Anda di halaman 1dari 22

SJK (C) METHODIST

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU )


UJIAN BULANAN MAC 2014

Bidang: Menyiasat Benda Hidup
Kelas: Tahun 5E
Tajuk Ujian: Unit 1, 2 dan 3
Bahagian A: 30 soalan objektif (60%)

JSU untuk soalan objektif: (Bahagian A)
BIL
KONSTRUK
(Aras)
TOPIK
PENGETAHUAN PEMAHAMAN APLIKASI
R S T R S T R S T Jumlah
Item
Wajaran
(%)
UNIT 1:
Mikroorganisma



1. Hidupan yang tidak
dapat dilihat
3 4 1 5 2 6 6 12
2. Kawan atau Musuh 7 8 9 10 4 8
UNIT 2 : Kemandirian
Spesies

1. Kemandirian
Haiwan
13 14 12 11,
15
5 10
2. Kemandirian
Tumbuhan
17 20 18 19 16 5 10
UNIT 3 : Rantai
Makanan dan Siratan
Makanan

1. Rantai Makanan 21 22 25 23 24 5 10
2. Siratan Makanan 29 30 27 26 28 5 10
Jumlah Item 6 3 4 2 6 3 3 1 2 30
Wajaran (%) 12 6 8 4 12 6 6 2 4 60

** Nombor dalam angka yang diisi dalam J SU adalah merujuk kepada nombor
soalan dalam kertas soalan yang dibina pada tugasan bahagian C, iaitu membina
kertas soalan.Ini bertujuan untuk memudahkan guru membuat rujukan dengan
lebih tepat dan sempurna.
SJK (C) METHODIST
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU )
UJIAN BULANAN MAC 2014

Bidang: Menyiasat Benda Hidup
Kelas: Tahun 5E
Tajuk Ujian: Unit 1, 2 dan 3
Bahagian B: 5 soalan struktur (40%)

JSU untuk soalan struktur: (Bahagian B)
BIL
KONSTRUK
(Aras)
TOPIK
PENGETAHUAN PEMAHAMAN APLIKASI
R S T R S T R S T Jumlah
Item
Wajaran
(%)
UNIT 1:
Mikroorganisma



1. Hidupan yang tidak
dapat dilihat
1(c) 1(a) 1(b) 1(d) 4 8
2. Kawan atau Musuh 2(a) 2(b)i
2(b)ii
2(c) 4 8
UNIT 2 : Kemandirian
Spesies

1. Kemandirian
Haiwan

2. Kemandirian
Tumbuhan
3(a) 3(c)i
3(c)ii
3(b) 4 8
UNIT 3 : Rantai
Makanan dan Siratan
Makanan

1. Rantai Makanan 4(b) 4(a)
4(d)
4(c) 4 8
2. Siratan Makanan 5(a) 5(c) 5(b)i
5(b)ii
4 8
Jumlah Item 3 4 3 2 1 1 3 2 1 20
Wajaran (%) 6 8 6 4 2 2 6 4 2 40
** Nombor dalam angka yang diisi dalam J SU adalah merujuk kepada nombor
soalan dalam kertas soalan yang dibina pada tugasan bahagian C, iaitu membina
kertas soalan.Ini bertujuan untuk memudahkan guru membuat rujukan dengan
lebih tepat dan sempurna.

SJK (C) METHODIST(ALIRAN BM)
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU )
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER SATU 2014

Bidang: Menyiasat Benda Hidup
Kelas: Tahun 5E
Tajuk Ujian: Unit 1, 2 dan 3
Bahagian A: 30 Soalan Objektif (60%)


## Contoh Pengiraan Peratus Wajaran: BAHAGIAN A

JUMLAH ITEM
__________________________ x 60 %
JUMLAH KESELURUHAN ITEM


Contoh Pengiraan nilai wajaran bagi aras pengetahuan ialah:
JUMLAH ITEM
__________________________ x 60 %
JUMLAH KESELURUHAN ITEM

= 19
_________ x 60 %
30
= 38%





Contoh Pengiraan nilai wajaran bagi aras kefamahan ialah:

