Anda di halaman 1dari 12

Pedagogi: Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Strategi Pengajaran Secara Terus / Langsung (Direct Instruction / direct


teaching)
Pengajaran secara terus / langsung merupakan pendekatan berpusatkan guru.
Strategi pengajaran ini sangat berkesan apabila matlamat guru adalah untuk:

Memberikan atau menyampaikan maklumat


Mengajarkan prosedur (SOP)
Membina kemahiran langkah demi langkah

Strategi pengajaran secara terus / langsung melibatkan kaedah-kaedah berikut:

Demonstrasi
Penyoalan didaktik
Latih tubi
Pengajaran eksplisit
Kuliah masteri
Panduan dan bimbingan bacaan, mendengar dan pemerhatian
Gambaran keseluruhan berstruktur

Kebaikan
Sekiranya digunakan dengan bijak, strategi pengajaran secara terus / langsung
membolehkan guru menyampaikan ilmu pengetahuan atau maklumat yang
kompleks mengikut tahap keupayaan murid. Melalui strategi ini juga guru akan
berupaya untuk menyampaikan maklumat yang tidak sedia ada (not readily
available) untuk membolehkan murid mengaksesnya walau dengan apa cara
pun. Ia juga merupakan strategi pengajaran yang baik untuk membolehkan guru
meningkatkan keghairahan murid untuk mata pelajaran berkenaan serta
meningkatkan minat murid. Guru boleh menggunakan strategi pengajaran secara
terus / langsung untuk membolehkan murid menunpukan perhatian kepada isi
kandungan pelajaran yang relevan agar dapat membantu murid mengaitkan
maklumat baru dengan maklumat sedia ada atau dengan pengalaman lalu.
Kelemahan

Salah satu kelemahan utama strategi pengajaran secara langsung ialah


penyalahgunaan

strategi

tersebut:

ramai

guru

gagal

untuk

menyedari

sepenuhnya tentang batasan strategi pengajaran secara terus atau secara


langsung ini. Guru perlu akui bahawa keupayaan pengajaran secara terus /
langsung sebenarnya terbatas untuk membolehkan murid

mengembangkan

sepenuhnya keupayaan mereka untuk berfikir secara kritikal serta membataskan


keupayaan murid untuk belajar atau bekerja dalam kumpulan. Oleh itu,
pengajaran secara terus / langsung hanya boleh dilihat dan diterima sebagai
salah satu strategi yang boleh digunakan oleh guru ketika mengajar.
Strategi Pengajaran Tidak Langsung (Indirect Instruction / Indirect
teaching)
Bertentangan dengan strategi pengajaran secara langsung, pengajaran tidak
langsung lebih bersifat tumpuan murid, walaupun kedua-dua strategi pengajaran
tersebut (langsung dan tidak langsung) merupakan dua strategi yang saling
melengkapi antara satu dengan lain.
Strategi pengajaran tidak langsung memerlukan penglibatan yang tinggi dari
kalangan murid semasa membuat pemerhatian, penyiasatan, menghasilkan
inferens daripada data atau membentuk hipotesis. Strategi pengajaran tidak
langsung mengambil kira minat dan rasa ingin tahu murid yang akan
menggalakkan mereka untuk menjana alternative atau untuk menyelesaikan
masalah. Peranan guru beralih daripada pengajar / pengarah kepada fasilitator,
pemberi sokongan dan menjadi sumber rujukan. Guru akan menyusun serta
mengatur persekitaran pembelajaran dengan menyediakan peluang untuk
penglibatan murid, dan apabila dirasakan sesuai, akan memberikan maklum
balas kepada murid semasa mereka melakukan inkuiri (Martin, 1983).
Strategi

pengajaran

tidak

langsung

merupakan

strategi

berpusatkan

pembelajaran yang akan menggalakkan penglibatan murid dalam proses


pembelajaran. Dengan demikian strategi pengajaran tidak mlangsung ini dapat

menggalakkan pemahaman pembelajaran yang sebenar-benarnya. Kaedah


pengajaran dan pembelajaran yang terlibat adalah seperti berikut:

