Anda di halaman 1dari 5

STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN

KESIHATAN
Muhammad Ikhmal bin Adzharie @ Athaur
Muhammad Nur Syahmi bin Saharudin

STRATEGI
Strategi pengajaran adalah suatu kemahiran merancang dan menguruskan kaedah dan
teknik pengajaran untuk mencapai hasil pembelajaran. Strategi-strategi pengajaran yang
dibincangkan dalam bahagian ini adalah terdiri daripada pemusatan guru, pemusatan murid,
pemusatan bahan.

Strategi Berpusatkan Guru


Dalam pendekatan ini, guru berada di tengah-tengah aktiviti bilik darjah. Strategi
yang berpusatkan guru juga dikenali sebagai pengajaran langsung. Pengajaran langsung
bergantung kepada guru untuk mengarah pemikiran pelajar dan penglibatan. Ia juga
bergantung kepada penekanan kandungan yang berstruktur. Antara contoh-contoh
termasuklah pertimbangan semula, latih tubi dan praktis, kuliah dan hafalan pelajar. Strategi
berpusatkan guru juga dikenali sebagai pengajaran eksplisit. Ia terdiri daripada bahan yang
mengandungi langkah-langkah kecil dan sistematik. Terdapat juga hentian sejenak untuk
menyemak pemahaman pelajar. Pendekatan ini berguna untuk menyampaikan fakta-fakta
khusus dan kemahiran tertentu. Strategi berpusatkan guru mengandungi pengajaran dalam
langkah-langkah kecil yang menekankan amalan pelajar selepas setiap langkah. Peranan
guru adalah mengemukakan bahan pengajaran, membimbing pelajar melalui sesi praktis
awalan dan memberi semua pelajar latihan amali berperingkat tinggi yang lebih kerap.

Strategi berpusatkan murid/pelajar


Strategi berpusatkan pelajar bermaksud pelajar mengambil alih sedikit
tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana ia dapat mempelajarinya. Ada sedikit
kecenderungan terhadap pembelajaran eksperiential dan membuat penemuan untuk
mereka (Martin et al, 1994).
Mengapa kita menggunakan pendekatan ini? Ia sebenarnya berpisah daripada
tradisi di mana bilik darjah didominasikan guru dan strategi berpusatkan pelajar dapat
menggalakkan pelajar bertanggung jawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka
belajar bagaimana untuk belajar. Ia boleh dilakukan dengan mewujudkan iklim bilik darjah
yang baik di mana pelajar dapat berinteraksi dengan guru dan pelajar lain. Strategi ini lebih
sesuai digunakan apabila maklumat tidak disampaikan secara berkesan dalam strategi
berpusatkan guru dan apabila matlamatnya adalah untuk memperkembangkan kemahiran
pemikiran kreatif dan kritis. Pengajaran di dalam bilik darjah yang berpusatkan pelajar
selalunya kurang berstruktur. Walaupun strategi berpusatkan pelajar kurang berstruktur,
guru tidak membiarkan pelajar membuat sesuka hati mereka. Guru masih berkuasa dan
memberi sedikit tanggungjawab kepada pelajar. Peranan sebagai orang yang berkuasa
tidak diperlihatkan oleh guru. Akan tetapi, guru bertindak autoritatif. Guru memilih untuk
mengagihkan sedikit kuasanya kepada pelajar dan tidak memusatkan kuasa kepada dirinya.
Kajian menunjukkan bahawa ia mempunyai kelebihan untuk memperkembangkan
kebolehan pelajar dalam mengaplikasikan konsep dan memperkembangkan sikap yang
positif, mewujudkan motivasi, memperkembangkan sahsiah peribadi dalam menggalakkan
kemahiran sosial kumpulan. Bilik darjah yang berpusatkan pelajar juga menunjukkan
perkembangan yang lebih dalam perkembangan kognitif di peringkat yang tinggi. Antara
contoh strategi berpusatkan pelajar ialah penerokaan, inkuiri penemuan dan beberapa
bentuk perbincangan. Guru-guru mestilah mahir dalam mata pelajaran yang diajar. Setiap
guru perlu mengetahui struktur, mengenal pasti konsep- konsep penting dan memilih atau
mengembangkan pengalaman-pengalaman yang bermakna kepada pelajar dan memberi
peluang kepada mereka untuk meneroka dan menemui apa yang guru hendak mereka
pelajari.

Strategi Pengajaran Berpusatkan Bahan


Strategi berpusatkan bahan bermaksud guru menggunakan pelbagai bahan seperti
buku, blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, pusat
akses kendiri dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya. Strategi berpusatkan bahan
meliputi cara yang luas bagi pelajar yang dibimbing oleh guru hingga yang belajar secara
individu dapat belajar. Sekarang kita akan membincangkan pelbagai bentuk bahan resos
yang digunakan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah
penggunaan buku yang digunakan semenjak dahulu sebagai satu bentuk pengajaran
berpusatkan bahan yang utama. Kebelakangan ini, terdapat peningkatan dalam
penggunaan media dalam pembelajaran berpusatkan bahan. Ia termasuklah peningkatan
dalam bahan pembelajaran, panduan pelajaran, panduan buku teks, buku kerja, video dan
pakej pembelajaran. Bahan yang lebih canggih ialah pakej pembelajaran berasaskan
komputer, konferens komputer, CD-Rom, multimedia, kumpulan perbincangan komputer,
video interaktif, bahan dalam laman web, telekonferens, konferens video dan telematiks.
Pembelajaran berpusatkan bahan juga adalah penting bagi membantu guru memenuhi
keperluan pelajar yang pelbagai. Ia dapat menyediakan cara untuk pelajar belajar mengikut
kadar sendiri, pada bila-bila masa dan di lokasi yang tidak menyulitkan mereka. Selain itu, ia
juga dapat membantu pelajar-pelajar yang tidak hadir ke kelas pada hari pengajaran
diadakan

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN


Kaedah
Kaedah pengajaran merupakan cara yang digunakan untuk mengelolakan dan
menggunakan teknik, isi pelajaran dan alat bantu mengajar untuk mencapai objektif
pengajaran.

Teknik
Teknik pengajaran adalah satu kemahiran atau cara melaksanakan penyampaian
bahan pengajaran kepada pelajar dari segi langkah-langkah dalam aktiviti pembelajaran.
Secara khususnya, teknik merupakan satu cara penyampaian pelajaran dan perlu diteliti
supaya dapat mempercepatkan penanggapan pelajar.
a) Bercerita
Bercerita melibatkan aktiviti-aktiviti yang menceritakan semula perkara-perkara atau,
peristiwa-peristiwa, sama ada imaginasi, tradisi atau kisah benar. Strategi ini boleh
meningkatkan minat dan membina apresiasi serta menikmati kesusasteraan. Ia
dapat memperkayakan pengajian pelbagai bahasa, membekalkan pelbagai
pengalaman, mengembangkan kemahiran mendengar dan memotivasikan pelajar
untuk membaca.

b) Perbincangan

Perbincangan merupakan prosesaktif yang melibatkan guru dan pelajar dalam


persekitaran pembelajaran (Gauthier, 2001). Situasi wujud di mana guru membentuk
suatu pandangan dan harus berkebolehan memudah cara pelbagai pertukaran idea
dalam kalangan pelajar. Perbincangan bukan sahaja merangsang interaksi antara
pelajar secara bermakna, juga menggalakkan pelbagai pembelajaran yang
merangkumi kandungan, kemahiran, sikap dan proses-proses pembelajaran. Orlich
et al. (2007) berpandangan bahawa perbincangan merupakan teknik yang boleh
meningkatkan kemahiran pemikiran dan pertuturan pelajar serta dapat merangsang
pemikiran analitik. Perbincangan digunakan oleh guru untuk mencapai tiga objektif
pengajaran, iaitu meningkatkan pemikiran dan membantu pelajar membina
kefahaman kandungan; merangsang penglibatan; serta membantu pelajar
menguasai kemahiran komunikasi dan proses pemikiran (Arends, 2001).

c)  Demonstrasi

Demonstrasi merupakan satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan
sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Dalam proses demonstrasi, terdapat komunikasi
lisan yang langsung tentang sesuatu maklumat daripada guru kepada pelajar. Ia juga
melibatkan pendekatan visual untuk memerhatikan proses, maklumat atau idea.
Biasanya ia adalah interaktif kerana guru dan pelajar sama-sama terlibat dalam
persekitaran pembelajaran kolaboratif. Demonstrasi membolehkan pelajar melihat
perkara sebenar dan melihat bagaimana ia berfungsi. Terdapat jenis tunjuk cara
semata-matanya, demonstrasi dengan komentar atau demonstrasi yang melibatkan
pelajar. Dalam kebanyakan kes, guru menunjuk cara sesuatu perlakuan atau aktiviti
sebelum meminta pelajar melakukan aktiviti tersebut secara individu.Bagi aktiviti
yang melibatkan ramai pelajar, demonstrasi menyediakan model atau contoh-contoh
perlakuan dan membina jangkaan-jangkaan dilakukan. Demonstrasi boleh digunakan
untuk menunjukkan sesuatu isi atau prosedur secara berkesan, menimbulkan minat
dalam sesuatu topik, menyediakan model untuk kemahiran mengajar, dan mengubah
kadar pembelajaran pelajar. Untuk menjalankan demonstrasi dengan berkesan, guru
seharusnya merancang demonstrasi tersebut dengan teliti, termasuk membuat
percubaan atau latihan bagi memastikan kelicinan pelaksanaan demonstrasi.
Semasa menunjuk cara, guru memastikan semua pelajar dapat menumpukan
perhatian dan mengajukan soalan-soalan kepada pelajar. Selain, pelajar diberikan
peluang untuk mempraktikkan apa-apa yang telah dipelajari. Selepas sesi praktis,
sesi perbincangan tentang perkara-perkara demonstrasi yang penting dilakukan.
Kemudian guru membantu pelajar membuat rumusan tentang demonstrasi yang
dijalankan. Guru menyediakan aktiviti susulan untuk memperkukuhkan pemahaman
pelajar.

d) Penyelesaian Masalah 
Penyelesaian masalah Theory of Constraint (TOC) adalah satu daripada strategi
penyelesaian masalah yang boleh digunakan secara berasingan atau digandingkan
dengan kaedah lain untuk membentuk sistem penyelesaian masalah dan
pengurusan perubahan yang sesuai. Tujuan generik ialah untuk menterjemahkan
gerak hati kepada format yang boleh dibincangkan secara rasional, menyoal dengan
bebas dan mengubahsuai kepada kefahaman situasi tersebut. Ia digunakan untuk
penyelesaian masalah, di samping memudahkan komunikasi, kerjasama dan
persetujuan di kalangan mereka yang terlibat dalam penyelesaian masalah tersebut. 

e) Bermain

Main merupakan satu konsep yang kelihatan mudah tetapi sebenarnya sukar untuk
didefinisikan. Menurut Fromberg (1987), secara umumnya main adalah simbolik,
bermakna, menyeronokkan, sukarela dan bermotivasi intrinsik, berperaturan dan
berbentuk episodik. Bermain dapat dikategorikan mengikut fungsinya, iaitu bermain
sebagai satu kemajuan, bermain sebagai kuasa, bermain sebagai fantasi dan
bermain sebagai main (Brian Sutton- Smith dalam Pellegrini, 1995). Kualiti main
melibatkan pengalaman dalam diri pemain. Bagi kanak-kanak, main merupakan satu
laluan yang membolehkan kanak-kanak belajar dan mengenali persekitaran atau
dunianya melalui penerokaan, simulasi, lakonan, proses cuba-jaya dan manipulasi
alatan. Bermain juga satu proses semula jadi yang menghubungkaitkan alam
fizikalkanak-kanakdengan alam spiritual, pemikiran, kreativiti, perlambangan, idea,
peranan serta pengalaman masa depan kanak-kanak. Bermain merupakan satu
pendekatan terancang dan berstruktur bagi memberikan peluang kepada murid
belajar dalam suasana yang tidak begitu formal, menyeronokkan, bebas dan
selamat, selain melahirkan perasaan, meneroka serta mencuba dan meningkatkan
kemahiran. Melalui bermain, perkembangan fizikal, perkembangan kognitif,
perkembangan psikomotor dan perkembangan sosioemosi dapat dipupuk. Justeru
melalui proses bermain juga kanak-kanak akan mendapat pengalaman langsung
yang pastinya akan memberikan kesan pembelajaran yang bermakna.

f) Lawatan

Lawatan merupakan satu rombongan yang dikelolakan oleh pihak sekolah dan
pelajar- pelajar akan pergi ke tempat bahan-bahan pengajaran yang dapat
diperhatikan serta dikaji secara langsung. Lawatan biasanya dibuat ke tempat-
tempat seperti kilang-kilang, muzium, perpustakaan atau pertubuhan-pertubuhan lain
yang ada kaitan dengan topik pelajaran. Ia termasuk tempat-tempat seperti anak
sungai, kolam dan hutan bagi mengumpul bahan- bahan untuk kajian. Kejayaan
sesuatu lawatan bergantung kepada persediaan sebelum lawatan dan kerja-kerja
susulan selepas lawatan itu. Objektif-objektif lawatan perlu diterangkan kepada
pelajar- pelajar. Di samping itu, soal selidik yang mengandungi soalan-soalan
tentang aspek-aspek penting tempat lawatan boleh diberikan kepada murid-murid.
Dengan cara ini, pelajar-pelajar dibantu memberikan perhatian kepada bahagian-
bahagian penting yang harusdiperhatikan dangan lebih teliti semasa membuat
lawatan itu. Dengan adanya objektif-objektif yang jelas serta perancangan yang teliti,
pelajar-pelajar pasti akan memperolehi pengetahuan baru serta memperkayakan
pengalaman mereka. Oleh tu, lawatan seperti ini dikenali sebagai lawatan sambil
belajar.

Anda mungkin juga menyukai