JUMLAH ITEM
__________________________ x 60 %
JUMLAH KESELURUHAN ITEM

= 7
_________ x 60 %
30
= 14%



Contoh Pengiraan nilai wajaran bagi aras aplikasi ialah:

JUMLAH ITEM
__________________________ x 60 %
JUMLAH KESELURUHAN ITEM

= 4
_________ x 60 %
30
= 8%








SJK (C) METHODIST(ALIRAN BM)
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU )
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER SATU 2014

Bidang: Menyiasat Benda Hidup
Kelas: Tahun 5E
Tajuk Ujian: Unit 1, 2 dan 3
Bahagian B: 5 Soalan Struktur (40%)


## Contoh Pengiraan Peratus Wajaran: BAHAGIAN B
JUMLAH ITEM
__________________________ x 40 %
JUMLAH KESELURUHAN ITEM


Contoh Pengiraan nilai wajaran bagi kemahiran inferens ialah:

JUMLAH ITEM
__________________________ x 40 %
JUMLAH KESELURUHAN ITEM

= 4
_________ x 40 %
20
= 8%




Contoh Pengiraan nilai wajaran bagi kemahiran meramal ialah:

JUMLAH ITEM
__________________________ x 40 %
JUMLAH KESELURUHAN ITEM

= 2
_________ x 40 %
20
= 4%

Contoh Pengiraan nilai wajaran bagi kemahiran mentafsir data ialah:

JUMLAH ITEM
__________________________ x 40 %
JUMLAH KESELURUHAN ITEM

= 5
_________ x 40 %
20
= 10%

Contoh Pengiraan nilai wajaran bagi kemahiran mengawal pembolehubah ialah:

JUMLAH ITEM
__________________________ x 40 %
JUMLAH KESELURUHAN ITEM

= 8
_________ x 40 %
20
= 16%

Contoh Pengiraan nilai wajaran bagi kemahiran membuat hipotesis ialah:

JUMLAH ITEM
__________________________ x 40 %
JUMLAH KESELURUHAN ITEM

= 1
_________ x 40 %
20
= 2%

















Menganalisis Soalan
Setelah selesai menanda dan menyemak kertas ujian, guru dikehendaki membuat
analisis item. Analisis item perlu dibuat bagi menentukan item yang dibina mencapai
sesuatu piawaian atau kriteria yang telah ditetapkan. Antara kegunaan analisis item
ialah:
Menentukan sama ada sesuatu item itu berfungsi seperti yang diharapkan. Item
tesebut boleh dinilai sama ada item ini mengukur objektif pengajaran yang
diharapkan, mempunyai aras kesukaran yang sesuai, boleh membezakan antara
pelajar yang menguasai dan tidak menguasai objektif pembelajaran dan
sebagainya.
Memberikan maklum balas kepada murid tentang prestasi mereka bagi setiap
item yang telah dijawab. Dengan mengetahui jawapan yang betul aras
kesukaran dan aras diskriminasi murid berkenaan akan menunjukkan
prestasinya bagi satu item. Mereka boleh mengetahui sama ada item tersebut
senang atau sukar.
Kegunaan item juga adalah sebagai maklumbalas kepada guru tentang
kesukaran murid. Maklumat tentang aras kesukaran item atau peratus bilangan
murid yang mendapat betul bagi satu item adalah penting bagi guru untuk
menentukan perlunya pengajaran tambahan atau pemulihan.
Analisis item juga digunakan bagi meningkatkan kemampuan kurikulum.
Misalnya, jika sesuatu item itu berulangkali di dapati sukaroleh murid atau satu
bentuk kesalahan sama dilakukannya, mungkin ini bukan masalah pengajaran
atau pembelajaran tetapi mungkin disebabkan masalah kurikulum yang tidak
sesuai dengan peringkat umur murid.
Analisis item juga berguna untuk menyemak semula item.Maklumat tentang
gerak balas pelajar terhadap sesuatu item boleh digunakan untuk menyemak
semula item tersebut. Item berkenaan boleh digunakan semula pada ujian yang
akan datang.


