Anda di halaman 1dari 22

KEPERLUAN DALAM KERTAS CADANGAN (PROPOSAL)

1. Tajuk kajian

2. Nama Pengkaji/Ahli Kumpulan Pengkaji dan Nama Sekolah


yang lengkap.

3. Latar Belakang Kajian/ Refleksi Pengajaran dan


Pembelajaran Lalu

4. Isu Keprihatinan/ Fokus Kajian

5. Objektif Kajian/ Tujuan Kajian

6. Kumpulan Sasaran

7. Tindakan/Intervensi Yang Dicadangkan

8. Bahan-Bahan Yang Di Perlukan

9. Jadual Pelaksanaan Kajian

MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MENGAPLIKASIKAN FORMULA
PENDARABAN 2 DIGIT DENGAN
MENGGUNAKAN KAEDAH
PISTOL & HAMMER ON THE STAIRS

Oleh:

Suhaili Binti Rahmat


SK Taman Perling,
Jln Persisiran Perling 1, Taman Perling ,
81200 Johor Bahru, Johor

1.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Masalah sifir ialah masalah utama bagi pelajar dalam membuat


pengiraan Matematik. Bagi pelajar-pelajar saya di tahun 4, mereka ini tahu
menggunakan penguasan sifir tetapi bagi kelas yang lemah mereka lambat
untuk menghafal sifir. Walaupun mereka lambat yang penting mereka tahu
menggunakan sifir itu. Yang menjadi masalah saya sekarang ialah apabila
saya mengajar topik hasil darab 2 digit bagi kelas 4 cerdik iaitu kelas
pertengahan ada antara murid nya yang pandai , sederhana dan lemah.
Mereka ini tahu sifir, masalahnya adakala mereka keliru tentang cara atau
langkah-langkah yang perlu dijalankan untuk mendapatkan jawapan tersebut.

Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian saya di dalam kelas.


Apabila saya memberi soalan berbentuk 1 digit ramai pelajar dapat
menjawab dengan tepat dan cepat. Oleh itu saya berpendapat untuk mencari
hasil darab 2 digit pasti mudah. Malangnya sangkaan saya meleset apabila
saya beri mereka soalan darab 2 digit mereka tercengang-cengang. Tidak
dinafikan ada antara murid yang tahu tetapi majoritinya tidak pasti.

Saya cuba menerangkan di papan hitam. Ada antaranya faham dan


ada antaranya masih keliru. Saya bagi latihan tubi kepada mereka dan saya
dapati separuh antaranya tidak faham. Saya terangkan semula berulangulang kali dan akhirnya saya dapati 10 orang daripada 32 orang pelajar dari
kelas 4 Cerdik masih lemah dalam pendarapan. 2 digit. Hal ini saya buktikan
dalam ujian formatif 1 yang lalu. Mereka hanya menulis soalan dalam bentuk
lazim

tetapi

mereka

tidak

dapat

mengaplikasikan

langkah-langkah

pendaraban yang saya terangkan. Saya rasa kecewa sekali kerana telah
berulang kali saya terangkan langkah-langkahnya. Saya bertanya kembali
kepada diri sendiri mungkin cara penerangan saya tidak difahami oleh
mereka.

Ada juga saya bertanyakan kepada rakan-rakan guru Matematik yang


lain. Apakah cara yang mereka lakukan dan kenapa sebilangan mereka ini
masih

tidak

dapat

menjawab

soalan

pendaraban

2 digit.

Antaranya

menyatakan mereka malas berfikir, tidak membuat latihan yang diberikan


dan tidak mahu hafal sifir.

Saya telah berusaha dengan pelbagai kaedah tetapi sesetengah


murid ini masih lambat dan lemah dalam pengiraan. Oleh itu saya berfikir
sekiranya saya tidak mancari cara yang betul atau formula yang senang bagi
mereka untuk mendarab 2 digit pasti masalah ini akan berlanjutan dan akan
meyebabkan kemerosotan markah mereka.

2.

FOKUS KAJIAN

Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menjawab soalan


hasil darab 2 digit adalah kerana :
(a) murid kurang cekap dalam penguasaan sifir.
(b)

Murid

susah

mengingat

dan

memahami

langkah-langkah

penyelesaian.
(c)
Masalah ini berlaku dikalangan murid adalah kerana mereka tidak mahu
dan malas menghafal sifir, keliru apabila terdapat hasil darab yang
memerlukan pengumpulan semula dan kadang-kala mereka lupa langkahlangkahnya disebabkan tidak membuat latihan yang diberikan guru.

