANGKAH-LANGKAH PROSES MENYIAPKAN SEHELAI APRON



1. Melakar dan merekacipta apron yang mempunyai ciri-ciri:
Tali bip
Bip
Tali pinggang
Labuh
Kocek


2. Mengambil ukuran badan

3. Melakar pola dengan menggunakan pola dagangan sebagai asas kemudian
membuat pengubahsuaian mengikut ukuran badan


4. Membentang dan menyusun atur pola, menggunting dan juga memindahkan
tanda-tanda pola pada fabrik. Kemudian mengemas bahagian tepi fabrik yang telah
dipotong dengan jahitan tepi.




SEBELUM MENJAHIT




16


Menyusun atur pola pakaian:

I. Sebelum menyusun, kecutkan fabrik dan mengenal pasti bahagian
dalam dan juga luar fabrik.
II. Kemudian, luruskan kedua-dua bahagian hujung fabrik, luruskan ira
serta ratakan fabrik.
III. Lipat fabrik dengan sebelah dalam bertemu.
IV. Susun atur kepingan pola tali bip, bip, tali pinggang dan labuh serta
kocek.

Menggunting fabrik:

I. Gunting fabrik dengan cermat.
II. Pola ditanggalkan ketika hendak mencantum kepingan fabrik.











17






1. Menjahit Kelim Betawi di bahagian tali bip dan kemudian menjahit bip

* Temukan kedua-dua sebelah dalam fabrik, semat peniti, dan jelujur
di garisan pemadan.
Jahit dengan jahitan mesin kira-kira 6mm di luar garisan pemadan.
Tekan dengan seterika supaya kelim terbuka.
Trim basi kelim hingga kurang dari 6mm.




2. Mencantum tali pinggang dengan bip menggunakan kelim belah
kangkung
Temukan sebelah luar hujung tali bip dengan garis bahu bip.
Semat, jelujur dan jahit mesin di garisan pemadan bahu bip .
Tekan dan buka kelim.




SEMASA MENJAHIT




18

3. Menjahit Kelim Betawi di bahagian tali pinggang
* Temukan kedua-dua sebelah dalam fabrik, semat peniti, dan jelujur
di garisan pemadan.
Jahit dengan jahitan mesin kira-kira 6mm di luar garisan pemadan.
Tekan dengan seterika supaya kelim terbuka.


4. Menjahit kedut lepas pada bahagian pinggang labuh
Tandakan garisan pemadan.
Jahit mesin sebaris di atas dan sebaris di bawah garisan pemadan dengan
mata jahitan kasar.
Tarik hujung benang dari kedua-dua baris jahitan.
Tentukan ukuran yang dikehendaki dan lilit benang disekeliling peniti.
.Ratakan kesemua kedut



5. .Mencantum tali pinggang dengan labuh menggunakan kelim belah
kangkung
Temukan sebelah luar hujung tali pinggang dengan garis pinggang labuh.
Jahit dengan jahitan mesin kira-kira 6mm di luar garisan pemadan.
Tekan dengan seterika supaya kelim terbuka.





19

6. Menjahit penyudah tepi di bahagian labuh
Buat lipatan pertama selebar kira-kira 5mm ke sebelah dalam pakaian.
Buat lipatan kedua di garis pemadan. Lebar kelepet pada pakaian biasanya
5mm hingga 4cm.
Jelujur tekan dan seterika kelepet supaya rata.Tetapkan kelepet dengan
jahitan mesin, jahitan sembat susup, jahitan silang pangkah atau jahitan
mesin .
Jahit kain renda di bahagian tepi labuh sebagai penyudah tepi hiasan yang
menarik.


7. Menjahit kocek di sebelah kiri bahagian labuh
Jahit kain renda di bahagian tepi sekeliling kocek sebagai hiasan.














20





1. Mencuci apron.
Apron yang telah siap dijahit perlu dicuci supaya bersih.
Rendam fabrik dengan sabun kemudian gosok dengan perlahan agar
fabrik tidak rosak.
Bilas dengan air bersih dan jemur hingga kering.


2. Menggosok dan mengemaskan apron
Apron yang telah kering boleh dikemaskan dengan menyeterikannya.
Laraskan kepanasan haba seterika dengan jenis fabrik apron.
Kemudian, gosokkan pada seluruh kawasan fabrik.
Utamakan pada bahagian kelim supaya ia terbuka dan kemas







SELEPAS MENJAHIT




21

LAMPIRAN GAMBAR-GAMBAR

Anda mungkin juga menyukai