INDEKS KESUKARAN

Salah satu pengukuran yang digunakan ialah indeks kesukaran (p). Indeks ini
ditentukan dengan nisbah calon yang mendapat jawapan betul bagi sesuatu itemdan
dinyatakan dalam persamaan berikut:


Indeks kesukaran (p) = bilangan calon yang menjawab betul
Bilangan calon yang mengambil ujian


CONTOH PENGIRAAN

Indeks Kesukaran:
Item 1
B = 20
N = 25
p = 20
25
= 0.8



Item 7
B = 17
N = 25
p = 17
25
= 0.68


Item 11
B = 14
N = 25
p = 14
25
= 0.56







JULAT INDEKS KESUKARAN

p Pengelasan Item
0.00 - 0.20 Terlalu sukar
0.21 - 0.40 Sukar
0.41 - 0.60 Sederhana sukar
0.61 - 0.80 Mudah
0.81 - 1.00 Terlalu mudah

Nilai p adalah di antara 0.00 hingga 1.00.Item yang mudah mempunyai nilai p yang
besar dan sebaliknya sesuatu item yang sukar nilai p adalah kecil.


CONTOH PENGIRAAN

Indeks Diskriminasi
Item 1
B
T
= 7
B
R
= 7
D = 7 - 7
x 14
= 0




Item 7
B
T
= 7
B
R
= 4
D = 7 - 4
x 14
= 0.43
Item 11
B
T
= 7
B
R
= 2
D = 7 - 2
x 14
= 0.71


JULAT INDEKS DISKRIMINASI

Nilai ID Tafsiran
0.00 - 0.10 Tidak baik
0.11 - 0.20 Kurang baik
0.21 - 0.30 Sederhana baik
0.31 - 0.40 Baik
0.41 - 1.00 Sangat baik


Indeks diskriminasi boleh bernilai antara -1.00 hingga 1.00. Indeks diskriminasi hampir
kepada 1.00 bermakna soalan tersebut adalah baik untuk Penilaian Rujukan Norma
kerana ia dapat membezakan pelajar yang berpencapaian tinggi dengan pelajar yang
berpencapaian lemah. Bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi positif
menghampiri 0.00 soalan ini dikatakan tidak sesuai untuk Penilaian Rujukan Norma
kerana ia tidak berupaya untuk membezakan di antara pelajar yang pandai dengan
pelajar yang lemah.
Bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi negatif yang menghampiri -1.00
dikatakan tidak baik untuk Penilaian Rujukan Norma kerana ia secara songsang
membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah, iaitu lebih ramai pelajar lemah
dapat menjawab soalan ujian ini dengan betul berbanding dengan pelajar pandai.














REFLEKSI

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tutor
saya, iaitu Encik Loh Leh Chiong kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan
kepada saya sehingga dapat menyermpunakan tugasan kerja khusus ini dengan
berjaya dan cemerlang. Saya juga amat gembira kerana dengan dorongan beliau , saya
mempunyai keyakinan diri untuk mengharungi sebarang cabaran sepanjang semester
ini.
Sebaik sahaja mendapat tugasan daripada pensyarah, perasaan yang terdetik
di dalam hati saya ialah sama ada mampu atau tidak untuk menyiapkan tugasan ini
sebelum tibanya tarikh penghantaran. Persoalan-persoalan ini saya abaikan terlebih
dahulu. Dengan semangat yang tinggi, akhirnya saya berjaya menyempurnakannya
dengan baik dan puas hati walaupun pelbagai halangan yang perlu saya tempuhi.
Banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang telah saya perolehi
sepanjang masa dalam menyiapkan tugasan ini. Pada permulaannya, saya perlu
memahami soalan tugasan, kemudian saya mula mencari maklumat-maklumat yang
berkaitan dengan tajuk tugasan melalui pelbagai bahan sumber rujukan dan juga
melayari internet untuk mendapat maklumat yang lebih lengkap. Di sini, saya melatih
diri supaya lebih rajin belajar dan berdisiplin dalam menghasilkan satu tugasan yang
diberikan dengan lengkap , padat dan memuaskan.
Melalui kerja khusus pendek ini, ia secara tidak langsung telah banyak
membantu saya untuk memahami dan mengenali dengan lebih lanjut mengenai
makna ujian, penilaian dan pentaksiran dalam konteks sains sekolah rendah,
kepentingan penilaian kepada saya sebagai seorang pendidik sains. Saya juga banyak
mendapat ilmu baru berkenaan alat pentaksiran, Taksonomi Blooms dan Taksonomi
Solo, perbandingan dan perbezaan sifat-sifat ujian formatif dan ujian sumatif. Saya juga
perlu mencari maklumat bagi mengenalpasti peperiksaan berpusat dan peperiksaan
berasaskan sekolah, Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU ) serta pembinaan item ujian.

