Anda di halaman 1dari 4

TEKS JURUACARA PERTANDINGAN PIDATO

Dari Nilai pergi ke Seremban,


Terus pula ke Kampung Geddes,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan majlis.

Melayang serindit di atas permatang,


Merbak berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahhirahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t, selamat pagi, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia.

Yang dihormati para hakim yang adil lagi bijaksana, ajk pelaksana, para peserta serta para pelajar
yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan keizinannya dapat kita bersama-
sama memeriahkan majlis kita pada pagi ini iaitu Pertandingan Pidato Piala Di Raja Zon 7 Sibu. Pada
kesempatan ini, majlis mengucapkan selamat datang dan amat mengalu-alukan kehadiran hadirin
sekalian di sini.

Untuk makluman hadirin, Pertandingan Pidato ini telah menerima sebanyak 7 penyertaan dari
sekolah-sekolah zon 7 Sibu.

Hadirin yang dihormati sekalian, sebentar lagi kita akan memulakan Pertandingan Pidato Piala Di
Raja Zon 7 Sibu. Sebelum pertandingan bermula, izinkan saya membaca peraturan pertandingan.

Peraturan Pertandingan

Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian dan setiap peserta wajib bertanding dalam kedua-dua
bahagian tersebut. Giliran peserta setiap bahagian ditentukan mengikut undian. Proses undian ini
djalankan oleh Ketua Hakim di hadapan semua peserta sebelum pertandingan dimulakan. Pengacara
majlis dan peserta pidato TIDAK DIBENARKAN memperkenalkan diri, sekolah dan negeri masing-
masing.

BAHAGIAN PERTAMA

Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing dengan tajuk yang telah disediakan oleh
jawatankuasa pertandingan terlebih dahulu.

BAHAGIAN KEDUA

Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing secara spontan atas tajuk yang ditentukan oleh
jawatankuasa pertandingan. Peserta dikehendaki memilih tajuk di dalam sampul yang disediakan di
meja ketua hakim. Pertandingan pidato secara spontan ini dijalankan selepas sahaja selesai
pertandingan pidato bahagian pertama. Setelah mendapat tajuk, peserta diberi masa satu
minit untuk membuat persediaan di pentas pidato tanpa bantuan oleh mana-mana pihak, alat tulis,
kertas catatan, alat komunikasi dan alat eletronik.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

Peserta diberi masa LIMA (5 minit) untuk pidato bahagian pertama, dan TIGA (3 minit) untuk pidato
bahagian kedua.

Loceng akan dibunyikan sekali, SATU (1 minit ) sebelum tamat, dan dua kali setelah tamat bagi
setiap kategori dan bahagian pertandingan.

Penyampaian pidato selepas loceng penamat dibunyikan bagi setiap bahagian pertandingan tidak
akan diberi markah.

Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan agama, bangsa dan kebudayaan atau
terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab
dipotong.
Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang. Kesalahan ini akan
menyebabkan markah adab dipotong.

Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang kurang
sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/ mana-mana satu
daripadanya) tidak layak untuk diumumkan sebagai pemenang di semua kategori dan peringkat
pertandingan.

Peserta pidato diwajibkan menggunakan pakaian seragam sekolah / pakaian kebangsaan.

Pengerusi majlis berhak menegur peserta yang melanggar mana-mana peraturan di atas.

Izinkan saya memperkenalkan 3 orang panel hakim pertandingan. Yang pertama Pn/En.
_________________ selaku ketua hakim, kedua En/Pn _______________, ketiga En/Pn
___________________, Penjaga masa ialah saudari Rowina Nicole.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Pertandingan Pidato Piala Di Raja Zon 7 Sibu dimulakan dengan pidato Bahagian A. Pada bahagian
ini, peserta hanya diperuntukkan 5 minit untuk menyampaikan pidatonya. Untuk itu, majlis dengan
sukacita menjemput peserta pertama untuk menyampaikan pidato beliau. Dipersilakan saudari
Norsella Yanti ak Seman dengan pidatonya yang bertajuk Faedah menjaga kebersihan alam
sekitar..

Terima kasih diucapkan. Seterusnya, dipersilakan peserta kedua untuk menyampaikan pidato.

Dipersilakan saudara Adrian Tiong Zhen Hong dengan pidatonya yang bertajuk Faedah menjaga
kebersihan alam sekitar.