Jika perkara ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk. Murid akan
terus keliru dan lupa langkah-langkah yang harus diselesaikan. Murid juga
akan terlepas peluang untuk mendapatkan markah kerana soalan yang
dikemukakan kebiasaannya dianggap mudah sahaja.

Bagi mengatasi masalah ini, saya telah mencuba menerapkan unsur


berbentuk mainan dalam pengajaran dan pembelajaran.Kaedah yang saya
jalankan ialah Pistol dan Hammer on the stairs. Murid akan menggunakan
bentuk pistol dan hammer yang dibina untuk mengaplikasikan formula hasil
darab 2 digit.

3.

OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan pelajar diharap akan mencapai objektif
berikut:

(i)

Objektif Umum
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mengaplikasi formula
pendaraban 2 digit bagi murid tahap 2.

(ii)

Objektif khusus
Murid dapat membina dan mengaplikasi formula hasil darab 2 digit dengan
betul menggunakan bentuk Pistol dan Hammer.
Murid dapat mengingat dengan mudah langkah-langkah penyelesaian hasil
darab 2 digit.

Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam


bentuk permainan.

4.

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 10 orang pelajar daripada 30 orang pelajar tahun 4


Cerdik yang terdiri daripada :
3 orang pelajar India
1 orang pelajar Cina
6 orang pelajar Melayu

5.

5.1

PELAKSANAAN KAJIAN

Tinjauan masalah

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah yang telah dibuat adalah
berdasarkan seperti berikut:
(i)

Pemeriksaan buku sifir.

(ii)

Ujian Pra

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

(i) Pemeriksaan buku sifir

Sebelum memulakan P&P saya akan memberi murid 5 soalan sifir hasil darab
2 digit. Antara soalan yang diberikan ialah 2 soalan mudah iaitu sifir di bawah
30 dan 3 soalan sukar iaitu sifir lebih daripada 30.
Contoh soalan yang diberikan ialah:

a.

2321 X 12

d.

5241 X 65

b.

1245 X 24

e.

3282 X 97

c.

1437 X 38

Analisis yang didapati daripada soalan sifir adalah seperti


berikut :
Peratus markah murid dalam soalan sifir

(ii) Ujian Pra

Markah

Bil murid

Peratus

Lulus (3-5 markah )

20

67%

Gagal (0-2 markah )

10

33%

Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran seramai 10 orang yang


sentiasa mendapat 0-2 markah di dalam soalan sifir. Tujuannya adalah untuk
mengesan sejauh mana kefahaman dan ingatan mereka dalam mengira hasil
darab 2 digit.

Analisis daripada ujian Pra.


Bil

soalan Bil muird

betul
5

6 ( 60%)

4 (40%)

Didapati terdapat banyak kesilapan yang ditemui antaranya ialah:


(a)

penguasaan sifir yang kurang cekap.

(b)

Mendarab angka puluh dahulu contohnya 305 x 24 (mereka mendarab


2 dahulu)

(c)

Meletakkan jawapan pertama selari dengan jawapan kedua


Contohnya :

Kesilapan ditemui

365

X 24
1460

730
2190
(d)

Pengumpulan semula nombor yang salah.

5.3 Tindakan yang dicadangkan

Setelah analisis tinjauan dijalankan, saya akan

mengumpulkan murid

kumpulan sasaran saya untuk memperkenalkan kaedah terbaru iaitu


menggunakan teknik pistol dan hammer on the stairs untuk mencari hasil
darab 2 digit. Terdapat 2 aktiviti yang saya rancangkan dan murid perlu
lakukan iaitu:

(i)

Aktiviti 1 : Membina pistol dan hammer.

(ii)

Aktiviti 2 : Menembak dan memahat dengan tepat. ( mengisi nombor


dan menyesesaikannya)

5.4 Pelaksanaan Tindakan yang akan dijalankan

(i)

Aktiviti 1 : Membina pistol dan hammer


Bahan : gunting, pisau lipat , pembaris , magik pen / pensil , 4 kertas

transparent yang berlainan warna.

Langkah 1
Setiap murid akan menggunakan 4 kertas transparent yang berlainan
warna.
Murid

akan

membuat kotak yang sama besar pada setiap kertas

tersebut.
Murid

melakar

pistol

dan

hammer

menggunakan

kertas

transparent yang berlainan warna.


Kemudian gunting.

Langkah 2
Gunting bahagian tengah setiap kotak untuk dijadikan
lubang nombor.

Langkah 3
Menggunakan kertas transparent yang lain pula lakarkan stairs dan answer
box.
Lubangkan bahagian tengah kotak.

(ii)

Aktiviti 2 : Menembak dan memahat dengan tepat. (mengisi nombor dan


menyelesaikannya).