Walaupun pada mulanya saya berasa agak keliru mengenai tugasan yang
perlu dibuat, namun setelah mendapatkan bimbingan daripada pensyarah penasihat ,
saya mula mengatur masa untuk memulakan tugasan ini. Sepanjang masa mengumpul
maklumat yang diperlukan,saya juga perlu banyak membaca maklumat tersebut
dengan lebih mendalam bagi memperkembangkan ilmu pengetahuan saya . Di sini,
saya amat bangga dan berpuas hati atas usaha saya untuk menyiapkan tugasan di
bahagian A.
Si t uasi pada har i i ni , gur u di sekol ah t i dak l agi di ber i kan kuasa
untuk menggubal soalan bagi ujian sumatif dan ujian bulanan (UB). Ini kerana Majlis
Guru-Guru Besar (MGB) telah ditauliahkan untuk mengeluarkan soalan ujian dan
guru tidak lagi membina soalan ujian seperti dulu. Oleh itu hanya guru-guru yang
mempunyai pengalaman sahaja mempunyai kemahiran dalam membina item soalan
dan ujian yang standard. Kemudian, kebanyakan guru baru atau guru yang ada di
sekolah ketika ini bukan dari kalangan guru yang mempunyai kepakaran dalam
membina item soalan. Kita dapat lihat dari segi pro dan kontranya, yang mana membina
item ujian merupakan satu kepakaran yang sangat teliti. Ini kerana, bermula dari
membina JSU, kemudian merangka bentuk soalan yang perlu diteliti setiap item yang
dibina.

Untuk peringkat kedua, saya telah berkumpul dan menyusun atur maklumat
yang saya peroleh . Selepas itu, saya mula menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian(JSU)
untuk soalan-soalan peperiksaan pertengahan semester satu, Sains Tahun 5..Proses
penyediaan JSU agak rumit dan tidak semudah yang saya sangkakan . Ini disebabkan
saya tidak ada pengetahuan tentang cara penyediaan JSU.Maklumat yang saya cari
tentang alat penilaian iaitu Taksonomi Bloom telah banyak membantu saya dalam
penyediaan JSU . Ini disebabkan aras kesukaran soalan adalah ditentukan berasaskan
enam aras dalam Taksonomi Bloom yang terdiri daripada aras pengetahuan,
pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian . Untuk sukatan pelajaran Sains
sekolah rendah, soalan-soalan hanya tertumpu pada aras pengetahuan , pemahaman
dan aplikasi .
Antara kepentingan penyediaan JSU adalah seperti dapat membina dan
menyediakan soalan ujian secara lebih terancang dan sistematik.Selain dapat
mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan. JSU akan menjamin kesahan dan
kebolehpercayaan soalan, ini adalah berdasarkan kesahan dari segi pensampelan
sukatan pelajaran dapat dijamin. Pembinaan JSU juga dapat menstabilkan taraf dan
aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa walaupun dibina oleh pembina soalan
yang berbeza. Soalan yang akan dibina juga pastinya mengikuti taburan tajuk secara
seimbang dan meliputi keseluruhan pelajaran.
Milagros 1981, ( dipetik dari Raminah, 1991 ) yang menegaskan bahawa:
Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihatkan
oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.Maklumat yang
diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau
pengadilan. Jadi, sebagai seorang guru, kefahaman dalam menentukan apakah
matlamat sebenar dalam melakukan proses pentaskiran melalui uj ian adalah
satu perkara yang harus dilaksanakan dengan teliti. Tidak semestinya item ujian yang
mudah adalah yang tidak baik dan item ujian yang sukar adalah yang baik.
Hakikatnya, pembinaan item soalan yang menepati matlamat pentaksiran yang sebenar
adalah yang lebih baik .