Kajian kes
Prosedur cloze
Pencapaian konsep
Pembentukan konsep
Pemetaan konsep
Inkuiri
Penyelesaian masalah
Mencari makna
Pembelajaran reflektif

Kebaikan
Strategi pengajaran tidak langsung membolehkan murid terlibat secara aktif
dalam pelajaran mereka. Proses dan aktiviti pembelajaran dilaksanakan oleh
murid dan bukan dipaksakan ke atas murid. Guru berperanan sebagai
pemudahcara atau fasilitator. Strategi pengajaran tidak langsung dapat
menggalakkan

kreativiti

menyelesaikan

masalah.

dan

membantu

Pembelajarn

murid

yang

membina

berasaskan

kemahiran
sumber

ini

membolehkan berlaku pengalaman pembelajaran secara lebih mendalam dan


luas.
Kelemahan
Strategi

pengajaran

secara

tidak

langsung

lebih

bersifat

tumpuan

pembhelajaran. Oleh yang demikian, tempoh untuk berlaku pembelajaran yang


optima akan mengambil masa yang panjang jika dibandingkan dengan
pengajaran secara langsung. Sebagai fasilitator, guru perlu berupaya untuk
mengawal pembelajaran murid-muridnya, dan ini mungkin boleh menyebabkan
rasa ketidakselesaan di kalangan murid. Selain itu, lebih banyak cabaran akan
dihadapi semasa pelaksaannya untuk membolehkan murid mencapai objektif
pembelajaran yang telah ditetapkan.

Strategi

Pengajaran

Pembelajaran

Melalui

Pengalaman

(Experiential

Learning)
Pengajaran

pembelajaran

melalui

pengalaman

merupakan

pengajaran

pembelajaran konstruktivis di mana murid menyertai aktiviti pembelajaran secara


aktif. Strategi pengajaran pembelajaran melalui pengalaman boleh melibatkan
salah satu atau beberapa kaedah seperti berikut:

Ujikaji (eksperimen)
Pemerhatian lapang
Lawatan
Gambaran berfokus
Permainan
Pembinaan model
Main peranan
Simulasi
Tinjauan

Kebaikan
Murid lebih bersedia untuk memahami apa yang mereka pelajari. Oleh itu
mereka akan dapat mengekalkan ingatan tentang pelajaran dalam jangka waktu
yang lebih lama. Pengalaman secara hands-on dan minds-on akan dapat
memotivasikan murid untuk terus belajar. Strategi ini amat sesuai untuk topiktopik yang melibatkan pembelajaran amali seperti ibadah khusus (besuci, solat
dan sebagainya) serta muamalat.
Kelemahan
Strategi Pembelajaran Melalui Pengalaman

merupakan satu strategi yang

memakan masa dan melibatkan sumber pembelajaran yang agak pelbagai dan
banyak. Seringkali melibatkan usaha yang lebih pada pihak guru seperti
membuat persediaan untuk simulasi, ujikaji, lawatan dan sebagainya. Walau
agaimanapun, impak pembelajaran melalui pengalaman ke atas pendidikan
menyebabkan ia menjadi salah satu strategi yang menjadi pilihan guru.

Strategi Pembelajaran Sendirian / Individu (Independent / Individual Study)


Strategi pembelajaran secara sendiri ini melibatkan murid akan merancang
pembelajarannya sendiri di bawah bimbingan guru mata pelajaran atau ibu bapa
(di rumah). Strategi ini lazim digunakan oleh murid ketika akan menduduki
peperiksaan pertengahan atau akhir semester dan ketika membuat persediaan
untuk menduduki peperiksaan awam. Biasanya hanya melibatkan kelas-kelas
yang akan menduduki peperiksaan penting seperti UPSR, PMR atau SPM dan
hanya dilaksanakan setelah sukatan pelajaran dapat diselesaikan lebih awal.
Antara kaedah yang digunakan dalam strategi ini adalah:

Soalan-soalan tugasan
Pengajaran berbantukan komputer
Pelajaran koresponden
Penulisan esei (menjawab soalan latihan)
Kerja rumah
Pakej aktiviti pembelajaran (modul pembelajaran)
Kontrak pembelajaran
Projek penyelidikan

Strategi pembelajaran sendirian merupakan strategi pengajaran yang penting


kerana ia direkabentuk untuk menggalakkan mempunyai kemampuan diri serta
memperolehi kemahiran pembelajaran sepanjang hayat.