Setelah pistol dan hammer dibina, murid akan memulakan aktiviti kedua
dengan menembak dan memahat pada sasaran yang tepat ( mengisi nombor
dan menyelesaikan masalah hasil darab 2 digit ). Langkah-langkahnya ialah :

Langkah 1
Guru

akan memberikan soalan dalam bentuk ayat matematik

(mathematics sentences) untuk diselesaikan oleh murid.


contoh:
342 x 12 = ?

Murid akan mula mengisikan nombor pada pistol dahulu.


Cara dan pengisian nombor :
Letakkan pistol di atas sehelai kertas dan mulakan dengan mengisi
nombor di dalam kotak pistol .
Kemudian selesaikan jawapan.

Langkah 2
Seterusnya, letakkan bentuk hammer pada kertas yang sama,
bertindan dengan pistol .
Mula mengisi nombor.
Selesaikan jawapan.

Nota:
Pada langkah ini, murid hanya perlu mengisi satu nombor sahaja lagi kerana
barisan nombor pertama telah diisi oleh bentuk pistol.

Langkah 3
Setelah jawapan pistol dan hammer dapat diselesaikan, murid akan
menggunakan bentuk stairs untuk di isikan dengan jawapan yang telah
dibuat.
contoh :

jawapan pistol
jawapan hammer = 342

= 684

Langkah 4
Langkah akhir ialah dengan menggunakan kotak jawapan ( answer
boxes ).
Cari hasil tambah bagi jawapan pistol dan hammer.
Isikan di dalam kotak jawapan.

6.

Bahan yang digunakan

Bahan yang akan saya gunakan dalam kajian ini ialah :-

Gunting,

pisau lipat ,

pembaris ,

magik pen / pensil

kertas A 4

transparent yang berlainan warna

7.

Bil

Jadual Pelaksanaan Kajian

Aktiviti

Tempoh
Pelaksanaan

Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal

1 minggu

Menulis proposal kajian

2 minggu

Merancang tindakan individu/kumpulan

1 minggu

Melaksanakan tindakan aktiviti 1

1 minggu

Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1

2 minggu

Melaksanakan tindakan aktiviti 2

1 minggu

Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2

2 minggu

Ujian untuk mengesan perubahan murid

1 minggu

Refleksi kajian

1 minggu

10

Menulis laporan kajian

2 minggu

11

Pembentangan dapatan kajian untuk makluman

1 minggu

panitia/sekolah.

Disediakan oleh,
Jurulatih Utama
Kajian Tindakan Negeri Johor

Posted by SAMSUDIN MOHD ARIPIN at 19:08


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
1 comment:
1.
Haniza Abdul Rahim24 November 2012 20:00

Tk kerana dapat panduan cara-c

contoh proposal kajian tindakan


PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS TAHUN 2
TAJUK : Meningkatkan Penguasaan Bagi Mengenalpasti Kehendak / Arahan
Soalan Sains Dalam Bahasa Inggeris dengan Teknik 5 WAD U
READ
TEMPAT : Sekolah Kebangsaan Kota Jaya, Kota Tinggi, Johor.
NAMA PENYELIDIK : 1. Siti Monazairin binti Jelani
2. Hayati binti Osman
3. Siti Zaharah binti Haji Nawawi
1. TAJUK
Meningkatkan penguasaan bagi mengenalpasti kehendak soalan Sains dalam Bahasa
Inggeris dengan teknik 5 WAD U READ .
2. ISU / KEPERIHATINAN YANG DIKAJI
Masalah utama yang dapat di kesan adalah :
a) Murid-murid tidak membaca soalan dengan teliti.
b) Murid-murid tidak memahami kehendak soalan.
c) Murid-murid tidak mengetahui makna perkataan / istilah Sains dalam Bahasa Inggeris.
d) Guru kurang menggunakan kreativiti untuk merangsang pengajaran dan pembelajaran
Sains dalam Bahasa Inggeris.
e) Latar belakang keluarga yang berpendapatan rendah dan kurang penguasaan dalam
Bahasa Inggeris.
Oleh itu, penyelidik telah terpanggil untuk mencari jalan bagi mengatasi masalah ini.
Penyelidik sedar akan kelemahan murid-murid untuk memahami matapelajaran Sains
dalam Bahasa Melayu, inikan pula dalam Bahasa Inggeris. Setelah mencuba beberapa
cara dan kaedah pengajaran dan pembelajaran, penyelidik telah memperkenalkan satu
teknik yang dinamakan 5 WAD U READ.
3. REFLEKSI MASALAH
Berdasarkan analisis kajian yang telah dibuat, di Sekolah Kebangsaan Kota Jaya, didapati
50% murid tidak dapat menguasai mata pelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris. Data ini
diperolehi daripada ujian akhir tahun murid Tahun 1, 2004. Adalah didapati fenomena ini
berpunca daripada kurangnya penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris. Di
samping mata pelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran yang
baru diperkenalkan pada awal tahun 2003. Kebanyakkan pelajar ini bukannya tidak dapat
menjawab soalan Sains dalam Bahasa Inggeris, tetapi tidak memahami kehendak soalan /

arahan.
Penyelidik mengambil inisiatif menggunakan teknik 5 WAD U READ untuk
membantu pelajar menguasai istilah-istilah Sains dalam Bahasa Inggeris di samping
memahami konsep-konsep Sains. Setakat ini masih belum ada lagi pengkaji yang
menjalankan kajian tentang masalah mata pelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris di
negara kita. Namun demikian, terdapat beberapa orang pengkaji yang telah membuat
kajian yang ada hubungan dengannya dengan tajuk yang dikaji oleh penyelidik.
ULASAN KARYA
Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Dr. Naimah Ishak (2002), beliau menyatakan
penguasaan Bahasa Inggeris murid di sekolah rendah luar bandar amat rendah. Kadar
pencapaian yang rendah bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah rendah luar
bandar mencerminkan perlaksanaan mata pelajaran ini yang kurang berkesan.
Terdapat juga kajian tentang cara meningkatkan keberkesanan guru-guru Sains dalam
pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah rendah. Menurut pengkaji Fuad bin
Hashim (2000), kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah pembelajaran
koperatif memberi murid lebih keyakinan pada diri sendiri dan proses pengajaran dan
pembelajaran berpusat kepada murid dan bukannya guru.
Menurut Aguirre, Haggerty & Linder (1990), Sains adalah satu bidang ilmu yang
memerlukan pemerhatian, penelitian, dan ujikaji yang sistematik. Beberapa kajian terkini
mengenai bagaimana kanak-kanak belajar Sains selalunya dikaitkan dengan
constructivist view.
Menurut Wan Monalyza (1990), pengajaran guru yang menggunakan alat bantu mengajar
yang kemas, teratur, dan bersesuaian dengan topik tertentu menarik minat pelajar
terhadap Sains. Ini bermakna kaedah pengajaran guru akan mempengaruhi minat pelajar
terhadap mata pelajaran Sains.
FOKUS KAJIAN
Penyelidik mendapati, murid-murid ini boleh menjawab soalan-soalan yang diberikan
dengan baik sekiranya mereka memahami kehendak soalan / arahan di samping
memahami makna perkataan-perkataan / istilah sains dalam Bahasa Inggeris. Ini adalah
kerana perbendaharaan kata Bahasa Inggeris mereka amat terhad. Di antara kehendak /
arahan soalan Sains yang biasa dibuat adalah seperti :
a) Fill in the blanks
b) Match
c) Circle
d) Colour
e) Group
f) Put a tick ( ) or a cross ( )

g) Choose
4. OBJEKTIF
4.1 Objektif Am:
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan bagi mengenalpasti kehendak
soalan Sains dalam Bahasa Inggeris dengan teknik 5 WAD U READ
4.2 Objektif Khusus:
Di akhir kajian, murid-murid dapat:4.2.1 Menjawab soalan-soalan Sains dalam Bahasa Inggeris dengan betul dan menepati
kehendak soalan.
4.2.2 Menjawab 9 daripada 10 soalan yang diberi dengan betul.
5. KUMPULAN SASARAN
15 orang murid Tahun 2 Syuhada yang terdiri daripada 8 orang murid lelaki dan 7 orang
murid perempuan.
6. TINDAKAN YANG DICADANGKAN
6.1 Tinjauan masalah
Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran, lembaran kerja yang diberi dianggap
sebagai Ujian Pra 1( Lampiran 1). Untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi
tentang masalah ini, saya telah menyediakan beberapa soalan Ujian Pra 2 ( Lampiran 2 )
berkaitan topik ANIMALS dan PLANTS kepada 15 orang murid terlibat.

6.2 Teknik 5 WAD U READ


Semasa mengajar mata pelajaran Sains Tahun 2, penyelidik telah menggunakan teknik 5
WAD U READ. Teknik 5 WAD U READ iaitu rangkaian perkataan ;
a) 5 WAD
5 bermaksud lima , W bermaksud words, A bermaksud a dan D
bermaksud day. Kesimpulannya, teknik ini bermaksud Lima perkataan dalam satu
hari.
b) U READ pula adalah rangkaian perkataan ;
U bermaksud You Understand, R bermaksud Read and Remember, E
bermaksud Exercises, A bermaksud Answer, D bermaksud Do It and Done.
Kesimpulannya, teknik ini bermaksud Kamu faham, baca dan ingat, buat latihan, jawab
dan laksanakannya - selesai.

Langkah-langkah yang penyelidik jalankan dengan menggunakan teknik ini ialah:6.2.1 Memperkenalkan 5 perkataan Inggeris yang berkaitan dengan topik yang diajar
setiap hari.
6.2.2 Murid mencatatkan / menampalkan perkataan-perkataan ini ke dalam Buku Istilah
Sains.
6.2.3 Murid memahami topik yang diajar dan kehendak soalan.
6.2.4 Murid membaca dan mengingati apa yang ajar.
6.2.5 Murid membuat latihan.
6.2.6 Murid cuba menjawab soalan-soalan dengan betul.
6.2.7 Murid menyemak jawapan

Di samping pengajaran dan pembelajaran biasa di dalam kelas, penyelidik juga membawa
murid-murid ke Makmal Komputer. Di sini mereka akan menggunakan perisian yang
dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ( CD ROM SCIENCE YEAR 2 ) dan
cuba menjawab soalan-soalan dengan berbantukan komputer.
Untuk mengukuhkan lagi pemahaman murid berkenaan teknik 5 WAD U READ,
contoh perkataan-perkataan / istilah-istilah Sains yang berkaitan dengan topik
ANIMALS dan PLANTS akan diberikan ( Lampiran 3 ) dan juga lembaran kerja
berkaitan.
6.3 Menjalankan ujian pos
Satu ujian pos akan diberikan untuk membuktikan keberkesanan teknik 5 WAD U
READ tersebut.
7. BAHAN YANG DIPERLUKAN
BIL JENIS BAHAN KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH KOS
1. Kertas A4 1 rim RM 10.00 RM 10.00
2. Printer Cartridge 1 unit RM 50.00 RM 50.00
3. Fotostat bahan dan laporan kajian RM 20.00
4. Disket 1 kotak RM 10.00 RM 10.00
5. Buku catatan guru 1 buah RM 2.00 RM 2.00
6. Komputer 44 buah dibekalkan dibekalkan
7. Perisian Sains Year 2 45 keping dibekalkan dibekalkan
8. LCD 4 buah dibekalkan dibekalkan
JUMLAH RM 92.00

8. JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN


BIL AKTIVITI TARIKH PERLAKSANAAN CATATAN
1 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal 1 Mac 2010 Masalah ini dapat
dikesan setelah murid menjalani ujian bulan Februari.
2 Menulis proposal 30 Mac 2010
3 Merancang tindakan 2 April 2010
4 Melaksanakan tindakan 5 April 2010
5 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 7 April 2010
6 Ujian pos untuk mengesan pencapaian murid 10 April 2010
7 Refleksi kajian 30 Mei 2010 Refleksi dibuat setelah murid selesai menjalani PKSR 1.
8 Menulis laporan kajian 17 Jun 2010
9. PEMERHATIAN
9.1 Pemerhatian
Semasa pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, guru akan melihat bagaimana
respon murid setiap kali soalan-soalan / arahan digunakan.
Guru juga dapat melihat sikap pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung sama ada memberi perhatian atau bermain.
Guru dapat mengesan kelemahan murid dengan cepat dan memberikan bantuan.
9.2 Latihan dalam kelas
Latihan diberi setiap kali selepas sesi penerangan tentang topik yang diajar. Contohcontoh latihan ada dalam lampiran.
9.3 Ujian bulanan
Ujian bulanan biasanya dijalankan setiap bulan dan soalan-soalan adalah mengikut
topik-topik yang telah diajar.
9.4 Temubual dengan guru lain
Temubual ini dijalankan bagi mengenalpasti punca masalah pelajar. Guru-guru yang
ditemubual adalah guru pemulihan, guru Bahasa Inggeris, guru kelas dan guru mata
pelajaran lain.
Contoh soalan:
1. Adakah murid telah menunjukkan peningkatan dalam mata pelajaran
yang telah diajar?
2. Apakah perubahan yang dapat dilihat semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan?
3. Apakah kelemahan pelajar yang telah dapat dikesan?
10. REFLEKSI
11. PELAPORAN
12. TINDAKAN SUSULAN/ CADANG KAJIAN AKAN DATANG
13. RUJUKAN
Dicatat oleh razak di 4:01 PG
Reaksi:

Anda mungkin juga menyukai