Situasi penilaian di sekolah sedang dan bakal berubah. Merujuk kepada proses
pelaksanaan kurikulum baru iaitu Kurikulum Sepadu Sekolah Rendah
( KSSR ) yang mana sedang dijalankan sejak 3 tahun yang lalu. Ketika ini, murid
tahun tiga, dua dan satu menggunakan penilaian individu bagi setiap aktiviti yang
mereka lakukan. Contohnya, pada hari tersebut guru melakukan aktiviti membaca dan
selepas itu guru akan menilai pengajaran mereka pada hari tersebut untuk
dimasukkan kedalam data murid. Perangkaan KSSR adalah bertujuan untuk menilai
murid melalui potensi kendiri dari semasa ke semasa. Ia adalah penilaian
yang berterusan dan merangkumi keseluruhan aspek yang ingin dinilai. Guru
berperanan sebagai pendidik dan kemudian sebagai panel penilai murid. Daripada
penilaian dapatlah guru merangka strategi untuk membantu murid yang lemah atau
menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru dapat melihat
perkembangan yang murid tampilkan semasa dalam sesi penilaian.

Pada pandangan saya, proses pentaksiran dan penilaian yang dijalankan
merupakan satu proses yang menjadi medium untuk guru melihat hasil
pengajaran dan pembelajaran yang telah disampaikan. Namun, bagi
melaksanakan satu pentaksiran dan penilaian, pelbagai aspek yang harus diambil
kira bagi memastikan ia tidak terpesong dari landasan yang kita rencanakan.
Kini saya telah jelas apabila berbicara berkenaan pentaksiran dan penilaian, maka
saya mampu untuk menyatakannya. Saya juga berasa bertuah kerana pendedahan
yang sebegini memberikan nilai tambah kepada saya untuk mengetahui lebih dekat
lagi berkenaan penilaian dan pentaksiran di sekolah. Semoga, apa yang telah saya
pelajari ini akan membantu saya dalam pembinaan JSU yang akan saya bina
pada masa akan datang. Saya berharap, agar saya dapat menggunakan i lmu
yang saya perolehi ini untuk di gunakan pada masa akan dat ang.

Rumusan dan Cadangan Penyelesaian
Perubahan masa menuntut segalanya berubah. Sifat tetap dan anjal sistem
pendidikan menjamin mutu sesuatu sistem akademik. Strategi, kaedah,pendekatan,
serta teknik harus berubah mengikut peredaran zaman.

Tidak semua teknik yang diwujudkan puluhan tahun yang lampau mampu
diaplikasi dengan baik pada hari ini. justeru, guru-guru haruslah kreatif dalam
membenihkan idea-idea baru dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan baik dan mencapai objektifnya. Antara perubahan yang dapat dilihat
dengan jelas adalah mengenai aspek penggubalan soalan. Jika sebelumnya soalan
digubal mengikut logik, namun kini telah diperkenalkan sistem yang sistematik iaitu
Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU ). JSU banyak membantu memudahkan urusan serta
memastikan soalan yang digubal adalah memfokuskan ke arah mencapai objektif
pembelajaran.


Penilaian atau pengujian memerlukan beberapa proses sistematik dari awal
hingga akhir. Dengan adanya langkah-langkah yang sistematik akan terbentuknya satu
set ujian yang berkualiti. Ini adalah kerana memberi ujian adalah sebahagian dari
proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam menjalankan ujian, guru mestilah
mengenal pasti soalan-soalan yang dibina menepati semua objektif pengajaran dan
pembelajaran yang telah dilaksanakan.