Kebaikan

Murid yang terlibat dalam penggunaan strategi ini lazimnya merupakan murid
yang bermotivasi tinggi disebabkan mereka mempunyai peluang untuk meneroka
dengan lebih mendalam tajuk-tajuk yang mereka minati. Murid akan mampu
untuk memperkukuhkan kekuatan yang ada tentang topic berkenaan di samping
memperbaiki kelemahan tertentu yang berkaitan. Strategi ini berguna di dalam
kelas yang terdapat perbezaan keupayaan, kemahiran dan penguasaan ilmu
pengetahuan yang sangat luas dan ketara (contohnya di dalam kelas inklusif

yang terdiri daripada murid berkebolehan tinggi, lembam, autistik dan ADHDlihat bab 7: Pengurusan Bilik Darjah Melibatkan Murid Berkeperluan Khas dalam
buku Pengurusan Bilik Darjah & Tingkahlaku tulisan Akhiar Pardi dan Shamsina
Shamsuddin, terbitan Freemind Horizons).

Kelemahan

Untuk memastikan strategi pembelajaran sendiri dapat dilaksanakan dengan


haik dan berkesan, murid perlu mempunyai kematangan dan kebolehan untuk
bekerja di bawah pengawasan dan penyeliaan guru. Strategi pembelajaran
secara sendiri atau individu akan lebih berkesan sekiranya guru dapat membuat
penilaian secara tepat tentang kebolehan murid-muridnya untuk melaksanakan
tanggungjawab belajar di samping berupaya untuk membantu dan mebimbing
murid menstrukturkan tugas serta projek sesuai dengan tahap kesukaran untuk
setiap individu murid.

Strategi Pengajaran Interaktif (Interactive Instruction)


Strategi pengajaran interaktif melibatkan kaedah-kaedah berikut:
Sumbangsaran
Kitaran ilmu pengetahuan
Kumpulan pembelajaran koperatif
Perdebatan / perbahasan
Diskusi / dialog
Temubual
Kumpulan makmal
Panel dan forum
Amalan kumpulan rakan sebaya (peer coaching)
Penyelesaian masalah
Main peranan
Kumpulan tutorial
Kebaikan

Strategi ini memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi, berkomunikasi,


berkolaborasi dengan rakan sebaya, pakar serta guru (More Knowledgeable
Others) ndengan tujuan untuk menambahbaik kemahiran bersosial di samping
mengakses maklumat serta menstruktur respons yang efektif kepada maklumat
yang diperolehi. Interaksi yang berlaku lazimnya dapat memotivasikan murid.
Peluang untuk berinteraksi dengan orang lain akan dapat memperluaskan
pengalaman pendidikan mereka dan dapat membawa mereka menjangkau
melewati batasan bilik darjah tradisional, ilmu pengetahuan, kemahirankemahiran serta guru-guru secara individu.
Kelemahan
Cabaran menggunakan strategi pengajaran interaktif ialah kejayaan serta
kaedah-kaedahnya bergantung kepada kepakaran guru ketika menstruktur dan
membina / membentuk kumpulan dinamik.
Selain daripada lima strategi pengajaran dan pembelaaran di atas, terdapat
beberapa strategi yang telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh pendidikan seperti
strategi pembelajaran berfikrah, strategi pembelajaran kontekstual, strategi
pembelajaran aktif dan sebagainya. Terdapat juga tokoh pendidikan yang
mengemukakan

strategi

berdasarkan

kepada

orientasi

pengajaran

dan

pembelajaran seperti strategi berpusatkan guru, strategi berpusatkan murid,


strategi berpusatkan bahan dan strategi berpusatkan tugas. Jika diperhatikan
secara terperinci, strategi-strategi ini telah termasuk ke dalam salah satu
daripada lima strategi yang dinyatakan di atas. Penggunaan beberapa istilah
yang bertindanan antara satu dengan lain, kadangkala boleh mengelirukan. Apa
yang penting ialah keupayaan guru untuk merancang dan melaksanakan apa
juga strategi (termasuk yang dibina sendiri) secara berkesan dan berupaya untuk
mengoptimumkan pembelajaran.

Strategi berpusatkan guru

Ditulis dengan menggunakan perkataan lain, strategi berpusatkan guru adalah


strategi pengajran langsung (direct instruction) seperti yang telah saya
kemukakan sebelum ini / di atas. Berdasarkan strategi ini, guru memainkan
peranan aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran manakala murid pula
berperanan untuk menerima pengajaran secara pasif. Strategi tradisional ini
meletakkan guru sebagai pakar dalam mata pelajaran yang diajarnya dan
menjadi sumber utama ilmu pengetahuan. Oleh itu, tujuan pembelajaran adalah
untuk mendapatkan maklumat yang telah ditetapkan kepada murid. Murid
sekadar mengulangi serta mencurahkan kembali apa yang telah diajarkan
kepada mereka. Kaedah yang digunakan di bawah strategi ini sama dengan
kaedah strategi pengajaran langsung.
Berdasarkan strategi berpusatkan guru:

Tujuan murid belajar adalah untuk mencapai objektif kurikulum untuk


membolehkan mereka berfikir secara kritikal

Murid menyempurnakan aktiviti yang telah ditentukan oleh guru untuk


mencapai kejayaan akademik

Murid bertindak balas kepada jangkaan-jangkaan positif yang ditetapkan


oleh guru dalam proses ansur maju melalui aktiviti yang telah ditetapkan.

Murid diberikan motivasi ekstrinsik seperti ganjaran atau gred penilaian


yang akan memotivasikan mereka untuk memahami maklumat serta
menunjukkan kefahaman tentang konsep yang telah diajarkan.

Hasil kerja murid dinilai oleh guru.

Untuk melaksanakan strategi berpusatkan guru, murid terlebih dahulu diajarkan


perkara-perkara asas sebelum diajarkan konsep yang baru. Contohnya, untuk
membolehkan murid memahami konsep wudhu mereka perlu terlebih dahulu
diajarkan tentang taharah (bersuci) serta jenis-jenis air yang digunakan untuk
membolehkan bersuci.

Strategi berpusatkan murid


Sekiranya strategi berpusatkan guru adalah strategi pengajaran secara
langsung, maka strategi berpusatkan murid pula adalah strategi pengajaran tidak
langsung. Tidak seperti strategi berpusatkan guru, untuk strategi berpusatkan
murid, peranan guru beralih daripada pengajar kepada pemudahcara atau
fasilitator.

Murid

terlibat

aktif

(berfikir,

mencari

maklumat,

merumus,

membentang, menilai, berkolaborasi serta membuat refleksi pembelajaran)


dalam proses pembelajaran. Murid akan membina kefahaman dengan
menggunakan sumber yang telah disediakan sebagai perancah (scaffolding)
secara hands-on dan minds-on dan bekerja secara koperatif dan kolaboratif
dengan rakan atau orang lain. Penekanan sedemikian membuatkan murid dapat
melaksanakan pembelajaran terarah kendiri serta mengikut kadar kendiri.
Untuk melaksanakan strategi berpusatkan murid, perhatian perlu diberikan
kepada perkara-perkara berikut:

Apa yang murid ingin tahu tentang sesuatu topik atau konsep

Guru perlu mengambilkira tentang keperluan indivdu murid seperti


keperluan inyelektual dan emosi.

Keperluan sosial murid: kolaborasi, komunikasi, penerimaan rakan sebaya

Kaedah yang boleh digunakan di bawah strategi berpusatkan murid ini adalah
sama

dengan

kaedah

yang

digunakan

dalam

melaksanakan

strategi

pembelajaran secara tidak langsung (indirect teaching / indirect instruction) di


atas.
Aplikasi strategi berpusatkan murid tidak bermakna murid akan menentukan apa
yang mereka ingin pelajari atau lakukan. Seringkali strategi ini diinterpretasikan
dengan murid memilih tajuk, kaedah dan aktiviti mereka sendiri. Strategi
berpusatkan murid sepatut meletakkan murid sebagai tumpuan pembelajaran
(contohnya, aplikasi kaedah berasaskan inkuiri). Peranan guru adalah sebagai
fasilitator yang aktif untuk memudahcara pembelajaran yang akan membawa
kepada pengalaman yang bermakna kepada murid, bukan sebagai fasilitator
yang hanya duduk di meja guru dan menantikan murid mendatanginya.
Lea dan rakan-rakan (2003) telah membuat rumusan tentang strategi pemusatan murid
daripada beberapa sumber seperti berikut:

1. Pembelajaran lebih bersifat aktif dan bukan pasif


2. Penekanan kepada pembelajaran dan pemahaman yang lebih mendalam
3. Meningkatkan tangungjawab murid
4. Meningkatkan autonomi murid
5. Saling bergantung antara guru dan murid
6. Saling menghormati antara guru dan murid
7. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran refleksif untuk guru dan murid

Strategi berpusatkan bahan


Strategi berpusatkan bahan menekankan penggunaan bahan untuk membantu
proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Guru terlebih dahulu
perlu memastikan bahan yang akan digunakan di dalam kelas merupakan bahan
yang relevan, kemas kini dan boleh berfungsi. Penggunaan bahan dapat
membantu memudahkan pemahaman murid sekiranya digunakan secara betul
dan berkesan. Pengajaran boleh dilakasanakan dalam kumpulan pembelajaran
koperatif, sekiranya bilangan bahan tidak mencukupi, dan murid akan
menggunakan bahan untuk meneroka maklumat secara inkuiri.
Strategi berpusatkan bahan merupakan strategi yang paling kurang digunakan
oleh guru disebabkan isu bahan-bahan yang lazimnya kurang mencukupi dan
tidak pelbagai. Peralatan teknologi lazimnya adalah sangat terbatas bilangannya
untuk membolehkan guru dan murid menggunakannya secara berkesan.
Meskipun telah masuk era abad ke 21 di mana teknologi ICT telah mula
diperkenalkan di sekolah, dan bahan-bahan pelajaran boleh diakses melalui
Internet dan jalur lebar, namun bagi kebanyakan sekolah, bilangan komputer dan
akses Internet menjadi masalah.
Strategi berpusatkan tugas
Menurut Merill (2002), pembelajaran akan meningkat apabila murid terlibat
dalam melaksanakan tugas atau aktiviti pembelajaran termasuk demonstrasi
atau aplikasi kemahiran-kemahiran belajar tertentu. Strategi berpusatkan tugas
ini akan dapat dilaksanakan dengan baik sekiranya murid terlibat sepenuhnya
dengan tugas yang telah diberikan kepada mereka. Sesebuah tugas yang
kompleks

memerlukan

murid

mengaplikasikan

pelbagai

maklumat

dan

kemahiran (gagne dan Merill, 1990). Apabila guru memilih strategi berpusatkan
tugas, guru perlu memastikan bahawa tugas itu diberi mengikut tahap iaitu
bermula dengan aplikasi kemahiran serta maklumat asas. Setelah murid

memperolehi kemahairan yang mencukupi barulah tugasan yang lebih kompleks


diberikan.
Merill telah mengemukakan prinsip pertama pengajaran yang merupakan prinsipprinsip yang saling berkaitan dan akan dapat meningkatkan pembelajaran murid
iaitu prinsip berpusatkan tugas, prinsip pengaktifan, demonstrasi, aplikasi dan
integrasi. Prosedur strategi berpusatkan tugas (tahap 3 strategi pengajaran)
digambarkan oleh Merill seperti dalam gambar rajah di bawah.

Anda mungkin juga menyukai