Anda di halaman 1dari 22

ACARA BELAPAN : Acara Pecut, Acara Berganti dan Acara Berpagar

(1) Acara Pecut

10

(2) Lari Berganti-ganti


a) Acaranya adalah 4 X 100 meter dan 4 X 400 meter.
b)Teknik Menukar Baton

i.

Gaya selang-seli tanpa pandang

ii.

Gaya selang-seli cara pandang

Cara memberi baton:


Kepantasan larian dikekalkan semasa memberi baton.
Beri isyarat kepada penerima.
Hulurkan baton dengan tangan yang lurus.Perhatikan tangan penerima
dan letakkan bahagianhujung baton ke dalam tangan.

Cara menerima baton:


Selalu berada dalam keadaan sedia.
Menoleh untuk memandang pelari yang membawabaton.
Sediakan tandaan. Berlepaslah dengan pantas sebaiksahaja pelari
membawa baton sampai di tandaan itu.Jangan menoleh ke belakang si
berlari (gaya tanpapandang).
Hulurkan tangan lurus ke belakang apabila mendengar isyarat daripada
pelari yang sedang membawa baton.
Pegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya\
Baton hendaklah dihantar kepada penerimanya di dalam lingkungan zon
pertukaran baton sejauh 20 meter.

11

Pergerakan ke bawah

Pergerakan keatas

c) Contoh-contoh latihan dan ansur maju.


i. Latihan statik berpasangan
Latihan ini melibatkan dua peserta.
Peserta A berdiri lebih kurang satu meter di belakang Peserta B.
Peserta A memberi isyarat kepada Peserta B dan Peserta B menghulurkan
tangan kanannya ke belakang.
Peserta B kemudiannya menarik tangannya ke hadapansebaik sahaja
Peserta A menepuknya dengan tangan kiri.Lakukan latihan ini secara
berulang-ulang.
ii.Ulang latihan statik di atas dengan menggunakan baton.

iii.Latihan bergerak- berpasangan


12

Latihan ini juga memerlukan dua peserta dan ia dilakukan sambil berlari
anak (joging).
Peserta A akan berlari ke hadapan Peserta B setelah memberi baton
kepadanya.
Peserta B pula menghantar baton kepada Peserta A.Teruskan latihan yang
serupa buat beberapa kali.
iv.
v.

Latihan Statik Berpasangan


Latihan bergerak- berpasangan

Asingkan kedudukan kedua-dua peserta dalam jarak lebih kurang 30 meter.


Peserta A berlari dan apabila dia sampai di tandaan,Peserta B pula mula berlari.
Peserta A terus mengejar Peserta B untuk memberi baton kepadanya.
Jarak tandaan bolehlah diubah mengikut kesesuaian.

/
B

Tandaan

Pelan Kedudukan Pelari A dan B.


d) Panduan Pelari Berganti-ganti
i.Pelari pertama
13

Dapat memulakan larian dengan baik.


Pantas berlari di bahagian selekoh tetapi mungkin seorang yang kurang
cekap
semasa menerima baton.
ii.Pelari kedua
Merupakan pelari yang terpantas di bahagian lurus.
Cekap menerima dan memberi baton dengan tangan kirinya.
iii.Pelari ketiga
Pantas berlari dibahagian selekoh
Cekap menerima dan memberi baton dengan tangan kanannya.
iv.Pelari keempat
Tidak semestinya pelari yang terpantas di dalam pasukannya.
Pantas berlari di bahagian lurus.
Merupakan pelari yang penuh keazaman dan dan tenang.Ciri-ciri ini amat
perlu kerana pelari ini mungkin terpaksa mengejar atau dikejar oleh pelaripelari daripada pasukan lawan.

14

15

(3) Lari Berpagar


a) Lari berpagar ; 100, 110, 400 meter.
b) Berikut adalah gerakan bagi lari berpagar

16

c) Permulaan
i. Pelari hendaklah menggunakan teknik pecut biasa untuk tiga langkah pertama
larian.
ii.
iii.
iv.
v.

Sebelum larian berrnula pelari mestilah memerhati pagar pada langkah


keempat dan kelima.
Pelari hendaklah berlari dan melompat pada lorong yang di beri sehingga
tamat.
Elakkan daripada melanggar atau menjatuhkan pagar kerana akan
melambatkan tempo atau rentak larian.
Pelari hendaklah mengatur dan menentukan bilangan langkah yang
sesuai untuk setiap pagar yang akan dilepasi.

d)Semasa larian
i. Dari permulaan ke pagar pertama
Pelari hendaklah menentukan langkah yang akan diambil.
Pelari hendaklah berlari pantas bagi mendapat keyakinan.
Pelari hendaklah mengelakkan daripada melonjak terlalu hampir dengan
pagar.
Pelari tidak dibenarkan memperlahankan larian apabila menghampiri pagar
dan teragak-agak membuat lompatan.
ii.Ketika kaki melepasi pagar
Kaki pelari yang melangkah terdahulu hendaklah lurus ke hadapan.
Pelari hendaklah membongkok badan ke hadapan.
Pelari hendaklah menghulurkan tangan yang bertentangan kaki yang
melangkah ke hadapan dan selari dengan kaki berkenaan.
Pelari hendaklah mengarah keluar tapak kaki belakang.
Pelari hendaklah menarik kaki belakang dengan pantas ke bawah sebaik
sahaja kaki hadapan mencecah atau mendarat ke tanah.
Pelari hendaklah meneruskan larian selepas mendarat.

iii. Berlari di antara pagar.


17

Pelari hendaklah mengekalkan jumlah langkah di antara pagar.


Pelari hendaklah berlari lurus dengan pandangan mata ditumpukan ke
hadapan iaitu pada pagar seterusnya.
Pelari hendaklah meningkatkan kelajuan setelah rentak lari diperoleh dan
membuat lompatan yang seterusnya.

e) Menamatkan Larian
Pelari hendaklah memecut sepantas yang boleh menuju kegarisan penamat.
Pelari hendaklah mendepankan dada pada bahagian torso untuk mencapai pita
atau tali penamat.

18

19

Pro Forma WAJ 3112

20

21

22

Anda mungkin juga menyukai