Oleh itu setiap guru mestilah mempunyai pengetahuan yang secukupnya dalam
bidang pembinaan ujian agar murid atau pelajar dapat menguasai kemahiran yang
dipelajari dengan lebih berkesan, dan item yang dibina bersesuaian dan mencabar
kebolehan murid agar dapat mencambahkan daya pemikiran mereka.


Kesimpulan

Semasa melaksanakan kerja khusus pendek ini, banyak pengetahuan dan
pengalaman baru yang saya perolehi sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Yang penting saya perlu berfikir dan bekerja secara saintifik dan kreatif untuk
menghasilkan sebuah kerja yang paling cemerlang untuk semester ini.Saya kata
sedemikian kerana ia telah memberikan cabaran yang amat besar perlu saya menyahut
dengan sabar dan penuh semangat.Dalam menyelesaikan tugasan ini bukanlah satu
perkara mudah. Walaupun soalan yang diberikan agak mudah kerana ia berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran seorang guru, namun keinginan untuk
menghasilkan kerja yang bermutu, sedikit sebanyak telah menyulitkan lagi keadaan.
Saya terpaksa merancang kerja sedari awal agar hasil kerja tidaklah kelam kabut
ataupun seperti melepaskan batuk di tangga . Dalam menyiapkan kerja ini, saya kerap
menghadapi masalah dan tidak dapat saya selesaikan sendiri ini telah menyebabkan
saya tertekan, namun begitu bukanlah bermaksud saya akan mengalah. Saya tetap
berusaha dan bersemangat seperti pada semester-semester lepas agar sasaran
cemerlang kekal dicapai pada semester 6 ini.
Saya juga bersyukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada keluarga yang
sentiasa bersama saya dan menyokong saya sehingga saya berjaya menghasilkan
kerja khusus ini yang memang saya buat sendiri atas usaha saya.
Kesimpulan daripada semua ini, setiap yang berlaku ada sebabnya (hikmah)
Dalam menyelesaikan tugasan ini banyak pengalaman pahit dan manis yang saya lalui.
Ini memang satu pengalaman dan pembelajaran yang bermakna dan berkesan bagi
saya buat selama-lamanya.





Refleksi oleh,
Luk Teck Ling,
PPG SAINS 1,Semester 6 2014












SUMBER RUJUKAN:

Bahan Buku
Dr Zainuriyah Adbul Khatab (2013). PBS Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Konsep & Panduan Pelaksanaan: KL Longman Pearson.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. ( 2002 ). Penilaian
kendalian sekolah.

Raminah Hj Sabran. ( 1991 ). Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia:
Penerapannya pada peringkat sekolah rendah. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.Linn, R.L. & Gronlund, N.E. ( 2000 ). Measurement and
Assessment in Teaching ( 8
th
ed. ) New Jersey : Prentice Hall .

Bloom, B.S. ( 1989 ). Taksonomi Objektif Pendidikan, Buku Pedomen 1 : Domain
kognitif ( ed. ). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka .

Mokhtar Ismail. ( 1995 ). Penilaian di Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka .

Gay,L.R (1985). Educational and Evaluation and Measurement.Competencies
for Analysis and Application 2nd ed. Charles E.Merril

Bahagian Pembangunan Kurikulum (2012).Huraian Sukatan Pelajaran KBSR Sains.
Kementerian Pelajaran Malaysia

Siti Rahayah Ariffin. (2003).Teori, Konsep dan Amalan Dalam Pengukuran
danPenilaian. Pusat Pembangunan Akademik Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia

Bahan Internet

Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121029/pe_01/Pelaksanaan-PBS-
tidak-bebankan-guru#ixzz2ZjSZl36T Utusan Melayu (M) Bhd
mohammadhafizizaini-bmm.blogspot.com/2009/02/pembinaan-item-objektif.html
duniapendidikanipg.blogspot.com/2012/10/jadual-spesifikasi-ujian-jsu.html
cikguazharrodzi.blogspot.com/2012/05/pembinaan-item-soalan-ujian-peperiksaan.html
www.academia.edu/4397271/Prinsip_Pembinaan_Item

Anda mungkin juga menyukai