Terima kasih diucapkan. Seterusnya, dipersilakan peserta ketiga untuk menyampaikan pidato.

Dipersilakan saudara Nigel Bin Robert dengan pidatonya yang bertajuk Faedah menjaga
kebersihan alam sekitar.

Terima kasih diucapkan. Seterusnya, dipersilakan peserta keempat untuk menyampaikan pidato.

Dipersilakan saudari Rhena Tiong Shi Jia dengan pidatonya yang bertajuk Faedah menjaga
kebersihan alam sekitar.

Terima kasih diucapkan. Seterusnya, dipersilakan peserta kelima untuk menyampaikan pidato.

Dipersilakan saudari Adeka Intan Ak Rintap dengan pidatonya yang bertajuk Nilai Murni Penyuluh
Hidup.

Terima kasih diucapkan. Seterusnya, dipersilakan peserta keenam untuk menyampaikan pidato.

Dipersilakan saudari Sherrilyn Enan Ak Jacklen dengan pidatonya yang bertajuk Kepentingan
amalan Berbudi Bahasa.

Terima kasih diucapkan. Seterusnya, dipersilakan peserta ketujuh untuk menyampaikan pidato.

Dipersilakan saudari Angelyn Ubong Mah Yiwen dengan pidatonya yang bertajuk Faedah menjaga
kebersihan alam sekitar.

Terima kasih diucapkan.

Begitulah tadi berakhirnya pertandingan Pidato Bahagian A. Para peserta diminta bersedia untuk
pertandingan Pidato Bahagian B iaitu pidato secara spontan. Majlis akan berhenti rehat sebentar dan
akan disambung semula pada jam 10.15 pagi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih diucapkan kepada semua hadirin. Sekarang tiba
masanya yang kita nantikan iaitu pidato Bahagian B. Pada bahagian ini, peserta hanya diperuntukkan
3 minit untuk menyampaikan pidatonya. Para peserta perlu memilih tajuk dari sampul yang berada
pada pihak hakim. Peserta diberikan masa selama 1 minit untuk membuat persediaan bagi
menyampaikan pidato mereka tanpa apa-apa bantuan nota, alat tulis atau alat elektronik.

Tanpa melengahkan masa, saya menjemput peserta pertama untuk memilih sampul tajuk spontan.
Dipersilakan saudara/ saudari .

..(tunggu peserta selesai berpidato).

Terima kasih diucapkan. Seterusnya dipersilakan peserta kedua saudara/ saudari


________________________ untuk memilih sampul tajuk spontan. Majlis mempersilakan.

.(ulang dialog sehingga peserta ke-7

Dengan berakhirnya pidato dari peserta terakhir itu tadi, maka berakhirlah Pertandingan Pidato Piala
Di Raja Zon 7 Sibu. Majlis akan berhenti rehat seketika, bagi memberi laluan kepada juri untuk
membuat permarkahan pertandingan.

Budak-budak bermain galah,


Bermain galah di tepian gelanggang;
Ada yang menang ada yang kalah,
Itulah dia adat pertandingan.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian
hadiah dan sijil. Bagi menyempurnakan acara ini, majlis dengan penuh hormat dan takzimnya
mempersilakan ________________________________selaku penyelaras pertandingan bagi
menjemput dan mengiringi En. Zainul Emus selaku pemangku guru besar untuk menyampaikan
hadiah kepada peserta-peserta.

Bagi Hadiah Saguhati dipersilakan . Dari


SK/SKC

Pemenang tempat ketiga dari


SK/SJK ..

Naib johan dipersilakan .. dari


SK/SJK

Dan johan Pertandingan Pidato Piala Di Raja Zon 7 Sibu telah disandang oleh
peserta . dari SK/SJK . .

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta.

Dengan berakhirnya upacara penyampaian hadiah dan cenderamata itu tadi maka berakhirlah majlis
kita pada hari ini. Saya bagi pihak sekolah, memohon ampun dan maaf seandainya terdapat
kekurangan dan salah silap sepanjang majlis ini berlangsung.

Bunga dedap di atas para,


anak dusun pasang pelita;
kalau tersilap tutur bicara,
jemari disusun maaf dipinta.

Di atas dahan burung tempua,


melihat rusa tepi perigi;
salam perpisahan untuk semua,
dilain masa bersua lagi.

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, assalamualaikum wbt. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai