Anda di halaman 1dari 1

Definisi Teknik dan Kaedah

Menurut Edward M.Anthony (1963) oleh Najib Ghaffar (2012) mendefinisikan bahawa teknik
mengajar merujuk kepada satu muslihat, atau strategi, atau satu kemahiran yang digunakan
oleh guru dengan tujuan untuk mencapai objektif pelajaran sesuatu kemahiran dalam sesuatu
subjek secara optimum. Teknik adalah sangat penting bagi mewujudkan sesi Pengajaran dan
Pembelajaran yang berkesan. Antara teknik-teknik mengajar yang biasa digunakan oleh guru
ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi dan hafalan,
penyoalan, sosiodrama, main peranan, simulasi, penyelesaian masalah, pemudahcara,
sumbangsaran, permainan dan sebagainya.

Tujuan lain bagi menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran
ialah untuk menarik perhatian pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan minat
serta rasa ingin tahu seterusnya bagi mencapai objektif pada akhir sesi pengajaran dan
pembelajaran pada hari itu. Seseorang guru perlulah mahir dalam menarik minat murid untuk
belajar agar pembelajaran yang dilaksanakan memberi impak positif kepada murid itu sendiri.

Ahmad Ghazie Ibrahim (2000) mendefinisikan kaedah adalah sebagai cara atau peraturan
digunakan untuk melaksanakan sesuatu. Berlainan dengan pendekatan, kaedah merujuk
kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran
spesifik dalam jangka masa yang pendek. Dengan perkataan lain, kaedah mengajar ialah cara
mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun.
Kaedah pengajaran memberi impak dalam penyempurnaan sesi pengajaran dan
pembelajaran pada hari tersebut.

Tuntasnya, kaedah dan teknik adalah saling berkait dan sangat penting untuk
diaplikasikan dalam pengajaran di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai